Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

22 Julai 2013

M-mini: Suddenly It's Magic bab 10














Bab10




Aku tak oder makan. Hanya minum. Tak terasa nak makan lagi. Masih terasa makanan yang aku makan pagi tadi dekat perut. Gelas air aku usap perlahan. Kadang-kadang mulut gelas itu bermain dengan jari-jari aku. Kira aku teman Awal makan hari ini.
Next kelas pukul berapa?” aku mendongak. Awal dah lap mulut guna tisu. Sungguh tertib tingkah dia. Sopan betul la laki aku ini. Kadang-kadang rasa cemburu dengan sikap dia itu. Kenapa la aku tak boleh nak tertib macam itu. Ish ish ish…
“Ada satu kelas lagi dalam pukul tiga sampai lima” aku sengih. Seronok jugak jadi lecture ini. Kadang-kadang kelas ada satu untuk sehari, ada masa itu dari pagi hingga petang. Nak lembik badan aku kejar sana, kejar sini. Aku jalan kaki okay. Itu yang lemah itu.
“Untungkan jadi lecture” Awal dah mula tayang muka kusut dia.
“Itulah dulu orang suruh apply kerja sekali dengan orang tak nak. Nak jugak kerja office.”
“Tak ada life la kerja itu” dia mencebik.
“Biar la cita-cita orang” cantas aku. Suka memperlekehkan cita-cita aku.
“Biar la ini. Kalau tak biar dah lama dah hubby awak ini tarik masuk kerja office sekali dengan dia” Awal dah bersandar pada kerusi. Dia tampak rilex.
Lecture ini sama macam cikgu…”
“Bila ilmu yang kita ajar jadi ikutan yang baik kita akan dapat pahala. Begitu juga seterusnya, sekali gus kita dapat kumpul pahala dengan menjadi pendidik” potong Awal. Dia buat muka bangga. Dia dah lancar dah ayat skema kau.
“Bangga la itu” perli aku. Tahu sangat bila dia buat muka macam menang award. Bajet…bajet…bajet…
“Tak perlu nak bangga bila diri ini seorang yang membanggakan” aku mencemik. Awal capai gelas aku lalu menyedut air aku sampai licin. Buntang mata aku pandang dia. Cawan dia aku tinjau. Air dah habis. Patut la air aku jadi mangsa. Tanpa perasaan bersalah dia letak kembali gelas yang kosong itu depan aku. Dia buat-buat sedawa. Perangai…. Boleh kena heart attack betul la. Kadang dia ini nampak sopan, kadang-kadang itu boleh jadi tak senonoh. Macam sekarang ni la…
“Okay ayat poyos” aku libas-libas tangan depan dia, tanda malas nak ambil tahu.
“Satu la masalah orang perempuan ini” dia buat muka serius. Muka dia dekatkan dekat meja. Riak muka dia jangan cakap la. Dia pandang kiri kanan. Macam sulit pulak gayanya. Aku turut dekatkan muka. Menjadikan muka aku dan dia dekat. Tapi muka aku palingkan. Menjadikan telinga aku dekat dengan muka dia. Nak dengar lebih jelas apa yang sulit sangat itu.
“Apa?” aku dah menyoal. Lama sangat nak tunggu dia cakap.
“Tak suka terima kenyataan orang lebih dari dia” erk? Aku berpaling. Tengok dia dah sakan gelak. Badan dia dah melekat dekat penyandar kerusi. Sah dah aku dah kena main.
“Ini la masalah orang lelaki” aku dah silangkan tangan dekat dada. Menyampah dengan dia.
“Apa?” giliran dia menyoal dengan muka kerek. Eh mamat ini. Geramnya aku.
“Suka membuli kaum wanita” provok aku. Dia tahan senyum.
“Ini bukan membuli”
“Habis itu?”
“Ini menyedarkan” aku ketap bibir. Geram…geram…geram… asyik-asyik aku yang kena. Ini yang nak kena nyanyi lagi dangdut ini. Asyik-asyik, asyik yang bercinta… woi woi ada motif ke lagi ni? Inilah akibatnya bila aku turut layan gila si Awal. Aku sekali jadi tak betul.
Whatever.” Aku tarik muka. Pandang luar. Dia yang duduk bercakap aku ignore-kan. Masih leka tengok orang lalu layan balik cermin kaca warna putih dekat Starbuck itu. Melayan fikiran lebih tepat. Eh? Tegak badan aku. Ada seorang mamat berbaju kemeja biru sedang melampai-lampai ke arah aku. Macam kenal. Serius! Aku pandang kerusi depan. Kosong? Cepat-cepat aku capai handbag dan berjalan laju menuju pada Awal. Ya Awal. Dia dah tinggalkan aku. Tak patut betul.
“Kejam” aku jerit kecil dekat dia. Awal hanya sengeh segaris. Tangan aku dicapai dan digengam erat. Panas betul hati aku dengan mamat ini.
“Nak sangat jadi pekak, rasakan” tangan besar gajah dia aku tarik dekat mulut dan perlahan aku gigit geram. Dia menjerit kecil. Melepaskan pegangan tangan. Bola mata dia dah merenung aku tajam. Aku terus melangkah buat-buat tak bersalah. Memang tak salah pun. Aku dengar juga dia merungut tak puas hati tapi tak dengar dengan jelas. Macam burung yang bersiul. Sepatah haram aku tak dengar.
Aku toleh belakang dan tunjuk jam dekat tangan. Aku ada kelas pukul tiga kejap lagi. Dia menjeleng pandang arah lain. Langkah kaki mengatur menghampiri aku. Tangan dia aku capai. Dia memandang laju. Terkejut tengok reaksi tak puas hati dia.
“Nak gigit lagi baik tak payah” warning dia. Aku sengeh. Tangan sasa itu aku dekat dengan mulut. Bohong tahu tak bila aku cakap tangan dia macam gajah. Awal dah berkira-kira. Dapat aku rasa dia nak tarik tangan dia. Aku pegang kemas. Cup!
“Okay dah tak sakit” muka dia berubah. Aku angkat kening berulang kali.
“Mmm… cepat la orang nak masuk pejabat ini. Nanti lambat pulak” dia tarik tangan aku mengekori langkah dia. Ke depan aku akibat tarikan itu. Aku tahan sengih. Malu la itu. aku ini nak sakat dengan mulut memang kalah beb tapi kalau dengan perbuatan aku menang okay! Hahaha. Selamat aku dengan dia sah kalau tak memang berkilo buku dosa aku.
“Malu ke?” sakat aku.
“Tak ada sebab nak malu. Cuma nak cepat dah lambat.”
“Yeke?” pegangan tangan terurai bila tiba dekat Rush. Dia sebelah kanan aku sebelah kiri.
“Yap” jawab dia sebelum masuk dalam perut kereta.
“Tak baik menipu hati sendiri” seat belt aku tarik. Enjin kereta dah dihidupkan.
“Dan tak baik jugak menuduh tanpa bukti” aku senyap. Aku dah cakap, kalau lawan mulut aku kalah tanpa bertanding. Baik diam sudah.
“Kenapa diam?”
“Lebih baik diam dari bercakap benda sia-sia. Tak baik” hah ambik hang.
“Eleh merajuk la itu”
“Tak ada motif”
“Ada”
“Tak ada” aku buat isyarat zip mulut dekat awal sebelum memeluk tubuh.
Silent mood?” soal dia. Aku mengangguk. Tahu pun.
“Kalau silent mood itu merajuk la itu” aku mengeleng.
“Sah la ni” dia turut mengeleng.
“Tak sah” aku bersuara. Kang dia cakap aku merajuk macam budak-budak pulak.
“Ohhh…” amboi kemain panjang oh dia. “Tak merajuk” sambung dia. Apa ke pelik sangat ini?
“Kalau merajuk kenapa pulak?”
“Tak ada la. Kalau merajuk nak jugak pujuk” pujuk? Okay hairan.
“Pandai ke?” setahu aku dia ni mana la pandai nak pujuk memujuk ini. Mengutuk dan mengata aku memang dia juara tiada nombor.
“Pandai la juga”
“Tak tahu pun”
“Tak pernah minta kena pujuk”
“Eh kena minta ke?”
“Kalau tak mana tahu hubby awak ini pandai pujuk orang ke tidak” dia kenyit mata dekat aku. Koma dua saat kejap.
“Kalau macam itu trial pujuk” cabar aku.
“Dah tak merajuk nak pujuk apa”
“Cakap kena mintak” protes aku. Cakap belit-belit la dia ini. Cakap tak pandai pujuk sudah la. Ada jugak yang kena dengan aku ini.
“Tawaran ditutup” aku julingkan mata pandang atas.
“Buat la muka macam itu. Jadi raksasa baru tahu” aku mengeluh. Kenapa la dia suka momokkan aku dengan cerita yang buruk-buruk ini. Tak paham betul. Keadaan diam seketika. Sehingga tak sedar aku dah sampai kolej. Aku hanya menghantar dia dengan pandangan mata. Mengeluh perlahan. Dia suami aku. Ayat itu yang aku selalu tanamkan dalam diri ini. Ia sebagai petunjuk yang aku dah bergerak selangkah ke hadapan. Tak ada u-turn bak kata Awal.



Kertas-kertas assigment student aku susun sebelum masuk ke dalam beg. Aku dah kena start masukkan markah untuk mereka. Nak kira carry mark. Semua kena himpunan dan dicongak. Dari tutorial, projek assigment, mid term, prensentation, attendant dan semua aktiviti yang melibatkan subjek aku, aku kena ambil kira.
Masa ini paling sibuk bagi aku. Mungkin benda biasa. Aku kalau boleh nak la tolong student aku dapat pointer yang bagus-bagus. Itu sebab aku kena buat elok-elok mana tahu boleh topup mana-mana. Ini bukan kira penipuan okay. Itu sebab aku kena tengok semua kerja dia. Tengok mana markah yang boleh aku bagi sikit-sikit.
Semua orang pernah berada ditempat mereka. Aku pun. Walaupun satu markah tapi itu semua penting. Ada yang antara mereka datang belajar nak main-main. Itu hal mereka. Aku tak kisah janji kerja aku siapa sudah.
Bunyi mesej masuk membuatkan semua kerja jadi pause. Gambar yang dikenali membuatkan aku tersenyum.
“My dear sayang, tak nak balik ke? Hubby awak dah tunggu dekat bawak ini dekat setengah jam
Pantas jam aku kalih. Ya allah tak sedar. Cepat-cepat aku save maklumat dan laptop aku off. Laptop aku tarik dan handbag aku capai. Sungguh aku dah lewat. Tak sedar masa berlalu dengan pantas.
Sampai aku dekat bawah aku berlari anak menghampiri Awal. Dia mengeleng tengok aku yang kelam-kabut.
Sorry lambat” itulah kerja aku bila balik. Mesti lewat. Orang yang selalu ingatkan aku waktu balik awal la. Kalau tak bertapa la aku dalam bilik itu sampai malam. Kira itu job dia la.
“Dimaafkan” dia membuka pintu untuk aku. Tahu la itu bini dia ini memang tak terurus sikit bila dah lambat.
“Tak perasaan jam tadi” aku masih memberi penjelasan. Dia diam. Mungkin dah biasa.
“Perangai itu tak pernah berubahkan?” aku diam.
“Nak buat macam mana. Dah lumrah”
“Tak salah ubah untuk kebaikan. Malah menjadi saranan untuk membaiki semua kekurangan untuk kebaikan” ada masanya aku rasa macam bercakap dengan ustaz aje.
“Dah tak payah nak perli” aku diam.
“Tak cakap apa pun” bela aku. Dia punya sixth ni lain macam sikit.
“Tapi hati sayang berkata-kata”
“Tak tahu pulak hati ni ada mulut”
“Mulut dia ada aje nak-nak bila mulut macam tuan dia. Beza tuan dia tak boleh dengar tapi orang yang berada didalam hati tuan dia boleh dengan” aish… ini dah kenapa? Kata-kata dia ini dah macam romeo pulak.
“Ada siapa dalam hati tuan dia” uji aku. Nak jugak tahu. Rasa cakap macam tahu hati aku ini milik dia.
“Ada nama suami dia” Awal dah ketawa. Nampak sangat dia tengah main-main kan aku.
“Macam la boleh baca hati orang” sinis aku.
“Setakat orang macam Syazwani Farini ini senang saja nak baca. Nak-nak lagi bila dekat muka dia tulis satu-satu apa yang berada dalam fikiran dia.” Aku kalih pada cermin sisi. Tengok-tengok muka aku ada tulis apa-apa tak. Confident sangat dia. Bunyi ketawa Awal yang kuat buat aku diam. Mamat ini dah kenapa?
“Sayang jangan jadi lurus bendul sangat boleh tak. Sakit perut ketawa kan sayang”
“Jangan ketawa” aku tahan geram. Pemandangaan aku buat pada jalan raya. Semak dengar orang gelakkan aku ini.


~~bersambung~~


3 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

awal nih mmg tau...suker dera ati nurani dini yg teramat sweet nyer die punyer lurus bendul...hehehe

baby mio berkata...

best...

o-ReN berkata...

cik norihan lurus bendul yg kalah pembaris...heheh

baby mio toce3(thankz3)..^_^