Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

19 Julai 2013

M-mini: Suddenly It's Magic bab 7







Bab7



Aku hanya pandang umi yang masih setia berleter. Reaksi yang aku mampu aku beri adalah senyum. Tanda yang aku sedang mendengar. Hakikatnya, aku tak dengar pun apa yang umi cakap sebab dalam telinga tersumbat earphone. Tuala atas kepala jadi alas aku, bagi umi tak perasaan.
“Eh” terkejut aku bila umi datang dekat dan tarik tuala aku. Terbeliak mata umi bila tengok earphone yang cantik bergayut ditElinga aku.
Peace” aku tunjuk simbol V, earphone dah kena tarik. Bersiap sedia la.
“Dini!” keras suara umi.
“Dari semalam lagi orang dengar umi cakap benda yang sama” bela aku.
“Ini namanya pertua rumahtangga. Ilmu ini penting untuk bina keluarga bahagia” umi dah buat marthon ucapan sekali lagi.
“Umi jangan risau, umi tunggu cucu dari Dini” aku berpaling. Siapa pulak yang sebut pasal cucu ini. Ish tang inilah yang aku kurang berkenan.
“Yah! Encik Shaz jangan nak menyampuk bila orang perempuan berbual” aku jeling Encik Shaz a.k.a abang aku. Dia ini kaki buli nombor pertama dalam dunia. Mangsa utama dia aku.
“Woi dik, kau langkah bendul. Aku tak kira aku nak sebe satu” aku mencebik. Abang dah duduk sebelah aku. Umi sambung membetulkan letak hantaran.
“Aku pulak yang kena. Kau bila nak bawa Kak Zita jumpa umi dan babah” sebaik sahaja aku bersuara. Shaz datang dekat aku. Mulut aku ditekup.
“Zita?” alamak terlepas cakap. Aku buat muka simpati. Sorry bro. Aku terlepas cakap
“Tak ada siapa-siapa umi. Ini hah adik suka betul kenakan Shaz. Entah siapa la dia cakap tadi” aku angguk lelaju. Mulut masih kena tekup.
“Kalau tak ada apa yang pergi tekup mulut Dini macam nak bunuh dia kenapa?” umi dah datang dekat kami. Bagaikan tersedar Shaz melepaskan tangan dia. Dia sengih kejap.
“Orang saja nak tutup mulut Dini yang busuk ini”
“Abang kau...!” Shaz tunjuk isyarat diam dengan mata. Aku tahu itu.
“Baik cakap betul-betul dengan umi Shaz. Umi tak suka anak umi menipu umi” aku gelak dalam hati. Kan dah kena. Silap orang la nak menipu. Umi kot.
“Betul umi. Tak ada apa-apa pun” Shaz cuba yakinkan umi. Aku gelak bila tengok umi buat muka gengstar. Siapa cakap umi aku ini lembut dan sopan santun. Nampak je jenis yang penyanyang tapi bila keluar aura gengstar confirm Rahim Golok letak jawatan. Hahaha.
“Ala umi Zita tu makwa abang” aku bangkit dan berlari belakang umi. Cari pelindungan.
“Dini!” aku buat muka tak tahu belakang umi.
“Makwe?”
“Umi jangan dengar cakap Dini itu. Dia suka bergurau.”
“Bergurau apa pulak kalau dah tiap-tiap hati makan bersuap” saja aku nak tambahkan rasa anggur dalam cerita Shaz. Selalu dia buli aku kali ini aku buli dia pulak. Aku dah lepas sekarang Shaz pulak. Sampai bila nak bercinta gaya romeo dan juliet memanjang.
“Shaz”
“Dini panggil babah” umi dah keluarkan arahan mandatori. Aku jelir dekat Shaz. Dia dah tunjukkan penumbuk. Geram rahsia keramat dah terbongkar la itu. Hahahha. Ada aku kisah. Memang patut pun abang kahwin, dia dah samapai seru. Dari aku ini seru tak sampai tapi masalah yang sampai. Elok la dia dan Zita itu kahwin dari duduk berkepit. Abang itu yang takut sangat nak beritahu umi dan babah. Oleh sebab itu, aku sebagai adik yang baik kena la tolong abangkan? Tak gitu.


Aku tengok umi dan babah toce (lecture) Shaz. Aku dekat belakang ketawa. Ai bilik aku jadi tempat perbincangan. Babah cakap nak masuk meminang Kak Zita terus. Umi pun sokong. Muka Shaz dah merah padam. Dia sebenarnya malu nak bawa Kak Zita jumpa umi. Maklum la crush sekolah dulu. Itu pun nak malu, aku pun tak tahu la.
“Dini pun. Lepas ini bila jadi isteri jangan buat perangai tak semegah. Umi tahu la Awal itu suka betul ikut kata kamu” terkejut aku tiba-tiba nama aku naik.
“Eh bukan kita tengah bicara pasal kes abang ke? Kenapa nama Dini naik pulak ini?” soal aku blur.
“Kamu dengan Shaz sama. Suka berahsia dari umi dan babah” ini dah masuk topik apa ini?
“Mana ada.”
“Lepas ini Dini jangan melawan cakap suami” babah dah bersuara. Toing toing. Aku kena naik court pulak ke? Sekarang bukan bincang pasal kes abang ke?
“Babah tahu sebelum ini kamu dan Ashari yang bercinta.” tersentak aku. Ten point to babah.
“Tak kira siapa pun yang kamu cinta. Suami tetap nombor satu. Jangan melawan cakap suami. Babah doakan yang terbaik untuk anak babah” bahu aku babah dah peluk. Terasa kepala aku kena cium. Babah…
“Babah...” umi hanya tersenyum. Shaz jelir lidah.
“Tak nak kahwin la. Nanti dah tak dapat nak rasa babah peluk” gurau aku.
“Gedik” cemuh Shaz.
“Biar la dengki”
“Tak ada sebab la” aku nampak Shaz dah bangun dan peluk umi dari belakang.
“Eeee... meluat la tengok abang”
“Abang lagi meluat tengok dini”
“Dini meluat”
“Abang lagi lagi meluat”



Tangan aku di belek-belek. Inai la pulak. Terasa perut dah bunyi.
“Mak Uda lapar” aku tunjuk muka kesian dekat Mak Uda. Mak Uda sibuk menyediakan makanan untuk tengah hari rumah aku dah penuh dengan sedara-sepapat semua. Semua dah turun.
“Pergi la makan”
“Nak suap”
“Amboi Dini, nak kahwin pun perangai macam budak kecik ke?” Mak Teh dah bersuara. Aku tarik muncung.
“Bila lagi nak manja-manja dengan mak cik-makcik. Lepas ini kena bermanja dengan suami pulak” aku tarik sengih.
“Ini Mak Teh nak bagi tips layan suami” Mak Teh dah pandang aku semacam. Mak Uda ketawa kecil.
“Orang tak nak dengar. Umi dah bukak kitab 42 juzuk. Mak Uda dah bukak empat kitab sahih. Takkan Mak Teh nak bukak kitab lagi.” fuh tak sangka ramai betul makcik-makcik aku yang suka baca kitab ini semua. Aish tak boleh jadi ini.
“Sekarang turn Mak Teh la. Mak Teh pun nak bukak kitab jugak”
“Orang tak nak dengar. Orang nak makan, perut dah berbunyi” rengek aku. Susah la kalau semua nak cerita. Perut bukan leh kenyang pun dengan makan cerita.
“Ini la orang muda zaman sekarang. Macam mana la nak bahagia. Ilmu rumah tangga tak cukup. Pasal itulah ramai yang kahwin cerai.”
“Mak Teh apa ini. Doakan orang cerai pulak. Kahwin pun belum la” rungut aku. Ada pulak cakap macam itu.
“Mak Teh tak cakap kamu.”
“Sama la. Orangkan masih muda” aku dah berdiri sebelah Mak Uda. Bau aroma tumis menusuk hidung.
“Itulah kamu. Mak Teh cakap sikit dah lari topik” aku sengih tengok Mak Teh yang dah muncul aura merajuk.
“Alololo. Mak Teh orang dah merajuk la” aku dekatkan pipi dengan pipi Mak Teh.
“Dah la. Pergi sana. Yelah Mak Teh cakap bukan nak dengar pun” sah Mak Teh dah merajuk.
“Jangan la merajuk Mak Teh. Nanti siapa pulak yang nak belanja Dini bila Dini pergi Penang” Mak Teh orang Penang. Memang aku suka lepak rumah Mak Teh kalau ada cuti panjang. Sebab Mak Teh suka bawa aku jalan-jalan dan sekali gus belanja aku shoping.
“Oh baik dengan Mak Teh sebab nak suruh Mak Teh belanja rupanya”
“Budak Dini itu tak ada makna nak duduk rumah kita kalau tak ada sebab” haila haila. Mak Uda pun join sekali ke?
“Ish tak baik taw, cakap orang macam itu. Orang la anak sedara kesayangan Mak Uda dan Mak Teh. Nanti tak ada orang siapa nak teman Mak Uda dan Mak Teh shoping” aku tinjau kuali kawah. Mana tahu rendang ayam tengah hari ini dah masak. Perut dah tak boleh sabar ini.
“Ish itu yang diingatnya” Mak Uda dah buat muka. Aku ekor belakang Mak Uda sebaik sahaja melihat tanda-tanda rendang ayam nak masak.
“Itulah Mak Teh suruh kahwin dengan Abang Zul tak nak.” Mak Teh masih tak puas hati. Abang Zul itu anak Mak Teh yang nombor tiga. Aku rapat jugak la dengan Abang Zul. Itu pasal Mak Teh nak aku jadi menantu dia. Susah betul bila dah lawa ini. Jadi rebut betul. Hahahaha.
“Mak Teh orang dengan Abang Zul dah macam adik beradik dah. Abang Zul pun dah ada calon sendiri” bela aku. Ish tak mahu aku jadi orang ketiga.
“Calon?”
“Budak Kedah itu ke?” Mak Uda dah bersuara meminta kepastian. Dulu Abang Zul pernah tersesat datang sini bawa makwe dia. Pasal itu aku tahu. Aku kan kaki kepoh.
“Apasal aku tak tahu ini” Mak Teh dah keluar aura tak puasa hati.
“Zul cakap itu kawan dia. Kebetulan ada projek dekat-dekat sini itu pasai depa singgah. Lawa budak itu. Baik pun baik” Mak Uda dah bukak story. Elok jugak itu. Mak Uda tahu aku tak selesa bila bukak topik Abang Zul. Dari dulu lagi dia memang suruh aku jadi menantu dia. Aku bukan apa, bila dengan Abang Zul tak ada feel. Rasa macam adik-adik je. Aku hanya mengucapa terima kasih dengan isyarat mulut. Mak Uda hanya senyum. Thank Mak Uda.
“Aku tak kira. Dini dah kahwin lepas ini aku nak paksa Zul pulak” bersemangat Mak Teh.
“Apa lagi Mak Teh, masuk je meminang anak dara-anak dara yang ada dekat kampung ini. Kasi getar kepala lutut Abang Zul. Time tu gerenti Abang Zul datang menyembah bawa calon menantu untuk Mak Teh” hasut aku. Mak Uda dah ketawa. Mak Teh terlebih risau pasal jodoh anak-anak dia. Aku pun tak tahu apa yang menyebabkan Mak Teh takut sangat. Tahu dekat Abang Zul aku menghasut Mak Teh memang tak selamat la aku.
“Itulah Mak Teh nak paksa Abang Zul kau itu. Mak Teh dengar lepas majlis kau Abang Shaz pulak.” jadi juga abang aku kahwin. Lepas kena briefing dengan umi dan babah Shaz terus mengamuk cari aku. Ini pun aku tengah larikan diri dari Shaz.
“Abang Shaz itu takut sangat yang makwe dia tak nak kahwin dengan dia” adu aku.
“Mak Uda lebih suka kalau anak-anak Mak Uda kahwin awal dari duduk berkawan sampai mesra sangat” aku angguk. Tangan aku tilik. Bila inai aku ini nak kering. Nak makan ini.
“Tapi jodoh anak-anak biar la mereka tentukan. Nanti tak berkenan kita pulak yang disalahkan.”
“Nanti kalau biar mereka buat pilihan nanti tak pasal dapat yang tak berkenan” Inilah Mak Teh yang aku kenal. Keputusan dia mesti kena ikut. Tak boleh bangkang. Mak Teh memang keras kepala. Mak Uda diam. Malas nak sampuk sangat.
“Dini oh Dini” terkejut aku dengar suara garau. Sah Abang Shaz tak putus asa cari aku. Tanpa berlengah aku terus cabut lari. Lari dari Abang Shaz aku menyorok dalam bilik Kak Achik. Masuk sahaja bilik Kak Achik mereka semua tengah pakai inai. Dengan aku, aku sekali kena tarik. Ingat nak pakai malam nanti, waktu tidur. Senang dan time itu tiada benda yang aku buat. Macam sekarang aku dah tak boleh nak makan. Tangan berbungkus dengan inai. Perut dah berdengang sayang.
“Ada nampak Dini tak Mak Teh, Mak Uda?” sayup-sayup aku dengar suara Abang Shaz.



Aku mengeluh perlahan. Duduk diam-diam belakang pokok mangga. Menyorok dari abang. Selamat babah dan abah ada bina pangkin merangka pondok untuk beriadah. Boleh la aku bercekerama dekat sini.
“Lapar”
“Lapar?” bunyi suara orang menyampuk masa aku bercekerama dengan diri sendiri buat aku geram.
“Nak ke?” aku berpaling. Tengok Awal tengah enak makan bihun goreng sambil bersandar dekat pokok mangga.
“Tak senonoh makan sambil berdiri”
“Macam la tak pernah buat” perli dia. Dia tolak aku.
“Tepi la sikit. Buntut besar”
“Semak la” marah aku. Tapi masih bagi ruang dekat dia. Bau bihun goreng cukup buat perut aku berdrum rock.
“Nak ke?”
“Ini soalan paling bengong aku pernah dengar. Nak la. Kau tak dengar ke perut aku duduk berkocok ini” sinis aku.
“Amboi mulut. Tak reti cakap elok-elok ke?” marah Awal.
“Lapar” aku buat suara kesian.
“Nah” pinggang disuakan. Aku angkat tangan. Tunjuk inai dekat tangan.
“Patut la. Kalau tak cepat sahaja kau sambar makanan aku” Awal suakan sudu dimulut aku. Tanpa berlengah aku terus ngap.
“Berapa jam tak makan ini?” aku tunjuk tapak tangan. Lima jam. Dia masih setia suap aku.
“Awal pulak pakai inai”
“Moon dengan Kak Achik paksa pakai awal”
“Bila boleh tanggal ini?”
“Tunggu inai kering and merah” cakap-cakap jugak. Tangan Awal tak berhenti suap aku makan. Dari satu ke satu suap. Sampai licin la juga pinggan Awal.
“Cepat sangat pakai. Itu sebab tak dapat makan” bebel Awal. Pinggan dah diletakkan dekat tepi.
“Oh dekat sini kau menyorok ya Dini” terkejut aku dengar suara Abang Shaz dekat belakang. Aku bangkit. Siap sedia nak lari. Abang Shaz dah berjalan perlahan menghampiri aku.
“Awal tolong” aku tengok Awal dah blur. Dia tak tahu apa yang berlaku.
“Kau jangan masuk campur awal. Ini masalah aku dengan Dini” Abang Shaz dah bagi amaran.
“Awal, awal, awal...” panggil aku cepat-cepat. Sebaik sahaja awal bangkit aku dah berlari belakang awal. Abang berjalan perlahan untuk dapatkan aku.
“Kenapa ini?” soal Awal. Dia mendepakan tangan bagi menghalang Abang Shaz dapatkan aku. Sayang Awal. Dia tetap nak lindungi aku dari kena baham raksasa Shaz, walaupun tak tahu apa yang berlaku.
“Kau nak tahu tak budak belakang kau ini dah khianat aku” aku mencebik. Over okay! Khianat konon. Pigidah!
“Mengada la. Aku beritahu umi dan babah yang Abang Shaz dah ada makwe. Itu sahaja” bela aku. Bukan salah pun. Tak masuk dalam undang-undang pun.
“Pasal ini ke?” soal Awal tak percaya.
“Yelah. Tak pasal aku kena ceramah. Kami tak sedia nak kahwin lagi la” Ayoyo Abang Shaz dah macam budak kecil. Dia mengacah-ngacah Awal untuk dapatkan aku. Aku masih setia berlindung belakang Awal. Sekali tengok dah macam main ibu ayam dan musang. Bezanya aku tak pegang baju Awal. Tangan penuh inai kot.
“Shaz umur kau itu dah lanjut. Bukan pergi perang pun. Kahwin je kot.”
“Kau cakap senang la kau itu memang dari dulu nak kahwin dengan Dini. Itu sebab kau tak bangkang” ini sorang lagi menipu. Awal tak nak pun kahwin dengan aku. Aku yang paksa dia okay!
“Kau ingat aku nak ke kahwin dengan minah ini” tengok Awal pun dah bersuara.
“Korang tak paham apa yang aku rasa” aku dan Awal tukar pandang sebelum menjungkit bahu.
“Kau bela la sangat Dini itu.” Abang Shaz dah berpaling dan tinggalkan aku dan Awal.
“Apa kena dengan abang kau itu?” kelibat Abang Shaz yang semakin menghilang mencuri tumpuan aku.
“Aku pun tak tahu. Mental kot” Awal dah berdiri belakang aku. Dia tunduk sedikit sebelum betulkan tudung aku.
“Senget dah tudung kau. Satu perkara yang perlu kau tahu. Biar apa pun yang terjadi aku tak pernah menyesal kena kahwin dengan kau” Awal menghadiahkan aku satu senyuman yang ikhlas sebelum pergi tinggalkan aku. Dia mengangkat tangan melampai tanpa menoleh. Kenapa aku rasa kaku kejap.
“Asal pulak itu? Pelik-pelik orang lelaki hari ini” omel aku sendirian.



~bersambung~~

6 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

cam ade pape jer...ape yg diperkata kn abg dini...betul kot cam shaz cakap awal mmg rela jer nk kawin ngan dini...makin suspen nih...awal siap ngaku lg tuh...

o-ReN berkata...

ciknorihan agak2 awal itu ada duo personaliti kot...act lain cakap lain..ish3....^_~

yoo zara berkata...

ntah2 mmg betol abg dini ckp
mmg awal suke dini dr dlu
tp sbb abg die si ash'ari tu die ngalah then wat2 ngaku die gay ..
padahal hakikat lurus jek si awal neh ...

speku ja ^.^ jgn mare

nursya berkata...

Sokong pdpt yoo zaa...
Hihuhu...

Tia Fatiah berkata...

huaaaa.. macam2 prediction muncul.. nguahahaha....

o-ReN berkata...

heheh..tak marah pun cik yoo zaa..
jom2 kita bt marathon cepat2..t kita tgk jawapan sebenar dia..heeheh