Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

23 Ogos 2013

REDHA SYIFA ANOTHER PART








4 tahun kemudian…

Nabil merenung ke arah frame gambar yang berada dimejanya. Lalu dicapai dan dibawa ke dadanya. Melepaskan rindu yang terbuku.
“Syifa” nama tersebut meniti dibibirnya. Dia umpama robot. Hatinya kosong. Walaupun sudah tiga tahun peristawa tersebut berlalu. Selepas Syifa menghilangkan diri dulu semuanya terbongkar. Anis dan Intan sudah menceritakan penyakit Syifa. Dia terkejut tak sangka semua ni berlaku. Sejak dari hari tersebut dia masih mencari Syifa. Mencari, mencari dan mencari. Sehingga dia sendiri yang pastikan dengan mata sendiri yang Syifa dah mati.
Menurut salah sorang penyiasat yang diupahnya. Syifa dikhabarkan sudah pun meninggal dunia kerana sudah hampir segenap Malaysia dia mencari Syifa. Baginya selagi dia sendiri tidak dapat rekod dan bukti yang kukuh yang menyatakan Syifa sudah tiada di dunia ini selagi itu dia akan terus mencari. Dia tak akan mengalah walau apa yang terjadi. Dia pasti Syifa masih hidup. Dia betul-betul pasti.
“Nabil” lamunan dia terhenti apabila kelihatan Roslan sudah pun terpacul dimuka pintu pejabatnya. Roslan mengambil tempat dihadapan Nabil. Matanya jatuh ke arah tangan Nabil. dia mengeluh. Nabil masih belum boleh melupakan Syifa. Nabil tersenyum hambar.
“Dah empat tahun. Tak kan kau masih nak tunggu dia. Kau perlu teruskan hidup kau Nabil” nasihat Roslan.
“Penderitaan aku tak la hebat sangat dari penderitaan dia Lan. Seorang gadis yang telah dirogol oleh orang yang amat dicintainya sendiri. Sehingga telah mengandungkan anak aku dan menunggu masa untuk meninggalkan dunia fana ini. Kalau kau ditempat dia apa yang kau rasa. Tapi dia masih boleh tersenyum Lan. Tersenyum” lirih Nabil bersuara. Roslan mengeluh.
“Kita pun tak pasti dia masih hidup lagi ke tak. Kau sendiri tahu penyakit dia tu dah melarat dulu. Cukup la sampai sini pencarian kau tu. Kau tak kesian ke dekat papa dan mama kau. Dia orang risaukan kau…” Roslan memandang tepat ke arah mata Nabil. Anak mata itu seperti mampu menceritakan semua. Nabil tersenyum.
“Aku akan sentiasa setia, Lan. Kau tahu kan cinta dalam hidup aku hanya ada sekali sahaja dan aku tak akan pernah berpaling darinya…” ujar Nabil. Roslan mengeluh dengan tekad Nabil.
“Okey, drop that topic. Malam ni kau datang rumah aku. Aku dan Intan ada buat makan-makan sikit” Roslan tersenyum ceria. Dia akhirnya mendirikan rumahtangga dengan Intan hampir setahun yang lalu. Manakala Anis sudah pun bernikah awal tahun yang lalu dengan Azhar. Rakan sepermainannya dulu tak sangka jodoh mereka masih kuat.
“In sha allah. Tak sabat nak tengok baby korang. Mesti kena bias aku yang hensem. Pakcik dia kan hensem” Nabil mendongak dagu. Ah Roslan dah melangkah selangkah ke hadapan.


“Kak Yuni”panggil Alisya lembut. Yuni yang sedang leka memasukan beg kedalam bonet kereta berpaling. dia melihat wajah Alisya yang berkerut.
“Kenapa ni?” soal Yuni lembut. Dia memegang erat tangan Alisya cuba menghilangkan rasa hatinya .Alisya tunduk memandang jalan tar dibawahnya perlahan-lahan dia  mengusap belakang Alisya.
Everthing will be okey” ujarnya  perlahan. Alisya mengangguk. Teksi yang disewanya bergerak perlahan meninggalkan KLIA dan menuju ke destinasi baru mereka.
Entah mengapa sebaik sahaja dia melangkah dibumi Malaysia hatinya diragut resah. Seperti ada benda yang mengejar nya.
“Akak tak paksa Eysa untuk ingat semua ni dalam masa singkat.”pujuk Yuni. Dia tahu Alisya cuba mencari masa silamnya. Gengaman tangan Yuni dieratkan. Cukup la Yuni berada disisinya untuk jadi tempat dia bersandar.
“Akak. Eysa tak nak cari masa lalu Esya. Esya selesa hidup ni tanpa mengetahui masa lalu.” Rintih Alisya.
“Entah bahagia ataupun duka”sambung Alisya..Dia masih ragu-ragu dengan keputusannya untuk pulang ke Malaysia.
Yuni mengeluh. Dia tahu masa silam Alisya. Dia la tempat Alisya menceritakan kisah duka hidupnya semasa di London tapi ada sesuatu yang perlu dikembalikan kepada Alisya yang tetinggal sewaktu dia pergi ke Londan dulu. Dia perlu mengembalikan cinta yang tak kesampaian Alisya. Cinta yang kalah sebelum berjuang. Dia tahu Alisya sudah lama menderita. Dia berjanji dia kan mengembalikan semua kegembiraan Alisya yang patut digapainya.
“Dah tak payah nak pikir lagi..kita dah pun sampai dekat Malaysia, so kita nikmati la ye…”riang suara Yuni. Alisya hanya mampu tersenyum.
“Akak nanti teman Esya cari Intan dan Anis ye…Esya nk tengok  mereka dari jauh kak”pinta Alisya. Menurut catatan dairinya Intan dan Anis merupakan sahabat baiknya dan dia amat terhutang budi kepada mereka Yuni mengangguk.


Nabil tersenyum melihat Intan dan Roslan yang sedang melayan tetamu. Dia melangkah kearah pasangan tersebut.
“Tahniah” ucap Nabil sebaik sahaja dia menghampiri pasangan tersebut.
“Thank. Kau datang pun dah cukup bermakna bagi aku” ucap Roslan. Nabil tersenyum. Jelas kelihatan wajah ceria Roslan disamping isteri tercinta.
“Abang pulak bila? Tak teringin ke nak dapat anak sendiri?” soal Intan ceria.
“Of course la teringin” Nabil ketawa.
“Wah dah ada calon ke? Kenapa tak kenalkan kat Intan” usik Intan. Roslan disebelahnya mencubit pipi Intan. Berkerut dahi Intan menahan sakit.
“Kau tunggu la anak aku dengan Syifa” Nabil tersenyum sesekali dia menyentuh baby yang berada dalam buaian yang dihias cantik semperna kenduri cukur jambul Darius Irfan yang baru berusia seminggu. Terdiam Intan dan Roslan mendengarnya. Sangkaan mereka Nabil sudah berjumpa dengan pengganti Syifa tapi sama sekali meleset.
“Abang Nabil” perlahan Intan bersuara.
“Aku akan tunggu Syifa, Tan. Selama-lamanya…” cukup tegas kedengaran kata-kata Nabil. Roslan sudah pun memeluk bahu Nabil. Cuba memberi semangat kepadanya.
“Dah la tu jom la kita makan” ajak Roslan. Cuba lari dari masuk ke dalam mood sedih. Nabil mengangguk. Hari ni hari bahagia Intan dan Roslan kerana menyambut kelahiran baru dalam keluarga mereka dia tak nak merosakkan kebahagian mereka dengan masalahnya. Cukup la selama ini dia menyusahkan mereka.




Nabil merebahkan badannya diatas katil. Matanya dipejam rapat. Ingatannya melayang dengan kata-kata papa dan mamanya. Langkahnya terhenti apabila papanya memanggilnya sebaik sahaja dia masuk kedalam rumah.
“Eryan papa nak cakap sikit” ayat mukadimah papa dah cukup buat dia gelisah…Nabil hanya tunggu dengan sabar.
           
“Kamu tak terpikir ke nak kawin umur kamu tu dah 29 tahun nak masuk 30 tahun. Kawan-kawan kamu semua dah kawin kamu bila lagi?”soal Tan Sri Azhan. Wajah anak tunggalnya dipandang kasih.

“Eryan mama ni dah tua teringin nak main dengan cucu sendiri….”sampuk mama
“Eryan hanya akan kawin dengan Syifa muktamad.”tegas Nabil. Tan Sri Azhan dan Datin Kalsom hanya mengeluh. Dia tahu apa yang berlaku keatas anaknya tiga tahun lalu. Semua tentang Nabil Eryan diceritakan oleh bondanya iaitu nenda Nabil. Tanpa satu pun yang tertinggal. Memang Nabil agak rapat dengan nenda. Datin Kalsom mengeluh.
“Eryan pasti ke yang Syifa masih hidup?” soal Datin Kalsom selepas berdiam diri. Tan Sri Azhan memandang ke arah isterinya.
“Pasti. Eryan pasti sangat…” tekan Nabil. Dia berlalu memasuki biliknya. Tanpa menunggu masa yang lama.
“Dah lama dah, bang. Som ingat kan Eryan dah lupa sebab dia dah lama tak menyebut nama budak tu” adu Datin Kalsom. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya seperti nyawa hidup. Nampak dari luar semua seperti manusia normal tapi bila dirumah Nabil banyak termenung. Sehingga kesihatan sendiri turut diabaikan.
“Kita hanya mampu berdoa. Kita berdoa la yang terbaik untuk Eryan. Abang pasti suatu hari nanti sinar hidup anak kita tu pasti muncul jugak. Kita hanya mampu berdoa” pujuk Tan Sri Azhan dia mengucap perlahan bahu isterinya itu.




~~~hold on....~~~
setelah sekian lama akhirnya...jujur cakap la ni cerita lama sangat..jadi memang banyak la sama ke, tak best ke, kelam-kabut, rasa macam pelik ke, rasa macam 'eh dia ni cerita macam budak*hakikat semua cite aid pun budak-budak' semua ini memang banyak kurang. dari terbiar dekat dalam laptop aid masukkan la dekat sini.... dan satu lagi..... kalau betul la nak versi matang..ceh ceh ceh...matang ke kan... kalau nak versi dalam betul cerita yang disusun rapi, cantik dan mulus confirm kena ambik masa yang lammmmaaaaa sangat... huhuhuhu...  aidan ni pemalas sikit....makanya apa yang ada je aid bagi.... untuk cerita ini Aidan naha teringin nak jadikan dia seperti cerita-cerita lain..mean bila baca cerita tak la rasa macam main hentam aje...heheheheh

7 ulasan:

emyliana adlin berkata...

Lamanya cite ni...teubt rindu kat nabil dan syifa..cpt2 smbg taw

Murasaki Hana berkata...

nolah kak aid. xdanya budak2lah. semua cerita kak aid best!

#kak aid dah tua .....haha
hana yg bdk2 hehe

norihan mohd yusof berkata...

salam dek...pd akk ur story amat menarik...dh jadik rutin akk dek akn tetap mendamba kn n3 baru dr u dek writer..so cepat2 smbg yer...tk derk bebudk nyer...hehe

o-ReN berkata...

emylin adlin: wah terharu kejap..ingatkan tak ada yg duk baca sangat cite ni..hihihi

hana: shhhh...jgnn ckp kuat2 tang umur...hahah..tq hana sudi support...:)

kak norihan: wah terima kasih kerana sudi bace cite aid..*lap ayak mata jap* wah terharu sesangat....:) tq....

nur izzah adawiyah berkata...

mana part last nya???tak jumpa pon..

nur izzah adawiyah berkata...

mana part last nya???sori,saya x jumpa..
paper pon best citer dia

o-ReN berkata...

Nur izzah redha syifa xjumpa tnda noktah ag...huhuhu