Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

20 Jun 2013

E-mini: Jungle Girl 4






Bab4
Kotak-kotak yang tersusun rapi pada muka pintu pondok dipandang sayu. Kotak berwarna coklat yang mempunyai ukiran daun itu dipandang dengan keluhan. Dia berjalan menuju arah kotak. Dia duduk bersimpul dihadapan kotak. Muka kotak tersebut diusap perlahan.

“Khazanah alam” luahnya. Bunyi kicauan burung dan unggas hutan menyapa telinga Sacara. Irama dan melodi yang mungkin akan diri dirindui kelak. Selipar yang hampir lusuh disebelah kotak dicapai. Dia bangkit. Sepasang selipar itu diletakkan pada muka tangga sebelum sarung. Penuh berhati-hati Sacara turun ke bawah dengan menyusuri anak-anak tangga yang dibuat dengan pokok terbaik hutan.

Pecikkan air terjun mula menyapa tubuh Sacara saat langkah dia mula menghampiri air terjun itu. Dia senyum puas. Selipar yang menjadi alas kaki ditanggal dan dia menuju ke dalam takungan air terjun. Badan yang sedikit lesu segar. Rambut yang panjang itu mengurai. Sesekali dia menyelam.

“Nanti aku akan rindu semua ini. Wahai ahli hutan aku rindu kamu kelak” jerit Sacara. Pemukaan air itu ditepuk kuat. Sungguh dia akan merindui kesegaran air tanpa pencemaran dan udara tanpa toxic.

“Kak Sara!” bunyi jeritan dan disertai dengan bunyi kocokan air membuatkan Sacara menoleh. Anak Nuri dan kawan-kawan sudah datang melawat. Berpusu-pusu ketiga-tiga anak kecil itu. Sacara melampai pada Kencup dan Kuntum yang berada diatas batu. Anak-anak orang asli sudah datang.

“Kencup, Kuntum mari la sekali” Sacara menjerit. Melawan bunyi derasan air terjun. Kencup dan kuntum memandang seketika antara mereka sebelum mengangguk.

“Horay!” jerit anak-anak.



Kaki Sacara yang terjuntai dihayun bebas. Melihat anak-anak orang asli yang rancak bermain dengan air terjun membuatkan Sacara tersenyum. Dada langit ditenung.

“Betul ke kak Sara nak tinggalkan Sentosa?” Kuntum sudah mengambil tempat disebelah Sacara. Rambut yang basah itu dikeringkan dengan tangan.

Siapa cakap anak orang asli ini tak cantik. Tak semua. Kuntum dan kencup ini antara anak orang asli yang cantik. Dia sendiri tertipu dengan wajah itu. Sangkanya orang Bandar.

“Iya. Sudah lama akak di sini. Akak kena pergi. Tak sekarang masa itu akan tiba”

“Tapi tak seronok la kalau akak tak ada” Kencup yang berada didalam air menghampiri Sacara. Wajah Sacara dan Kuntum dipandang silih berganti. Kedudukan Kencup yang rendah membuatkan dia terpaksa mendongak.

“Kalian nak ikut akak?” soal Sacara. Kencup pandang kuntum. Kuntum pandang Kencup. Kedua-duanya seperti memberi isyarat tersendiri.

“Mari la” Sacara sudah buat muka nakal. Mengusik gadis itu.

“Boleh ke?” soal Kencup.

“Kenapa tak boleh?”

“Kami risau mak dan ayah tak bagi” Kuntum bersuara lemah.

“Eh pasal Pak Kundang dan Mak Rantas jangan risau. Kalian cakap setuju Kak Sara akan uruskan” pujuk Sacara. Tak salahkan kalau dia cuba membawa mereka mengenali dunia luar. Kuntum dan Kencup bertukar pandangan. Mereka berkerut.

“Kami tidak kisah. Semua keputusan adalah milik ayah kami” kuntum bersuara. Orang asli. Mereka jenis menurut apa sahaja kata-kata keluarga mereka. Terutamanya jika anak perempuan. Namun dihutan Eentosa orang asli mereka sudah celik. Mereka masih hidup dihutan dan mengamalkan gaya hidup yang sama. Cuma mereka sudah pergetahuan tentang dunia luar sana. Walaupun tanpa teknologi yang canggih.

“Nanti Kuntum dan Kencup boleh jalan-jalan dekat Bandar yang selalu orang cerita itu” Sacara membuang pandangan. Mindanya sudah terbang pada dunia luar. Membayangkan perubahan yang berlaku sewaktu dia tinggalkan tempat itu. Mesti lebih membangun dari sebelum.



Daun-daun herba yang berada dilantai bumi ditilik sebelum dicium. Sesekali dia puas hati dengan haruman itu daun tersebut dipetik dan dicampak pada bakul yang disandang. Dari nihari dia sudah keluar ke hutan untuk mengumpul herba-herba yang mungkin akan dijadikan bekal dia nanti.

Udara yang dihidu terasa asing. Sacara mendongak ke langit. Dari jauh kelihatan ketulan-ketulan asap yang hitam terbang bebas diudara. Kerutan didahi bertambah garis.

“Kampong orang asli” detiknya. Sesekali hidung bergerak-gerak. Cuma mengenal pasti kandungan asap tersebut. Kedudukan antara dia dan kampung orang asli tidak jauh dari tempat dia mencari herba. Ammonia, magnesium, sodium dan zink. Tanpa berlengah dia meletakkan dia mengatur langkah menuju ke arah asap tersebut itu. “Ini bukan asap biasa ada unsur kimia yang boleh membahayakan penduduk” gumam Sacara.

Sacara berlari mendapatkan tubuh salah seorang orang asli yang terlantar. Kepala dipaku. “Pak Siron, apa yang berlaku?” soal Sacara. Nadi lelaki tua yang bernama Siron itu diperiksa.

“Sara…la…ri…” tercungap-cungap lelaki itu bersuara.

“Pak Siron bertahan” Sacara memandang keliling kelihatan satu-persatu orang asli tumbang. Dia bangkit. Cuba membantu yang lain. Namun langkah dia mati sebaik sahaja lengan dipegang kemas oleh pak siron. Walaupun agak lemah tapi pautan tersebut tetap utuh.

“La…ri…”

“Pak Siron” tumpuan Sacara sudah tumpah pada kuntum dan kencup yang terbaring. Dia ingin mendapatkan gadis berdua itu tapi…

“La..ri…Sa…ra… mereka da….tang…sa…ra…” mereka? Hati Sacara sudah tidak enak. Serentak dengan itu dia mendengar jeritan dari arah rumah Tok Dalang Anik. Ada sekumpulan lelaki yang memakai topeng menutup mulut membuatkan hati Sacara berdetik.

“La…ri…” Pak Siron bersuara. Dia menolak pelahan tubuh Sacara.

“Mana budak perempuan itu?” jeritan lelaki itu membuatkan Sacara berpaling. Dia perlu selamatkan penduduk orang asli.

“Tapi…”

“Nas…ib…ka…mi…pa…da…Sa…ra…” Sacara sebak. Air mata ditahan. Tangan yang digunakan menutup mulut dari asap beracun itu menahan bunyi esakkan. Kenapa dia tak boleh bantu? Kenapa dia kena lari sebelum berjuang? Kenapa? Perlahan-lahan Sacara bangkit. Sebelum itu dia memasukkan sesuatu ke dalam mulut Pak Siron dan meletakkan sesuatu ke dalam beg poket Pak Siron.

“Maafkan Sara” ucap Sacara sebelum pergi dari situ. Walau macam mana pun dia tak akan menyerah seperti pengecut. Sacara memanjat pokok besar yang berhampiran. Perkampungan itu sesak dan huru-hara. Ada yang berlari menyelamatkan diri. Dia melemparkan beberapa kapsul kecil kea rah penceroboh di kampong tersebut. Kapsul tersebut mengeluarkan bunyi yang kuat dan menyebabka asap hitam bertukar menjadi putih. Keadaan kampong tersebut sunyi seketika.

 Dia melompat turun dari pokok untuk seketika dan masuk kembali ke arah kampong yang sudah pun kelam dibawa asap. Dia perlu cepat selesaikan semua sebelum mereka terjaga.



Sacara termenung jauh. Dia tak boleh kembali ke sana lagi. Bahaya menanti. Dia bangkit.

“Dah tiba masanya” topi atas meja dicapai. Beg sandang yang besar dicapai dan disandang. Kasut sneaker yang berwarna hitam diikat ketat. Dia melangkah keluar. Pintu pondok ditutup rapat. Dia harus keluar dari Hutan Sentosa sebelum hari makin gelap.







~bersambung.....la di do....

terima kasih yg sudi duk baca cerita ini...# wink wink# 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak lagiii.haish,misteri btl Sacara ni.papa n mama dia kene bunuh ke?
-nuyrah-

Tanpa Nama berkata...

adehai...mesterinya Sara..x sabar x sabar x sabar

>>k<<

o-ReN berkata...

nuyrah & >>k<<: kena bunuh? ish biar betul...tapikan sacara ini memang penuh misteri...rilex2...^_^