Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

13 Ogos 2013

Cerpen: Another Hospital Cinta













Another Hospital Cinta.

“Nada!” Nashuha menjerit nyaring. Pinggang dicekak kemas. Geram dengan telatah Nada Ayuni yang sering membuatnya pening kepala.
“Mama…mama…” rengek Nada Ayuni. Dia bangkit dan berlari mendapatkan mama. Botol kaca sederhana besar itu dipegang kemas sambil disuakan pada Nashuha.
Another pil?” botol tersebut ditilik dengan penuh minat.
“Yap. Ini pil cinta Nada” sengeh anak itu.
“Nada, kalau ya pun Nada taksub pada pil-pil ini tolong la jangan jadikan buku-buku mama mangsa Nada” kepala Nada disentuh perlahan. Nak marah tak guna dah. Buku perubatan dia sudah selesai dikoyak oleh Nada dan menjadikan ia bentuk pil.
“Nada nak jadi pakar ubat cinta” bersungguh Nada bersuara. Mata dikedipkan berulang kali. Inilah padah bila menceritakan kisah cinta antara dia dan suami pada Nada waktu usia anak itu masih kecil.
“Betul?” soal Nashuha lembut. Dia melurut ke bawah dan menjadikan paras dia dan Nada hampir sama. Nada mengangguk.
“Nada nak jadi doktor ataupun nak jadi macam papa?” sekali lagi Nada disoal lembut. Nada Ayuni, baru berusia enam tahun tapi petah dalam berkata-kata dan mempunyai satu semangat untuk mara ke hadapan lebih dari yang dia jangka.
“Tak nak kerja dengan papa. Nada nak jadi macam mama.” Bersungguh Nada.
“Tapi papa cakap dia doktor cinta yang paling bagus dan mampu mengalahkan mama” duga dia lagi.
“Ala… nak jadi doktor jugak” bentak Nada. Muka dia dah cemerut tunggu masa nak menangis.
“Sian papa. Dia nak sangat Nada besar dan kerja dengan dia”
“Nada tak nak. Nada nak jadi doctor dekat hospital cinta” air mata dia sudah mula bergenang. Suka dia sakat Nada Ayuni sehingga anak kecil itu menangis.
“Papa dah balik” jeritan dari arah pintu membuatkan dua beranak itu berpaling. Nada Ayuni yang sudah menangis berlari ke arah Fathir. Betis Fathir dipeluk kemas. Nashuha hanya tersenyum melihat gelagat anak gadis itu. Fathir yang baru balik terpinga-pinga. Tak tahu apa yang terjadi. Nada Ayuni menangis dan Nashuha senyum.
“Eh anak papa ini kenapa?” tubuh Nada Ayuni diangkat. Beg yang berada ditangan diletakkan diatas lantai. Tangisan Nada lebih menarik minatnya.
“Assalamuikum” Nashuha mencapai tangan Fathir sebelum dikucup lembut. Pipi Nada Ayuni yang berada dalam dukungan Fathir dicubit.
“Waalaikumusalam. Kenapa dengan Nada ini sayang?” soal Fathir.
“Mama tak bagi Nada jadi doktor” pecah jugak suara Nada yang masih berbaki tangisan. Fathir senyum. Tahu dah apa yang berlaku. Memang tak sah kalau tak sakat anak. Nashuha dan menjongketkan kening.
“La bukan nanti Nada nak jadi engernier dekat syarikat papa ke?”
“Tak nak! Nada nak jadi doktor jugak”
“Habis itu siapa nak kerja dengan papa?”
“Papa suruh mama bagi adik dekat Nada. Nanti papa suruh dia kerja dengan papa. Nada tak nak. Nada nak jadi doktor jugak” meledak tawa Fathir dan Nashuha. Idea yang bernas.
How sayang?” soal Fathir. Nashuha dipandangan dengan senyuman nakal.
“Woo anak yang cerdik” ulas Nashuha. Dia melangkah ke ruang tamu. Kertas yang bertaburan dikemas satu persatu. Buku yang menjadi mangsa Nada disusun. Fathir mengekori dari arah belakang.
“Papa suka cadangan Nada” Nada diletakkan diatas sofa. Tangisan Nada sudah reda.
“Eleh ini semua papa yang mengajarkan?” Nashuha berpaling dan mencekak   pinggang. Bukan tak tahu perangai Fathir.
“Tapi kata-kata Nada ada betul jugakkan?” thumb up ditujukan pada Nada. Nada ketawa kecil.
“Dah abang jangan nak mengada.”
“Nada nak adik?” Fathir memusing badan mengadap Nada.
“Nak” jerit Nada sambil melompat.
See sayang. Nada pun tak sabar nak ada adik la”
“Abang jangan nak mula” geram Nashuha. Fathir dah pun memeluk pinggang Nashuha. Meronta-ronta Nashuha.
“Nada, mama tak nak bagi papa dan Nada adik” adu Fathir pada Nada sebaik sahaja pelukkan dileraikan. Dia mengambil tempat disebelah Nada. Nada yang melihat papa bersandar duduk turut melakukan perkara yang sama. Nashuha memeluk tubuh. Geram dengan dua beranak ini. Alih-alih dia pulak yang kena buli dengan dua manusia ini.
“Papa jangan sedih taw. Nanti Nada cipta ubat biar mama termakan dengan pujukan papa. Nada nak nama kan ubat itu pujukan cinta. Amcam papa okay tak” Nada kembali bersemangat. Otak kecil itu tidak sudah dari mencipta pelbagai nama untuk ubat-ubatnya.
“Wow idea yang bernas anak papa. Bagi papa big hug” Fathir mendepakan tangan. Nada tanpa berlengah memeluk tubuh Fathir.
“Papa tunggu tahu. Bagi Nada masa. Nanti Nada buat ubat untuk papa”
“Disebabkan anak papa ini bijak dan cerdik sepuluh kali dari papa. Papa lepaskan Nada dari kerja dengan papa” terangguk-angguk Fathir. Lagak seperti mengumunkan keputusan mahkamah.
“Yes! Sayang papa lebih” jerit Nada dia melompat-lompat.
“Dua beranak inikan” guman Nashuha geram. Muka dah merah menahan geram.
“Nada lari mama dah mengamuk” Fathir dan Nada sudah melangkah seribu. Berlari meninggalkan ruang tamu. Nashuha yang kegeraman sudah mula mengejar mereka.

14 tahun berlalu….


Dear diary,
Nada dah buat keputusan nak jadi doctor cinta macam mama. Tapi nak jadi lebih hebat dari papa. Papa dah berjaya ubatkan cinta mama. Jadi mama bukan la doctor cinta yang hebat tapi papa. Nada akan berjaya untuk sebarkan cinta pada dunia. Impian Nada nak sebarkan cinta yang hilang dalam diri insan-insan yang memerlukan. Opss lupa pulak, Nada ada lagi tiga tahun untuk menimba ilmu dekat mersi ini. Wah rindu dekat mama dan papa yang berada dimalaysia. Tunggu kepulangan Nada… hah tak lupa jugak si cerdik Naufal Ayub. Mesti sekarang ini dah mula pening kepala pilih nak jadi apakan? Best luck for you my bro.”

                                                                                                Ikhlas: Nada Ayuni….



Diari berwarna silver itu ditutup. Bantal golek ditepi katil dicapai. Bergolek-golek Nada atas katil. Bumi Mersi we go!


~~~Rindu dekat nas+fathir=nada....huhuhu

4 ulasan:

Tia Fatiah berkata...

well hello... apakah ini.. apakah ini.. special edition or ade sambungan ni? hoho... dokter chentaaaakuu~

o-ReN berkata...

helo cik tia...hanya special edition...hihihi.......
^_^

Nas berkata...

ohoii ada special edition! i like . hahaha . hati guer kembang-kembang *suka . thanks aid ada SE . :DD

o-ReN berkata...

most welcome..^_^

khas ni...hihihi