Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

21 Julai 2013

M-MINI: Suddenly It's Magic 9









Bab9



Dini, tie mana?” laungan dari Awal buat aku tersentak. Krim muka safi aku letakkan diatas meja solek. Berlari pergi bilik sebelah ambik tie untuk Awal. Lupa nak letak atas katil pagi tadi.
“Kejap…kejap…” jerit aku. Tie yang terletak elok atas katil bilik sebelah aku capai dan berlari menuju pada Awal. Bilik air!
“Nah…nah…” ujar aku laju. Awal tengah betulkan kemeja dia depan cermin. Pagi ini agak kelam-kabut. Aku terbangun lewat. Sedar-sedar dah hampir pukul tujuh. Paling best bila aku sedar tengah tidur berpeluk dengan Awal dekat ruang tamu. Ah boleh pulak peluk mamat itu!
Awal pun dengan lena peluk pinggang aku. Bila masing-masing terjaga buat-buat muka tak bersalah. Masa itu la kelam-kabut berlari naik bilik dan siap-siap nak pergi office.
            Itulah alkisah pagi tadi. Guess what sekarang aku dengan harmoni dah hidup serumah, sebantal, sekatil dan semua la dengan awal. Cerita perkahwinan kami itu kisah sebulan yang lalu. Aku dengan aktiviti aku, Awal dengan aktiviti dia. Kami masih kawan. Kawan baik. Lagi…
            Ini rahsia tahu. Aku rasa aku tak pernah menyesal kahwin dengan Awal. Sebab Awal buat aku bahagia. Dia tak pernah buat aku sedih. Dia dah complete hidup aku. Seribu kali sayang, Awal tetap Awal. Tak minat perempuan. Dia hanya anggap aku partner home-mate dia.
            Tudung sarung aku capai. Selamat semalam sebelum lepak aku dah siapkan semua perkara untuk pergi kerja. Kalau tak, memang tak menang tangan aku uruskan semua ini.
            Dari arah cermin aku tengok Awal keluar masuk dalam bilik. Kali pertama dia mencari tali pinggang. Kali kedua butang baju dan kali ketiga stoking. Memang kelam-kabut. Kalah aku yang perempuan ini. Selesai pakai tudung aku capai beg kuliah dan meniti anak tangga.
Awal masih setia kehulu-kehilir dekat ruang tamu. Kejap masuk dan keluar dari dapur. Mula-mula ambil roti coklat Gardenia lepas itu air kotak Dutch Lady. Aku hanya mengeleng.
            “Mamat kelam-kabut. Tak lari pejabat itu. Bukan lambat sangat pun. Paling lambat pun lima minit je” omel aku sendiri.



Telefon atas meja aku tenung macam nak tembus. Call ke tak? Soalan yang sama aku fikir. Berulang kali soalan yang sama berlegar. Pagi tadi boleh la buat macam biasa sebab tengah berkejar nak pergi pejabat. Perjalanan pagi tadi pun sunyi tanpa pertelingaran biasa kami. Masing-masing tengah terkedu apa yang berlaku semalam. Turun kereta Awal, aku dah berlari naik pejabat tanpa sempat nak say bye macam biasa.
Melompat aku bila telefon berbunyi. Awal! Aku dah tarik sengih. Cool Dini, cool. pujuk aku. Butang hijau aku tekan.
“Assalamuikum”
“Waaikumusalam. Lunch?” back to normal!
“Macam biasa la. Ambik sayang dekat office” mesti semua hairan kenapa aku boleh bersayang dengan awal. Kes dia macam ni...



“Takkan nak panggil kau aku kot” bantal peluk dah berada dalam dakapan. Aku duduk bersila. Mata memang tak boleh nak celik. Awal dah cengkam bahu aku.
“Habis itu” soal aku acuh tak acuh.
“Nanti semua orang pelik” bahu aku dah bergegar. Mata masih degil tak nak celik.
“Bagi la nampak macam husband and wife” aku angguk dengan cadangan Awal. Awal cakap apa pun masa ini aku setuju. Janji dapat tidur.
“Idea?” suara Awal dah sayup-sayup. Aku rasa rupa Awal sekarang ini mesti tengah serabut. Terasa katil bergegar bila Awal garu kepala.
Sayang dan hubby” idea itu datang spontan bila aku teringat dekat Wati. Dia dengan pakwe dia bersayang and hubby. Aku pandang Awal. Nampak muka dia samar-samar tengah senyum sebelum aku tersembam atas katil tertidur.
Al-kisah pagi tu Awal dah start panggil aku sayang. Mula itu aku blur juga. Lepas dia cakap itu idea aku, aku hanya iya kan. Lidah dah terbelit kena panggil dia hubby. Namun aku gagahkan jugak lidah ni agak tak terbelit. Hubby



“Sayang dengar tak ni?” aku tersentak. Lupa tengah mengelamun pasal kisah dulu-dulu. Dulu ke?
“Ya ya dengar hubby. Macam biasa jumpa dekat bawah” ujar aku. Aku dengar dia mengeluh dihujung talian.
“Dini....”
“Ya...”
“Tak ada apa la. Jumpa tengah hari ini” klik! Aku pandang telefon dekat tangan. Kenapa pulak? Macam ada masalah besar. Dia marah ke pasal kami tidur berpeluk semalam. Sah dah ni memamg sah ini. Rumus aku. Ialah dia kan gay. Mana suka perempuan peluk dia.
“Hah fikir apa ini?” sergah Amira. Aku pandang telefon kejap lepas itu pandang Amira.
“Dari mana?” soal aku. Tadi tak nampak pun dia dalam bilik ini.
“Baru balik kelas. Penat” keluh Amira. Memang nampak dia penat. Maklum la berbadan dua. Amira tarik kerusi dan duduk depan aku.
“Dah lapan bulan kan?” perut yang memboyot aku usap. Ada senyuman dibibir Amira.
“Tak sabar nak tunggu baby keluar” dia turut teruja. Mana tak lahir dari rahim dia sendiri. Mestilah teruja.
“Aku rasa boy” teka aku. Sebab aku pernah juga dengar kalau perut bulat semacam tandanya baby boy. Perut Amira memang bulat. Itu aku berani teka baby ini baby boy.
“Sejak bila jadi bidan ini?”
“Sejak kau mengandung”
“Kau bila lagi?” aku diam. Bila apa nya. Tak akan ada baby antara aku dan Awal.
“Belum ada rezeki. Lagipun aku baru sebulan kahwin” dalih aku. Sebulan ke setahun ke sedekad ke confirm tak ada bila Awal tak pernah sentuh aku.
“Masa muda-muda ini kena buat anak. Bila dah berumur letih pulak nak berkejar dengan anak- anak. Masa itu hanya fikir rehat” omel amira.
“Tahu la dah masuk baby ketiga”
“Belajar dari pengalaman dear”
“Yalah awak itu dah empat tahun kahwin. Logik la anak bersusun” pangkah aku.
“Tak nak kejar aku ke?” Amira angkat kening nakal. Hai makcik ini, ini pun nak ajak aku bertanding ke? Aku kurang minat kalau ada orang mencabar ini terasa nak menyahut je.
“Ah malas aku. Kau dah advance dua anak tangga”
“Ala kau buat la kembar tiga confirm boleh kejar aku”
“Cit kau ingat aku ini ibu kucing ke? Dah la malas nak layan otak kau yang senget. Baik aku pergi kelas” aku capai fail atas meja ada berbaki sejam sebelum next lecture. Amira dah ketawa tengok muka kelat aku. Dia kalau tak bahankan aku sehari memang tak sah.
“Baby nanti jangan ikut perangai mama kamu yang senget” sempat aku usap perut Amira berbicara dengan baby dalam perut. Amira hanya ketawa. Suka la itu bila aku mengelak.
Bilik itu aku tinggalkan. Dalam masa yang sama satu senyuman mengayut dibibir aku. Aku nak ada baby? Aku mengeleng perlahan. Lupakan la Dini.




“Assigment ini kena hantar minggu depan. Lagi satu, pasal produk baru itu kamu jangan lupa pesan dekat kelas saya nak tengok draf sebelum presentation nanti” Zahid mengangguk mendengar arahan aku.
“Puan, pasal lawatan ke Lumut itu macam mana?” aku dah tepuk dahi. Lupa!
“Aduh saya lupa la”
“Semua dah siap. Hanya nak tunggu Puan sain je” Zahid dah hulur satu fail dekat aku. Fail hitam itu dah bertukar tangan.
“Okay-okay. Nanti saya tengok. Esok lusa awak ambil fail ini atas meja saya bila dah siap teliti” batang tubuh Awal dah bersandar dekat Rush dia. Dia masih berdiri untuh disitu.
“Orait Puan” sebaik sahaja Zahid berlalu. Aku berjalan berlahan menghampiri awal. Cara jalan dah jadi catwalk. Saja nak mengedik tengah hari ini.



Busy nampak?” soal Awal. Dia dah bukak pintu bahagian penumpang untuk aku.
“Agak la. Minggu dekat nak final” seat belt ditarik. Awal dah tolak gear. D4 dan kereta meluncur dalam kolej aku sebelum pergi meninggalkan kawasan kolej.
“Makan mana?” aku pandang keliling. Bandar melaka?
“Starbuck la” ujar aku sebaik nampak Mahkota Prada. Terasa nak minum kopi dekat sana.
“Tak nak makan nasi ke?”
“Ternampak starbuck la” aku tarik sengih.
“Okay” hanya itu yang terungkap dari mulut Awal sebelum keadaan senyap kembali.
“Hubby...”
“Mmm…”
“Semalam....” aku pintal hujung tudung. Aduh takut la nak cakap.
“Apa?”
“Marah ke?”
“Hubby...”
Sorry tak sengaja. Serius. Lepas ni tobat dah tak peluk hubby. Sorry okay” pintas aku. Aku dah berpaling pada tempat memandu. Tengok Awal. Aku nampak muka dia seperti menahan rasa.
“Dini” sah la itu marah aku. Siap panggil nama itu. Aku dah gigit bibir. Tak berani nak pandang dia. Hanya menunduk.
“Tak nak turun ke? Tak lapar?” terkejut aku tengok Awal dah buka pintu kereta sebelah penumpang.
“Hubby tak marah la” dia senyum.
“Betul? Serius? Tak tipu?”
“Betul. Serius dan tak tipu. Puas hati?” aku angguk dengan jawapan dia.
“Dah jom makan” Awal tinggalkan aku. Dia jalan tanpa menoleh. Tergopoh-gopoh aku mengejar Awal sebaik langkah kami seiringan aku pandang dia. Jelas kelihatan wajah dia yang tersenyum.
“Sayang hubby” tak semena tangan aku digenggam Awal. Aku hanya biarkan. Sejak kami kahwin setiap kali kami keluar dia akan pegang tangan aku. Kata dia nak macam dulu-dulu. Lagipun sebelum aku berhijrah setakat pegang tangan sewaktu keluar dah biasa sangat. Kami menuju starbuck seperti padangan kekasih. Selamat dia tak marah.




~berSAMBUNG...

4 ulasan:

nursya berkata...

Adeh...Dini nie mmg lem ke? Nmpk sgt mmg awl suka kat dia...
Huhuhu...

o-ReN berkata...

nursya dini ni mmg lembab...minum susu tak ada cap kot...hhohohoho

norihan mohd yusof berkata...

dek writer...soh lh awal tuh ngaku jer yg die mmg syg kat dini...payah lh kalu dini tu pickup lambat...hehe cer lh awal yg mula kn dulu tugas sebagai hubby...

o-ReN berkata...

kalau awal bagi signal pun belum tntu dini pickup...heehh