Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

8 Jun 2013

Bukan Cinta Ekpress Bab 16










Bab16




“Sudah la itu Bunga. Ada jodoh kita akan jumpa anak kita itu” pujuk Bakri. Frame gambar ditangan Bunga dicapai sebelum menekup atas meja. Bahu Bunga  diusap perlahan. Dia tak sanggup melihat Bunga yang sering kali meratapi peristiwa yang menguris seluruh jiwa keluarganya. Sungguh itulah peristiwa hitam yang susah untuk dihapuskan dalam ingatan mereka sekeluarga.

“Dah 22 tahun dah bang. Mesti dia dah membesar menjadi seorang gadis yang cantik” linangan air mata semakin deras. Semakin dia cuba menyekat ailiran air mata itu semakin laju ia mengalir. Rindu ini bukan senang untuk ditanggung.

“Abang, anak kita masih hidupkan?” pandangan mengharap dipamerkan. Tangan Bakri digenggam kuat. Dia tak nak dengar kata-kata yang akan membuatkan penantian dia sia-sia. Sejak Cinta hilang, hari-harinya adalah untuk menanti kepulangan Cinta. Dia tak akan berhenti dari menanti, biar la berapa tahun masa yang diambil.

“Berdoa la Bunga. Anak kita masih hidup. Dia ada dekat luar sana.” Bakri membuang pandangan. Tidak mampu bertentang mata dengan isterinya. Takut dia tak mampu bertahan. Pelupuk matanya terasa panas.

“Bunga sentiasa doa untuk kesejahteraan dia bang. Bunga doakan dia bahagia diluar sana. Bunga doakan dia hidup dengan baik. Bunga doakan satu hari nanti Bunga dapat jumpa dia, peluk dia dan cium dia. Bunga nak bagi tahu dia betapa sayang dan rindu Bunga dekat dia.” Rintih Bunga. Dia telalu rindukan cinta. Terlalu rindukan. Tangan ini tak puas untuk menjaga dan membelai Cinta.

“Kehilangan Cinta adalah satu impak yang besar dalam hidup kita. Kita hanya mampu mentakbir dan Allah yang mentakdir. Ada pecaturan yang lebih baik dari yang kita rancang sudah ditetapkan Allah. Kita berdoa. Satu hari nanti kita akan jumpa Cinta.” Pujuk Bakri. Bunga dipeluk kemas. Esakkan Bunga turut membuatkan dia menangis sama. Dia terlalu sayangkan Bunga dan begitu la Cinta. Cinta adalah cinta hati mereka berdua. Tiada siapa yang boleh ubah kenyataan itu.

“Hari itu Nirmala ada cerita pasal seorang budak ini. Dia cari Cinta. Bang wajah dia sama macam Cinta. Bunga dah jumpa dia. Mula-mula Bunga ingatkan Cinta tapi bukan” wajah Bunga diserbu mendung.

“Dia kata apa lagi?” soal Bakri penuh minat.

“Dia dan Cinta satu kelas dulu. Kawan baik tapi hilang secara tiba-tiba. Kira dia nak cari balik Cinta la. Dia kawan yang baik kan bang.” Bunga tersenyum.

“Siapa nama dia?”

“Diana” Bakri terdiam. Diana?

“Muka dia hampir sama dengan Cinta, bang. Itu sebab orang kata kalau muka kita sama dengan kawan kita, kita akan jadi seperti keluarga sendiri.” Bunga kembali senyum.

“Abang pun rindukan Cinta” Bunga dibawa kembali ke dalam pelukkan. Ayah rindu Cinta. Rindu sangat. Hatinya merintih.

“Abang macam mana dengan proses mencari Cinta bang. Lama kita cari kenapa tak jumpa. Susah ke bang nak cari Cinta? Apa la nasib anak kita tu bang” adu Bunga. Mengeluh perlahan. Kenapa nak mereka menjadi mangsa. Siapa yang terlalu bermusuhan dengan mereka.
Sebulan lamanya mereka menunggu panggilan dari penculik. Mengharap ada khabar. Mereka sudah bersiap sedia dengan wang tebusan tapi hampa. Bukan wang yang mereka cari. Menurut Inspektor Khan kes ini diklasifikasikan khianat. Sebab tiada tanda-tanda yang mereka mahukan sejumlah wang.

“Kita berusaha Allah yang menentukan” kata-kata itulah yang sentiasa dipegang untuk memyakinkan itu adalah takdir mereka sekeluarga.

“Bunga akan tunggu anak kita bang”

“Abang pun” kehilangan sesuatu yang berharga dalam kehidupan kita bukan sesuatu yang mudah untuk kita lupa atau singkirkan dalam benak akal dan minda. Kadang-kadang bila kita terbabas ia akan menolak semua semangat untuk meneruskan hidup. Selama mana Cinta pergi tinggalkan mak dan ayah, mak sentiasa tunggu Cinta pulang kepangkuan kami. Cinta anak mak dan ayah, sampai bila-bila.





 Taman Tasik Titiwangsa itu kelihatan cukup tenang petang itu. Di satu sudut kelihatan sebuah keluarga yang bahagia. Ada isteri, suami dan anak kecil yang comel. Gelak tawa keduanya jelas kedengaran. Keadaan sekeliling mereka tidak dihiraukan. Suasana keliling tidak dihiraukan. Mereka tenggelam dalam dunia sendiri. Gurauan senda antara mereka sedikit sebanyak menarik perhatian pengunjung lain. Ada yang tersenyum melihat mereka ada yang berkerut. Pelbagai reaksi telah berjaya ditarik oleh keluarga itu. Sesekali anak kecil itu menangis akibat disakat.

“Nanti bila dah besar jadi anak yang baik” pipi anak kecil itu ditarik. Lelaki yang mengelarkan dirinya ayah ketawa sebaik sahaja anak kecil itu menangis. Geram dengan pipi mungil anak itu.

“Abang ini, suka betul cubit pipi Cinta. Dia tak suka la” marah Bunga. Cinta dibawa ke dalam pangkuannya. Ditepuk perlahan Cinta bagi menghilangkan tangisan.

“Cinta marah ayah cubit pipi Cinta ya. Nanti bila Cinta dah besar kita kerjakan ayah pulak” Cinta diagah. Ketawa Cinta kegembiraan. Masih mentah untuk mengetahui keadaan keliling.

“Seronok ada Cinta dalam hidup kita” Bunga mengangguk.

“Terima kasih sebab sudi lahirkan Cinta untuk keluarga kita” Cinta beralih tangan. Dari tangan Bunga ke tangan Bakri. Anak itu dicium sebelum Bakri mengangkat Cinta tinggi dan mengagah.

“Tanggungjawab, tiada benda untuk diterima kasih kerana kasihmu sentiasaku terima dalam hati ini.” kepala dilentokkan padab bahu Bakri. Terasa tenang bila berada disamping orang yang dicintai dan terasa selamat saat diri itu berada dalam dakapan insan tersebut.

“Amboi layan jiwang” sakat Bakri. Tangan Bunga digenggam erat. Dahi Bunga dicium tulus. Satu-satu isterinya yang dia sayang dan in sha allah sehingga hembusan nafas terakhirnya.

“Encik” Bunga dan Bakri berpaling sebaik sahaja mendengar ada satu sapaan menerjah. Bakri melepaskan pelukkan bahu Bunga. Dia menghadang tangan dihadapan Bunga dan Cinta yang masih berada dalam pangkuan dia untuk dilindungi. Dia kuatir ada bahaya untuk kedua insan kesayangannya itu.

“Ya?” Cinta dipeluk erat oleh Bakri. Wajah lelaki dihadapannya itu dipandang dengan persoalan. Dalam kotak memorinya wajah lelaki itu tidak pernah muncul dalam hidupnya. Mungkin lelaki itu hanya orang awan yang muncul dalam hidupnya untuk hari ini.

“Maaf menganggu.” Bakri mengangguk. Membenarkan lelaki itu menghabiskan bicaranya. Riak wajah itu seperti berada dalam masalah. Ada garis-garis kegelisahan diwajah itu.

“Itu kereta Encik ke?” kereta Perdana yang ter-parking cantik sebelah Kenari dituding. Bakri menoleh sebelum mengangguk perlahan. Memang tak salah itu kereta dia. Perdana kesayangan dia dan isterinya.

“Ya kenapa?” soal Bakri cermat. Serisau mana pun Bakri dia tetap untuk menjaga tuturnya.

“Kereta saya beteri dia problem. Boleh tak saya nak mintak tolong Encik untuk jump bateri kereta saya?” Bakri berpaling. Jelas kelihatan kereta Kenari merah itu tersadai disebelah keretanya dengan bonet depan terbuka. Lelaki itu terkial-kial seolah-olah baru belajar mengenai kereta.

Bakri berkira-kira. Sebelum membuang pandangan pada bunga. Bunga yang mengerti hanya tersenyum sebelum mengangguk. Faham apa yang bermain dilubuk hati suaminya itu.

“Pergi la” bisik Bunga perlahan. Siapa dia untuk menghalang suaminya membuat satu kebaikan. Hari ini mungkin orang lain yang susah, suatu hari nanti kita turut akan diuji. Tidak salah menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Mungkin bantuan kita itu memberi seribu rahmat pada penerima.

“Oh. Boleh-boleh. Kejap ya sayang” Cinta dihulurkan kepada Bunga. Cinta dah kembali nyenyak dalam lena tanpa menghiraukan sekeliling. Letih barang kali kerana dari tadi tidak berhenti bermain. Anak kecil apa la yang dia tahu. Bukan seperti mereka yang sudah dewasa.

“Elok-elok” pesan Bunga. Cinta kembali dimasukkan ke dalam stroller bayi. Ditepuk perlahan Cinta. Napkin berwarna hijau muda itu dijadikan selimut bunga. Kipas mini yang terletak pada batang stroller itu dipegang. Hasil tenaga sel kering kipas mini itu berpusing saat butang on ditekan. Cukup untuk memastikan anak itu tidak kepanasan.

“Maaf puan menganggu” lelaki itu menundukkan sedikit kepala tanda bersalah kerana menganggu mereka sekeluarga. Lelaki yang mempunyai ketinggian yang hampir sama dengan suaminya itu diteliti perlahan. Paras yang sederhana dan masih muda dari pandang mata Bunga.

“Eh tak apa. Tak salah membantu” Riak sebe-salah lelaki itu jelas kelihatan. Dia menghantar suami dan lelaki malang itu dengan pandangan mata. Dada langit dipandang sambil menanti sang suami tiba. Hari yang cerah dan cantik untuk mereka sekeluarga beriadah.

Dari seorang gadis biasa yang mempunyai hidup yang biasa kita telah memperolehi kehidupan yang luar biasa saat hadirnya seorang lelaki yang luar biasa, Bakri. Luar biasa kerana kasih dan cinta lelaki itu membuatkan dia sering berada dalam kebahagian. Tipu la mereka tidak diuji pada permulaan, semua itu menjadikan pemangkin untuk hari-hari seterusnya.

Bakri, nama yang biasa jua. Dia bersyukur untuk memiliki insan itu. Sungguh Allah SWT itu maha mengetahui dan perancang terbaik dalam kehidupan. Tidak pernah dalam kehidupan hari dia terasa lekang dengan kasih sayang.

Pertemuan pertama antara dia dan Bakri telah membuatkan dia tewas dalam memelihara hati. Tewas melihat lembut bicara lelaki itu dalam menuturkan kata-kata. Dia tidak seperti lelaki lain yang sering memandang wanita dengan pandangan yang menakutkan. Terasa satu perlindungan saat mendampingi lelaki itu. Walaupun tika itu penuh muslihat telah dijalankan oleh Bakri.



“Ini Bunga” Puan Qassadra hanya tersenyum. Bahu Bunga dipeluk kemas.

“Bunga?” lelaki itu berkerut. Pelik mungkin dengan namanya.

“Inilah anak mama” Puan Qassadra sudah bercerita.

“Bunga inilah anak angkat mama, Bakri” Bakri hanya menunduk sedikit tanda hormat. Bunga membalas dengan senyuman.

“Assalamuikum dan salam ukhwah” ucap Bunga perlahan. Anak matanya lari memandang arah lain. Terasa pelik saat melihat mata lelaki itu. Ada gelombang lain menusuk dirinya.

“Waaikumusalam. Jadi inilah anak kesayangan mama sehingga membuatkan Bakri kehilangan mama” Bunga tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. Terasa bersalah bila lelaki itu merasakan dirinya menjadi seperti anak angkat dengan dirinya. Aneh! Sunguh aneh bila bicara itu sikit pun tidak melahirkan kebencian. Dia tidak berniat untuk membuatkan mamanya berhenti menyayangi anak angkat mama yang berada di Yayasan Indah. Sungguh! Dia tidak pernah melarang mamanya menyayangi penghuni Yayasan Indah.

“Iya siapa lagi. Mama sayang dia sama macam mama sayang Bakri. Cuma Bakri mama sayang lebih la” canda Puan Qassadra. Masih setia memeluk bahu Bunga.

“Mama” perlahan Bunga bersuara segan. Sungguh dia segan. Dia segan bila mama sering menjadikan dia bahan gurauan.
“Bakri jaga Bunga elok-elok mama nak pergi dekat Puan Ruhana.” Pelukkan bahu Bunga dilepaskan apabila kelibat Puan Ruhana kelihatan dibalik pintu Yayasan Indah. Yayasan Indah merupakan salah satu pertubuhan yang diterajui oleh Puan Qassadra. Dia antara penyumbang terbesar Yayasan Indah. Yayasan Indah adalah tempat untuk golongan yang tiada kenalan pertalian darah dalam dunia ini.

“Mama” Bunga cuba menahan Puan Qassadra. Segan bila ditinggalkan dengan lelaki itu. malu semua ada. Dia tak pernah berdua-dua dengan lelaki seperti sekarang.

Don’t worry my dear. That my son.” Pujuk Puan Qassadra. Mengusap perlahan tangan Bunga.

“Cik Bunga jangan risau saya masih kenyang makan nasi tadi. In sha Allah saya tidak berselera untuk makan kali kedua buat masa sekarang” Bakri bersuara nakal. Buntang mata Bunga mendengar bicara lelaki itu.

“Jangan notty-notty. Bakri kamu jangan nak sakat Bunga lebih-lebih” pesan Puan Qassadra sebelum pergi meninggalkan Bunga bersendirian dengan lelaki itu. Bunga hanya memandang Puan Qassadra yang sudah mendapatkan Puan Ruhana. Sayu sungguh lagaknya.

“Cik Bunga kenapa pandang mama saya macam pandang ikan basi. Lemau sungguh”

“Eh” Bunga tersentak. Itu mama dia juga. Mama kandungnya. Lelaki dihadapannya itu ketawa perlahan.

Come have a sit” pelawa Bakri. Dari tadi mereka berdiri. Bakri sudah mengambil tempat pada bangku batu itu. Pondok kecil itu mungkin dibina khas untuk warga Yayasan Indah beristirehat sambil menghiru udara sedar.

Teragak-agak Bunga mengambil tempat dihadapan lelaki itu. Jarak mereka adalah sebuah meja batu yang berada ditengah-tengah. Bunga hanya dia. Tak tahu nak memulakan bicara. Dia mengambil langkah memerhati budak-budak yang sedang galak bermain dihalaman.

“Bunga, Bunga wangi ataupun Bunga tahi ayam” terkejut Bunga. Dia memandang tajam lelaki itu. Masakan, namanya menjadi bahan gurauan. Bunga tahi ayam pula itu.

“Jangan pandang saya dengan pandangan membunuh. Hanya bercanda dengan Cik Bunga yang tidak sudi berbicara” Bakri ketawa.

“Maaf”

“Kenapa perlu memohon maaf. Sepatutnya saya yang perlu memohon maaf. Menjadikan Cik Bunga sebagai gurauan” Bakri sudah mendongkat dahu pada meja batu. Dia membuang pandang pada raut wajah Bunga dihadapaannya itu. Bunga gelabah. Sungguh dia tak selesa dengan renungan tersebut. Ada rasa lain.

“Jadi Cik Bunga dah merampas mama saya dari saya. Saya rasa Cik Bunga tahu kesalahan Cik Bunga cukup besar dengan saya” Bakri bermain dengan kata-kata.

Bunga semakin gelabah. Takkan la dia marah sangat. “Encik Bakri, saya saya tak berniat membuatkan Encik Bakri terasa asing dengan mama saya. Saya faham. Bahkan saya tak pernah meminta mama menyayangi saya seperti mana dia menyayangi penghuni Yayasan Indah yang lain.” sayu Bunga. Dia tahu hubungan erat antara mama dan penghuni Yayasan Indah terjalin dengan utuh. Mama seorang yang penyayang. Menyayangi semua seperti anaknya dan dia tak pernah rasa tersisih sebagai seorang anak kandung Puan Qassadra sendiri.

“Saya ada satu kemusykilan sikit. Boleh cik Bunga tolong huraikan” mukanya berkerut. Seolah-olah soalan yang akan ditanyakan sesuatu yang rumit.

“Kenapa saya yang kena huraikan?”

“Sebab kemusykilan itu berlaku atas sebab cik Bunga sendiri”

Bunga diam. “Baiklah. Katakan. Andai kata saya mampu menghuraikan, akan saya huraikan. Jika tidak saya mohon maaf”

“Mama saya suruh saya berkenalan dengan cik Bunga. Katanya dia ingin menjadikan saya menantunya. Cik Bunga tahu ke?” Bunga mengeleng sebelum tersenyum puas. Baru sekarang dia mengerti kenapa mama memaksa dia untuk mengikuti ke sini setelah sekian lamanya.

“Jadi Encik Bakri akan menjadi adik ipar saya?” suara Bunga ceria. Bakri sudah berdiri tegak.

“Adik ipar?”

“Iya la siapa lagi. Menantu maksud mama mungkin dengan Kenanga, adik saya” tak sangka mama sudah mempunyai pilihan untuk Kenanga. Dia tumpang gembira.

“Kenapa Kenanga bukan Cik Bunga?” soalan Bakri mematikan senyuman Bunga.

“Tak mungkin. Mama pernah berbicara pasal jodoh dengan Kenanga. Mungkin untuk Kenanga. Lagipun saya masih tidak tergerak untuk menamatkan zaman bujang. Takkan la Nirmala pulak. Dia masih berada dibangku sekolah.” Terang Bunga. Bunga mempunyai tiga adik-beradik. Semua terdiri daripada perempuan. Bunga, Kenangan dan Nirmala. Bunga anak sulung dikuti dengan Kenanga dan Nirmala.

“Tapi saya dah terpikat dengan cik Bunga” Dum! Jantung Bunga dah tercabut.

“Macam mana dah kenal-kenal belum?” tegur Puan Qassadra yang muncul dengan Puan Ruhana. Bunga menghampiri Puan Ruhana dan menghulur salam. Lelaki itu turut bangun tapi melangkah ke belakang Puan Ruhana. Dia memeluk Puan Ruhana dari arah belakang.

“Cik Bunga kenalkan ini mak saya, mak kandung saya” wajah Bunga sudah berubah. Puan Qassadra hanya ketawa perlahan.

“Bakri cakap apa dengan Bunga sampai berubah terus muka Bunga ini” tegur Puan Ruhana.

“Tak cakap apa-apa pun. Just cakap yang Bunga ini akan menjadi menantu mak”

“Hah elok la itu. Lepas ini boleh la mak merasa nasi minyak Bunga” Puan Qassadra memeluk Bunga. Bunga terpinga-pinga.

“Jadi bila boleh aku masuk merisik si Bunga ini Adra?” soal Puan Ruhana dia menarik Bunga ke dalam pelukkan. Bakri hanya ketawa halus. Bunga memandang tajam Bakri. Bakri yang mengetahui gelora hati Bunga mengenyit mata dan membuatkan muka Bunga disaluti dengan warna merah jambu.



“Aduh” Bunga berpaling. Khayalan tentang masa lampau terhenti. Tak sangka itu pertemuan pertama yang mengubah seluruh hatinya. Kelihatan seorang wanita yang berpakaian senaman terjatuh. Cinta dalam stroller dipandang kasih. Satu ciuman dihadiahkan dipipi tembam itu. Dia bangkit menuju ke arah wanita itu. Membantu mana yang boleh sementara menunggu suaminya membantu lelaki asing itu.

“Boleh bangun?” Bunga melutut. Ada kesan luka di kaki wanita itu.

“Tak apa sikit ini. Saya ini memang cuai sangat” wajah wanita itu berkerut menahan sakit.

“Akak bunga, adik?” senyuman menghiasi wajah Bunga.

“Shima”

“Jom akak tolong. Teruk jugak ini” Shima dipimpin ke arah bangku dia dan keluarga beristirehat. Mencari tempat yang lebih selesa untuk merawat kecederaan Shima. Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung Bunga tersentak. Stroller kosong! Cinta?



Seminggu berlalu dengan langit yang mendung. Bunga masih setia menjadi penghuni bilik sambil memegang stroller bayi. Stoller terakhir yang digunakan kali terakhir oleh Cinta.

“Macam mana Tuan? Anak saya?” soalan yang berjuta kali dituturkan. Wajah kusut Bakri sudah tidak dapat dibendung.

“Maaf encik. Kami dah cari merata masih tiada berita” sub-Inspektor Eric mengeleng kesal.

“Anak saya” Bakti terduduk di kerusi yang terdapat diruang tamu.

“Tolong saya. Itu satu-satunya anak saya. Tolong la saya. Cakap berapa kos untuk pencarian ini saya tanggung” Bakri dah buntu. Anaknya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Siapa yang menculik Cinta?

“Kami akan cuba sedaya upaya. Sudah menjadi matlamat kami mencari anak Tuan” Sub Inspektor Eric meminta diri sebaik sahaja semua selesai. Janji untuk membantu diberi. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Air mata yang ditahan merembas kelaur sebaik melihat isteri yang dikasihi masih berduga. Siapa tak sedih bila anak yang berada didepan mata hilang tanpa dikesan.

Mereka berduka. Tangis mengisi kekosongan rumah ini. Gelak tahu Cinta berganti dengan tangis mereka setiap malam. Merindui Cinta untuk setiap detik. Baru sahaja tangan ini membelai dan bermain dengan Cinta dan sekelip mata ia hilang tanpa sempat dia melakukan sesuatu.

Sub-Inspector Erik dihantar melalui pandang mata yang hiba. Dia tak boleh terlalu mendesak semua kerana dia tahu pihak polis dah melakukan sehabis baik. Kata sub-inspektor Eric semua ini dah dirancang lebih awal. Ada yang memerhati mereka sudah lama. Sehingga mengetahui aktiviti keluarga mereka.

Dia ada sekali sewaktu sesi soal jawab dengan saksi, disebalik cermin kaca. Putra, lelaki yang meminta pertolongan dia adalah salah satu suspek. Kata Eric, mungkin mereka diupah seseorang untuk mengalihkan pandangan dia dan isteri. Lelaki itu dilepaskan atas alibai yang kukuh. Shima, perempuan yang dibantu isterinya turut disoal siasat.

Hampa. Itulah perkataan yang boleh mereka ungkapkan. Ada saksi yang sudi tampil tapi ia tidak mencukup bahan bukti. Tiada kesan cap jari di stoller. Kata saksi, orang yang dilihat bersama Cinta untuk kali terakhir adalah seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan seperti sudah biasa dengan Cinta. Hadir dan pergi lelaki itu tidak mencuriga langsung. Suspek itu datang seolah-olah menunjukkan mereka datang bertiga. Cinta diambil dari stroller. Dalam beberapa seketika dia mengendong Cinta dan pergi begitu sahaja.


Mengikut saksi, dia turut mendengar suspek itu memanggil nama bayi mereka dengan nama Cinta Dahlia. Lengkap. Bunyi ketawa Cinta dengan lelaki itu turut menyenangkan. Atas dasar itu saksi itu mengangarkan suspek adalah di kalangan mereka. Siapa kenalan mereka? Semua kenalan mereka sudah tampil disoal siasat tapi kosong. Tiada siapa yang tertinggal tapi kenapa masih tidak dapat cari lagi. Apa silapnya?

~bersambung.....
 ....^_^

2 ulasan:

Nadieyya berkata...

tersingkap sejarah lama... tak sabar nak tau kisah selanjutnya ni..

o-ReN berkata...

sis nadieyya: dont woryy...tgu sikit lagi masa..nnt singkap la semua itu...hihihi