Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

13 Oktober 2013

Cerpen: Dia yang bernama...










Bunyi riuh rendah majlis persandingan itu membuatkan aku menahan. Pandangan mata berbalam saat melihat pasangan yang meriah diraihkan diatas pelamin. Tema warna silver menjadi penyeri majlis tersebut. Mata aku pejam kuat sebelum celik kembali. Pandangan mata diganggu dengan rasa yang berat. Tapak tangan aku bawa ke mata dan mengusir tanda yang membuatkan mata aku menjadi berbelang. Perlahan-lahan senyuman aku ukir dan melangkah yakin ke dalam kemeriahan.

Enam tahun belalu…
“Abang Zuha kahwin dengan kawan sekolah dia dulukan?” dari tingkap bilik Nuha kelihatan arakkan pasangan pengantin yang tema biru laut. Abang sulung Nuha kahwin hari ini.
“Kalau tak silap aku la.” Nuha membetulkan mascara yang sedikit comot. Aku kembali ke arah katil. Menanti Nuha sudah make-up. Orang lain sibuk dengan kemeriahan dia boleh pulak sibuk dengan make-up dia.
“Nuha lambat lagi ke? Aku nak join dia orang ini” gesa aku. Lupa ke Nuha aku ini memang gemar majlis keraihan. Bila ada kenduri-kendara antara keluarga, aku la orang pertama yang akan mohon cuti. Sanggup beb ambik cuti semata-mata nak sibukkan diri dengan kenduri orang.
“Kejap-kejap” Nuha dah menarik tisu dan tekap dibibirnya. Haila gincu pulak. Aku mengeleng perlahan. Bunyi paluan kompang dah menjadikan aku tak tentu arah. Music kegemaran aku. Aku dah bangkit. Dah bergerak ke arah pintu.
“Nuha” keras suara aku. Tergopoh-gopoh Nuha mengikut jejak aku. Kalau tak gesa memang tak sudah la aku kena tunggu dia. Haila sepupu aku sorang ini.
“Kenapa la kau suka sangat kenduri. Kalau aku la kurang suka. Bising” aku sengih. Soalan yang aku mampu jawap dengan senyuman.
“Entah aku pun tak tahu yang penting aku suka”
“Tahu depan angah pulak kahwin. Kenduri lagi”
“Kau pulak?” soalan cepuk emas. Tangga rumah itu dah dihiasi cantik dengan ribbon macam Cinderella pulak. Pegang tangga itu aku ulas perlahan. Dari bawah rumah dah riuh dengan sedara sepapat sedang bercerita. Lama tak jumpa mungkin. Kalau nak harap hari raya bukan semua boleh turun.
“Aku lambat lagi. Kau dulu. Sebab kau tua dari aku” aku dah menjeling.
“Setahun je kot” protes aku. Abang ngah tak kahwin lagi. Aku pulak nak sibuk dulu kenapa kan. Biar ikut turutan sikit.
“Umur kau dah lanjut la”
“Biar la. Jodoh aku tak sampai lagi” jalan selamat.
“Kau tunggu siapa hah?” Nuha ada ura-ura nak korek rahsia aku. Langkah aku hayunkan sedikit laju dan meninggalkan Nuha secara perlahan.
“Tak ada siapa-siapa” perlahan aku bersuara. Sebelum menghilang dalam sesak orang ramai.



“Riqa?” aku berpaling. Terasa nama yang sering menjadi panggilan dikalangan keluarga berlegar diruang udara. Pandangan aku jatuh pada susuk lelaki yang kelihatan berdiri gah belakang aku. Dia yang memakai baju melayu merah.
“Riqakan?” aku mengangguk pelahan. Masih kurang untuk mengecam pemilik suara itu. Cermin mata yang aku tanggalkan tadi aku capai. Meraba-raba aku mencari cermin mata dekat atas meja. Tadi aku tanggalkan sebab nak bersihkan cermin yang sedikit kelabu.
Sebaik sahaja cermin mata itu menjadi santapan ruangan korner aku tersentak. “Eh Abang Nim” lelaki itu hanya tersenyum lebar melihat aku yang sedikit gelabah.
“Iya abang la. Siapa lagi” dia masih seperti dulu tak berubah. Cuma yang berubah susuk dia sudah beriya sikit. Iyalah orang dah kahwin katakan.
“Bila abang sampai?” soal aku berbasi-basi. Gila weh dah dekat enam tahun tak jumpa. Memang kenduri kali ini masa terbaik buat jejak kasih.
“Baru sampai. Dari Miri” ujar dia. Aku mengangguk. Jauh sungguh abang sepupu aku kali ini terbang.
“Masih jetlag la ni ya”
“Yap. Sebab itulah tengok Riqa ni makin bertambah comel”
“Sejak bila Abang Nim pandai memuji ni?”
“Sejak nampak Riqa” okay gebang. Aku mencari seseorang dari arah belakang Abang Nim. Kot-kot dia turut ada.
“Cari Sue?” aku mengangguk laju. Member kamcing aku.
“Rindu gila dekat minah kepoh itu” aku teruja. Serius teruja habis. Sejak keluarga Mak Induk pindah Sarawak aku dah tak jumpa dengan sepupu aku sorang ini. ini semua Abang Nim punya pasal la. Pindah Sarawak dengan angkut semua ahli keluarga. Tak pasal aku terpisah dengan Sue.
“Sampai-sampai dia dah berkejar cari Riqa dekat luar. Dia cakap Riqa memang suka tengok orang sanding. Tak sangka pulak Riqa ada dekat sini” aku mengangguk. Dia memang tahu kesukaan aku.
“Okay la abang. Nak cari Sue. Serius rindu kuasa dua dekat dia” aku dah mengorak langkah. Cari kembar aku dulu. Mana la minah ni. Salah sasaran cari aku.
“Eh Riqa” aku berpaling. Memandang Abang Nim yang tersenyum lebar.
“Apa?”
“Seronok jumpa Riqa”ujarnya.
“Riqa pun sama” ujar aku sebelum berlari keluar dari rumah tersebut. Misi utama mencari Suria binti Ahmad Bachik.
Hampir enam tahun aku dan Sue tak jumpa. Selalu chat ataupun call. Nak jumpa punya la susah. Nak-nak sekarang ni dah ada tanggungjawab lain. Belajar. Dia dah sambung dekat nun jauh aku masih di semenanjung.

“Sue!”
“Riqa!” aku dan Sue dah berjalan laju menghampiri diri masing-masing. Mengelak dicelah keriuhan ramai. Kami diam. Sue dah ada depan mata aku. Kami melakar senyuman.
“Sue” bahu Sue aku tumbuk perlahan.
“Riqa” dia turut melakukan perkara yang sama.
“Enam tahun” aku mengangguk.
“Makin gemuk!” aku jerit perlahan-lahan.
“Makin gemuk jugak” dia turut menjerit. Sama seperti nada aku.
“Sue” aku depakan tangan.
“Riqa” tanpa membuang masa kami dah melompat-lompat dalam pelukkan masing-masing.
“Rindu” ujar kami serentak. Buat drama tengah majlis orang. Orang yang pandang hairan kami buat tak tahu. Kami memang suka buat drama.
“Enam tahun weh”
“Lama tu”
“Jom kita borak dekat tempat lebih aman dan damai” tangan Sue aku tarik. Nak cerita lebih-lebih takut tak dapat dengar dengan jelas. Bising.



“Ini kalau budak berdua ni dah jumpa memang tak sah kalau tak berkepit” Mak Induk Sal dah tepuk bahu aku. Aku hanya memangku dagu pada paha Mak Induk Sal. Sue turut melakukan perkara yang sama. Tapi pangkuan dia pada paha mak aku.
“Ala Mak Induk tak rindu dekat Riqa ke?” aku buat ayat sedih. Terasa rambut aku dibelai lembut.
“Tak ada makna Mak Induk kamu nak rindu dekat kamu la Riqa” ibu dah bersuara.
“Ibu ini.” aku dah tarik muncung.
“Mak uda rindu dekat Sue tak?” giliran Sue menyoal.
“Mestilah rindu. Sue kan anak buah emas mak uda” ibu dah usap perlahan rambut Sue. Aku yang tengok dah bertambah panjang muncung.
“Teruk sangat muncung Riqa ini. Mak Induk pun rindu Riqa jugak. Lama tak tengok anak Mak Induk ini. Makin besar dah” muncung itik aku dicubit oleh Mak Induk. Aku ketawa. Dari dulu aku ini kuat cemburu. Suka nak bolot kasih sayang Mak Induk dari Sue dan jugak kasih sayang ibu. Kata Sue aku ini kuat cemburu.
“Aku ingatkan kau makin besar perangai kuat cemburu kau itu dah kurang tapi sama” Sue mencebik.
“Tak ada apa yang berubah” sambung aku.
“Kalau Sue nak tahu Riqa ini makin besar makin mengada”
“Ibu!” aku dah jerit kecil. Ibu inikan.
“Yeke ini Riqa?” Mak Induk dah menyoal.
“Iyalah itu mak. Tengok la perangai Riqa itu. Tak berubah langsung” Sue turut sama mengata aku.
“Mana ada” aku dah jerit perlahan. “Suka kenakan Riqa” sedih la pulak.
“Tengok itu mak uda. Sikit-sikit nak nangis”
“Cakap dah besar tapi menangis lagi”
“Kenapa Riqa? Cuba cerita dekat Mak Induk” bahu aku diusap pelahan. Pelik. Aku memang jarang menangis. Tapi bila ada Mak Induk dan Sue memang aku akan cepat terasa. Manja sangat kot aku ini.
“Ibu dan Sue itu, suka kenakan Riqa” adu aku. Memang sah aku manja. Mengadu bagai.



“Riqa, Sue” gelak tawa aku dan Sue terhenti bila mendengar nama kami dipanggil. Aku dah Sue bertukar pandangan sebelum melihat kedalam isi rumah. Dua keluarga sedang berkumpul. Keluarga Mak Induk dan jugak keluarga aku. Semua berkumpul. Ada masalah ke?
“Eh ada family day ke? Kenapa tak cakap. Kalau tak boleh Riqa dan Sue balik awal.”
“Betul itu” aku dan Sue melangkah masuk. Kami berpisah. Aku mengambil tempat disebelah ayah manakala Sue mengambil tempat disebelah Kak Jihah, isteri Abang Nim.
“Sedang elok Riqa balik” ayah dah bersuara. Aku hanya diam. Semua mata berpusar pada aku. Aku hairan sendirian.
“Kenapa yah?” lengan ayah aku paut.
“Cakap la Induk. Riqa dah ada depan mata ini” ayah dah bersuara. Aku kalih Sue. Tanya apa cer? Tapi Sue hanya menjungkit bahu. Tanda tak tahu. Isyarat kami.
“Kenapa Mak Induk?”
“Mak Induk dan keluarga Mak Induk ini ada hajat” mukadimah dah keluar.
“Katakan” aku ketawa. Kenapa tiba-tiba formal gitu.
“Mak Induk ini datang dari Sarawak bawak hajat” aku menahan ketawa. Kelakar tengok adengan formal ini. Bukan aku sahaja tapi Sue pun sama.
“Riqa” ibu dah tegur. Aku tutup mulut.
“Sorry Mak Induk” Mak Induk hanya senyum.
“Mak Induk nak pinangkan Riqa untuk Abang Nim” aku terkejut. Mata aku terus jatuh dekat Kak Jiha. Kak Jiha hanya tersenyum penuh manis.
“Mak Induk ini buat lawak di siang hari pulak.”
“Betul Riqa. Kak Jiha sendiri wakil dari Abang Nim untuk pinang Riqa” jeda. Aku kalih Sue. Kot-kot dia tahu apa yang berlaku. Tanpa hampa. Sue turut binggung melihat situasi tersebut.
“Kenapa tiba-tiba?” soalan itu terpancul dari ulas bibirku. Wajah Mak Induk aku pandang dengan persoalan sebelum silih berganti antara abang Nim dan Kak Jiha. Keduanya kelihatan tenang seperti ini adalah perkara yang mengembirakan.
“Tak ada yang tiba-tiba. Mak Induk sendiri sudah lama berhajat nak Riqa jadi keluarga Mak Induk”
“Bukan selama ini Riqa memang keluarga Mak Induk ke? Bila masa pulak kita putus sedara”
“Riqa tahu apa maksud Mak Induk. Abang Nim harap Riqa fikirkan. Abang ikhlas nak jadikan Riqa isteri abang” Abang Nim dah bersuara. Ibu, ayah dan angah yang berada dekat rumah turut memberi reaksi positif. Aku tarik nafas lepas.
“Riqa tak nak la jadi bini nombor dua. Kalau betul Abang Nim nak jadikan Riqa isteri abang, Riqa nak jadi isteri pertama.”
“Riqa!” terdengar jeritan dari ibu dan ayah bergabung. Aku bangkit.
“Itu keputusan Riqa. Apa yang jadi Riqa tetap tak nak jadi isteri nombor dua. Muktamad” aku terus berlalu. Sebelum pun aku sempat melihat perubahan pada wajah Mak Induk. Sorry Mak Induk Riqa tak sengaja. Itu keputusan Riqa.



“Aku rasa serba-salah weh. Tak sangka kau jadi mangsa” aku mengeluh perlahan.
“Aku tak faham la weh. Tak sangka Mak Induk masih berfikiran macam itu”
“Mak aku semoden mana pun dia tetap ada klasik dia” Sue sengih.
“Terkejut beruk aku kejap” badan aku lemparkan pada tilam katil. Lepas kes tadi ibu dan ayah datang mengamuk. Cakap aku kurang sopan tadi. Itu bukan kurang sopan tapi cara nak bersuara perkara yang hakiki. Benda inikan bukan boleh buat main. Jadi aku akan buktikan hakikat benar. Hakikat yang mana perkara ini tak perlu terjadi. Ada banyak pihak terluka dengan keputusan tersebut.
“Kau nak terima ke? Tak dapat aku nak bayangkan kau jadi kakak ipar aku” Sue dah ketawa. What! Teruk sangat ke aku ini?
“Kau ini cara cakap macam la aku ini teruk sangat.”
“Susah kan tersempit antara keluarga. Tapi sebelum itu kau dah ada pakwe lom? Iya lah mak aku ini main terjah sampai tak sempat nak tanya kau betul-betul pasal hal ini.”
“Eh mana boleh bagi tahu”
“Dah adalah itu”
“Sue, kau tahukan kisah aku?” aku meniarap atas katil.
“Tahu. Kau memang suka dia kan?”
“Masa mengubah keadaan”
“Jadi prove it. Buktikan yang sesuatu berubah.”
“Memang perlu dibuktikan. Kalau tak sampai bila tak ada keharmonian dalam rumah itu” aku tersenyum. Minda dah mencerna beberapa idea untuk menterbalikkan segala permasalah.



“Tak percaya angah, kau tolak pinangan Abang Nim” aku yang sedang berselera makan bihun sup hanya pandang angah sekilas. Angah sudah menarik kerusi dihadapan aku. Mencapai puding jagung yang ibu buat pagi tadi.
“Kenapa tak percaya lak?”
“Angah ini tak ada la rabun sangat untuk enam tahun yang lalu. Ada minah itu menangis bila tengok orang yang dicintai menangis pada hari pesandingan itu” aku senyum. Gelas air aku capai. Pedas!
“Enam tahun bukan penentu masa sekarang”
“Tapi enam tahun permulaan satu episod duga” ewah-ewah… sejak bila angah aku ini pandai berkata-kata.
So?”
“Kenapa tak terima? Bukan itu impian Riqa ke?” aku ketawa perlahan. Impian?
“Angah impian Riqa adalah bina banglo besar dekat atas bukit belakang”
“Kebahagian datang bergolek depan mata ditolak” aku tolak mangkuk bihun ke tepi dan focus memandang angah yang selamba makan.
“Mana angah tahu kebahagian? Itu boleh jadi kedukaan mungkin”
“Mereka ikhlas Riqa” angah dah pandang aku tajam.
“Ini siapa yang suruh pujuk Riqa terima ini. Ibu? Ayah?” aku dah berpeluk tubuh.
“Bukan siapa-siapa. Angah pernah nampak Riqa menangis dan angah tak nak tengok Riqa menangis lagi. Angah nak tengok Riqa ketawa bahagia”
Thank but no thank” aku dah bersandar. “Kebahagian Riqa biar Riqa tentukan.”
“Macam mana Riqa nak jelaskan dekat ibu dan ayah?” angah dah mendongak.
“Ada hanya ada satu cara dan mungkin angah perlu tunggu dan lihat” aku dah sengih jahat. Tahu dah macam mana nak bagi semua ini terang.



“Suka la dia bila cinta pertama berbalas” aku tengok dia masih selamba makan donut big apple. Tak ada masalah langsung dengan cerita yang aku baru bagi tahu.
“Gila tak suka”
“Dah itu kenapa tak terima?”
“Kalau terima melepas la orang itu”
“Siapa?” dia mendongak perlahan sebelum kembali mengunyah donut.
“Entah” aku jungkit bahu. Donut dia aku capai dan ngap.
“Apa ini? Nak pergi la beli sendiri” dia dah mengeluh kesal. Dasar kedekut.
“Malas” ucap aku sepatah. Dia merungut perlahan. Aku hanya pekakkan telinga. Dah lali bila dengar dia membebel.
“Keputusan terletak ditangan awak” dia kembali serius. Saat itu aku sembunyikan senyuman kecil. Kelakar.
“Kalau jadi mungkin Mak Induk dan keluarga nak semua ini berlangsung dalam tahun ini jugak.” Ujar aku perlahan. Dia kelihatan tersentak sebelum mengangguk tanda paham.
“Semoga bahagia” aku mengangguk.



Kak Jiha yang sedang memasak aku kalih sebelum aku tenung.
“Akak ikhlas Riqa” perbualan pertama antara kami. Aku tak kenal sangat Kak Jiha. Rapat pun tidak. Tapi cara Kak Jiha ini nak buat aku rapat dengan dia. Sanggup telefon aku semata-mata nak ajak aku makan dekat rumah dia.
“Ikhlas itu memang la ikhlas tapi Riqa ini yang tak ikhlas kak”
“Riqa” Kak Jiha menghampiri aku. Tangan aku dicapai.
“Pinta Riqa tetap sama. Riqa tetap tak nak jadi kedua.” Aku nampak Kak Jiha tersentak sebelum mengeluh perlahan. Keadaan kami diam untuk seketika. Aku ego? Ya dalam hal ini aku memang egois.
“Kalau itu permintaan Riqa, akak akan mengundur” aku dah tarik sengih. Kak Jiha dah kembali sambung memasak. Sunyi. Itulah yang aku rasa. Perlahan-lahan aku bergerak menghampiri Kak Jiha. Belakang dia aku peluk perlahan. Terasa dia terkejut dengan tindakan aku. Tangan aku yan berlingkar pada leher dia terasa diusap.
“Kak…”
“Tak apa Riqa akak paham” entah kenapa aku dapat rasa kan Kak Jiha sedang berlakon untuk menjadi pelakon hebat.
“Sakitkan bila terasa cinta ini sudah tak mampu bertahan. Kak, menjadi seorang isteri ini benda yang terlalu besar pengorbanan yang dituntut. Kita bukan hanya kahwin dengan kekasih tapi seluruh keluarga. Sebesar mana pengorbanan yang kita cuba buat sakitnya menjadi semakin besar. Akak tak perlu berkorban kak. Hak akak adalah mempertahankan” aku senyum. Nampak riak Kak Jiha dah berubah menjadi mendung. Bahu Kak Jiha aku paut dengan kedua sebelum pusingkan badan Kak Jiha. Sah Kak Jiha menangis. Aku senyum.
“Riqa, akak….” Sungguh la Kak Jiha tak rela semua ini terjadi. Aku tahu itu.
“Kak Jiha, sepahit mana pun kejadian akak berhak bersuara. Akak jangan takut nak buat keputusan. Bangkang la kak jika itu pilihan akak. Jangan lakukan semua ini kerana terpaksa.”
“Tapi mak nak cucu” tangisan Kak Jiha kedengaran.
“Akak bahagia dengan Abang Nim sekarang?” aku tengok Kak Jiha yang sedang termenung. “Maksud Riqa sebelum pemintaan Mak Induk” aku ketawa. Kak Jiha mengangguk perlahan.
See, kebahagian akak dah ada. Akak cuma kena perjuangkan. Kak Jiha, Mak Induk itu memang macam itu. Dia cepat bosan. Lama dah Riqa kenal dia kak” aku senyum.
“Kak Jiha….”
“Dah-dah Kak Jiha. Riqa nak tengok akak dan Abang Nim bahagia kak. Pasal Mak Induk akak serahkan dekat Riqa. Tahu la Riqa nak brainwash Mak Induk itu” Kak Jiha dah ketawa.
“Akak tak tahu nak cakap macam mana lagi.”
“Akak tak perlu cakap apa-apa, cukup la akak bahagia. Pasal Mak Induk cuba akak bawa dia ikut aktiviti-aktivit yang ada. Yoga ke? Kemasyarakatan ke? Or shoping ke? Gerenti Mak Induk layan punya. Mula-mula memang la dia mengelat. Akak pujuk dia. Lama-lama nanti dia termakan pujuk punya. Mak Induk itu jenis senang nak pujuk.” Tips dari aku yang dah lama kenal Mak Induk. Dari kecil lagi kot.
“Thank Riqa” Kak Jiha dah peluk tubuh aku. Aku hanya tersenyum. Aku tak pandai nak berkata-kata cukup la aku jelaskan seperkara. Seperkara dari kepala otak aku ini yang tak berapa nak pandai ini. Kak Jiha terlalu menurut. Kata Sue, Kak Jiha la akak ipar paling baik dan tak pernah nak bangkang kata Mak Induk. Baik itu bagus, tapi kalau baik sangat tak bagus jugak. Iya tak?
“Abang” Kak Jiha dah mengesat perlahan air mata. Pelukan yang bersatu saat Kak Jiha mengucap terima kasih terurai.
“Hai Abang Nim. Bila balik” aku angkat tangan sapa. Kak Jiha dah berjalan menghampiri Abang Nim. Tangan Abang Nim dicapai dan dikucup perlahan. Sungguh bahagia.
“Hah apa Riqa buat dekat isteri Abang Nim hah? Riqa buli dia ya” Abang Nim dah peluk bahu Kak Jiha.
“Yap. Riqa buli dia sikit. Kalau Riqa tak buli siapa lagi nak buli” Kak Jiha dah ketawa. Sungguh itulah ketawa paling ikhlas yang aku pernah dengar dari Kak Jiha.
“Riqa” mengucup perlahan dahi Kak Jiha. Aku yang melihat hanya tersenyum kepuasaan.
“Apa?”
“Terima kasih. Abang Nim tak tahu nak cakap apa lagi”
“Abang Nim tak perlu cakap apa-apa lagi. Cukup la Abang Nim dan Kak Jiha bagi Riqa anak buah yang comel-comel. Rezeki itu dari Allah. Dia tak akan bagi umat dia musibah yang berat melampau kemampuan umat dia.”
“Insha allah. Abang Nim dan Kak Jiha tak pernah putus asa. Bukan rezeki kami” aku doakan kebahagian mereka Ya Allah. Berikan mereka kebahagian sehingga ke akhir hayat mereka.
“Eh bau apa yang hangin ini” suara Abang Nim memecahkan situasi itu. Kak Jiha berlari ke arah kuali.  Sah dah lunch nanti makan masakan hangit. Aduh!





Mak Induk tarik muka dengan aku. Aku cakap dengan dia pun dia buat tak tahu. Nampak sangat yang dia marah dekat aku. Marah gila-gila bukan main-main.
“Mak Induk” rengek aku.
“Dah la itu Riqa. Riqa tak sudi nak jadi anak Mak Induk”
“Bukan niat Riqa”
“Habis itu apa niat Riqa?” Mak Induk dah meletakkan majalah Midi dekat atas meja sebelum memandang aku. Nafas aku tarik. Risau yang kata-kata aku ini akan menjadikan satu kelukaan dihati Mak Induk.
“Mak Induk, andai kata Riqa kahwin dan tak dapat anak jugak macam mana?” aku tengok Mak Induk dah sedikit tersentak.
“Mak Induk kenal Riqa”
“Ini bukan soal kenal ataupun tidak Mak Induk. Ini pasal rezeki dari Allah Mak Induk. Sekuat mana pun kita berusaha kalau Allah tak izinkan tetap tak boleh jugak”
“Mak Induk tahu… Cuma Mak Induk nakkan seorang cucu. Cucu yang boleh jadi waris keluarga ini”
“Mak Induk” tangan Mak Induk aku capai dan cium bertalu-talu. “Riqa sayang Mak Induk, sayang sangat. Jadikan Riqa isteri kedua untuk Abang Nim bukan satu pilihan yang baik Mak Induk. Mungkin Abang Nim terima tapi hakikatnya tidak.” Cukup berlembut aku untuk menuturkan kata-kata itu.
“Abang Nim kamu sendiri dah setuju.”
“Mak Induk yang Riqa kenal adalah Mak Induk yang paling sporting. Sentiasa memberi sokongan dan memahami setiap tingkah anak-anak dia. Sering bagi nasihat bila kami tersalah membuat pilihan. Kenapa sekarang Mak Induk?”



Angin petang bertiup kencang. Sedikit rasa panas dalam deruan angin akibat cuaca yang sedikit panas.
“Ais krim?” ais krim con yang dia beli dengan pakcik penjual ais krim aku capai.
Thank” dia sudah mengambil tempat bangku yang sama dengan aku.
“Cakap apa dengan Mak Induk awak sampai dia redha macam itu sekali?” dia dah menikmati ais krim dekat tangan. Kata tak kisah tapi nak tahu jugak. Lelaki yang pelik!
“Kata tak nak tahu langsung benda ini” saja aku pulangkan paku dua keras dekat dia. Eh betul ke perumpaan tu? Salah-salah. Susah betul bila suka main pakai hentam ini.
“Tak nak bagi tahu tak apa. Tak kisah pun” ayat tak ada ritma.
“Mak Induk…” saja aku gantungkan ayat. Dari jeling mata, aku melihat reaksi dia. Dia mengangguk. Menunggu aku menghabiskan kata-kata dengan menikmati ais krim dekat tangan.
“Okay” aku tahan ketawa.
“Dia…”
“Mmm…” dia mengangguk perlahan. Tak sedar yang dia menunjukkan sikap yang sering dia sorokkan dengan aku.
“Cakap…”
“Teruskan” aku jilat perlahan ais krim. Saja nak buat masa berjalan dengan lambat. Sekilas aku pandang dia dan ketawa kecil mula keluar. Dia berpaling. Berkerut melihat aku.
“Cup-cup ini saja kan” dia dah mula faham. Dahi dia yang berkerut kini kembali tegang.
“Yap. Memang saja je. Lain kali kalau risau katakan risau. Kalau takut katakan takut. Kalau gembira katakan gembira. Tak payah nak buat muka cool dua puluh empat jam satu saat. Kelakar okay” dia itu suka bajet cool. Tapi kadang-kadang behavior dia tetap tak boleh nak kawal untuk jadi cool jugak walaupun berpuluh kali dia cuba sorokkan sikap itu.
“Okay surrender” dia angkat tangan dan keajaiban berlaku. Dia ketawa. Dan aku tergamang. “Luluh hati ini bila My Erika cakap yang ada orang masuk meminang. Rasa kecewa gila-gila. Sebulan belum tentu rawat kesedihan hati ini. Setahun pun belum kot. Bila My Erika cakap itu ini pasal ‘that wedding’ gegendang telinga rasa nak meletup. My Erika cerita bertapa terujanya ‘that wedding’ rasa nak menyorok dari jumpa My Erika tiap-tiap hari kalau boleh nak cakap ‘shut up’ My Erika. Dan saat paling tidak dilupakan bila My Erika cakap ‘that weddingcancel. Rasa nak melompat pecah bumbung dengar khabar itu. Tanpa buang masa call my family suruh siap masuk meminang dalam this week terus.” Aku pucat. Pertama kali dengar luahan perasaan lelaki itu. Dia menarik nafas lega. My Erika? Bila aku jadi Erika dia?
“Erk…” aku dah kematian kata-kata. Lihat dia mengeliat. Seperti satu beban yang lama dipikul terbuang. Perlahan-lahan aku menarik senyum. Lelaki ini. Dia la lelaki yang sukar nak predict.
“Riqa masuk cepat majlis nak mula” bunyi laungan dari angah menghentikan perbuatan kami.
“Majlis?” ada majlis cukur jambu ke? Bila angah kahwin? Rasa-rasa along pun tak ada anak lagi.
“Jom My Erika” lelaki itu dah bangun sambil mengibas-ngibas seluar dia. Menjatuhkan debu-debu pasir yang melekat diseluar dia.
“Mana?”
“Masjlis tunang kita” dia senyum.
“Tunang? Sekarang?” aku dah garu kepala. Bingong kejap.
“Sebelum Mak Induk, My Erika berubah fikir baik kita tunang cepat-cepat. Nanti bumbung pecah jadi realiti” dia ketawa sebelum melangkah masuk.
Aku mengeleng. Dia… perlahan-lahan aku melangkah mengekori. Tunang dengan pakai seluar track? Hah hentam sudah. Dulu mungkin dia masih belum matang. Masih tergapai-gapai saat mula mengenal erti kesakitan. Ada dia muncul saat diperlukan merupakan satu anugerah. Dia seperti utusan dari langit. Datang secara tiba-tiba menghulur tangan. Tangan yang penuh dengan segala kelembutan dan kebaikan. Memimpin ke arah yang diberkati dan diredha. Perlahan-lahan mengajar dia untuk bangkit.
Dia… dia yang bernama… Oh apa erk nama dia? Mmm Encik Asyraf Hafizan Bin Qamari. Lelaki itu mungkin hanya lelaki biasa tapi cukup istimewa dalam hidupnya. Asyraf Hafizan? Mmmm…



The End~~

*ke'busy' an tahap infiniti..huhuhu....

kususun sepuluh jari,
memohon maaf atas segala kekurangan..
hanya cerita dikala kebosanan...
melakar cerita dengan harapan ada pesanan yg sampai..*yang baik okay..bukan yg tak baik...yg tak baik itu dtg dari aid*


10 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

sungguh dik lama akk tertunggu tunggu n3 u....akhir nyer sebuah novel pendek yg ringkas namun amat menarik...inti pati leh wat pengajaran...syabas n tq dik...hope di olah sukses selalu...

o-ReN berkata...

sis norihan...tak sangka..ada yg tunggu..hehehe....
cite pendek je mampu buat...:)
terima kasih sebab menunggu,,,,
dan maaf buat tertunggu...^_^

rahsia hatiku berkata...

hohohi..sape la yg rela jadi isteri kedua.. makan hati la jawabnya..

o-ReN berkata...

Makan hati berulam jantung hari2...huhuhu...^_^

ArifahLee's berkata...

Suka dengan pendirian Riqa. Sebab selalunya orang pandang seroang kat isteri kedua. :)

nurul nuqman berkata...

best....tak sangka riqa nekad dengan pendiriannya.....santai je....suka

o-ReN berkata...

arifah...walaupun isteri kedua tak bersalah an...^_^

kak nuqman: toce3...kita buat santai2 je...hehehe

Domi Nisa berkata...

terbaik dik :)...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Suka2 nasib dia tak memilih tuk jd yg kedua... Cik Oren dah lama tunggu akhirnya ADA n3 terbaru dari cik Oren... Semoga ceria bak pelangi

Tanpa Nama berkata...

Hijihi..nme mcm sye ,,ERIKA,,