Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

27 Julai 2013

M-Mini: Suddenly It's Magic 12








“Berapa kali saya cakap saya tak suka” aku terkejut. Jeritan Awal membuatkan aku menarik nafas. Bunyi pintu bilik yang dihempaskan membuatkan aku mengucap. Awal sudah pun duduk atas katil dengan perasaan marah. Dia merenung aku tepat. Parah! Dia dah marah.
“Tak salahkan niat sayang” lembut aku bersuara. Berjalan menghampiri dia dan mengambil tempat dihadapan dia. Tangan Awal dipegang lembut.
“Salah semuanya salah” dia merengus. Amboi marah betul suami aku ini.
“Memang salah. Salah bila kita ubah fitrah kejadian. Lelaki pasanganya wanita dan wanita pasangan dia adalah lelaki. Jangan jadi kaum Luth. Kaum yang dilakhnat. Adam pasanganya Hawa. Dah tertulis perempuan dilahirkan dengan tulang rusuk lelaki. Sudah tentu apa yang berlaku sekarang lari dari fitrah asal” ayat-ayat itu lembut aku suarakan. Dia tahu semua itu. Kami belajar agama dan mengaji sama-sama dengan guru yang sama. Kenapa dia jadi begini?
“Tak kisahlah tapi saya tak suka awak sesuka hati buat keputusan macam ini. saya tak suka” hilang sudah perkataan sayang dan hubby. Kemarahan Awal buat aku terasa terpukul. Dia jarang marah aku. Aku perlu kuat untuk menghadapi semua ini. Aku nak dia ‘sihat’ seperti orang lain. Dia memang sihat luaran tapi dalam tidak.
“Salah ke kalau sayang aturkan sesuatu yang terbaik untuk hubby. Mungkin Dinda mampu membuatkan hubby berubah. Berubah untuk menjadi lebih baik dan mengisi ruang dalam hati hubby” dadanya aku sentuh perlahan. Senyuman dilemparkan pada Awal.
“Apa yang awak nak sebenarnya ini?”
“Sayang nak hubby belajar mencintai dan dicintai oleh orang yang selayaknya. Sayang tahu Dinda adalah yang terbaik”
“Siapa awak nak putuskan semua hal hati dan perasaan saya?”
“Syazwani Farini, sahabat dan isteri hubby” ujar aku yakin. Awal senyum sinis. Senyuman itu membuatkan aku rasa kelainan.
“Sahabat? Isteri? Okay kalau setakat nak buktikan yang saya ini seorang lelaki sejati sekarang pun boleh” Awal dah pegang kedua belah tangan aku. Melihat muka dia yang sinis itu membuatkan aku hilang kata-kata.
“Hubby ken…” belum pun sempat aku berkata-kata tubuh aku ditolak kebelakang. Sesuatu akan berlaku berdasarkan riak wajah itu.
“Sekarang kita tengok boleh lagi ke awak paksa saya kahwin dengan orang lain bila saya buktikan semua ini” aku diam. Mencerna maksud dia barangkali. Aku meronta-ronta. Cengkaman pada tangan membuatkan aku menahan sakit.
“Sakit la hubby” dengan nada sangkut-sangkut aku bersuara. Awal sudah kelihatan seperti orang lain. Rakus membuat sesuatu pada tubuh aku. Kenapa ini? dalam masa yang sama aku hanya mampu membiarkan sehingga la sesuatu yang tak jangka berlaku.
Dia…dia… aku dah kaku. Tiada lagi rontaan. Malah aku hanya membiarkan perkara itu terjadi. Memujuk hati. Sungguh ke ini adalah Awal yang aku kenal. Dalam tak sedar air mata aku merembas keluar. Tak tahu air mata ini untuk apa. Sedih, kecewa, gembira ataupun terluka.



Peristiwa malam tadi buat aku tak tentu arah. Dia dah berubah. Siapa Awal Uzairi yang sebenarnya? Dia ke Awal yang aku kenal dulu? Kacang panjang di tangan aku patahkan mengikut emosi. Langsung tak sekata potongan tersebut. Pili air aku tutup perlahan sebelum mengeluh.
“Semalam itu apa erk? Ke aku yang berangan sampai bulan?”
“Tak. Itu bukan berangan tapi kenyataan” sampuk satu suara. Aku berpaling. Awal dah berdiri sambil memeluk tubuh. Lagaknya seperti orang mintak hutang. Aku turut berpaling dan memeluk tubuh mengadap dia.
“Kenyataan yang macam mana itu?” duga aku.
“Kenyataan yang saya ini bukan seperti yang disangkakan”
“Bukan yang disangkakan itu macam mana” Awal dah ramas kuat rambut dia. Serabut dah la itu.
“Saya bukan gay. Faham!” jeritan buat buat aku terhenyut. Dia bukan gay! Apa ini?
“Oh jadi bukan gay dan maknanya boleh la kahwin dengan Dinda” tujuan utama aku kena utamakan. Aku nak dia bahagia. Orang yang aku sayang bahagia.
“Balik-balik Dinda…Dinda…Dinda… itu sebab saya tak suka awak cakap dengan dia. Awak itu lembut hati tahu tak. Sampai bila-bila pun saya tak akan kahwin dengan dia. Faham” Awal dah berlalu dengan perasaan marah dia. Aku menarik nafas. Hampir rebah berdepan amukkan dia.
“Dan awak pun kena faham kenapa saya buat semua ini” kalau la aku boleh terus-terangkan senang. Aku kembali menyediakan hidangan tengah hari. Nanti lapar pulak suami aku. Suami?
Tolong la Dini. Kenapa la kau jadi sadis sangat ini. Cuba la beriak emosi sikit. Batin aku dah kuat menjerit dan meronta-ronta. Lambat-lambat air mata mula turun. Aku tak faham dengan gerak hati ini. Kenapa semuanya berubah? Kenapa aku lemah.






“Hubby makan” saat Awal melangkah masuk rumah aku memanggil. Dah malam dia baru balik. Sibuk sangat dengan kerja dekat pejabat itu agaknya. Awal berjalan perlahan menuju meja makan. Dia berdiri seketika dimeja makan. Wajah kusut dia memandang jelas wajah aku. Aku masih buat selamba.
“Jom” tangan aku ditarik mengikut dia.
“Pergi mana? Tak nak makan ke?” aku menjawab lurus. Kenapa tarik tangan pulak ini. Aku telan air liur saat langkah kaki kami berdiri dimuka pintu. Dia menarik kasar tubuh aku dan menolak aku ke arah katil.
“Hubby…” perlahan aku bersuara. Takkan la peristiwa semalam akan berlaku.
“Saya akan buatkan awak berhenti cakap pasal suruh saya kahwin lain dan untuk membuktikan saya bukan gay, akan ada zuriat lahir yang hasil dari benih saya.” mendatar suara Awal. Aku dah tergamang.
“Jangan…” aku menolak Awal perlahan dari menghampiri.
“Kenapa? Teruk sangat ke saya ini pada pandangan awak?”
“Jangan bukan macam itu.”
“Cakap Dini cakap!” aku dah terdiam. Melihat kebisuan aku, Awal dah mula bertindak. Aku seperti orang bodoh hanya membiarkan. Semuanya sebab aku tak boleh nak bagi jawapan pasti untuk dia. Masa yang berlalu membuatkan aku menagis perlahan.
“Dini” Awal bertindak memeluk tubuh aku lembut. Dalam kesedihan aku hanya mampu berserah. Dahi aku terasa dikucup lembut.
“Kenapa buat Dini macam ini?” soal aku dalam tangis.
“Sayang Dini. Sayang dan cinta untuk seorang Syazwani Farini” penuh sahdu dia mengucap kata-kata itu.
“Tipu. Awal tak sayang Dini” bentak aku. Aku menolak tubuh Awal. Malangnya semakin kuat aku menolak tubuh awal dari pelukan makin kuat dia memeluk.
“Tak pernah pun perkataan sayang dan cinta itu tak ada untuk Syazwani Farini” esakkan aku semakin menjadi. Kenapa sekarang? Kenapa tak dulu lagi? Kenapa waktu aku dah suntuk kebenaran ini terbuka. Kenapa?
“Tak nak. Dini tak nak. Dini nak Awal cintakan orang lain. Jangan Dini” bentak aku kuat. Semakin kuat aku menolak tubuh Awal. Sebaik sahaja pelukan terasa longgar dengan pantas aku turun dari katil. Kain tuala dicapai untuk menutup tubuh aku. Bilik air dituju.
“Dini…Dini…” bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan esakkan aku semakin kuat. Tak nak Awal. Tak boleh! Hati aku dah mati.



Bunyi enjin kereta meninggalkan perkarangan rumah membuatkan aku bangkit perlahan dari tidur. Semalaman dia berkurung dalam bilik tamu. Semuanya gara-gara nak mengelak dengan Awal. Tanpa makan dan minum cukup membuatkan aku lemah.
Masa Awal pergi kerja la waktu terbaik untuk dia menjalankan aktiviti rahsia dia. Air mata dari semalam tak putus-putus jatuh. Pedih ulu hati dah menyerang dan tekak mula terasa mual tiba-tiba. Masa inilah dia akan melayan semua bentuk penyakit dan menahan segala kesakitan bila berdepan dengan Awal Uzairi.
Biar la sisa yang ada untuk dia mencari penganti yang akan menjaga Awal kelak. Dia dah putus asa. Tombol pintu dipulas. Rentak kaki mula mengatur ke arah bilik. Bilik yang mencorak selangkah lagi ke hadapan dalam fasa hidup dia.



Masuk ambang tengah hari aku dah rasa lain macam. Hari ni off pergi hospital. Tak larat. Kertas dekat tangan aku tenung. Surat persetujuan untuk poligami. Ya Allah harap semua ini akan baik-baik. Itulah doa aku tak putus-putus.
Aku nak pergi dalam hidup Awal perlahan-lahan. Tak sangka dah lama aku berada dalam hidup lelaki itu. Buku berwarna coklat yang nak lusuh itu aku capai. Kaki dinaikkan diatas sofa. Mencari keselesaan untuk menyambung bacaan yang terhenti.


‘Dini itu lembab. Apa yang aku cakap semua dia loading. Macam mana la aku nak cakap yang aku memang suka kat dia sebelum dia kenal erti cinta. Haila Dini. Aku rasa nak cekik-cekik kau yang lembab ini la’

‘Nak tak nak terpaksa aku cakap kat dia aku gay. Sibuk nak kenankan aku dengan kengkawan dia. Mentang-mentang la dah ada pakwe. Woi Dini aku ini normal la. Aku jadi gay ini pun sebab nak suruh kau dari berhenti paksa aku bercinta. Aku nak bercinta dengan kau aje. PAHAM!’

‘Berpinar mata aku nak tengok dia dengan abang Ashari berkasih. Tabah-tabah hati. Aku akan bahagia bila kau bahagia Dini’

‘Kenapa ini? kau tahukan Dini aku akan buat apa sahaja untuk kau. Apa SAHAJA. Cakap la aku akan turuti’

‘Kahwin? Minah loading itu ajak aku kahwin? Serius rasa nak melompat tahap tak hingat. Aku tahu hati kau tak ada dekat aku. Jadi aku benarkan kau cintakan abang Ashari. Yang abang ni pun satu. Suka sangat sakitkan hati Dini ini pasal apa. Dia tak tahu ke Dini sakit, hati aku sakit. Selamat dah bagi sebijik dua. Geram ini…geram…’

‘Abang dah tahu ke aku suka kan Dini sejak dari mula lagi. Itu sebab ke dia mencemari kepala otak Dini. Sampaikan minah itu aku tengok semakin menjadi tahap blur dan lembab dia’


Tergelak aku baca coretan Awal. Mamat ini ada diari babe. Ini pun jasa abang Ashari. Dia cakap aku perlu nilai mana kaca dan permata. Lepas baca ‘Hikayat Awal’ ini hati aku dah terbuka. Betul kata abang Ashari aku lebih cintakan Awal dari dia. Pelikkan. Aku sendiri pun tak sedar. Betul la kata abang Shaz orang keliling yang kena beritahu apa yang ada berlaku disekeliling. Tuan punya badan lembab semende. Ayat kasar tapi aku terpaksa akui. Buktinya aku tak pernah nak menilai cinta aku pada Awal.
Asyik-asyik Ashari. Bila fikir balik aku suka dekat Ashari pun sebab Murni selalu momokkan aku dengan abang Ashari dan sekaligus buat aku suka dekat mamat itu. Bertahun rupanya aku duk menyemai cinta tah apa-apa. Selamat la abang Ashari sedar. Nak harapkan aku sedar? Mmm… kena tunggu orang sedarkan la gamatnya.
Aku menahan batuk. Parah sudah. Tapak tangan dah mengelurkan cecair yang aku memang elakkan dari keluar. Tergesa-gesa aku berlari ke arah singki. Susahnya nak menghadapi dugaan-Mu.



Surat poligami aku letakkan diatas meja katil. Berharap yang Awal akan nampak. Aku harap sangat Awal akan setuju. Dia yang cakap apa sahaja untuk akukan. Aku dah tak boleh jadi penghuni bilik ini lagi dah. Sebab semakin lama aku jadi penghuni sini semakin teruk aku akan merasa sakit.
Pintu bilik tahu aku kunci dari dalam. Awal dah balik. Bunyi pintu utama dibuka cukup membuatkan aku meneka. Badan direbahkan diatas katil. Suasana diam. Tiada lagi aku yang akan sambut dia baik, tak ada lagi kata-kata baku dia. Tak ada lagi bunyi panggilan hubby dan sayang. Semuanya sudah menjadi kekok.
“Dini…Dini…bukak pintu ini” aku tersentak. Awal dah datang mengamuk. Bantal aku gunakan untuk tekup telinga. Tak nak dengar.
“Dini ini apa ni. Apa masalah awak!” jeritan Awal membuatkan kolam takungan aku pecah. Aku masih dia dalam bilik itu. Tak ada tanda nak keluar. Suhu penyaman udara aku kuatkan. Terasa peluh dah penuh badan aku. Perut dah terasa mencucuk kuat.
Dalam tak sedar aku bangkit dan menuju ke arah meja. Mencari pembantu yang boleh menghilangkan semua sakit. Dalam tak sedar kaki aku tersadur dan tanpa sengaja pasu diatas meja tertarik dan pecah. Dalam masa yang sama aku terasa sesuatu seperti berpusing.



“Sejak bila lagi ini dia dah ada sakit?”
“Awal tak tahu umi. Awal tak tahu. Dini tak pernah nak kongsi dengan Awal. Dia lebih suka jadi pendiam. Awal salah umi. Awal tak dapat jaga Dini. Awal yang salah”
“Sudah la. Jangan salahkan diri itu Awal. Babah tahu ini bukan salah Awal. Dini memang macam itu”
“Sudah la kak. Sudah nasib anak saya. Itu tandanya Dia sayang umatnya”
“Kenapa Awal? Bukankah dia adalah jiwa kau? Kenapa kau biarkan dia? Aku lepaskan dia untuk kau Awal. Aku tahu kau lebih cintakan dia dari aku”
“Kak Dini bangun la, Ijat tak suka la tengok akak terbaring ini”
“Umi macam mana dengan Dini? Shaz drive dari selatan ini”
Terasa suara-suara orang kesayangan aku kini berkumpul dikeliling aku. Cuma aku tak mampu berada dalam keriuhan mereka. Suara-suara mereka membuatkan aku terasa ingin bangkit dari terbaring. Ya Allah bantulah hambamu ini.
Suara yang membuat hati aku diremuk sakit adalah Awal. Dapat terasa kehangatan tangan itu. Keadaan yang riuh itu kembali surut. Aku dah cemas. Semua jangan tinggalkan Dini.
“Dini hubby mintak maaf. Hubby banyak sakitkan hati Dini. Hubby mintak maaf” sekali lagi hati aku tersentak. Ya Allah aku nak bangkit. Tolong la.
“Memang dekat hati sayang nama Awal Uzairi tak pernah ada ke?” Ada! Selalu ada. Cuma tuan punya badan yang bodoh tak kenal hati sendiri.
“Kenapa rahsiakan penyakit ini sendiri? Sebelum ini antara kita tak ada rahsia?” sebab penyakit ini menghadkan rasa sayang Dini dekat Awal!



~~bersambung..

berkira nak bt happy or sad ending..huhuhu




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedihnyaaa entry kali nim..kalau smbung lgi sikit, konfem dh gugr air mata saya ni...

yoo zara berkata...

better smbg happy ending
kite nk gumbira ja neh

o-ReN berkata...

TN sedih erk? itu pun dah puas melencung bagi tak sedih....^_~

Tanpa Nama berkata...

happy ending please..awal kena tahu yang dini pun sayang dia..

o-ReN berkata...

yoo zara gembira-gembira??heheheh...
akan mencuba..hahhaha

o-ReN berkata...

TN II kenapa la dini itu lembab tahap siput sedut ya...

baby mio berkata...

SEDIHNYA JANGAN LAH APA-APA TERJADI KAT DINI.

Tanpa Nama berkata...

Nak happy endinggggggggggggg. Tak moh ending ala drama Korea taun 90an huhu

o-ReN berkata...

baby mio mungkin inilah pnghakhiran kisah mereka...huhuhuh....

TN III korea 90an...?? ish2 mcam itu sekali...hahahah

nursya berkata...

Biar a happy ending... X best bln puasa nie nk nangis2... Huhuhu

o-ReN berkata...

nursya apa la nasib....~_^