Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

15 Julai 2013

M-mini : Suddenly It's Magic Bab 4







Bab4




Jadi jugak kau kahwin dengan Awal.” jadilah aku dah bagi kad kahwin dekat Elin. Aku pandang kad kahwin dekat tangan Elin. Dia seronok belek kad kahwin aku. Dia tunang dulu, aku kahwin dulu. Aku advance dari dia. hahaha.
“Aku kahwin dulu taw. Tinggal la kau sorang-sorang dekat rumah itu” hahaha. Aku tengok muka Elin dah memerut.
“Aku doakan kau bahagia. Nanti bila kau dah kahwin, kau tak boleh fikir pasal Ashari lagi tahu” inilah yang mood aku jadi swing. Aku tak nak fikir pasal mamat itu lagi.
“Aku nak kahwin dengan Awal, Awal keutamaan aku” aku dah fikir masak-masak, sampai hangus la jugak. Walaupun Awal macam itu aku tetap nak hidup dengan dia. Biar la nak jadi apa pun, kena serangan dengan pakwe dia pun aku tak kisah. Lagipun, sepanjang hidup aku dengan Awal tak pernah pun Awal lukakan aku seperti dia.
Awal tak pernah melayan aku dengan buruk. Kami kawan baik. Impian aku dulu inginkan sebuah perkahwinan yang harmoni dengan orang yang aku cinta dan happily ever and after. Nanti kejap! Kalau aku ubah Awal suka dekat perempuan macam mana erk? Boleh ke? Idea yang baik?
“Weh kau fikir apa itu?” gugur jantung aku dengan segahan Elin. Sekali lagi aku mengelamun depan Elin. Selalu betul aku mengelamun la.
“Aku rasa tak sabar la nak kahwin?”
“Cis miang dowh!” aku ketawa bila Elin cakap cam gitu.
“Kau jangan jeleous” sakat aku. Elin itu kalau boleh dia nak kahwin cepat. Tunang si Elin itu sekarang masih dekat Sarawak tengah tunggu tranfer itu sebab tak boleh buat cepat-cepat. Nanti kena ulang-alik Sarawak semenanjung pulak.
“Aku nak tanya sikit boleh?”
“Kau tak payah nak sopan dengan aku lah. Meluat”
“Hahahaha. Apa cer kau dengan Ashari. Diam macam itu ke?”
“Entah”
“Kau kahwin dengan Awal sebab dia suruh or sebab kau nak balas dendam?” dendam?
“Entah”
“Kau ingat kerja kahwin ni macam main pondok-pondok ke?”
“Susah la aku nak cakap”
“Apa yang susahnya, aku bukan suruh kau cakap bahasa filipina”
“Jujur aku cakap, aku tak tahu kenapa aku setuju. Aku pernah terfikir nak bantah tapi dalam masa yang sama aku rasa happy. Awal tak pernah sakitkan hati aku. Dia tahu semua rasa hati aku”
“Kau tak rasa pentingkan diri ke?”
“Pentingkan diri? Rasa lah jugak. Aku tak rasa ia sia-sia. Ada benefit untuk Awal kot” aku menutup mulut tahan ketawa. Masalah isu gay dia akan lenyap bila kahwin, bukan kelebihan untuk dia ke. Hahaha.
“Maksud kau?” Elin dah blur. Dia nak korek rahsia la itu. Ish mana boleh aku beritahu dia. Ini rahsia aku.
“Adalah”
“Suka hati kah la. Aku doakan kau bahagia”
Thank. In sha allah aku bahagia” aku pun doa aku akan bahagia jugak dengan Awal.



“Dini” terkejut aku dengar orang sebut nama aku. Tengah syok pilih tudung terbantut. Azam aku nak pakai tudung lepas kahwin nanti. Agak- agak tercapai tak nanti?
“Dini” aku dah berpaling mencari makhluk yang panggil nama aku. Satu susuk tubuh tegap berdiri betul-betul tepi aku.
Lorh kau Awal. Ingatkan ada pakwe mana la nak usha aku”
“Banyak la kau pakwe. Dari tadi aku panggil bukan nak menyahut.”
“Akukan...”
“Kalau dah shoping tak ingat keliling. Orang panggil macam mana pun tak dengar” potong Awal. Aku dah tahan ketawa. Bahu Awal aku tepuk berulang kali.
“Pandai pun. Ingat tak tahu tadi.”
“Tahu sangat. Saja nak uji tadi. Mana tahu kau dah berubah lak”
“Tak ada makna aku nak berubah bagai. Ini pasal apa kau boleh sesat Dini?” aku dah pandang keliling. Mana tahu dia datang dengan kawan-kawan dia. Bayang kawan dia pun tak ada. Sah sorang ni.
“Aku nak jumpa member aku. Terdatang awal. So, jalan- jalan jumpa kau” terang Awal. dia dah masukkan tangan dalam poket. Awal yang hanya memakai t-shirt dan jean kelihatan sempoi.
“Dah nama kau, Awal mesti la selalu awal. Takkan la akhir pulak.” Dia mencebik. Marah la itu bila aku mainkan nama dia. Dia hanya dia. Aku masih teruskan aktiviti yang tergendala tadi sebab gangguan dari Awal.
“Kau nak pakai tudung ke?” aku pandang tudung dekat tangan sebelum mengangguk. Awal yang tengok terus membelek tudung dekat tangan aku. Gaya tengok macam dia yang nak pakai tudung.
“Aku suka warna biru lembut ini”
Eh kau nak pakai tudung juga ke?” Awal dah tarik rambut aku. Menjerit aku kejap.
“Agak-agak la makcik oit. Aku ini lelaki” marah dia. Muka dia yang merah itu buat aku tersenyum. Aku capai selendang berwarna merah terang. Dililit selendang itu dekat kepala Awal. Meronta Awal marah.
“Kejap la nak tengok sesuai ke tak?”
“Tak payah la” marah dia. Aku pandang dia lama, sambil itu aku kelip- kelip mata dekat dia lelaju.
“Yelah-yelah” Yes!
“Mata macam kena biawak lapar” cit dia ini. Aku buat tak dengar je. Selendang itu aku kemaskan selepas sahaja aku keluarkan hanset dan... Snap! Nak buat kenangan.
“Weh apa ini main kotor” Awal dah buang selendang itu. Aku ketawa mengekek. Telefo bimbit cepat-cepat aku simpan. Nanti kantoi dekat Awal dia padam. Bukan senang nak ambik gambar kandid dia dalam keadaan macam itu.
Aku sambung sesi beli tudung. Mulut Awal tak berhenti dari mengutuk aku. Ada yang tak kena bila aku pilih tudung. Semua dia protes. Kira rezeki aku hari ini bila Awal belanja aku. Selamat duit aku. Boleh la save sikit. Boleh buat beli baju, tak pun kasut. Akukan gila kasut.
“Lepas ini nak pergi mana?” aik macam aku keluar dengan dia pulak. Sedangkan kami terserempak sahaja. Awal, Awal.
“Balik la. Nak test tudung free ini” mengeleng dia dengan perangai tak semegah aku. Aku tak sabar nak test tudung. Aku ini memang camgini cepat excited bila ada benda baru.
“Nak jumpa kawan-kawan orang tak?” berhenti aku jalan kejap. Dia menoleh kebelakang bila aku tak ada sebelah dia.
“Pakwe erk” sakat aku. Dalam masa aku berkawan dengan Awal, tak pernah aku lepak dengan kawan-kawan Awal. Bukan tak prihatin tapi Awal sendiri yang tak kenalkan dekat aku. Takkan la aku nak terhegeh-hegeh pulakkan.
“Kawan la” Awal dah bertindak tarik telinga aku. Menjerit aku dekat situ. Terkial-kial aku ikut langkah Awal. Telinga aku masih setia dekat tangan dia.
“Isteri saya lari rumah” merah padam muka aku bila Awal cakap macam tu. Mana taknya orang dekat mall itu dah pandang 'aktiviti' kami itu.
“Tipu” jerit aku.
“Sayang, jangan degil boleh” Awal dah senyum senget.
“Ish ish apa nak jadilah dengan orang muda sekarang ini” muka aku dah merah bertambah merah dengan kata-kata salah seorang penjungung dekat mall itu.
“Sayang nanti kita kahwin you jangan lari tahu”
No la. Sebab sayang sayang sayang” ingat aku tak dengar ke perbualan sejoli itu. Dengar okay! Sebelah aku je dia lalu. Awal! Hati aku dah hangat. Si Awal itu boleh pulak tunjuk sengeh dia itu. Ingat dia sengeh macam itu aku suka. Tak suka okay!
“Jangam marah sayang. Abang gurau je” Awal dah raih bahu aku. Tahu la itu kemarahan aku nak tiba. Dah naik tahap gunung berapi!
“Apa sayang sayang. Abang konon” terkeluar jugak amukkan aku. Baru suara. Belum kaki tangan aku naik dekat badan mamat ini. Bikin gua panas!
“Ayoyo amoi manyak garang”
“Apa amoi-amoi” aku dah pandang lelaki cina itu. Semua pasal Awal la ini. Ingat aku ini lari dari rumah pulak. Tak pasal dapat publisiti murahan.
“Dah-dah jangan nak jari gaduh. Jom blah” Awal dah tarik aku ikut dia. Mugkin dia pun malu kot tengok aku mengamuk macam itu. itu baru sikit itu.
“Ish sikit-sikit nak marah” Awal dah membebel. Siapa pun dekat tempat aku pasti mengamuk la kalau kena macam itu. Iya tak?
“Siapa tak marah pakcik oit. Tak pasal dah kena perli”
“Itu namanya rakyat Malaysia yang prihatin”
“Prihatin la sangat” aku dah mencebik. Apa lah malang sangat nasib aku sampai jadi perhatian macam ini bagai. Kalau prihatin sebab aku ini artis boleh la aku terima. Publisiti mahal itu. Siapa tak nak?



“Inilah Dini. Bakal bini aku. Tak cantikkan. Macam nyonya jual sayur” cis dia sama kan aku dengan nyonya. Kaki dia aku pijak. Aku lemparkan senyuman pada kawan Awal. Aku buat tak nampak jelingan Awal. Padan muka.
“Said Nur”
“Cantik nama” puji aku.
“Nama aku lagi best la. Awal Uzairi” aku mencebik. Nak menang jugak orang tua ini.
“Aku ingatkan Awal Akhir tadi” dia dah tarik muncung bila aku ejek nama dia. Aku duduk depan Said Nur. Dia hanya tergelak tengok kami.
“Jadi bila korang kahwin? “ aku pandang Awal, Awal pandang aku.
“Bila weh? “soal aku. Aku pun lupa la aku kahwin bila.
“Ada bawa kad tak. Aku pun lupa la” oh kad. Cepat-cepat aku selongkar beg. Kad kahwin aku bukak.
“Lagi sebulan”
“Ah sebulan” kad kahwin dekat tangan aku Awal tarik dan hulurkan kepada Said Nur.
“Tarikh kahwin sendiri pun tak ingat” Said Nur dah belek kad kahwin. Aku dan Awal hanya buat tak tahu.
“Nanti jemput la datang” pelawa aku. Kad dah bagi makanya kena la jemput.
“Aah jemput datang. Nanti kau datang la tengok kehidupan gelap aku kena kahwin dengan nyonya ni” menjeling aku pandang Awal. Dia buat muka sedih. Macam aku ini paksa dia kahwin pulak. Eh bukak lebih kurang ke?
“Yelah siapa la akukan. Dah la buruk, pakwe sendiri pun tak nak. Lepas itu paksa kau kahwin dengan akukan” aku dah sembamkan muka dekat atas meja. Ambik mood sedih kejap.
“Weh aku tak...aduh kau ini...weh tak maksud la. Ish sorry la. Sebenarnya aku memang rela kahwin dengan kau tanpa paksa. Serba-salah la pulak.” aku tahan ketawa dengan ayat mengelabah Awal. Tahu gelabah. Tak habis-habis kenakan aku dari tadi. Rasakan. Hahahaha.
“Weh Said. Tolong aku” naik ketawa aku dengar Awal mintak tolong Said Nur. Itulah jahat sangat. Mulalah nak cari pembantu. Masa kenakan aku tak ingat.
Aku dongak muka. Dagu aku tampungkan atas meja. Tengok muka Awal yang gelabah tahap tak ingat. Muka dah macam tikus mondok kena rotan. Aku kenyit mata dekat Said Nur. Said Nur dah ketawa terbahak-bahak. Awal berpaling. Aku tunjuk simbol dua dekat dia.
“DINI” dia dah jerit geram. Aku tumpang sekaki dengan Said Nur ketawa.
“Rasakan. Tadi kau dengan gumbira kenakan aku. Rasakan” ejek aku. Baru sikit ini. Baru bukak bunga belum buka tarik lagi. Itu pun dah mengelabah tahap tak ingat. Hahahaha.



“Hensem gila kawan kau. Asal aku tak jumpa dia dulu” lepas hang out dengan Said Nur itu Awal hantar aku balik.
“Asal kau nak kahwin dengan dia ke?”
“Boleh ke?”
“Boleh je. Nanti aku uruskan” keadaan diam. Awal fokus dengan panduannya.
“Tak nak la”
“Apa yang tak nak?”
“Tak nak kahwin dengan Said. Nak kahwin dengan kau. Titik.” Awal pandang aku dua saat sebelum pandang depan.
“Tak tahu pulak kau memang syok dekat aku” Cina Beng punya Awal. Itu pulak reaksi dia. Aku ingatkan dia terharu tadi.
“Mmm...”
“Dini”
“Apa?”
“Kau tak nak turun ke? Dah sampai ini. Amboi tak berengangan kau dengan akukan” dia gelak. Aku dah tarik muka. Pintu kereta aku tolak dari dalam. Selamat aku sampai luar, pintu itu aku hempas kuat. Dia hanya gelak. Aku dah jalan masuk rumah sebelum dia jerit nama aku.
“Terima kasih” terima kasih? Untuk apa? Aku hanya melampai. Tak tahu untuk apa. Adalah la itu kot.


3 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

cam cute plak awal ngan dini...hope awal tk lh kecewa kn dini yer dek writer...suker gak cara awal layan dini,cam ade rase di hati...hehehe

o-ReN berkata...

cik norihan: awal ini ada skill sendiri.. walaupun ada something wrong dengan habit dia..hehhe....

nurul nuqman berkata...

hehe,best