Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

27 Julai 2013

M-Mini: Suddenly It's Magic ~End~













Epilog~~~

4 tahun berlalu

Kancer perut. Itulah penyakit yang aku alami zaman 4 tahun ke belakang. Tak tahu apa itu kancer perut sila google. Penyakit ini datang zaman aku masih study lagi. Cuma aku senyapkan sahaja dan mendapatkan rawatan sendiri. Alhamdulilah pembedahan untuk kali pertama berjaya dan aku kembali sihat. Ini adalah rahsia aku sendiri. Tiada siapa yang mengetahui. Serangan itu membuatkan aku terima apa yang berlaku tanpa banyak soal dan muka act seperti seorang blur. Sebab aku nak hadam semua yang berlaku dekat keliling secara perlahan.
Ternyata perkara itu membuatkan aku ketinggalan banyak episode terpenting dalam hidup ini. Antaranya kisah cinta aku sendiri. Okay itu memang perkara yang menyedihkan. Ternyata dugaan itu satu perkara yang mematangkan. Ya ke aku matang?
Dalam dua kemudian perkara yang sama ku alami. Peringat ke-2. Perkara itu membuatkan aku terkandas dalam menjuangkan kebahagian aku. Pada mulanya perkara itu membuatkan aku terpaksa melepaskan satu-satu orang yang aku cinta. Itulah baru aku sedar perkara sebenar.
“Sayang kenapa duduk dalam embun ini” langkah dia tak pernah berubah. Dia mengambil tempat disebelah aku. Bahu aku dipeluk perlahan.
“Seronok pulak duduk luar tengok bintang” kepala aku lentokkan pada bahu dia.
“Kenapa tak ajak. Jenuh cari kat dalam tadi” aku tersenyum. Tangan aku dibawa kebibirnya.
“Ingatkan hubby nampak tadi”
“Selamat hubby ada CCTV tentang sayang. Jadi senang nak cari”
“Hubby terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk perkara empat tahun berlalu” tangan Awal sudah merayap pada perut aku. Perut yang beralas gaun santai menjadi pilihan aku. Ada sesuatu didalam perut tersebut. Tanda yang ada hero kami.
“Untuk selamanya Syazwani Farini adalah pilihan.” Terasa hangat dahi aku menjadi mangsa Awal. Ya Awal yang menjadi pilihan. Sentuhan Awal adalah magic dalam kehidupan aku.
“Semuanya berubah dalam sekelip mata umpama magic. Kahwin secara mengejut. Bercinta secara mengejut dan bahagia secara mengejut. Tiba-tiba menjadi magic. Mengubah ala tuju hati pada tempat asal” sungguh. Suddenly it's magic! Itu yang mampu aku ungkapkan. Ada magik dalam setiap sentuhan kehidupan aku. Magic aku adalah doa. Doa yang tak pernah aku lupakan dalam setiap sujud.
Alhamdulilah untuk pembedahan kali kedua tiada masalah yang serius aku alami. Pada mulanya aku dah mula putus asa kerana masalah yang sama berulang kembali. Ada keyakinan Awal dan keluarga yang tak pernah putus membuatkan aku rasa semakin bersemangat.
“Hai ini nak terpengaruh cerita fantasy ke apa?”
“Mana ada. Benda betul. Semuanya berlaku tiba-tiba. Kenal Awal yang gay” aku ketawa perlahan.
“Eh I normal okay. Buktinya ini” perut aku sekali lagi menjadi mangsa sentuhan dia.
“Eleh”
“Apa eleh-eleh. Semuanya sebab sayang jugak. Kecewa. Orang cintakan dia boleh pulak dia bercinta dengan abang. Siapa tak sakit hati. Orang suka dia lebih lama dari abang tahu” Awal merajuk! Sah dah. Tengok muka dia dah berubah mendung.
“Mana la sayang tahu”
“Macam mana nak tahu kalau tuan punya badan loading tak pernah habis” dahi aku dijentik perlahan.
“Dahi bertuah ni” aku jerit perlahan. Mengosok dahi akibat dijentik oleh sang suami. Kata dia itu penawar supaya aku tak loading lagi. Boleh pakai ke petua ini? Entah mazhab mana dia buka tak tau la.
“Nak berkata ayat-ayat manis bukan la Awal Uzairi, nak menzahirkan rasa hati tiada pengertian, nak cakap terang-terang malu dan bila bagi signal orang pulak tak nampak. Sedangkan orang lain perasaan tapi sayang sorang aje yang tak perasaan. Sayang ni alien dari planet mana?” bahu aku dipeluk erat. Alien dia panggil aku. Ini nak buat aku jadi powerpuff girl ni.
“Alien? Cuba la bagi perumpaan lain ke?”
“Kalau bukan alien apa? Hantu?” bahu Awal aku tepuk perlahan. Ini dah melampau.
“Cakap la hantu? Nanti orang jadi hantu betul-betul baru tahu” aku dah tarik muncung. Memang tidak dinafikan Awal Uzairi memang tak pernah nak cakap manis-manis. Titik.
“Baby nanti dah besar jangan jadi macam papa. Kurang makan gula-gula. Kata-kata dia tak manis langsung” aku mengusap perlahan pada alas baju.
“Elok itu baby. Nanti tak kena kencing manis.” Dia inikan memang suka bagi aku kena darah tinggi ke apa?
“Hubby jangan. Nanti orang kena darah tinggi baru tahu” aku dah tahan geram. Sungguh la menguji kesabaran.
“Kalau kena darah tinggi hubby bagi tolak darah itu biar jatuh” lengan dia aku cubit.
“Tak payah nak buat loyar buruk la. Tak layan” aku bangkit dari bangku. Melangkah masuk ke dalam. Tak larat nak layan loyar buruk Awal.
“Sayang” jeritan Awal aku abaikan. Geram betul hati kita.
“Kak Dini!” ijat dah melambai-lambai ke arah aku. Langkah yang perlahan aku cepatkan. Keseronokan berkumpul yang aku tinggalkan tadi kini menarik aku kembali.
“Jangan tinggalkan hubby sama macam dulu lagi” aku tersentak saat lengan sasa Awal memaut pinggang. Muka dia yang keruh itu menarik minat aku. Cerita dulu membuatkan aku sebak.


“Kena dia tak sedar doktor? Doktor cakap benda ni tak teruk?” bunyi jeritan Awal buat aku celik. Celik dalam gelap.
“Memang pembedahan berjaya tapi semangat pesakit tidak kuat untuk melawan”
“Semangat?”
“Ya. Dia seolah-olah tak nak bangkit lagi. Mungkin peristiwa sebelum dia terlantar memberi kesan pada semangat dia”
“Dini kenapa buat saya macam ini? Bangun la” jiwa aku tersirat. Aku pun tak tahu kenapa dengan diri ini.
“Bangun la. Hubby tak kahwin pun dengan Dinda.” Dinda? Hati aku mengeluh perlahan. Saat aku rebah aku dapat merasa kemarahan Awal. Dia cakap dia akan kahwin dengan Dinda kalau itu yang aku mahukan. Sebab itu aku nekad masa aku dah tiba. Tapi kenapa dia tak nak lepaskan aku? Kenapa?
“Tak ada sebab saya nak kahwin dengan orang yang saya tak cinta. Hanya nama sayang yang berada dalam hati ini. Tiada lain. Bangun la”
Dini sakit. Sedangkan perkara ini boleh berulang tak mungkin masa akan datang dia akan menyerang balik. Dini dah putus asa.
“Dini dah tahu hal sebenarkan? Ini mesti abang yang bagikan hikayat Awal itu” jelas kedengaran bunyi Awal ketawa perlahan. Tawa dalam hiba.
“Dini dah tahu rasa hati Awal Uzairi. Boleh tak kalau Awal Uzairi ni nak tahu rasa hati Syazwani Farini?” Awal….



Aku sandar lemah pada kepala katil. Wad aku dah penuh dengan orang kesayangan. Dalam celah mereka wajah yang sering aku rindu dalam lena masih tak muncul. Aku mengeluh perlahan.
“Awal dalam perjalanan.” Umi merapati tubuh aku. Perlahan tubuh aku dipeluk.
“Awal tak pernah tinggalkan Dini” aku mengangguk.
“Dini tahu umi”
“Kenapa Dini tak bagi tahu umi dan babah selama ini. Dini suka buat keputusan sendirikan” pipi aku ditarik kuat oleh umi.
“Dini tak jangka umi. Mungkin semua ini ada hikmah. Umi yang cakap. Setiap yang berlaku dalam hidup ini tak kira pahit atau manis ia tetap ada hikmah.” Kata-kata itulah buat aku menerima semua takdir.
“Tapi cara Dini buat orang keliling Dini risau. Semua boleh bawak bincang” lembut umi bersuara. Suara umi selalu membuatkan hati aku sejuk.
“Dini!” aku berpaling. Wajah Awal yang cemas menyapa. Semua mata tertumpu pada susuk itu. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri aku.
“Dini tak boleh nak lupakan pasal orang lain” pesan umi. Umi bangkit. Bilik yang tadinya meriah kini beransur-ansur sunyi. Mereka seolah-olah member ruang untuk aku dan Awal.
“Sayang” perlahan aku tekup mulut Awal sebaik sahaja dia berada dekat dengan aku. Dia jelas kelihatan tergamang. Aku mengeleng perlahan.
“Jawapan untuk rasa hati Syazwani Farini adalah taken. Dah jadi milik Awal Uzairi.” Muka dia jelas terkejut sebelum menarik aku perlahan ke dalam pelukan.
“Terima kasih. Terima kasih” entah kenapa kali ini terasa air mata keluar. Air mata bersama sejuta kebahagiaan.


Suddenly it's magic?” aku berpaling. Awal dah tarik hardcover dari tangan aku. Dia angkat kening.
“Ini buku hikayat kita pulak. Hikayat Awal dan Dini” terang aku. Kepala dah lentok dekat bahu dia.
“Tak habis-habis dengan magik dia” rungut Awal.
“Biar la. Dady bukan tahu pun magic mamy” kini gelaran kami dah berubah dady dan mamy. Tanda yang kami dah bergerak melangkaui sempadan baru. Menunggu detik-detik terindah yang akan muncul kembali.
“Anak dady nanti jangan jadi macam mamy taw. Suka sangat berangan. Paling penting jangan loading macam mamy taw. Tak sanggup dady nak bagi faham” Awal dah bercakap dengan perut aku.
“Kejamnya dady. Mengungkit” aku tarik selimut dah menyelumbungi tubuh. Terbaring mengadap bertentangan.
“Mamy marah dady ke?” Awal dah goncang bahu aku.
“Ini siapa yang loading siapa ini?” aku bangkit kembali. Ini buat aku tak puas hati ini.
“Sejak mamy mengandung hero dady ini penyakit loading mamy transfer dekat dady la” muka confident habis.
“Apa ini?” tak habis-habis kenakan aku.
“Betul la. Tengok dady dah loading” kecik besar aje mata aku ini.
“Arghhh!” aku menjerit kuat. Lengan Awal aku cengkam kuat.
“Kenapa…kenapa?” Awal dah cuak melihat reaksi aku.
“Mamy nak bersalin dah ke?”
“Belum lagi” aku dah kembali baring. Penat jugak menjerit ini.
“Eh”
“Dah la dady oit. Esok mamy kena bermalam dekat hospital ini. Due bersalin nak sampai ini” esok aku dah kena duduk wad. Hero aku ini nak tunggu masa buli dady dia pulak.
Syukur alhamdulilah. Aku dah boleh merasa kebahagian yang memang menjadi milik aku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih. Sungguh pun penyakit ini menghadkan semua perkara dalam hidup aku dan Allah tidak pernah membiarkan aku kesorangan.
Dulu jangka hayat aku dah ditetapkan oleh doktor tapi alhamdulilah kuasa tuhan itu lebih besar. Aku melepasi tempoh yang ditetapkan dan aku mampu meneruskan hidup.
Hidup ini ada magik tersendiri. Adakala kita tak mampu nak jangkan kehidupan kita. Jangan putus asa dah jangan pernah mengeluh. Hadapi hidup ini dengan warna-warni walaupun jalan yang kita lalui itu gelap.

THE END



~tamat riwayat Suddenly It's Magic….kalau ada kurang sana sini maaf la..ending yang tah apa-apa. Sebenarnya aid memang tak mahir tulis ending…huhu…terima kasih pada yang tak putus2 bagi komen..SANGAT-SANGAT MENGHARGAI. Terima kasih semua…
Aid tahu ending ni macam tak puas..tapi apakan daya..ini sahaja yang termampu..huhuhu.... yang penting happy ending...^_^
Suddenly it magic ini cerita pasal seorang Syazwani farini yang lurus bendul. Suka ikut hati yang tah-apa-apa. Jarang nak ambil kisah pasal keliling. Hati dia lembut tapi suka buat keputusan yang tak bagus….huhuhu…..

Akhir kalam, salam ramadhan….

10 ulasan:

Tia Fatiah berkata...

alaaa ending pendek.. tak puas baca.. huhuu.. takpe2.. tetap suka... ^_^ hepi2 ending.. ngahahah... teruskan menulis cik aidan comelll.. ^_^

o-ReN berkata...

cik tia hanya itu yang mampu..hehe..maaf utk kekurangan..time kasih cik tia...^_^

norihan mohd yusof berkata...

menghibur kn dek...suker sngt ngan pengakhiran yg gembira dn bahgia...best n santai,tk mencedera kn jiwa yg baca nyer...hehehe.tunggu n3 baru dr u dek...

o-ReN berkata...

cik norihan terima kasih sudi singgah. hanya cite suka2...isi masa lapang...insha allah akan cuba yang terbaik...kita pun suka happy ending..^_~

Domi Nisa berkata...

aah betul kata tia fatiah..pendek sgt xsempat nk feel ahaha..apa2 pun terbaek :)

o-ReN berkata...

cik domi hehhe..hanya itu yang termampu...:)
terima ksih....

Tanpa Nama berkata...

yeay dah habis. nice story. jln cerita menarik. bahasa pun boleh tahan. cuma, akak nk komen sikit ye. typo tu kalau boleh check dulu sebelum post. basic grammatical error pun kalau boleh, cuba elakkan. sorry, akk ni grammar nazi sikit.

the truth, selalunya kalau bnyk sgt error, akk mmg tak 'lalu' dah nak baca. but your story has some kind of attraction :)

p/s: tajuk ada salah sket. patutnya "suddenly it's magic"

take care dear.

o-ReN berkata...

akak TN I...hehehe tq2...itulah lah..rasa dah cuba kurangkan typo...huhuhuh...
tq tok komen...
~lari betulkan tajuk...hahaha~ tak sedar pulak...
thankz sangat2 kak TN I...^_^

Tanpa Nama berkata...

salam cik oren....sy br baca suddenly it's magic....best baca cite nie....sy suka sy suka....hehe.... mmg ada daya tarikan tersendiri cite nie.....sy slalu jgk singgah blog cik oren.... antara blog favorite sy.....keep it up!! thumbs up for writer!! :)

o-ReN berkata...

tanpa nama: tq for the support..wah tak sangka ada jugak yg sudi jdikan zone oren tempat lepak...
apa pun terima kasih,,,~_^
hihihihi