Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

18 November 2013

Cerpen: My Erika










Enam tahun lalu…
Siapa itu? Hati ini dah rasa sayu melihat gadis yang berada dibelakang tangga tengah mengesat air mata. Asyraf hafizan kaukan hero apa kata kau pergi tengok. Mana tahu awek cun boleh tangkap lentok.
Tangan dah masuk dalam poket baju melayu. Songkok dibetulkan. Penuh semangat waja kaki diatur. Eh…eh jangan pergi. Langkah aku diatur laju sebaik sahaja nampak awek. Awek tadi dah pergi. Fuh tak ada rezeki nak usha. Aku hanya memerhati dengan penuh minat. Dalam beberapa saat awek tadi dah ketawa dengan kawan-kawan dia. Pelik betul la.

Dah sekali lagi aku tengok dia mengesat air mata untuk sekian kali. Hati aku ini dah mula rasa kesian dan pelik. Dari pandangan mata itu aku perhatikan dengan penuh minat. Anak mata itu tepat memandang pada pelamin dan tajam memerhati pengantin lelaki yang sedang gembira mengambil gambar. Dalam kesedihan itu tetap ada senyuman.
“Nah” entah dari mana tisu aku capai aku bagi dekat dia. Dia sedikit terkejut menoleh aku sebelum mengambil tisu berwarna putih itu. Tisu kenduri je kot.
“Thanks” ambik kau, suara dia sungguh lembut dan kelembutan itu dah tusuk hati aku. Wajah dia aku pandang dari sisi. Sekali lagi aku rasa tertusuk. Seperti ada satu panahan dah kena tepat pada hati aku yang suci ini. Suci? Suci la jugak.
“Most welcome. Ini kes cinta tak kesampaian ke?” eh asal kejam sangat soalan aku itu. Mmm lupa pulak aku inikan heart breaker.
“Tak jugak. Sebab tak pernah bercinta pun”
“Admire la ni” dia mengangguk.
“Memang orang perempuan suka berkorban untuk orang yang dia cinta bahagia ke?” soalan yang dah lama aku cari jawapan. Mungkin dia ada jawapan. Situasi sekarang ini dah tuju pada dia.
“tak tahu la. Apa yang saya tahu saya cintakan dia” polos gila jawapan dia.
“Saya ada satu ayat nak dengar?” saja sebenarnya nak pancing dia cakap dengan aku. Setiap kali dia bersuara seperti ada alunan music kalah cerita Main Hoon Na.
“Agak-agak ayat itu boleh buat hati saya lapang tak?” dia senyum? Wah kembang hati aku kejap. Eh Asyraf Hafizan cool beb.
“Dengar dulu baru tahu. Dah sedia?” dia mengangguk. Kepala otak aku dah mula susun-susun ayat. Nak cakap apa erk? Aku bukan pandai bab ini semua. Muka dia dah berkerut. Okay Asyraf Hafizan apa nak jadi jadi la.
“Sebenarnya saya tak tahu nak cakap apa. Cuma saya rasa untuk untuk awak menangis rasa macam tak best sangat. Ya nanti kalau orang tengok ingatkan ni kenduri orang mati” aku diam. Kawal rasa.
“Ohh…” aku tengok muka dia tanpa emosi. Dalam diam aku dah nak hentak kepala dekat meja. “Betul jugak itu. Thanks awak” eh dia?


Sekarang~~~~
Mimpi rasanya dapat rasa bertunang dengan orang yang kita suka. Aish kalau macam ini la gamatnya dari sebelum abang-tak-jadi-admire balik aku dah cop dia cepat-cepat. Itulah dulu aku ini ego sangat dengan perempuan. Nak yang itu la nak yang ini la. Sekali dapat My Erika fuh memang tak pandang kiri kanan. My Erika ni simple je. Tak ada la vough sangat. Kira kalau tengok dia hari biasa rasa macam tengok budak-budak biasa. Kalau dalam kalangan orang ramai kita memang tak akan jumpa dia. Sebab utama dia My Erika, dia biasa dan istimewa.
Nak jumpa orang macam My Erika mungkin dalam sejuta satu pun tak jumpa. Ayat common bila dah jatuh cinta. Cliché.
“Encik Asyaf Hafizan” eh My Erika ni bila pulak ada dekat sebelah aku ini?
“Yes My Erika”
“Nak beli apa lagi?” dia dah mengusap dagu. Berfikir barang apa yang kena beli untuk majlis kahwin nanti. Kuasa membeli ini aku bagi 100% dekat dia. Aku kan sayang dia. Chewah…
“Dalam list semua dah ada. Tak tahu la kalau yang dekat luar list” dia sengih. Setiap kali bibir dia mengukir gerakkan ia betul-betul buat aku sejuk. Terasa macam kena simbah air telaga. Alangkah sejuk dan nyaman. Tengok macam mana la aku tak gila bayang dengan dia. Ini pun dah puas control macho. Kalau tak memang aku rasa nak peluk-peluk, nak tilik-tilik.
“Cuba cakap terus terang” mesti ada something ini. Orang perempuan ini penuh dengan tipu musihat yang tersendiri.
“Boleh tak…” dia dah mula dah.
“Boleh apa?”
“Boleh tak kalau…”
“My Erika ada lima saat untuk cakap terus terang. Lebih lima saat tak layan ataupun lebih tepat tak akan dapat apa pun pemintaan My Erika” kan dah keluar ugutan. Dia dah diam. Was-was semacam kenapa? Jangan cakap nak tunda nikah sudah. Nak tunggu dua bulan pun rasa payah sangat. Rasa macam masa itu merangkak perlahan setiap saat.
“Boleh tak lepas kahwin kita pergi honeymoon dekat Italy?” aku diam. Honeymoon? Italy?
“Motif?”
“Saja je.” Dia dah berjalan meninggalkan aku. Button yang ada pada kunci aku tekan. Tanpa berlengah My Erika dah masuk dalam kereta. Aku berjalan perlahan. Permintaan pertama dari My Erika. Wow kagum!


“Ala apa susah kau booking jelah tiket. Itu pun aku nak ajar ke?” inilah yang aku malas nak cakap ini.
“Aku tahu la. Setakat nak pergi Europe ke? United ke? Katakan je aku boleh settle”
“Dah itu apa masalah dia. Kau jugak cakap sanggup buat apa saja untuk kau punya ‘My Erika’ itu” mamat itu dah menjuihkan bibir. Dengki la itu dengan nickname my sweetie.
“Susah cakap dengan orang cerdik pandai ini” aku merengus. Tali leher dah dilonggarkan. Rimas!
“Weh adik ipar to be, adik aku itu jenis cool jugak. Kau cakap hal sebenar sudah. Dia faham la” aku tarik sengih. Lupa pulak aku mamat ini… Muhamad Elmi, abang kepada My Erika. Mesti paham.
“Aku tak boleh kata tidak la bila depan dengan adik kau itu” dulu masa aku tengah feeling dengan adik dia memang aku sorok habis. Takut terkantoi. Aku keluar dengan My Erika pun dia tak tahu. Keluar curi-curi. Saja tak nak beritahu dia ataupun My Erika bahawa mereka ada connetion dengan aku.
“Itu masalah kau bukan aku. Entah apa la adik aku itu sihir dekat kau erk? Sampai macam ini sekali kau menurut.” Cis basi punya orang. My Erika tak main sihir untuk dapat kan aku la. Aku yang terkena sihir panahan pertama sendiri. Aku dah baling tie dekat mamat itu. Tapi dengan selamba dia menangkap siap gelak lagi.
“Dah la malas nak layan kau. Baik buat kerja lagi bagus.”
“Elok la itu. Nanti dah kahwin boleh ambi cuti pergi honeymoon” aku tahan geram. Gelak yang paling jelik aku pernah dengar. Tunggu la nasib kau lepas ini.


“Dah pilih tempat honeymoon ke?” uhuk…uhuk…uhuk…
“Mak, abang tengah makan ini. Sebaik tak tercekik” aku duduk bersandar pada kerusi. Tangan kanan yang pegang epal aku gengam kuat. Surat khabar berita harian yang masih terbentang diatas meja makan sudah tergangu tumpuan dengan teguran mak.
“Mak tanya je. Itu pun tak boleh” nada suara mak dah sarkastik. Cawan berisi kopi sudah mencium bibir mak. Penuh gaya mak mencicip.
“Italy” puffs!
“Mak!” aku dah terjerit kecil bila mak mandikan aku dengan air kopi.
“Kamu pun kalau nak bercakap tunggu mak habis minum kopi” pulak? Aku jugak yang kena. Adus mak ini. Tak pasal melekit dah baju dengan air kopi ini.
“Confirm ke kamu nak pergi italy? Italy itu dekat benua lainkan? Kena naik kapal terbang pergi sana kan?”
“Ya mak kusayang”
“Kamu cakap apa dekat Riqa?”
“Tak cakap apa pun”
“Kalau kamu betul la nak pergi Italy mak boleh sponser tiket” mata aku dah terbeliak.
“Apa kau ingat mak tak mampu ke?” cantas mak. Perasan kot dengan reaksi aku.
“Tak cakap apa pun la. Mak itu buat spekulasi sendiri” mak dah ketawa.
“Setakat kot itu bukan mak tak kenal. Dah la mak nak pergi cakap dekat abah kau nak honeymoon dekat Italy. Mana tahu abah leh sponsor duit belanja pulak. Untung la orang itu, mak sponsor tiket dan abah sponsor duit belanja” mak dah gelak perlahan, sebelum hilang dari bayangan.
“Dah semua perli aku kenapa? Salah ke aku nak pergi Italy?”


“Esok kita kahwin” aku garis senyum. Dia masih leka mengadap aiskrim. Gaya dia makan ais krim buat aku gila bayang lagi dan lagi.
“Tahu. Kad kahwin dah edar. Itu kawah dekat belakang rumah dah berasap” ish dia ini. Yang itu aku tahu la. Aku punya la nak excited nak kahwin dengan dia boleh pula cakap macam itu.
“Emm…” saja aku datang rumah dia petang ini. Nak ambil barang hantaran dekat My Erika. Lupa nak ambil masa shopping hari itu. Mak dekat rumah dah bising.
“Ah lupa pula. Angah suruh tanya, awak punya passport masih hidup lagikan?”
“Ish sibuk jelah mamat itu.” aku mencebik. Saja la itu.
“Jadi tak kita pergi Italy?” mata My Erika dah bercahaya. Aku sebagai lelaki sejati tak boleh nak cakap tidak.
“Jadi” sepatah aku jawab. Suara nak tak nak keluar.
“Wah tak sabarnya”
“Kenapa nak pergi Italy? Dalam Negara tak ada tempatnya menarik ke?” aku rasa berlambak tempat best yang ada dekat Malaysia ini. katakan. Memang tak muat list apa.
“Kenapa tak boleh ke?” ini bukan soal boleh or tidak. Cuma aku rasa sedikit curious.
“Tak kata pun tak boleh dan tak kata pun boleh”jawapan selamat aku.
“Kenapa? Ada sesuatu nak cakap dengan saya ke?” My Erika ni. Macam tahu-tahu isi hati aku. Ini sayang lebih ini.
“Yes. nak cakap yang saya dah tak sabar nak akad nikah esok” My Erika dah berkerut. Mulut aku inikan. Nak cakap lain tapi keluar lain. Surrender betul la.
“Dah tahu dah. Tiap-tiap hari ulang ayat yang sama.” Muka tak ada perasaan. Lepas bertunang dulu aku rasa dah terbalik.
“Yelah orang tu memang suka seksa perasaan kita” eh aku ke ini? Tak apa la layan sudah.
“Merajuk ke cik abang” dia dah tayang muka mengusik. Dalam berapa saat ekpresi muka dia berubah. Oh My Erika.
“Tak ada untung pun merajuk”
“Siapa cakap tak ada. Adalah”
“Apa untung dia?” aku angkat kening.
“Untung dia dapat kena pujuk” dia ketawa. Aku tersenyum bahagia.

At the moment….
Aku ketap bibir. Membenarkan My Erika terbahak-bahak ketawakan aku. Percaya atau tidak sekarang aku dah ada dekat KLIA dan tiket pergi Italy dah tersimpan kemas dalam passport.
“Abang you are so funny. Kalah segala raja pelawak” dia bersandar pada kerusi di ruang menunggu.
“Abang memang suka buat lawak” ayat sarkastik.
“Alolo abang sayang kita majuk erk” dia melentokkan kepala pada bahu aku. Tangan yang masih mengenggam tiket dicapai. Penuh lembut tangan aku dikucup lembut. Tiket yang terletak kemas dalam passport ditarik perlahan.
Zapp! Aku terkejut. Eh dah kenapa pulak dengan bini aku ini.
“Tak ada guna dah tiket ini. Tapi merasa jugak la naik flight kan”
“Nak gelakkan abang lagi la tu” aish apa la nasib. Mana tak, aku datang dua jam awal kot dekat KLIA ini. Dah siap lambai kaum keluarga la. Kata nak honeymoon kan. Jejak je kaki dalam kapal terbang aku dah mengigil. Demi My Erika aku cool lagi la.
Akhirnya kami tinggalkan helang gergasi itu. Aku takut tinggi! Itulah kenyataan sebenar.
“Patut la office abang  tingkat bawah sekali. Gayat ya cik abang kita ini” akhirnya aku hanya mampu tersenyum. Demi My Erika semua aku tempoh. Dia bakal bidadari aku kelak. Dia bakal kehidupan aku seterusnya.


~The End~

note: nama erika panggil Riqa...^_^ 
jadi kadang2 tu akan ada pengunaan Riqa dan Erika...tp maksud yang sama...^_^

5 ulasan:

nurul wanie berkata...

erkk..ala awat pendek sangat cik aid..tak puas nak feeling2 lagi dah the end
tp apapun..cita ni sweet

o-ReN berkata...

wanie: kita buat cite pendek2 je...
hihihi

Tanpa Nama berkata...

Lelaki gayat? Lol xD


~ArifahLee~

o-ReN berkata...

arifah lee: bukan perempuan je yg gayat.tp lelaki pun ada yg gayat..hihiih

Tia Fatiah berkata...

ahhaha u noe what.. there's one time tia naik flight, ade sorang mamat ni yg duduk sebelah tia, dok mengucap je .. dia kata takut tinggi n mintak izin nak pegang tangan tia masa flight nak berlepas n mendarat,, oh maiii.. memang tak lah kan... nak mintak flying kick la tu jawabnya.. tia suruh dia genggam penghadang kerusi je kuat2.. haha..

btw, cerita ni walaupun ringkas n padat tapi best. !! hehe