Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

4 Disember 2013

Mini: Jungle Girl 8








Kepala yang sakit seperti tunggu masa untuk melutup. Eryna menekan kuat meja. Cuba menahan sakit. Kot putih yang dipakai ditanggal perlahan.
“Prof” suara akma membuatkan Eryna mengangkat muka.
“Ya”
“Virus Y dah boleh digunakan” pintu bilik Eryna dibuka luas. Memberi ruang untuk Eryna membuntuti langkahnya. Virus Y, kajian terpenting untuknya. Virus yang memakan masa hampir kesuluruahan kitaran hidupnya. Virus imuni yang boleh mencipta pemakannya kebal terhadap sebarang jenis ancaman virus lain.
“Siapa yang masih bertugas?” eryna mengatur langkah. Akma setia berada disebelahnya. Membaca rekod yang berkaitan dengan kajian mereka.
“Hazma dan Kasih masih on duty. Kitaran enam virus itu menunjukkan tindak balas yang positif. Ujian untuk kali ketiga menunjukkan penolakan yang ketara dan tepat lapan malam ia dah masuk peringkat saringan. Final test, akan dibuat sebaik sahaja Prof datang” Akma menghulurkan glove kepada Eryna. Sebelum glove dipakai, cecair pink disapu pada pergelangan tangan.
“Cepat betul progress dia” Akma mengangguk setuju.
“Tapi Prof kita tak boleh nak expect ia akan berjaya. Rekod ini tunjuk penolakan dalam sulfur”
“Ya saya tahu itu. Saya tengah betulkan bahagian ini. Kenapa berlaku penolakan sedangkan kita dah kaji sulfur itu. Tiada unsur yang tidak boleh diterima. Mungkin ada sesuatu yang kita lepas pandang” Eryna mengusap dagunya perlahan. Berfikir solution yang tepat.
Dia tahu hasil kajian ini untuk berjaya terlalu tipis. Tapi dia bukan la seorang yang mudah mengaku kalah. Dia tahu kajian ini pasti berjaya. Kajian ini bukan la satu benda yag remeh. Dia pertaruhakan segala harapan pada kajian ini.
“Tak sabar prof nak tengok kejayaan ini”
“Berdoa lah Akma. Kajian ini bukan la satu percubaan yang boleh dibawah main. Ia mampu memberi jawapan kepada kehidupan jugak”
“Prof” perbincangan Eryna dan Akma berhenti sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan kajian mereka. Kasih dan Hazma sudah setia menanti kedatangan dia. serum yang berada dalam bentuk botol disuntik perlahan. Botol yang tadinya dipenuhi dengan cecair kosong sebaik jarum picagari ditempatkan didalam botol tersebut. Cecair itu dilihat penuh minat. Larutan itu kelihatan kurang stabil.
“Ia mungkin berisiko” kata-kata Hazma cukup membuatkan Eryna diam. Risiko? Kajian mereka memang berisiko. Tidak pernah benda yang dia lakukan tiada risiko. Semua berisiko. Malah ia meletakkan risiko yang menempatkan mereka dalam bahaya.
“Tiada satu pun kajian kita yang tidak berisiko Hazma” lirih Eryna. Dia perlu lebih yakin untuk mengambil risiko. Andai kata dia lemah, maka satu pasukan dia akan lemah. Dia perlu kuat.
“Prof tak nak letakkan dalam KIV dulu ke? Kita boleh jalankan kajian stastitik dulu” cadang Kasih. Eryna kelihatan sedikit ragu-ragu. Mungkin betul mereka perlu melakukan kajian statistik dulu. Mencari keberangkalian yang boleh mengolah pertimbangan mereka.
“Data tak sama dengan pratikal Kasih. Kita boleh mengkaji data dengan tepat dan efisen. Dari segi pratikal tak semua benda yang kita lakukan akan sesempurna data.” Glass slide dicapai. beberapa titisan dijatuhkan ke atas glass slide.
Glass slide diletakkan diatas stage clips. Objective lens digunakan untuk melihat tindak balas sel. Pecahan sel yang ketara membuatkan eryna sedikit hairan. Dari eyepiece lens eryna dapat melihat dengan jelas penolakan sel tersebut.
“Bukan setiap penolakan mendatangkan kegagalan” Akma, Kasih dan Hazma bersuara positif. Sebagai contoh kajian mereka sebelum ni. Beberapa bahan kimia yang boleh bersatu boleh meletup dan menyebabkan inflasi yang tinggi dalam bahan kajian mereka.
“Saya tahu. Cuba saya musykil sesuatu”
“Apa?” soal hazma. Setahu mereka, larutan yang dia siapkan adalah seratus peratus datang dari transkrip prof mereka. Satu pun mereka tak ubah. Mereka kuatir larutan itu akan meletup seperti sebelum ini. Makmal mereka mungkin luas sedikit.
Permasalah yang berlaku alatan didalam makmal mungkin terjejas melalui asap dan bahan kimia yang terlepas. Malah kos untuk makmal pun terjejas. Banyak barang yang perlu diganti dan ditambah. Oleh itu, dia akan cuma mengelakkan keletupan yang terjadi.
“Sel-sel ini seperti pemangsa. Menumpang pada sel lain dan membunuh” rumus Eryna.
“Kita ni tengah cipta superhero Malaysia ke?” soal Kasih blur. Rasa dah macam dalam cerita Spiderman, Hulk dan cerita-cerita superhero lain. Semua adalah dari kajian yang dilakukan.
Spiderman sebab peter parker kena gigit salah satu spider penyelidik. Lepas kena gigit terus dapat kuasa luar biasa. Hulk pulak sebab DR. Banner buat kajian atas diri sendiri. Mutan dan anak dia turut jadi mangsa. Bla bla bla. Tak perlu nak cerita semua pasti tengok cerita yang pernah pecah panggung.
Eryna ketawa mendengar soalan Kasih. Lurus.
“Saya tak nak la jadi penyebab berlakunya pergolakan dalam dunia ini” test tube dicapai. Cecair yang berwarna pink dipindahkan kedalam test tiub. Q untuk label cecair itu sebelum memasukkan kedalam peti kimia.
“Ala prof kita cuba nak. Biar kita buat Mouseman” cadang Hazma. Hazma memang peminat cerita sci-fiction. Dia pernah mencipta virus yang hampir serupa untuk mencipta seorang spiderman. Ciptaan yang hampir sempurna tapi terpaksa dihapuskan untuk mengelakkan berlaku kekecohan.
Malah fail-fail kajian turut dibakar. Jika kajian itu jatuh ada tangan yang salah sesuatu yang buruk pasti berlaku. Hazma berbakat dalam melakukan mutanisasi manusia.


bersambung








2 ulasan:

Tia Fatiah berkata...

woahhh.. somethin different ni.. hehe.. cik tia tak mampu nak buat cerita cenggini.. luar bidang kita.. ihiks.. gud luck cik aid! ^_^

o-ReN berkata...

tq cik tia...cuba nak mencuba konsep lain sikit...
:)