Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

21 November 2013

Mini: Jungle Girl Bab 5









Berlari Afi Zaidan mengejar kereta BMW 5 series. Fail-fail ditangan habis bertaburan saat badannya dirempuh oleh orang yang lalu-lalang. Ah! Pagi-pagi mood dah hancur. Encik Hamdan memang nak kena dengan aku. Main blah macam itu je. Tak tahu ke aku tengah kejar dia. Gara-gara Encik Hamdan tertinggal semua fail yang berkaitan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah membuatkan ia menjadi marathon. Berlari dari pejabat dengan menggunakan tangga semata-mata nak mengejar lelaki itu. Hampa! Kecewa! Apabila kereta itu memecut laju meninggalkan perkarangan bangunan Citra holding.
“Teksi!” jerit Afi Zaidan lantang. Dia tak peduli orang yang memandang pelik ke arah dirinya. Yang penting kena kejar kereta encik hamdan.
“Pakcik kejar kereta WXX 453 cepat” gesa Afi Zaidan sebaik sahaja mendapat teksi. Terkinjal-kinjal Afi Zaidan. Perbuatan Afi Zaidan membuatkan pemandu teksi mengeleng kepala. Lelaki ini gedik betul la. Bicara hati pemandu teksi.
Sebaik sahaja keluar dari perut teksi, Afi Zaidan berlari. Dipeluk semua fail dan plan yang berada ditangannya. “Ke tepi...ke tepi…” jerit Afi Zaidan. Supaya memudahkan dia berjalan tanpa melanggar sesiapa.
“Tolong pass ini dekat Encik Hamdan cakap Citra Holding” laju Afi Zaidan bersuara sebaik tiba di meja peyambut tetamu. Dia nak cepat selesaikan misi. Banyak benda yang menunggu dekat pejabat dari nak buat kerja remeh ini. Fail bertukar tangan. Dia menarik nafas lega. Selesai jugak satu perkara.



“Encik Afi, Cik Fareha nak jumpa” suara Norma dari corong telefon mematikan kerja Afi Zaidan.
“Okay” Afi Zaidan kembali duduk. Menunggu Fareha.
“Masuk” laung Afi Zaidan sebaik sahaja mendengar ketukan dari luar. Wajah Fareha yang manis bertudung membuatkan dia tersenyum bahagia.
“Fareha ganggu Afi ke?” lembut kata-kata yang keluar dari mulut mulus itu. Fareha mengambil tempat dihadapan Afi Zaidan. Macam mana la dia tak terpikat dengan Fareha. Cukup pakej. Cantik, sopan, berbudi bahasa, lembut, beriman dah semua ciri-ciri tersebut ada dalam diri gadis yang bernama Fareha.
“Afi tengah kemas barang. Tadi bekejar pergi hantar dokumen dekat encik Hamdan. Dia tertinggal. Hari ini hari terakhir Afi dekat Citra Holding” adu Afi Zaidan. Suka betul dia bermanja dengan Fareha. Fareha pun jenis melayan. Memang lembik la dia.
“Afi betul ke nak letak jawatan? Tak nak fikir balik?” soal Fareha. Sayang nak lepaskan pekerja yang terbaik seperti Afi Zaidan. Semua kerja lelaki itu cukup memuaskan hati. Jarang ada masalah yang timbul bila kerja berada di bawah lelaki itu.
“Afi tak boleh nak buat apa dah. Tempoh Afi dah tamat.” Afi Zaidan memasuki frame gambar yang tersusun cantik diatas meja.
“Fareha boleh lanjutkan kontrak Afi. Kalau Afi sudi” pujuk Fareha. Tak putus asa.
“Tak pelah Fareha. Kalau lanjutkan kontrak dengan Citra nanti mengamuk pula penghuni Azrai. Afi tak nak ambik risiko dekat sana pulak” Afi Zaidan tenung gambar pemandang hutan yang diambil sewaktu bercuti di Resort Sentosa. Banyak kenangan dekat situ. Ah terasa rindu dekat si bunian, jungle girl. Hampir setengah tahun masa berlalu. Dia bunian.
“Rindu saat-saat dekat Sentosa. Afi tahu, masa Afi hilang sewaktu kita perkhemahan dulu memang gempak. Alih-alih keesokan Afi balik dengan selamat. Memang lagi gempak” celoteh Fareha. Matanya turut terpaku pada pandangan frame gambar. Dia perasaan yang Afi Zaidan terlalu suka menatap potret itu. Kenangan lima bulan lepas mengimbau.
Kecoh tika itu. Skuad mencari turun ke hutan mencari lelaki itu. Semalaman suasana resort kelam-kabut. Sehingga mereka meminta pertolongan tok dalang, orang asli dari hutan tersebut. Menurut tok dalang Afi Zaidan selamat. Mereka menarik nafas lega sehingga petang ke esokkan Afi Zaidan muncul dengan orang asli.
Bersyukur teramat kerana masih sempat temui Afi Zaidan. Walaupun Afi Zaidan hanya pegawai biasa disyarikat Citra tapi dia bukan la calang-calang orang. Tahkta Azrai cooperation milik Afi Zaidan sepenuhnya.
“Afi pun tak sangka Afi boleh balik dengan selamat. Alhamdulilah Allah memudahkan urusan Afi” ucapnya syukur. Sacara. Nama itu meniti dihati Afi Zaidan.
“Afi tak pernah pun cerita apa yang terjadi dekat hutan dulu”
“Oh tak ada benda yang menarik pun nak di cerita” biar la segalanya rahsia. Tok dalang sendiri yang memintanya menyembunyikan pasal Sacara. Dia hanya menurut walaupun diasak dengan perbagai persoalan.
“Pelik jugak”
“Tiada yang pelik Fareha. Dengan izin-Nya” frame ditangan kembali masuk ke dalam kotak. Sebelum mula bertugas di tempat baru dia bercadang singgah ke sentosa resort sementara. Mencuba nasib dengan mencari sesuatu yang hilang mungkin. Lagi pun, boleh menenangkan pemikiran yang kusut sewaktu berada dibandar metropolitan ini. Mana tahu boleh jumpa dengan Sacara dekat sana.
“Afi ingat nak bercuti di Sentosa untuk beberapa hari” rancang Afi Zaidan. Fareha yang mendengar terkejut. Sangkanya, selepas kejadian itu Afi Zaidan tak mungkin kembali ke sana. Satu perkara tentang Afi Zaidan yang dia tahu adalah Afi Zaidan tak suka aktiviti lasak. Dulu pun dia terpaksa mengikut.
Dia tahu Afi Zaidan ada perasaan terhadap dia. Cuma hati dia tidak terbuka untuk belajar menerima Afi Zaidan. Dia selesa berkawan dengan lelaki itu. Kembali dari Sentosa Afi Zaidan dah tak macam dulu, dia dah berhenti untuk mendekati dirinya. Perkataan kawan menjadi landasan mereka bersama.
“Nak ikut” wajah Fareha ditenung. Mencari jawapan untuk menolak Fareha dari mengikutnya. Nanti peracangan dia akan menjadi berantakkan.
“Tak payah la. Afi ingat nak bermalam dengan orang asli” tolak Afi Zaidan perlahan. Dia nak cari jungle girl. Rasa rindu dekat jungle girl semakin parah. Melupakan bukan sesuatu yang senang, walaupun pada hakikatnya ingatan berjaya menghalang dari menebusi ruang hati.
Dia pelik. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Afi Zaidan. Tapi apa? Dia tahu Afi Zaidan bukan la seorang pengemar adventure. Dulu waktu masuk hutan pun 1001 alasan yang dibina. Kalau nak suruh tulis dalam kertas memang tak akan pernah siap. Sekarang? Tanpa perlu diajak sudah ingin masuk hutan. Pelik!
“Atas urusan apa Afi pergi sana?” Fareha masih tak puas hati.
“Kalau Afi pergi atas nama Azrai?” duga Afi Zaidan. Hairan mungkin. Tak pernah Fareha bersikap begitu.
“Azrai?”
“Yap. Azrai kan syarikat penyelidikan. Salah satu anak syarikat Azrai adalah makmal penyelidikan vaksin, PT5. Tak salah kalau Afi Zaidan cuba sesuatu dalam kajian. Lagipun Afi masuk bahagian penyelidikan. Syarikat induk masih dipegang oleh CEO” terang Afi Zaidan.
“Kenapa Afi Zaidan tak kerja dengan ibu pejabat sahaja”
“Fareha sudah lupa ya. Afi Zaidan ada PHD in biomedic. Minat Afi Zaidan dalam bidang penyelidikan. Azrai pulak syarikat pengeluar tentang teknologi dan ubat-ubatan. Ini semua berkait” terang Afi Zaidan. Jauh menyimpang sijil dia sekarang. Kerja sebagai salah satu pegawai di syarikat pembinaan.
Fareha terdiam. Dia lupa genius dihadapannya. Dalam umur lingkungan 28 sudah memegang PHD. Apa sahaja yang diceburi Afi Zaidan pasti sukses. Sebab itu dia agak sukar untuk membenarkan Afi Zaidan keluar dari syarikat Citra Holding. Besar perbezaan Citra dan Azrai.
“Doakan yang Afi berjaya” ucap Afi Zaidan. Teringin jugak dia nak meneruskan cita-cita dia dulu. Mencipta vaksin untuk kegunaan manusia sejagat.



“Doctor Durrah, Q3 sudah siap untuk diuji” Durrah berpaling. Picagari ditangan diletak perlahan di atas meja. Dia mengekori langkah langkah Doktor Kumar, pembantunya. Sebaik sahaja sampai ditempat penyelidikan. Seekor tikus dikeluarkan oleh Doctor Chin dari sangkar. Q3 diambil. Tabung uji itu digoncang-goncang sebelum cecair itu bertukar tempat.
Durrah menghantar isyarat kepada Doktor Kumar dan Chin. Saat itu tikus yang berwarna putih disuntik dan dilepaskan ke dalam balang kaca yang dicipta khas oleh mereka. Mengeletis tikus itu sebelum mulut haiwan itu berbuih.
“Sel kanser apa yang disuntik?” soal Durrah yang masih setia melihat tikus itu.
“Kanser perut” ringkas jawapan dari Doctor Chin. Bunyi alarm makmal membuatkan mereka bertiga tersentak.
“Kumar habiskan semua kajian. Chin musnahkan vaksin. Ada penceroboh. Kita perlu keluar dari sini segera. Simpan apa yang patut” arah Durrah. Dia sudah berlari menuju ke pejabat. Pendrive berwarna biru dicapai sebelum memyambung ke semua laptop.

Virus Hitam’

Papar computer dipejabat dipenuhi dengan tulisan itu. Cepat-cepat Durrah menarik buku separuh besar.
Diambang pintu Chin dan Kumar sudah sedia menanti. Mereka mengangguk sebelum keluar melalui lubang rahsia.


~~bersambung

Tiada ulasan: