Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

30 Mei 2014

Mini: Princess 1

assalamuikum dan salam sejahtera....^_^

mini? jangan tertipu dengan perkataan mini....ini nak buat cerpen je pun... tapi siap ciput-ciput seminggu...jadi terhasil la mini....
sebenarnya si aid rindu cerita ala-ala 'hutan-hutan' ni....
PRINCESS? tajuk agak poyo sikit... sebab tak tahu nak letak tajuk apa....nanti dah the end baru tahu kot tajuk apa..
malas nak taip lagi...
layan la cite secoet ni keje...nak bagi pendapat pun okay...
enjoy joy...*baru baik dari sakit jadi mood okay2 sikit....*
^_^








Hazlan mengeluh perlahan. Dia memandang sepi daun pintu yang diketuk dari arah luar.
“Abang buka lah pintu ini” suara jeritan dari Hazrul kedengaran semakin kuat. Nak tak nak dia bangkit dari meja study dan melangkah lemah ke arah pintu.
“Hah nak apa kacau aku malam-malam ini?” soal Hazlan bengang. Jangan salah tafsir dia benci adik dia sudah. Dia sebagai abang yang sulung memang kena tunjuk yang dia garang. Nanti kalau tunjuk dia lembik adik-adik tak nak dengar kata pulak. Makin pijak kepala dia.
Belum sempat dia soal lebih lanjut Hazrul menarik lengan dia dengan pantas. Hampir tersungkur Hazlan dimuka pintu bilik. Nak halang Hazrul tak terhalang. Lengan dia dipegang kemas.
“Ini soal nyawa ni. Abang kena tolong dia?” tercungap-cungap Hazrul bersuara. Muka Hazrul pucat lesi. Melihat reaksi Hazrul, Hazlan kematian kata-kata. Tak pernah dia lihat Hazrul dalam keadaan begitu.
Dia hanya menurut sehingga Hazrul menarik dia masuk ke dalam hutan belakang rumah. Dia dihimpit tanda tanya. Bunyi serangga dimalam hari semakin kuat. Berani pulak adik dia yang penakut ini masuk hutan tengah malam buta tanpa bantuan sebarang cahaya. Hanya cahaya bulan yang menjadi penyuluh malam.



“Kau…” belum habis bersuara mulut Hazlan ditekup. Hazrul menarik Hazlan duduk diatas tanah. Hazlan yang tidak bersedia terduduk. Nyaris punggung dia terhentak pada pemukaan tanah yang keras.
“Dalam tanah itu ada orang” Hazrul berbisik. Tangan yang berada dimulut Hazlan dilepas perlahan. Dia memberi isyarat senyap pada abang sulungnya.
Jari telunjuk kiri menunding pada tanah yang berada berhampiri tempat mereka bersembunyi. Bertambah kerut dahi Hazlan. Adik aku ini nak main sorok-sorok dalam hutan tengah malam gini? Ini memang nak bagi aku darah tinggi.
“Kau ini dah kenapa hah rul?” Hazlan berbisik. Terikut dengan telatah Hazrul.
Hazrul pandang Hazlan sayu. Dalam pekat malam jelas kelihatan wajah Hazrul yang pucat lesi. Hazlan kematian kata-kata. Erk… adakah adik aku kena sampuk.
Hazlan tarik nafas dan lepas. Dia cuba bersabar. Sebagai abang sulung dia kena bertindak secara rasional. Sekarang ada dua kemungkinan. Satu, Hazrul tengah cuba bergurau kasar tengah malam buta ini sebab selama berada disini, dia sikit pun tak beri perhatian pada adik yang sorang. Kedua, adik dia kena sampuk sebab selalu sangat main sorang-sorang sebab dia tak hiraukan adik yang sorang. Ataupun ada satu lagi kemungkinan, sesuatu yang tak terlintas didalam minda dia terlintas difikiran adik dia.
“Abang tolong dia” Hazrul separuh merayu. Hazlan terkedu. Wajah Hazrul yang sudah berlinang air mata dipandang kejung. Parah.
Bahu Hazrul dipegang kemas. “cerita dekat abang” lembut dia bersuara. Ada sesuatu yang berlaku. Itu dia pasti.
“Orang tanam dia. Dia masih hidup. Rul nampak dia pandang rul. Dia nak rul tolong dia. Dia tak mampu. Abang kena tolong rul” teresak-esak Hazrul menangis. Dia? Tolong siapa pulak ini?
“Dia dekat mana?” Hazlan mengikut rentak Hazrul. Dia buang pandang pada hujung pokok besar ditengah hutan. Tempat yang dituding oleh Hazrul.
“Dekat situ. Abang dia tak mati lagi” Hazrul dah goncang kuat lengan Hazlan. Naik lemas pulak aku dengan budak ini.
“Okay dia tak mati lagi. Nak abang tolong macam mana?” soal Hazlan lembut. Risau kalau dia terus smash Hazrul makin kuat Hazrul memberontak.
“Abang kena gali balik” gila! Hanya perkataan itu yang terluah dari benak Hazlan.
“Okay-okay. Abang tolong Rul, Rul tolong abang” pujuk Hazlan. Hazrul menganguk perlahan. Dia bangkit. Hazlan hanya memerhati. Dia perasaan Hazrul gelisah. Kejap-kejap melihat kiri kanan. Seperti memerhati keadaan. Sebaik keadaan Hazrul sedikit tenang tangan Hazlan ditarik. Hazlan hanya mengikut. Kalau tak layan Hazrul mahu dia kena tidur dalam hutan malam-malam ini. Lagi cepat selesai lagi cepat balik.
Langkah Hazrul mati dikawasan lapang. Diikuti dengan Hazlan. Kawasan yang lapang. Berbumbungkan langit dan bersuluh cahaya bulan. Tepat mengena mereka berdua. Jelas kelihatan wajah Hazrul yang pucat. Sekali lagi Hazlan tarik nafas. Dia perlu bertenang.
“Mana?” soal Hazlan lembut.
“Bawah kaki abang” Hazrul tuding tanah yang tepat berada dibawah kaki. Tepat. Hazlan menunduk. Telefon dalam poket seluar dikeluarkan. hanya itu yang sempat dia capai. Itu pun kebetulan berada dalam poket. Sebelum mula study tadi dia baru lepas berbual dengan rakan karibnya.
Dia mencangkung. Tanah dibawah kaki disentuh. Terasa basah dan baru digumpal. Wajah Hazrul dipandang penuh kepastian. Point pertama adik dia boleh terima. Sebab kawasan tanah seperti dikali agak luas.
Seolah memahami Hazrul mengangguk. Dia berpaling sebelum masuk menuju arah tepi. Hazlan hanya memerhati. Hazrul seperti mencari sesuatu.
Kini dimindanya ada satu soalan. Perlu ke dia gali? Tanah dibawah itu dikais dengan hujung jari.
“Abang” sebatang kayu sebesar lengan dia dihulur oleh Hazrul. “Gali” dia hanya menurut kata-kata Hazrul. Pekat malam bukan persoalan dia sekarang. Hanya ada apa yang berlaku? Tanpa banyak soal Hazlan mengikut tingkah Hazrul yang mula mengali.


~~~~~~~~continues~~~~

5 ulasan:

kak edah berkata...

Suspen ni cerita seram ke menarik

ilman_nafi@ berkata...

Best.smbungggggg.huhu

Tanpa Nama berkata...

nk lagi!!!!!

Mohd Billy berkata...

assalam..follow sini..
jemput ke blog sy jika sudi :)

http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/hijab-sampai-pakai-kain-kafan.html

o-ReN berkata...

kak edah: try buat cerita suspen...tak taw la jadi ke idok...huhuhu.....

ilman: akan bersambung....doa2 dapat siapkan....

tanpa nama: zass....bersambung....:)

mohd billy: otw ke sana...heheh...

tq semua sudi lepakking sini..
^_^