Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

15 Julai 2013

M-Mini: Suddenly It's Magic BAB3









Sejak peristiwa dekat cafe aku tak jumpa Awal mahupun Ashari. Dua ekor manusia itu buat aku pening kepala.
“Dini umi kau telefon” terkejut aku dengar jeritan pontianak Elin. Aku yang tengah mengelamun dekat luar tergangu. Perlahan-lahan aku menapak dalam rumah telefon capai.
“Assalamuikum umi”
“Waaikummusalam. Dini umi nak tanya ini. Kamu dah bincang dengan Ashari belum. Ini ma dan abah Ashari dah tanya ini.” yang dia pulak sibuk kenapa? Yang nak kahwin orang dengan Awal. Dia pulak sibuk. Aku geram betul la dengan dia. Sibuk nak desak aku kenapa?
“Fikir baik-baik Dini. Ini masa depan Dini.” bunyi umi mengeluh buat aku terdiam sejenak. Aish susah betul la aku nak fikir sekarang ini.
“Kalau itu yang Ashari nak. Umi setuju la. Dini tak ada masalah.”
“Kamu dah habis fikir ke Dini?”
“Habis itu tak la. Tapi dah puas la jugak”
“Kamu jangan main-main pasal perkara ini” suara umi dihujung telefon dah buat aku mengeluh.
“Orang dah buat keputusan la umi. Terima la. Lagi pun orang memang sayang dekat Awal pun” sayang tapi tak la sampai nak kahwin. Ayat itu aku sambung dalam hati.
Selepas borak dengan umi dekat setengah jam aku baring dekat kerusi fikir macam nak buat. Fikir macam mana nak habaq mai dengan Awal. Nak berdepan dengan amukan Awal.
Entah betul atau salah keputusan aku? Aku bukan boleh percaya sangat. Suka buat keputusan melulu. Dah jadi baru nak menyesal. Ini bukan soal main-main. Kira aku pertaruhkan seluruh hayat aku atas keputusan ini.
Mampu ke aku terima Awal? Boleh ke aku lupakan Ashari? Macam mana aku nak berdepan dengan Awal? Pelbagai soalan dah keluar tanpa jawapan sehingga tak sedar aku dah terlena.



“Dini oh Dini keluar kau sekarang”
“Dini bangun Awal datang mengamuk itu”
“Dini” aku memusingkan badan. Bising betul la aku nak tidur pun tak senang. Belum pun sempat aku nak sambung lena terasa ada orang tarik badan aku untuk bangun.
“Dini baik kau bangun sekarang sebelum aku simbah dengan air panas” dengar sahaja ugutan dari Elin buat aku celik tiba-tiba sebelum aku pejam mata kembali.
“Awal datang mengamuk depan rumah” Awal? Mengamuk? Kenapa pulak? Ting! sebaik sahaja aku dapat proses apa yag berlaku, cepat-cepat terus bangkit keluar. Dari pintu pagar luar aku dapat lihat Awal dah panjat suku pagar. Tak menyabar betul la mamat sekor ini.
“Awal!” jerit aku. Terduduk kejap aku dekat pintu rumah. Sakit kepala aku dah datang. Ini lah masalah aku bila bangun dari tidur secara mengejut. Awal yang tengok aku dalam situasi terduduk sambung panjat pagar dan berlari dekat aku. Aku tak boleh nak larang dah. Selamat dah sampai depan aku.
“Weh Dini kau okay tak ini?” aku pandang Awal.. Terkelip-kelip mata aku kejap.
“Kau baru bangun tidur erk? Bangun mengejut?” aku diam sebelum mengangguk.
“Kau buat aku cuak la nenek” bebel Awal.
“Weh Awal kau panjat pagar rumah aku ke?” suara lantang Elin dah memecah suasana petang itu. Aku yang pening bertambah pening dengan suara Elin.
“Weh diam la. Bising betul la. Siapa suruh kau lambat buka pagar.” omel Awal. Dia dah bangun. Nak bertengkak dengan Elin la itu.
“Ini rumah anak dara. Mana boleh masuk sesuka hati bengong”
“Ada aku kisah. Dah la kau ini bising tahu tak.” aku hanya diam tanpa suara. Kalau tak cakap elok-elok memang tak sah budak berdua ini.
“Dah la weh sakit aku tengok korang ini. Yang kau ini Awal datang macam pencuri kenapa? Tak reti nak buat perangai macam manusia ke?” terdiam Awal kejap. Nampak riak tak puas hati Awal dengan Elin.
“Kau marah aku ke ini?” sah Awal dah jadi budak kecil.
“Eh tak la aku tengah suka ini” ayat sarkastik.
“Aku...aku tak masuk campur” bayang Elin menghilang. Nak lari la itu. Bukan aku tak tahu perangai minah itu. Wajah Awal manjadi tumpuan aku. Susah betul aku nak layan kerenah Awal.
“Eh kau ni dah kenapa?” aku siku lengan Awal. Ini nak touching la. Muka dah monyok.
“Mmm…” sudah!
“Dah-dah tak payah nak buat muka sedih. Kepala aku ini macam nak pecah ini” bebel aku. Awal dah tolong papah aku. Bangku yang berada ditepi rumah dituju.
Cari tempat selesa untuk berbicara. Takkan la nak borak dekat depan pintu rumah. Bersila pulak itu.



“Mak cakap kau terima pinangan abang. Kau gila apa” aku buat muka toya.
“Dah cakapkan nak kahwin dengan kau”
“Jangan nak buat kerja tak lojik.”
“Dah buat keputusan pun. Tak boleh nak tarik balik” Awal tarik rambut dia. Geram la itu.
“Baik kau tarik balik keputusan itu.”
“Tak nak”
“Dini kau jangan nak bagi aku naik hantu”
“Kau nak hantu, aku naik kagum”
“Argh! Tension aku cakap dengan kau ini”
“Senang cerita tak payah cakap. Kau je dari tadi cakap tak berhenti pasal apa”
“Kenapa?”
“Aku rasa tak mungkin nak bercinta lepas ini. Frust weh”
“Masalahnya aku yang kena jadi mangsa”
Weh aku tolong kau apa” bela aku. Aku rasa ada relaven aku kahwin dengan Awal dalam perbincangan ini.
“Aku tak nampak pun yang kau sedang tolong aku.”
“Nak tahu sesuatu tak?”
“Apa?”
“Sabar la aku tak habis cakap lagi ini”
“Yelah-yelah”
“Cuba kau fikir balik. Aku boleh tolong kau selesaikan masalah masa depan kau. Dalam beberapa tahun in mesti mak bising suruh kau kahwin. Nanti bila kau dah kahwin segala masalah kau masa depan pop hilang macam itu je” aku petik jari depan dia. Isyarat masalah dia dah selesai macam itu aje.
“Gila”
“Mungkin aku dah gila” aku ketawa.
“Habis itu kau?”
“Aku kenapa?”
“Boleh ke kau terima aku?”
“Eh grandpa, aku nak kahwin dengan kaukan. Itu makna aku terima kau. Kita bahagia dengan cara kita” Awal mengeluh.
“Aku sayang kau Dini. Aku tak suka kau buat macam ini”
“Aku dah cukup terluka, boleh tak kau teman aku. Teman aku jauh dari semua ini”
“Dini...”
“Tak apalah. Nanti aku cakap dengan umi yang kita tak jadi kahwin. Aku rasa umi mesti paham”
“Oit grandma, aku tak habis cakap ini. Aku setuju. Aku warning kau awal-awal taw. Lepas kita kahwin kau jangan nak merungut dengan aku pulak” aku sengih dengar Awal cakap macam itu. Kita kahwin? Macam best je ayat itu. Hahaha.
Nope tak bising janji” aku angkat ikrar.
“Tak boleh control aku”
“Tak” aku mengeleng tangan masih setia baca ikrar.
“Tak boleh masuk hal peribadi aku”
“Tak akan. Kalau sikit-sikit boleh tak” Awal dah membuntangkan mata dengan aku cakap macam itu.
“Yelah-yelah. Aku ada satu permintaan jugak”
“Apa?”
“Boleh tak sayang aku macam kau sayang pakwe kau?” aku nampak Awal terkedu dengan pemintaan aku. Lambat-lambat dia senyum.
“Bukan setakat sayang, cinta pun boleh” dia ketawa lepas. Main-main la dia ini. Aku serius tahap petala dia boleh gelak.
“Awal” tekan aku. Susah kot golongan gay ini nak bercinta dengan perempuan.
“Ya sayang, aku sayang kau sampai bila-bila” aku tak bergurau la.
“Yes my wife to be, bukan setakat sayang aku bagi. Semua nanti aku bagi. Puas hati” aku mengangguk dengar dia cakap macam itu. Walaupun ia mustahil untuk Awal cintakan aku, aku tak kisah. Janji dia sayang aku sudah.
Yes. Sayang kau” aku menjerit kecil. Gembira. Motif aku kahwin dengan Awal? Mmm tak ada motif cuma aku rasa dia perlu kahwin. Lagi? Ada lagi ke? Mmm lagi aku nak buktikan aku boleh lupakan Ashari kot. Dan aku dah cakap dengan dia aku akan kahwin dengan Awal macam yang dia nak.
Aku tak akan sedih. Lantak dia la nak suka nak cinta dengan siapa. Aku dah naik fed up dengan dia. Pemain perasaan wanita. Selamat aku kenal dia dari kecil. Boleh aku maafkan. Kalau tak aku dah lancarkan serangan balas. Tapi sanggup ke? Sanggup ke nak sentuh walaupun secuit untuk orang yang aku suka. Macam tak sahaja. Kalau aku dah suka seseorang aku tak akan buat dia terluka. Dalam kes aku, aku yang terluka. Ah tak kisah la. Aku dah puas sedih.



~~bersambung

2 ulasan:

elfa berkata...

kahwin jer.

o-ReN berkata...

itulahkan..biar depa kahwin jelah...:D