Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

18 Oktober 2013

Bukan Cinta Ekpress 19




big 'MAAF' untuk yg tunggu...bukan apa...aid memang tak sempat sangat-sangat nak siapkan...ini aje yang ada...huhuh...
tak sabar nak cuti panjang..lepas itu kita mengadap laptop dan kira DATE dengan Harraz dan Dahlia ya...
hah time itu jgn terkejut bila ada rombakan besar2-besaran untk BCE ini...*okay propa lebih ....macam la aid rajin nak rombak..huhuhu*

COP2...SIAPA RINDU MY LELOBY DAN DAHLIA SILA KOMEN YA..SEBAB MANA TAHU TERLEBIH BAIK AID BAGI NEXT BAB UNTUK TERUS...^_^
*TERCAPS LOCK..HEHHEEH*



BAB19



Dahlia merengangkan badan. Terasa lenguh. Tangan yang dirasakan kebas diluruskan. Bunyi suasana pagi yang nyaman menyapa hawa telinganya. Terasa silauan cahaya pagi menerjah ruang matanya. Haruman embun yang semakin kering menjamah hidungnya. Pendek kata hari dah pagi dan subuh dah lepas.
“Aduh!” bunyi orang mengaduh membuatkan Dahlia berpaling. Ternyata tindakan mengeliatnya menyebabkan dagu Harraz Raihan menjadi mangsa. Sepantas kilat dia berpaling. Menjadikan tubuh dia dan Harraz Raihan bertentangan dengan jarak tidak sampai satu inchi.
Sorry-sorry. Tak sengaja.” Dagu Harraz Raihan digosak perlahan. Harraz Raihan yang masih mamai hanya berkerut menahan sakit. Tak duga pagi ini dapat sarapan penumbuk.
“Sayang sakit la” rengek Harraz Raihan. Tangan kiri mengosok dagu manakala tangan kanan masih menjadi alas kepala Dahlia.
“Tak sengaja la leloby” Dahlia mengosok perlahan dagu Harraz Raihan. Dia bangkit dari baring dan duduk mengadap Harraz Raihan.
“Pagi-pagi sepatutnya dapat morning kiss yang sweet tapi ni dapat morning kiss sesat. Nak lebam muka orang” omel Harraz Raihan.
“Janji kiss jugak” Dahlia mengelongsor turun dari katil dan bangkit. Dia mengeliat diikuti dengan bunyi suara yang kuat. Lagak baru lepas geram. Terpisat-pisat Harraz Raihan bangkit. Memandang Dahlia yang semangat pagi ini. Berbeza dengan semalam. Keadaan Dahlia yang lemah membuatkan dia dilanda satu perasaan yang sungguh ngeri. Sakit yang teramat di dalam hatinya.
“Sayang dah sihat ke?” Dahlia yang sedang menyelak langsir bilik berpaling. Melihat wajah Harraz Raihan yang belum mandi. Baru bangun tidur la katakan. Berkerut dahi Dahlia mendengar soalan tersebut.
“Sihat? Sejak bila orang sakit ni?” dia berjalan perlahan ke arah katil dan naik. Dia mengambil posisi dihadapan Harraz Raihan. Dahi Harraz Raihan diraba dengan tangan kanan. Tangan kiri mengetuk bibir dengan jari telunjuk. Perlahan. Seperti berfikir rumus matematik tambahan yang sudah bercampur dengan formula fizik.
“Tak ada tanda demam dan sakit” omel Dahlia. Kedua belah pipi Harraz Raihan dipegang dan menarik kepala Harraz Raihan. Menjadikan dahinya dan Harraz Raihan bertemu. Dahlia memejam mata perlahan.
“Haba demam pun tak ada. Kalau sejuk tandanya dah kiok” komen Dahlia. Dia menjarakkan wajah Harraz Raihan dari wajahnya.
Harraz Raihan yang hanya menurut. Terkejut barang kali. Melihat wajah Dahlia yang keanak-anakan pagi ini membuatkan dia dijangkit satu tanda tanya.
“Sayang” tegas Harraz Raihan. Bahu Dahlia dicengkam kemas. Dahlia yang baru hendak turun dari katil terkejut. Tubuhnya terdorong menghampiri Harraz Raihan yang masih duduk diatas katil.
“Kenapa? Kenapa? Kenapa?” soal Dahlia laju. Hairan seribu kali hairan dengan Harraz Raihan.
“Sayang sihat ke tak sihat ini? Semalam sayang pengsan” terang Harraz Raihan. Mata dia terbeliak dengan perangai Dahlia pagi ini.
“Pengsan? Leloby ni masih mengigau ke apa?” cantas Dahlia. Apa punya soalan la. Bila masa la dia pengsan? Rasa elok dia tidur sehingga pagi sampai terbabas subuh. Pengsan apa pulak ini? Laki aku ini dah tak betul ke?
“Leloby ke sayang yang mengigau ini? Sayang jangan nak takutkan Leloby” kalau dulu Harraz Raihan tak suka mengelarkan dirinya leloby, menurut dia terbelit lidah nak menyebut. Namun, hari ini tanpa masalah bertuturan gelaran itu digunakan. Leloly pun leloby la.
“Leloby!” tegas Dahlia. Kedua belah bahu Harraz Raihan ditepuk perlahan. Tanda dia ingin mengejutkan Harraz Raihan dari merapu yang bukan-bukan.
“Sayang!” Harraz Raihan tak mahu kalah. Bahu Dahlia turut ditepuk perlahan. Mata mereka tajam menikam antara satu sama lain. Masing-masing masih menegakkan kata-kata mereka. Dahlia dengan amnesia dia dan Harraz Raihan dengan persoalan yang memerlukan jawapan.
Melihat muka bengang Harraz Raihan cepat-cepat Dahlia merapatkan mukanya pada Harraz Raihan dan satu ciuman singgah pada bibir Harraz Raihan yang sedang menahan geram. Dia bangkit dan berlari masuk bilik air.
Harraz Raihan yang sedang menahan geram tersentak dengan aksi Dahlia. Terkejut! Ini baru betul morning kiss! Dia mengeleng. Dahlia, Dahlia dan Dahlia. The best morning ever I had! Tapi betul ke Dahlia ada amnesia? Harraz Raihan turun dari katil. Dia menarik tuala yang tersidai elok pada penyidai tepi bilik air. Pintu bilik air diketuk.
“Sayang nak mandi sekali” jerit Harraz Raihan dari luar.
“Tak payah nak mengada” laung Dahlia. Bunyi pecikkan air dari shower membuatkan Harraz Raihan tersenyum puas. Kalau dapat mandi sekali kan bagus. Detiknya.
“Boleh la” pujuk Harraz Raihan. Pintu bilik air masih diketuk perlahan. Berharap Dahlia akan membuka pintu bilik air tersebut.
“Tak nak!” jerit Dahlia nyaring. Harraz Raihan berpaling. Melepas la gamatnya. Katil dituju. Belum pun sempat dia melabuhkan punggung kepala Dahlia dah terpancul dibuka pintu.
“Eh tak jadi nak join ke?” kepala Dahlia sudah dipenuhi dengan syampu. Haruman syampu rejoice menarik kuat deria hidungnya.
“Eh apa pulak tak jadi. Jadi, jadi” pangkah Harraz Raihan. Senyuman sumbing dah mengayut dibibirnya. Pantas dia melangkah ke arah bilik air.



Mee goreng dicucuk perlahan dengan garfu. Tingkah Harraz Raihan seperti mengundang satu masalah yang besar dalam benaknya. Mee goreng sikit pun tidak luak dari pinggang Harraz Raihan. Malah kepulan asap yang keluar dari air kopinya semakin lama semakin hilang.
“Kenapa ini?” Dahlia menarik kerusi dihadapan Harraz Raihan. Dia menongkat dagu. Memerhati Harraz Raihan yang hilang fokus pagi ini. Dia perasaan sarapan pagi yang disediakan sikit pun tak berusik. Setakat usik dengan garfu sahaja. Sikit pun tak luak. Ada sesuatu yang menganggu fikiran suaminya itu. Itu dia pasti.
“Encik Harraz Raihan” seru Dahlia. Harraz Raihan mendongkak sebaik namanya itu diseru. Matanya fokus pada raut wajah Dahlia yang masih tersenyum manis. Pinggang mee goreng ditolak perlahan.
“Betul ini tak nak pergi hospital?” soal Harraz Raihan. Dahlia mengeluh perlahan. Pingang yang ditolak oleh Harraz Raihan ditarik mendekatinya. Gafru dicapai dan mee goreng selamat dijamu.
“Kenapa nak pergi hospital?” soalan dibalas dengan soalan. Dahlia leka dengan mee goreng. Sejak tadi soalan yang sama menjadi sarapan Harraz Raihan. Dia sihat, tak ada sebab nak pergi hospital. Itu pun dia tak paham ke?
“Semalam sayang pengsan. Doktor Quraisy cakap darah rendah. Lepas itu bila sayang cakap sayang tak ingat apa yang berlaku semalam macam pelik. Apa kata kita pergi hospital check. Mana tahu sayang tak sihat” pujuk Harraz Raihan.
“La… Cakap Doktor Quraisy dah check semalam. Buang masa nak check lagi. Nanti benda yang sama akan diberitahu” dalih Dahlia. Malas nak pergi hospital untuk benda yang remeh.
“Sekurang-kurangnya kita check. Abang risau bila sayang cakap sayang tak ingat apa-apa semalam. Mana tahu sayang ada terhantuk dekat mana-mana”
“Serius abang terlebih paranoid. Sayang okay la” pintas Dahlia. Cawan kopi Harraz Raihan ditarik. Perlahan-lahan air kopi itu membasahi terowong mulutnya. Dahlia buat muka. Harraz Raihan masih tak puas hati menayangkan muka peliknya. Serius semacam.
“Betul ini tak nak pergi hospital check?” Dahlia menganguk yakin.
“Okay la kalau macam itu. abang nak pergi kerja dulu” Harraz Raihan bangkit. Disertai dengan Dahlia. Dahlia mengekori langkah Harraz Raihan. Sebaik sahaja sampai diambang pintu Harraz Raihan berhenti.
“Rehat dekat rumah” pesan Harraz Raihan. Wajah mulus Dahlia ditenung dengan kasih.
“Okay”
“Kalau ada apa-apa telefon”
“Okay”
“Pintu jangan lupa kunci”
“Okay”
“Ubat jangan lupa makan”
“Okay”
“Saya sayang awak. Please jaga diri sayang” rambut Dahlia diusap perlahan.
I will. Sekarang dah boleh pergi?” Dahlia pegang daun pintu.
“Menghalau?”
“Tidak Cuma membenarkan my leloby pergi kerja”
“Nakal” hidung Dahlia dicuit.
“Dah-dah pergi kerja.Walaupun awak bos tapi etika kena jaga. Kena jadi contoh yang baik” nasihat Dahlia. Dalam tak sedar dia sendiri pun malas untuk pergi kerja. Selamat la dia bos besar kalau dia kerja dengan orang percaya la notis kehadiran pasti akan sentiasa diperolehi.
“Ya. Nak pergi la ini” Harraz Raihan tunduk perlahan. Serta-merta pipi Dahlia menjadi mangsa dia.
Dahlia hanya diam. Dia melambai-lambai ke arah Harraz Raihan. Melihat kereta Harraz Raihan meninggalkan perkarangan rumah membuatkan Dahlia menghela nafas lega. Daun pintu ditutup. Dahlia bersandar pada pemukaan pintu. Dalam seketika dia sudah melurut jatuh sambil bersandar pada pintu.
“Harraz Raihan awak buat saya sedih” Dahlia menekup muka pada lutut. Dia ingat semua yang terjadi. Kalau boleh dia nak lupakan apa yang terjadi. Cuma pagi tadi masih loading lagi. Siapa tak sakit hati bila tengok suami sendiri dengan perempuan lain. Siapa tak cemburu. Mustahil tak ada siapa yang cemburu bila berhadapan dengan situasi ini.
Dia terpaksa. Terpaksa untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Dia tak suka serabutkan fikiran. Harraz Raihan satu hal dan satu hal lagi penceroboh semalam. Kalau la Harraz Raihan tak balik tepat pada masanya pasti dia dah jadi arwah. Macam mana dia boleh masuk?
Apa yang dia perlu dia utamakan sekarang, nyawa ataupun kebahagiaan?




~~~BERsambung.....
~~~tak dan nak edit lagi~~~maaf...

10 ulasan:

nurul wanie berkata...

hilang rindu kat leloby.
lama dah tak jumpa harraz n dahlia sampai naik lupa dah cerita ni..but overal still best..hihi..
next n3 please...
cik aid fighting!
:)

baby mio berkata...

BEST...

nursya berkata...

Adoihai...cian kat dahlia...
Mcm2 jd kt dorg nie

o-ReN berkata...

NURUL: aid pun kadang2 lupa gak...^_^

baby mio: tq..^_^

nursya: dugaan datang tak bagi salam..^_^

Nadieyya berkata...

Salam Aid....

wahhh, dah lame kak sue tak mengintai kisah Harraz n Dahlia ni... terubat rindu kat diorg, Aid..Chaiyokkk...terus kan...

W @ N A berkata...

Salam, akak . Takde sambungan ag ke ? Banyak mister I nih .. Btw , cited ni BEST sangat !

W @ N A berkata...

Salam, akak . Takde sambungan ag ke ? Banyak mister I nih .. Btw , cited ni BEST sangat !

Tanpa Nama berkata...

Best.. sambung pleasee!!

Tanpa Nama berkata...

Best.... Mana sambungannya.... Plzzz

Piqachu Piqachu berkata...

Alaaaa xde sambungan kee !?