Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

22 Jun 2013

Bukan Cinta Ekpress 17















BAB17








Terpana Dahlia. Harraz dan Diana! Dia berlagak selamba. Okay Dahlia cool, jangan cepat melatah. Dia mengumpul semangat. Mata ditonyoh berualang kali agar dia tidak mengalami pantulan cahaya yang menyebabkan dia tertipu.

“Tapi kenapa dia peluk laki aku?” Dahlia menjerit kecil. Dinding bangunan sebelah ditumbuk kuat. Hajat nak ajak makan tengah hari bersama tapi lain pulak jadi. Mata ini dapat scan benda baru pulak.

“Bukan aku dah hapuskan minah gila itu ke? Memang la aku tak bunuh tapi aku dah singkirkan dia dalam hidup Harraz. Ini Harraz cakap dengan aku Diana itu orang luar. Kenapa mata aku tengok benda yang sebaiknya. Aku ini rabun ke?” membebel Dahlia sendirian. Orang lalu-lalang melihatnya dengan pandang aneh. Untuk seseorang yang bercakap seorang diri dikalangan orang awam akan dicop gila dan sekarang mungkin dia akan jadi gila sebab melihat sesuatu yang membuatkan dia nak naik gila. Okay dalam satu ayat ada tiga perkataan gila. Itu dah cukup membuatkan Dahlia geram.

“Panas…panas…” tangan dah mengipas muka. Nak buat apa ini? Think.. think… Dahlia. Kepala diketuk berulang kali. Mencari idea bernas.

“Ini yang kena spy ini” Dahlia menarik nafas kuat. Sebelum berjalan menghampiri Harraz dan Diana yang membelakangi dia. Dalam fikiran dah bermacam alasan dicipta. Buat biasa? Buat-buat terserempak? Buat-buat terlanggar? Rasa mana yang sesuai. Eh kenapa risau sangat ini. Dia itu suami aku mesti la risau. Gambatte Dahlia.

Semakin hampir langkah Dahlia semakin kuat debaran. Harap semua sangkaan hilang tanpa keraguan. Ia tak suka berada dalam situasi yang mana dia terpaksa berfikir untuk mencari seribu jawapan. Dia bukan la seorang isterinya terlalu mengongkong sehingga menyekat segala kebebasan. Itu bukan dia dan dia benci menjadi seperti itu.
Semakin hampir dahlia dengan mereka semakin kuat rasa ingin tahunya.

“Serius you?” suara Diana kedengara. Apa yang serius? Ayat pertama yang didengari antara mereka pun dah buat Dahlia hairan.
“Yap. I serius.”

“Habis itu Dahlia?” eh nama aku la. Kenapa dengan aku?

“Pasal itu you jangan risau I akan uruskan”

“Sayang you” Diana melentokkan kepala pada bahu Diana. Aku rasa cukup dah pun. Mata ini dah naik bernanah dengan adegan ramah-mesra mereka ini. Dahlia berpaling. Belakang bertemu belakang. Melangkah meninggalkan pasangan itu. Hati terasa sakit tiba-tiba. Sebaik sampai dikereta telefon dicapai. Dia menarik senyum. Mengawal ritma emosi.
“Assalamuaikum my hubby leloby” sapa dahlia dengan suara ceria.

“Waalaikummusalam sayang” kedengaran suara Harraz Raihan yang ceria. Dia berkerut. Ceria dapat call aku ke ceria sebab keluar dengan Diana?

“Makan jom?”

“Ops hari ini tak boleh. Hubby leloby ada hal” suara Harraz Raihan kedengaran lembut dihawa telinganya. Perasaan mendamaikan meresap ke dalam jiwa. Kenapa masih nak berprasangka?

“Hal apa? Tak nak kongsi ke?”

Let’s keep it secret” tawa Haraaz Raihan dari alat komunikasi itu jelas kedengaran. Bahagia nampak.

“Oh okay. Have fun” talian ditamatkan. Secret? Apa-apa la. Malas nak syak bukan-bukan nanti jadi lain pulak. I trust you hubby leloby no matter what.


Dahlia termenung jauh. Pelbagai persoalan terjah dalam fikiran dia secara tiba-tiba sejak tengah hari tadi. Ada sesuatu yang dia terlepas pandang ke? Bukan apa dia confuse kenapa rapat sangat. Siap berpeluk lagi. Ajakkan makan tengah hari pun kena tolak. Must be something ini. Percaya memang la percaya tapi hati ini seperti menduga.




Telefon ditangan dibelek-belek perlahan. Nombor Harraz Raihan dicari. Jari bermain pada butang hijau. Harraz Raihan hang cuba main kayu tiga ke lepas duk habaq mai hang cintakan cheq. Kot ya pun hang nak main kayu sepuluh pun jangan la beli jiwa raga tulus mulus ku ini. Ah tak tahan. Serabut tahap gila! Sepantas kilat butang hijau ditekan.

Dia menanti dengan sabar sahutan dari Harraz Raihan. Tak dapat! Screen ditilik. Tak nak fikir bukan-bukan. Tolong la.

Beg sandang dicapai. Dua jam bertapa dekat Mac Donald pasal fikir benda simple ini. Nanti malam balik tanya dia lagi baik.

Dia bangkit dari kerusi. Air coke disambar. Terburu-buru Dahlia keluar dari Mac Donald tanpa sedar dia tersadur, terpijak kain yang dipakai. Terlebih rajin pula pakai baju kurung hari ini. Selamat tidak jatuh tersungkur. Dia berpaut pada dinding bangunan Mac Donald. Membantu memberi sokongan dari jatuh bergolek tanpa sedar air ditangan tumpah pada seseorang.

“Eh apa ini!” jeritan suara perempuan buat Dahlia membetulkan imbangan badan. Air coke yang berada ditangan tersimbah wanita dihadapannya. Cawan kertas itu dipandang. Kosong! Masaklah.

You!” Gulp! Air liur ditelan kasar. Macam kenal aje.

“Eh kau ini buta ke apa? Sengaja cari pasal dengan aku ke?” hamburan marah Diana keluar. Cukup kuat sehingga dia terpaksa menutup telinga. Tak duga orang yang berada dihadapan ini cukup dikenali. Dan dia benci untuk melihat wajah itu sekarang.

Dahlia yang melihat mangsa nahas air cokenya terkejut. Baru merancang dah terjadi. Hebat-hebat. Kenapa aku tak merancang nak sepak dia? Mesti syok kalau jadi betul-betul. Ish Dahlia apa ini tak baik betul niat. Hati dia berdolak-dalih.

Opss sorry tak sengaja” tisu dari beg dicapai dan baju Diana yang air coke disapu. Berlagak baik kejap sebab orang lalu-lalang nampak. Biar pun aku memang baik. Hahaha.

“Tepi la. Apa la malang sangat jumpa kau dekat sini” cemuh Diana. Dahlia hanya diam. Tak ada mood. Kalau kau malang aku berjuta kali malang jumpa kau la. Mengucap Dahlia. Mata dia memandang belakang Diana. Mana tahu ada Harraz. Boleh settle dekat sini terus.

“Hah apa yang kau cari itu? Ini baju aku macam mana ini?” pandangan dibuang pada baju Diana yang basah.

“Macam mana apa. Basah la” Diana mengetip gigi. Geram dengan jawapan Dahlia.

“Kau memang perempuan tak tahu malukan. Dah la rampas kekasih orang” Dahlia memandang Diana sekilas sebelum berlalu. Tak lalu nak tengok muka minah dalam Zoo. Tak cantik langsung!

“Woi” tangan Dahlia disambar. Dahlia terdorong kebelakang. Nasib baik tak hilang keimbangan lagi. Ish ish ish banyak kali dah aku nak terjatuh hari ini. Memang hari kejatuhan aku ke apa ini? Mintak simpang Ya Allah.

“Kau nak apa ini? Aku dah minta maafkan, baju yang basah pun aku dah lap. Apa lagi. Malas la nak melayan meroyan kau” sinis Dahlia. Sungguh dia tak boleh nak tengok muka Diana sekarang. Terbayang-bayang adengan peluk-peluk dia dengan Harraz tadi. Kalau tak cukup iman dah lama dia celup Diana dalam longkang.

“Macam itu? Aku tak maafkan” angkuh Diana. Sudah! Ini ajak aku buat drama ke?
Dahlia menarik beberapa not duit kertas dari beg sandang. Tangan Diana ditarik sebelum meletakkan not-not ditangan dahlia. Selesai satu kerja.

Keep the change. Dah tak ada hutang dah”  tangan direntap sebelum berlalu. Jangan nak sentuh tangan aku la perempuan. Bentak hati Dahlia.

“Perempuan bodoh. Aku akan pastikan Harraz milik aku” langkah Dahlia terhenti sebelum meneruskan kembali. Diana, aku ingatkan nak lupakan kau bila kau hilang mengejut dalam hidup kami. Kau kembali nak merosakkan sesuatu yang berharga dalam kehidupan aku? Tidak sama sekali aku akan biarkan.




Dahlia menanti dengan penuh sabar. Nak pergi kerja tadi pun tak ada mood. Akhirnya dia balik rumah tunggu Harraz Raihan balik. Pintu utama tidak lepas dari pandangannya. Keadaan rumah yang sunyi membuatkan Dahlia menahan kantuk. Bunyi jam di dinding jelas kedengaran.

Mata yang semakin layu membuatkan Dahlia terlelap. Untuk seketika dia bangkit. Mata yang tertutup rapat terbuka luas sebaik sahaja celik, dia berlari masuk bilik air. Singki dicari. Dalam masa kurang satu saat kedengaran bunyi yang jarang di dengari menjadi penemannya hari ini.

Dada terasa perit sebaik sahaja isi perut kembali keluar. Pili air dibuka. Muka dibasuh. Saat air jernih menyapa muka, titisan air mata bersatu. Perit! Dada diusap perlahan. Dia terduduk dikaki singki. Tak tahu kenapa saat ini dia seolah rasa kehilangan.

Ya Allah jauhkan la segala prasangka dalam hati ini. Kau pelihara la hati ini dari gangguan syaitan yang cuba memusnahkan segala rumahtangga kami. Doa-doa dari tadi tidak putus dari bibirnya. Dia perlu kuat. Diana Dahlia bukan la orang yang lemah semangat. Dia kan kuat. Semua ini benda senang. Boleh selesaikan hanya dengan sekali berfikir.

Dahlia bangkit. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah dapur. Mencari makanan yang boleh mengisi kekosongan perut. Dari tengah hari tak makan sampai malam perut dan masuk angin. Sekadar minum air bergas memang tenat la perut. Itu sebab dia muntah. Kalau dah penuh dengan angin mana tak terasa loyar.

Biskut tiger dalam kabinet ditarik keluar. Air kotak dalam peti dikeluarkan. Longlai segala tingkahnya. Kepala dibaringkan ke atas meja. Biskut tiger disumbat perlahan dalam mulut. Dah macam orang permalas lagaknya. Hakikatnya dia memang malas tika itu. Nak angkat tangan pun tak bermaya.

Andai kata semua yang berlaku nanti bukan seperti yang dia sangka apa yang perlu dilakukan? Harraz Raihan dan Diana berbaik balik? Dia macam mana? Perlu ke nak berganjak? Ataupun terus berada dibarisan hadapan menjadi benteng pertahanan agar tentera musuh ketat, Diana tidak boleh mara. Strategik apa yang perlu diletakkan untuk mengelakkan semua hal ini tidak berlaku. Strategik zaman Nabi? Stategik perang Ahzab? Gali parit keliling pintu masuk? Perang dingin? Kena guna pengintipan? Ancaman, propaganda atau kegiatan subversive? Ataupun nak cetuskan perang dunia ketiga? Angkat semua ilmu dan senjata? Strategik apa yang lebih baik?

Bunyi pintu pagar  luar membuatkan Dahlia mendongak lemah. Dia tak larat nak bangkit. Kepala disembamkan kembali pada meja. Malas nak ambik tahu. Mungkin Harraz Raihan yang pulang. Bunyi jam dinding membuatkan Dahlia berkerut. Kenapa tak bunyi kereta masuk? Kenapa sunyi? Perlahan-lahan Dahlia bangkit dari kerusi dapur.

Keadaan rumah yang malap itu membuatkan Dahlia melangkah dengan berhati-hati. Memang dia sengaja tidak membuka lampu di ruang tamu. Keadaan rumah itu hanya ditemani lampu dari cahaya dari dapur. Kegelapan memberi dia sedikit ruang untuk berfikir. Jam berdetik menandakan masuk pukul 9:00 malam.

Kerutan di dahi semakin bertambah sebaik sahaja dia tiba dihadapan tingkap. Jangankan kereta tapi bayangan Harraz Raihan sendiri tidak kelihatan. Memang tidak silap lagi dia dengar dengan jelas pintu pagar dibuka. Kenapa ini?

Dahlia berjalan perlahan ke arah pintu. Terjengkit-jengkit dia berjalan. Kuatir ada bunyi yang akan keluar. Kayu besbol yang diletakkan disebalik pintu dicapai. Gengaman semakin dieratkan. Dia bergerak kebelakang pintu. Sembunyi dibelakang pintu. Jika pintu luar dibuka dia boleh terus hentam penceroboh dengan kayu di tangan. Ada penceroboh. Dia yakin itu. Tapi siapa? Siapa yang datang kerumahnya waktu ini.

Klak! Pintu dari arah dapur yang terbuka membuatkan Dahlia berpaling. Dapur? Mesti dia masuk dekat dapur. Dia yang dimaksudkan Dahlia tak lain tak bukan penceroboh itu. Dahlia buntu dia tak tahu nak buat apa. Reaksinya seolah-olah kosong.

Dia memegang kepala dengan kedua-dua belah tangan. Sakit kepala menyerang dengan tiba-tiba. Kayu besbol ditangan terlepas. Kuat bunyi kayu terjatuh dan dia gagahkan juga badan untuk kuat agar tidak menjadi mangsa penceroboh. Perlahan-lahan kayu diambil dan dia bergerak ke arah dapur selagi kudrat masih ada. Bunyi pinggang pecah membuatkan Dahlia diambang kerisauan. Harraz Raihan cepat la balik. Ya Allah bantu la hamba mu ini. Doa dahlia.

Sebaik sahaja Dahlia sampai dihadapan dapur dia dikejutkan dengan satu lembaga yang memakai pakaian serba hitam. Muka ditutupi dengan sarung topeng. Pandang mereka bertemu. Penceroboh itu seolah-olah terkejut.

Dahlia sudah bersiap sedia dengan kayu besbol dan penceroboh itu menunjukkan tanda-tanda ingin menyerang dan serentak dengan itu kedengaran bunyi kereta memasuki pekarangan rumah. Biasan lampu kereta menyuluh ke dalam rumah yang gelap. Kayu besbol terlepas sebelum Dahlia jatuh terduduk. Penceroboh kelihatan tergopoh-gopoh keluar dari pintu belakang dan hilang disebalik pintu.


Damn It. Sikit lagi. Kalau tak dah selesai kerja aku. Kenapa masa ini pulak laki dia balik” sarung topeng direntap dari kepala dan membaling ke arah jalan. Dia menghentak kuat stereng kereta. Pemilik suara itu memandang jauh arah rumah yang menjadi sasaran dia sebentar tadi.

Cahaya lampu rumah yang gelap tadi kini terang benderang. Sasaran dia adalah perempuan yang bernama Dahlia itu. Dia tahu perempuan itu sendirian dirumah kerana dia sudah lama mengekori perempuan itu. Daripada perempuan itu keluar dari kedai Ice love lagi dia mengekori. Aktiviti dia yang wajib buat masa ini adalah mengekori perempuan itu buat masa sekarang.

Setiap aktiviti Dahlia adalah menjadi tugasan dia untuk memantau dan memastikan nyawa itu hilang dari badan seseorang yang Dahlia. Sejak kebelakangan ini terlalu susah untuk dia menghampiri gadis itu kerana ada saja yang menyekat dia untuk menghampiri gadis itu lebih dekat.

“Apa aku nak buat ini? Kenapa perempuan itu liat betul la nak mati” amuk ‘dia’. Baju jekat yang dipakai dirasakan panas itu ditanggal dan turut menjadi mangsa amukkan dia seperti mana topeng tadi. Pisau yang berada dibelakang badan diambil. Sarung pisau itu dibuka perlahan. Cahaya kilauan pisau akibat dari cahaya lampu kereta yang melintasi kerita terkena pada bilah pisau. Cahaya itu menandakan yang pisau itu tajam membuatkan dia tersenyum puas.

“Tak merasa darah lagi la kau Rambo” pisau itu dikembalikan ke dalam sarung dan box kereta dibuka. Pisau itu dicampakkan ke dalam box. Enjin kereta dihidupkan sebelum meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.



Harraz menolak daun pintu. Pelik kerana pintu tidak berkunci. Rumah yang gelap membuatkan dia mengeleng kesal. Kunci kereta digantung pada rak yang berbentuk persis rumah burung merpati disebelah kotak suis.

“Sayang ini tidur dengan pintu tak kunci. Kalau orang masukkan susah.” Bebel Harraz Raihan perlahan. Sius lampu dipetik sebaik sahaja melangkah masuk. Keadaan rumah yang kemas itu tidak membuatkan Harraz Raihan pelik kalau Dahlia berada dirumah. Briefcase diletakkan diatas kerusi. Dompet yang berada dibelakang poket semua ditarik dan dicampak ke atas meja. Sebelum dia merebahkan badan atas sofa. Kaki diangkat ke atas meja. Siling ditenung. Penat seharian dengan kerja dan hal-hal yang semakin hari semakin merumitkan hidupnya. Lama dia mengelamun sebelum mengeluh perlahan.

Dia mengusap perlahan tekak yang terasa kering. Harraz Raihan bangkit dari sofa dan berjalan menuju dapur. Saat kakinya berada dilantai dapur dia kaget. Terkejut melihat tubuh Dahlia yang terbaring diruangan dapur. Tidak jauh dari situ terdapat cebisan pinggang yang berderai. Apa yang jadi?




~bersambung....
ish ish...siapa la yang pecah masuk rumah dia erk? pencuri? penyamun?
okay serius otak aid dah jem..tak tahu nak tulis apa lagi dah...mmmm.......
ada sapa-sapa sudi nak bagi semangat dekat aidan tak ini.....T_T

5 ulasan:

Nadieyya berkata...

oooh...Aid, sape lak yg nak bunuh Dahlia tu..ni mesti org upahan Diana atau musuh ayah Dahlia tu..huhuhu, kesian Dahlia... teruskan kan Aid, jangan putus asa untuk mencari penamat jalan cerita Harraz dan Dahlia ni..

nursya berkata...

Musti jeje musuh ayah dahlia nie...
Btlke si harraz bbaik blk ngn si gedik diana lak nie...
Sj cr pasal la...

o-ReN berkata...

kak Nadieyya & nursya: teka2...ish musuh siapa sebenarnya erk? harraz ni pun satukan..ish3.. pe2 pun time kasih kak nad n nursya...^_^

Tanpa Nama berkata...

cik writer nak lagi sambungan !!!
teruja sgt dah nie ..jgn lame2 tau update n3 bru ..caiyokkkk !!!

-yoozara-

o-ReN berkata...

yoozara: hehehe... akan ku cuba...^_^
hati ni pun tak sbr nak tahu...~_^