Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

23 Julai 2013

M-mini: Suddenly It's Magic 11










Bab11


“Susah sangat ke Dini nak paham apa cakap saya” aku diam dengar amukkan dia. Entah la aku pun tak tahu nak ulas apa. Sejak kebelakangan ini aku jadi lebih pasif banyak diam.
“Tapi Dini tak buat apa-apa pun. Hanya borak-borok kosong” bela aku. Yelah kata kawan sepejabat dia. Tak salah aku borak-borak. Lagipun Awal yang tinggalkan aku sorang-sorang dekat majlis tadi. Ini nak marah kan aku. Bosan apa sorang-sorang. Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang boleh aku bual.
“Saya tak suka” Awal dah hempaskan badan pada tilam. Aku yang duduk atas kerusi membelakangi meja solek hanya diam memerhati.
“Kenapa hubby marah? Saya cakap dengan perempuan kot. Kalau lelaki yelah nak marah-marah” tiada lagi panggilan sayang dan hubby. Hanya saya dan awak. Nampaknya memang dia marah.
“Saya tak suka awak rapat dengan dia” lirih suara dia. Ini yang aku nak tahu sangat-sangat ini. Awal ada apa hubungan dengan perempuan itu ke? Lain macam betul dia warning aku.
“Dia rakan hubby”
“Dia bukan rakan saya” laju Awal bersuara.
“Tak nak story?” pujuk aku. Mana tahu ada sesuatu yang menarik akan aku dapat.
“Dah la. Malas nak cakap pasal benda ini” Awal dah bangkit dan mencapai tuala sebelum melangkah menuju bilik air. Aku berpaling pada meja solek. Toner aku capai dan mula membersihkan muka dengan mekap dinner tadi. Walaupun tak mekap sangat tapi lebih baik kalau kita buang. Mana tahu boleh datangkan jerawat dekat muka. Bahan kimia ini bukan elok sangat.
Peristiwa dekat majlis syarikat Awal buat aku berfikir. Siapa perempuan itu? Kenapa Awal tak suka? Dia hanya sembang kosong sahaja. Tak ada pulak benda-benda yang berat yang membolehkan dia dan Awal bergaduh pasal perkara ini.


“Isteri Awal?” sapa seorang wanita. Aku mengangguk. Tangan dihulurkan. Kami berjabang tangan untuk seketika.
“Syazwani”
“Hardinda”
“Cantik nama” rasa dah jatuh hati pada nama itu.
“Hanya sebaris nama” dia bersuara. Ada ketenangan dalam suara itu.
“Rakan sekerja Awal ke?” soal aku. Gaya macam dia kenal aku dengan baik.
“Satu office” dia senyum. Senyuman nipis itu buat aku rasa terpukau.
“Oh… datang dengan siapa?” aku pandang keliling. Kot-kot ada yang meneman.
“Sorang.” Dia tersenyum.
“Ingatkan berteman” gurau aku.
“Teman? Tiada siapa yang sudi jadi teman” dia turut menyambut gurau aku. Kami ketawa kecil.
“Tak kan la tak ada admire kot.” Masa ini la nak korek rahsia. Aku ini mulut jenis nak kepoh aje.
Admire itu adalah tapi dia itu yang tak sudi.” Wajah Hardinda sedikit kendur. Dah nampak dah kekecewaan dia itu.
“Wah kenapa macam tu pula. Ini tak cukup usaha kot” pujuk aku. Aku pernah rasa cinta tak kesampaian. Jadi bila orang lain dekat tempat aku, aku rasa bertanggungjawab nak bagi cinta dia berjaya. Baik tak aku. Sempat jugak aku puji diri sendiri. Chewah!
“Tuan punya badan…”
“Eh sayang borak pasal apa ini”
“Erk…” potong line betul la laki aku ini. Baru aku nak dengar story dari Dinda. Aku pandang Dinda yang hanya tersenyum hambar. Awal mengangguk tanpa menyapa Dinda.
“Tak ada apa. Borak kosong dengan Dinda. Hubby kenal?” soal aku. Awal dah peluk pinggang aku. Kepala aku yang bersalut tudung dikucup lembut. Amboi buang tabiat betul tengah-tengah orang ramai ini. Aku sengih. Tutup malu dengan Dinda sebab melihat perangai terlebih mesra Awal.
“Kenal satu pejabat” Dinda mengangguk mengiyakan. Tapi ada satu yang buat aku kurang senang. Kenapa muka Awal tegang semacam. Musuh ke?
“Dinda…”
“Sayang jom makan. Dari tadi hubby tengok sayang tak makan” pintas Awal. Tak makan? Bukan tadi dia dah bagi aku makan ke? Asal kemain pelik lagi ini.
“Tapi sayang baru nak ajak Dinda….”
You tak kisah kan kalau I ambik sayang I ini. Risau pulak dia tak makan lagi” Awal dah pandang Dinda. Dinda yang dari tadi senyap hanya mengangguk. Kesian pulak. Baru nak borak rancak lagi.
“Tak apa” perlahan dia bersuara. Riak macam terpaksa senyum. Awal dah tarik tangan aku. Terkedek-kedek aku ikut langkah dia.
“Jangan cakap dengan dia” tegas Awal bersuara.
“Kenapa? Bukan dia kawan abang ke?”
“Tak kira la siapa pun. Kalau boleh elakkan diri dari bertemu dengan dia” Awal dah capai kek vanilla chesse dan sumbat dalam mulut aku. Baru nak buka mulut dah kena sumbat. Apa punya laki la.
“Tapi kenapa?” soal aku perlahan. Mulut dah penuh dengan kek. Tangan Awal menyapu sisa kek yang berada ditepi bibir aku sebelum membawa ke dalam mulut dia. Tabiat dia.
“Bukan best pun” jawapan penuh curiga.
“Pelik” terpancul jugak perkataan itu dari mulut aku. Mamat Awal ini dah kenapa?
“Tak ada yang pelik pun sayang” Awal dah enak menjamu selera. Kalau cakap dengan Awal memang susah. Nak-nak sejak kahwin ini. Perangai macam dah berubah sikit. Tak tahu la. Aku yang berubah ke dia?
“Awal” aku mengeluh sekali lagi. Awal dah berjalan menghampiri lelaki bersut hitam pekat tersebut. Dia tunjuk symbol kejap dekat aku. Aku hanya mengangguk. Tinggal aku sorang lagi. Pinggan yang penuh dengan kek dan biskut aku pandang.
“Kau la kawan aku sekarang” cookie coklat itu aku sumbat dalam mulut.
“Awal itu orang kuat syarikat” aku kalih tepi. Dinda datang bersama pinggan kek. Ada kawan.
“Macam itulah dia. Kalau dengan kerja sibuk semeda” aku mengangguk. “Sorry la tadi. Dia itu mengacau kita pulak”
“Tak apa. Bukan ada masalah pun”
“Kita kat mana tadi?”
Dinda senyum. “Admire” aku angguk. Iyap dekat situ.
“Jadi Dinda tak share dengan saya ke siapa admire awak itu. Mana tahu saya boleh tolong” kening aku jungkit.
“Kalau saya admire Awal Uzairi?” aku diam. Cari raut wajah dia. Serius semacam. Perlahan aku ketawa kecil.
Sorry. Tak bermaksud apa-apa.” Aku tahan ketawa. Maaf la cik kak.
“Kenapa? Tak percaya ke?” muka dia dah keruh semacam. Macam tak puas hati pun ada.
“Percaya. Kenapa tak percaya pulak. Soal hati dah perasaan bukan benda main-main” terang aku.
“Dah itu kenapa awak ketawa?” aku berdehem. Cuba mengawal tawa dari meletus sekali lagi.
“Sejujurnya rasa bahagia ada orang sudi admire Awal. Selama ini awak tak pernah nak cerita apa-apa dengan saya” akhirnya aku dapat jugak satu cerita baru. Baru tak baru la. Nak harap Awal cerita dalam mimpi pun belum tentu
“Sayang jom balik” dia ini. Suka muncul dengan tiba-tiba. Mata dia ada aura merah.
“Dah habis ke?” soal aku. Silih ganti pandang Awal dan Dinda. Dinda dari tadi pandang muka Awal dengan penuh minat dan Awal buat muka toya. Macam Dinda tak wujud pulak. Kesian pulak kaum aku ini.
“Dah rasa. Rasa penat pulak. Jom balik. Nanti boleh manja-manja.” Awal dah senyum lain macam. Ceh manja-manja konon. Awal dah tarik tangan aku ikut dia. Nak tak nak terpaksa la aku ikut dia. Aku sempat melampai Dinda sebelum pergi.
Balik dari majlis itu Awal dah start membebel tak henti-henti. Aku rasa tak salah kot aku hanya tukar-tukar cerita dengan dengan Dinda. Cuma tak sangka ada Awal dalam cerita itu. Dinda adalah Dinda. Siapa perempuan itu mungkin terjawab. Cuma siapa perempuan itu dalam kehidupan harian Awal yang tak terjawab lagi.



Slip kertas rawatan dari pemeriksaan tadi buat aku diam dan perlahan-lahan mengeluh. Nasib badan. Dugaan yang tak pernah nak surut dalam hidup aku. Secara jujurnya aku terima semua ini. Mungkin aku ini jenis yang tak ambik kisah kot. Prinsip aku senang. Benda yang berlaku sekarang kena hadap tanpa banyak soal. Mungkin itu sebab buat aku jadi macam lurus dan tak ada perasaan kot.
“Dua minggu dari sekarang kena buat rawatan” kata-kata doktor buat aku mengeluh untuk kali kedua. Tak sanggup nak hadapi perkara lama.
Bunyi hon dari kereta Rush dihadapan aku buat aku bangkit dari kerusi batu yang berada di taman hospital. Aku tarik nafas. Menyedut kekuatan alam untuk menjadi penenang aku. Langkah kaki aku semangat kan. Aku kena bertahan seperti dulu. Berharap yang rahsia dulu tak pernah nak terungkai.
“Macam mana?” soalan pertama awal sebaik sahaja aku menapak dalam kereta dia.
Aku senyum. “Gastrik biasa”. Awal berkerut.
“Sayang ini reti jaga makankan. Dari zaman study lagi.” Bebel Awal. Aku diam. Nanti aku rindu sikap dia.
“Benda yang orang larang itu la yang dia suka buat. Degil tak pernah nak surut. Nanti dah sakit siapa yang susah” aku kalih pandang awal. Muka kerisauan jelas kelihatan. Riak yang sama sewaktu aku sakit sebelum ini. Tak kira la sakit apa pun. Demam ke batuk ke selsema ke? Semua jenis penyakit dia tetap akan risau. Walaupun aku hanya sakit biasa. Tangan Awal yang berada pada gear aku pegang. Dia kelihatan tersentak.
“Lamakan tak rasa zaman dulu-dulu. Zaman riang-ria kita” ujar aku. Pemandangan aku buang.
“Zaman riang-ria dah tamat sudah. Sekarang zaman awak, saya, kita dan masa depan” aku ketawa. Dah macam tajuk novel pun ada.
“Hubby…”
“Mmm….”
“Pernah tak hubby pandang sayang sebagai wanita bukan sahabat mahupun home mate?” aku nampak dia tersentak.
“Sakit gastrik ni boleh buat emosi kita tak teratur erk?” soal Awal lurus. Mungkin pelik kot dengan perangai aku sekarang. Meledak jugak ketawa aku. “Sejak Syazwani Farini jadi isteri Awal Uzairi tak pernah hubby sayang ini pandang sayang macam patung. Dini yang nakal dan mencuit hati dah jadi ratu dekat dalam hati ini” tangan aku digengam dan dibawa ke atas dadanya.
“Ayat jiwang tak habis” Awal ketawa mengekek. Suka la itu kenakan aku.
“Kenapa ini? ada yang tak kena ke?” suara Awal serius. Aku diam.
“Awal, aku rindu la zaman kegemilangan aku” ton suara dan emosi aku dah berubah. Gaya pertuturan dah balik zaman dulu-dulu.
“Kau kenapa ini Dini?” Awal sama bermain rentak dengan aku.
“Aku rasa down la”
“Aku ada. Tak pernah dalam sesaat aku berpaling dari sisi kau” kata-kata Awal sering menjadikan aku sebagai penawar.
“Hubby boleh tak kalau sayang nak berhenti kerja dan nak jadi isteri sepenuh masa?” sesi meluahkan perasaan untuk seketika sudah tamat. Awal tersenyum sebelum mengulas pipi aku perlahan.
“Kenapa tak boleh pulak. Boleh sangat. Nanti tak adalah hubby awak ini rasa cemburu bila ada mata-mata pandang sayang hubby dekat kolej dia” aik ada orang usha aku ke? Kenapa aku tak tahu tapi dia pulak tahu.
“Merepak je. Siapa la nak pandang sayang hubby oit. Dah kahwin pun”
“Itulah sayang. Awak itu mana la reti nak pandang kiri kanan. Suka betul duduk dalam zon dia. Sehingga zon keliling yang berubah pun tak sedar.”
“Zon macam mana?”
“Banyak benda yang berubah” dia mengeluh.
“Antaranya?”
“Antaranya kita. Sekarang kita bukan pegang title kawan sahaja tapi title husband and wife with friends.”
“O…kay…” itu aku tahu.
“Tak ada lagi krisis panjat pagar dan ayat sarkastik”
“Oh” tak tahu nak cakap apa. Macam tak ada kaitan aje.



“Kadang-kadang kita kena care pasal sikap seseorang. Mungkin kita akan tahu sesuatu yang penuh makna” keyboard ditekan. Tulis surat berhenti pun terganggu dengan kata-kata Awal tadi. Lepas hantar dia dekat rumah Awal terus pergi kerja. Itu pun dia yang suruh. Kalau ikutkan firasat memang Awal tak pergi kerja lepas hantar di klinik.
“Dia nak kata suruh tengok sikap dia ke?” dagu ditongkat. Mata dah terkebil-kebil. Banyak-banyak ayat, ayat itu yang dia ingat. Rasa macam dekat dengan hati. Kan dah cakap aku ini akan jadi emosi terlebih bila dalam situasi macam ini.
Keyboard kembali ditekan. Mencari ayat untuk sudahkan surat rasmi ini. Dia bersandar. Kata-kata tadi asyik terbang macam burung helang dalam kepala dia. Rasa lain macam. Itu ayat jampi serapah kea pa? lain macam aje ayat tu duk melekat dalam kepala ini.
Mata dikalih. Tengok hendsat dah bernyala tanda ada mesej. Siapa lagi kalau bukan Awal.
Double H: dah makan ubat?
Ayat common bila ada penyakit. Laju tangan membalas dah.
Double H: kalau dah makan pergi rehat. Nanti kejap lagi hubby balik. Make sure ubat dah makan.
Pesanan penaja itu. Telefon diletak tepi meja. Tangan dah bergerak pada keyboard. Laju tangan taip surat berhenti. Sebaik print kertas tersebut dimasukkan ke dalam sampul yang memang sudah siap sedia untuk dia.
Laptop di off-kan. Kepala dah rasa nak meletup dan perut dah memulas. Muka rasa sejuk semacam. Takkan seawal ini ia menyerang? Peluk dekat dahi dah mula keluar. Cepat-cepat aku bangkit dari kerusi dan merebahkan badan pada katil. Takut tumbang atas lantai jenuh pulak bengkak badan. Sedar-sedar dah terlelap sendiri.



Rasa tubuh lesu semacam. Mata ini macam kena jahit. Telinga dah tangkap bunyi something. Digagahkan mata untuk buka. Terpancul tubuh Awal yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu.
Hubby?” Awal tersentak. Aku berkerut. Dah macam pencuri aku tengok. “Cari apa itu?” Awal dah tergaru sana tergaru sini sebelum berjalan menghampiri katil.
“Tak ada apa-apa. Cari dokumen pejabat” aku kalih belakang Awal.
“Kenapa cari dekat meja kerja sayang?” meja kerja dia ada dekat sebelah meja aku. Kenapa cari dekat tempat aku? Salah letak ke?
“Tak ingat letak dekat mana itu yang selongkar semua tempat” macam tahu-tahu aje aku perlukan penjelasan. Awal raba dahi aku. Sekali lagi aku berkerut.
“Orang tak demam la” bidas aku. Ada pulak!
“Eh tak demam erk? Ingatkan demam tadi” ini dah kenapa?
“Cuba cerita. Hubby cari apa dekat tempat sayang?” baik punya soalan. Awal dah kira-kira nak berlalu. Cepat-cepat lengan dia aku tarik. Dia duduk kembali. Kedua belah tangan aku mendarat elok pada pipi dia. “Story pleases” pujuk aku.
“Cari laporan rawatan sayang” perlahan dia bersuara. Aku mengeluh. Jangan mengeluh Dini. Aku tarik senyum.
“Oh… tak ada benda la. Macam laporan biasa aje. Macam la tak pernah tengok. Aku lepaskan pegangan. Tersenyum tengok muka Awal yang tak bersalah.
“Risau” ujar dia sepatah.
“Tak ada apa la.” Pujuk aku. Sama macam aku pujuk hati ini.
“Selagi tak nampak depan mata hati ini tetap risau” aku tarik sesuatu dari bawah bantal. Sampul warna coklat aku sua pada Awal. Lambat-lambat Awal capai.
“Ini laporan lepas” tak puas hati.
“Laporan bulan ini pun tetap sama. Gastik. Nak tunjuk yang baru pun benda yang sama jugak” Awal dah padang aku semacam. Gaya semacam. Macam detective conan cari suspek.
Don’t worry okay. Tak ada apa pun” aku nampak Awal macam mengeluh perlahan.
“Lapar?” aku mengangguk perlahan.
“Jom.” Tangan aku ditarik. Awal dah siap sedia berdiri tepi katil.
“Malasnya nak berjalan” penyakit malas aku dah datang. Tengok aku macam malas nak bangun Awal suakan belakang dia pada aku.
“Naik la” tengok jawapan positif Awal cepat-cepat aku bangkit dah melompat belakang dia.
“Yaaa” aku jerit kecil. Leher Awal aku peluk perlahan. Bagi aku tak terlentang ke belakang. Tapi tak ada la sampai cekik dia. Tak bernyawa pulak laki aku itu.
“Pemalas” cemuh dia.
“Ala isteri awak jugak” aku lentokkan kepala pada belakangnya. Nyaman. Sejak kebelakangan ini aku ada penyakit tidur belakang dia. Belakang yang bidang tu sentiasa hangat dan mendamaikan.
Tough kan. Itu sebab tiap-tiap malam ada orang cari belakang ini untuk tidur malam” dia ketawa. Dah perasaan dengan habit aku la itu. Belakang itu aku cubit perlahan. Tapi tak terasa la sakit. Cubit-cubit manja gitu. Erk? Manja? Sejak bila aku gedik semacam ini.
“Pandai dah mencubit ya ingatkan pandai mengigit aje”
“Bukan cubit, gigit aje semua pandai tahu tak”
“Tak tahu. Jom uji kepandaian nak?”
Bring it on” sahut aku. Awal dah senyum senget.
“Pandai kiss tak?” kenapa aku rasa langkah dia macam lambat-lambat aje. Aish…
“Pandai la”
“Cuba kiss sikit” Awal dah turunkan aku dekat kerusi meja makan.
“Boleh aje” sahut aku. Lantas tangan dia aku capai dan kucup. Itu kira kiss jugak kan. Awal dah senyum senget. Senyum senget dia lain macam kot.
“Oh”
“Apa yang oh nya?”
“Ingat kan kiss macam ini.” terus dia pegang belakang kepala aku dan tarik merapati mukanya dan…. Aku tergamang. Tolak tak. Marah tak. Suka tak, senang cerita aku tak tahu nak buat apa.
“Kalau macam ini rasanya sayang tak pandai” Awal dah sengeh kerang busuk tengok aku yang tergamang. “Tiba-tiba dah rasa kenyang pulak. Sayang makan la, hubby tak boleh nak teman. Sedap sangat. Rasa tak tak payah makan seminggu pun tak apa” ujar dia sebelum berlalu. Terkebil-kebil aku. Makanan yang terhidang atas meja aku pandang. Nasi lemak ayam berempah. Perlahan-lahan aku menjamah. Fikiran dah fiung dengan kejutan awal.
“Dia what? Bukan dia?” aku dah tak tahu nak cakap apa. Betul ke itu Awal? Klon tak? Ataupun itu hantu raya dia. Wa…. Seram!

~bersambung~~
cup-cup kalau ending dia macam ni boleh ke??
tak boleh??
makanya akan ada 1 lagi bab...huhuh
..fuhh....cepat-cepat la siap kan...huhuh..^_^

6 ulasan:

Tia Fatiah berkata...

alohhh ingat betul2 dah ending.. huhu.... nak lagi2.. >_<

norihan mohd yusof berkata...

dini ade sakit bahaya ker dek writer....akk tk sabar nk lagi...dedebar jer akk rase dek...suspennnn...hehe

Tanpa Nama berkata...

Dini saket apa? Nothing serious plssss. Awal dh jdi THE man hikhik seronok bca.. Kite pon terpegun gak ni bila die kish dini owhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

lol..habiskan lah citer ni..nak tahu ending..

baby mio berkata...

BEST...

o-ReN berkata...

cik tia: penghujung nak ending dah..hehhe..>_<

ciknorihan penyakit bahaya?? ish berdebar pulak aid nak tulis..huhu

tanpa nama 1: hahah kalu TN baca yang terpegun aid yang tulis lagi 2x terpegun..tak sangka2..hhehhe

tanpa nama II: tak ending lagi..^_^

baby mio: jemput2...terima kasih sudi singgah tempat aid berwarna oren ni,..^_~