Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

3 September 2013

Cerpen: Awas! Dia Lelaki Bahaya..









Ismiq Danial mengurut perlahan pangkal hidung. Matanya tajam memerhati gadis-gadis yang keluar masuk dari Cafe The Secret. Sesekali dia memerhati lagak setiap seorang. Dia mengambil tempat diluar cafe. Baginya tempat itu adalah yang lebih strategik untuk rancangan masa depannya.
Dari seberang jalan dia melihat sebuah kereta Myvi kuning yang baru parking. Entah kenapa matanya tertarik dengan si Myvi. sebaik pintu belah pemandu terbuka mata Ismiq Danial buntang. 'Mangsa' detiknya perlahan. Dia menghirup mocha yang hampir sejuk. Berlagak macho. Seorang gadis urban turun keluar dari perut kereta. Matanya masih memerhati lelaki itu. Dari atas sehingga bawah diperhati gadis itu.
Dalam lingkungan 25 tahun. Check! Sesuai dengan target. Cantik? Okay itu dah bonus. Gadis itu tertongeng mencapai beg dari seat belakang. Ismiq tersenyum. LV? Wow. Sebaik beg gadis itu berada ditangan mata Ismiq bertambah bercahaya. 'Aku nak perempuan itu' bisik Ismiq perlahan. Dia memerhati gadis itu melangkah dengan penuh gaya.
Lambat-lambat Ismiq Danial bangkit dari kerusi sebaik sahaja gadis itu mengambil tempat di salah satu ruangan café itu. “Untuk gadis yang cantik” sekuntum bunga ros yang diambil dari pasu sebelah kaunter dihulur pada gadis itu.
Thank
“Is” Ismiq Danial menghulur tangan. Tanda pengenalan. Gadis itu teragak-agak. Lambat-lambat tangan Ismiq Danial disambut.
“Lamia” dia tersenyum penuh makna.



“Dasar jantan tak guna!” Ismiq Danial yang baru keluar dari pintu lif tersentak. Badannya terasa ditolak. Cepat-cepat dia paut bahu Caroline.
“Apa hal ini?” begang Ismiq. Tak pasal-pasal kena serang. Dia berkerut. Cuba mengenal pasti siapa perempuan dihadapannya itu.
“Ini perempuan mana pulak?” Ismiq menoleh belakang, Caroline menyorok belakang Ismiq. Baju kemeja Ismiq dipegang.
“Baby, ada orang gila serang you ke?”
You what? Orang gila? Dasar mulut tak berlapis” tubuh Ismiq ditolak ketepi. Caroline sudah menjadi mangsa serangan perempuan itu. Ismiq hanya membiarkan. Wajah perempuan itu seperti dikenali. Perbalahan antara dua wanita itu hanya dipandang sepi. “Emira” ujarnya perlahan. Tahu dah siapa yang berada menyerangnya. Ismiq mengeleng perlahan. Masak-masak. Perlahan-lahan Ismiq Danial mengundur dan berlalu sebelum dia pulak menjadi mangsa. Ismiq ketawa kecil sebaik sahaja melangkah keluar dari hotel tersebut.
“Ini la padahnya bila keluar tak pandang kiri kanan. Tak pasal jumpa skandal lain” dia ketawa. Kunci dari poket dikeluarkan. Kunci tersebut ditimbang-timbang sambil bersiul. Senang hati. Kalau tak hari ini esok lusa dia tetap akan tinggalkan keduanya.
“Abang hensem” tersadur Ismiq bila ada suara menjerit disebelahnya. Dia memandang kiri-kanan. Kelihatan seorang gadis comel yang sedang berlari. Budak itu panggil aku ke? Ismiq meneruskan langkah. Mungkin silap barang kali. Memang la dia hensem tapi tak mungkin dia. Tengok gadis itu budak baik-baik. Tak sampai hati nak jadikan ‘pet’.
Dia mengawal gaya. Tadi tersadur dah menurunkan 20% kemachoaan dia. Macho bukan mocha, ingat itu.
“Abang hensem” baju Ismiq terasa ditarik. Dia kebelakang sedikit. Terkejut dengan tindakan tiba-tiba. Gadis comel itu tercungap-cungap.
Ismiq tunjuk muka sendiri. Aku ke abang hensem tu? Walaupun hakikat memang macam itu.
“Yes?”
“Abang hensem saya suka abang” cup…cup... Ada orang buat pengakuan ke apa? Dia pandang keliling. Masih berjalan seperti biasa. Ada orang lalu lalang. Kereta yang melintasi jalan raya. Warga kota yang sibuk dengan hal masing-masing dan dia antara warga kota yang turut berada dalam kelompok tersebut.
“Adik?” dia mengaru kepala yang tak gatal.
“Betul abang. Saya suka abang yang kaki perempuan ini” what? Ini stranger campur pervert ke?
“Jom saya belanja abang minum” tangan Ismiq ditarik gadis comel itu. Tak sempat dia nak mengelak terasa langkah kaki mengekori tingkah itu. Memang pantang kalau ada perempuan dekat dia. Sensitive terasa lemah semacam.



“Saya selalu perhatikan abang. Abang kaki kikis, kaki perempuan, kaki enjoys, kaki pembohong, kaki temberang, tak jujur, kaki penghapus cinta perempuan, kaki pemusnah kebahagian….” Satu-satu jari gadis comel itu mencecah tapak tangan. Mengira satu-satu perangai dia.
“Kaki….”
“Chup chup… adik apa nama?” potong Ismiq. Cukup la ‘pujian’ tadi.
“Emy Shazfiqah”
“Umur?”
“Baru lepas SPM” tak kan la.
“Tipu la” gadis comel itu menyelongkar beg sandang. Buku passport ditarik keluar dari beg dan dihulurkan pada Ismiq. Lambat-lambat Ismiq tarik. Mmm tak tipu. Memang baru habis sekolah.
“Macam mana kenal abang ini?”
“Itu” jari ditala pada arah tiga. Satu kiosk kecil ditunjuk.
“Kerja dekat situ?” Emy Shazfiqah mengangguk. Ismiq dah peluk tubuh. Memikir logik. Kalau sebelum ini kalau ada orang menyerah dekat dia memang dia sapu aje. Cuma beza dia tetap ada piawaian untuk perempuan pilihan dia. Bukan sebarangan perempuan. Market tetap kena jaga.
“Serius saya suka abang” Emy Shazfiqah menunjuk kesungguhan.
“Tahukan perangai abang” gila betul budak ini. Semua keburukan dia dalam poket budak ini.
“Tahu” dia mengangguk.
“Dah tu tak takut?” duga Ismiq Danial. Tak nak dia merosakkan hati budak baru belajar ini.
“Saya lagi takut kalau tak cakap saya suka abang” Pulak! Ismiq dah tepuk dahi. Degil budak ini. tak padan dah tahu dengan perangai dia.
So?” dia tayang muka kerek!
“Nak kahwin dengan abang” terpelanting straw dekat tangan Ismiq. Buang tabiat apa budak ini. Dia berdehem menutup terkejut. Muka gadis itu ditenung. Memang comel. Dia tak nafikan. Raut yang penuh dengan kelembutan.
“Macam inilah adik Emy Shazfiqah”
“Emy. Tak nak adik” bentak Emy Shazfiqah.
“Okay Emy, abang cakap awal-awal ya. Emy ini bukan test abang” cakap dengan budak-budak kena tulus dan lurus agak tak jadi salah faham.
“Tapi abang test saya” See? Budak ini memang tak dengar kata.
“Abang tak boleh nak kahwin dengan Emy”
“Kenapa?” muka Emy Shazfiqah kelihatan kecewa.
“Emy selalu perhatikan abangkan” Emy mengangguk. “Abang suka perempuan seksi” Emy dia pandang dari atas dan bawah. Emy Shazfiqah yang mengenakan baju kurung kapas itu kelihatan polos sekali.
“Emy boleh seksi depan abang bila kita dah kahwin nanti” laju Emy Shazfiqah menjawab. Advance!
“Abangkan kaki kikis…”
“Emy bagi duit dekat abang. Cakap nak berapa” wow. Duit? Ismiq dah menelan air liur. Cepat-cepat dia tampar pipi. Biar sedar.
“Abang kaki perempuan…” sambung Ismiq Danial.
“Tak apa. Asalkan abang tak berzina” dush berbisa mulut budak ini.
“Okay…okay abang surrender. Sebenarnya Emy ini nak balas dendam bagi pihak siapa? Siapa upah?” mana la tahukan ada orang nak pedajalkan dia. Maklum la dia banyak kenakan perempuan dekat luar sana.
“Saya memang suka abang. Serius” Emy Shazfiqah dah angkat tangan ikrar. Sudah! Ini bala apa pulak.



“Mak terima duit hantaran kamu” Ismiq terjeda. Terasa pause untuk kehidupan dia.
“Hantaran? Bila mak ada anak perempuan?” pelik ini. Ismiq terus pusing dan berjalan ke arah Puan Nafisah. Lengan baju disinsing. Niat nak masuk bilik mandi terhapus kejap.
“Ada orang masuk meminang kamu”
What!” Puan Nafisah tunjuk cek bernilai RM20000 dekat Ismiq. Buntang mata Ismiq. Banyak itu!
Story cepat” gesa Ismiq. Tangan puan nafisah ditarik mendekati dia. Dua mengadap tubuh Puan Nafisah. Tak sabar nak dengar cerita sebenar. Perangai gila duit itu semua berkat asuhan Puan Nafisah. Gaya hidup Ismiq pun pengaruh dari Puan nnfisah sendiri. Itu cara pintas mereka nak kaya.
“Tadi ada orang datang masa kamu keluar kerja” mmm kerja? Kerja la sangat. Kerja jadi tukang kikis duit perempuan.
Then?”
“Kereta besar masuk halaman rumah papan kita ini, mahu tak terbeliak mata mak” Ismiq mengangguk. Kereta besar? Besar mana? BMW? Walksagen? Lori? Lori tu kereta ke?
“Siap dengan dulang hantaran 14 semua” Puan Nafisah tunjuk ke arah tepi dinding. Kelihatan tersusun cantik dulang hantaran bertemakan warna merah. Cantik! Merah adalah kegemaran dia.
Mata Ismiq Danial dah rambang bila tengok barang jenama atas dulang tersebut. Dari wallet, kasut, kemeja dan semua barang keperluan lelaki yang biasa jadi hantaran kahwin dah terletak elok dulang membuatkan dia menelan air liur. Satu hari dah boleh dapat ini semua. Memang mengangumkan. Tak payah keluar kerja dah boleh dapat hasil yang lumayan macam ini.
“Tapi Galaxy Tab mak dah ambik” Puan Nafisah dah tayang barangan jenama Samsung yang disorokkan belakang dia tadi.
“Cuba cakap siapa yang tergila-gilakan anak mak ini?” Ismiq Danial dah hilang sabar. Orang nak tahu siapa yang dah terkena panahan cinta dia ini. Tak sangka ada jugak yang buat tindakan agresif seperti ini. Sungguh la aku jadi rebutan. 
“Mak tak tak tahu la yang mak tahu nama budak perempuan itu Emy. Emy Shazfiqah tak silap mak”
What budak habis SPM itu?” Ismiq dah tepuk dahi. Parah dah budak itu. Kerja dekat kiosk pun kaya macam ini. Budak ini siapa sebenarnya? Misteri betul.
“Maknanya tak salah untuk mak terima pinangan itu” Puan Nafisah dah tarik nafas lega. Ismiq tolak ke tak, ke dia tetap akan terima. Mana taknya dah kena sogok dengan duit. Jual anak pun jual anak la. Hahahaha.
“Budak itu bukan test Ismiq la” tak nak dia kahwin dengan budak kecik itu. Teranayai hidup budak itu nanti.
“Ala… kau kahwin la dengan dia. Nanti dah puas kau cerai” Ismiq terkedu. Cerai? Kahwin bukan la satu-satu benda yang dia boleh dia buat main. Dia tak suka satu ikatan perkahwinan itu menjadi permainan. Ikatan itu sungguh suci.
“Cinta boleh buat main, tapi perkahwinan tak boleh. Ismiq tak suka” Ismiq Danial bangkit. Tak suka topik ini jadi permainan. Dia pandang tinggi pada intitusi perkahwinan ini. Dia melangkah pergi.
“Ismiq tak nak” ujar Ismiq tegas sebelum hilang dari dinding kayu tersebut.
Puan Nafisah mengeluh. Macam mana nak tolak sebab dia dah buat perjanjian. Susah la dia nanti kalau benda ini tak jadi. Aduh Ismiq ini, masa ini pulak dia buat hal. Kalau sebelum ini pantang nampak duit dan benda mewah laju dia terima. Apa nak buat ini? Puan Nafisah dah tak tentu arah.



Ismiq Danial dah tak tentu arah. Mak tunjuk kontrak dengan ayah si Emy itu buat dia rasa nak pitam. Ini ayah nak jual anak ke? Ingatkan mak aku aje jual anak.
“Semua kemewahan yang dimiliki atas nama Tuan Wahab akan menjadi milik Ismiq Danial sekiranya perkahwinan ini terjadi dan jika sebaliknya, semua harta benda milik Puan Nafisah dan Ismiq Danial akan menjadi milik Tuan Wahab” syarat pertama dibaca perlahan. “Ini macam nak bankrap kan aku. Harta aku bukan ada pun. Selipar jepun aku dia nak jugak ke?” mengeleng Ismiq Danial.
“Abang hensem!” bacaan Ismiq terhenti. Datang dah bala aku. Memang aku nak jumpa dia pun. Puas aku tunggu ini. omel Ismiq Danial. Muka masam dipamerkan. Gadis comel itu dengan senyuman menghampiri. Susah nak panggil perempuan ataupun wanita, hatinya sering mengelarkan dia gadis comel.
“Ini apa?” tanpa mukadimah fail tersebut dicampak atas meja café. Beberapa pasang mata sudah menoleh ke arah mereka. Suara Ismiq Danial dah cukup kuat untuk menjadi perhatian.
“Fail la. Abang ini nama aje dah besar panjang fail pun tak kenal” tahap keselambaan  gadis comel masih tak surut lagi. Dia menarik kerusi dah duduk bertentang dengan Ismiq Danial. Ismiq hanya memerhati tingkah gadis itu. Siap oder air lagi. Ingat aku nak sangat la duduk dengan dia lama-lama. Ismiq Danial peluk tubuh.
“Abang nak makan apa?” Emy Shazfiqah menongkat dagu memerhati Ismiq yang sudah memaparkan wajah meluat.
“Aku datang sini nak bincangkan masalah yang kau bawa dalam hidup aku. Bukan nak senang-lenang minum dengan kau” hilang dah perkataan abang dari kata ganti Ismiq Danial.
“Saya betul-betul sukakan abang” bersungguh Emy Shazfiqah menyakinkan dia.
“Ya abang tahu. Tapi untuk meneruskan hidup dengan semua ini rumit. Adik Emy…” Ismiq Danial telan air liur bila melihat mata Emy syafiqah yang nak terkeluar. Dia berdehem. “Maksud abang Emy, Emy punya masa depan masih cerah. Emy tak teringin ke nak sambung belajar lagi. Emy mesti ada cita-cita sendirikan” pujuk Ismiq Danial. Harap-harap budak ini makan pujuk.
“Memang la Emy ada cita-cita”
See… jadi sia-sia teruskan semua ini” pintas Ismiq Danial. Ada peluang boleh mengelak ini.
“Nanti la. Emy tak habis cakap lagi” protes Emy.
“Ala habis sini la. Abang ada benda lagi nak buat ini” dalih Ismiq Danial. Dia dah siap nak bangun tapi sempat dihadang oleh Emy Shazfiqah dengan senyuman sinis.
“Boleh ke abang bayar balik semua hantaran itu. Dua kali ganda lagi” Ismiq Danial merengus sebelum kembali duduk.
“Sebenarnya kau nak apa hah!” Ismiq dah mula hilang sabar. Dia benci dengan ugutan ini semua.
“Nak abang” ringkas kata-kata Emy shafiqah.
“Jangan jadi gila okay. Kau itu masih budak-budak lagi. Tak layak untuk aku” marah Ismiq Danial. Tiada gelaran budak comel ataupun nama. Kata ganti nama sudah bertukar.
“Mana abang tahu saya tak layak untuk abang? Abang bukan tuhan yang menentukan semua itu.” Ismiq terdiam.
“Kau juga bukan siapa-siapa untuk tentukan hidup aku” Ismiq Danial bangkit mendadak. Sehingga kerusi yang dia duduki terlentang jatuh kebelakang. Dia melangkah pergi meninggalkan Emy syafiqah. Panas dengan topik itu.
“Abang bukan siapa-siapa untuk halang saya” perlahan Emy Shazfiqah bersuara sebaik Ismiq Danial berlalu pergi.



“Aku tak tahu la kenapa aku boleh jadi macam ini? Eh budak kenapa kau suka dekat aku hah!” Ismiq Danial duduk bersila atas katil. Emy Shazfiqah yang berdiri dihujung kaki Ismiq Danial hanya tersenyum melihat Ismiq Danial yang membebel di atas katil.
“Tada!” dengan sekali lucut baju tidur Emy Shazfiqah sudah mencecah lantai. Hanya sehelai lace yang jarang kelihatan.
Ismiq yang melihat aksi Emy Shazfiqah terdiam. Budak ini memang la!
“Pakai balik” arah Ismiq Danial. Dalam kata lain dia sendiri tak sanggup tengok. Rasa nak terkam Emy Shazfiqah yang seksi meksi ini. Tergugat imam yang nipis ini.
“Kan dah cakap. Emy Shazfiqah ini akan seksi depan husband dia” perlahan-lahan Emy Shazfiqah perlahan-lahan merangkak ke atas katil. Melihat aksi Emy Shazfiqah, Ismiq Danial sudah mengengsot ke tepi. Risau jugak budak ini jadi lauk dia.
“Kau ini memang tak tahu malu erk?” Ismiq Danial dah berkira-kira untuk bangun tapi kakinya sempat ditahan dengan tangan kecil Emy Shazfiqah.
“Mana mahu lari hah” belum pun sempat Ismiq bersuara terasa satu sentuhan lembut dibibirnya. Terbuntang mata Ismiq Danial. Budak ini memang tak akan selamat!


Mata Ismiq Danial celik. Keadaan bilik yang samar-samar membuatkan dia mencapai jam disebelah katil. Enam pagi! Dia menghela nafas lega. Dingin pagi itu terasa menyentuh lembut tubuhnya. Satu gerakkan kecil disebelahnya membuatkan dia mengereng ke sebelah kanan.
Emy Shazfiqah yang sedang nyenyak tidur dipandang. Wajah keanak-anakkan jelas kelihatan. Dia tersenyum nipis. Selimut ditarik sehingga keparas bahu. Macam yang dia cakap semalam Emy Shazfiqah memang tak selamat. Dia ketawa perlahan mengingatkan kejadian semalam. Kejadian semalam membuatkan Ismiq Danial tidak boleh berpaling lagi.
Dia bangkit dari katil ada perkara lain yang perlu dilunaskan. Tuala dihujung katil dicapai untuk menutup tubuh yang kosong tanpa sehelai pakaian. Saat titisan air menyentuh kulitnya Ismiq Danial menghembus nafas lega. Tak menyangka yang dia akan menjadi seorang suami dan yang paling tak diduga sang isteri terlalu muda. Dia tak boleh nak main dalam kehidupan dah. Dia dah ada satu tanggungjawab besar.
Sayup-sayup bunyi azan subuh membuatkan dia cepat-cepat mandi untuk menunaikan suruhan yang satu itu. Sebaik sahaja keluar dari bilik air. Kelihatan Emy Shazfiqah yang sudah bangun dari tidur dan memandangnya dengan senyuman. Dia buat tak tahu. Dia pulak rasa segan dengan Emy Shazfiqah.



“Kau memang tak ada kerja ke?” Ismiq menolak perlahan kepala Emy Shazfiqah yang terlentok atas bahu Ismiq Danial. Rimas! Tak habis-habis nak melekat sebelah dia.
“Inilah kerja sayang. Menghiburkan suami”
“Dah pergi main jauh-jauh nak tengok  cerita pun tak senang” kali ini tubuh Emy Shazfiqah ditolak ketepi.
“Tak nak! Abang jom masuk bilik jom” rengek Emy Shazfiqah. Kali ini dia tidak berganjak walaupun seinci dari Ismiq Danial.
“Nak buat apa masuk bilik? Aku nak tengok televisyen ini” kepala Emy Shazfiqah ditolak perlahan agak ada jarak antara dia dan Emy shafiqah.
“Kita buat apa yang kita buat malam pertama” merah murah Ismiq Danial. Situasi ini memang dah terbalik. Kenapa dia yang rasa malu teramat. Sikap Emy Shazfiqah ini kadang-kadang buat dia malu sendiri.
“Dah-dah jangan banyak bunyi. Ada jugak yang kena campak dekat luar ini” marah Ismiq Danial.
“Eleh malu konon. Jom la” Emy Shazfiqah dah bertindak menarik tangan Ismiq Danial. Ismiq Danial dah gelabah. “Jom la. Lepas ini sayang janji tak akan ganggu abang lagi. Tapi untuk hari inilah” rengek Emy shafiqah.
“Janji tak gangu aku”
“Ye sayang janji” Emy Shazfiqah dah buat muka comel. Ismiq Danial, mengeluh perlahan. Aman la kejap hidup ini hari ini.
Dari satu sudut Tuan Wahab melihat telatah pasangan itu dengan pandangan sayu, sebelum perlahan-lahan air mata keluar dari tubir mata mereka. Mereka dah bahagia Mai.



Ismiq Danial terduduk. Baru la dia mengerti kisah sebenar perkahwinan dia. Semua ini ada sebab tentang masa silamnya. Masa silam yang mengubah keseluruhan kehidupannya. Frame gambar yang berada ditangan dipegang erat. Dia berlari menuju bawah. Ada jawapan yang perlu dicari.
“Apa semua ini papa?” tegas Ismiq Danial sebaik sahaja menemui orang yang mungkin dapat memberinya jawapan. Tuan Wahab yang sedang berkebun menoleh dengan suara Ismiq yang kuat. Terbeliak mata Tuan Wahab sebaik sahaja melihat frame gambar ditangan Ismiq. Dia berdiri mendadak dari mencangkung.
“Ismiq” nama suami anaknya itu meniti dibibir.
“Ini komplot apa yang sebenarnya?”
“Abang” kemunculan Emy syafiqah dengan menatang dulang membuatkan dia tersenyum sinis. Selama dua bulan dia kena main baru terasa yang dia ini terlalu bodoh.
“Emy boleh terangkan” Ismiq Danial dah berlari mendapatkan Ismiq Danial. Tangan Ismiq Danial cuba diraih tapi direntap kasar oleh Ismiq Danial. Marah sungguh dia.
“Dengar penjelasan papa dulu” Tuan Wahab turut memainkan peranan untuk menerangkan situasi sebenar. Dia turut bertanggungjawab dalam perkara ini.
“Cukup la dengan permainan satu keluarga ini. Saya dah muak!” frame gambar tersebut dicampak ke atas lantai dah deraian kaca turut bersepah di atas lantai. Dia melangah keluar dari kediaman yang membuatkan dia benci untuk berada lama disitu.
“Abang!” bunyi jeritan Emy syazfiqah langsung tidak dihiraukan.
“Emy kaca” dia menahan rasa. Bunyi jeritan Emy dan Tuan Wahab silih berganti membuatkan hati dia beku.
Darah yang mengalir itu sikit pun tidak dihiraukan. Semuanya perlukan penjelasan. Tak sangka semuanya terlalu awal.
“Papa tak tahu nak cakap macam mana” Tuan Wahab menyekat darah yang mengalir itu dengan tangannya.
“Emy akan cakap dengan abang. Ini adalah tanggungjawab emy papa” perlahan Emy Shazfiqah menutur.
“Papa doakan yang terbaik untuk anak papa” kepala Emy Shazfiqah diusap perlahan. Bertahan la Emy.








“Abang…abang…” panggilan dari sang isteri tidak dihiraukan. Dia terus melangkah, melangkah dan melangkah. Dia dah muak dengan lakonan mereka sekeluarga. Kenapa la dia tak cam bapa mentuanya itu? Wajah yang selalu ada dalam masa silamnya.
“Abang tolong la dengar penjelasan Emy”
“Pergi” halau Ismiq Danial.
“Abang Emy bawak bunga untuk abang ini” nak tergelak Ismiq Danial dengar kata-kata Emy Shazfiqah. Bunga? Dia bukan budak perempuan yang perlukan bunga bila merajuk. Merajuk ke dia? Tak dia tak merajuk Cuma marah dengan drama terlebih babak.
“Abang tolong la” Emy Shazfiqah sudah menarik lengan Ismiq Danial. Jelas kedengaran aliran nafas tersekat-sekat. Langkah Ismiq Danial mati. Dia menarik nafas.
“Tak puas lagi ke kau dan papa kau mainkan aku” Ismiq Danial berpaling tiba-tiba sehingga membuatkan Emy Shazfiqah melepaskan pegangan tersebut lalu jatuh terduduk. Imbangan dia tidak kuat untuk tindakan Ismiq Danial.
Hati lelakinya meronta-ronta untuk membantu Emy Shazfiqah dari bangkit. Semarah mana pun dia dengan Emy Shazfiqah tak pernah dia ingin kecelakaan berlaku pada diri itu. Dia sayang Emy Shazfiqah. Kerana ikrar dia selepas akad nikah adalah untuk mencintai Emy Shazfiqah dengan sepenuh hatinya.
“Tolong” Emy Shazfiqah menghulurkan tangan agar Ismiq Danial membantunya bangkit. Muka comel ditujukkan.
“Bangun sendiri” arah Ismiq Danial geram. Dia meneruskan langkah. Menjauh dari Emy Shazfiqah. Hati dia terusik.
“Abang tolong la. Emy tak boleh bangun kaki sakit. Luka” jerit Emy Shazfiqah sama dengan kesedihan hatinya. Kakak, Emy cintakan abang Ismiq! Hatinya mejerit hebat. Emy Shazfiqah menangis perlahan. Sungguh hati dia terasa sakit dengan kelakuan Ismiq Danial. Kenapa semua ini berlaku saat bahagia mula menyapa.
Kenapa rahsia ini terbongkar. Kenapa tidak berkubur seperti mana kisah kakak. Kenapa ia muncul. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jangan la kita mempersoalkan tindakan yang diizinkan oleh Allah SWT. Cepat-cepat Emy Shazfiqah mengucap perlahan. Kata-kata ustaz Malik menyapa tangkai hatinya. Abang…
“Cepat naik” Emy Shazfiqah mendongak. Ismiq Danial dah mencangkung membelakangi  dirinya. Air mata yang menyentuh pipi disapu pergi.
   

“Abang” dia membisik. Ismiq Danial patah balik dan masih sudi membantunya.
“Kau nak naik ke tak nak ini. Penat dah aku mencangkung ini” dingin suara Ismiq Danial. Sedingin hatinya kala itu. Tanpa buang masa Emy Shazfiqah melompat naik belakang Ismiq Danial. Dia tersenyum lega. Sekurang-kurangnya suami dia bukan la seorang yang kejam.
Keadaan diam. Ismiq Danial mahupun Emy Shazfiqah.
“Aku sayangkan kau” Emy Shazfiqah senyum mendengar kata-kata Ismiq Danial. Hatinya terasa kembang. Ismiq Danial sayangkan dia!
“Aku tak main bila melafazkan akad dengan kau. Aku tahu jodoh aku dengan kau. Sebab istikarah aku adalah kau. Allah SWT dah titipkan kau untuk aku jaga. Pelik gadis sebaik kau adalah untuk aku. Aku tak baik.”
“Emy…”
“Biar aku habis cakap dulu” bidas Ismiq Danial. Biar dia luahkan semua perasaan dia dulu baru dia nak dengar kebenaran. Sekurang-kurangnya beban perasaan dia yang satu itu terlepas jugak.
“Pelik kan cinta itu. Aku lagi pelik. Aku ini kaki perempuan, kaki kikis, semua kaki ada tapi kau suka kan aku. Nak aku walaupun aku ini macam ini. Pelik tahu tak. Tapi aku fikir balik. Semua ini kerja tuhan jadi aku redha. Aku nak dengar semua cerita dari A sampai Z. Tak nak tinggal satu cerita. Boleh kau jelaskan tak. Sebab aku tak boleh nak marah kau lama-lama. Tak sanggup.” Luah Ismiq Danial panjang lebar.
Derau angin yang menyapa petang menjadi irama mereka petang itu. Suasana kampung Ismiq Danial memberi sedikit ketenangan. Biasanya dalam cerita perempuan merajuk balik rumah mak, sekarang ia terjadi dan yang kini bukan perempuan yang merajuk tapi lelaki.
“Lapan tahun dulu masa abang dengan Kak Mai datang rumah, Emy dah cakap Emy suka abang. Emy tahu umur Emy waktu itu baru 9 tahun. Emy tahu apa yang Emy cakap. Abang dan Kak Mai gelakkan Emy. Emy tak suka abang dan kak bersama. Emy nampak dalam pandangan abang ada Kak Mai.” Rupanya susah nak buka cerita kanak-kanak. Nak-nak cerita itu adalah satu permulaan untuk kisah cinta dia.
“Melihat kesungguhan Emy Kak Mai mengalah. Akak Mai dan abang clash jugak lepas tamat SPM. Waktu itu adalah saat yang memang Emy tunggu-tunggu. Sejak dari itu abang jadi seorang playboy. Abang kecewa kan? Emy pun rasa masa itu Emy ini budak-budak sangat. Emy ingat lagi ayat Kak Mai. Dia clash dengan abang sebab perasaan dia dengan Emy tak sama.” Kenangan lalu buat dia ketawa kecil. Budak yang mentah sibuk nak bercinta.


“Abang Ismiq dah clash dengan akak erk?” Emy menjuntaikan kaki pada hujung katil Emy Zaima. Emy Zaima berpaling. Dia menongkat dagu pada meja.
“Yap. Emy suka?” Emy shafiqah menganguk riang.
“Emy tahu maksud cinta?” sekali lagi Emy shafiqah mengangguk mendengar soalan Emy Zaima.
“Apa yang Emy tahu?” Emy Zaima dah berpeluk tubuh dan memusingkan kerusi mengadap Emy Shazfiqah.
“Emy tengok kawan-kawan Emy ada pakwe tapi itu bukan cintakan kak” Emy Zaima tersenyum.
“Habis itu cinta macam mana?”
“Cinta macam Emy dan Abang Ismiq. Ada abang Ismiq, Emy suka dan ada satu perasaan yang buat Emy nak selalu nak duduk dekat dengan abang Ismiq."
“Bukan sebab Abang Ismiq selalu layan Emy ke?”
“Bukan. Perasaan itu lain. Ada rasa lebih cinta. Emy nak cakap banyak pun Emy tak pandai. Emy budak-budak. Tapi Emy pasti dengan perasaan Emy” yakin Emy Shazfiqah bersuara. Memang dia budak-budak. Itu tak bermakna dia seorang tak reti apa-apa.
“Emy sedih?” Emy Zaima masih menyoal. Adik bongsu dia yang sorang ini nama sahaja budak. Kadang-kadang itu bila berfikir macam orang tua. Ada kalanya bila dia dah tekad dengan sesuatu jangan la nak suruh dia lepaskan. Confirm benda itu tak akan terjadi. Macam sekarang. Kalau dia dah tetapkan yang Ismiq Danial itu orang yang akan dia suka, cinta dan kahwin jangan la sesekali nak perlekehkan.
“Mesti la sedih. Suka-suka jugak tapi Emy sedih tengok Abang Ismiq yang terluka. Abang Ismiq betul-betul cintakan akak” sayu Emy Shazfiqah.
“Akak dengan abang Ismiq tak ada jodoh la” kata-kata Emy Zaima seolah satu pujukan pada sang adik.
“Emy sayangkan Is? Maksud akak Abang Ismiq?”
Emy mengangguk. “Sayang”
“Boleh janji dengan akak?” dagu Emy Shazfiqah diangkat perlahan.
“Boleh jagakan Abang Is untuk akak tak?” soalan itu membuatkan Emy Shazfiqah terdiam.
“Abang Is itu baik sangat. Sekarang ini pasti dia tengah kecewa dan percaya la perangai dia akan berubah 100%” Emy Zaima bersandar pada kerusi. Kipas siling dipandang.
“Mana akak tahu?”
“Kami kan kawan baik sebelum couple” Emy Zaima senyum penuh makna. Mereka kawan baik sebelum Ismiq Danial meminta untuk lebih jauh. Dia selesa dengan Ismiq Danial hanya sebagai kawan.
“Emy hanya budak kecik dekat mata abang”
“Dan Emy adalah orang dewasa untuk akak. Akak tak ada perasaan yang sama macam Emy suka dekat Abang Is itu. Sebab itu akak mintak clash. Dari dia berharap lebih baik kita putuskan awal-awal” Emy Zaima mengeluh perlahan. Betul hati dia tak sama dengan Ismiq Danial. Istilah kawan adalah yang terbaik.
“Dia sayangkan akak”
“Emy sayangkan dia”
“Dia benci Emy”
“Dia tak tahu bezakan perasaan dan kehendak”
“Emy hanya budak umur sembilan tahun”
“Perangai dia lebih kecik dari umur Emy”
“Akak…”
“Emy janji dengan akak”
“Apa?”
“Emy akan bahagia dengan Is. Tunjukkan dia cinta sebenar. Bukan hanya kehendak” Emy Shazfiqah diam. Bahu dipaut.
“Emy?”
“Emy masih budak-budak la kak”
“Masih budak-budak tapi gatal nak becinta”
“Mana ada”
“Ada”
“Tak”
“Ada”
“Tak”
“Ada. Emy kena tanam balik perasaan itu dalam hati dia. Boleh janji?”



“Seminggu lepas dari tu akak terlibat dalam kemalangan dan meninggal. Emy ada dekat situ. Tengok abang yang sedih sangat. Emy tak boleh nak usir akak dalam hati abang.” Perlahan Emy bersuara. Sedih. Tak sangka janji itu dah jadi wasiat terakhir dari Emy Zaima.
“Kau cinta kan aku sebab amanah?”
“Tak. Emy cintakan abang dari dulu, sebelum Kak Mai tak ada. Emy tak pernah jauh dari abang. Emy ikut abang pindah kampung.” bersungguh Emy menyakinkan Ismiq Danial.
“Kau masih muda lagi untuk jadi seorang isteri”
“Umur itu bukan satu ukuran. Dari abang jatuh kat tangan orang lain baik Emy sambar dulu.”
“Biar pun perangai aku teruk?”
“Yap. Kaki kikis, kaki perempuan, kaki clubbing, kaki-kaki dan macam-macam la. Dah itu kerja abang Emy kena terima” polos Emy Shazfiqah bersuara.
“Kau perli aku ke apa?”
“Tak mana ada” laju dia bersuara. Tak terlintas pun.
“Kecik-kecik dah gatal” dalam diam dia mengucap syukur.



Surat tawaran sambung belajar itu dipandang sepi. Tak terniat pun nak sambung belajar. Baik duduk rumah dengan suami tercinta lagi bagus. Sampul surat itu dilempar atas meja sebelum dia menghempas punggung pada sofa. Tak nak pergi pun. Desisnya.
Sejak peristiwa hari itu dingin dia dan Ismiq Danial sudah semakin surut. Kira dah baik la. Cuma kadang-kadang itu kaki-kaki Ismiq Danial itu tak surut. Masih dengan aktiviti dia. Rasa-rasanya dah banyak duit dah papa bagi dekat Ismiq Danial. Iyalah bila laki kerja bawah papa pasti papa bagi gajikan.
Jawatan dekat tempat kerja papa yang tinggi melangit tu pun dia dapat. Senang kata semua yang dia dapat itu dah boleh membuatkan Ismiq Danial berhenti pegang jawatan kaki-kaki dia itu. Dia mengeluh perlahan. Selamat sikap kaki perempuan itu dah terhakis sikit. Itupun jenuh nak hakis. Kata Ismiq dulu “Sayang benda itu dah jadi hobi susah nak bendung” untuk sekian kali dia mengeluh. Betul la cari pasal kahwin dengan si kaki-kaki ini.
“Assalamuikum sayang” terhenjut bahu Emy Shazfiqah. Ismiq Danial sudah duduk sebelahnya. Rapat. Telefon ditangan tak habis-habis ditenung.
“Waaikummusalam. Abang dari mana?” soal Emy Shazfiqah lembut. Tangan Ismiq Danial diraih ke dalam pautan.
“Dari pejabat. Tadi abang ada jumpa sorang awek ini. Cun gila” Ismiq Danial mula bercerita. Emy Shazfiqah yang mendengar hanya tersenyum senang. Dah agak dah.
Then?”
Happy” sepatah Ismiq Danial bersuara. Serius dia tak ambik hati pun. Malas dia anggap semua itu macam dengar cerita gossip baru.
“Apa ini?” sampul surat atas meja menarik minatnya.
“Surat sambung belajar” muka Ismiq Danial berubah.
“Dekat mana?”
“Sarawak”
“Jauhnya”
“Mmm”
“Bila masuk?”
“Dua minggu dari sekarang”
“Masanya dah tiba?”
“Masa apa?”
“Kena tinggal dengan bini” perlahan Ismiq Danial bersuara. Emy Shazfiqah hanya diam. Sedih ke dia? Takkan la kot.


Tiket check. Beg check. Passport check. Semua dah siap kenapa ada yang tertinggal. Mata Emy Shazfiqah melilau memandang ruang legar Kuala Lumpur International Airport. Bingo! Dah tahu dah apa yang tertinggal. Lantas retak kaki diatur.
“Abang, your wife ini nak pergi dah tapi masih boleh mengatal lagi erk” sergah Emy Shazfiqah. Dia mencekak pinggang geram. Saat-saat nak tangkap sahdu kenal tinggalkan semua boleh pulak laki potong mood.
“Eh sayang dah nak masuk ke?” Ismiq Danial mengaru kepala. “Opss sebelum lupa ini abang kenal kan…auw…auw…” Ismiq Danial dah menjerit kecil saat telinganya ditarik oleh Emy Shazfiqah.
“Emy tak ada masa la nak kenal dengan makwe baru abang ini. Emy nak pergi pun abang masih buat perangai. Emy tahu la Emy siapa. Tapi tak kan la abang tak boleh nak tunggu Emy pergi dulu baru cari awek lain” Emy dah mula membebel. Sedih pun ada. Takkan la tak boleh nak kawal sikap mata keranjang tu kejap. Tak payah la nak buat depan-depan. Sentap jugak la kadang-kadang itu.
“Sayang sakit. Lepaskan la telinga abang ini” Ismiq Danial dah mula meronta-ronta. Perlahan-lahan telinga suami itu dilepaskan. Emy Shazfiqah dah menahan sebak. Dia duduk diruang menunggu. Meratapi nasib yang akan dimadukan bila sudah tamat belajar nanti.
“Emy” Ismiq Danial dah duduk menlutut dihadapan Emy Shazfiqah. Tahulah dia isterinya kini memang tengah merajuk hebat. Dia tahu salah dia. Tapi itulah benda automatik kadang-kadang susah nak bendung.
Emy Shazfiqah diam. “Emy pandang abang” tangan Emy Shazfiqah digengam. Sang ratu sudah merajuk meh! Emy Shazfiqah berdegil. Matanya masih bertala pada tiket ditangan.
“Dah la bang. Emy tahu. Pergi la bang. Biar Emy duduk sini sorang-sorang. Lagipun kejap lagi Emy dah boleh masuk balai” perlahan suara Emy Shazfiqah. Menahan sebak mungkin.
“Emy…” perlahan Emy Shazfiqah menolak tubuh Ismiq Danial darinya. Dia betul-betul terasa hati. Mungkin rajuk dia dah sampai hujung.
“Emy paham abang tak suka Emy. Emy tahu hakikat itu. Pergi la jangan sakitkan hati Emy saat-saat Emy nak pergi ini”
“Ish Emy ini, merajuk pulak dia” buntang mata Emy Shazfiqah melihat Ismiq Danial. Rasa nak lambung aje suaminya itu dekat landasan. Boleh pulak cakap macam itu.
“Abang tak faham. Yang abang tahu Emy ini hanya budak kecik yang tak tahu apa-apa. Tahulah Emy tak ada tempat dalam hati abang” terluah jugak apa yang dia rasa.
“Siapa cakap Emy tak ada tempat dalam hati abang. Emy itu isteri abang dan cinta bang” tutur Ismiq Danial lembut. Emy Shazfiqah terpampang.
“Emy abang ini sejak bila la pandai merajuk. Abang sayang Emy tahu. Emy itu aje yang tak tahu. Ingat abang ini kaki perempuan la, kaki kikis la…”
“Bukan memang kenyataan ke?” cantas Emy Shazfiqah. Pipi Emy Shazfiqah ditarik.
“Tengok itu, dengar la sampai habis. Kalau Emy sedih abang lagi sedih dari Emy”
“Tipu”
“Tengok itu menyampuk lagi” Emy Shazfiqah buat gaya zip mulut.
“Dengar elok-elok tahu. Kalau Emy nak tahu inilah kali pertama abang rasa cinta itu membahagiakan. Kali pertama abang rasa cinta itu adalah anugerah yang tak terhingga. Terima kasih ya Allah atas anugerah mu dan insan yang terpilih adalah Emy abang ini. Bukan Emy Zaima tapi Emy Shazfiqah. Mungkin betul kata arwah dulu. Ada satu cinta yang tunggu lebih lama dari abang. Ternyata ia benar.” Ismiq Danial menarik nafas.
“Abang tak pernah nak anggap Emy ini budak-budak. Sejak kita kahwin abang dah terima Emy. Tapi paham-paham la dengan perangai abang yang kaki perempuan….”
“Kaki kikis, kaki penipu, kaki enjoy. Ops” Emy Shazfiqah tutup mulut saat mata Ismiq Danial dah membesar.
“Tengok itu. Ada jugak yang kena sat lagi ini.”
“Okay-okay abang sambung. Nak dengar ayat cinta abang ini” Emy Shazfiqah tahan ketawa.
“Okay la abang straight to point, abang cinta isteri abang ni Emy Shazfiqah. Jangan tanya bila dan kenapa. Abang tak nak jawab”
“Ala… cakap la. Nak tahu jugak ini” pujuk dia. Tangan Ismiq digoncang.
“Tak nak. Dah jangan nak banyak bunyi kena kejap lagikan” Ismiq Danial dah bangun dan mengambil tempat disebelah Emy Shazfiqah.
“Abang beritahu la. Nak tahu ini”
“Tak nak”
“Ala… tak sayang Emy la itu” rajuk Emy. Ismiq Danial dah menahan geram. Mulut itu tak reti nak berhenti dari tadi. Pot pet dari tadi. Ismiq Danial senyum penuh makna sebelum menarik Emy Shazfiqah dan mulut isterinya yang sedang membebel ditutup dengan mulutnya. Emy Shazfiqah yang terkejut berusaha menolak tubuh sang suami. Tempat awam okay! Malu…
‘Perhatian untuk semua penumpang sila berhati-hati dengan lelaki yang bernama Ismiq Danial. Sesungguhnya dia adalah lelaki bahaya. Awas wahai kaum hawa’ pengumaan hati sudah berkumandang



Seorang Ismiq Danial adalah seorang yang terlalu mengikut nafsu. Bertindak mengikut nafsu bukan akal fikiran. Tapi seorang Ismiq Danial adalah lelaki yang mampu mengoncang hati Emy Shazfiqah saat gadis itu masih kecil.
Tak ada benda yang sempurna dalam hidup ini. Mungkin perangai macam Ismiq Danial la yang kita nak elak. Tapi kita tak tahu andai kata nanti orang yang kita tolak itu akan menjadi jodoh kita.
Suami adalah ketua keluarga. Tak sepertinya ketua keluarga akan selalu betul dan sempurna. Itu gunanya seorang isteri yang sentiasa berada disisi suami. Menerima dan membentuk seorang suami. Tak salah kita untuk menegur dan menasihat. Lelaki ada ego tersendiri, bijak dalam menghadapi masalah ini adalah yang paling utama.
Carilah jalan untuk mengimbangkan untuk kedua-duanya. Agar satu intitusi kekeluarga itu akan menjadi sempurna dan utuh. Sama-sama la kita belajar untuk mengerudi sebuah bahtera yang sempurna. Sempurna itu datang dari orang yang sering berusaha.
Belajar dari pengalaman!*opss aid tak kahwin lagi...hihihi...masa muda belia*



THE END
cite ni banyak kurang...pohon ampun...^_^ maklum la lama dah tak tulis cerpen...



salam ukhwah untuk semua...^_^

11 ulasan:

Tia Fatiah berkata...

okeh.. ini adalah sangat comel yaww.. hahaa.. boleh bayang camne emy masa kecik2 tangkap cintan dengan abang is tu.. kikiki

salam sayang,
tia comel

*hhehee.. saje ngengada.. =P

o-ReN berkata...

hahaha....kecik2 dah gatal besar2 jadi macam itu...hahaha....
salam sayang jugak cik tia...:)

Nas berkata...

hahahaha . lawak la si emy ni . mmg sempoi . part kira perngai kaki si ismiq tu best .

Hanna Aleeya berkata...

love this story very much. comel ja emy suka ismiq. dah lama hanna tak ke sini sebab busy. huuu. akak dah banyak up entry. insya-Allah hanna akan baca after exam ni. hee

o-ReN berkata...

nas: sempoi tema kita..heheheh...

hanna: tq hanna....tak pe2 take time..nnt kalau dah free terbang la ke zon oren akk...:)

dialu-alukan...^_^

Tanpa Nama berkata...

'Test' sepatutnya 'taste'

Tanpa Nama berkata...

Best. . I can feel the story . . Romantic . I like it

gixi zi berkata...

not badd...

Tanpa Nama berkata...

Daebak!

Tanpa Nama berkata...

I like

Nur Arin Airina berkata...

Terbaik sangat. Buat lah yang lagi best. Goodluck