Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

16 Julai 2013

M-mini: Suddenly It's Magic bab 5








Bab5



Kau nak pergi mana?” rambut aku rapikan. Getah ikat rambut warna oren aku capai. getah yang banyak jasa dia dengan aku. Ada kenangan jugak la. Pony tail!
“Keluar. Nak cari cincin kahwin”
“Kau biar betul. Dekat nak seminggu lagi majlis kau cincin tak beli lagi” pekik Elin. Ish ini yang aku kurang berkenan dengan Elin ini. Suka menjerit bila cakap dengan aku. Kalau dengan tunang dia kemain pelahan. Dalam selimut pun belum tentu boleh dengar.
“Aku busy, Awal pun busy.”
“Kenapa kau macam tak excited je”
“Kenapa pulak?”
“Yelah. Orang lain setahun merancang nak urus kahwin ini. Kau seminggu pun belum tentu nak merancang lagi”
“Aku tengah nak uruskan la hari ini”
“Kau nak uruskan apa?”
“Pilih cincin, cuba baju, cari baju, settle-kan pelamin dan nak pi cari wedding planner.”
“Gila kau. Semua itu nak siapkan hari ini” aku jungkit bahu.
“Teruk la kau ini. Selamat kad kahwin dah siap edar. Kalau itu pun tak siap lagi memang aku tabik spring”


“Aku tak macam kau, cerewet. Nak baju kahwin dari indon. Nak buat ala-ala wedding of the year. Mana la tak Fathi itu bertapa dekat Sarawak itu.”
“Kahwin sekali, kena la buat grand” aku mencebik. Konon!
“Kahwin ini bukan pasal harga ringgit tapi harga kita doa. Berdoa muga jodoh itu panjang sehingga akhir hayat. Kalau kahwin sekadar wang ringgit, kahwin kejap dan cerai. Sebab wang ringgit ini tak tahan lama. Tapi doa ya.”
“Amboi bersyarah pulak kaukan. Aku ini tiap-tiap hari doa pasal jodoh aku dengan Fathi. Biasalah siapa tak nak kenangan manis masa kahwin kan”
“Iyalah Cik Elin oit” aku pandang dinding. Dah pukul 10 pagi ini. Sepatutnya Awal dah sampai. Semalam beriya suruh aku siap Awal. Alih-alih dia yang lambat. Elin dah melangkah keluar dari bilik aku. Mulut tak berhenti membebel. Apa la nasib Fathi nanti.
Pandangan mata aku mati pada sehelai selendang berwarna biru. Selendang yang Awal belanja. Terletak elok disebelah katil. Malam tadi practice pakai tudung selendang. Jadi pucong aku kejap lilit sana lilit sini. Selamat tak terjerut aku. Selendeng itu aku pegang. Apa kata kita start pakai tudung sekarang. Nak tak?
Selendang biru itu diletakkan atas kepala. Selepas sematkan pin dibawah dagu, lebihan selendang itu aku kemaskan. Tak terlalu ketat tak terlalu longgar. Kerongsang bentuk rama-rama aku capai. Pinkan dekat bahu kiri and done. Okay nampak makin ayu. Hahahaha. Semangat baru, imej baru, azam baru, mungkin dengan kehidupan baru.
“Kau nak pergi mana pulak ini? Mengaji ke?” belum pun aku keluar dari bilik Elin dah tegur. Dia dari arah dapur. Mangkuk ais krim dah memenuhi ruang tangan Elin.
“Aku dah berhijrah” aku melabuhkan punggung dekat sofa tunggu Awal yang masih tak tiba.
“Alhamdulilah”
Pon! Pon! Pon!



“Nak pergi mana ini? Bukan khusus kahwin dah habis ke?” itu soalan pertama Awal masa aku masuk dalam Rush dia.
“Hijrah” sepatah aku jawap. Malas nak jawap panjang-panjang.
“Ohhh...” itulah Awal. Bukan nak puji aku pun.
“Tudung tu sesuai dengan kau”
“Cantikkan aku?”
“Pakai tudung dapat pahala sebab tutup aurat. Kalau pakai tudung sebab nak cantik tak ikhlas itu, tapi tutup aurat wajib” mendatar suara Awal. Amboi kemain dalam maksud dia la.
“Ya paham” eleh dia pun sama. Nabi tak mengaku umat lagi. Nak cakap kuat-kuat takut dia kuciwa. Aku yakin Awal akan berubah. Tak pernah lagi dia tengok Awal dengan mana-mana lelaki. Kalau belakang tak tahu la. Aku bukan setiap masa dengan Awal. Kadang-kadang aku tak paham dengan perangai Awal. Sudah ramai kawan-kawan perempuan yang dia bawa satu pun tak lekat dengan Awal. Aku nak bawa dia mandi bunga boleh tak? Biar aura normal dia kembali.
“Jom mandi bunga nak?”
“Buang tabiat apa?”
“Ala kita kan nak kahwin biar naik seri” aku tarik senyum senget. Macam dia selalu buat.
“Mengarut”
“Ala bukan selalu”
“Tak nak la. Entah macam apa tah.”
“Dalam setia kandungan bunga itu ada kimia yang boleh mengawal keseimbangan badan kita. Mandi bunga ini menyegarkan kerana ia berunsur alam semula jadi. Ia jadi khurafat bila kita cakap nak buang sial bagai. Itu kepercayaan orang zaman dulu.” ujar aku.
“Kesimpulan dia?”
“Kita mandi bunga jom”
“Yelah-yelah. Kau ini bising betul la.” aku ketawa. Saja aku berhujah panjang-panjang. Bila dia malas nak dengar aku bising dia akan setuju. Itu yang aku tahu pasal dia.
“Dengan syarat kau belanja”
“Kedekut! Sebab aku ajak aku belanja kau” setakat nak belanja awal mandi bunga small a piece la. Janji dia pergi. Harap-harap aura bunga mampu menstabilkan usur dalaman awal. Biar jadi lelaki sejati. Jangan jadi terbalik sudah. Jenuh aku.



“Pilih yang inilah. Aku rasa cantik kot” tersentak aku dengan suara Awal.
“Kau mengelamun apa?”
“Erk...”
“Dah tak payah nak mengelamun bagai. Ini try cincin ini” sebentuk cincin disuakan depan aku.
“Platinium?” tercengang jugak aku. Mahal beb!
“Banyak duit kau” aku ambik jugak cincin itu. Dibelek-belek cincin itu. Cantik la. Mahal tak menahan.
“Setakat nak beli cincin kahwin untuk kau ini murah je” aku mencebik.
“Riak dosa weh” sinis aku. Senyum senget terukur dibibirnya.
“Aku tak nak cincin ini. Mahal sangat. Cincin biasa sudah” aku tunjuk cincin emas yang terbentuk cantik.
“Nanti bila sesak boleh gadai” berubah muka Awal saat aku cakap begitu. Orang yang incharge dekat kaunter tu pun ketawa kecil.
“Oit kau ingat aku ini sengekek sangat ke? Setakat nak bagi kau itu semua mampu la” berang dia. Mungkin krebiliti dia sebagai seorang pengurus di salah satu syarikat swasta tergugat bila sebut tak ada duit.
“Memang la kau mampu tapi aku tak mampu tahan nak gadai barang kemas. Kau tengok mata aku ini. Nampak tak simbol 'S'. Simbol duit ini” aku tunjuk mata aku dekat Awal. Aku memang mata duitan. Hahaha.
“Ada jugak yang kena cungkil mata ini. Cepat la pilih”
“Apa kata cik pilih yang ini. Ini memang famous. Set cincin kahwin. Limited editon” gadis yang bernama Sonia itu menghulurkan satu set cincin kepada aku. Cincin platinum jugak. Ish melepas aku nak gadai cincin ini.
“Cincin ini tak boleh gadai” protes aku. Aku hanya pandang dengan ekor mata. Malas nak tengok.
“Kau jangan banyak bunyi Dini” Awal dah sound. Marah nampak.
“Cik kami ambik yang ini” Awal dah buat keputusan. Aku mengeluh. Melepas melepas melepas.
“Cincin ini memang ditempah khas” aku diam. Ditempah khas? Aku pandang Awal yang sedang membuat pembayaran di kaunter.
Limited edition bukan memaksud ditempah khas ke? “soal aku blur. Kan kan kan... ke aku sahaja yang tak tahu. Sonia hanya senyum. Nak ambik hati pelanggan memang kena pandai cakap. Basic berniaga.
“Dah settle. Jom la” Awal dah mendapatkan aku.
“Okay la Cik Sonia, terima kasih dan jumpa lagi. Mana tahu nak beli cincin kahwin seterusnya saya datang lagi” aku melambai ke arah Sonia. Terasa ada orang tarik selendang aku.
“Kahwin belum, ni kan kahwin lagi” sah Awal yang tarik tudung aku.
“Weh habis senget shawl aku. Ingat senang ke nak pakai.” aku betulkan shawl yang teralih sedikit.
“Kau nak kahwin kontrak ke dengan aku?” soal Awal buat aku rasa macam baca novel.
“Sejak bila kau baca novel?”
“Aku mana baca novel”
“Cerita kita ini cerita betul bukan novel. Jadi no kontrak. Haram!” aku bukan tak tahu kahwin kontrak ini haram. Khusus kahwin dulu topik ini dah jadi isu. Mungkin ramai sangat yang kahwin kontrak itu sebab dia jadi salah satu modul masa khusus dulu.
“Manala tahukan. Aku ini bukan boleh bagi nafkah batin pun” perlahan dia bersuara.
“Kau tak nak berubah ke?” dia hanya menjungkit bahu saat aku tanya soalan itu.
“Aku teringin nak tengok kau kahwin dengan orang yang kau cinta yang penting dengan perempuan la”
“Kalau lelaki jadi perempuan boleh tak?”
“Dah-dah kau kahwin dengan aku je. Tak payah nak kahwin dengan perempuan klon. tak pasal sakit jantung semua orang. Aku ini penyelamat kau tahu tak” dari dia kahwin dengan orang tak betul baik aku kahwin dengan dia. Biar la tak ada anak pun. Janji tak buat perkara yang di laknat.
Aku menuju butik perkahwinan. Perkara kedua yang perlu diselesaikan. Cincin done. Walaupun aku tak puas hati. Awal yang bayar jadi aku tak boleh nak buat apa kecuali terima.
“Nak pilih tema apa?” soalan itu berlegar diruang udara butik pengantin IXORA. Tukang yang soal itu tak lain tak bukan Awal.
“Mesti la warna kegemaran aku, merah” semangat aku.
“Aku dah buat keputusan kita buat warna biru”
“Merah la” protes aku.
“Biru”
“Merah”
“Biru titik” Awal dah berang. Aku dah berpaling. Angin. Dia yang tanya tadi. Tapi dia yang buat keputusan baik tak payah tanya.
“Cik, encik sila masuk. Awat bertengkak depan pintu. Mari bertengkak dekat dalam. Nak main baling kerusi pun tak apa” aku jeling dekat pekerja butik itu. Dia dah membuka luas pintu supaya aku dah Awal melangkah masuk. Baik punya ayat perli. Aku langgar bahu Awal sewaktu dipintu. Awal pun turut melakukan perkara yang sama, langgar bahu aku sewaktu aku berada didepan kaunter. Aku menjelir. Sengaja!
“Jangan gaduh-gaduh. Kalau nak gaduh biar lepas nikad. Terus naik katil. Gaduh atas katil.” cis lawak kotor betul la. Ke main laser lagi mulut pakcik itu. Tak padan dengan auw mulut berbisa. Awal yang sudah duduk sofa sebelah aku ketawa.
“Gelak la kuat-kuat lagi” aku duduk depan Awal.
“Tengah gelak la ini tak nampak ke?”
“Jemput minum” seorang lagi perkerja butik menghampiri aku. Dia menghulurkan dua gelas air laici. Macam mana aku tahu? Senang je. Ada nampak buah laici dalam cawan itu. Air laici la kan? Tak kan la air oren pulak kau dah tang tang nampak laici dalam cawan itu.
“Sila minum. Biar korang cool lepas ini baru boleh bincang”
“Nak bincang apa lagi. Dia dah buat keputusan. Nak bantah apa. Duit diakan” sindir aku. Awal buat selamba.
“Mel, tema biru set” tengok itu. Tetap jugak nak biru. Mentang-metang la ini butik kawan dia. Aku capai majalah Nona yang terdapat diatas meja. Membelek-belek info semasa. Sikit pun aku tak edahkan perbincangan antara Awal dan Mel. Aku rasa nama mamat lembut ini Kamil. Nama glomur Mel kot. Yelahkan, masuk dunia ni nak la ayu-ayukan. Tak tahu lah kalau nama sebenar dia Mail.



“Semua dah settle” Awal menghembuskan nafas lega. Aku masih perang dingin dengan dia. Tak puas hati weh warna kegemaran aku tak terpilih.
“Tak payah protes sangat la”
“Suka hati la”
“Nah” doa menghulurkan paper beg dekat sku. Aku ambik. Terpaksa ambik sebab paper beg itu. Betul-betul dekat depan hidung aku. Terpaksa la konon kan. Isi dalam itu aku keluarkan. Handphone baru?
“Untuk?”
“Ganti handphone cokai itu. Nyawa-nyawa ikan dah. Elok-elok pakai henset canggih baling. Cari penyakit lagi” Oh handphone samsung aku rosak. Kes baling dekat jalan raya masa mengamuk dengan Ashari dulu. Sekarang ini pakai handphone lama. Itu pun kejap on kejap off. Malas nak tukar baru tak ada mood. Aku belek handphone galaxy note II. Elok jugak baling handphone itu. Tak payah aku buang duit beli handphone baru.
“Tolak duit hantaran”
“Eh mana boleh. Orang tak mintak pun la.” ada ke patut. Aku tak mintak pun telefon baru. Kejam betul la.
“Dah beli pun” muka tak ada perasaan dia buat.
“Asal hari ini kau macam tak puas hati je dengan aku?” Aku perasan dari tadi. Macam tak puas hati dengan aku ja. Selalunya kalau dingin dengan aku tak la macam ini. Dia diam tak berbunyi.
“Awal”
“Tak ada apa-apalah” aku mengeluh. Dia tipu aku. Tapi kenapa?





~~~~bersambung

2 ulasan:

baby mio berkata...

sambung please......

o-ReN berkata...

baby mio akan bersambung...^_~