Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

27 Jun 2014

Mini: Princess 3

tutup mata jap utk typing error...lama sangat tak ketang-ketuk ini......
zasss.....










“Kau pun nak tolong orang tak beragak.” Tegur Hazlan. Tahu lah hati budak ini lembut. Pantang tengok orang dalam kesusahan. Cuma satu yang dia tak berkenan, Hazrul kadang-kadang suka masuk campur hal orang. Dia risau sikap yang satu ini akan mengundang keburukan pada diri Hazrul.
“Hari ini hari dia, mana tahu suatu hari nanti hari kita. Abang yang berlaku hari ini dan hari seterusnya adalah dugaan untuk kita lah abang. Mungkin ini dugaan untuk kita dalam memberi pertolongan.” Hazlan diam. Iya memang dia akui. Dia tak nak sejarah lama berulang atas diri adiknya itu.



“Nama?” soal Hazlan keras. Dia hanya merenung tajam gadis itu. Wajah itu masih kelihatan pucat. Mungkin gara-gara terkejut apa yang menimpa dan ketakutan.
“Abang janganlah garang sangat” tegur Hazrul. Kesian dia tengok gadis itu. Baru sedar dah kena tembak dengan abang.
“Ish” Hazlan merengus sebelum keluar dari bilik.
Hazrul melangkah perlahan menghampiri katil bujang itu. Gadis itu mengengsot kebelakang. Seperti ketakutan. Dia melutut dibirai katil.
Don’t worry. Kami akan jaga awak. Awak jangan risau. Awak selamat dekat sini.” Pujuk Hazrul. dia tahu ada sesuatu yang berlaku. Dia nampak peristiwa yang berlaku dua hari lalu. Dia tahu serba sedikit hal ini. Cuma dia masih kabur siapa gadis itu dan kenapa?
“Awak rehat dulu. Nanti bila dah okay sikit kita cerita” pujuk Hazrul. Gebar dihujung katil ditarik. Perlahan-lahan gebar itu menutupi tubuh gadis itu.
Masih dalam keadaan kotor. Cuma kotoran yang berada dimuka dan anggota badan masih bersisa. Mereka berdua lelaki. Untuk bersihkan gadis itu memang mustahil. Kedudukan rumah mereka yang berada ditengah hutan menyukarkan mereka untuk keluar meminta tolong.
“Kalau nak apa-apa jerit” pesan Hazrul. dia bangkit dan keluar dari bilik tersebut. Senyuman sempat diukir. Berharap yang semua masalah gadis itu sedikit demi sedikit berkurang.



“Kenapa kau tak bagi abang hantar dia dekat rumah mak Liz?” tembak Hazlan sebaik sahaja Hazrul keluar dari bilik perempuan itu.
“saja”
Hazrul mengeluh. Ini mesti ada sesuatu ini. Kalau tak Hazrul tak akan jadi macam ini. Apalah yang nak dirahsiakan sangat Hazrul ini.
“Rahsia lah, Rul. Abang tak kisah. Abang tak maksud campur lepas ini. Pandai-pandailah kau. Ini abang bagi masa sehari dia tumpang sini. Ini rumah bujang. Pandai-pandailah kau settle. Nak masukkan dia dalam lubang itu pun abang tak kisah. Abang tak nak ambik tahu dah” Hazlan bangkit dari kerusi rotan. Sebelum menapak perlahan masuk bilik dia. Rahsia konon. Nanti abang dia ini jugak yang dia cari.



“Makanlah. Nak aku suap ke apa?” pinggan berwarna putih yang berisi nasi ayam ditolak pada gadis itu. Tak bagi makan satu masalah pulak. Mujur bahan-bahan memasak dah penuh peti tak adalah dia terpaksa menapak keluar dari resort ini. Semata-mata nak beli makan sebungkus dua terpaksa ambil masa yang lama. Baik masak. Senang sampai malam boleh makan.
Gadis itu terkebil-kebil. Pandangan tumpah pada isi pinggan. Sebaik sahaja bangkit dari tidur Hazlan terkejut dengan kemunculan gadis itu dimuka pintu biliknya.
“Kalau aku nak bunuh kau dah lama aku biarkan kau dalam lubang dekat hutan sana” kerusi yang berada bertentangan ditarik. Dia bersandar malas pada kerusi. Matanya masih setia memang gadis itu.
Takut-takut makan itu dijamah. Hazlan hanya buang pandangan pada siling resort. Tahu yang gadis itu segan bila dipandang. Hai Hazrul kau memang suruh aku bercekerama dengan budak ini ke? Senyap-senyap kau keluar tak bagi tahu aku. Nak kena ini.
Bunyi cawan bertemu pemukaan meja membuatkan Hazlan tersentak. Gadis itu dah selesai makan. Lapar mungkin. Licin nasi ayam yang dia bagi tadi.
Now, let begin” Hazlan membetulkan kedudukan. Sesi soal jawab bermula.
“Asal?” soal Hazlan serius. Dia nak tergelak tengok gadis itu gelabah. Gelisah seperti mencari pertolongan.
“Ini aku malas ini. Adik aku yang jadi penyelamat kau tak ada ini. Jadi aku boleh buat sesuka hati dengan kau. Nak selamat ikut rentak aku” ugut Hazlan. Biar dia tahu sikit. Orang nak tolong sibuk nak rahsia-rahsia. Serabut la.
Gadis itu mengangguk perlahan. Hah tahu takut. Hazlan gelak dalam hati. Cover sikap serius kejap.
“Asal?”
“Se…la…ngor” la gagap rupanya.
“Asal orang tanam kau? Kau mayat hidup ke apa?”
“Di…a…nak…ba…las…den…dam”
“Yeke? Macam itu je. Baik kau cakap betul-betul” tempik Hazlan. Tak semenanya gadis itu menangis. Hazlan mengeluh. Payah!
“Kau inikan” Hazlan mengeluh. Dia bangkit menuju kabinet dapur. Kotak sederhana kecil dari laci dikeluarkan. dia dah penat nak layan semua ini. Lambat-lambat dia menarik kerusi mendekati gadis itu. Gadis itu bertindak melarikan diri. Pantas lengan itu ditarik.
“Duduk. Kau nak lari mana hah” Hazlan senyum sinis. Makin lebat tangis itu keluar. Dah teresak-esak. Dia diam. Antiseptic cream dikeluarkan. lengan gadis itu dipegang kemas. Luka ditangan dirawat.
“Kau inikan. Aku nak tolong jual mahal. Kang aku letak tengah hutan tu baru tahu. Nak jawab soalan pun susah” tengok tak pasal aku dah membebel.
“Adik aku yang beriya nak selamatkan kau. Ikutkan hati aku tadi biarkan kau aje. Malas nak masuk campur.” Tangis dah semakin lega. Hah sunyi sikit telinga aku ini.
“Sa…ya…”
“Hah saya apa?” jerkah aku. Tengok muka budak ni nak nangis balik aku tahan gelak. At least Hazrul tinggalkan aku hiburan.
“Sa…” Hazlan tahan tawa.
“Saya mintak maaf” lancar sekali.
Hazlan hanya setia merawat. Tangan dan lengan gadis itu dibelek berulang-kali. Berharap yang tiada kesan luka yang tertinggal. Kuning langsat. Hazlan tersenyum. Sempat lagi dia meneliti lengan dan tangan gadis itu. Tangan yang lembut. Lembut. Tapi tak bermakna tak pandai buat kerja rumah.
Hah apa kata kita recuit budak ini jadi bibik aku. sepanjang dia duduk menyemak dekat sini. Cup! Sepanjang? Maknanya aku benarkan dia duduk sini? Cis Hazrul dah pandai umpan aku.
Tangan gadis itu cepat-cepat dia tolak kasar. Hazlan peluk tubuh. Mata tajam mengeluarkan aura hitam. Hazlan jangan mudah terpengaruh dengan taktik Hazrul. Pujuk hati Hazlan. Hazrul ini ada aura buat dia menurut. Haish!
Gadis itu gelisah. Berkerut menahan sakit. Tangan yang ditolak kasar oleh Hazlan terkena penjuru meja. Sakit! Mamat inikan baru nak puji baik. Ini buat hal balik. Dia ini ada split personality ke apa? Hamka mengurut perlahan tangan. Tak pasal bertambah lebam dekat badan dia.
Wajah diangkat. Anak mata Hamka bertemu dengan anak mata Hazlan. Dia telan air liur. Aura membunuh! Dia gelisah. Dapat rasakan ada benda tak baik yang akan berlaku. Doa dia tak putus-putus. Berharap ada sesiapa yang sudi menolong dia.
“Nama?” kasar suara Hazlan menyoal. Dah malas nak main-main.
“Hamka” laju hamka menjawab.
Meledak tawa Hazlan. Hamka? “Haji Abdul Malik Karim Amrullah?” laju sebaris nama itu meniti ulas bibir Hazlan. Gila lawak. Apa kes pula nama macam tokoh dalam dunia sastera ini. Sah ini zombie hamka kan dah tak wujud. Zaman jajahan kot.
Hamka tahan geram. Selalu terima reaksi macam ini. Bosan. Dah nama dia macam itu nak buat macam mana. Dia bangga dengan nama itu. Sebab nama itu menjadikan dia seperti sekarang. Tapi bukan sebagai pendakwah tersohor. Hanya….
“Hana Munirah Kahlid, hamka” mamat ini.
“Macam mana boleh jadi Hamka nama kau ini” Hazlan dah bersandar selesa.
“Senang” dia buat muka geram. Mak dulu seorang peminat sastera sehingga nama dia pun mak panggil hamka. Kalau dia lelaki yakin nama dia akan jadi haji abdul malik karim amrullah. Perjuangan islah dalam bidang penulisan.
“Pandai kau buat lawak” tawa dia semakin reda. Hamka menjulingkan mata pandang atas. Malas nak layan.
“Hamka…” dan Hazlan sekali lagi ketawa. Mamat ini dah lebih ini.
“Seronok ke gelakkan nama orang. It so…rude. You know?” tegas hamka.
Sorry lah. First time jumpa orang tersohor ini.” Dalam sisa tawa Hazlan menutup mulut. Mengharap tiada tawa yang akan keluar lagi.




“Abang mana budak itu?” berpusing kepala Hazlan dari mengadap laptop. Hazrul berjalan menghampiri Hazlan. Muka Hazrul kelihatan sedikit cemas. Adik aku dah kenapa? Macam hilang bini.
“Dah balik”
“Balik? Balik mana?”
“Rumah dia lah. Mana lagi. Kau dah kenapa?” Hazlan dah berpusing mengadap Hazrul. dia memeluk tubuh. Mata tajam menikam Hazrul. ada rahsia yang budak ini sorok.
“Kenapa abang biar dia balik?” Hazlan tersenyum sumbing.
“Bila masa rumah ini jadi rumah dia?”
“Kenapa tak tunggu Rul?” Hazrul dah bersandar pada kerusi. Abang ini… kalau la abang tunggu dia.
“Dah kau pergi entah mana. Keluar tak pesan apa-apa. Dan sekarang kau salahkan aku?”
“Bukan macam itu…” Hazrul dah garu kepala. Ah serabut lah cakap dengan abang ini. Payah! Hazrul merebahkan badan pada katil Hazlan. Dia mengeluh kecil. Lengan dibawa pada dahi.
“Habis itu macam mana?”
“Abang tak kenal dia” lemah Hazrul.
“Memang aku tak kenal dia pun.” Hazlan mencebik.
“Dia…” sekali lagi Hazrul mengeluh.
Hazlan hanya dia. Tunggu saat Hazrul buka cerita. Nak dengar dari versi Hazrul. kenapa beriya nak tolong minah hamka. Hazlan tahan gelak. Hamka…
“Kau kalau nak berahsia sangat pergi main jauh-jauh. Aku malas nak layan.” Halau Hazlan. Kemain payah budak ini nak cerita.
“Nama dia Hana Munirah Kahlid, Hamka” perlahan Hazrul bersuara dan…
Nickname dia lawak sangat” Hazlan dan ketawa.
“Dan dia seorang puteri” tawa Hazlan mati. Puteri?
“Puteri?” berkerut dahi Hazlan. Puteri mana? Puteri buluh betung? Puteri santubong?

5 ulasan:

baby mio berkata...

best 3x.

baby mio berkata...

best 3x.

Tanpa Nama berkata...

Best sambung lg...

Tanpa Nama berkata...

best tp np xde smbg?np bab 4-7 xleh baca?-L-

o-ReN berkata...

baby mio, tanpa nama: tq sudi singgah...otw utk sambungan ^_^
..cete pendek.,,bak 4-7 xde...ending terus....^^