Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

22 Jun 2013

Cerpen: Nak Cinta Dia












DENGAN CARA PALING SANTAI MEMPERSEMBAHKAN







NAK CINTA DIA~~~








“Betul tak nak papa ikut?” soalan Encik Abah Elfira jawap dengan senyuman.
“Yap. Fira boleh urusakan sendiri. Papa jangan risau okay” pintu kereta ditutup. Elfira melambai ke arah Encik Abah. Dia berlari ke arah pagar Sekolah Tinggi Darul Naim. Dia tersenyun ke arah pengawas yang bertugas. Permulaan baru yang mungkin memberi kesan yang baru.
“Okay semua. Hari ini kita ada ada kawan baru” jeritan dari Cikgu Haryati sedikit pun tidak di hiraukan oleh pelajar 6 rendah.
“Elfira kamu boleh ambik tempat disebelah Yus.” Elfira mengangguk. Dia berlangkah perlahan. Teruk betul pelajar kelas ini. Memang padan dengan kelas paling teruk dekat sekolah ini. Kenapa la aku boleh masuk kelas ini. Omel Elfira.
Perjalanan kelas itu berlalu seperti biasa. Elfira hanya termenung. Memikirkan agenda utamanya pindah dekat sini. Masa berlalu begitu sahaja.

“Hai” Elfira menegur lelaki yang sedang enak menjamu selera. Sebaik sahaja lelaki itu mendongak wajah itu melemparkan riak terkejut. Elfira buat tak nampak. Dia menikmati waktu rehat dengan tenang tanpa mempedulikan lelaki itu.
“Macam mana kau....”
“Mintak tukar sekolah dengan Encik Abah. Dia ada khusus 5 bulan. Tak salah kalau tukar selolah kejap” Lelaki itu merengus. Dia bangun. Dulang makanan di angkat.
“Aku tak kenal kau”
“Tahu” Elfira masih leka. Kata-kata lelaki itu memang dia boleh agak.
“Kau kenal ke dia Fira” Yus meletakkan dulang makan dihadapan Elfira yang masih enak menjamu selera. Dia kenal lelaki itu. Tiada siapa yang boleh cakap dengan lelaki itu kerana dia pelajar tingkatan 6 atas yang paling kejam. Tiada belas ehsan. Belajar baru yang masuk 3 bulan awal dari Elfira. Semua orang takut dengan budak lelaki itu. Tapi sayang muka hansome.
“Tak” jawapan Elfira mengundang kerut didahi Yus.
“Tapi kau cakap dengan dia”
“Yelah takkan cakap dengan hantu pulak” Elfira malas nak layan. Dia menikmati nasi ayam yang diberi. Masa rehat dah nak habis.


“Kau dulu dari sekolah mana?” Soal Yus. Mereka berjalan seiringan menuju kelas. Diteliti Yus dari hujung mata. Budak itu nampak agak pendiam tapi banyak sangat soal. Yelah masa dalam kelas sikit pun dia tak tegur aku. Nak pandang aku pun tak hingin. Alih-alih duk menyibuk pulak. Mmm... Don’t judge a book by its cover okay!
“Sekolah biasa je”
“Oh”
“Kau tak ada kawan ke dari tadi berkepit dengan aku?” soal Elfira sarkastik. Ayat dia boleh dilabelkan sebagai budak angkuh.
Emm...tak ada. Siapa la aku nak kawan dengan semua orang. Aku budak kelas hujung yang paling lemah. Dah jadi penyakit untuk ini.” sayu Yus. Apa boleh buat bila jadi orang kurang pandai. Semua orang takut kawan dengan dia. Takut bodoh berjangkit. Keluh Yus perlahan. Nampak Elfira pun akan jadi seperti mereka.
Trend dekat sekolah ini agak pelik sikit. Mereka berkelompok mengikut standard grade. Tiada siapa yang sudi berkawan dengannya alasan tak sama level. Dia tak salahkan Elfira. Dia dah boleh terima kenyataan yang dia tak layak bergaul dengan semua orang.
“Asal pelik sangat budaya sekolah ini. Kalau macam itu kau kawan dengan aku je la. Seen kita pun dah berkawan sejak mula” Elfira memeluk bahu Yus. Senyuman dilemparkan. Wajah Yus bercahaya bak matahari panas. Tak sangka ada jugak yang sudi berkawan dengannya. Sesinis Elfira dia bukan la seorang yang agak sombong. Cuma cara dia yang menampaknya begitu.
“Terima kasih Fira. Kau la orang paling baik pernah aku jumpa. Dah la cantik baik pulak itu” puji Yus. Digengam tangan Elfira. Melompat kecil Yus. Elfira hanya ketawa melihat perbuatan Yus. Sah minah ini tak pernah dapat kawan. Kesian pun ada jugak. Yus…Yus… kalau kau dah jadi kawan aku selamanya tetap kawan. Desis Elfira.
“Ini beruk mana pulak melompat tengah jalan tak nampak ke orang nak lalu” teguran agak kasar itu mematikan kegembiraan dua sahabat itu.
Elfira berpaling. Yus sudah pun menundukkan kepala. Dari reaksi Yus, Elfira tahu Yus kenal dengan budak ini. Dari raut wajah Yus pun dia tahu Yus agak takut dengan geng budak ini. Dia tak suka riak wajah Yus itu.
“La ada ada babun hutan nak lalu ye. Sila-sila” Elfira melangkah kebelakang. Bila orang cakap kasar dengan kita, kita kena balas kasar. Itu prinsip Elfira.
You what? Babun hutan?” Wajah budak perempuan dihadapannya sudah merah. Yus menarik tangan Elfira. Tak nak cari pasal dengan minah sengit itu. Nanti tak pasal bising satu sekolah.
“Dah la jom masuk kelas”
“Okay babun hutan. Sila la lalu” lambai Elfira. Dia berlalu. Baru nak seronok sikit Yus dah potong. Aish!
“Gila kau cari gaduh dengan dia” serang Yus sebaik sahaja sampai kelas. Kalau boleh dia tak Elfira cari pasal dengan that group. Dia orang itu kaki bodek sekolah. Maka dengan itu wajar semua sekolah menyokong mereka. Semua aktiviti sekolah menjadikan dia orang sebagai ikon. Mmm setakat cantik sikit je pun dah belagak macam diva. Huh!
“Kenapa pulak?”
“Dia itu mafia sekolah”
“Aku mafia malaysia” Yus mengeling. Memang pelik budak sorang ini.


Elfira memasukkan semua buku kedalam beg. Hari ketiga di sini agak bosan. Tiada life betul. Selamat la ada budak Yus itu tak ada la aku bosan sangat.
“Encik Mie!” jerit Elfira. berlari Elfira cuba berjalan dengan lelaki itu. Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah lelaki itu cepat-cepat menaiki bas. Elfira hampa sebaik sahaja bas tersebut berlalu tanpa sempat ditahannya.
“Fira!” jeritan dari arah belakang membuatkan Elfira menoleh. Yus! Yus sudah pun berlari anak mengejarnya. Tercungap-cungap gadis itu sebaik sahaja berhenti dihadapan Elfira.
“Kenapa tak tunggu aku?” berkerut dahi Elfira. Ada buat janji ke tadi.
“Dah la jom la balik” ajak Elfira. Sekali lagi dia frust bila tak dapat menjalankan misinya. Tak apa esok ada lagi. Dia tersenyum penuh makna.
“Fira awal aku tengok kau macam ada sesautu je dengan budak itu” soal Yus. Elfira buat tak tahu. Yus ini memang kaki kepoh betul la.
“Aku kenal dia.” perlahan suara Elfira. Mereka sudah pun berjalan seiringan. Elfira hanya mengikut aturan langkah kakinya. Dia tak ada mood nak balik sekarang. Kalau balik pun bukan buat apa pun. Bosan jugak.
“Ohh”
“Rumah kau dekat mana? Aku nak pergi rumah kau boleh tak?” berubah riak muka Yus tatkala mendengar kata-kata Elfira. Dia cuba mengawal riak. Rumah dia? Biar betul? Macam berat je.
“Kenapa tak boleh erk?” Elfira menyoal lagi. Dia perasaan wajah Yus yang berubah. Dia pun tak tahu kenapa laju sangat mulut ini menutur kata-kata tersebut. Mungkin sebab tak ada sebab nak balik rumah awal kot.
“Erk... bukan apa rumah aku itu...” kata-kata Yus mati. Tak tahu nak tolak macam mana.
“Tak pelah kalau tak boleh. Aku paham. Lagipun kita baru kenal tak sampai seharikan”pujuk Elfira. Sebe-salah jugak kerana membuatkan Yus dalam situasi ini. Elfira menahan bus sebaik sahaja melihat bus semakin menghampiri. Dia bangun bersiap sedia untuk menaiki bus.




Dia hanya menepuk perlahan bahu Yus sebagai tanda mengucap selamat tinggal.

“Fira!” langkah fira terhenti mendengar suara Yus. Dia yang berada pada anak tangga pertama bus menoleh.
“Jom”
“Jom la” Yus menarik tangan Elfira dari dalam bus. Elfira hanya terpinga-pinga.
“Maaf pakcik tak jadi naik” Yus sudah pun memohon maaf kepada pemandu bus itu. Bas bergerak meninggalkan mereka.
“Kenapa? Aku nak balik la. Dah kena tunggu bas lain pulak.” rungut Elfira.
“Pergi rumah aku jom” Yus tersenyum penuh makna. Dia menarik tangan Elfira mengekorinya. Elfira terpinga-pinga sebelum tersenyum. Elfira tercengang. Terkejut melihat rumah Yus. Biar betul? hatinya berkira-kira.
“Masuk la” ajak Yus. Yus sudah pun berada dipintu pagar. melambai-lambai ke arah Elfira yang masih tercengang.
“Ini la rumah aku. Buruk kan?” Yus mendepakan tangan menunjukkan keliling.
“Kau orang kaya” jawapan itu keluar dari mulut Elfira. Siapa tak terkejut melihat banglo yang cukup gah dihadapannya. Tak sangka. Tapi...
“Yang kaya mak ayah aku bukan aku. Lagipun aku ini bukan macam yang lain”
“Maksud kau?”
“Dah la jom masuk”


Elfira mengosok-gosok kepala. Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala. Teriyang-iyang kata Yus sebelum pulang tadi.
“Entah la. Aku tak pandai macam mereka. Walaupun aku berada dalam kelas hujung. Aku la yang paling lemah. Aku dah berusaha tapi tak dapat. Salah ke aku sebab tak pandai. Hina sangat ke aku?”




Air mineral dicapai.. Kenapa hati aku rasa macam terbaik pulak nak tolong Yus erk. Tak pasal dah tambah satu pekara dalam carta.



Naik kematu Elfira menunggu Yus dipintu pagar sekolah. Janji pada Yus untuk tunggu di pintu pagar sekolah menyebabkan dia tersangkut dekat sini hampir 10 minit. Ada lagi 5 minit sebelum pintu pagar dikunci. Pandangan mata jatuh pada susuk tubuh yang agak dikenali. Dia mengukir senyuman.
“Hai Mie. Selamat pagi dan assalamuikum” sapa Elfira mesra. Namun budak lelaki yang bernama Mie sedikit pun tidak berpaling malah dia berlalu. Elfira terkedu. Hanya angin yang menyapa salamnya.




Elfira hanya mampu tersenyum.

“Hah skodeng sapa itu?” sergah Yus.
“Weh kau lambat. Janji pukul berapa? Kau memang suka mungkir janji erk?” bidas Elfira. Dia meluahkan semua kata-kata bengangnya pada Yus. 
“Hehehe. Jangan marah. Kereta Pakcik Mus problem. Itu yang agak lambat sikit” Yus tarik sengih. Tahu salahnya.
“Mana Pakcik Mus?”
“Macam biasa. Dia dropkan aku dekat simpang sebelum sekolah”
“Untung la ada orang hantar pergi sekolah” mereka beriringian memasuki kawasan sekolah.
“Kau ada apa-apa ke dengan mamat scare itu?” Elfira menjeling. Tak habis lagi rupanya edisi siasat minah ini.
“Mmm…tak pun” ujar Elfira malas. Nak bagi tahu minah ini kena fikir sejenak dulu.
“Nama dia Miezan Alias. Tua setahun dari kita. Tak banyak kes cuma jenis pendiam sikit. Tak ada siapa yang rapat dengan dia kecuali dengna Fizi. Mungkin fizi itu geng dia kot” mata Yus tepat memandang ke arah orang yang disebutkan. Fizi dan Miezan yang berada di depan kelas.
“Kemain lagi kau kan. Dalam diam”
“Aku tak tahu nak buat apa. Kawan tak ada nak cerita apa salah aku jadi tukang memerhati” sayu suara Yus. Melihat muka Yus yang agak -agak nak mendung buat Elfira rasa semacam.
“Weh chill la. Yang kau nak emo pagi ini kenapa. Bukan aku kawan kau ke. Kau tak sudi kawan dengan aku erk?” bahu Yus dipeluk. Elfira buat-buat muka sedih.
“Eh bukan la. Ala kau ini. Ish aku pulak yang kena” rungut Yus. Elfira ketawa lepas. Dari jauh di melihat pandangan tajam yang dilemparkan oleh Mie. Dia kembali mengenakan Yus.




Banyak lagi masa. Tunggu la. Desis Elfira.




“Mie” jerit Elfira. Masa rehat ini dia nak gunakan sebaik mungkin untuk misinya.
“Fira” giliran Yus pulak menjerit namanya.
“Tunggu la” Elfira menghadang jalan Mie. Mie memandangnya tajam.
“Jom rehat sama” Elfira buat muka comel. Yus menarik tangan Elfira. Dah buang tabiat ke kawan sorang ini.
“Apa?” marah Elfira. Kacau betul la.
“Jangan kacau dia. Nanti kau masuk dalam blacklist” tekan Yus. Tak berani dia nak tengok muka tegang Miezan ataupun yang dikenali sebagai Prince Dark. Dia ada aura hitam yang menakutkan tapi sifat puteranya tetap terselah. Itu sebab dia agak dikenali dikalangan budak perempuan.
“Ah peduli apa aku. Jom makan sekali. Fira belanja” Elfira tidak mempedulikan Yus disebelah.
“Aku rasa baik kau dengar cakap kawan kau itu” dingin Mie. Dia berlalu tanpa menoleh.
“Ala melepas peluang kau” muram muka Elfira.
“Gila kau cari pasal dengan mamat itu” serang Yus sebaik sahaja Mie beredar.
“Dah la jom makan” Elfira menarik tangan Yus. Kantin dituju. Masa rehat makanan adalah tujuan utama. Yus mengeleng dengan perangai Elfira. Pelik semacam.







Elfira mengetuk dahi Yus dengan pensil. Geram betul tengok perangai Yus.

“Weh sakit la” marah Yus. Dahi digosok.
“Kalau tak nak kena ketuk buat apa yang aku suruh. Jangan nak mengelak” Elfira menarik buku latihan Yus. Dibulat-bulat ayat yang berada didalam buku tersebut.
“Ini kau kena ingat. Kata kunci pening. Kau lancarkan semua jadikan ini klu untuk kau ingat” terang Elfira. Yus hanya mencebik.
“Kata nak jadi pandai ini baru bagi latihan sikit dah bising” bebel Elfira. Dia menarik buku rujukan pengajian am. Mencari-cari perkara yang boleh jadi isu.
“Sikit kau kata. Ini nak masuk buku ketiga aku kena lancar” rungut Yus. Jadual hari ini dia perlu melancar sebanyak mungkin maklumat. Hampir sebulan dia mendapat tutor dari Elfira. Dia sendiri terkejut bila Elfira yang menariknya untuk study bersama. Kebiasaan dia hanya study sendiri. Tanpa ditemani sesiapa yang mengajar dan diajar. Pergi kelas tution pun asyik kena kutuk dengan cikgu baik tak payah. Membazir duit je. Nak buat macam mana dah tak pandai terima je lah kalau orang kutuk.
“Minum dulu fira. Dari tadi makcik tengok korang buat kerja” sapa Mak Limah. Dulang ditangan disambut Elfira. Mak Limah, ibu kepada Yus. 
“Mak Fira buli adik.” rengek Yus. Mengadu konon. Elfira dah mengetuk jari Yus dengan pencil.
“Tengok mak” dia menarik muncung.
“Terima kasih la Fira kerana sudi tolong Yus. Jarang ada orang yang sudi tolong dia.” dia bersyukur kerana akhirnya Yus berolehi kawan yang sudi menerima kekurangan diri itu. Dia sendiri sedih melihat anaknya menjadi mangsa buli emosi. Teruk jugak dia kena buli. Dia sebagai seorang ibu sedih melihat situasi anaknya itu. Tapi apakan daya, untuk menghalang dari kena semua. Alam remaja anaknya itu dia tak boleh nak masuk campur. Dia hanya mampu memberi kata-kata nasihat kalau Yus  kalah untuk menghadapi keadaan sekarang nanti bila berada didunia luar bagaimana? Sampai bila dia perlu berada disamping anak bongsunya itu. Sedangkan adik-beradik lain berada dibenua yang berbeza. Umurnya semakin tua.
“Makcik Fira dah kawan dengan Yus. Maka ke semua masalah Yus masalah Fira jugak” pujuk Elfira. Dia seorang yang mementingkan persahabatan. Dia tak akan sesekali membelakangi sahabatnya. Berjaya dia maka berjaya la sahabatnya.
“Kamu sambung la. Makcik ada hal sekejap” Mak Limah bagkit menuju ke dalam rumah. Semoga persahabatan mereka sehingga ke syurga.




Elfira memandang tajam Yus.

“Mengadu nampak” Yus ketawa.
“Ala nak manja-manja dengan mak je”
“Banyak la kau manja dah besar gajah nak duduk bawak ketiak mak”
“Ala biar la. Itu tandanya aku sayang mak aku. Kau tak sayang mak kau ke?”
“Gila tak sayang mak sendiri. Sayang la. Cuma tak sempat nak tunjukkan kasih sayang bila mak aku meninggal masa melahirkan aku” Yus terdiam.
“Weh sorry tak tahu” sebe-salah Yus. Hal ini macam ini sensetive sikit pada sesetengah individu. Rilex la.
“Aku dah terima hakikat yang mak aku tak ada” Elfira ketawa. Buat apa nak sedih-sedih baik doakan arwah mak dia aman di alam lain. Doa anak yang solehahkan paling bermakna. Yus mengangguk.


“Ada ada satu soalan untuk kau”
“Apa?”
“Asal kau tak masuk kelas sains kaukan pandai. Pelik aku tengok kau masuk kelas corok”
“Tak ada sebab. Lagipun kelas corok ini seronok. Tak ada tekanan” luah Elfira. Semakin hari semakin faham dia dengan rentak gadis dihadapannya itu.



“Fira!” jerit Yus. Dia mendapatkan Elfira. Tubuh Elfira dipeluk. Melompat-lompat Yus.
“Asal ini?”
“Aku berjaya. Aku berjaya” jerit Yus. Dia menghulurkan sehelai kertas pada Elfira. Elfira senyum melihat kandungan kertas tersebut.
“Tahniah beb” ucap Elfira. Yus berjaya mendapat keputusan lulus untuk semua subjek dengan memperolehi C. walaupun C ia amat bermakna . Keputusan ujian itu amat memberangsang dari sebelum ini.
“Berbaloi kena ragging dengan kau”
“Hahaha. Lain kali jangan merungut.”
“Tapi keputusan kau teruk” sayu Yus. Dia terkejut melihat markah ujian Elfira. Lebih teruk darinya. Kenapa boleh jadi macam itu.
“Shyy..Jangan cakap kuat-kuat” Elfira meletakkan jari telunjuk dibibir. Isyarat diam.
“Kenapa?”
“Aku bosan la sebab pandai” dia ketawa kuat. Yus tarik muncung. Boleh pulak makcik ini main-main masa ini.
“Tepi la. Menghalang laluan” pekikan dari seseorang membuatkan Elfira dan Yus menoleh. 
“La lalat ini rupanya. Kalau sehari kau tak tunjuk muka depan aku tak boleh ke?” bidas Elfira. Sejak kes mula-mula dulu mereka sudah tak seteru. Tapi macam biasa la siapa boleh lawan bisa mulut Elfira. Nampak je baik tapi mulut boleh tahan.
“Mulut jaga sikit. Jangan kau nak gelar aku dengan binatang pulak” amuk Rokiah atau nama glomur Rozy.
“You jangan nak cari pasal dengan kami” okay si kaki ampu dah bersuara.
“Dah la Kiah. Baik kau nyah dari pandangan aku sebelum aku kena lebih teruk dengan aku” nasihat Elfira. Dia memegang bahu Rokiah. Tapi ditepis kuat olah Rokiah.
“Kau...”
“Hei asal result kau teruk?” belum pun sempat Rokiah nak membalas mereka dikejutkan dengan kedatangan putera kegelapan, Mie. Tercengang semua. Tak pernah-pernah lelaki itu bertegur sapa dengan orang tapi kali ini lain. Dan orang yang ditegur itu adalah Elfira. Musuh tradisi si Rokiah.
“Abang Mie...”
“Siapa abang kau?” bidas Mie. Tajam dia memandang Rokiah dan rakannya, Sasya. Menikus ke duanya. Yus dah menyorok belakang Elfira terkejut punya pasal. Selamat tak terkucil. Pandangan tajam Mie menikam Elfira. Elfira masih selamba.
“Tak cukup ulang kaji” Mie merengus sebelum melangkah meninggalkan Elfira.




masing-masing tercengang. Dalam diam Elfira tersenyum kepuasaan. Lelaki itu sudi tegurnya. Hah tak sia-sia dia tidur waktu jawap exam.









“Kau tinggal sorang?”
“Kau tak ada rumah ke?”
“Ada. Papa aku pergi out station jadi lepak sini sementara tunggu dia balik”
“Kali ini aku memang terkejut gila. Kau duduk dekat sini selama 4 bulan ini” Elfira mengangguk.
“Sorang?” dia mengangguk lagi.
“Tak takut?” dia geleng.
“Buat macam rumah sendiri” Elfira berlalu kebilik air. Yus dah terbaring di atas katil Elfira. Gila betul la Elfira in. Dia menghitung detik-detik pertemuan antara mereka. Bulan pertama dia dapat tahu yang Elfira ini budak pandai. Bulan kedua tahu tenang arwah mak fira. Bukan ketiga mendapat kejutan bila Mie bercakap dengan Elfira. Bulan keempat dia baru tahu yang Elfira ini anak orang kaya yang menyewa hotel selama 5bulan. Mahu tak gila terkejut. Bulan kelima tak tahu la perkara apa yang akan diketahui. Dia sendiri hairan. Elfira sewaktu disekolah selalu mengejar Mie. Sehingga la dia dicop kaki gedik tapi satu pun Elfira tak ambik port. Apa yang menarik sangat tentang Mie pun tak tahu. Dia rasa tujuan Elfira datang sekolah ini pun sebab Mie. Gerak hatinya kuat mengatakan.
“Malam ini nak tido sini tak?” Elfira muncul dari bilik air. Dia mengambil tempat sesebelah Yus.
“Dah cakap dengan mak aku nak teman kau. Tak sangka pulak aku yang kena duduk hotel” sinis Yus. 
“Kau tak pernah tanya” jawapan dari Elfira buat Yus bengang tahan infinity.
“Kau kena la bagi tahu aku. Pasal aku semua kau tahu. Pasal kau satu pun aku tak tahu” rungut Yus.
“Aku malas nak cerita nanti kau cakap aku ini bangga diri pulak”
“Jangan cari pasal” kepala Elfira ditonyoh.



“Aku nak cinta dia” ternganga Yus.
“Biar betul?”
“Betul la.”
“Tapi dia kayu la”
“Tahu. Salah aku jugak”
“Kau buat apa?”
“Aku hina dia”
“Kau?” Elfira mengangguk.
“Teruk la kau ini”
“Aku tak sengaja”
“Habis kau nak buat apa?”
“Mintak maaf la” Yus mengangguk
“Kalau dia tak maafkan kau”
“Dia pasti maafkan aku”
“Yakin sangat kau” Elfira menganguk. 
“Yakin!”
“Semoga berjaya” malam itu elfira dah cerita pasal tujuan dia datang sekolah dan sebab dia mengacau Mie. Nanti tak cerita cakap dia kedekut pulak.



“Kau okay tak ini?” Yus meraba dahi Elfira. Semalam dia nampak Elfira telan panadol. Dia hanya membiarkan. Sejak beberapa hari ini dia rajin menginap ditempat Elfira. Semuanya kerana paksaan Elfira. Lagi pun dia tahu Elfira pasti bosan duduk sana sendirian. Emak yang memberi kebenaran. Pasal Elfira bukan la rahsia bagi emaknya. Elfira dah pun dianggap sebagai salah seorang dari ahli keluarga mereka. Emak pun senang dengan kehadiran Elfira. Sedikit sebanyak dia tahu pasal Elfira. Elfira ini kira banyak rahsia dalam kehidupanya.
“Okay” jawap Elfira sepatah. Dia merebahkan kepala keatas beg. Nak rehat kejap. Kepala dah pusing-pusing.
“Kau tunggu sini aku nak beli ubat dekat koop” Elfira diam. Tak larat nak bantah cakap Yus.



“Tepi la” Elfira menepis tangan yang meraba dahinya. Orang nak tidur pun susah. Mie hanya diam. Dia duduk mencangkung. Jelas kelihatan wajah Elfira yang pucat dihadapannya.
Sekali lagi dia meyentuh dahi Elfira. Kali ini agak lama.


“Aku nak tidur ini. Boleh tak kau jangan kacau” Elfira menepis tangan tersebut. Dia berpaling ke sebelah kiri. Mata masih terpejam. Mie tersenyum sebelum mengeleng.
“Degil” desisinya. Dia bangun. Dimuka pintu dia berselisih dengan Yus.
“Macam mana dia boleh demam?” soal Mie garang. Yus yang mendengar cuak. Takut.
“Se…semalam dia kena hujan” gagap Yus. Dah rasa macam malaikat maut je kat depan dia ini.
“Ada ubat?” Yus terkejut. Dia menunjukkan panadol dan air mineral ditangan.
“Jaga dia” Mie beredar. Yus tercegang. Dia menarik nafas lega. Belum sempat dia hempus nafas lega, nafas itu tersangkut ditengah-tengah. Seisi kelas memangannya dengan aura ungu. Aura tak puas hati. Aduh masak-masak. Dia lupa siapa Mie. Mie itu putera kegelapan. Walaupun dia punya gelaran agak tak menarik tapi ramai yang obsesses terhadap dia sebab yang utama Mie ada semuanya. Pakej yang lengkap.
Itu sebab ia menjadi pandangan helang-helang yang lapar. Aduh masalah betul bila terjebak dengan putera kegelapan ini.
Mata-mata yang melihat gelagat Mie dan Elfira tadi telah menimbulkan perasaan yang tak enak. Perasaan tak puas hati. Kenapa putera mereka ambik berat pasal Elfira? Putera yang penuh dengan aura dingin boleh tersenyum kepada Elfira. Kenapa?


Darah yang mengalir dicelah bibir diusap lembut oleh Elfira. Darah itu tak memberi kesan sedikit pun pada raut wajah Elfira. Masih kelihatan angkuh bila berhadapan dengan malaun-malaun dihadapannya.
“Dah puas?” sinisnya. Dia bangkit dari jatuh. Muka-muka gengstar tak jadi makhluk depannya dipandang dengan meluat. Susah bila ada orang perasan tahap tak ingat.
“Berapa kali aku cakap jangan masuk campur hal aku” jerit Yani lantang. Elfira masih buat muka tanpa perasaan dia itu. apa la yang herankan dengan orang tak cukup akal ini.
“Aku tak pernah masuk campur hal kau. Jadi sila jangan masuk campur hal aku pulak.” Dia dah mencapai beg yang dicampak oleh Yani dan rakan-rakan dia. Tak pernah dia nak rasa takut bila kena ugut dan pukul oleh mereka.
“Kau…” Yani dah menghampiri Elfira. Mungkin ada yang dia tak puas hati. Tanpa buang masa sekali lagi Elfira menjadi mangsa penumbuk dan penampar yani. Elfira jatuh. Terasa sakit bahagian mulut dan perut dia.
“Dah puas belum?” soal Elfira perlahan. Dia terbatuk akibat dari kesakitan tersebut.
“Kau…”
“Weh dah la yani kau gila apa. Nanti jadi kes la” belum pun sempat yani menghampiri Elfira. Weeda dah menarik yani jauh. Risau jika yani buat perkara yang boleh menyebabkan mereka terlibat dalam bahaya.
“Aku tak puas hati la. Budak ini memang saja nak pancing marah aku” meronta-ronta yani minta dilepaskan.
“Dah la jom balik” Weeda dan yang lain sudah pun menarik yani pula. Yani merengus tak puas hati. Sebaik sahaja bayang yani hilang Elfira dah terbaring. Dia berkerut menahan sakit.
“Apa la malang sangat terpaksa mengadap perempuan-perempuan tak cukup akal ini” dia merengus. Dia malas nak melawan sangat. Sebab baru baik demam jadi badan tak kuat sangat nak melawan tapi dia cuba jugak la tahan dari kena hentam dengan diaorang itu. Macam mana la nak balik ini. Menyesal suruh Yus balik dulu. Kalau tak kerana terpaksa kemas kelas tak ada makna dia nak balik lewat dah. Baik lepak dekat bilik main game macam biasa sudah.
Dia bangkit perlahan. Belakang bangunan sekolah jadi markas semua ini. Dia cuba berdiri dengan stabil tapi hampa. Berkali-kali cuba baru dia berjaya. Dia berjalan perlahan. Langit dah berarak perlahan. Cahaya petang dah muncul.
“Eh kenapa ini?” Elfira berpaling. Pak guard sekolah dah pandang dia dengan pandangan risau.
“Tak ada apa lah pakcik. Jatuh masa lap tingkap tadi” dalih Elfira. Dia menolak bila pak guard cuba membantunya. Dia nak balik. Tak nak duduk lama-lama dekat situ.
“Pakcik rasa ini bukan jatuh ini. Kamu bergaduh ke?”
“Tak la pakcik. Saya balik dulu ya” perlahan-lahan Elfira beransur pergi. Panggilan dari pakcik untuk duduk dekat situ ditolak perlahan. Detik itu dia rasa nak menangis sangat. Nak papa. rintihnya.
Oish jangan mengalah Elfira. Kau kena utamakan misi kau dulu. Lepas itu baru boleh fikir pasal benda lain.
         Si Yani itu memang dengki dengan dia. Dia itu kelas sebelah. Budak ini agak gila sikit. Ingat tak kes elfira depan yang mie datang. Waktu itu yani nampak apa yang berlaku dan secara tak langsung dia cemburu. Dah lama dia duk usha Mie tapi mie tak layan. Itu sebab dia hangin atu badan. Elfira macam biasa jenis tak masuk campur. Dia pun tak tahu sangat apa yang yani ini marahkan. Diakan dalam keadaan mamai waktu itu. Tak tahu pulak mie datang sehingga menyebabkan dia dalam situasi penambahan musuh.



          Lepas kelas tamat dia dah kena seret yani dan geng dekat belakang bangunan. Malas dia dengar yani membebel. Masuk telinga kiri kelaur telinga kanan. Muka elfira yang annoying itu yang memuatkan yani geram. Dia tak tahu muka elfira memang macam itu. Elfira pulak malas nak kecoh-kecoh. Diakan cool. Biarkan je apa yang yani nak buat. Yani bukan kunci utama dia datang sini.
“Weh” terkejut Elfira yang sedang menunggu teksi. Tak larat nak balik jalan kaki macam biasa membuatkan dia mengambil keputusan menunggu teksi.
“Mie” Elfira melemparkan senyuman pada Mie. Mie dah menghampiri dia. Berkerut muka Mie sebaik sahaja menghampiri Elfira.
“Jatuh” cepat-cepat Elfira bersuara.
“Tak tanya”
“Saja nak beritahu.” Senyuman masih tak lengkang dari mulut Elfira.
“Apa motif kau ganggu aku sampai sini?” dingin Mie. Dia memeluk tubuh. Berlagak macam biasa. Macam tiada apa yang berlaku. Dia cuba mengelak dari memandang Elfira.
“Orang nak mintak maaf sebab orang dah hina Mie” sayu Elfira. Betul dia memang bersalah sebab telah hina lelaki itu. Semua kerana ego dia.
“Kalau aku tak maafkan? Kau ingat aku tak ada maruah ke? Aku tahu la aku tak sehebat kau. Kau tak boleh nak menghina aku. Depan kawan-kawan kau dan lagi satu aku tak boleh terima kau hina tunang kau. Aku sendiri” luah Mie. Kesalahan Elfira agak besar bagi dia.  Maruahnya terasa mencabar. Hanya sebab dia lewat Elfira dah menghemburkan semua.
“Elfira tahu. Semua ini memang salah efira. Dan sebab itu Elfira mohon maaf. Elfira janji saat Elfira dapat kemaafan dari Mie Elfira akan pergi tak akan ganggu Mie lagi” tekad Elfira. Itu la tujuan dia. Memohon kemaafan dan meraih cinta Mie kembali. Dia tahu dia terpaksa memilih antara dua. Cinta mahupun kemaafan jadi dia rela memilih maaf.
“Kau ingat senang ke?” saat itu Mie berpaling. Terkejut melihat hidung Elfira berdarah. Seperti mengagak reaksi Mie, cepat-cepat Elfira menekup hidung.
“Kesan dari jatuh tadi” dia sengih. Dalam masa yang sama cuba menahan badan yang semakin membisa. Demi satu kemaafan semua itu hanyalah perkara kecil.
“Ehem… kau akan hilang dari pandangan aku bila aku maafkan?” soal Mie. Meminta kepastian. Dia tak tegar melihat Elfira yang berterus-terusan mengejarnya. Dia takut jika berlaku sesuatu pada Elfira. Dia tahu keadaan sekolah itu.
Confirm.” Tekadnya.



Enam tahun berlalu…..

Elfira melangkah laju keluar dari dari kereta kesayangan dia. Sebaik kaki melangkah diambang pintu dia terhenti. Dia! Elfira melangkah kebelakang. Dia menuju kereta. Enjin di-start. Kereta diundur dan pergi meninggalkan rumah agam itu. Kenapa ini? Asal dia datang. Ribut betul la. Elfira menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju sama seperti ritma jantungnya. Dia dah penat berlari, tolong benarkan dia berehat.
Elfira memperlahankan kereta. Signal diberi. Sebaik sahaja kereta itu selamat berhenti dibahu jalan Elfira melangkah keluar. Sudah hampir enam tahun peristiwa dia di sekolah dulu ditinggalkan. Pergi meninggalkan semua kesakitan dulu. Dia dah dapat balik apa yang dia buat. Sebab itu dia pergi tanpa sempat menunggu kata-kata maaf dari lelaki itu. Biar la lelaki itu tidak sudi memaafkan dia, dia pasrah.
Dia hampir tertidur dipintu kereta. Posisi memeluk lutut itu menyenangkan dia untuk melahirkan tangisan. Dia tak nak nangis tapi air mata itu tetap degil.
“Elfira” dia mendongkak sebaik sahaja mendengar suara yang menyapa cubing telingannya. Bagai terkena renjatan elektrik dia bangkit dan masuk kedalam kereta. Pintu kereta yang ditahan dari luar menyukarkan Elfira.
“Lepaskan” ronta Elfira.
“Saya nak cinta awak. Cinta yang awak bawa lari” dia terkedu.
“Tolong la. Saya tahu saya salah. Dan saya dah dapat hukuman dia. Saya janji tak akan muncul depan awak lagi. Tolong la” rayu Elfira berserta manik-manik jernih dikelopak matanya.
“Elfira… saya tak pernah mendoakan perkara buruk pasal awak. Tak pernah. Saya tak tahu”
“Sekarang awak dah tahukan. Tolong la lepaskan saya. Saya nak balik” jerit Elfira.
“Yus beritahu yang awak masih nakkan cinta saya lagi, betul ke?” Mie menanti reaksi dari Elfira. Mendengar nama Yus Elfira bagaikan tertusuk. Yus ini memang nak kena. Mereka kawan baik sehingga sekarang. Dia dah katakan, sekali berkawan selamanya tetap kawan.
“Itu dua hari yang lepas. Sekarang saya tak nak dah” ujar Elfira.
“Elfira kalau nak berbohong pun jangan la tunjuk yang awak itu tak reti nak bohong langsung” cepat-cepat Elfira menarik tangan dari bermain dibelakang badan. Lupa nak buang habit buruk itu.
“Nak tipu lagi?” dia mengangguk sebelum mengeleng.
“Mana satu ini?” sakat Mie.
“Tak kisah la. Perkara yang paling utama sekarang kita dah tak ada kena mengena. Dah tepi jangan nak halang laluan saya.” Elfira menolak kuat tubuh Mie yang menghalang jalannya. Sikit pun tubuh itu tidak beralih.
“Dulu slogan kata sanggup buat apa sahaja demi kemaafan. Ini belum apa-apa dah pergi tanpa dapat kemaafan. Ini ke Nur Elfira yang sanggup lakukan apa sahaja bila slogan tercipta” sinis Mie. Dia memeluk tubuh. Menanti reaksi dari Elfira.
“Bila awak pergi tanpa kata-kata apa pun saya rasa dah jelas jawapan itu. Tiada kemaafan untuk saya.”
“Itu bukan jawapan saya”
“Sudah lah benda dah lepas. Saya pun dah terima hukaman. Terpaksa melayan kerenaH kaki buli dekat sekolah sampai teruk kena hentam sampai tingal nyawa-nyawa ikan. Encik abah, mak dan ayah awak pun dah hukum saya. Saya rasa cukup kot sampai situ” dia ingat lagi sewaktu Mie pergi macam itu dia rebah. Sehari disekolah selepas itu dia kena serang dengan orang yang sama. Dia masih boleh bertahan. Dia hanya orang biasa, budak sekolah biasa. Selama dua hari berturut kena pukul dah cukup membuatkan dia mengalah. Encik Abah datang menjenguk dia. Terkejut melihat keadaan dia dan on the spot kena angkut balik. Nak bantah tak boleh.
Lepas seminggu dekat hospital kena soal siasat dengan Encik Abah. Encik Abah yang baru tahu kejadian antara dia dan Mie terus mengamuk. Kena hantar balik kampong. Sambung belajar dekat kampong. Sebelum balik jumpa mak dan ayah Mie untuk mintak maaf. Teruk kena marah dekat mak Mie. Dia tak kisah. Sebab memang layak. Lepas itu, hilangkan diri dekat kampong sehingga la sekarang.
Kali pertama balik rumah Encik Abah lepas enam tahun berjumpa pulak dengan dia. Lari dari dia, jumpa balik dekat rumah Encik Abah. Rasa macam sia-sia pun ada. Sekarang dah ada depan mata, cakap benda yang membuatkan dia penat. Kalu ikut pekiraan dia, Mie dan dia dah tak ada apa-apa hubungan.
“Saya minta maaf sebab awak terpaksa menghadapi itu semua” sayu Mie. Dia pun terkejut. Lepas Elfira pindah sekolah dia ingat Elfira dah mengalah. Dia memang tak tahu apa-apa pasal Elfira. Ego nak tanya. Move on hidup macam biasa, tapi rasa kosong sebab masih sayangkan Elfira. Dalam kata lain, dia masih tunggu Elfira datang. Kalau Elfira datang dia akan maafkan. Enam tahun tunggu Elfira. Dia masih ada dekat-dekat, tak berani pergi jauh takut Elfira tak jumpa dia. Dua hari yang lepas sewaktu ada kerja luar dia terjumpa Yus. Borak macam kawan biasa, enam tahun tak jumpakan. Lepas itu Yus bukak cerita pasal Elfira. Terduduk kejap dengan pasal Elfira.
Bila fikir balik sebenarnya salah Elfira tak besar mana pun. Sebab waktu itu salah dia pun ada. Pancing kemarahan gadis itu. Tika itu umur pun masih dalam lingkungan budak sekolah tak fikir panjang. Bila dah besar ini makin matang sikit. Cuma ego tak pernah padam.
“Benda dah lepas tak payah dikenang. Lagi pun saya nk mulakan hidup baru”
But remember something my dear, kita masih dalam status tunang”
“Mengarut.”
“Awak tak pulangkan cincin pun lagi dan satu lagi saya tak pernah nak putuskan hubungan ini. mak, ayah dan Encik Abah tak putuskan pertunangan ini secara rasmi lagi” Elfira dah terdiam. Masih tunang? Dia meraba perlahan leher. Loket yang berbentuk cincin itu dipegang.
“Macam kenal je loket itu. Opss cincin tunang kita la” Mie datang dekat. Dia memandang rantai yang berada dileher Elfira sebelum tersenyum puas. Elfira diam. Dia cuba membuka rantai tersebut, namun dihalang oleh Mie.
“Biarkan. Saya nakkan cinta awak dan awak pun nakkan cinta saya. Kita dah bazirkan masa selama enam tahun. Sepatutnya lepas kita tamat sekolah kita dah boleh hidup bersama. Saya tak nak bazirkan masa walaupun hanya seminit. Saya bagi cinta saya dekat awak.” Kata-kata Mie membuatkan Elfira mengeluh.
“Saya dah tak layak nakkan cinta awak” pelahan dia bersuara.
“Saya yang tentukan siapa yang layak untuk cinta saya, dan saya pilih awak Nur Elfira. Tanpa ragu dan talian hayat”
“Saya…”
“Nur Elfira, awak masih cintakan saya atau tidak?”
“Tak kot”
“Elfira jangan nak tipu. Kalau nak tipu tangan itu jangan nak sorok dekat belakang” tegur Mie. Lembut. Kelakar dengan tingkah Elfira. Tak nak tapi nak.
“Orang tak tahu. Orang tak tahu. Orang dah berhenti fikir pasal benda ini”
“Jom kita jumpa Encik Abah nak. Kita settle kan benda ini. Kalau boleh kita cepat-cepatkan tarikh nikah kita.” Pujuk Mie.
“Tapi….”
“Sudah la Elfira. Tiada sebab nak rasa takut lagi. Semua salah kita berdua jugak. In sha allah lepas ini keadaan akan jadi baik.” Elfira mengangguk. Dia sebenarnya dah rasa macam lost. Tapi betul jugak cakap Mie. Salah mereka berdua. Siapa tak nak hidup bahagia selama-lamanyakan. Mereka nak. Kalian?
Biar la pengalaman mengajar dia. Jangan terlalu ego dan pentingkan diri kerana ia akan membinasakan diri. Bagi Elfira sendiri. Bercakap mengikut tanpa mengira perasaan orang lain ini bahaya. Sebab kemaafan memang diperlukan. Bagi Mie pulak, dia ini terlalu ego sehingga boleh menghilangkan orang kesayangan. Kisah cinta mereka ini mengajar kita erti take and give. Jangan terlalu mudah buat kesimpulan dalam setiap langkah.

~The end~

11 ulasan:

nurul nuqman berkata...

sweet cik aid,i like :)

Tia Fatiah berkata...

eleyhhh mie tu.. konon buat tak layan.. time elfira sakit, risau lak.. hehe... tapi takpe.. hepi ending.. like it much2.. ^_^

ArifahLee's berkata...

Best :)

Aryssa Najwa berkata...

Best lah Aid.... Rngan je, hehe

arifuka kashirin berkata...

best...sweet je..cuma nak tegur sikit je..ada kesalahan typo la..hehe..:D

o-ReN berkata...

cik Nurul nuqman: heheh.terima ksih meh! (Y)

cik Tia Fatiah: hahah...ego mie tu memang..hhuhuh....

cik Arifah lee's: terima kasih...^_^

cik Aryssa najwa: utuk sempoi2 je..heheheh

cik Arifah kashirin: tq2...hahaha..sorry la typo itu dengki sikit...hahahha

TQ all...^_^ *wink wink...

Tanpa Nama berkata...

cite agak menarik :)
tpi klau kish awl pekenalan mereka dikembngkan sdikit mgkin lebih menarik :)
truskan bekarya ye ;)chaiyok!!

comot-94 berkata...

Bez crta nie..sweet.

Tanpa Nama berkata...

Best tpi cam pning ckit ngan citer dya...

Tanpa Nama berkata...

Best tapi cam pening ckit ngan jalan citer dya...

Ciyda And Along berkata...

best lhaa