Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

14 Jun 2013

E-Mini: Jungle Girl 3












BAB3


Afi termenung. Dia memandang ke arah hutan yang berada disebelah resort-nya. Nak jumpa Sacara. Nak jumpa Sacara. Nak jumpa Sacara. Hanya itu yang bermain difikirannya. Untuk sekian kali Afi mengeluh.

“Afi jom” Afi hanya membiarkan suara Fuqran ditiup angin. Sikit pun tak ambik port. Dia perlu cari jalan untuk ketempat Sacara. Nak Sacara jugak.

Melihat Afi yang tidak berganjak membuatkan Fuqran panas hati. Susah betul la kalau dah kena sampuk dengan bunian.

“Kau ini nak balik ke tak?” Fuqran menepuk kuat belakang Afi menyebabkan Afi ke depan. Geram betul dengan perangai mamat itu sejak pulang dari hutan. Skip semua aktiviti yang mereka rancang. Nak cakap cedera parah, luka sikit je. Tapi sekarang tengok muka memang dah parah.

“Aku nak masuk hutan” suara itu sikit pun tak ada nada. Hanya sarkastik. 

“Kau gila ke? Dah la masuk hutan secara kumpulan pun boleh sesat inikan nak masuk lagi. Ada apa je dalam hutan itu?”

“Ada Sacara” laju je Afi menjawab. Siap dengan muka ceria dia lagi.

“Bunga Saraca cauliflora atau nama tempatannya gapis. Mekar pada minggu terakhir bulan Januari dan dijangka akan berterusan sehingga dua hingga tiga minggu. Dikenali sebagai pokok ashoka, saraca kuning, ghandhapushpa atau sorrowless, iaitu pokok yang tidak pernah berduka. Mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Saraca tergolong dalam famili Caesalpiniodea. Dekat sini, pokok ini tumbuh secara semula jadi di tepi-tepi sungai seperti di tebing sungai hutan-hutan rekreasi. Sigat bunganya yang cantik apabila kembang menjadikannya sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan. Berwarna terang dan berbau harum.” Tercengang Afi mendengar penerangan dari Fuqran. Lupa Fuqran ini adalah pelajar bachelor sains hortikultur. Jadi dia tahu sebar sedikit tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan oleh orang untuk landskap or komersil. Sacara dia bukan bunga hiasan yang biasa. Dia ‘bunga’ yang berharga.

“Kenapa kau nak cari bunga itu untuk Fareha ke?” soal furqan dia mengambil tempat di atas katil.

“Aku rasa aku dah suka kat dia”

“Dia? Bunga itu manusia ke? Bila kau jumpa?” soal Fuqran bertubi-tubi. Rasa pelik. Seingat dia sekarang ini Afi sedang sibuk kejar Fareha. Tak boleh nak berenggang langsung. Lain pulak sekarang.

“Dah la itu weh. Apa-apa yang berlaku dekat hutan tu adalah rahsia kau. Kau perlu teruskan hidup dengan dunia kau. Nak berpaling ke sana amat la susah. Nanti kau yang merana” Fuqran bangkit dia menghampiri Afi. Bahu Afi ditepuk perlahan.

“Rahsia alam biar menjadi rahsia. Tak ingat pesan tok dalang. Apa yang berlaku dekat dalam sana adalah rahsia kalau nak selamat. Aku tak nanti ada yang kena ilmu-ilmu ini” Fuqran berlalu meninggalkan Afi. Ada lagi setengah jam untuk mereka pulang ke Bandar. Mungkin masa itu cukup membuatkan Afi berfikir dengan wajar.



Sayu hati dia saat meninggalkan Hutan Sentosa. Hati dia tertinggal dekat sini ke? Sacara si jungle girl mungkin kita akan ke temu lagi? Dia tak putus berdoa untuk bertemu kembali dengan si jungle girl. Semalam di situ dah mengajar dia pelbagai perkara.

“Afi, awak okay?” Fareha sudah mengambil tempat disebelah dia. Entah bila dia tukar tempat dengan Fuqran pun dia tak tahu.

“Okay aje. Kenapa?”

“Sejak Afi balik dari hutan semua cakap Afi berubah. Lebih banyak diam dari join aktiviti kami. Malah ada aktiviti yang Afi skip” lembut Fareha menyoal. Selembut tuan dia. Ya ke aku berubah?

“Biasa aje. Mungkin pengalaman dalam hutan buat Afi shock kot” dia tersenyum. Memang shock gila. Shock? Tapi kenapa macam seronok shock itu? Fareha berkerut.

“Betul ini?”

“Betul. Afi okay” Afi membuang pandangan luar tingkap. Memerhati hutan yang berada sepanjang perjalanan mereka. perjalanan yang memakan masa selama dua jam itu akan menjadi bekal dia bila rindukan suasana hutan yang damai.
Afi tersentak. Dia berdiri.

“Pakcik stop!” jerit Afi. Tak sampai lima minit bus yang lancar berjalan berhenti. Peserta yang berada dalam bus semua dah berbisik antara satu sama lain.

“Afi kenapa?” soal Fareha. Resah melihat keadaan Afi.

“Kejap-kejap.” Afi menolak Fareha tepi. Dia berlari laju keluar dari perut bus.keadaan suasana yang sunyi itu memudahkan kerja dia.

“Afi, apa hal?” jerit furqan.

Afi!” suara Fuqran dan Fareha bersilih ganti.

“Kejap-kejap” Afi tunggu isyarat tunggu. Dia kembali berlari membelakangi bus. Sampai pada tempat yang dituju dia berhenti. Memerhati kiri kanan. Dia tersenyum lebar saat menangkap apa yang dicari.

“Sara” Afi berdiri dihadapan Sacara dengan senyuman.

“Kenapa berhenti? Pergi la sana. Kesian sahabt yang lain menunggu dalam bus. Sacara mengintai dari sebalik pokok.

“Sara buat apa dekat sini?”

“Saja nak melambai orang jauh. Tak tahu la pulak orang itu boleh berhenti” seloroh Sacara. Niat dihati hanya ingin menghantar pemergian Afi Zaidan. Sahabat sehari dia di dalam hutan. Afi garu belakang kepala.

“Teruja jumpa Sara” Sacara ketawa kecil.

“Amboi. Dah-dah pergi sana. Nanti kena tinggal padan muka”

“Sacara serius tak nak balik” Afi dah buat perangai.

“Ini dah kenapa pulak? Dah la pergi sana. Kalau tahu macam ini tak ada Sara nak datang tahu tak”

“Eh okay-okay. Afi pergi. Sara datang ini dah cukup bermakna untuk Afi” Afi sengih. Perlahan-lahan dia mengundur kelaur dari hutan.

“Afi!” Afi dah tak keruan. Dia toleh kanan. Furqan dah keluar dari bus untuk mencari dia.

“Kalau diberi pilihan Afi tak nak balik tapi Afi ada tanggungjawab lain. Sara nanti kita jumpa lagi” tutur Afi Zaidan perlahan. Dalam hatinya memang dia harapakan pertemuan yang lain antara dia dan Sacara. Mungkin bila dan di mana itu satu rahsia lagi.

“Pergi la Afi. Ini bukan tempat Afi” Sacara melambai. Menghantar pemergian lelaki itu.

“Afi apa kau buat itu?” sergah Fuqran. Dia berpaling. Fuqran dah bercekak pinggang.

“Fuqran kenalkan….” Hilang? Afi tertoleh-toleh. Eh mana Sacara?

“Apa kau buat ini? Pakcik bus dah bising la” Fuqran tertoleh kedalam hutan. Tadi dia melihat Afi seolah-olah bercakap.  Mencari dengan siapa Afi bercakap.

“Aku baru nak kenalkan kau dengan Sacara” luah Afi hampa. Mana la budak ini hilang. Berdesup. Ada silap mata ke apa?

“Tak habis lagi dengan bunga kau itu. Dah-dah cepat balik dekat bus” Fuqran dah tarik tangan Afi. Entah kenapa dia rasa seram lama-lama dekat situ. Walaupun hari siang tapi itu tak bermakna tak ada apa yang akan berlaku..

“Tapi…” kata-kata Afi mati akibat tarikan dari Fuqran. Afi mengeluh. Aduh Sacara ini. Dia melilau mencari Sacara dicelah-celah pokok yang menutupi sekitar hutan itu. Dia senyum lebar apabila jumpa dengan apa yang dicara. Sacara sedang melampai dari atas pokok.
                                                                                                              


Sacara mengeluh. Tak ada niat pun nak pergi menyusuri Afi. Cuba dia bosan tengok-tengok dia sudah berada ditepi hutan menghantar Afi dengan pandangan. Dia ketawa perlahan. Sahabat hutan! Dia ada dengan resort kecoh sehari selepas Afi kembali. Menurut pekerja dekat sana Afi nak keluar hutan. Dia hanya ketawa. Afi tetap dengan perangai tak menyempat dia.

Afi Zaidan kita pasti ke temu lagi. Desis sacara. Dia melompat turut dari pokok dan bergerak ke arah Doni yang berada tidak jauh dari tempat sacara mengintai Afi Zaidan.






~bersambunggg~~~
cup3...jungle girl tak tamat lagi.....hehhehehe.....
^_~

3 ulasan:

baby mio berkata...

saya ingat dah habis kecewa juga.best nak lagi ya tq.

Tanpa Nama berkata...

xcited nak tau siapa sbenarnya si Sara neh

>>k<<

o-ReN berkata...

baby mio: tak hbas lagi... sebab aid pun kecewa gak kalau ending cam gitu...
>>k<<: kan3..siapa la sara tu erk....
:D