Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

28 Julai 2013

Bukan Cinta Ekpress 18






BAB18




Harraz Raihan mengusap perlahan dahi Dahlia. Pipi Dahlia ditepuk. Cuba mengejutkan Dahlia kembali ke alam nyata. Melihat tubuh Dahlia yang terbaring diatas lantai dapur membuatkan Harraz Raihan berlari mendapatkan Dahlia yang kaku. Tubuh itu dicembung dan dialih pada lantai yang lebih selesa, sofa. Dia cuba mengejutkan Dahlia. Tapi hampa. Perlahan-lahan tubuh itu dicembung kembali. Niat dihati ingin menghantar Dahlia untuk mendapatkan rawatan yang sebetulnya.

Terkial-kial Harraz Raihan mencembung tubuh Dahlia dengan mencapai kunci kereta. Pintu kereta dibuka sebaik butang pada kunci itu ditekan. Tubuh Dahlia diletakkan pada seat belakang. Dengan cermat tubuh itu dibaringkan. Harraz Raihan kembali melangkah kembali pada rumah mereka. Mengunci pintu rumah. Langkah keselamatan perlu diambil. Tak pasal bila balik rumah keadaan rumah dah licin. Kena sapu dengan perompak tak pun penyamun.

Selesai menguruskan keselamatan rumah Harraz Raihan berpaling. Dia yang masih dalam keadaan kelam-kabut tersentak saat melihat tubuh Dahlia yang berdiri tegak disisi keretanya. Kepala yang tak gatal digaru berulang kali. Bengong!

“Sayang okay?” berlari Harraz Raihan mendapatkan Dahlia. Tubuh Dahlia diraba-raba mencari sebarang kesan luka.

“Okay” ujar Dahlia sepatah. Itu dah cukup membuatkan dahi Harraz Raihan berkerut hebat.

“Sayang terbaring atas lantai dapur dalam keadaan mencurigakan. Lima minit cuba kejutkan sayang tapi sayang tak sedar. Dah sekarang sayang cakap sayang okay. How?”

“Okay” sekali lagi Dahlia bersuara. Wajah Dahlia kelihatan kosong. Tanpa riak. Dia berjalan perlahan menghampiri pintu rumah dan berhenti dihadapan pintu. Tombol pintu dipulas. Dia berpaling. Menunjukkan isyarat kunci pada Harraz Raihan.

Harraz Raihan yang melihat berjalan perlahan. Lama-lama boleh jadi pening dengan sikap Dahlia.

“Betul sayang okay?” sekali lagi Harraz Raihan menyoal. Kali ini pintu rumah sudah terbuka luas. Dahlia melangkah masuk tanpa menghiraukan persoalan harraz. Setiba pada anak tangga pertama tubuh Dahlia sekali lagi tersembam meyembah lantai. Harraz Raihan yang mendengar sesuatu terjatuh berpaling.

“Ya Allah sayang!” jerit Harraz Raihan dan berlari mendapatkan Dahlia.



Dahlia membuka perlahan mata yang digam. Payah! Saat itu dia seperti terasa ada satu kain hitam yang menyekat pandangan mata dia. Perlahan-lahan mata itu digosok dengan jari manis. Hasilnya dia mampu melihat ruang-ruang element disekeliling. Benda pertama yang dilihat adalah satu objek hitam yang melintang. Atas ruangnya itu ada lampu kecil yang sering dilihat. Dia bangkit. Tak salah lagi dia berada di dalam kereta Harraz Raihan.

Harraz dah balik? Dia memerhati Harraz Raihan yang sedang terkial-kial berlari dan mengunci pintu. Kelam-kabut sekali lagaknya. Pintu kereta ditolak ke arah luar. Sisa tenaga yang ada digunakan untuk berdiri dan sandar pada pintu kereta. Niat untuk melangkah masuk termati saat terasa kakinya seperti terawang-awangan. Aku boleh terbang ke? Mata terpacak pada kedua belah kakinya.

“Sayang okay?” soalan Harraz Raihan dibiarkan. Tak sedar bila masa Harraz Raihan berada dihadapannya. Tangan Harraz Raihan sudah merayap ditubuh Dahlia. Dahlia memandang muka Harraz Raihan dengan pandangan yang kosong. Wajah Harraz Raihan membuatkan minda dia seolah-olah terhenti.

Soal-soalan Harraz Raihan seolah bisu. Hanya gerakkan bibir Harraz Raihan membuatkan dia memandang tepat.

“Okay” hanya itu yang mampu dijauh. Hanya perkataan ‘how’ yang kedengaran yang lain bisu. Dia berjalan perlahan. Nak masuk bilik dan tidur atas katil. Perkara itu yang berlegar difikarannya. Pintu yang terkunci membuatkan dia berpaling dan meminta agar Harraz Raihan membuka pintu tersebut. Badan dia perlukan rehat. Itu yang dia tahu sekarang.

Sebaik pintu dibuka ruangan rumah itu membuatkan sakit kepala dia datang kembali. Saat kaki itu memijak anak tangga pertama dia seolah-olah dirempuh. Tubuh terasa ringan tumpang. Perkataan akhirnya dia dengar adalah Ya.



“Dia tak apa-apa mungkin kepenatan yang melampau membuatkan dia tertekan dan mengalami stress

Stress?”

“Ya. Badan dia terlalu lemah. Kadar gula dalam darah rendah. Itu yang menyebabkan dia pengsan.”

“Baik Doktor. Terima kasih”

Selesai menghantar Doktor Quraisy, Harraz Raihan kembali baring disebelah Dahlia. Selamat Doktor Quraisy merupakan salah seorang jiran mereka. Itu pun kerana keramahan mulut Dahlia yang seiring menegur jiran-jiran mereka. Bukan itu sahaja Dahlia juga sering membuat makan-makan untuk jiran mereka. Kata Dahlia hidup berjiran kena selalu tegur menegur. Dia akui kebenaran itu.

Hatta sekarang dia meminta pertolongan jiran mereka. Kebetulan Doctor Quraisy baru pulang dari klinik miliknya dan menegur dia yang sedang mencembung Dahlia kembali dalam perut kereta. Doktor Quraisy yang menawarkan diri untuk memeriksaa Dahlia. Tanpa buang masa Harraz Raihan hanya bersetuju. Fikirannya adalah kesihatan Dahlia. Tiada yang lain.

“Apa yang sayang buat sampai stress sangat ini?” tubuh Dahlia dipeluk erat. Susah nak melepaskan Dahlia dalam keadaan begitu. Dia lemah bila melihat Dahlia terlantar.

Dahi Dahlia dicium bertalu-talu. Melahirkan rasa kasih yang dalam. Tiada siapa yang boleh mengubah kenyataan itu.

“Cepat sihat ya sayang. Nanti kita pergi holiday. Biar sayang tak stress lagi” malam itu Dahlia tidur dalam pelukkan Harraz Raihan. Sikit pun dia tidak berengggang.




~~bersambung....

tak suka nak tulis konflik...nak skip je boleh tak?
hhohohoho.......

9 ulasan:

Nadieyya berkata...

wow...romantik ye Harraz..hehehe.. teruskan tulis citer ni sampai abis ye Aid...tak sabar kak sue nak bace..

o-ReN berkata...

kak sue..akan ku gigih berusaha...hohoho..

yoo zara berkata...

takde konflik pon ok jek
hehehe tp kene ade sikit2 ler
nk jadikan cite

o-ReN berkata...

cik yoo zara itulah..yang sikit2 pun macam berat hati je nak tulis..huhuh...
^_^

nursya berkata...

Ktorg pn suka klw xdw konflik yg berat2... Hehehe...

o-ReN berkata...

nursya konflik tak muncul lagi..tak tahu la akan jadi berat ke ringan..heheheh

norihan mohd yusof berkata...

nape ngan dahlia dek?nk lg yer syg....

Tia Fatiah berkata...

sama lahhh.. mencik giga nak tulis konflik.. kalo boleh nak tulis chegita nak smooth je,. rementik2 tak de gaduh2.. kikikiki....

#bab ni best. tapi tak puas.. nak laggii dan lagii.. huhu

o-ReN berkata...

kak norihan sakit mengejut tu...:)
mencuba untuk menconteng, menconteng dan menconteng...^_^

cik tia give me five sikit..hehhe...
lagi dan lagi?
tabah, tabah dan tabah...hihihi...
^_~