Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

4 Julai 2013

Cerpen: Berapa KM/J?










Tiz pegang lembut bahagian dada. Dia berpaling. Mencari seseorang dicelah-celah kesesakan ramai. Tertoleh-toleh dia berpaling. Sebaik sahaja denyutan jantung dia mampu berdegup dengan lancar dia meneruskan jalan. TBS sudah penuh sesak dengan para pengunjung yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Tiket ditangan dipegang kemas. Nanti kalau hilang jenuh dia nak beli baru. Walaupun harga tak seberapa untuk tapi nilai itu cukup besar. Dia bukan la kaya sangat sampai perlu membuang duit begitu sahaja. Mungkin tadi mainan perasaan.



Tiz mengelurkan harta yang paling berharga untuk menjadi penemannya dikala sunyi. Perjalanan yang agak lama membuatkan Tiz bersedia. Earphone dikeluarkan dan disumbat ke dalam telinga. Lagu diomand by Raihana membuatkan Tiz terhibur. Tak sampai lima minat dalam bus dah membuatkan Tiz bosan. Sengaja dia naik bas awal. Malas nak tunggu dekat luar. Sesak sangat. Dia tak suka!
Umi, abah tunggu ore kelek deh! Pantai timur I coming! Jerit hati Tiz sebelum mengemaskan kedudukan dia di atas bus.



Tidur Tiz tergangu bila derapan jantungnya sekali lagi berdegup kencang. Dia bangkit. Kepala yang terlentuk elok ditingkap bus membuatkan Tiz lena. Selamat langsir sudah ditarik. Kalau tak orang luar nampak muka dia yang tidak sememeh itu. Tiz berpaling sebaik sahaja melihat ada penumpang lain disebelah.
Zapppp!!! Semakin menjadi-jadi degupan jantung Tiz sebaik sahaja melihat seorang lelaki yang sedang lena tidur sambil memeluk tubuh.
“Sejak bila aku masuk acara 400x400 meter ini. Ke main laju lagi jantung dia berdegup. Tiz berpaling membuang pandangan. Dia cuba memproses sesuatu dan sesuatu. sejak bila lelaki ini duduk diselahnya. Sebelum naik tadi tak perasaan lelaki itu. Malah sewaktu bus bergerak pun kelibat lelaki itu tiada. Lain macam ini.
Tiz Cuba melelapkan mata. Dia berpaling mengadap tingkap. Entah kenapa terasa muka diserbu merah.



Dia menguatkan lagi volume ipodnya. Tak suka! Tak suka! Hai la hati kenapa berlari laju sangat? Tiz mencuri pandang lelaki itu yang masih lena tidur. Sesekali dia cuba mengawal tingkahnya. Tiz selama kau hidup 24 tahun ini tak pernah pulak kau mengalami masalah ini.
Tiz dah tak betah lagi. PSP dah habis main. Berkali-kali la game. Lagu dah berpuluh-puluh kali berdengang lagu yang sama. Satu pun membuatkan dia masih tak lelap. Tak boleh jadi ini! Lantas dia mengejutkan lelaki disebelahnya.
“Wei...wei...” Tiz cuba menyedarkan lelaki itu. Parah betul la. Lelaki itu terpisat-pisat bangun. mamai!
“Dah sampai ke?” lelaki itu memandang sekeliling. Sebelum matanya menatap wajah Tiz. Lama!
“Sampai apanya. Ini aku nak cakap sikit” Tiz bersuara setelah agak lama diam. Dia nak jawapan sekarang. Kalau boleh dia tak nak lelaki itu duduk disebelahnya. Lelaki itu mamai sebelum menguntum senyuman. Tiz dah semakin membahang. Dia bangkit dari duduk sebelum menempuh kaki lelaki itu. Dia berjalan ke hadapan drive bus.


“Bakponyo?” soal Pakcik bus. Pelik melihat Tiz yang duduk ditangga bus. Pakcik Mansur adalah pemandu bus. Sejak dia duduk merantau ini membuatkan dia rapat dengan orang keliling. Setiap kali dia pulang ke kampung dia akan menaiki bus yang dipandu oleh Pakcik Masur. Kira dah geng la mereka ini. Pakcik Mansur yang turut berasal dari negeri kelahirannya membuatkan Tiz selesa. Dah macam kawan Tiz buat pakcik ini.
“Penyakit duk belake”  (Penyakit duduk dekat belakang)
“Bakponyo, tempat beso buie ko mu tu” yap seat yang biasa dia duduk setiap kali menaiki bus. Tak pernah bertukar.
“Pokcik ore raso laie pulok loni?”
“Bakpo pulak. Mu ini Tiz. mace-mace. Oyak molek gak” (macam-macam la kamu ini Tiz. cakap betul-betul la) rungut Pakcik Mansur. Dia masih fokus memandu bus. Gear bus sesekali ditukar mengikut kelajuan bus. Pakcik itu kan geng dia.
“Dok gini. Beloh ore ado mamat sore ini. Ore tak boleh nak duduk diye bilo dia ado beloh. Hati, jantung dan limpo ore duk berjoket kuak takut ore” aku meluahkan rasa yang menjerit dari tadi. Aku tak boleh duduk diam bila ada dekat sebelah mamat itu. semua rasa nak keluar.
Bakpo jadi gitu. Tiz duk nganca orang ko. Tok soh nak duk nganca ore la.”larang Pakcik Mansur. Memang la dia suka mengacau orang yang dia kenal. Tapi masalah terbesar dia tak kacau orang tapi orang itu kacau rentak jantung dia.
Dok eh” pangkah Tiz. Tak kacau orang.
Mu ado gewe dok ko?” soalan cepumas dari Pakcik Mansur membuatkan Tiz diam bersama kitkat. Gewe? Pakwe? Benda yang sama itu.
“Ore budok juruh. Tak ado gewe” Tiz sengih. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Iya dia budak baik tak main la pakwe makwe ini. Hahahah. Tapi skandal ramai.
“Jodoh kali” pap! Jodoh? Pelik ini.



“Boleh tak  tukar tempat duduk dengan orang lain” pinta Tiz sebaik sahaja kembali pada seatnya.
“Eh kenapa pulak. Saya dah beli tiket untuk duduk tempat ini. Nak pindah kenapa?” soal lelaki itu hairan. Tiz masih setia meletakkan tangan di dada. Pandang pelik lelaki itu hanya dibiarkan. Tiz mengelurkan kembali ipod. Layan lagu baik. Malas nak risau pasal degupan jantung dia ini.
“Tak nak pindah sudah. Hah kau duduk diam-diam boleh tak hati. Nak bergedup kerja kau kan” Tiz bebel berlahan. Melepaskan rasa kurang enak.
“Awak ada masalah ke?” Tiz berpaling. Melihat wajah lelaki itu yang sedikit kerisauan.
Shyy duduk diam-diam jangan tegur saya” Tiz mengisyaratkan diam. Jari telunjuk dikenakan tepat diatas bibir.
“Pelik betul perempuan ini” gumam lelaki itu.
“Saya dengar” Tiz bersuara. Dah namanya duduk sebelah. Memang dengar la setiap patah kata itu. Lagipun, dia tak pasang lagi lagu.
Berjalanan yang panjang itu membuatkan Tiz tak betah duduk disitu statik. Sekejap dia akan berpaling kiri dan sekejap kanan. Bila berpaling belah lelaki itu cepat-cepat Tiz pandang lain.


Dari sejak mula tangan masih kemas di dada. Sikit pun tak diturunkan. Tiz merenggangkan otok-otak akibat terlalu lama duduk didalam bas. Bukan dekat KL ke Kelantan. Boleh tahan la. Mahu tak kejang otot-otot dia. Itu belum lagi melibatkan hati yang tak berhenti nak susut degupan.
Tiz menjerit kecil. Melepaskan semua kebosanan. Tangan kembali diletakkan di dada. Dia ada dekat sini ke? Desis Tiz. Mencari kelibat lelaki mesteri itu. Lelaki sihir itu. Lelaki itu dah sihir hatinya jadi ubnormal.
“Cari saya ke? Degupan jantung awak itu untuk saya ke?” melompat Tiz akibat terkejut. Tepat belakang telinga dia mendengar suara berbisik.
“Eh witch aku dah cakap kan. Jangan cakap dan datang dekat dengan aku” Tiz melenting. Baru nak normalkan hati dah jadi ubnormal pulak.
Witch hanya ketawa lepas. Bukan dia tak tahu berapa tak selesanya gadis yang duduk disebelahnya. Kedudukan gadis yang agak agresif itu menyukarkan dia untuk menyambung tidur. Hanya memerhati dengan ekor mata.



Wazir rasa dia tahu apa yang gadis itu lalui. Dia rasa apa yang gadis itu rasa. Jantungnya tak pernah berhenti berdegup bila berada disebelah gadis itu. Dia yang selalu dikeliingi perempuan tak pernah rasa apa yang dia rasa sekarang. Ramai kot perempuan yang dia kenal. Lembut sopan-santun dan macam-macam la. Malah hampir ke semua bekas teman wanitanya seorang perempuan yang lemah-lembut, gadis melayu katakan. Tapi kenapa hati ini tak keruan bila duduk sebelah dengan perempuan yang langusng tak masuk dalam list calon teman wanita. Calon isteri lagi la tak!
Dia menegur rakus air mineral. Perjalanan yang hampir panjang itu membuatkan dia mula rasa bosan. Baru sampai Gua Musang. Ada beberapa jam lagi untuk tiba didestinasinya. Dia memerhati jiran sebelah dalam bus. Sedang buat senaman tengah malam buta. Pelik betul. Perangai gadis yang pelik itu membuatkan dia tersenyum. Dia kena buat sesuatu.



“Cik....”
“Stop jangan dekat” belum pun sempat Wazir habis cakap. Tiz dah memotong. Hebat tanpa berpaling pun dia dah boleh patahkan kata-kata lelaki itu.
“Lelaki witch. Awak dah sihir saya. Sebelum saya sihir awak baik awak pergi” ucap Tiz sebelum berlalu menaiki bus. Tak jadi nak ambik angin dekat luar bas. Ada lagi lima belas minit sebelum bas bergerak semula. Mengeleng Wazir mendengar ugutan Tiz. rasa seronok denga gelaran itu. Witch? Bukan biasa perempuan ke dapat gelaran itu. Cik pelik oit awak pun dah sihir saya!



Dalam bas itu Tiz duduk berlunjur. Ada penumpang yang turun di Gua Musang. Dua tempat kosong itu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Dia tebus semua tidurnya tadi. Dari TBS tak boleh tidur sebab berdegup hebat. Sekarang masa dia untuk beristirehat. Walaupun hati itu tak berdegup seperti 200km/j tapi degupan itu tetap berlari. Cuma berkurang dari 200km/j ke 80km/j. Janji surut sikit.
Telefon dibelek perlahan. Jam yang menujukkan pukul 4 pagi itu membuatkan dia rasa teruja. Kejap lagi dah nak sampai. Lagu Diamond mula memenuhi ruang legar bus. 'Umi' tertera nama itu di skren telefon.
“Assalamuikum” ucap aku.
“Mano doh?”
“Kuala Krai. Kejap ag sapa la. Abah tunggu ore ko?”
Hoh la. Tunggu mu la. Ni nok tolok gi station” aku mengangguk. Umi dan abah dah siap-siap nak ambik dia dekat Tanah merah. Rindunya dekat umi dah beberapa bulan tak balik. Sibuk siapakan kerja yang tak pernah nak surut.
Kejap ag sapa la. Tak ado keto pagi ni. Jalan clear.” Report aku. Itu sebab aku suka balik malam-malam. Cepat sikit sampai dan tak panas. Malam-malam kereta tak banyak. Selepas talian ditamatkan aku terkeju dengar pandangan seserang. Dia! Ada dekat seat seberang. Apa kehel ini?
Orang Tanoh Meroh ko?” soal dia. Aku menjeling. Penutup mata gambar Barney aku tarik. Tutup pandangan mata. Tangan disilangkan. Nak lawan rasa. Patut la rasa lain macam bila cakap dengan umi.



Lepas membuat onak dekat kampung masa untuk pulang ke KL dah tiba. Rasa malas menyebabkan dia bergolek dekat atas katil. Balik kampung adalah salah satu perkara yang paling malas dia nak pulang Bandar balik. Dekat kampung dapat jugak pakcik. Makcik, atuk, nenek, sepapat, sepuput dan lain-lain la. Nak-nak bila aku si penghibur duka-lara dia balik.
“Kak long” panggilan dari Aishah buat aku berpaling. Adik aku nombor tiga. Baru tingkatan dua.
Gapo?” soal aku malas.
Bosan la tak ado kaklong. Ore nak main dengan kaklong” sayu suara Aishah. Memang tak diakui adik nombor tiga dia dengan dia manja sikit.
“Kaklong kijo la.” pujuk Tiz.
Ore nok ikut kaklong duduk denu” tangan Tiz dah digoyangkan. Tiz hanya diam. Nak ikut aku duduk KL?
“Sungguh?” Aishah mengangguk cepat-cepat
Tapi kak long malas nok bowok mu.” Tiz ketawa. Suka mengenakan adiknya yang sorang itu. Kalau adik dia tak mintak memang dia teringin nak bawa adik yang sorang itu duduk dengan dia.
Semalam orang dengar umi oyak nok nikoh kaklong” tawa aku mati. Ini dah macam pemusnah kebahagian hidup aku.
Erk? Tok soh nok gurau la” marah Tiz. Bahu Aisyah dipegang kemas. Sejak bila adik aku ni pandai bergurau. Umi nak aku nikah? Dengan siapa? Skandal aku berlambak tapi yang mana? Parah dah ini.
“Kak long” Tiz berpaling saat suara umi kedengaran. Umi dah melangkah masuk ke dalam bilik. Aisyah dah sengeh. Tiz diam. Air liur ditelan. Entah kenapa terasa macam tunggu keputusan hukum gantung. Ceh aku terlebih tengok drama sinetron.
Umi nak oyak sikit” umi nak cakap sikit? Okay teruskan…Teruskan. Tiz peluk tubuh.
Maso dekat station mare dulu ada ore tanyo pasal kak long” okay ada orang tanya pasal aku masa dekat station hari itu. Tiz diam. Menanti bait-bait seterusnya.
Dio nok nikoh dengan kaklong” Pap! Tiz bergolek jatuh dari katil. Cadar ditarik. Dia cuba bangun. Ceh perkara berbangkit ini.
Duduk molek gak” Aish umi nak duduk elok-elok macam mana kalau ini soal hidup mati. Desis Tiz. Aisyah dah ketawa mengekek tengok Tiz jatuh katil.
“Siapa?” soal Tiz. Nak juga tahu siapa yang berani menyebabkan dia jatuh tergolek dari katil tanpa sempat pasang kekuda. Umi diam. Tiz masih setia menunggu.
“Kalu boleh umi nok tengok kaklong nikoh” oh umi ku. Daku pun teringin nak berumahtangga tapi belum sedia lagi.
Kak long pikir dulu. Nanti balik mula kito kecek mula. Dua bulan dari sekarang” aku dah ternganga.
“Ini macam bukan suruh kaklong fikir tapi bersedia” omel Tiz.
“Lebih kurang la. Umi, abah dan bincang untuk terima kak long perlu bersiap sedia” ha ha ha... So funny aku dah agak dah.
“Kena terima jugak kan?” umi mengangguk dengan senyuman. Tiz mengeluh.
“Tengok la” dia mengeluh.



Tiz mengeluh kuat. Rekod akaun diatas meja tidak terusik langsung. fikirannya sudah terbang melayang.
“Tiz bos panggil” suara Naimah membuatkan Tiz tersentak. Tergopoh-gopoh dia menutup fail yang terbuka diatas meja. Saat tangannya menyentuh fail berwarna hitam dadanya berdegup hebat.
“Kenapa ini? Aku ada sakit jantung ke?” Tiz berkira-kira.
“Tiz!” suara laungan naimah membuatkan Tiz berlari kelam-kabut menuju bilik bos.
“Jaga kau Naimah” sempat Tiz bagi warning dekat Naimah sewaktu melintas dihadapan meja Naimah. Naimah hanya ketawa tengok dia yang kelam-kabut.
Tanpa salah Tiz merempuh hebat pintu bilik bosnya.
“Tiz Azizah Binti Jusoh, nak tercabut pintu bilik saya” suara Encik Ishak dah kedengaran nyaring.
“Encik Ishak Bin Norman saya tak sengaja” balas Tiz. Dia berjalan perlahan menghampiri kerusi pejabat Encik Ishak. Semakin dekat Tiz dengan kerusi semakin kencang degupan jantungnya. Ia menyukarkan Tiz untuk bernafas.
“Bos saya rasa saya sakit jantung” luah Tiz sebaik sahaja menarik kerusi dan menhentak punggung dikerusi tersebut. Encik Ishak yang mendengar terpinga-pinga.
“Awak ini dah kenapa Tiz? Jangan banyak alasan. Mana fail akaun yang saya minta itu” fail berwarna biru dihulurkan.
“Tapi betul bos jantung saya ini macam nak pecah berdegup” Tiz tak nak mengalah.
“Dah jangan nak beralasan. Ini kenapa akuan tak seimbang ini?” fail dihempaskan diatas meja. Melompat Tiz terkejut.
“Saya tengah sakit jantung ini boleh pulak bos tambah sakit jantung saya”
“Tiz boleh tak awak serius kejap. Ini kenapa akaun ini tak seimbang. Dah lama dah saya suruh buatkan” Encik Ishak mengeleng. Entah apa masalah minah ini pun dia tak tahu. Selamat kau kawan aku tiz. Kalau tak dah lama aku pecat kau.
“Saya dilanda kesakitan yang luar biasa minggu ini bos”
“Sakit apa?”
“Saya punya jantung ini kadang-kadang berdegup dengan laju tanpa sebab” luah Tiz bersemangat.
“Tiz, ini dah kali ke-20 saya dengan alasan yang sama. Awak ini nak kerja ke tak tak?”
“Mesti la nak bos. Tapi prestasi kerja saya tergangu dengan degupan jantung yang ubnormal ini”
“Sudah-sudah saya tak nak dengar alasan awak lagi. Ambik fail ini dan siapakan. Saya nak ada atas meja saya tepat pukul 5. Tak ada awak buat overtime. Berkawan la dengan hantu dalam pejabat” Gulp! Tiz telan air liur. Bos dah mengamuk. Fail atas meja dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Ini kes serius! Dia tak nak kawan dengan hantu hari ini. Macam mana pun kerja ini mesti siap hari ini jugak.



Yuhuu” tangan yang laju menaip terhenti. Pejabat dah sunyi. Jam di dinding dipandang lama. 6.00 petang. Okay aku dah overtime sejam. Ish kenapa tak sedar. Tiz menarik beg sandang atas kerusi. Dokumen yang berada dalam komputer di save sebelum shut down. Fail-fail atas meja dicampak masuk dalam beg sandang.
“Tiz” melompat Tiz tatkala mendengar namanya diseru.
“Kekurangan ajor kamu Salleh” jerit Tiz. terkejut dengan kemunculan Salleh yang tiba-tiba dipintu pejabatnya.
“Cik Tiz” Salleh ketawa.
“Cik Tiz tak nak balik ke? Biasanya cik Tiz memang tak suka overtime” sengih Salleh, Pak Guard AR Entreprise.
“Nak balik la ini” Tiz menjeling dekat Salleh sebaik sahaja mereka selisih.
“Oh Cik Tiz ada tamu nak jumpa” Salleh yang sudah jalan ke hadapan berhenti. Memberitahu pesanan.
Time ini?” Salleh mengangguk. Barang-barang yang sudah dikemas diangkut perlahan. Dia bergerak ke arah lif. Menunggu lif terbuka. Dalam masanya sama dia tak sedap hati. Jantung dia dah berlari tanpa ritma km/j. sudah! Dia buat hal lagi.


Ting! Langkah diatur. Butang G ditekan. Tiz mengelap peluh yang semakin bertambah di dahi. dia mengibas-gibas kolar baju. Panas. Semuanya akibat dari gerakan ubnormal jantung dia. Esok ambik MC pergi IJN la nampak gayanya. Dia berkira-kira.
“Cik Tiz!” ke belakang Tiz apabila ditegur didepan lif. Dia yang tak sempat keluar dah terkedu.
“Tiz...” dia tahu nama aku.
“Tak nak keluar?” aku pandang keliling. ya aku dalam lif lagi. Cepat-cepat Tiz keluar. Dia bergerak laju meninggalkan lelaki itu. Syuh...pergi main jauh-jauh. Hati dia menghalau.
“Tiz” Tiz kaget. Berderau mukanya. Terasa panas. Saat lelaki itu menarik tangannya.
“A...pa...” tergagap Tiz. dia menarik perlahan tangan. Entah kenapa dia rasa gerakan dia hari ini tak selincah selalu. Ada tak kena ini.




Tiz duduk diam atas katil. dia dah bersila. bantal peluk dah berada dalam dakapan. bergolek-golek Tiz atas katil.
Klak! Bunyi pintu buat dia sepantas kilat berdiri. Dup dap dup dap! Sekali lagi jantung dia buat hal. Dulu dia pergi juga IJN check masalah yang berlaku dekat organ terpenting dalam tubuh dia. Alhamdullilah tiada masalah. Lepas diselidik dalam-dalam jantung dia hanya akan jadi ubnormal bila berdepan dengan mamat ini. Mamat mana lagi. mamat yang tersengih depan dia ini la. Mohamad Wazir Bin Shah.
“Assalamuikum” Tiz mengaru kepala. Perlahan-lahan salam itu dijawab.
“Okay stop” jerit Tiz perlahan saat Wazir melangkah menghampiri. Berubah muka Wazir.
“Tak boleh” ujar dia perlahan.
“Apa yang tak boleh sayang?” soal dia lembut. Suara dia buat kelajuan jantung itu semakin bertambah.
“Tak boleh datang dekat ini tak berhenti dari buat hal” jari ditunjuk ke arah dada. tempat terletakknya jantung. Wazir senyum. Dia sambung melangkah. Tiz dah gelabah.
“Tutup mata” ujar Wazir. Tiz mengikut dalam takut-takut. Dapat dirasakan satu haba yang panas semakin menghampiri. Gulp! Dia telan air liur saat tubuh itu dipeluk. kemas. huhuhuhu...
“Bukan jantung isteri abang ini yang bermasalah tapi abang jugak” Tiz tak berani buka. Tapi telinga dia menangkap satu degupan yang rancak. Dia senyum sebelum perlahan-lahan membuka mata. Dia berada dalam dakapan Wazir dan automatik jantung dia boleh bergerak dengan normal.
“Nampak tak permainan organ ini?” Tiz mengangguk. Nampak-nampak sangat.
“Jantung yang sudah bercinta”
“Gedik punya jantung” marah Tiz perlahan.
“Ish jangan marah dia. Tanpa dia tak boleh la nak jumpa soulmate abang ini” Wazir mengeratkan lagi pelukan. Tiz rimas. dia menolak perlahan tubuh Wazir. saat tubuh mereka bergerak jauh 2 inchi ritma Tiz dah mula tak teratur.
“Okay fine” marah Tiz. Dia kembali menarik tubuh Wazir.
“Dah kenapa pulak ini?” soal Wazir perlahan.
“Tak boleh jauh nanti jantung ini marah” Wazir ketawa. Apa punya jawapan la.
“Abang pun tak pernah ada rasa macam ini. Bila jumpa Tiz benda ini jadi mendadak. Terus abang ikut Tiz turut Tanah Merah walaupun perjalanan masih jauh” Tiz diam. Hanya mendengar.
“Lepas itu?”
“Lepas itu apa lagi terus panggil mak abah turut Tanah Merah la pagi itu. Kesian tahu dekat suami awak ini. Kena tidur dekat surau pagi itu. Selamat subuh dah tahu”
“Itulah gatal sangat bawak lari jantung orang kenapa”
“Tapi kalau Tiz tak kawin dengan abang jantung Tiz ini tetap tak akan sihat” Wazir gelak. Tiz hanya mengiyakan. Yap. Betul kalau tak kahwin gerakkan jantung dia mungkin semakin laju. Kalah Ferrari.
“Berapa laju jantung abang berdegup masa mula-mula jumpa?” soal Tiz penuh minat. Mereka sudah bergerak ke arah katil. Mengadap antara satu sama lain. Tukar-tukar story kejap.
“Selaju kapal terbang” Tiz buat muka.
“Isteri abang ini?” tangan Tiz diusap perlahan sebelum mengucup.
“Setiap kelajuan darah yang mengalir dalam tubuh ini ditambah dengan kelajuan kapal terbang abang itu” seloroh Tiz. Dia merebahkan badan ke belakang. Kes pasal jantung dah selesai. Harap lepas ini dia tak akan buat hal pulak. Semakin parah dia nak selesaikan balik.
Jodoh satu perkara yang kita tak boleh nak main agak-agak. Tapi seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Kita dijadikan pasang-pasang. Tak salah kalau perigi cari timba. Jodoh kita ada dekat luar sana. Masa kita minum kopi dekat kedai entah-entah jodoh itu ada dekat sebelah tapi kita tak perasaan. Siapa tahu? Berdoa dalam setiap sujud agar kita dapat jodoh yang mampu membimbing kita ke jalan yang diredha ia.


translate:
Dok gini. Beloh ore ado mamat sore ini. Ore tak boleh nak duduk diye bilo dia ado beloh. Hati, jantung dan limpo ore duk berjoket kuak takut ore= bukan macam ini..sebelah orang ada seorang mamat ini. orang tak boleh duduk diam sebelah dia. hati, jantung dan limpa berjoget kuat.
Dok eh= tak la

Mu ado gewe dok ko?” = kamu ada pakwe ke?
“Ore budok juruh. Tak ado gewe”= orang budak baik. tak ada pakwe.

Mano doh?”= kat mana dah?
“Kuala Krai. Kejap ag sapa la. Abah tunggu ore ko?”= kuala krai. kejap lagi sampai la. abang tunggu orang ke?
Hoh la. Tunggu mu la. Ni nok tolok gi station” = yelah. tunggu kamu la. ni nak tolak pergi station
Kejap ag sapa la. Tak ado keto pagi ni. Jalan clear.” = kejap lagi sampai la. tak ada kete pagi ini. jalan clear.
Orang Tanoh Meroh ko?” = orang tanah merah ke?
Gapo?” =apa
Bosan la tak ado kaklong. Ore nak main dengan kaklong” = bosan la kaklong tak ada. orang nak main dengan kaklong.
“Kaklong kijo la.” =kaklong kerja la
Ore nok ikut kaklong duduk denu” = orang nak ikut kaklong duduk sana.
Tapi kak long malas nok bowok mu.” = tapi kaklong malas nak bawak kamu.
Semalam orang dengar umi oyak nok nikoh kaklong” =semalam org dengar umi cakap nak nikahkan kaklong

Erk? Tok soh nok gurau la” = tak payah nak gurau la.
Umi nak oyak sikit ” =umi nak cakap sikit 
Maso dekat station mare dulu ada ore tanyo pasal kak long” = masa dekat station dulu ada orang tanya pasal kaklong
Dio nok nikoh dengan kaklong” = dia nak kahwin dengan kaklong.
Duduk molek gak”= duduk elok-elok la
Kak long pikir dulu. Nanti balik mula kito kecek mula. Dua bulan dari sekarang” = kaklong fikir dulu. nanti balik semula kita cakap balik. dua bulan dari sekarang.



The End~~~~~~~~~~~~~~~~
ehem2....kalau ada yang tak faham bahasa kelantan aidan naha mohon maaf la...rasa-rasa semua pahamkan...? aid ada terangkan jugak dalam setiap bariskan? tapi tak salah kita belajar sama-sama....satu malaysia kan...??? ^_^




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pahe je..kite jire tetangga dng kelate..lidah liat cikit nk nyebutnye..xpuas bce..smbung wat nvl lok...huhuhu..,

ara.

ArifahLee's berkata...

ore kelate jgk ko? sayo ore kelate jgk dr K. Krai. BTW, nice story :)

umairah nora berkata...

nice story..blh pnjgkn jd novel or mini cerpen. pehe je mugo kito ore klate .. dr p mas tp duk srawak.

Tanpa Nama berkata...

jalan cerita menarik dah. tapi kesalahan ejaan tu mungkin boleh diperbaiki walaupun meme sangat sikit. ada pembaca yang sensitif sikit, salah eja je terus hilang mood membaca. haha.

anyway, terima kasih untuk cerpen ni. terhibur saya. :)

o-ReN berkata...

ara: hahah....mugo ara jire...hahha...tak puas bace...?biasa la cerpen kan pendek2...heheh.. ^_~

Arifah lee: serius? ore krai ke?hhhehe..... tq..^_^

umairah nora: hahah...amboi jauhnya merantau...heheh.... terima kasih kerna sudi bace..^_^

Tanpa nama: hahaha,...itulah...salah seorangnya aid la..aid pun sama gak...ini pun dah berulang kali check tapi tetap gak ada salah...sorry....^_^

btw thankx all sudi singgah and bace cite aid

Tia Fatiah berkata...

cakkk.. heeee...

hai cik aid sayangg.. ^_^

o-ReN berkata...

hai cik tia....^0^