Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

2 Mei 2013

Mini: Redha Syifa PART 8







 Bab 8
“Syifa” suara itu cukup membuatkan langkahnya lemah.
“Aduh mamat ni kali ni dah yang berpuluh-puluh kali tayang muka kat aku. Naik muak pulak. Selamat la kau ni hensem...hehehehe....” guman Syifa dia menahan sengih.
“Hang nak apa? Dari tadi cheq tengok hang duduk menepek dekat cheq asal...?” ambik kau kan dah keluar loghat Peneng walaupun tak jadi sangat.. Huhuuhuhuhu
“Syifa kita perlu bincang..” jelas Nabil. Kepala yang tak gatal digaru.
“Hang nak apa ini suka betul la serabut kan kepala cheq...”
“Syifa saya nak bertanggungjawab atas semua perbuatan saya pada awak. Saya serius biar la awak jadi yang halal untuk saya. Saya janji saya akan jaga awak dengan sebaik-baiknya..” bersungguh-sungguh Nabil meluahkan segala yang terbuku dihatinya. Dia menyesal. Kalau la malam itu dia tak terima pelawan Bernand pasti semua ini tidak terjadi. Sumpah dia tak tahu yang Bernand ingin memerangkapnya.



“Yo bro, aku ajak kau lepas ini sebab nak suruh kau chill dengan member-member lama. Ini muka dah macam tenuk jatuh gaung apa kes?” Bernand bersandar pada bar. Cawan coke yang berada atas meja dipusing-pusingkan.
“Kau tahukan aku dah tinggalkan semua ini”
“Ya aku tahu. Sekali sekala je pun. Bukan setiap hari” pujuk bernand. Terinjut-injut badan Bernand mengikut musik
Perkara yang paling dia tidak duga Bernand telah memasukan pil khayal di dalam minumannya. Sedar-sedar pagi itu dia sudah pun berada di atas katil dengan Syifa. Wajah keruh dan sendu Syifa sewaktu itu masih bermain dimatanya. Lepas peristiwa itu, dia menghilang kan diri. Tak sanggup untuk berdepan dengan Syifa, wanita yang dicintai dan dia telah mengkhinatinya cinta tersebut. Terlalu sakit untuk diingati.
Sepatutnya dia yang menjadi pelindung Syifa tapi kini dia tekad dia akan menjadi perlindung kepada Syifa dan akan bertanggungjawap atas perbuatannya itu. Bukan kerana simpati tapi kerana cinta yang mendalam dan kasih yang luas.
“Ala tak payah la kot, saya dah halal kan pun...” hehehe. Syifa ketawa kecil. Kelakar dengan tutur katanya sebentar tadi. Halal? Alasan yang paling bodoh di dunia ini diberi. Nabil terkedu.
“Syifa saya serius ni saya tak main-main” tegas Nabil. Marah dengan sikap tidak ambik peduli gadis itu.
“La saya pun serius jugak tak nampak ni muka serius saya ni” Syifa menayangkan muka selambanya. Raut wajah Syifa ditenung Nabil.
“Syifa” Rintih Nabil.
Come on la Syifa, tak kan la awak tak kesah awak kena rogol kot. Jangan awak cakap itu memang rancangan awak atau pun awak ni memang bohsia. Harapkan muka je cantik perangai…” bidas Nabil. Dia betul-betul  bengang dengan Syifa. Dia tak boleh nak meneka apa yang bermain difikiran Syifa. Berubah muka Syifa. Tetapi sesaaat kemudian dia kembali seperti biasa. Syifa menarik nafas panjang.
“Well, kalau itu yang awak nak fikir terpulang. Jadi tak payah la awak nak sibuk-sibuk ajak saya kahwin lak. Apa kata awak pergi sekarang. Saya nak menghayati pemandangan ni sebelum tamat tempoh” halau Syifa. Dia menolak tubuh Nabil jauh darinya dan duduk dibangku yang terdapat dihadapan tasik kolej mereka.
Nabil melangkah kebelakang dua tapak akibat tolakan dari Syifa. Geram dengan Syifa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku sedang kan dia betul-betul ikhlas nak bertanggungjawab. Malah dia sudah pun berbincang dengan nendanya pasal hal ini. Nendanya sendiri menyuruh dia bertanggungjawab. Anak lelaki kene la berani. Pesan nendanya tika itu.
“Nabil” panggil Syifa perlahan. Suara itu betul-betul menusuk di jiwa Nabil. Nada suara seperti mengandungi satu perasan yang lain. Nabil menoleh.
“Betul ke awak cinta kan saya bukan kerana simpati?” soal Syifa dia tidak memandang ke arah Nabil tak sanggup nak melihat wajah Nabil tika itu. Nabil mengeluh.
“Saya cintakan awak sepenuh jiwa saya malah awak la yang terakhir yang akan berada dihati dan jiwa saya. Saya janji. Sememangnya cinta saya pada awak lahir sebelum malam itu lagi. Pasal tanggungjawab, ye saya perlu bertanggungjawab dengan apa yang terjadi. Saya ikhlas Syifa.Walaupun perkara malam tu tak berlaku saya memang ingin menyunting awak menjadi suri dihati saya. Bukan kerana simpati semata-mata” luah Nabil bersungguh muka dia bercahaya.
“Lupakan saya” balas Syifa dingin. Lalu berlalu. Nabil tersentak. Seperti dunia ini berhenti. Dia hanya melihat Syifa berlalu pergi tanpa memanggil. Kaki dan jiwanya seperti terhenti. Matanya dipejam. Dia mengeluh kuat.


Nabil meluru masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat yang dihuni oleh dia dan Roslan. Roslan yang berada diruang tamu langsung tidak menoleh. Tangga di daki menuju ke bilik tidur nya. Pintu biliknya dihempas kuat. Roslan yang mendengar bunyi pintu yang dihempas bergegas ke arah bilik Nabil.
“Asal kau ni Nabil” soal Roslan risau. Sebaik sahaja memasuki  bilik Nabil. Matanya jatuh ke arah Nabil yang sedang baring diatas katil. Balik-balik  je terus mengamuk. Macam datang bulan pulak.
“Aku betul-betul tak paham dengan dia. Apa dia nak sebenarnya. Aku betul-betul ikhlas nak tebus semua salah aku. Kalau boleh di tunjuk ikhlas tu nak je aku tayang dekat dia. Dia dengan selambanya cakap tak apa. Apa dia ni tak ada  perasaan ke...? Macam aku la pulak yang kena rape sampai merayu-rayu dekat dia. TAK FAHAM AKU!” terhambur semua amarah Nabil.
Bengkak hatinya dengan karenah Syifa. Roslan hanya memandang Nabil. Terkejut dia dengan bunyi jeritan Nabil. Memang sah Nabil mengamuk gila. Dia yang dimaksudkan oleh Nabil tak lain tak bukan mesti pasal Syifa. Mamat dihadapannya dulu teruk dibelasahnya. Semuanya kerana berita yang disampaikan sendiri oleh Nabil yang dia telah bermesra dengan Syifa. Syifa tu dah dianggap seperti adiknya. Tergamak Nabil melakukan itu. Selepas Nabil menjelaskan semua baru la dia tahu.
Itu semua perangkap Bernand untuk menjatuhkannya malah dia semua berlaku kerana kawan konon. Padahal ia dendam. Dendam kerana kekasih hatinya Niera memutuskan hubungan mereka kerana Nabil. Sedangkan Nabil sendiri tidak tahu menahu tentang perkara ini. Itu pun dia tahu bila Bernand mengugut Nabil berpisah dengan Niera. Benda gila. Hanya kerana itu dia sanggup untuk mengkhianati persahabatan mereka.
Paling yang mengejutkannya bila Syifa sikit pun tidak mengambil kisah. Malah dengan berbesar hati Syifa sendiri sudah memaafkannya. Tak ada  perasaan kah dia bila sesuatu yang berhargai diambil dengan kejam? Perkara itu penah menjadi isu mereka. Sejak mereka kenal Syifa tak pernah dia melihat Syifa menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki. Kalau melihat lelaki yang terhegeh-hegeh dengan dia adalah. Apa yang membuatkan dia begitu selamba. Malah bila di soal itu tentang perkara tersebut jawab gadis itu senang je.
“Dia tak ditakdirkan untuk  dihargai dan dicintai....” jawapan itu mengandung perbagai tafsiran.



“Syifa terima pelawaan tok berbuka puasa dengan tok sebab Syifa hormat tok. Macam mana syifa hormat tok macam itu la syifa harap tok hormat keputusan Syifa” perlahan Syifa bersuara. Penat asyik berdiam diri.
"Eryan ada cerita pasal kesilapan dia"  Syifa menarik nafas perlahan. wajah tua itu dipandang kasih.
"Terima la Eryan. Eryan ikhlas dengan kata-kata dia. Tok kenal dia dari kecil lagi  Tok dah masak dengan perangai Eryan. Eryan budak yang baik. Mungkin ada silap dia." terang Tok Akma. Syifa hanya senyum dan terus tersenyum.
"Nabil memang lelaki yang baik" perlahan Syifa bersuara.
"Jadi syifa sudi terima Eryan?" wajah mengharap Tok Akma dipandang kasih. Perlahan dia mengeleng.
"Maaf Tok, Syifa tak boleh terima dia."
"Kenapa? Sebab dia dah merosakkan sesuatu yang berharga dari Syifa? Berilah dia peluang. Tok tahu Syifa pun cintakan Eryan. Pandangan mata Syifa sesuatu yang tak boleh dibawa dalam alat penipuan" kata-kata Tok Akma buat Syifa terdiam.
"Maaf Tok. Syifa memang tak boleh nak terima. Maaf" pohon Syifa. terasa sebab dalam hati. Maaf Nabil kita tidak ditakdirkan bersama.
Tok Akma mengeleng. betul kata cucunya Syifa seorang yang keras kepala. Dia sendiri yang datang dan berhadapan dengan gadis itu seakan tewas dengan kedegilan Syifa. Kenapa perlu diseksa hati?
"Tok tak tahu apa sebab Syifa. Tapi Tok yakin tak Syifa ada sebab yang kukuh bukan?" Syifa tersenyum hambar. Dia menenung perlahan meja dihadapannya.
"Cukup la sekadar Syifa katakan masa tak menentukkan semuanya" ujarnya lemah.
pertemuan antara dia dan Tok Akma berakhir dengan keputusan yang sama. Dia tak mungkin akan terima Nabil. baik berudur sekarang sebelum keadaan semakin parah. Cinta tak boleh dibalas dengan kelukaan.



Dewan besar penuh dengan para pelajar yang menghadiri  Anual Dinner untuk akhir semester tahun ni. Dari jauh kelihatan Syifa yang sedang rancak berbual dengan Intan dan Anis. Malam ini Syifa kelihatan mAnis dengan busana yang dipakainya. Baju kurung moden berwarna merah hati sesuai dengan warna kulit nya yang putih. Masuk ni dah dekat sebulan dia cuba meyakinkan Syifa untuk menerimanya. Namun jawapannya hampa. Macam-macam ikhtiar dia lakukan tapi semuanya tidak berjalan.
Nabil mengatur langkah ke arah pentas. Dia tersenyum. Seolah-olah ada mentol muncul diatas kepalanya. Ketika itu pentas riuh dengan band persembahan para pelajar semester satu. Dia pantas melangkah ke arah pentas. Sesekali kelihatan dia berbisik dengan MC pada malam itu…Luqman.
“Selamat malam semua” suara dari atas pentas menarik perhatin semua yang berada di dewan. Anis dan Intan memandang Syifa seperti dapat meneka apa yang Nabil buat diatas pentas. Air muka Syifa tetap selamba.
Mmm….pasti you all semua tahu kan sejak memenjak ni saya ada mengejar seorang  gadis ni namun tak ada respon pun. Tak cukup hensem ke saya ni sampai saya kena reject berkali-kali” seloroh Nabil. Kata-katanya mendapat respon para penonton. Dia membetulkan-betulkan kot yang dipakai.
“Oleh tu dengan rasminya malam ini saya ingin memberitahu bahawa saya Nabil Eryan ingin melamar Syifa Alisya Binti Farouk untuk menjadi suri dihati saya. Dan sekali gus saya ingin menjadinya peneman sehingga ke akhir ayat saya...” lampu spotlight menyuluh ke arah Syifa. Syifa yang sedang leka menjamah makan tersentak.
“What?” soal Syifa binggung.
“Nabil tengah lamar kau la” ujar Anis. Geram betul dengan reaksi Syifa. Dia dah puas memujuk Syifa menerima Nabil namum hampa. Kalau tak kerana janji yang dibuat dulu pasti dia akan menceritakan semuanya kepada Nabil. Kesian melihat Nabil terkejar-kejar sedang kan Syifa masih begitu.
“Ohhh” hanya itu je jawapan yang keluar dari mulut Syifa. Intan sudah pun menepuk dahi. Apa kena la dengan kawan mereka ni lembab sangat.
“Nak je aku hempuk budak ni” bidas Intan.
“Aku malas la. Bukannya aku boleh hidup lama pun. Entah-entah tak sempat nak kahwin aku dah mati” sahut Syifa. Malas betul la nak layan semua ni. Rungutnya.
“Kau berhak bahagia Syifa. Soal hidup dan mari tu kan dekat tangan Allah SWT. Selagi kita bernyawa kita patut bersyukur dengan nikmatnya. Berusaha untuk mengubati bukan menyerah bulat-bulat pada takdir” pujuk Anis.
“Aku bahagia dengan keadaan sekarang” pintas Syifa
“Tak salah untuk mencuba. Allah tu tak kejam. Kita dituntut untuk berusaha dalam mencari penawar” Intan memegang erat jari jemari Syifa. Cuba memberi semangat kepada nya.
“Tengok tu semua dia masih buat tak tahu je. Saya dah berpeluh dekat atas ni tunggu jawapan dia” gurau Nabil. Langsung mematikan perbualan mereka bertiga.
Perlahan-lahan Syifa bangun dari duduknya dan bergerak ke arah pentas. Bahu Intan dan Anis dipegang kejap. Dia tersenyum. Menghadiahkan satu senyuman yang iklhas untuk mereka.
“Terima kasih kerana sentiasa berada disisi aku” lirih suara Syifa. “Jasa korang aku tak akan pernah lupa” sambungnya. Dia melangkah ke arah Nabil. Cukup la dia memegang watak utama dalam kehidupan ini.
Nabil yang setia menanti diatas pentas berdebar. Langkah Syifa dirasakan terlalu perlahan. Syifa menghadiahkan satu senyuman ke arah dah Nabil.
“Anak kau dah mati” bisik Syifa tepat ditelinga Nabil sebaik sahaja dia naik ke atas pentas tersebut. Pucat muka Nabil mendengarnya. Dia kaku. Gurauan apa yang dilakukan oleh Syifa. Dia memandang kosong ke arah Syifa yang sedang mengambil alih microfon. Badannya mengigil. Anak? Anak aku dengan Syifa? YA ALLAh apa yang aku dah buat ni. Nabil sudah pun terduduk di atas pentas tersebut. Lututnya lemah. Terasa seperti nyawanya sudah terbang separuh dari jiwanya. Dia meraup mukanya. Para hadirin berasa hairan dengan Nabil. Muka Nabil yang seakan menerima tamparan hebat. Seperti terdapat musibah yang hebat berlaku. Manakala air muka Syifa ceria seperti menang award.
“Assalamuaikum” ucap Syifa membetulkan microfon yang berada dihadapannya. “            Mmmmmm...Okey sini saya nak ucapkan selamat menyambut hari cuti tak lama lagi dan kesempatan ini saya ingin memohon maaf pada semua jika saya ada buat salah. Tak lupa juga pada bff saya Erin. Sorry la selalu kacau kau....” Syifa ketawa kecil. Dia sendiri tidak pasti kenapa nama Erin singgah difikirannya.
Erin yang mendengar ucapan Syifa terkejut. Semua mata memandang kearahnya. Syifa seolah-olah cuba memalukannya dan melancarkan perang. Dia mengetip bibir. Geram dengan Syifa.
Opsss korang jangan salah faham pulak. Sebenarnya kami ni kawan baik. Aksi pergaduhan yang korang selalu tengok tu sebenarnya cara kami beramah mesra. Walaupun nampak agak pelik sikit la. Maklum la mencari kelainan.” Syifa ketawa kecil. Melopong mulut Erin tak sangka Syifa akan berkata begitu.
Syifa memandang Nabil yang masih terduduk ditepinya. Roslan sudah pun mendapatkannya. Dia hanya membiarkannya. Cuba bagi pengajaran pada kaki degil ni. Getusnya.
“Tak lupa jugak kepada Anis dan Intan terima kasih kerana sudi untuk berada disamping saya tak kira waktu susah dan senang. Dan untuk semua maaf sekali lagi. Andainya saya ada melukakan hati kalian saya mintak maaf” Anis dan Intan yang mendengar sudah pun berlinang air mata.
Pandangan mereka jatuh ke arah Nabil yang sudah pun terduduk ditepi pentas sesekali melihat Roslan cuba menenangkannya. Manakala Anis dan Intan menangis teresak-esak. Drama apa yang sedang berlangsung sekarang ni? Drama hindustan ke? Adoiii pening melihat situasi tersebut. Masing-masing berbisik sesama sendiri.
“Macam mana dengan lamaran Nabil. Kau tak jawap lagi?” Sampuk satu suara. Ramai di antara pelajar yang menyiakan pertanyaan sahabat mereka. Persoalan itu masih tergantung.
“Andainya nyawa ini masih dibadan lamaran itu akan saya terima. Tapi buat masa sekarang saya tak fikir nak kahwin lagi tapi kalau mati mungkin…” lawak Syifa. Dia sempat memandang ke arah Nabil yang terduduk ditepi pentas. Sayonara Nabil Eryan. Dengan sekelip mata pandangannya gelap gelita. Dia rebah disitu.


Syifa mlemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Dia cuba memenangkan fikirannya. Semalaman dia melalui perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur. Semuanya terbongkar. Peristiwa semalam menjenguk di mindanya. Syifa yang sedang berucap di pentas rebah disitu. Bising dewan seketika dengan peristawa itu. Apabila dia sedar dia sudah pun berada di hospital.
Sayu-sayu didengar bicara Doctor dengan Nabil. Ye dia keguguran. Ketelanjuran yang berlaku dulu telah menambahkan benih yang tak patut tumbuh di dalam perutnya. Dia sendiri terkejut. Kata-katanya pada Nabil malam tersebut hanya main-main tak sangka semuanya menjadi kenyataan. Hebat betul percaturan Tuhan untuknya. Intan dan Anis turut terkejut dengan khabar tersebut.
Nenda Nabil, Tok Akma ada berjumpanya untuk memohon maaf atas segala kekhilafan Nabil dan memintanya  menerima Nabil untuk bertanggungjawab. Sebak dia melihat wajah tua itu yang berharap benar. Anis dan Intan tak habis-habis memujuknya menerima Nabil. Tak kurang hebatnya Nabil. Memohon untuk bertangungjawab tapi dia hanya tersenyum. Biarla dia menerima kehilangan Nabil sekarang sebelum hatinya tak rela untuk meninggalkan Nabil kelak. Akhirnya dia tekad dia akan pergi dari semua ni. Dia tak nak orang disekelilingnya mengharap dan merayu padanya. Dia takut lemah pada rayuan mereka.
“Syifa” Syifa berpaling. Kelihatan Puan Belinda tersenyum ke arahnya. Tanya membuang masa Syifa berlari ke tubuh tua itu. Air mata yang sekian lama tersimpan untuk semua kisah hidup mengalir keluar.
“Sabar sayang. Setiap dugaan itu adalah satu pengorbanan kita terhadap-Nya. Redhakan untuk semua ini” pujuk Puan Belinda.
“Makcik Syifa dah tak kuat” tangisnya.


*tamat sudah untuk musim pertama…agak-agak Syifa mati ke hidup….?rase-rase macam mati je…… erk tapi ada ke orang bace....??
tak apa2...kerana aid menconteng untuk hiburan aid dan semua yang dilanda kebosanan seperti aid...tak boleh nak mengharap cerita aid ini sebaik yang lain. ...tapi secara jujur...setiap bait kata aid titipkan ada maksud tersirat la jugak...*_* 

daaaa...sebab sudi baca sehingga akhir,,,hehhee


terima kasih semua...*sambil tunduk kepala....*

6 ulasan:

baby mio berkata...

mestilah hidup.

o-ReN berkata...

baby mio: itulahkan pelik gak kalu dia mati...:D

KaryaHatiku berkata...

best2...
nk lgi please...
ehehehe

izumie berkata...

salam..mati itu pasti, xde yg plik..tp klau dlm cerita, watak heroin mati, memang sangat plik..1 dalam sejuta je kot yg ada..sory merapu sikit..sambung lg ye =)

o-ReN berkata...

karyahatiku: sambung...tunggu nest season la...^_^
izumie: salam..yap mati itu mmg pasti^_^....mmg pelik la watak utama mati an..)
nope tak perlu sorry...sbb aid mmg benarkan tetamu aid merapu heheheh...:) sambungan kena ambik masa sikit...:)

o-ReN berkata...

fizmiey cuti penghujung dia dalam progress...memang ada ending dia...^_^