Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

13 Julai 2013

M-Mini: Suddenly It's Magic BAB2







Bab2



Kau biar betul bang, gila apa. yang bercinta kau dengan dia bukan aku” betul-betul. tengok Awal pun tak nak kahwin dengan aku. Dia pula sesuka hati buat keputusan macam ini. Awal pun berpihak pada aku tahu tak.
“Betul la. Kau ingat abang main-main ke? Tak ada masa abang nak main pasal ini semua.”
“Kau bang, buat keputusan ikut suka kau sahaja. Aku berani kerat jari la yang Dini pun tak setuju dengan rancangan kau ini. Patut la Dini menyombong dengan aku. Kau buat hal gila rupanya” apa boleh buat Awal. aku geram dengan abang kau, kau pun kena tempias. maaf. Siapa suruh kau orang jadi adik beradik. Nasib la.
“Aku buat ini semua untuk dia kebahagian dia juga”
“Kebahagian tengkorak kau. Kebahagian dia adalah kau. Lagi satu kau lupa ke aku ini gay. Memang tak tenteram la hidup Dini kalau kahwin dengan aku.” see? Awal pun dah siap warning Awal yang aku tak akan bahagia dengan dia. abang tak nampak lagi ke? aku hanya mampu mendengar bicara mereka disebalik pintu. ingatkan datang nak settle hal ini. masa yang bagus jugak sebab boleh dengan pendapat Awal. selamat Awal dipihak aku. huhuhu.
“Boleh la Awal? Abang nak terbaik untuk dia” aku dengan Awal mengeluh.
“Terbaik untuk dia adalah kau. aku kenal Dini la weh. dia dengan kita dah kenal dari kecil. aku tahu sangat apa yang dia suka dan tak suka” terharu aku dengar bicara Awal. Awal terima kasih. you are my best friend forever Awal.
“kau tak paham awal. Aku buat semua ini bersebab”
“sebab apa? Baik kau cerita dekat aku bang. Mana tahu aku boleh tolong kau” awal dah memujuk. Aku dah tunjuk thumbs up. Walaupun mereka tak nampak. Awal cayalah. Langkah pertama nak korek rahsia. Serangan psikologi. Jerit hati aku.
“Betul kau nak tolong?” aku Nampak muka ashari bercahaya. Tapi kenapa aku rasa berdebar. Fuh sabar kejap.
“Betul la. Aku tolong”
“Tolong kahwin dengan dini” aku dah keras. Sampai macam itu sekali dia tak nak dekat aku. Sedih! Kepala aku rasa nak meletup. Marah bercampur sedih. Tak sanggup lagi nak dengar apa yang mereka katakana. Ashari bengong.



“Abang apa ini!” suara aku dah Awal dah bergabung. Meja dekat pejabat dia jadi mangsa aku lepaskan geram. Ada ke patut dia hantar rombongan meminang. Bunyi macam tak pelik, yang menjadi pelik rombongan meminang itu bukan dari pihak Ashari tapi Awal. Mana tak bising dia. umi dan babah pun pelik. Dia tahu aku dengan Ashari bercinta. itu pasal dia suruh aku tanya Ashari balik. Walaupun masa meminang dulu dia ada sekali.
“Entah abang, kau gila ke? Tak pasal aku kena soal dengan mak la” Awal turut meluahkan rasa tak puas hati. aku nampak muka bengang tahap gorilla Awal. Awal tengah kawal marah. aku tahu dia mesti nak tumbuk Ashari tapi tak boleh sebab dia hormat Ashari sebagai abang dan orang yang paling dia sayang.
“Abang buat ini semua demi kebaikkan korang”
“Baik la sangat.” sinis aku. Sakit hati aku dengan dia. ini ke pengakhiran cinta kami. Macam buang masa sahaja aku dan Ashari bercinta dalam beberapa tahun kalau akhirnya aku bukan kahwin dengan dia.
“Kau rilex kejap Dini. Biar aku brainwash pakwe kau ini” Awal dah tenangkan aku. nampak dah tahap tak puas hati aku dah sampai peringkat dewa.
“Sekarang kau bagi tahu aku abang. apa yang kau nak sebenarnya. kau tahukan keadaan aku macam mana dengan perempuan. kau masih nak teruskan lagi dengan rancangan gila kau?” aku mengangguk lelaju macam belatuk. sokong Awal. kalau la Awal bukan gay rasa-rasa aku memang dah bercintan dengan Awal. bergaya habis. hahaha. sempat lagi aku melalut.
“Abang memang sayangkan Dini tapi abang nak yang terbaik untuk Dini. terbaik untuk Dini adalah Awal”
Nonsense” Awal dah merengus. Ashari masih setia memang aku. Kenapa dengan dia? Tak ada rasa cinta ke dia pada aku? Sampai boleh buat macam bola, main pas-pas.
“Abang tak cintakan Dini ke?” aku tenang menanti jawapan keramat dari Ashari. aku nak tahu kedudukan aku dalam hati dia.
“Abang...”
“Nampak sangat abang cintakan Dini. ini memang nak cari pasalkan.” Awal-Awal. dia memang dari tadi tak puas hati. kami menanti reaksi Ashari. Lambat-lambat dia membuat satu panggilan. aku dengan Awal memandang antara  satu sama lain. Ashari hanya diam sebaik pamggilan ditamatkan. aku hanya dengan perkataan masuk. Lain-lain aku tak dengar. Masuk apa? Masuk longkang? Masuk duit? Keadaan diam seketika sehingga berlarutan lima minat. Masing-masing menanti tindakan yang patut dibuat
“Abang” terkejut aku dengan kemunculan seorang perempuan dalam pejabat itu. Kami tengah berbincang ini. ada pulak yang menyibuk.
“Mari sayang” sayang? Sayang? TElinga aku dah tak betul ke? perempuan itu datang menghampiri Ashari. dia memeluk pinggang Ashari sebelum mengucup pipi perempuan itu. aku dah tercengang. terjatuh juga rahang aku dan Awal kejap. Drama apa ini? Sejak bila dia orang ada adik perempuan ini.
“Mari abang kenalkan. Inilah sebenar cinta hati abang. Selama ini abang tak pernah cintakan Dini. Abang buat semua ini sebab nak cemburukan dia” aku dah jatuh melurut. selamat Awal sempat sambut tubuh aku.
“Abang apa ini? Agak-agak la. Ingat Dini tak ada perasaan ke?” tempek Awal. Aku dah tak dengar apa-apa dah waktu itu. Tengok Ashari dan perempuan itu mesra dah hancurlah hati aku. dengar Ashari cakap macam itu dah letupkan hati aku dengan bom atom. tangan Awal yang memegang bahu aku ditepis. Awal memandang aku dengan pandangan mata yang aku tak boleh nak tebak. aku sedih.
“Kau kan abang” Awal dah bangun dia meluru kearah Ashari. kolar baju Ashari dicengkam. aku hanya mampu tengok, tengok dan tengok.
Ashari hanya biarkan Awal tumbuk dia. aku tak tahu apa nak buat aku dah blank kejap. Perempuan yang Ashari cakap sayang tadi dah jerit-jerit. Aku tarik nafas.
“Awal dah la itu” tak semangat aku bersuara. Mana nak semangat bila semangat dah terbang melayang.
“Kau okay tak ini Dini” Awal dah pegang bahu aku. Terasa hangat badan dia. Ashari aku pandang. lama! Dia mengosok muka yang lebam kena tubuk dengan Awal. Aku pandang Awal. Riak risau terlukis dimuka dia.
“Awal kita kahwin?”
“Dini? Kau pun dah tak betul macam abang ke?” Awal menyentuh dahi aku. Nak cakap aku tak sihat la itu.
“Awal kita kahwin” sekali lagi aku bersuara.
“Kau tahukan aku macam mana?”
“Kita kahwin” suara aku dah berubah hiba. Tunggu masa nak menangis. Takungan air macam nak pecah. Awal mengosok kepala aku sebelum senyum.
“Dini kahwin dengan Awal” tekad aku wajah Ashari aku pandang dengan seribu satu perasaan. Ah muka dia yang mempunyai pandangan kosong menyakitkan hati. Macam tak kisah aku nak kahwin dengan Awal. Mmmm... Lupa pulak dia memang nak aku kahwin dengan Awal kan jadi tak ada sebab dia perlu kesah.



“Kau biar betul ini nak kahwin dengan aku?” Awal dah mengacau air kegemaran dia dengan straw. Aku dah menjatuhkan kepala atas meja.
“Aku tak tahu” itu sahaja jawapan yang aku boleh aku bagi. Keputusan yang aku buat pagi tadi entah macam apa. Kahwin dengan Awal?
“Kira pagi tadi kau main cakap je la erk?”
“Aku pun tak tahu apa masalah abang itu dia dah gila. Aku kenal abang dia memang sayang kat kau”
“Sayang bukan cinta. Aku ini tak lebih dari seorang adik pada dia”
“Tak. Dia sayang dan cinta kau. Aku tahu itu”
“Dia mainkan perasaan aku” aku dah tahap sebak mata dah panas. aku tak boleh nak angkat muka. Nanti Awal tahu. Aku tak boleh tunjuk keadaan aku ini pada Awal.
“Dah la kau jangan nangis. Nanti aku buat perhitungan dengan abang. Aku pun tak puas hati kalau tak dengar sebab apa dia buat kau macam itu” aku angkat muka. Saat itu aku dah menangis macam budak kena curi aiskrim. Awal yang tengok keadaan aku gelak besar. Itu sebab aku malas nak bagi tahu dia aku nangis. Dia suka gelakkan aku. Hantu betul la!
“Kau kan aku tengah sedih gelakkan aku kenapa?” aku baling straw dekat Awal tak cukup dengan itu limau yang terdapat dalam gelas aku capai dan baling dekat dia. geram seh!
“Macam ikan haruan la bila kau nangis” dia samakan aku dengan ikan haruan? Ikan haruan? Gila rabun dia ini. Dia pernah tengok ke ikan haruan itu?
“Dini, aku tak suka tengok kau sedih” aku terdiam dengan kata- kata Awal. Dia memang sahabat yang memahami.
“Aku sayangkan kau jugak” aku senyum mendengar bicara aku sendiri. Memang aku sayang Awal berjuta kali.
“Jadi aku tak nak kau buat keputusan yang kau sendirin akan terluka. Aku nak yang terbaik untuk kau” Awal suka buat aku terharu la. Aish ni tak pasal aku nak touching balik. Huhuhu.
“Kalau kau tak nak aku gelakkan kau baik kau jangan nangis” aku tahan air mata bila Awal cakap itu macam itu. tisu dekat tangan dia aku capai.
“Awal, aku rasa nak kahwin dengan kau la” aku pandang Awal sebelum giliran Awal baling straw dekat aku. aku hanya ketawa.
“Kau jangan nak jadi gila macam Ashari” marah Awal. Dia dah tarik muka dengan aku. tapi serius aku rasa nak kahwin dengan dia sekarang.
“Malas aku nak layan kau. aku balik la macam ini” melihat Awal yang dah angkat punggung buat aku gelabah. Cepat-cepat aku tarik Awal.
“Apa?”
“Bayarkan la dulu. Aku tak bawak purse ini.” aku dengar Awal merengus sebelum dia berlalu ke kaunter pembayaran. Hehehe aku memang tak bawa purse pun. Semuanya sebab Awal tarik aku dari rumah dengan tiba-tiba.


~~~~bersambung~~~

5 ulasan:

baby mio berkata...

BEST...

nurul nuqman berkata...

sayangku aid,cite ni best,nanti dah sambung tag kat akk k :)

norihan mohd yusof berkata...

nape yerk ashari reject dini cam tuh,akk rase cam bersebab jer dek...cepat sambung yer...tp kalu awal bkn gay,sweet gak awal ngan dini...hehe

Tanpa Nama berkata...

Bcinta bgai nk rak tp nk kne khwn dng org
lain..sape2 duk situasi gitu emang bengang la..mybe ashari ada sbb srh awal khwn dng dini
ara.

o-ReN berkata...

baby mio: mekasih...:D
nurul nuqman: orait..besa2....:)
norihan: sedihkan....ish alangkn best kalau awal normal..huhuhu
Ara: rasa macam frust menongeng je bila ada kat situasi macam ni..huhhu..

pepe pun time kasih semua...:D