Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

2 Jun 2013

Cerpen: Segala Rasa Cinta






Segala rasa cinta….



Aku menolak kuat pintu pagar rumah dua tingkat dihadapannya. “Home sweet home!” jerit aku lantang sebaik sahaja menjejak kaki ke dalam rumah. “Rindunya kat ko sofa” dipeluk erat sofa tersebut. Melepaskan rindu yang sudah lama berkumpul. Kalau boleh setiap sudut ruang rumah itu aku ingin peluk, rindu ya amat!
Hampir dua tahun tinggalkan rumah itu terasa bagai berjuta tahun. Aku berlari naik ke tingkat atas. Bilik nombor dua dituju. Bilik beradu aku yang sudah lama aku tinggalkan. Rindu oh rindu. Sebaik sahaja pintu dibuka benda pertama yang aku buat adalah meluru ke arah katil. Bergolek-golek aku atas katil. Badannya sudah pun diselubungi selimut. Sehingga tanpa sedar aku terlelap.
Bunyi telefon bimbit membuatkan aku terjaga dari lena. Jam didinding menunjukkan pukul 4 petang. Kejap lagi kakak dan abang iparnya pulang. Aku nak buat surpise. Dia mencapai tuala yang berada didalam beg bajunya. Bersihkan diri dulu.
Hampir lima minit berhempas pulas dalam menyental daki-daki ditubuh aku keluar dari bilik air. Hanya sehelai tuala yang membalut tubuhnya. Telefon di atas meja dicapai. Belum pun sempat melangkah tuala tersepit dipintu bilik mandi. Melurut tuala tersebut jatuh ke lantai.
“Hish gatal punya pintu bilik air” pintu itu menjadi mangsa kemarahan aku. Ya la gatal sangat nak tengok aku tanpa pakaian. Ni mesti pintu jantan ini. Kemain lagi dia gatal. Tuala dicapai kembali. Cepat-cepat tubuh itu dibalut dengan tuala.
Klak! Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan aku terkejut. Melihat wajah seorang lelaki yang tidak dikenali membuatkan aku tergamang. Pautan pada tuala terlepas. Keadaan diam sesaat. Sebelum aku menjerit apabila tersedar yang dia tengah… Ah malas nak cakap. Cepat-cepat tuala dicapai. Lelaki itu terburu-buru menutup kembali pintu biliknya.
BALA!

            Aku mencerlung ke arah lelaki dihadapannya itu. Kakak dan abangnya hanya terdiam. Sebaik sahaja lelaki itu memandang muka aku, aku membuntangkan mata.
            “Jangan pandang saya, pandang bawah” bengis aku. Tak sanggup nak mengadap muka dia. Dia dah nampak sesuatu yang tak patut dilihat oleh orang lain. Hah benci betul. Siapa dia ini? Sesuka hati masuk bilik aku dan melihat keadaan aku yang tengah… okay tak boleh cakap lagi.
            “Bila Alma balik?” soalan dari kakak membuatkan aku rimas.
            “Tadi tengah hari. Akak kenapa lelaki ini masuk bilik Alma. Bilik Alma kan kawasan hitam untuk semua orang!” geram aku. Bukan dia tak tahu sesiapa tidak dibenarkan masuk ke dalam biliknya hatta keluarga sendiri.
            “Dah dua tahun awak lari rumah ingatkan tak nak balik” sinis jawapan abang. Entah kenapa aku rasa begang. Abang ini nak ajak aku gaduh ke?
            “Tak kira la Alma tak balik ke balik ke bilik Alma kawasan larangan”
            “Siapa suruh lari rumah. Itu la padahnya” aku merengus. Badan dihempaskan disofa. Tangan disilangkan dihadapan. Muka mamat itu aku renung. Sampai sepet mata aku tenung mamat itu. Sikit pun dia tak angkat muka. Bagus dengar kata betul!
            “Abang, saya ras….”
            “Diam jangan nak bersuara!” marah aku sebaik sahaja ‘dia’ cuba bersuara. Tak nak dengar suara dia. Semak, semak dan semak!
            “Alma tak baik buat tetamu macam itu” marah kakak. Aku buat bodoh. Sakit hati.
            “Sudah, salah Alma jugak yang balik tak bagi tahu tu kenapa? Jangan nak salah kan Tengku” kakak ini kenapa? Kenapa bela budak ini. Adik kesayangan kamu ini dalam masalah. Maruah dah erk…tak nak cakap lagi.
            “Kakak…”
            “Sudah-sudah jangan nak banyak cakap. Alma kemas semua barang Alma pindah bilik nombor tiga. Bila nombor dua sekarang milik Tengku. Titik” arah kakak. Aku kaget. Apa kes!
            “Tak nak!” jerit aku. Bilik aku tuju, malas nak layan. Macam-macam rasa yang menyelubungi aku tika itu.



            Terketar-ketar tangan aku memegang dada. Sakit amat. Perlahan-lahan aku menuju ke katil. Jangan cari pasal wahai jantung ku. Diusap pelahan dadanya. Buat hal pulak hari ini. Niat dihati nak seperais kan abang dan kakak tapi dia yang mendapat kejutan.
            Pintu dibuka dari luar. Dia tahu pasti kakak. Dari haruman kakaknya dah tahu. Dia tak pernah berubah. Wangian yang sama. Aku ke yang berubah?
            “Akhirnya adik balik” aku biarkan kakak. Kenapa aku rasa tak semangat. Mana semangat teruja aku sewaktu tiba rumah ini. kenapa aku rasakan asing dirumah sendiri?
            “Kakak tak suka Alma balik ke?”
            “Kakak la orang paling gembira nampak Alma. Alma pergi mana selama ini. Alma tak kesian ke dekat mama papa dan kakak cari Alma” lirih kakak.
            “Benda dah lepas tak payah nak kenang”
            “Kakak dah telefon mama dan papa. Esok mereka datang”
            “Mmm…” aku dah malas nak bersuara. Aku dah penat.
            “Alma tak boleh layan Tengku macam itu. mungkin salah Tengku tapi salah Alma tetap ada” pujuk kakak.
            “Alma penat. Alma nak tidur” aku bukan menghalau tapi aku betul-betul kepenatan. Kenapa jadi macam ini?
            “Kakak dah masak. Nanti Alma lapar Alma turut” angkuk tak geleng tak. Sebaik sahaja kakak keluar dari bilik cepat-cepat Alma menekup bantal di muka.



            “Saya mintak maaf” Alma merengus. Asal mamat ini ada lagi dekat sini? Kenapa tak berambus. Dia sudah pun duduk dihadapan Alma. Beberapa das jelingan lancarkan oleh Alma. Sampai naik juling mata dia.
            “Malu tahu tak. Malu!” jerit Alma perlahan. Gila tengah malam nak jerit kuat-kuat nanti teruk kena dengan jiran.
            “Saya tak tahu” dia buat muka tak bersalah pulak! Ingat aku mudah simpati.
            “Aku geram tahu tak”
            “Saya tahu”
            “Nak je aku masak kau dalam kuali”
            “Saya paham”
            “Apa yang kau nampak?”
            “Nampak awak tanpa pakaian” Dush! Aku baling cawan ditangan ke arah mukanya. Mengadu dia kesakitan. Eleh baru sikit. Menjerit macam budak kecik. Dia menjelir. Padan muka. Bukan sakit pun. Cawan plastik je kot.
            “Jangan sebut benda itu lagi. paham. Aku nak kau lupakan” amuk aku. Dia hanya mengangguk.
            “Kau nampak apa tadi?” soal aku sekali lagi.
            “Saya nampak awak tanpa pakaian” aku ketuk kepala dia dengan tangan.
            “Kau nampak apa tadi?”
            “Eeee… awak tanpa tudung” tergagap-gagap dia. Aku senyum. Walaupun jawapan itu tak memuaskan tapi boleh terima.
            “Bagus. Jangan nak cuba ingat balik. Kalau tak kepala kau aku hempuk dengan pasu” baran aku. Aku bangun tinggalkan dia seorang diluar.



            Disebabkan malas nak jumpa mama dan papa pagi-pagi lagi aku sudah keluar. Tak sangka banyak betul dosa aku. Aku bukan apa, takut saat bertentang mata aku jadi lemah. Banyak sangat dosa aku dengan mereka.
            “Alma memang melampau. Alma tahu tak berdosa lawan cakap ibu dan ayah. Sedangkan hanya perkataan ah pun dah mencatitkan satu dosa inikan pulak melawan. Kenapa Alma degil sangat. Lari dari rumah. Memalukan keluarga!” hendik papa. Aku hanya diam tanpa perasaan.
            “Papa jangan hukum Alma atas kesalahan yang papa tak nampak” tegas aku. Papa suka salahkan aku dalam hal ini. Kepulangan aku bukan satu perkara yang mengembirakan mereka.
            “Alma jangan nak kurang ajar dengan papa. Tak cukup ke dengan didikkan yang papa dan mama berikan sehingga Alma jadi kurang ajar macam ini” dia merengus. Susah nak handle papa.
            “Okey la papa. Alma tahu Alma salah dan Alma dah dapat pun hukuman dari dosa Alma. Alma mintak maaf. Alma hidup hari ini pun sebab dosa Alma. Alma mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki” tangan papa diraih sebelum memohon maaf untuk sikap keras kepalanya. Mama memeluk tubuh aku erat. Setiba dihadapan kakak, aku dah rasa lain. Banyak jugak dosa aku pada mereka.
            “Alma mintak maaf. Alma keluar dulu nak tenangkan fikiran” aku melangkah ke pintu keluar. Papa hanya memandang tajam ke arahku. Aku nak redhakan kesakitan jantung ini dulu sebelum berhadapan dengan semua.
            Langkah aku mati diambang pintu. Kelihatan Tengku baru balik kerja. Lantas lelaki itu aku tarik supaya mengikutnya. Aku perlukan pertolongan dia tika ini. Dia hanya terkebil-kebil sewaktu aku menariknya. Aku pun pelik kenapa dia aku tarik.
            “Nak pergi mana ini?” soal Tengku. Jalan raya semakin sibuk pada tika itu.
            “Mana-mana je. Janji tempat yang tenang”
            “Sebagai seorang anak, berdosa untuk mengingkari kata-kata kedua ibubapa kita. Tanpa mereka siapa kita. Itu sebab kita diwajibkan memuliakan mereka pada tempat yang sewajarnya. Semua orang pernah buat silap. Sebagai anak kita kena tegur dalam kata-kata yang sopan bukan dengan cara meninggikan suara kepada mereka.” kata-kata Tengku biarkan sepi. Tak jadi taik telinga pun.
            “Ada yang menangis kerana tiada ibubapa. Kita yang mempunyai keduanya kenapa nak sia-siakan” la tak habis lagi ceramah.
            “Dah la. Tak payah nak ceramah sangat. Kau pun sama. Mengejar cinta manusia lebih dari cinta Allah. Nasihatkan orang konon” aku mencebik. Bukan dia tak tahu lelaki itu sedang mengejar cinta seorang wanita yang belum ada ikatan yang sah. Dia terdengar perbualan lelaki itu dan abang dua hari lepas. Terasa macam jengkel pulak. Masih ada lagi lelaki yang setia.
            “Saya mengejar cintanya kerana Allah. Allah dah titipkan dia untuk saya. Sekarang saya hanya mampu berusaha menjadikannya takdir saya”


            Aku pandang televisyen dengan pandangan kosong. Sejak kisah gaduh hari itu abang dan kakak dan macam tak pedulikan aku. Aku pun dah malas nak ambik tahu. Tunggu la aku dapat kerja aku sewa rumah lain. Bebel hati lama. Malas nak duduk lama-lama dekat situ jika semua seperti membenci.
            “Ah!” Alma menjerit kecil sebelum megetuk kepalanya perlahan. Ini semua salah kau la semua orang benci. Buat-buat tak tahu pulak. Desis hati Alma. Dia mengeluh. Matanya kembali memandang televisyen.
            “Cerita apa ini?” Tengku mengambil tempat disebelah aku. Mamat ini tak nak pulak blah dari rumah ini.
            “Ada mata tengok” suaranya dingin. Keadaan diam seketika. Aku telan air liur melihat adengan cerita kaca televisyen. Part yang mana heroin itu tengah berkembang. Tengku dipandang dengan ekor mata. Lelaki itu masih khusyuk. Cepat-cepat remote dicapai. Punat off ditekan.
            “La kenapa tutup. Saya tengah tengok” protes dia.
            “Membazir current tengok cerita tak faedah”
            “Tapi kan kenapa rasa macam pernah tengok je part itu” aku nampak dia senyum mengejek. Aku nampak!
            “Agak-agak kat mana erk. Ish macam betul” muka aku dah panas. Oh panas. Muka aku kibas-kibas dengan tangan.
            “Hah dah ingat” dia separuh menjerit. Bantal kecil yang berada disofa aku baling kearahnya. Cepat-cepat aku beredar. Bunyi tawa membuatkan aku mengigit bibir. Eee geramnya aku! Aku nak bunuh dia boleh tak?


            “Talk to my hand” Alma menayangkan tapak tangan ke arah lelaki itu. Muka di paling. Tak nak cakap dengan Tengku.
            “Alma…” panggilnya lembut.
            “Talk to my hand!” tegas aku.
            “Pleases Alma” pujuk dia. kenapa dia masih berada disini.
            “Tak nak la” aku dah melangkah laju. Tolong la jangan nak sesakkan keadaan jiwa aku.
            “Alma pleases kita balik. Dah lewat malam ini”
            “Tak nak. Boleh tak jangan ganggu saya. Itu bukan rumah saya dah. Saya dah tak dialu-alukan dalam rumah itu lagi” jerit aku berang. Dia masih mengekori belakang aku. Seram jugak malam-malam aku terpaksa jalan tepi jalan. Dibuatnya ada hantu ke, mat rempit ke memang menakutkan kot. Selamat dia ada. Hati aku masih panas lagi. Sampai hati kakak dan abang buat aku macam itu. Hina sangat ke aku ini?
            “Awak tak takut ke jalan sorang-sorang ini. Dah tengah malam ini?” cit dia ini takutkan aku pulak. Aku punya mood pun dah swing-swing ini.
            “Tak”
            “Betul ini. Kalau macam itu saya balik dulu la. Hati-hati taw” pesan dia. Aku masih berjalan. Tak pandang belakang. Dua minit dah berlalu. Keadaan sunyi. Bunyi derap kaki pun tak ada. Aku dah kalut. Parah. Dia memang tinggalkan aku la pulak. Muka aku bertambah pucat sebaik sahaja berpaling. Kosong!
Aku duduk mencangkung ditepi jalan. Langit hitam dipandang. “Apa yang kita harap tak mungkin terjadi. Jadi berhenti bermimpi Nur Alma” kata-kata itu memang aku tuju khas pada diri aku. Sebab apa yang aku harapkan memang tak menjadi pun. Malah memang dah hancur lebur.
            “Kesilapan terbesar dalam masa sekarang mungkin balik sini kot” batu kecil yang berada diatas jalan aku capai. Batu-batu tersebut disusun menjadi nama aku. Duduk tepi jalan tengah-tengah malam macam ini memang cari maut.
            “Alma…” teguran dari seseorang buat aku pucat. Hantu ke? Jangan la.
            “Kesilapan besar yang mungkin Alma buat adalah tak balik sini. Makanya pilihan yang Alma buat adalah yang terbaik” aku berpaling. Tengku! Dia mengambil tempat disebelah aku. Giliran dia menyusun namanya disebelah batu-batu kecil.
                                                ‘Alma Vs Tengku.’
            “Asal datang balik?” soal aku dingin. Mulut kata lain tapi hati kata lain. Fuh lega!
            “Nak tengok rupa orang merajuk” dia ketawa kecil. Ketawa dia membuatkan aku berpaling. Familiar.
            “Siapa merajuk?”
            “Tak merajuk ya. Tapi kenapa sampai keluar rumah tengah-tengah malam bila kena marah?” sindir dia.
            “Saja nak ambik angin malam.” Keadaan antara kami diam seketika.
            “Kenapa Alma dah berubah” aku tersentak mendengar kata-katanya. Berubah?
            “Maksudnya?”
            “Nur Alma dah macam bukan Nur Alma” ringkas tapi mendalam maksud tersebut. Aku menjungkit bahu. Entah aku pun tak tahu. Aku masih mencari jawapan tersebut.
            “Dah jom balik. Macam budak kecik kena marah dah merajuk” Tengku bangkit. Dia menanti aku mengikut jejaknya. Dengan lambat-lambat aku bangkit.
            “Semua mengukit benda yang dah lepas bosan tahu tak. Yang berlalu biar la berlalu. Ini sibuk nak kaitkan. Bosan tahu tak.” rungut aku. Siapa tahan bila selalu kena sindir pasal benda yang sama tiap-tiap hari. Itu belum mama dan papa lagi.
            “Mereka mengambil berat. Mana Alma pergi, apa Alma buat mereka berhak tahu.” Kata-kata Tengku lembut menyapa telinga aku. Suaranya seperti memujuk. Betul ke aku merajuk?
            “Rumit melalui dua tahun sebagai orang asing” aku bangkit. Ayat itu penuh dengan maksud yang aku sendiri sering terbeban. Kalau boleh biarlah perkara yang berlaku selama dua tahun menjadi rahsia aku.


            Aku meletakkan tapak tangan didada. Diusap perlahan bahagian itu.
            “Alma tak sengaja” perlahan dia bersuara. dia tahu lambat-laun semua ini akan terjadi jugak.
            “Alma tahu tak siapa yang patut kahwin dengan Alma hari Alma larikan diri itu?” soalan papa berserta dengan gelengan. Aku tak tahu. Aku tak ingat. Aku tak sedar.
            “Tengku” jawapan dari mama membuat aku tersentak. Tengku yang berada disebelah abang  ditoleh. Dia hanya tersenyum. Kenapa aku tak ingat dia? Setahu aku kami pernah berjumpa. Banyak masa yang aku luangkan dalam membeli barang hantaran kahwin dulu. Kenapa aku tak ingat? Kejadian itu menghakis ingatan aku ke?
            “Alma dah malukan keluarga kita” rintih papa. Wajah itu kelihatan kesal. Dia hanya mampu memandang kosong. Memproses semua data yang hilang.
            “Alma tak sengaja. Alma tak jangka” terasa jantung itu berdebar. Ayat itu cukup membuatkan Alma mengeletak. Takut!
            “Alma untuk sekian kalinya papa merayu. Terima la Tengku. Dia dah banyak berkorban demi Alma. Dia tunggu Alma.” Aku tergamang. Untuk sekian kalinya? Terima Tengku? Dia memandang wajah Tengku. Lelaki itu masih setia tersenyum. Sikit pun tidak berkata-kata dari awal mereka berbincang sehingga sekarang. Apa yang dia pandang sehingga sekarang. Banyak perkara buruk yang dia lakukan, sampaikan orang disekelilingnya membenci. Kenapa tidak lelaki itu?
            “Papa…” air mata sudah bergenang. Sehingga begitu? Papa sanggup merayu? Kerana aku? Tengku? Dia sudah lemah. Badannya melurut jatuh. Semangatnya sudah hilang. Satu demi satu memori yang sedikit bertaburan kembali bercantum. Memori kali pertama dia berjumpa dengan Tengku. Saat dia dah Tengku berjumpa di kenduri rumah Tengku. Dimana itulah kali pertama dia berjumpa. Waktu itu dia dikenalkan oleh mama dan papa kepada keluarga Tengku. Saat kedua bila Tengku datang ke rumahnya dengan rombongan. Dia menerima dengan hati terbuka kerana keputusan telah diberi kepada keluarganya. Memori aku dengan keluarga membuat persediaan majlis perkahwinan. Semua bersatu.

            “Papa” Alma dah melutut dikaki papa. Tangan papa  diraih.
            “Alma tak pernah bangkang kata-kata papa. Alma terima Tengku dari dulu. Alma tahu. Papa yang berhak membuat semua keputusan dalam hidup Alma. Alma tak pernah bantah. Malah Alma bersyukur kerana papa aturkan semua. Kerana papa sayangkan Alma. Alma mintak maaf  kerana Alma tak hadir hari itu. Alma tak sengaja papa. Alma….” Kata-kata mati. Tika itu jantung sudah pun berdegup kencang. Nafas sudah pun lemah. Aku tahu sikap aku dulu berbeza dengan hari aku tiba di rumah. Itu bukan aku. Bukan! Saat itu tubuh aku berpeluh dingin. Sebelum rebah dikaki papa.



            Sebaik sahaja aku terjaga dari lena wajah mama jelas menyapa ruang mataku. Mama menangis! Wajah yang lain sedikit mendung? Apa yang terjadi. Bagaikan tersedar aku lantas bangkit.
            “Mama…” mama memeluk aku.
            “Maafkan mama sayang. Maafkan mama” tangis mama membuatkan aku terluka.
            “Alma apa yang terjadi sebenarnya. Cerita dekat papa sayang” pujuk papa. Papa datang menghampiri. Masa dah tiba ke? Aku dah bersandar dikepala katil. Nafas ditarik. Aku takut nak buka kisah yang membuatkan kau membenci seluruh diri ini. Semangat dikumpul.
            “Sehari sebelum Alma pulang kampung. Alma dapat call dari Ridhaudin. Alma tak kenal dia. tapi dia cakap ini berkaitan dengan bakal suami Alma. Alma bengong. Menurut dia Alma kena tipu.” Perlahan-lahan dia bersuara. Senak didada memberikan dia kesukaran untuk berkata-kata.
            “Ridhaudin?” Alma melemparkan senyuman ke arah Tengku. Dia tahu apa yang bermain difikiran Tengku. Ini semua berkaitan antara mereka.
            “Tengku kenal?” soal Alma. Dia jawap dengan anggukan. Semuanya angkara lelaki bernama Ridhaudin. Dia yang menyebabkan aku terperangkap dalam ilusi yang dicipta. Ilusi yang memyebabkan dia terperangkap dalam keterpaksaan.
            “Dia perkerja Wira Holding. Persaing syarikat kami” aku mengangguk. Tunggu dia cerita. Rasanya semua dah semakin jelas.
            “Tak silap saya dia dah meninggal dua tahun lalu. Akibat kemalangan” berkerut wajah Tengku bercerita. Apa kaitan Alma dengan Ridh?
            “Dia yang buat Alma jadi macam ini” kata-kata aku cukup membuatkan semua tergamang.
            “Alma tak lari sebab kena kahwin. Tapi malang Alma terlibat kemalangan. Alma mengalami kecederaan yang teruk dan jantung Alma mengalami kerosakan fungsi. Tika itu Alma hanya berserah sebelum Ridhaudan berikan jantung dia pada Alma” aku memegang dada. Degupan jantung ini milik Ridhaudin. Ah kerana jantung itu membenci, maka dia harus membenci. Membenci orang yang semakin mendapat tempat. Membenci orang yang memberi dia kegembiraan. Membenci orang yang mengajar dia erti cinta, membenci orang yang mengajar dia erti sebuah kesabaran dan membenci orang yang…. Dia tak sanggup.
            “Sebaik sahaja Alma sedar. Ibubapa Ridh jaga Alma. Masa itu Alma dalam trauma. Alma ambik masa untuk sesuaikan jantung baru Alma. Mereka ingat Alma kekasih Ridh. Alma nak balik. Tapi mereka tak bagi. Mereka cakap Alma peninggalan Ridh. Satu-satunya kenangan Ridh. Alma ambik masa untuk lepas dari mereka. Dan akhirnya Alma pulang.” Terang aku. Tak ada sebab untuk aku menyembunyikan semua. Sikap aku selepas menerima jantung baru. Agak berbeza. Mungkin Ridh masih ada. Masih ada dalam hati, jantung ini milik dia.



            Malam itu rumah keluarga aku sekali lagi riuh-rendah. Perkara dua tahun lalu kembali berlaku. Cuma yang berbeza kali ini kemeriahan sedikit kecil. Tiada khemah, tiada pelamin, tiada adat-adat wajib yang ada hanya perkara wajib sah nikah iaitu akad nikah.
            Hanya pihak yang tertentu sahaja yang hadir. Kedua belah pihak keluarga sahaja. Keluarga Tengku, atau nama sebenar dia Akhtar Arfa. Nama yang cantik untuk orang sehensem Akhtar Arfa. Dia penuh dengan sifat sabar. Tak pernah nak melenting dengan sikap aku sepanjang kamu bertemu kembali.
            Dia penyayang. Sudi sayang aku walaupun masa yang lama. Dia setia. Sudi tunggu aku dalam masa dua tahun walaupun tak tahu sama ada aku masih hidup ataupun tidak. Aku pernah ejek dia kerana jadi bodoh sebab tunggu seseorang yang tak pernah nak terima dia. Ternyata aku yang bodoh sebab tak reti nak menghargai pengorbanan dia.



            Tangan sasa Arfa menyentuh perlahan kesan parut didada aku. Aku hanya membiarkan. Tahu sangat apa yang berada difikiran lelaki itu.
            “Sakit?” soal Arfa dengan riak muka risau. Aku hanya tersenyum. Sakit itu dah hilang kot.
            “Boleh abang gantikan jantung ini dengan jantung abang?” cepat-cepat aku menekup mulut Arfa.
            “Pleases jangan cakap macam itu.”
            “Maaf”
            “Kenapa?”
            “Sebab abang Alma mengalami kesakitan ini. Parut ini…”
            “Dan sebab perkara ini terjadi la Alma dapat kahwin dengan abang. Cuba bayangkan kalau Alma tak dapat parut ini”
            “Abang tak nak bayangkan” potong Arfa pantas. Aku menarik senyum.
            “Abang selalu dan sentiasa tunggu Alma dan tetap akan menunggu”
“Alma mintak maaf sebab tak ingat abang dan menyebabkan abang menunggu”
“Tak sayang. Jodoh ini milik kita. Abang yakin ada sebab aturan hidup dan jodoh kita macam ini. Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.”
Malam itu semua perkara terungkap. Biar la sejarah menjadi sejarah. Aku tak boleh membenci Ridhaudin kerana hati dia dah menjadi milik aku. Sisa benci itu akan aku baja dengan segala rasa cinta. Akhtar Arfa tetap suami yang aku cinta. Dia dah sah menjadi milik aku. Benih-benih cinta untuk lelaki itu semakin bercambah.

Dua tahun dahulu.
“Mama, Alma kena ikut jugak ke?” aku menarik muncung. Tak pasal kena ikut mama pergi kenduri rumah kawan dia. Malas la pulak. Dia balik minggu ini untuk rehat bukan berjalan.
“Ikut la boleh makan. Kawan mama itu buat kenduri kesyukuran untuk anak buah dia yang baru lahir. Lagipun tengah hari ini mama tak masak. Nak makan jom ikut mama” mama masih memujuk. Aku dah mencebik. Malas seh!
“Ikut jelah. Tak payah nak buat muka. Bukan mama tak tahu kamu tu bukannya rajin nak masak pun” aku sengih. Macam tahu-tahu je yang aku malas nak masak.
“Nak pergi ke tak nak?” sekali lagi mama menyoal dan kali ini tanpa berlengah aku mengangguk.
“Cepat la. Mama dan papa tunggu dekat kereta” laung mama. Aku dah menapak ke bilik. Tukar baju kurung. Kata pergi kenduri jadi kena la pakai baju kurung. Kalau pakai seluar dah macam jadi bibik pula.

Aku membetulkan butang baju kurung. Kena kemas-kemas nanti orang ingat anak Makcik Sofia dan Pakcik Shamir ini selekeh pulak. Selesai merapi diri aku melangkah mengekori mama. Mama dah bertegur sapa dengan tuan rumah mungkin. Disebabkan aku adalah gadis melayu maka terkedek-kedek aku jalan merapati tuan rumah. Lengan penuh sopan tangan tua itu aku raih ke dalam gengamanku sebelum mengucup lembut tangan itu.
“Anak bongsu Fia, Alma” aku hanya tersenyum mendengar tutur mama.
“La inilah Alma. Makcik selalu dengar cerita pasal Alma. Hari ini boleh jumpa tuan punya badan.” Aku hanya senyum. Tak cakap apa pun sebab tak tahu nak cakap apa. Inilah kelemahan aku. Tak reti nak berbual bila orang lebih tua dari aku tanya. Hanya mampu tersenyum kerja aku.
Dari tadi mata aku mengatal tengok dia dan dia pun sama. Dah penat aku senyum dekat dia. dia pulak tak penat ke senyum dekat aku. Penat wo nak balas senyum orang ini. Walaupun senyum itu satu sedekah. Aku bangkit. Berjalan ke arah dia. Dari tadi main senyum-senyum mah rabak bibir comel aku ini.
“Assalamuaikum encik. Saya bukan apa saya penat dah duk balas senyum awak ini. Boleh tak awak jangan senyum lagi” dengan lurus aku cakap. Tak ada belok-belok. Dia hanya tercengang sebelum ketawa kecil.
“Waalaikummusalam cik. Kalau penat senyum kenapa awak balas balik?” soal dia. Aku hanya terkebil.
“Saya tak boleh tengok orang senyum dengan saya. Nanti secara automatik saya akan senyum balik. Itu semua mama saya punya pasal la. Masa beranakkan saya dia asyik senyum je. Tengok kambing pun senyum. Itu sebab ia turun dekat saya. Senyum memanjang” panjang lebar aku bersuara. Siap mama pun masuk dalam cerita aku. Haila mama, haila Alma. Main hentam sudah.
“Saya suka. Saya suka awak. I like” dengan selamba dia cakap suka. Masa itu muka aku dah blushing. Tak pernah orang cakap dia suka aku first time jumpa. Aneh ini.
“Saya suka jugak. Saya suka awak jugak. I like jugak” tutur aku. Sebelum berlalu. tak boleh duduk situ lama-lama. Muka dah macam terbakar dekat lava gunung berapi. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh cakap macam itu .Tengok mama yang macam tanda-tanda nak balik aku semakin cepatkan langkah.
“Mama jom balik” bisik aku dekat mama sebaik sahaja seiringan dengan mama. Tangan mama aku paut.
“Ya nak balik la ini. Kamu pergi mana. Tadi Makcik Lis cari?” soalan mama aku buat tak dengar.
“Awak tunggu saya pinang awak” bunyi jeritan dari arah dalam menambahkan merah muka aku. Mama dah pandang aku.
“Amboi patut la hilang. Rupanya pergi memancing. Bagus bagus boleh la mama dapat menantu tahun ini” mama dah start sakat aku. Aku apa lagi cepat-cepat tarik tangan mama kelaur dari rumah. Memang aku tak berpaling pun. Papa tersengih-segih berjalan menghampiri aku. Haila bala. Lelaki ini memang pembawa bala!

~~~~~The END~~~



4 ulasan:

KaryaHatiku berkata...

wahh, best...ziqa suke... :)
hehehe... lolen, rerajin tau up...hihihi

Murasaki Hana berkata...

best!

Kk Zen berkata...

O-ren..Best sangat hehe..
ada unsur suspen..
gempak!
i like hehehe..

o-ReN berkata...

KH: terima kasih sebab suka...
Hana: ^_^
kkzen: wah menjadi jugak suspen itu...:D