Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

20 Julai 2013

M-mini: Suddenly It's Magic 8











Bab8



Ijat dari tadi tak berhenti-henti paksa aku buat macam-macam gaya. Kalah Abang Luof yang aku tempah sebagai cameraman. Naik jemu la jugak aku posing.
“Kak kau senyum biar nampak lesung pipi kau. Lokek betul la kau nak bagi orang tengok lesung pipi itu” bebel Ijat. Kamera canon hasil pujukan Ijat untuk aku belikan berfungsi dengan baik hari ini. Dari aku bangun tidur sampai la sekarang, tak henti Ijat klik klik.
“Penat la Ijat. Nanti cair mekap akak nak angkat nikah sat lagi” aku dah tutup muncung kamera Ijat.
“Ala akak ini hari bersejarah akak tercinta Ijat. Biar la.” aku mengeluh. Aku suakan muka kepada Husna. Peluh yang baru nak keluar disapu perlahan oleh Husna. Husna ini anak murid umi. Dia selalu datang bertapa dengan umi setiap petang. Dia pun agak rapat dengan Husna.
“Kakak tahu kenapa kau sibuk nak ambik gambar akak, sebab ada Husna kan” aku dapat rasa sesuatu yang pelik.
“Kau sebenarnya ambik gambar Husna kan.” aku cari reaksi dari Ijat. Nampak jelas riak Ijat berubah. Sah la itu. Kamera dibelik kejap.
“Mana ada.” muka Husna dah merah menyala. Malu la itu. Ijat dah jadi kera gatal. Tergaru sana tergaru sini.
“Dini sorry lambat” jeritan nyaring yang tiba-tiba buat aku kejut. Tubuh aku dipeluk tiba-tiba.
“Kau tak reti bagi salam ke?”
“Aku excited ini tengok kawan aku dah nak kahwin ini. Sedih ini sedih” Elin dah cipta drama sebabak.
“Cakap je kau kecewa aku kahwin dulu dari kau. The End
Waaa memang aku geram ini. Tak patut.” Elin dah cucuk-cucuk pipi aku dengan jarinya.
“Weh habis la mekap aku” tangan Elin aku tepis.
“Serius aku cakap, aku jelous tahap meroyan dan kau cantik sangat hari ini. Kawan aku dah tamatkan zaman diamond dia.” aku peluk tubuh Elin.
“Terima kasih. Aku ingat kau tak datang tadi. Kau la satu-satunya kawan aku” aku dah masuk mood mendung. Nanti dah tak boleh buat kerja gila dengan Elin. Dah tak boleh pedajalkan Elin pagi-pagi. Siapa nak aku susahkan nanti untuk hantar aku kerja bila aku malas nak berjalan.
“Dah tak nak sedih-sedih meh kita bergambar” Elin dah tarik aku.
“Ijat ambik gambar akak dengan akak kau ini. Akak nak buat kenangan” Elin dah mengarah Ijat. Dia hanya menurut. Nanti kalau tak buat tak pasal jadi kera gatal lagi.
“Kau ambik gambar akak tahu. Jangan ambik gambar Husna je” sakat aku.
“Akak ini. Malu la Husna” Husna dah bersuara. Perlahan. Cukup buat aku ketawa. Ijat tayang gigi. Elin tayang muka teruja. Ini lah kehidupan aku.
“Aku tak kira lepas ini aku nak kahwin jugak.” bukan Elin memang nak kahwin ke? Macam-macam hal la minah sorang ini.
           


Rumah aku dah penuh dengan orang ramai. Tak kurang hebatnya bilik aku pun dah penuh orang. Itu pun dah kurang sikit bila Elin dah halau separuh orang keluar dari bilik aku. Tak senonohkan? Suka hati dia halau tetamu aku. Ada bagus jugak sebab panas jadi bilik aku. Dari cerita zaman tok kaduk sehingga sekarang depa duk bincang. Puas dah aku cantas. Haram mereka nak dengar. Agaknya seronok buka hikayat dulu-dulu. Mana taknya dari tadi aku yang kena. Cerita aku jatuh longkang masa mula-mula naik basikal pun jadi isu. Gara-gara nak lari dari Abang Shaz aku naik basikal. Masa itu memang aku tak fikir pandai ke tak janji lari. Penamatnya aku terhumban masuk longkang. Sehari jugak aku sental badan kena air longkang. Shaz apa lagi gelak guling-guling la. Dia cakap hukum karma.
“Itulah derhaka dekat aku lagi” aku baling sabun buku dekat dia.
“Ini semua pasal kau la”
“Aku pulak. Kau pergi rosakkan projek aku kenapa?”
“Projek kau itu melibatkan aku. Habis bedak dan minyak wangi aku kau curi. Tulis surat cinta sampaikan novel-novel aku hilang. Kalau ya pun nak ciplak ayat, agak-agak la.” sembur aku.
“Kau tak nak akak ipar ke?”
“Woi umur tak baligh lagi sibuk pasal akak ipar”
“SPM pun tak lepas lagi” sambung aku.
“Ini namanya master planing” aku simbah air dekat dia. Tuala yang terdapat ditepi tangga aku capai. Lap-lap tubuh biar kering sikit. Seluar yang basah aku tanggalkan. Tuala menjadi pelindung.
“Dini akukan abang kau kena la tolong aku” Shaz ikut aku naik atas rumah. Aku terus menuju bilik baik. Bersihkan apa yang tertinggal.
“MALAS” jerit aku lantang. Pintu bilik air aku hempaskan.
“Apa yang digaduhkan itu. Tak cukup ke mandi dalam longkang”
“Dini itu umi.”
“Abang mulakan dulu” jerit aku dari bilik air. Umi dah bising.
“Kamu itu Shaz sebagai abang jangan la nak buli adik” aku sengih dengar sayup-sayup suara umi marah Shaz sebelum mula mandi wajib akibat jatuh longkang. Berapa hari la boleh hilang bau ini?
Itu kenangan aku naik basikal. Heboh sekampung pasal aku jatuh longkang. Itu kali pertama dan terakhir aku nak basikal. Takut sikit nak naik basikal. Takut terbabas lagi.
“Hah fikir apa itu?” tepukan dari Elin buat aku kembali ke alam nyata.
“Ini mesti fikir pasal malam pertama”
“Choi” jerit aku. Kak Achik memang suka bab-bab ini.
“Choi konon. Malam nanti kena hadap jugak” sakat Moon. Sepupu-sepapat aku dua ini memang nak kena.
“Pemikiran aku ini masih suci lagi dari anasir-anasir tak betul macam korang” Back up aku.
“Suci ke? Entah-entah lebih advanced dari kita orang” Elin dah join sekaki jadi tak betul.
“Dini lepas ini kau jangan lupakan kita orang pulak lepas kahwin ini” Elin dah bersuara sayup.
“Kenapa pulak nak lupakan.?”
“Yelah lepas ini sibuk berkepit dengan laki kau, sampai aku pun kau lupa. Dahlah aku kena tinggal sorang-sorang”
“Eleh lepas ini kau pun nak kahwin jugak”
“Elin senang cerita kau lepak dengan kami” Kak Achik dah masuk jarum.
“Betul itu. Kita tak payah fikir pasal pasal budak ini” Moon dah tolok bahu aku. Kepoh kejap bila mereka bertiga sudah bercerita itu dan ini. Yang jadi mangsa aku.
“Hah anak dara bising apa ini? Sampai luar dengan. Dini dah siap belum. Kejap lagi majlis nak mula.”



Babah dah ambik tempat depan Awal. Awal kelihatan cukup tampan dengan persalinan dia itu. Kata babah dia sendiri yang akan mewalikan aku. Akukan satu-satunya anak perempuan kesayangan babah. Aku duduk bersimpul atas bantal yang disediakan. Fikiran aku tak ada dekat situ. Mata aku fokus pada dia, dia yang memakai baju melayu warna biru laut. Tema pengantin lelaki. Mata kami bertemu. Dia hanya tersenyum. Senyuman itu kelihatan sedikit sayu.
Kenapa Ashari? Kenapa kau sedih? Inikan kemahuan kau? Bunyi sekeliling menjadi bisu. Terasa ruang itu hanya ada aku dan dia. Dia masih menunjukkan reaksi yang sama. Aku benci dia!
“Dini” bisikan umi buat aku berpaling. Awal dah berada dihadapan aku. Dia tersenyum manis.
“Hulurkan tangan itu” aku menurut kata-kata umi. Masih blur kejap. Sebaik sahaja tangan aku hulurkan sebentuk cincin tersarung cantik dijari manis. Satu kucupan hinggap didahi aku. Aku tahu saat itu aku tak boleh berpaling.
“Terima kasih” bisikkan Awal membuatkan aku terasa sayu. Aku dah sah menjadi milik Awal. Ucapan tahniah dan pancaran kamera tidak putus-putus aku terima. Situasi itu berlaku dengan pantas tanpa sempat aku jana. Selamat pengantin baru Syazwani Farini Binti Ahmad Akhbar.




~bersambung....

2 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

selamat pegantin baru syazwani n awal semuga kekal hingga ke jannah.akhir nyer sah dini milik awal,tp nape shaz cam sedeh plak???ade pape ker cik writer yg terselindung di sebalik perkawinan awal dn dini...suspen nyer...nk lg cik writer...

o-ReN berkata...

terselindung...?
banyak yg terselindung...
tpi syg dini tak tahu apa2..huhuhu
in sha allah akan mnyusul...^_^