Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

2 Ogos 2013

Suddenly It's Magic Special







MOTIF??
mmmm tak ada motif....cuma tengah asah skill conteng-conteng....nak tambah baik sikit-sikit..
terima kasih yang bagi komen tentang cerita SIM ni..terima kasih jugak pada akak-akak, adik-adik, abang-abang( ada ke?), cik-cik, puan-puan semua. Aid belajar sesuatu dari komen kalian...^_^
akak yang tegur pasal tajuk...THANKS YOU SO MUCH... Hihihihhi...khilaf Aid dekat situ...






Tengok Awal yang tukar lampin Syawal buat aku rasa nak gelak golek-golek. Masakan lampin terbalik. Confirm budak itu akan menangis tak selesa, lepas itu kelam-kabut tanya kenapa.
“Mamy” seru Awal. Dia dah give up. Dah duduk bersila dengan lampin dekat tangan. Perlahan-lahan aku menghampiri. Lampin dekat tangan Awal aku ambik. “Ini ke dady yang selalu dibanggakan. Setakat jaga anak seorang pun terkial-kial” ujar aku. Awal macam biasa la bila kena bidas dengan aku. Sengeh senget dia tak pernah hilang.
“Dady pun bertatih jugak la mamy. Ingat Syawal boleh terus berlari ke? Mesti meniarap, merangkak dan baru berlari. Setiap perkara ada step dia” diam aku kejap. Aku dah cakap dari dulu lagi. memang akan kalah bila cakap dengan dia.
“Yelah dady. Cakap dengan awak tak pernah nak menang” Syawal yang terbaring aku angkat dan pangku. Awal yang berada ditepi hanya bersandar pada kaki sofa.
“Mamy”              
“Emmm”
“Dady nak mintak request satu benda boleh tak?” ada permintaan? Aku dah kalih pada Awal. Muka dia bersungguh gila.
“Tengok muka dady macam susah aje pemintaan itu” itulah tanggapan aku. Awal dah tarik aku dekat dengan dia. Syawal atas pangkuan diambil dan dicium bertalu.
“Ala dady tak mintak pun adik Syawal lagi. Awal lagi kot. Mamykan baru lepas pantang. Masa manja-manja dengan dady pulak” dush! Muka aku dah blushing gila. Ada pulak cakap macam itu.
“Dady nak apa ini?” aku dah tunjuk muka ketat.
“Boleh tak dady nak kahwin” terbuntang mata aku. Apa? Kahwin? K.A.H.W.I.N?
“Apa! Dady jangan nak buat hal pulak. Ini mamy baru nak lawa-lawa ini. Buang tabiat ke?” terjerit jugak la aku. Awal hanya sengeh tak putus-putus. Muka aku dah nak tukar jadi raksasa. Dulu dia momokkan aku dengan raksasa sekarang meh kita tengok raksasa mengamuk.
“Bukan dady…”
“Dulu masa nak kan mamy pagar berduri sanggup redah, sekarang? Dengan tembok-tembok nak redah ke?” dengan perasaan geram aku bangkit dari duduk dan melangkah meninggalkan Awal. Geram. Boleh pulak sengeh-sengeh. Ingat aku ini tengah buat lawak ke?
“Mamy, dady tak habis cakap lagi la” Awal dah melaung nama kau. Aku buat bodoh. Bengkak la hati aku. Namun langkah aku termati. Syawal! Aku tebuk dahi dan berpusing. Awal yang melihat hanya tayang sengeh busuk.
“Apa sengeh-sengeh” sergah aku. Awal dah ketawa besar. Syawal dekat pangkuan Awal aku ambil perlahan.
“Mamy…”
“Apa mamy mamy, dah sini Syawal jangan dekat dengan dady. Nanti berjangkit perangai miang dady. Dulu cakap nak setia dengan mamy sekarang nak kahwin lain pulak” leter aku. Terhentak-hentak la jugak aku jalan. Protes okay!
“Mamy!” Awal dah jerit berserta gelak. Itu yang menambahkan berang aku.


“Kenapa ini?” aku tarik muncung dengan abang Ashari. Sama aje dua beradik ini.
“Tak ada apa-apa”
“Kenapa muncung itu panjang sangat?”
“Sebab tak pendek dia panjang la” seloroh aku. Malas nak layan.
“Apa-apa la Dini. Ini abang nak tanya sikit. Awal ada cakap tak pasal hal kahwin?” terbeliak mata aku. Abang Ashari pun tahu Awal nak kahwin lain. Ke ini idea abang Ashari nak runtuhkan rumahtangga aku? Astarfirullah al-azim. Aku mengurut dada perlahan. Bawa mengucap. Tak baik fikir bukan-bukan. Mengucap panjang aku.
“Ini dah kenapa ini?” soal dia hairan. Hari ini mood aku nak mengamuk aje.
“Ini idea siapa kahwin-kahwin ini?” soal aku lagak gangster.
“Idea sapa lagi ma dan abah” jeda.
“Ma dan abah” aku dah hilang suara. Kenapa?
“Dini okay tak ini. Pucat semacam” aku dah raba muka. Pucat? Gila tak pucat. Aku nak dapat madu kot. Madu paling pahit dalam dunia.
“Abang betul ke Dini nak dapat madu?” soal aku lurus. Nak kepastian. Nak kena siapkan mental dan fizikal.
“Madu apa pulak ini? Bukan minggu lepas Awal dah belikan madu yang Dini nak ke?” muka Ashari dah keliru habis. Madu lebah itu buat apa. Ini madu orang la.
“Bukan la. Ini madu. Bini nombor dua Awal” aku tengok Ashari dah diam. Muka dah blur.
“Awal nak kahwin satu lagi?” suara abang Ashari dah naik tiga voltan. Aku pulak yang terkejut. Kalah masa aku mula-mula tahu hal ini.
“Abang ini kenapa? Tadi dia yang cakap Awal nak kahwin” biar clear sikit.
Abang Ashari dah tepuk dahi. “masya allah Dini. Bila pulak Awal nak kahwin. Ini Azfa la nak kahwin.” Muka abang Ashari dah lega habis. Aku pulak yang tergamang.
“Tadi Awal cakap…” kata-kata aku dah mati. Aku kena tipu ke apa?
“Awal cakap apa?” neutron-neutron aku dah bercantum.
“Okay la abang, Dini nak pergi buat penghitungan” tanpa tunggu masa lama aku dah kembali masuk dalam rumah. Nak cari suami yang bertuah ini!


Pintu bilik aku tolak. Masa petang-petang ini memang Awal akan ambik alih jaga Syawal. Masa ini aku bersenang-lenang. Untung jugak la ada orang care. Aku dah keluarkan senyum jahat. Dia kenakan aku, sekarang masa aku kena kan dia. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk dalam bilik aku menuju ke arah almari baju. Beg roda masa aku honeymoon dulo-dolu aku capai dan bentangkan depan almari. Aku perasaan Awal pandang pelik. Dia tak akan tidur masa jaga Syawal. Masa itu dia manfaatkan buat kerja-kerja office dia.
“Nak ke mana itu?” soal dia. Aku dah sengeh devil dalam hati.
“Nak pindah rumah”
“Eh kenapa pulak?” Awal dah bangun dari kerusi dan bergerak menghampiri aku.
“Dah orang tak suka kena la pergi perlahan-lahan”
“Tak suka kenapa pulak?”
“Hidup ini kita kena berdiri atas kaki sendiri”
“Mamy ini kenapa?” soalan Awal aku biarkan. Baju dalam almari beralih arah ke dalam isi beg.
“Mamy…” Awal dah bertindak menarik beg baju aku. Muka dia dah cuak habis. Dia dah pegang bahu aku. Tapi aku keraskan badan. Protes weh!
Tangan Awal aku alihkan dari bahu dan menuju ke arah katil. Syawal yang sedang enak tidur aku angkat. Sian Syawal jadi mangsa aku. Maafkan mamy ya Syawal. Nanti bila mamy dah buli dady kaw-kaw tidur la puas-puas ya. Syawal dah terjaga. Itulah anak kesayangan aku. Pantang cuit sikit dah terjaga.
“Nak bawa Syawal ke mana pulak itu? Kan Syawal tengah tidur?” Awal dah menapak.
“Nak keluar dari rumah” selamba aku. Belum pun sempat aku keluar dari pintu bilik Awal dah hadang dengan kedua belah tangan.
“Mamy…” Awal dah buat suara merayu. Aku hanya menjeleng.
“Jom la Syawal jangan layan dady. Dady dah tak sayangkan kita dah.” Aku tolak perlahan badan Awal yang menghalang langkah aku.
“Mamy” Awal dah pegang bahu aku.
“Dah la dady. Mamy tahu la mana tempat mamy. Jangan risau mamy terima siapa madu mamy. Dah dady tak sayangkan mamy. Dady jangan risau lepas ini mamy tak kacau dady dah” okay siap riak muka pasrah lagi aku buat. Biar nampak real sikit.
“Mamy itu semua…”
“Dah la dady tak ada guna dady nak tegakkan benang yang basah. Ma dan abah pun dah sibuk buat persiapan kahwin dady” lirih je suara aku. Biar effect dia terasa.
“Mamy bukan dady nak kahwin la” dengar ayat keramat Awal buat aku nak gelak golek-golek tapi masih kawal lagi la.  Awal dah gelabah habis.
“Dah la dady. Tak payah nak berdalih lagi” aku tengok Awal dah gengam rambut dia. Habis kusut rambut dia.
“Mamy dady gurau jelah. Yang nak kahwin itu Afza la bukan dady” Awal cuba yakinkan aku. Penuh drama aku buat-buat nangis.
“Tak payah la dady nak tipu lagi. Abang Ashari sendiri dah sahkan yang dady nak kahwin lagi” cebik aku. Habis aje bersuara Awal dah menondong keluar dari bilik. Aku gelak kecik. Nak cari abang Ashari la itu. Aih selamat dekat kampung. Kalau dekat rumah sendiri lagi action aku belakon.
“Anak mamy nak tidur tak?” aku tepuk-tepuk Syawal. Dia dah ada tanda-tanda nak nangis tak cukup tidur ini. Cepat-cepat aku menuju katil dah baringkan Syawal sebelah aku. Syawal aku susukan.
Senang nak tidurkan Syawal. Biasa la budak baru-baru lahir tak banyak ragam. Nak susu, tidur itu aje la yang dia tahu. Tunggu la masuk beberapa bulan lagi. Hah time itu mesti macam-macam ragam. Sabar la nak melayan. Tapi kalau ikut sejarah aku time kecik-kecik dulu paling baik. Syawal sayang ikut perangai mamy taw. Aduh sempat lagi aku puji diri sendiri.
Sebaik Syawal nyenyak aku betulkan baringan putera kesayangan aku ini. Putera yang paling berharga dalam hidup aku. Sebab putera akulah kini aku bergelar mamy kepada seorang anak lelaki. Wow betul-betul perkara yang paling berharga dalam hidup aku.


“Pandai dia ya kenakan dady” terasa belakang aku dipeluk. Haba Awal dah terasa dekat badan aku. Aku gelak perlahan. Syawal baru tidur. Nanti terjaga pulak.
“Dady pun pandai kenakan mamy”
“Ala dady nak uji tahap loading mamy aje” Awal dah gelak. Aku berpaling mengadap Awal. Pipi dia aku tarik geram.
Loading mamy tak macam dulu dah. Ada progress.” Sakat dia.
“Dady jangan nak cari pasal” warning aku.
“Dady sayang mamy” Awal dah tukar nada suara. Nada yang membuatkan aku terdiam dalam bahagia.
“Mamy pun”
“Mamy apa?” soal dia dengan kening terangkat.
“Ala yang dady cakap tadi. Mamy pun”
“Dady cakap dady sayang mamy. Jadi mamy sayang mamy?”
“Dady inikan”
“Dady kenapa? Dady tahu dady hot” kini telinga dia jadi mangsa aku.
“Suka main-mainkan orang la” aku dah tarik muncung.
“Mamy jangan merajuk nanti Syawal jadi mangsa” sakat dia. Aku tahu la aku suka jadikan Syawal mangsa aku. Suka kacau Syawal bila dia tidur.
“Dah dady suka sakat mamy kenapa?” lirih aku.
“Amboi mamy makin manja sekarang.”
“Dady” tegas aku.
“Dah-dah jangan nak merajuk. Dady gurau je la. Cuti-cuti macam ini la masa nak bermanja-manja dengan mamy. Tak manja dengan mamy, manja dengan siapa lagi”
“Manja konon. Gedik adalah” dalam hati aku dah termakan pujuk dia. Aish la Dini. Sekarang dah pandai nak manja-manja. Dunia berubah. Syazwani Farini pun berubah.


~tak ada keje cari keje~



~tak ada keje cari keje~


SELAMAT HARI RAYA SEMUA....

4 ulasan:

baby mio berkata...

BEST.SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.

miss mine berkata...

Best..salam aidilfitri

norihan mohd yusof berkata...

hihi...menghibur kn dek...

o-ReN berkata...

baby mio...selamat hari raya..:)
miss mine tq n salam aidilfitri gak..^_^
kak norihan cerpen masa terluang...hihiih