Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

16 Julai 2013

M-mini: Suddenly It's Magic Bab 6








Bab6



Umi dan babah dah bising. Sehari suntuk aku kena lecture. Semua gara-gara aku bertekak dengan Awal pasal pelamin. Masih setia bergaduh pasal benda ini sejak kali pertama pilih tema. Minggu ini aku balik untuk tengok progress majlis aku. Ada lagi seminggu tempoh aku menjadi bebas. Lepas ini ada tanggungjawap yang perlu aku pikul.
“Awal datang tak?” aku buat muka toya. Soalan dari Ijat aku buat tak dengan. Adik aku ini memang rapat dengan Awal. Balik-balik Awal, cuba la tanya aku ke? Sejuk juga hati aku. Mana tahu terbuka nak bagi elaun lebih dekat dekat dia.
“Kak” Ijat dah merengek dekat aku.
“Pergi main jauh-jauh la” aku tolak tubuh Ijat menjauh.
“Akak ni. Pasal tema pun bising. Bukan akak minat gila warna biru ke?”
“Bila masa? Akak suka merah la”
“Kak oit menipu itu berdosa. Bilik hang ini warna biru tak ingat sebab hang gila warna biru. Merah konon”
“Itu akak saja je. Nak pilih merah takut bilik akak panas.”
“Nak memongak pun agak-agak la. Orang ini dah 15 tahun hidup dengan akak la” eleh over.
“Dah la pergi main jauh- jauh. Akak malas nak layan kau ini” baik aku halau dia dulu. Sat lagi dia bukak kitab jasa dan pergorbanan jenuh aku nak memdengar. Perangai mana makcik-makcik. Suka sangat berleter tak tentu pasal. Kadang-kadang itu aku naik jenuh nak dengan dia dengan umi bergosip. Kalah makcik radio taman. Ya ke aku suka biru? Aku pun tak tahu nak jawap soalan itu.
“Oit makcik” terkejut aku dengar orang sergah. Aku yang syok mengelamun tersentak. Aku tengok Awal dengan slamba panjat tingkap bilik aku. Cantik je dia mendarat depan tingkap.
“Pakcik kau tak reti nak masuk ikut pintu ke? Buat penat babah pasang pintu mahal-mahal”
“Tak mencabar la masuk ikut pintu. Senang sangat”
“Suka hati la. Lagi pun dalam bilik aku ini mana ada pintukan?”
“Weh aku nak tanya ini”
“Apa?”
“Soalan ini memang mutamad tahap kronik”
“Okay aku dah cuak” aku kawal riak muka. Malas nak tunjuk yang aku cuak tahap petala ke lapan.
“Serius kau nak kahwin dengan aku ni? Mutamad? Tak menyesal? Nanti bila aku dah akad nanti tak ada u-turn”
“Menyesal? Mungkin menyesal yang aku tak leh ada anak. Itulah kot yang lain-lain tak la. Aku pun tak suka buat u-turn bila dah buat keputusan” Awal yang duduk tepi katil aku tolak. Baru kemas katil dia dah kusutkan. Memang menyusahkan.
“Anak?”
“Yap anak. Anak kucing, kau kan tak suka kucing. Aku lak pencinta kucing”
“Oh..Ingatkan apa la tadi” ada riak kepuasaan dimukanya.
“Kau ingat apa? Aku tak paham” aku dengar dia sebut ingat. Seterusnya aku tak dengar. Perlahan sangat dia cakap.
“Tak ada apa-apa”
“Pergi balik la. Semak la. Dah la aku baru kemas katil. Kau memang sukakan”
“Memang pun.” ayat perli aku itu. Itu pun tak faham lagi.
“Dini...”
“Mmm....” aku berdiri tepi tingkap. Kuat pulak angin hari ini. Angin hujan ini.
“Nanti kau kahwin dengan aku kau akan jumpa abang setiap hari.”
“Tahu”
“Kau masih cinta dia?”
“Lima tahun couple nak hilangkan rasa cinta dalam masa beberapa bulan itu susah jugak” aku berpaling mengadap Awal. Dia mengangguk tanda faham.
“Aku benarkan kau cintakan abang lepas kita kahwin. Asalkan kau bahagia.”
“Entah la. Aku pun tak tahu bahagia ke cintakan dia, sedangkan dia tak cintakan aku”
“Aku boleh paksa abang kahwin dengan kau” aku gigit bibir. Menghampiri Awal dan tuk! Kepala dia aku ketuk.
“Idea yang senget. Tak nak la aku kahwin paksa. Baik kahwin dengan kau. Kau relakan?”
“Macam terpaksa la”
“Baik kau cakap rela” kolar baju dia aku tarik. Ugutan ini. Bagai tersedar kolar baju itu aku lepaskan. Dini behave! Kata nak jadi muslimah yang baik
“Hahahahaha... aku rela dalam terpaksa” dia ketawa. Senyuman terukir dari bibir kami. Rindu nak gurau macam ini.
“Semalam aku cakap dengan abang” dia dah mula buat mood.
“Dia tak nak beritahu hal sebenar” aku dengar Awal mengeluh. Awal, Awal aku tak gaduh dia pulak yang over.
“Biar la. Aku dah malas nak fikir.”
“Aku tak suka sebab dia dah buat kau menangis dan terluka. Aku tak suka” aku diam.
“Kau buat aku terharu” bahu dia aku tolak perlahan.



“Dini” suara itu. Langkah aku mati. Hanya kaku di situ. Sikit pun aku tak berpaling.
“Dini...” mata aku pejam. Kenapa?
“Dini...” suara itu seperti merayu. Aku masih keraskan badan. Tak nak berpaling. Hati tak bergerak seiringin dengan perbuatan. Aku berpaling. Melihat wajah dia tersenyum hambar. Kenapa? Bukan dia ke yang meminta perpisahaan ini dan mendorong dia melangkah setapak kehadapan.
“Lusa Dini dah jadi milik orang” cara dia cakap macam kecewa. Apa ini?
“Semoga berbahagia. Abang doakan Dini bahagia dengan Awal sehingga akhir hayat. abang doakan” ucapnya sayu.
“Dini tetap adik abang, dahulu kini dan selamanya”
“Adik? Hmmm...” aku senyum terpaksa.
“Tak kira apa pun status Dini abang tetap sayangkan Dini” aku diam. Aku dah berpaling semula. Tak sanggup nak pandang wajah dia. Ashari, awak kejam. Awak dera perasaan saya. Aku menahan air mata. Terasa tubir mata dah semakin panas dan berat.
“Dini cantik pakai tudung” aku dah tak sanggup dengar suara dia. Lantas, langkah diatur. Habis berantakan emosi aku. Aku kesat air mata yang laju turun sehingga tak sedar aku terlanggar seseorang. Aku mendongak. Awal!
“Pernah tengok ahli sihir mengamuk tak?” aku mengeleng. Suka tanya soalan yang pelik-pelik. Aku tengah menangis ini pakcik oit. Tak nak pujuk ke?
“Muka kau ini sama dengan ahli sihir bila nangis” bidasnya. Aku pandang Awal tajam. Tangan dia teragak-agak untuk menyentuh muka aku. Dulu dia selalu mengusir air mata aku. Sejak aku bertudung dia menjaga segala batas. Kami tak bebas bersentuhan seperti dulu.
“Awal nak peluk” tangis aku. Air mata dah surut. Cuma buat masa sekarang teringin nak dengar Awal pujuk aku. Pelik aku langsung lupa pasal Ashari bila Awal ada depan. Dia ada aura untuk buat aku kembali senyum.
“Kalau dulu aku boleh je peluk kau bila kau nangis. Sekarang tak boleh. Kena jaga pergaulan. Kalau kau rasa nak peluk jugak peluk tiang sana” ujar Awal polos. Muka dia tak payah cakap la gelabah habis.
“Nak peluk kau bukan tiang”
“Kau jangan la buat perangai” dia dah mengaru kepala.
“Awal...”
“Macam ini, kau simpan dulu peluk kau. Lepas akad nikad lusa ni kau boleh peluk aku puas-puas” ujar Awal bersungguh. Awal yang bercakap tanpa sedar ini kadang-kadang agak comel sahaja.
“Awal...”
“Apa?” aku datang dekat . Tangan didepakan.
“Apa kau nak buat ini. Aku dah cakapkan tunggu lepas nikah” dia dah berundur ke belakang. Aku tahan senyum.
“Awal....” suara aku mendayukan. Senyuman nakal aku tayangkan.
“Tidak!” Awal dah beranjak. Sebelum pecut berlari.
“Oit jangan la lari” aku mengejar Awal yang lari ke dalam rumah dia. Tawa sudah menjadi latar belakang. Setiba di depan pintu rumah kelurga Awal, Ashari berdiri di muka pintu. Aku buat tak nampak. Sebelum berlari mendapatkan Awal.
“Awal weh kau menyorok dekat mana itu.” tertinjau-tinjau bilik Awal tapi hampa. Mana pulak dia lari ini. Aku bukan nak peluk dia pun hanya nak bagi ajak dia teman aku jumpa seseorang. Seseorang yang lebih kurang bermakna dalam hidup aku juga.
Stick note atas meja Awal aku capai. Nota ringkas untuk Awal ditinggalkan sebelum berlalu.



“Apa kau buat dengan Dini tadi?”
“Abang hanya ucap tahniah”
“Suka la kau kan bang buat dia nangis. Ialah siapa la Dini kan lepas kau jumpa orang baru”
“Aku tak niat. Aku buat semua ini untuk kau dan dia jugak” aku bersandar dibelakang pintu dapur. Mendengar baik kata yang mereka gaduhkan. Dia tak pernah jemu nak mempertahankan aku.
“Aku tak nak dekat dia lagi kalau kau hanya nak buat dia nangis”
“Abang tak pernah salah membuat keputusan”
“Salah? Kau salah bang. Keputusan kau salah.” bangkang Awal keras.
“Aku tahu Awal. Aku tahu semuanya” tak sanggup nak dengar lagi penolakann Ashari, rumah itu aku tinggalkan. Agak-agak berapa kali la Awal sudah mempertahankan aku tanpa jemu.
“Eh Dini datang jumpa Awal ke?” baru sampai pintu luar, abah Taha sudah pun menegur.
“Ha'ah. Main kejar-kejar dengan Awal tadi” seloroh aku.
“Mari la duduk dengan abah. Dah lama tak borak dengan Dini” aku duduk sebelah abah diberanda luar. Lama tak borak dengan abah. Kalau balik kampung pun selalu lepak dengan ma. Sebab ma dan umi selalu bersama.
“Abah tak sedap rasa” tak sedap rasa? Abah dah mengeluarkan bekas rokok daun. Dah puas aku nasihatkan abah tapi haram nak dengar cakap aku.
“Kenapa bah?”
“Abah harap siapa pun pilihan dan pasangan Dini. Dini, abah doakan kebahagian Dini. Dini tetap anak abah” aish abah ini masuk mood touching ke? Ini baru abah belum babah, umi dan ma.
“In sha allah bah. Dini pun doakan yang terbaik”
“Terkejut abah bila Ashari nak masuk meminang Dini. Abah pun tak sangka. Tapi abah dan ma lagi terkejut bila Ashari cakap nak pinangkan untuk Awal.”
“Dini tak tahu apa salah Dini.” perlahan aku bersuara. Keputusan pun dah buat. Bak kat aku dekat Awal no u-turn.
“Mungkin Ashari ada sebab tersendiri. Abah kenal anak abah yang sorang itu” mungkin Ashari nak aku cover rahsia Awal kot. Kata itu aku sambung dalam hati. Dia jadikan aku kambing hitam ke?
“Kamu ada buat komplot yang abah tak tahu ke?” aku tersentak. Komplot apa pulak bah. Anak abah itu curang dengan Dini ini. Tangis hati aku.
“Komplot apa pulak ini bah. Dini tak tahu apa-apa. Kecuali dua beradik itu yang buat komplot kenakan Dini” cantas aku.
“Anak abah yang dua tu sayang dekat Dini. Adik yang lain pun tak sama macam dia sayang dekat Dini.” hai abah nak tabur gula ke?
“Dini tak tahu sebab Dini tak reti nak baca tingkah laku orang.”
“Abah gembira bila Dini akan jadi sebahagian dari keluarga abah. Tak kira la dengan anak abah yang lain tak Awal, Ashari kalau Ashari tak abah akan paksa Afza.” tergelak aku dengan kata-kata abah. Afza baru tingkatan lima la. Nanti aku kahwin dengan dia dah macam makcik-makcik. Tak sesuai.
“Merana la Afza abah” wajah tua abah aku pandang. Dia turut ketawa.
“Rancak berborak” tegur satu suara. Ma dah mengambil tempat disebelah Dini. Tangan aku dia pegang dan mengusap perlahan.
“Borak kosong ma.”
“Tak sabar nak tunggu Dini jadi menantu ma”
“Eleh ma. Menantu ke tak Dini tetap anak ma juga. Lain la kalau ma sendiri yang tak nak Dini jadi sebahagian dari keluarga ma” habis sahaja aku cakap ma dah tepuk peha aku kuat. Sakit wo.
“Sakit la ma”
“Lain kali cakap la macam itu lagi”
“Ma, abah. Orang nak balik dulu. Nanti bising pulak babah dengan umi lepak rumah ma lama- lama. Orangkan darah manis” aku sengih. Umi dan babah dah pesan dekat aku jangan nak melepak dekat rumah sebelah lama sangat. Tak manis.
“Yelah. Baru nak ajak borak dah nak balik” suara ma dah mengendur.
“Awak ini macam la tak jumpa Dini ini.” abah dah bersuara.
“Ma datang rumah orang la kalau nak borak panjang” aku tarik tangan ma ikut balik.
“Ma nak masak la. Nanti tak makan pulak orang dalam rumah ini”
“Biar la dia orang yang masak ma. Hari ini ma off” pujuk aku. Abah dah gelak tengok acara tarik tangan antara aku dan ma.
“Pergi la. Boleh saya makan dekat luar” seloroh abah
“Jangan nak mengada. Saya masak” itulah ma. Dia memamg tak boleh kalau keluarganya makan luar bila dia ada dirumah. Pasal itu semua sihat-sihat belaka. Lagipun hasil tangam isteri or ibu terbaik. Nanti bila aku kahwin dengan Awal boleh ke aku masak best-best? Pandai ke aku?



~bersambung

4 ulasan:

baby mio berkata...

best....

o-ReN berkata...

thakz baby mio....sentiasa ada..:D

Norhaslinda tajul ariffin berkata...

best sgt.........

o-ReN berkata...

terima kasih cik norhaslinda...
^_^
hanya contengan...~_^