Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

26 Oktober 2014

Mini: Princess END





Fuh kiri kanan.....
sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis...
menanti saat2 konvo...
sorry late tok sambungan....jangan marah...tutup mata utk typing yg tak edit itu...ada masa nanti edit...
do comment tok yg last ini...komen2 membina amat diperlukan saat kena typing block.....
^^
happy sunday...love all yg sudi singgah....muah4....


“Mereka itu dari kongsi gelap Lighter” Hamka duduk bersila atas kerusi. Selesai mandi tadi dia terkejut dengan kemunculan Hazlan dan Hazrul di belakang. Sebaik sahaja nampak Hazrul dia tarik nafas lega. Tak perlu lah rasa kekok dengan mamat Hazlan itu. Sejak tahu nama dia sibuk nak gelak.
“Gila la kau. Main along. Apa jadi puteri ini daif sangat ke?” bukan keturunan puteri ini orang kaya ke? Harta berketurunan guna tak luak.
“Abang, ini bukan seperti yang abang fikir” tepis Hazrul. Itulah abang dia. Tak sempat nak beritahu hal sebenar terus keluar bilik dan tuju bilik utama. Sangkaan dia apalah tadi. Rupanya Hamka masih berada dalam rumah dia. Tak keluar dari situ lagi. Syukur.
“Habis itu apa yang aku fikir?” Hazlan  buat muka. Semua tak kena. Hamka depan dia mengangguk laju. Sukalah itu ada bodyguard.
“Hamka ini wartawan jenayah” terang Hazrul.
“Oh” hanya itu yang keluar dari mulut Hazlan.
“Wartawan untuk channel 29” sambung Hamka.
“Dia pemilik Media Paradise” sampuk Hazrul.
“Oh”
“Kongsi Lighter itu gangster besar dekat Malaysia”
“Penjenayah paling aktif abad ini”
Hazlan masih setia mendengar. Dah rasa macam masuk cerita Gerak Khas pula.


Cermin tingkap diturunkan sedikit. Rimas duduk dalam kereta lama-lama. Naik kematu rasanya. Masa yang ditetapkan adalah dua jam. Ini dah lebih dari dua jam. Hazlan dah tak senang duduk. Nak call dah dipesan jangan call. Nak rempuh takut rancangan berantakkan. Argh serabut!
Rambut yang kemas ala-ala James Bond dah jadi macam sarang labah-labah. Kelibat seseorang yang keluar dari bangunan itu membuatkan dia tersentak. Penuh fokus dia memerhati.
“Siapa itu?”
“Asal gemuk sangat?” haip Hazlan jangan kutuk orang tak baik wo.
Sebaik sahaja kelibat orang itu Berjaya dikesan. Telefon bimbit dicapai.
“Hah. Settle dah” Hazlan tamatkan panggilan yang dibuat. Dia keluar dari kereta dan menuju ke arah bangunan yang berhampiran.
Bunyi tembakan membuatkan Hazlan cuak. Mengigil kepala lutut. Ini tak masuk dalam rancangan. Dia bersandar pada dinding. Berpeluh-peluh.
“Lari…lari” bunyi jeritan seseorang membuatkan Hazlan tersedar. Dia bangkit. Dia dah janji dengan seseorang jadi dia tak akan mungkiri janji.



Berderau darah dia bila tengok Hazrul dah main tembak-tembak. Berganda berderau darah Hazlan bila tengok Hamka dah kena seret dengan orang jahat. Orang jahat lah bila tengah senang-lenang mencekik leher si Hamka sampai meronta budak itu.
Hazlan yang bersembunyi belakang tong sampah dah buntu. Tak tahu nak buat apa. Ikut rancangan lepas mereka, masuk dia kena tunggu dalam kereta. Tunggu sehingga bapak kepala hitam keluar. Lepas itu call police dan selesai.
Tapi…
Lain yang jadi. Belum sempat polis sampai dah main tembak-tembak. Naik gerun bunyi pistol.
Hazlan tarik nafas.
Think…think Hazlan. Dia dah mula ketuk dahi. Conggak mana patut.
Selfie?
Sah dia memang dah mereng.



“Lepaskan” botol kaca yang dipecahkan tadi disua pada belakang lelaki itu. Dia yang terkejut berhenti bergerak.
“Lan”
“Kau siapa hah?” lelaki Botak dah menjerit. Membuatkan rakan-rakan yang lain berhenti dari menyerang Hazrul. At least dia ada untuk membiarkan Hazrul selamat.
“Aku malaikat maut kau. Baik kau lepaskan dia” tegas Hazlan. Ayat klise sebab waktu ini dia rasa dia yang berkuasa dalam situasi ini. Botol kaca itu ditolak perlahan membuatkan lelaki itu menjerit.
Hazlan dah telan air liur bila nampak darah mula keluar. Tak tahu pula dia masuk zon bahaya. Bila dah dia yang mengugut memang mereka dalam fasa yang kritikal.
“Baik…baik… Aku lepaskan perempuan ini”
Serentak dengan itu pautan pada leher Hamka perlahan-lahan terurai. Cepat-cepat Hamka berlari belakang Hazlan.
Hazlan tersenyum sinis. Beberapa orang lelaki cuma menghampiri Hazlan untuk menyerang.
Tapi…
Walaupun Hazlan tak sehebat Hazrul dia tetap seorang lelaki yang harus melindungi insan-insan yang dia sayang. Pantas lengan lelaki itu dipaut dan ditolak kebelakang. Menjerit lelaki itu dari tolakkan tangan yang dilakukan Hazlan.
“Jangan cepat sangat. Game baru nak mula” Hazlan senyum senget.
Hazrul yang bersembunyi disebalik bangunan dah gelabah. “Apa abang ini?” bisik dia. Dia tak suka tengok Hazlan dalam zone hitam. Bahaya!
Melibatkan abang dia dalam situasi ini pun dia tak suka. Terpaksa! Itu perkataan yang tepat.
Lantas dia membuat panggilan. Dia perlukan backup team. Team yang ada sekarang itu dalam keadaan samar-samar. Tadi dia nampak team A ada dua orang cedera dan tiga dari padanya kritikal.
“Hazrul dari Eagle nombor ahli H009 ibu pejabat, zone jingga pleases” senafas Hazrul bersuara. Dia menarik nafas lelah.
“Tuan kita perlukan backup time. Zone jingga, ASAP” belum pun sempat Hazrul habis melapor bunyi tembakan menarik perhatian dia. Beberapa geng lighter melepaskan tembakan ke arah Hazlan. Namun tembakan itu mengena ketua lighter, iaitu tembusan yang berada dalam tangan Hazlan. Tak sangka Hazlan berjaya kawal keadaan.
“Lepaskan dia” bunyi jeritan dari sam, orang kanan Lighter kedengaran. Hazlan mengundur kebelakang perlahan-lahan diikuti Hamka dan jugak Botak.
Hazrul telan air liur. Hamka hanya mendengar arahan Hazlan. Hazlan senyum sinis.
“Kalau aku lepaskan dia korang tembak aku nanti. Tak pasal mati” Hazlan buat gelak. Eleh dia tak bodoh sangat lah.
“Kalau kau lepaskan aku janji akan biarkan kau hidup” Botak buat rundingan.
“Nak menipu pun agak-agak la” kepala Botak diketuk perlahan Hazlan.
“Lepas lah” Botak meronta. Hazlan kemaskan pegangan.
“Kau pergi masuk kereta dan blah”
“Tapi…”
“Eee.. perempuan ini. Kau pergi sekarang. Aku lepuk jugak kang. Kau cari Hazrul sekali” arah Hazlan.
Malas dia lama-lama dekat situ. Banyak lagi kerja nak buat.
“Kau tak kan keluar dengan selamat” Botak bersuara serak.
“Ala kau rilex lah. Kau kan perisai aku. tengok dah ada kesan peluru dekat bahu kau” Hazlan tekan kesan tembakan pada bahu Botak. Orang sibuk bincang dia boleh pulak meronta-ronta.
“Kau tak akan keluar dengan selamat dari sini bangsat” Botak meludah.
“Kau ini asal pengotor sangat hah. Mencarut depan perempuan pulak itu” tengking Hazlan.
Hazrul yang memerhati dari jauh tak senang duduk.



Bang…bang…
Hazlan tarik Botak ke hadapan. Tubuh Botak yang lembik menyukarkan dia memaut. Cis! Belot.
“Terima kasih lah sebab hapuskan dia.” Suara sam dah kedengaran kuat. Lepas dia paksa Hamka pergi dari tempat jenayah itu dia dikejutkan dengan bunyi tembakan dari arah depan.
“Sa…Sam…” suara Botak gagap. Terkejut bila orang kepercayaan dan merangkap penolong dia belot.
“Terima kasih sebab menyenangkan kerja aku budak hingusan”
“Seperti melepaskan anjing yang tersepit” Hazlan mengeleng. Pembelotan yang terang-terang. Sempat lagi menjadi sastera negera.
Tubuh Botak yang lemah dilepaskan. Pistol yang berada ditangan Botak disepak tepi.
Dia masih sayangkan nyawa yang dipinjam.
Sam berjalan perlahan. Pengikut Botak yang dulu sudah berhenti melakukan adengan polis dan pencuri. Masing-masing merapati Botak.
Hazlan mengeluh. Pekat darah yang mengalir ditekan. Kesian. Sapu tangan dikeluarkan dari poket. Darah yang mengalir dilap.
“Dah lama aku nak hapuskan si tak guna ini. Belagak dalam semua hal. Habuk pun tak ada” Sam luahkan semua yang terpendam.
“Jadi kau kena berterima kasih dekat aku” Hazlan buat lawak bodoh. Dia tengah fikir apa nak buat bila Botak dah nak mati. Si Sam pulak tak mustahil akan hapuskan dia lepas ini.
Dia tarik nafas. Pasrah ajelah. Tubuh Botak dilepaskan terdampar. Sam lima langkah dari dia.
Entah apa yang dibebelkan Sam pun dia tak tahu. Focus utama dia nak lepaskan diri.
“Kau” hah sudah. Dah cakap dah pistol tu mesti tengok aku.
“Ini ke cara ucap terima kasih” Hazlan senyum sinis.
“Oh. Terima kasih lah” sam garu dahi dengan pistol. Dia berjalan menghampiri.
Pap! Pistol dah cium dahi Hazlan.
“Kau siapa?”
“Manusia”
“Loyar buruk nampak. Sebelum pistol ini muntahkan peluru baik kau cakap”
“Orang awam”
“Macam mana kau kenal perempuan tak guna itu. Orang aku dah hapuskan dia. Macam mana dia wujud balik”
Ooo.. jadi dia inilah yang tanah Hamka hidup-hidup.
“Mungkin kau tak baca bismillah masa nak hapuskan dia kot”
“Bodoh” jerit Sam.
Hazlan pegang pistol.
“Tembak lah” slamba Hazlan.
“Kau memang nak mati ke bodoh”
“Nak tembak, tembak la. Jangan banyak cerita” laung Hazlan.
Belum pun sempat Sam melepaskan tembakan Hazlan berpusing. Tubuhnya membelakangi Sam. Perut Sam disiku. Saat Sam menunduk pistol dirampas. Sepantas kilat Hazlan berpusing dan sam kini menjadi tahanan.
“Chillax bro. Nak bos kau selamat jangan dekat” amaran dikeluarkan.
“Siapa kau sebenarnya hah?” jerit Sam.
“Hanya orang biasa” Hazlan dengan slamba mengunci pegerakkan.



“Kau gila ke bang?” Hazrul dah mengamuk. Beberapa minit lepas Sam jadi tebusan pihak polis datang serbu.
“Apa?” Hazlan tayang muka tak bersalah. Para medic masih setia membersihkan kesan luka dekat tangan Hazlan.
“Kau tahu tak mereka itu orang yang dikhendaki oleh royal army”
“Royal army?”
“Jawatankuasa diraja tentang penjenayah kod hitam lah” terang Hazrul. Dia masih sedia membalut luka ditangan Hazlan. Geram betul dengan perangai Hazlan. Marah dekat dia bila dia menyibuk hal orang tapi dia pun sama. Lagi teruk, luka sana sini. Kalaulah bantuan lambat sampai tak tahu apa nasib Hazlan.
“Macam mana kau boleh terlibat ini? Bila naik pangkat selesaikan kes macam ini?” soal Hazlan. Sikit pun tak hiraukan siapa yang dia berdepan sebentar tadi. Penjenayah yang dihendaki dalam Asia.
“Nak selesaikan kes dadah terbesar asia semua polis pangkat turun menjayakan misi ini. Tanpa seorang pun terlepas. Ambik masa setahun tahu tak nak buat rancangan. Kau pulak hampir rosakkan rancanganlah bang” luka Hazlan ditekan. Skuad dia tak tido malam, sanggup tinggalkan bini dekat rumah semata-mata nak jayakan misinya. Banyak usaha digunakan untuk misi dia. Dia memang tak akan biarkan gagal. Hakta abang dia sekali.



“Auch! Kau nak balas dendam ke apa? Semua ini tak akan rosakkan rancangan kau bila si Hamka itu tak muncul” ada pulak dia yang kena. Bila difikirkan balik semua ini berpunca dari perempuan itulah. Muncul tanpa dirancagan. Tiba-tiba ada kaitan.
“Bercakap pasal Hamka dia mangsa keadaan. Biasalah wartawan penjenayah ini. Dia punya nak cari story kalah kita punya job.” Hazrul mengeleng. Terkejut dia bila Hamka berjaya mengetahui misi dia. Paling tak masuk akan dia berjaya masuk ‘sangkar’ penjenayah itu sehingga hampir meragut nyawa sendiri.
“Cerita meletop, dia popular” sinis Hazlan. Kali kubur sendiri memang lah.
“Ini bukan pasal populariti. Diaorang pembunuh. Menjadi tanggungjawab aku hapuskan pembunuh adik aku” muncul satu suara dari arah belakang.
Hamka.
“Kau ada lagi?” soal Hazlan. Ingatkan minah ini dah blah sekali dengan kereta polis. Sebagai saksi kejadian.
“Terima kasih sebab selamatkan aku dulu.” Walau dia benci dengan Hazlan tapi Hazlan dah selamatkan dia sebanyak dua kali. Kalau tak sekarang dia tak bernyawa dah kena timbus dalam tanah.
“Sama-sama. Lagipun kau dah bantu kitaorang untuk mengumpan mereka” secara tak langusng Hamka turut memainkan peranan. Walaupun ada sedikit silap dalam rancangan mereka.
“Aku sanggup buat apa sahaja untuk pastikan mereka tumpas” nada Hamka penuh dendam. Ya dia dendam. Dendam dengan penjenayah itu. Mereka telah menjadikan adik dia sebagai bahan kajian tentang dadah mereka. Adik dia maut kerana dadah tersebut. Sejak dari itu dia nekad buat apa sahaja janji malaun itu semua tumpas.
“Nampaknya semua sudah selesai” Hazrul bangkit. Dia melepaskan lelah.
“Nampaknya gitulah” Hamka tersenyum puas. “terima kasih tuan” Hamka tabik hormat Hazrul.
“Sama-sama skuad” Hazrul turut membalas tabik.
Mereka tersenyum.
Masing-masing senyap seketika. Pandangan jatuh pada Hazlan yang masih sibuk belek luka.
            Agak-agak berparut tak tangan aku ini? Menyesal tak pakai baju tebal. Bertambah lagi koleksi parut. Bilalah nak berhenti dari buat koleksi parut ini? Dia membebel dalam hati. Sikit pun tak berkesan dengan pandangan dua manusia depan dia.
“Balik jom” Hazlan bangkit dan berlalu. Nak rehat dan mandi.
“Erk… see you soon” Hazrul garu belakang kepala. Apa punya abanglah. Orang nak berbaik dengan dia boleh pula bagi respon macam itu.
Hamka menganguk perlahan. terkejut dengan respon Hazlan. Huh! Mamat berlagak. Ingat dia hero konon. Maki Hamka dalam hati. Dia masih mengekori langkah Hazlan dan Hazrul dengan pandangan mata.
Hamka terkejut saat Hazlan berpaling dan memandang dia tepat. Mati terus makian dalam hatinya. Pandangan mata yang tajam.
“Nah” satu objek tepat dibaling pada Hamka. Penuh dengan rasa terkejut objek tersebut ditangan dalam gengaman.
“Button?” saat itu bayang Hazlan dan Hazrul dah hilang.
“Say no to reporter?” Hamka gelak.


“Cincin ke?” Sakat Hazrul.
“Bodohlah kau. Cincin apa jadahnya”
“Ala mana tahu dapat kakak ipar”
“Tak nak aku dekat kaki penyibuk”
“Tapi kaki penyibuk itu jugak yang kau care”
“Malas layan”
Hazrul gelak. Bahu Hazlan dipaut.
 ~~~~~~~~~~~TAMATTTT~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan: