Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

12 Julai 2013

M-Mini: Suddenly It's Magic BAB1






                                       BAB1



Abang biar betul?” aku dah bersuara lantang. Pandang pelanggan lain aku dah tak kisah. Yang menjadi kemarahan aku adalah usul abang Ashari sendiri. Melihat abang Ashari dengan wajah selamba menambah keraguan aku. Aku rasa nak terjun bangunan sekarang.
“Abang gurau je kan?” dalam hati akU putus-putus aku berharap ia hanya sekadar gurauan di pagi hari. Seperti kebiasaan kami yang sering bergurau.
“Apa yang Dini dengar itulah hal sebenar” aku dah terpampang. Abang Ashari dah tak betul gamatnya.
“Abang tahukan kita tengah cakap pasal apa ini?” aku dengar tak dengar sahaja ayat mula tadi. Sahaja aku suruh dia fikir balik apa yang dia omongkan sebentar tadi. Mana tahu dia silap cakap kot.
“Abang nak Dini kahwin dengan Awal” ini la yang buat aku separuh gila. Aku bercinta dengan abang tapi kena kahwin dengan adik. Apa kes!
“Dini bukan nak hina jauh sekali nak memburukkan. Abang tahukan adik abang itu macam mana”
“Abang tahu dia gaySee, pasal itulah aku tak boleh terima. Dia gay okay. Gay! masakan aku harus kahwin dengan dia. Aku, Ashari dan Awal kami dah kena dari kecil. Aku dah tahu minat songsang Awal sejak kami masuk alam remaja. Awal sendiri yang bagi tahu aku. Kira aku ini orang pertama la yang tahu pasal Awal ini. Ini, dia nak aku kahwin dengan awal. Tak ke pelik dan mustahil untuk orang seperti awal.
“Dia tak minat perempuan la bang”
“Dini saja orang yang boleh abang harapkan. Abang yakin dengan Dini. Kitakan dah lama kenal” aku dah pangku kepala. Rungsing sungguh la.
“Abang tahu tak yang kita ini bercinta. Bercinta dah rancang nak kahwin pun. Masa ini pulak abang buat keputusan gila ini” aku dah terbungkam. Kenapa aku rasa tak rasional sahaja pemintaan Ashari ini.
Kalau orang lain dekat tempat aku pun mungkin fikir perkara yang sama macam aku. siapa nak kahwin dengan orang yang dia tak cinta dan ada ke orang nak kahwin dengan gay. Kalau lelaki sama lelaki adalah. Ini perempuan. Memang tak la. Siapa yang sanggup.
Pleases Dini. kalau betul Dini cintakan abang Dini kena tolong abang”
“Tapi...”
Pleases Dini anggap ini permintaan seorang abang dari adiknya.”
“Adik? Mmm dalam beberapa saat cinta bertukar jadi keluarga. Sound great.” sinis aku. Macam itu ke orang yang pernah janji aku cinta. Ini ke orang yang hebat dalam mempertahankan cinta kami dulu. Cinta konon! Pigidah. Propa semua itu. Terlalu kontra semua ini.
“Dini...” aku dah tak dengar suara Ashari lagi. Aku pandang Ashari sekilas sebelum bangit pergi tinggalkan cafe itu. Aku rasa sesak dengan pemintaan Ashari. Aku cintakan dia bukan adik dia itu pun tak paham ke! Kenapa dia pelik sangat ini. perjumpaan pagi ini untuk berkisarkan hala tuju kami menjadi satu perkara yang tak masuk dek akal.



Sebaik pintu kaca itu aku tarik terpacul wajah Awal. Dia masih setia dengan senyuman.
“Hai Dini” aku jeling dia sedas sebelum keluar dari cafe.
“Dini... Dini...” panggil dari Awal aku ignore. Tak ada masa nak layan Awal. Mood aku hilang sebab dua beradik ini. Entah apalah apalah yang si Ashari itu fikir. Kami duk bercinta nak rak dia boleh suruh aku kahwin dengan Awal ni buat aku confuse. Dia gay ke Awal gay ini? Apa salah aku. Aku bukan bola untuk dia pas-pas. Kalau aku bola aku teringin nak berduet dengan Indra Putra. Ada la jugak semangat nak main bola.



Aku hentak punggung dikerusi. Rasa bengang masih tak hilang. Agak-agak apa yang abang Ashari mimpi semalam sampai berkelakuan menakutkan. Ish bila fikir balik macam tak logik sahaja. Kahwin dengan Awal? Ish tak berkeluarga aku. Dia itu pakwe keliling pinggang. Pakwe okay bukan makwe. Kalau makwe boleh la aku pertimbangkan. At least masih normal la. ini… Ish mintak simpang weh.
“Kau ini kenapa? Banyak nyamuk ke?” terkejut aku dengan jerkahan Elin. Dia ini memang juara buat aku jadi gila.
“Nyamuk apa kebendanya? Kau tak ada kerja lain ke? Mengacau je” Mood aku yang berapa nak cantik, nanti minah ni jadi mangsa aku lepaskan geram pulak. Tak ke teranaiya. Nanti bising nak saman aku pulak sebab melakukan ganguan psikologi dekat dia. Elin ini bukannya betul.
Menatang-menatang la dia dari keluarga lawyer habis semua nak naik mahkamah. Silap sikit saman aku tahu semua itu hanya trademark Elin. Itulah dulu mak dia suruh ambik law tak nak nak jugak ambik busniess. Sekarang dah meroyan. Family dia base on lawyer tapi dia pun ada law jugak cuma loyar buruk. Hanya itu yang sesuai dengan dia.
Kerja sebagai eksekutif dekat salah satu syarikat swasta yang terdapat di Bandar Teknologi hijau, Melaka.
“Dari tadi tangan kau melayang-layang dekat udara. Itu pasal aku tegur” sah aku dah mengelamum tahap tak ingat. Sampai merewang-rewang ke udara. Kronik dah aku ini.
“Kau ada problem ke? Bukan tadi ada date ke?” Elin dah mula tekan switch untuk aku cerita.
“Okay stop cerita pasal itu. Aku tak ada mood. Pasal dia la aku jadi separuh gila ini”
“Kenapa? Dia ada perempuan lain ke?” dia itu tak lain tak buka Ashari Qamarul.
“Entah. Entah perempuan entah lelaki “
“Lain macam je bunyi”
Difficult to story-morry la
Something wrong somewhere” Elin dah mula la rasa semacam. Muka dia gambarkan sesuatu. Aku boleh baca. Aku mengeluh. Memang aku perlukan Elin sekarang ini. Minta pendapat dan mungkin juga untuk dengan segala ke tidak puas hati aku.
“Ashari dia…” ayat aku tergantung. Susahnya nak cerita.
“Ashari kenapa? Cuba cerita sampai habis” gesa Elin. Aku tarik nafas.
“Dia….”



You what! “ tutup telinga aku dengar Elin menjerit macam tertelan speaker. Gila kuat selamat aku tak kena serangan titanus. Suara opera betul la makcik ini.
“Aku dah cerita dan aku malas nak cerita balik” membazir aku cerita balik kalau dah si Elin dengar setiap patah kata ku tadi. Bukan tak dengar apa yang aku cerita tadi.
“Serius pelik” ulas Elin. Dia pelik aku berjuta kali pelik. Sampai sekarang aku masih blur. Ia betul-betul atau sekadar gurauan? Ah Ashari dah buat aku gila! Dulu dia buat aku gila dekat dia. Gila cinta sekarang buat aku gila dekat dia jugak, gila marah.
“Tapikan tapikan aku rasa...” ayat tergantung Elin itu aku rasa macam nak tarik lidah dia. Cakap tergantung dan aku benci dengan cara Elin yang suka bikin suspen. Dia boleh jadi pengacara.
“Tapi apa?”
“Awal boleh tahan apa, dia lebih hensem dan bergaya dari Ashari.”
 Tapi Awal itu gay! bentak hati aku. Pasal Awal memang Elin tak tahu. Tak baik bukak aib orangkan, aku pun tahu Awal mungkin ada sebab jadi macam itu. People deserved to change right?
“Yalah. Apa kata kau kahwin dengan Awal. Hilang rasa beban aku”
“Gila kau nak mati. Tunang aku nak campak mana?”
“Apa susah kau campak dekat Port Klang” aku bantai ketawa tengok muka asam keping Elin. Sayang sangat dengan tunang dia. Siapa tak sayang tunangkan. Mereka itu tunggu masa nak kahwin sahaja lain la macam dia tunggu masa nak berpisah. Apa la malang nasib badan.
“Gila kau. Menangis penuh lautan pun aku tak sanggup”
“Bertuah kau sayang dia. Aku ini sayang dia tapi buat macam aku ini orang luar” aku mengeluh. Elin diam. Wajah Elin dah kerut.
“Kau tahu tak hari-hari aku dengan dia cerita pasal masa depan kami. Wedding kami ala-ala koboi. Kau tahukan aku suka koboi” Elin mengangguk. Tangan aku dipegang kemas.
“Rumah idaman kami. Kau tahu baru minggu lepas aku dan dia pilih tarikh nak masuk meminang” terasa panas muka aku. Aku terlalu berharap ke? Sehingga semuanya menjadi hancur berkecai. Dia itu tak lain tak muka ashari. Bekas kekasih aku. Patut ke aku cakap bekas bila dia dah tak nak aku?
“Aku tak rasa Ashari itu jahat sangat. Cuba kau slow talk dengan dia. Mungkin dia ada sebab kot. Kau sendiri cakap ashari tak akan buat kerja bodoh” pujukkan Elin buat aku lega sesaat.
“Betul ke?”
“Kau kenal Ashari lebih lama dari aku. Kau patut lebih paham dia”
“Masalah sejak kebelakangan ini dia susah nak paham. Dia pelik sangat” adu aku. Memang pelik pun. Sebelum dia usul benda tak lojik ini, dia seperti mengelak. Nampak sangat. Bukan aku yang terlebih paranoid tapi jelas tang tang dia macam menjauh. Aku nak fikir apa lagi?
“Entah la aku tak tahu”

3 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

best dek...wat akk tk sabar nk u up n3 seterus nyer dek...suspen yg amat menguja kn dek...cepat2 sanbung yer dek...

baby mio berkata...

BEST...

o-ReN berkata...

cik norihan: cerita simple je...^_^
semoga menepati cite rasa cik norihan...:D

baby mio: terima kasih sudi bace...:D