Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

12 Jun 2014

Mini: Princess 2

TARAAAA....
ASSALAMUAIKUM....
zasss...doa2 si zone oren siapakan cerita dia...
huhuh...hari-hari yang heavy...
sapa2 ada kerja kosong boleh lah bagi taw dekat aid..aid tengah cari kerja ini...
huhuhu...
say good luck dekat aid taw...







25 minit berlalu.
Tangan Hazlan terhenti dari menguis tanah. Hazrul hanya memandang Hazlan dengan harapan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang lembut kena pada hujung kayu.
“Abang…” Hazlan telan air liur. Betul ke ada orang ini. Wajah pucat Hazrul dipandang. Hazrul hanya mengangguk. Lafaz bismillah sudah meniti diulas bibir mereka berdua. Hati-hati Hazlan menarik objek tersebut. Sebaik sahaja hampir keluar Hazlan tersentak. Dia bersandar pada tebing yang sudah digali.
“Orang!” Hazlan terjerit kecil.
“Abang tarik dia keluar cepat” Hazlan mengangguk. Dia seperti terpukau dengan kata-kata Hazrul. Sedaya upaya dia menarik objek tersebut keluar dari tanah.
Nafas dia megah. Dia sudah terbaring diatas tanah. Seorang perempuan yang kusut masai terbaring atasnya. Perempuan? Cepat-cepat Hazlan bangkit. Tubuh itu ditolak kuat sehingga bergolek kembali ke dalam lubang hasil kerja dia dan Hazrul.
“Abang!” Hazrul dah menjerit. Dia meluru mendapatkan perempuan itu. Ditarik kembali pada pemukaan tanah. Tubuh itu dibaring. Kain yang menekup kepala gadis itu cuba dilonggarkan. Ya satu benda yang pasti dia masih belum jelas melihat wajah empunya tubuh. Wajah itu ditutupi dengan sehelai karung guni dan diikat pada badan perempuan itu,
Hazlan hanya mampu melihat adiknya itu bertungkus-lumus membuka karung guni yang tertekup pada kepala dan separuh badan perempuan itu. Dia sudah mengigil terkejut. Mahu tak terkejut bila kena gali mayat orang. Mayat? Muka Hazlan kembali pucat. Seperti ada satu bayangan yang sering dia takuti kembali.
Peluh mula merembas keluar. Bunyi hutan kian bergema. Menandakan hari sudah terlalu lewat. dia kaku. Minda dan fikiran dia sudah terbang melayang. Dia hanya merenung kosong melihat Hazrul cemas.



“Abang tolong adik bang” Hazlan tersentak. Jika tadi dia berada dalam hutan kini dia sudah berada ditepi pantai. Kelihatan tangan Orked merawang pada pemukaan air. Dia hanya kaku ditempat duduk. Dari jauh kelihatan seorang lelaki terjun ke dalam laut dan berenang kea rah Orked. Ia dia kenal. Kenal lelaki itu. Lelaki itu adalah dia. Serta merta tubuh dia mengigil hebat. Pada gigi pantai mama dan papa sudah menjerit meminta tolong dari orang ramai. Dari dua orang kini berpuluh orang. Ada yang turut sama terjun kedalam laut.
Suasana yang berlaku beberapa tahun lalu bermain dihadapannya seperti baru sahaja berlaku. Bibit rentetan itu semakin segar. Sebaik sahaja Orked keluar dari lautan dia diberi CPR oleh seorang gadis. Dia kaku disitu. Jelas kelihatan mama dan papa membawa Orked untuk ke hospital. Dia yang masih basah mengigil dan berlari mengikut mama dan papa. Hazrul yang masih terkebil-kebil dipimpin. Barang-barang piknik mereka dibiarkan. Kini mereka sekeluarga lebih mementingkan Orked yang masih lemah. Dalam kelam-kabut memandu mama tidak putus-putus mencium dahi Orked. Dia hanya mampu melihat.
“Orked jangan tinggalkan mama”
“Orked bertahan nak papa bawak Orked pergi hospital.
“Orked…”
Dalam situasi yang cemas dia tanpa sedar jelas kedengaran bunyi hon yang kuat dari arah bertentangan.
Kini dia berada dihospital bukan dalam kereta. Jururawat dan doctor bertungkus-lumus cuba menyelamatkan keluarganya. Dia bangkit dari katil. Namun langkah dia ditahan beberapa doctor.
“Mama…papa…”



“Abang!” jeritan dari Hazrul mengembalikan dia ke alam nyata. Kini dia berada didalam hutan yang gelap. Lupa akan situasi yang baru berlaku. Pandangan dia terpaku pada perempuan yang terbaring kaku atas tanah.
“Abang tolong dia buat CPR”


~~~bersambung~~~

2 ulasan:

baby mio berkata...

best 3x.

o-ReN berkata...

baby mio: ^_~