Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

25 November 2013

Mini: Jungle Girl 6






Afi Zaidan tersenyum puas sebaik sahaja keluar dari Citra holding. Dengan ini tamat sudah perkhidmatan dia. Kotak-kotak ditangan masih setia. Dia melemparkan kotak tersebut di seat belakang kereta proton Preve.
Engine kereta dihidupkan. Baru beberapa saat kereta milik Afi Zaidan bergerak, brek emergency ditekan. Mengucap Afi Zaidan. Lantas dia keluar dari kereta. Mencari kelibat yang ingin memendekkan nyawanya. Seorang gadis yang masih setia dihadapan Preve. Muka gadis itu pucat. Terkejut mungkin.
“Cik hati-hati la sikit” Afi Zaidan mengawal nada. Selamat dia perasan. Kalau la dia langgar tadi mahu banyak benda yang nak diuruskan. Sebaik sahaja gadis itu mengangkat wajah Afi Zaidan sudah menjerit.
“Bunian! The jungle girl!” meluru Afi Zaidan mendapatkan gadis itu. Terpinga-pinga gadis itu.


“Macam mana Sara ada dekat sini?” soal Afi Zaidan. Dia masih ralit melihat Sacara yang sudah berubah 100%. Dia bukan la gadis Tarzan seperti sebelum ini. Malah sudah menjadi moden. Hanya memakai t-shirt dan seluar jean sudah mengiktirafkan Sacara moden oleh Afi Zaidan.
“Sara awak pakai heel” Afi Zaidan separuh teruja. Sacara memandang kakinya.
“Ya, kenapa tak boleh ke?” soal Sacara kembali. Dia tahu Afi Zaidan terkejut punya. Takkan la nak pakai pakaian yang biasa dipakai sewaktu di Sentosa. Mahu kena gelak guling-guling nanti.
“Bukan tak boleh cuma terkejut je” Sacara tersenyum mendengar jawapan Afi Zaidan. Dia bagaikan dua orang yang berbeza. Sacara si jungle girl dan sekarang Sacara the model girl. Sekali lagi Afi Zaidan menjeling kaki Sacara. Jimmy choo okay. Gila, sungguh gila. Bukan semua orang boleh ada kasut jenama itu. Jimmy choo ada buat kebajikan ke?
“Afi sihat?” Sacara ketawa. Kelakar melihat muka terkejut Afi Zaidan. Hah ingat kau sorang hebat bergaya. Aku pun sama okay.
“Sihat, Sara?”
“Sara pun sihat. Lama tak jumpa Afi Zaidan. Dulu nampak selekeh. Sekarang dah bergaya.”
“Sara pun sama. Sara dari mana nak ke mana?”
“Sara nak balik rumah. Tak sangka pulak ter-acident tadi”
“Rumah? Dekat Hutan Sentosa ke?” Takkan la. Jauh kot kalau nak pergi sana. Dia baru bercadang nak pergi sama hujung minggu ini. Tak sangka pulak orang yang ingin ditemui berada di depan mata.
“Dekat sini la. Kalau dekat pondok Sara dah lama Sara bertolok. Entah bila boleh sampai” celoteh Sacara.
“Rumah Sara dekat mana? Boleh Afi tolong hantarkan” pelawa Afi Zaidan. Tak salah rasanya dia menolong Sacara. Lagipun Sacara banyak menolongnya sewaktu di dalam hutan.
“Tak menyusahkan Afi ke?” dia takut menyusahkan lelaki itu. Yelah dia mampu untuk berdikari sendiri. Dia dah biasa sewaktu di hutan dulu.
“Tak. Afi tak kerja hari ini. Afi Zaidan hantar Sara dengan kereta bermotor. Kereta kuda Afi tak ada” gurau Afi Zaidan. Teringin peristiwa mereka menunggang Doti dan Doni, kuda perliharaan Sacara. Advanture!
Pengalaman pertama dia menunggang kuda, seronok. Sejak hari itu dia selalu menunggang kuda di kelab. Mendaftar sebagai ahli. Semata-mata melepaskan rindu pada Doni. Tapi betul ke Doni? Bukan tuan Doni ke?
“Kalau dah Afi pelawa tak boleh tolak. Lagi pun boleh save duit teksi”
“Biar Afi Zaidan jadi drive Sara sementara Afi Zaidan bercuti. Seronok dapat jumpa Sara. Rasa macam jumpa orang lain”
“Kena la biasakan. Mungkin lepas ini akan kerap jumpa Sara.”  Sacara hanya memandang riak Afi Zaidan dengan muka yang berkerut. Banyak kejutan yang akan diterima Afi Zaidan selepas ini.
Masih teringin lagi kali terakhir mereka bertemu. Afi Zaidan menjerit terkejut. Bunian? Dia saja melindung wajah dari pandangan tika itu. Entah kenapa seronok kacau lelaki itu. Penakut! Tak pernah dia melihat lelaki sepenakut Afi Zaidan. Harapkan badan macho tapi hangus. Tak boleh pakai.



“Betul ke Sara tinggal dekat sini?” soal Afi Zaidan pelik. Sacara mengangguk. Ini la tempat tinggalnya sekarang. Sacara mendongak ke atas. Bangunan besar dihadapannya itu dipandang. Afi Zaidan disebelah seperti tercengang.
“Tapi ini hotel” luah Afi Zaidan. Entah sebab apa dia rasa macam orang tak waras kejap.
“Memang la hotel kenapa? Afi Zaidan walaupun Sara duduk dekat hutan tak semestinya Sacara tak membangun. Sacara orang yang mengikut arus pembangunan apa. Lagipun hutan itu hanya homestay Sacara. Jangan menilai hanya dengan pandangan mata kasar” Afi Zaidan terdiam.
Dia tahu salahnya. Kelakuannya seperti memperlekehkan gadis itu. Dia menunduk. Bingung sebenarnya. Siapa Sacara? Gadis itu suka buat dia terdiam la. Penuh misteri. Nak merungai misteri itu pun kena perlahan-lahan.
“Maaf Sara. Afi Zaidan tak bermaksud…”
“Tak apa Sara paham. Sara dah biasa” potong Sacara dia melangkah masuk ke dalam hotel Almanda Holiday. Ala dia tahu. Afi Zaidan tak payah terang pun tak apa. Tapi Afi Zaidan kena ajar juga. Kadang-kadang, kata-kata dia boleh membuatkan seseorang itu terhina. Selamat la dia ini kebal. Tak rasa apa-apa. Cakap la banyak mana pun dia tak kisah pun.
Afi Zaidan hanya mengekori. Hotel bertaraf 5 bintang kot. Siapa la yang tak tercengang. Banyak jugak duit minah ini sewa hotel mahal bagai. Jangan nak main cabut sudah. Ish Afi Zaidan jangan cari pasal. Nanti kena sedas dua dari Sacara baru tahu hari siang atau malam. Hahaha



Sacara memasuki semua baju-baju ke dalam beg. Afi Zaidan dijeling. Sibuk je atuk sorang ini.
“Encik Afi Zaidan, kalau tak kerana saya tak tahan dengar bebelan encik Afi Zaidan saya ikut encik Afi Zaidan” luah Sacara geram. Ditarik beg roda keluar dari hotel. Afi Zaidan hanya membontot langkah Sacara. Dalam diam di mengukir senyuman kemenangan.
“Ala Sara, masa ini la Afi Zaidan nak balas budi Sara. Sara dah banyak tolong Afi Zaidan. Masa ini la Afi Zaidan tolongSara balik.” Afi Zaidan tarik sengih.
“Sara boleh balik sendiri la.”
“Yalah siapa la kitakan. Orang tak sudi kita tolong dia.”  Sacara menjeling. Susah betul la dengan kaki emo ini.
“Dah tak payah nak jual ayat. Sara ikutkan sekarang” Afi Zaidan tersenyum. Melihat Sacara yang duduk hotel sendirian membuatkan Afi Zaidan dapat idea. Apa salahkan kalau biarkan Sara duduk rumah dia sementara waktu.
“Sekarang Sara adalah tamu Afi Zaidan jadi Afi Zaidan akan layan Sara dengan baik” Afi Zaidan menghalang Sara dari membayar bil hotel. Terbuntang mata Sacara.
“Sara ada duit la” bengang Sara. Ada jugak kena cepuk mamat ini.
“Eh jungle girl duduk diam situ” Afi Zaidan dah menghulurkan kad kredit. Sacara tarik muncung. Mentang-mentang la aku duduk dekat hutan ingat aku gayat ke?
Sacara menarik muncung mengekori Afi Zaidan. Dah la kena paksa. Sebal betul la. Orang banyak lagi benda nak buat dari melayan mamat ini. Tapi kenapa erk aku ikut jugak kata mamat sengal ini? Mungkin dia satu-satu kawan yang aku kenal dekat sini kot.
“Sara jangan nak protes. Amboi sejak keluar dari jungle sikap ganas dah terbang berganti dengan manja. Euww…Sara jangan nak goda Afi Zaidan okay” Afi Zaidan ketawa kecil melihat muka bengang Sacara.
Dia menghempas pintu kereta milik Afi Zaidan. Banyak bunyi pulak pakcik ini. Afi Zaidan melencong kereta ke lebuh raya. Sacara akan duduk dirumahnya selama seminggu sementara mencari rumah sewa.
Lagipun bukan dia saja yang ada dirumah tersebut. Mak Nora dan pak Majid pun ada. Penjaga rumah miliknya. Dia pun bukannya bengong nak duduk berdua-duaan dalam satu rumah. Sacara adalah tetamunya. Tetamu dari jauh yang banyak membantunya tika dia berada dalam kesusahan.
“Sara tak kuasa nak goda Afi Zaidan okay. Afi Zaidan yang tergoda sebelum Sara mengoda” Sacara tarik sengih. Berubah muka Afi Zaidan. Amboi boleh tahan jugak mulut bunian ini.



Afi Zaidan duduk menunggu di meja makan. Menanti Sacara turun. Makan malam mereka bersama untuk kali kedua. Teringat Hutan Sentosa.


“Buat apa tu?” Afi Zaidan memerhati Sacara yang sedang menangkap ikan tidak jauh dari pondok milik Sacara.
“Bergurau dengan harimau” sinis Sacara. Tapi tidak bagi Afi Zaidan. Sebut sahaja harimau dia dah berdiri tegak. Harimau?
“Mana-mana?” soal Afi Zaidan cemas. Dia dari arah atas susah tak tentu arah. Mencari-cari kelibat harimau yang dimaksudkan oleh Sacara. Dia dah siap sedia dengan kayu ditangan.
Mengekek Sacara melihat Afi Zaidan yang dah macam beruk. Kehulu-hilir tanpa arah tuju di atas pondok. Mendengar tawa Sacara baru la Afi Zaidan mengerti. Dia kena lagi. Ai susah betul bila aku ini jadi penakut. Gaya macho hancur depan budak ini. Susah betul nak control macho. Ada sahaja yang tak kena. Hancur betul.
“Kau kalau tak kenakan aku memang tak sah kan.” Laung Afi Zaidan. Dia berjalan masuk ke dalam pondok. Nak pujuk hati. Amboi kemain lagi nak merajuk. Dah tahu aku itu penakut cari pasal kenapa?
Akhirnya malam dia dapat merasa ikan bakar fresh yang ditangkap sahaja. Tak dapat nak merajuk sebab waktu itu perut dah lapar. Nak tak nak terpaksa tebalkan muka makan. Dalam masa satu hari banyak kenangan yang buat dia rasa terhibur. Afi Zaidan kembali ke alam nyata.
“Mak Midah, dah panggil ke Sara itu?” soal Afi Zaidan. Dia memandang mak Midah yang sedang menyiapkan meja makan.
“Sudah. Tadi kata Sara dia ada kerja sikit” Afi Zaidan diam mendengar jawapan mak Midah. Perut dah lapar ini.
“Ini mak Midah nak tanya ini, kamu ada apa-apa ke dengan Sara itu?”
“Dia tetamu Afi la mak Midah. Masa Afi Zaidan hilang dulu dia banyak tolong Afi Zaidan. Sekarang ini dia kat sini biar la Afi Zaidan tolong dia pulak.” Terang Afi Zaidan. Mula-mula dia bawa balik Sacara mak midah terkejut jugak. Ingat Afi Zaidan kahwin lari. Tup tup bawak balik perempuan. Mahu tak melatah dia kejap.
“Bukan apa, mak Midah ingat kamu kahwin lari tadi”
“Tak nak saya nak kahwin lari pulak. Tak patut la. Afi pun teringin nak buat majlis jemput orang ramai.” Terang Afi Zaidan. Lambat betul la Sacara ini. Afi Zaidan dah berkira-kira mencapai mangkuk yang berisi nasi.
“Sara itu anak orang asli ke?”
“Entah la mak midah. Misteri betul budak itu. Tapi mak midah jangan tengok nama dia yang kolot itu nanti mak midah yang terkejut.”
“Maksud kamu?”
“Baru tak nampak baru, lama tak nampak lama”
“Pening la mak midah dengan kata-kata kamu ini Afi Zaidan” mak midah dah mengaru kepala. Baik masuk dapur dari layan Afi Zaidan mengarut.
“Ehem” bunyi orang berdehem membuatkan Afi Zaidan berpaling. Sacara yang baru turun dipandang. Dia yang memakai kain batik membuatkan Afi Zaidan ketawa kecil.
“Macam gadis pingatan” komen Afi Zaidan.
“Walau macam mana pun tetap cantik” Sacara menarik kerusi. Hidangan atas meja menambahkan bunyi perut. Lapar.
“Yelah pakai apa-apa pun cantik” Afi Zaidan menarik mangkuk yang berisi nasi. Disuakan kepada Sacara.
“Ini je yang ada. Tak apakah?” soal Afi Zaidan. Hari ini dia suruh mak Midah masak makanan yang simple dan ala-ala kampong. Risau Sacara tak biasa makan-makanan yang biasa dia makan. Lidah Afi Zaidan ini moden sikit. Lauk-lauk kampong jarang makan.
“Boleh je. Sara makan je. Rezeki jangan ditolak kata orang” muka Sacara dah berseri tengok makanan.
“Jemput makan” tanpa melengah Sacara sudah pun hanyut dalam menjamu selera. Afi Zaidan dah tergelak. Siapa tuan rumah sekarang.
“Lupa pulak Sara dah beli tiket ke Terenganu. Afi Zaidan hantarkan Sacara dekat stesen bas boleh”
“Kenapa tak tinggal sini lama sikit.”
“Sara ada dah dapat kerja. Itu sebab kalau boleh nak tolak cepat” terang Sacara. Memang dia ada kerja yang perlu diselesaikan cepat. Makin lama duduk KL makin lambat la dia mula kerja.
“Macam tak sudi duduk rumah Afi Zaidan pulak”
“Bukan tak sudi terlebih sudi. Nak duduk sini sampai mati pun sanggup”
“Kalau macam itu kahwin dengan Afi Zaidan la”
Breeee…
tersembur air yang dimimun Sacara. Sakit mulut aku. Mamat ini…
“Boleh ke?” Sacara masih selamba melayan Afi Zaidan.
“Untuk Sacara semua pun boleh” Afi Zaidan ketawa. Sacara mencebik. Ayat lelaki sama sahaja. Keadaan mereka ditemani dengan bunyi sudi berlaga dengan pinggang. Banyak benda yang mungkin membuatkan dia rasa pening kepala. Panggilan dari Nazim membuatkan dia sedikit canggung. Setelah sekian lama akhirnya semua persoalan terjawap.
“Sacara…” Sacara tersentak.
“Asal menung je. Tak sedap ke?” soalan dari Afi Zaidan membuatkan dia terdiam sendiri. Terlalu leka berfikir membuatkan dia lupa keadaan sekeliling.
“Afi … terima kasih” ucap Sacara beserta satu senyuman yang ikhlas.
No bigger. Kitakan kawan”
“Mmm… yap kawan.”



“Sebuah bas dari kuala lumpur ke terengganu terbabas ke dalam gaung. Kira-kira pukul 5 petang. Seramai 10 mangsa parah. Manakala 2 dari mereka dilaporkan hilang. 12 dari mangsa mengalami cedera ringan. Polis masih mencari mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut
Terlepas remote dari tangan Afi Zaidan. Bas Terengganu, bas yang dinaiki Sacara. Masih terbayang wajah Sacara yang gembira yang ingin merantau di negeri orang. Terasa baru semalam Sacara ketawa mengenakan dia lagi. Dalam sekelip mata terasa dunia ini berhenti berpusing dari paksi.
“Afi boleh hantarkan. Afi cuti” pelawa Afi Zaidan. Kawasan TBS agak sesak sikit dengan orang ramai. Memang dia sengaja siap awal. Untung boleh hantar Sacara ke Terengganu. Lagi pun dia dah berhenti kerja. Jadi tak ada masalah untuk cuti.
“Tak payah la. Teringin nak naik bus” Sacara kedipkan mata. Saja buat macam itu. Kalau tak nanti diherat Afi Zaidan macam semalam. Tak ingin den.
“Bukan jauh pun KL ke Terengganu” pujuk Afi Zaidan. Berharap benar Sacara akan termakan pujuknya.
“Sebab tak jauh la Sara nak naik bus. Ada faham” sengaja dia menekan perkataan faham itu. Afi Zaidan hanya memandang Sacara. Entah kenapa hatinya tak enak. Memang tak enak. Rasa tak boleh nak lepaskan Sacara pergi dari dia. Betul ke hati dia dah jadi milik si jungle girl ini? Persoalan itu sering berlegar sejak dia tinggalkan Hutan Sentosa.
“Rasa berat hati pulak nak lepaskan Sacara. Nak ikut boleh?” Afi Zaidan tayang muka sedih. Riak muka Afi Zaidan mengundang ketawa Sacara. Sangkanya Afi Zaidan hanya bergurau. Tapi hakikat sebenarnya berbeza.
“Berapa kilo berat hati Afi ini? sudah la. Bukan tak boleh jumpa. Sedangkan yang dalam hutan itu pun boleh jumpa inikan yang berada di luar.” Sacara dah berhenti ketawa. Pelik je Afi Zaidan ini. Sejak bila jadi emosi, yang dia tahu Afi Zaidan ini penakut tahap tak ingat. Sacara menarik senyum.
“Afi” Sacara memanggil Afi Zaidan dengan nada serius. Berkerut muka Afi Zaidan. Kenapa?
“Apa?” Afi Zaidan menahan debar. Lain macam sahaja riak muka Sacara. Agak menyeramkan serius semacam.
“Ada orang rindu Afi Zaidan dekat Sentosa” lambat-lambat Sacara bersuara.
“Siapa?” Afi Zaidan blur. Setahunya tak ada siapa pun yang dia kenal rapat sampai nak rindu-rindu bagai. Tok Dalang Anik ke? Takkan la. Sejak bila pulak orang tua itu pandai main rindu-rindu dengan aku.
“Cik snake dan tuan harimau” Sacara ketawa. Sebagai sahaja menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Sacara. Afi Zaidan tersentak. Ceh ingat ingatkan apalah tadi.
“Oh. Kirim salam balik. Rasanya lama dah tak jumpa dia orang” Afi Zaidan berlagak cool. Gila kau! Ular dan harimau yang dia jumpa dekat hutan dulu punya la besar. Mahu tak terkencing dia.
“Macam mana sekarang masih penakut lagi ke?”
“Tak pun. I’m the man” Afi Zaidan mendabik dada bangga. Tanda dia tak takut dah. Sacara tak tahu dalam hati dia dah kecut macam asam jawa. Afi Zaidan tetap Afi Zaidan berlagak berani tapi penakut. Hahaha.
“Oh dah tak takut ya. Okay la Sara nak naik bas dulu. Nanti tak pasal terlepas” Sacara dah menarik beg pakaian.
“Tapi sebelum lupa Sara ada hadiah untuk Afi” Sacara menarik sesuatu di dalam beg. Sebuah kotak bersaiz sederhana kecil dicapai. Kotak itu kelihatan cantik dengan balutan.
“Nah” Afi Zaidan mencapai. Kotak itu digoncang-goncang.
Excited pulak dapat hadiah dari orang perempuan ini. Dah rasa macam jadi prince charming pulak”
“Jangan nak perasan. Nanti buka masa Sara dah naik bas tahu. Okay la bye adios” Sacara melambai ke arah Afi Zaidan. Bus berwarna merah itu dipandang sepi. Lepas ini tak ada Sacara lagi dah. Si jungle girl yang tak nakal. Afi Zaidan memandang sepi kotak tersebut sebelum membuka perlahan. Satu saat... dua saat… tiga saat… empat saat…
“Argh!” Afi Zaidan terjerit kecil sebelum membaling kotak hadiah Sacara. Dia sempat menangkap wajah Sacara yang ketawa ditepi bus. Nak kejar tak boleh bus dah berlepas. Orang yang berada sekeliling turut memandang dia kehairanan.
“Sacara!” Afi Zaidan menahan geram. Ada ke patut dia bagi lipan dalam kotak itu. Dia tak tahu ke aku takut haiwan yang berbahaya ini. Ish nak kena betul la Sacara ini.
Tapi itu semua dah tinggal kenangan. Sacara dah tiada. Si kuat Sacara dan si jungle girl dah tak ada.


~bersambung...

2 ulasan:

katrina berkata...

cik aid....nak sambungannya....ble nak sambung??

o-ReN berkata...

cik aid pun tengah berusaha nak sambung...^_^
hihih