Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

31 Mei 2013

E-cerpen: Jungle Girl













“Bangun!” jerit Sacara. Afi yang sedang nyenyak tidur terkejut. Dia berdiri tegak.

“Kenapa ada harimau ke?” soal Afi mamai. Punya la sedap tidur mimpi jadi mohabatien dengan Fareha ada suara yang menganggu.

“Ada harimau dari neraka. Bangun la dah subuh.” Gesa Sacara. Dia sudah pun siap memakai telekong. Afi kebelakang sebaik sahaja melihat satu lembaga putih dihadapannya. Cepat-cepat dia mengurut dada. Sacara dengan telekung. Bahagian muka Sacara dilindungi dengan tuala.

Terpisat-pisat Afi bangun. Dia mencapai tuala yang digunakan olehnya semalam. Membebel Afi. ‘Kacau betul la. baru nak nyanyi lagu nistan dengan Fareha. Perempuan ini memang tak boleh nak buat aku senang la. Selamat aku menumpang. Kalau tak kerana darurat ada jugak aku belasah minah itu.’ Afi menghampiri air terjun. Dia mengigil kesejukan.



“Sejuk wo. Macam mandi air batu. Macam mana la aku nak mandi. Kenapa tak ada water heater. Ah buat yang sunat sudah” Afi mengosok gigi dengan kayu suji yang dibekalkan oleh Sacara.

“Hai berus gigi. Memang seumur hidup aku tak pernah guna benda alah ini” dia membasuh muka. Sebaik sahaja lengkap mengambil wuduk dia melangkah masuk pondok Sacara. Sacara sudah pun duduk bersimpul di atas tikar. Tempat solat gadis itu.
Sacara menoleh sebaik sahaja merasakan. Seperti seseorang memerhati.

“Kau boleh jadi imam tak?” soal Sacara. Dia memerhati Afi dengan tuala diatas kepala. Gadis itu seperti melindungi wajah dari dilihat Afi. Kenapa? Muka dia buruk ke? persoalan mula muncul diminda Afi. Afi mengigit bibir.

“La kenapa kau tak solat dulu?”

“Aku nak solat berjemaah. Dah lama tak solat berjemaah. Kau pandai tak?” sinis Sacara melihat muka Afi yang sedikit cuak.

“Erk pandai la jugak. Aku nak bagi tahu kau satu rahsia ini” Afi menghampiri Sacara. Dia duduk ditikar hadapan. Tempat terletaknya iman dalam jemaah yang diutarakan Sacara.

“Aku dah lama tak solat subuh” Afi menarik sengeh. Sacara dah menepuk dahi.

“Kau ini islam ke tak?”

“Islam la. Cuma aku ini umat islam yang lalai sikit” dia tersengih. Kepala digaru. Malu pulak sebab mengaku tentang kelemahan yang satu itu. kalau dengan Fareha tiap-tiap hari kejut Fareha bangun solat padahal dia masih senang-lenang tidur atas katil.




Sacara memandang tajam Afi. Dia mencapai kayu kecil yang berada dibawah katil. Diketuk kepala Afi. Mengadu lelaki itu. Dia duduk bersila. Geram betul dengan lelaki bernama Afi ini. Patut la kemain liat suruh mamat itu solat. Lengah-lengah mamat itu bergerak.

“Afi kalau dengan aku kena solat” tegas Sacara.

“Tahu” perlahan Afi bersuara. Muka ditundukkan. Dah macam guru dan anak murid. Guru semestinya Sacara, dia anak murid.

“Jadi kau boleh tak jadi iman ini?” soal Sacara dingin. Afi angkat muka. Dia tersengih. Sacara merengus. Mamat ini kerja sengeh dari tadi.

“Mesti la tahu. Akukan bakal imam untuk keluarga aku. Lagi pun dulu aku belajar dekat sekolah agama” bangga Afi. Selamat la ibu dan bapanya menghantar dia sekolah agama dulu. Walaupun berguling la dia nak pindah sekolah. Tak kena jiwa konon. Tapi mujuk dia tak pindah. Kalau tak memang malu la nak menghadap perempuan ini.

Good. Cepat jadi iman. Dah lewat ini. Nanti jadi subuh rimau pulak” bebel Sacara. Afi hanya mengangguk. Dia mengambil tempat di tikar. Sebaik sahaja takbir diangkat oleh Afi, Sacara mengucapkan syukur.



Afi mengamin doa yang dibaca. Dia berpaling kebelakang. Melihat Sacara yang tunduk menadah tangan. Dia mengucap syukur. Entah kenapa hati miliknya terasa lapang tanpa masalah. Ah ruginya dulu tak solat. Terbit rasa insaf dalam dirinya. Dia berlalu keluar sebaik sahaja sudah mengerjakan perkara wajib. Entah kenapa dia rasa terlalu berdosa.
Sacara menghela nafas. Kagum dengan lelaki bernama Afi. Walaupun sikap lelaki itu capik tapi solat itu sempurna. Bacaan dan tajwid terlalu sempurna. Malah alunan bacaan itu kedengaran amat merdu. Dia hanya membiarkan Afi melangkah keluar sebaik sahaja selesai solat. Tikar dilipat. Sacara melakar senyuman dibibir. Afi. Nama itu meniti dibibirnya.

Afi termenung diatas batu yang terdapat di antara air terjun.
Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim.

Kata-kata hikmat yang dia belajar dulu bermain dimindanya. Teruk jugak aku inikan. Selalu buat perangai. Semua aku ambil sambil-lewa. Sejak duduk dekat Ireland dulu semua aku tinggalkan. Afi mengucap. Dia meraup wajah.


                Selama ini aku hanya berlakon di depan Fareha yang aku ini alim. Tak sangka rupanya alim-alim kambing je. Tak ikhlas. Huh! Afi mengutuk diri sendiri. Terasa bodoh pulak. Pahala entah dapat entah tak. Entah-entah dosa dah mengunung. Alamak takutnya. Lepas ini aku taubat dah aku nak berubah. Nak solat kerana Allah. Bukan kerana nak menunjuk-nunjuk. Tekad Afi.



Sacara merenung Afi yang tidak jauh dari pondoknya. Sejak subuh lagi lelaki itu setia duduk diatas batu. Sesekali dia melihat lelaki itu merengus dan mengetuk kepalanya beberapa kali. Dia ketawa kecil. Sacara mengeliat. Lambat la kalau nak tunggu lelaki itu habis mengelamun.

“Afi! Tak nak balik ke?” jerit Sacara. Dia melambai-lambai ke arah Afi. Afi yang tengah layan emosi tersentak. Balik?

Of course la” laung Afi. Cepat-cepat dia mencapai kasutnya. Dia melompat turun dari batu. Berlari dia ke pondok Sacara. Seronok bukan main lagi boleh balik. Sacara yang melihat hanya ketawa.

Dalam minda Afi terbayang katil empuk di resort dan water heater. Tanpa sedar Afi sudah pun tersadur. Seperti buah busuk Afi tersembam ke atas tanah. Mengaduh lelaki itu. Apa la malang nasib. Afi duduk di atas tangan. Geram betul la. masa-masa indah dicemari dengan kejadian yang menyusahkan. Afi bangkit. dia berjalan perlahan. Sebaik tiba dibawah pondok Sacara langkahnya terhenti. Matanya terbuntang luas. Ada benda menjalar tidak jauh dari tempatnya berdiri.

“u…u…lar…ular!” jerit Afi. Bagaikan terkena hesteria. Berlari Afi naik pondok Sacara. Dia tak kira la keadaan macam mana. Cepat-cepat dia panjat. Dia merempuh Sacara yang baru tiba di ambang pintu. Dia menghempaskan tubuh dikatil Sacara. Selimut ditarik.

“Afi kau ini kenapa?” soal Sacara. Selamat tak terpelanting Sacara akibat dirempuh tubuh sasa Afi. Lelaki ini nama je badan sasa tapi penakut ya rabbi.

“Takut ular” lemah Afi bersuara. Sacara yang mendengar geram. Selimut ditarik.

“Bangun la. Jangan nak banyak songeh pulak. Cepat aku hantar kau balik. Kalau lambat kau duduk sini sorang-sorong” sepantas roket Afi bangun. Tak nak duduk sini sorong-sorang.

“Jom” cepat-cepat afi menjawab.





“Aku hantar kau dekat perkampungan orang asli. Nanti mereka hantar kau dekat resort

“La kenapa kau tak hantar sampai resort

“Malas. Hutan ini luas. Resort kau checkpoint pertama, kedua perkampungan orang asli ketiga pondok aku. Jauh aku nak patah balik” mengangguk. Dia menunggang kuda yang di beri Sacara. Tak sangka Sacara bela kuda. Menurutnya kuda ini jinak. Dah lama kuda ini dia bela. Semakin kagum Afi dengan Sacara.

Jungle girl” perkataan itu kelaur dari mulut Afi.

“Apa?” soal Sacara. Tak silap dia mendengar sesuatu dari mulut Afi.

“Tak ada apa. Kau tak nak ke keluar dari sini. Tak nak hidup macam orang lain. Kenapa nak menyorok di sebalik hutan?” soal Afi. Dia mencari jawapan disebalik wajah yang berlindung dengan rambut yang panjang. Walaupun dia penakut dia tak bodoh dalam memahami gerak-geri seseorang. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan gadis itu. Berada didalam hutan seorang diri cukup membuatkan dirinya memahami sesuatu.



“Seronok duduk sini tanpa gangguan” Sacara mendongak. Pokok-pokok yang tinggi melindungi mereka dari panas matahari. Suasana hutan yang redup mendamaikan. Bunyi-bunyi unggas menjadi teman sepanjang perjalanan mereka.

“Sacara awak berbeza” luah Afi. Selepas ini mereka sudah tak akan berjumpa. Afi ke bandar, Sacara dihutan. Dua tempat yang berbeza walaupun dalam benua yang sama.

“Dunia luar terlalu banyak masalah”

“Tapi tak semua masalah tak boleh diselesaikan”

“Sara”

“Mmm…”

“Terima kasih sudi benarkan saya tumpang dan terima kasih untuk pengalaman yang menarik”

“Sama-sama. Dan maaf la jika ada sebarang kekurangan. Pondok itu hanya la sebuah tempat berteduh yang banyak kurang” keadaan dia seketika.

“Sara”

Mmm

“Nanti kalau tak ada tempat nak tuju bila bercuti datang la cari saya”

“Tak malu ke kalau jumpa Tarzan pelik?” sacara ketawa. Mencari reaksi afi. Ternyata afi hanya ketawa.

“Tak pun. Nanti boleh saya kumpulkan wartawan. Tarzan Malaysia, the jungle girl” sambung afi. Terasa lapang dada sacara.

Famous la saya”

“Tak boleh nak lawan famous saya. Kat dunia luar saya la orang paling famous. Sebut je afi zaidan pewaris takhta Azai cooperation.” Afi bersuara lantang.

“Kalau macam itu, awak sebut je Sacara the jungle girl pasti semua penghuni hutan kenal saya” bahas sacara. Mereka berpandangan seketika sebelum mencetus tawa yang kuat.




Afi memerhati Sacara yang bermain dengan anak-anak orang asli. Atas kepala Sacara dipenuhi dengan bunga yang disemat oleh anak-nak kecil. Sesekali dia menepis tangan kecil itu dari menyelak rambut sacara. Susah betul nak tengok wajah itu secara penuh. Hanya sipi.

“Sacara” Tok Dalang Anik menghirup air. Afi hanya menoleh.

“Tok, tak apa ke sara itu duduk dalam hutan sorang. Kenapa tak biarkan dia duduk disini bersama yang lain?”

“Dia dah biasa. Malah lebih berani dari kami orang asli dekat sini”

“Tok, siapa sebenarnya Sara itu?” afi cuba menagih jawapan dari Tok Dalang Anik. Dia nak tahu pasal gadis itu. Tawa dari Tok Dalang Anik membuatkan afi berkerut. Kenapa orang itu ini?

“Satu hari nanti pasti kamu tahu.” Afi diam. Masih leka melihat sacara. Lincah gadis itu membantu orang asli. Mereka seperti keluarga. Sesekali sacara mengalah apabila ada penduduk kampong yang menarik dirinya.

“Tok, tolong tengok-tengokkan Sacara. Dia perempuan. Sorang-sorang dalam hutan” afi bersuara perlahan. Tok dalang anik hanya mengangguk sebelum tersenyum penuh makna.

“Nanti petang orang atuk akan hantar kamu dekat resort. Berita kehilangan kamu dalam hutan heboh dikatakan oleh orang luar. Tapi tok tahu kamu tak ditimpa masalah” luah Tok Dalang Anik. Dia mencapai rokok daun. Dihisap sebelum menghembus keluar asap dalam mulut. Tok dalang meyuakan rokok daun kepada afi tapi ditolak perlahan . Tak ada mood untuk itu.
Afi memerhati lenggok Sacara yang menghampirinya.

“Tok, Sacara nak balik dulu. Nanti gelap pulak hutan itu. Hari pun makin petang” pamit Sacara. Tok dalang hanya mengangguk.

“Hati-hati. Kuda Sara ini macam mana?” mata tok dalang jatuh pada kuda yang terdapat ditepi bangsal rumahnya.

“Sara tinggalkan dekat sini boleh. Nanti tok tengokkan Doni” pesan Sacara. Rasa malas nak tarik dua ekor kuda dalam satu masa. Lagi pun dia nak jalan-jalan dulu sebelum pulang.

“Baiklah” Tok Dalang Anik bangkit. Memberi ruang untuk Afi dan Sacara mengucapkan selamat tinggal. Bahu afi ditepuk sebelum berlalu. Wajah tua itu mempunyai maksud beribu. Sukar untuk afi mentafsirkan.

“Aku nak balik dah” Sacara memecah kesunyian. Afi tersentak.

“Mmm”

“Jaga diri. Yang penting lepas ini jangan lupa solat. Solat biar ikhlas. Bukan sebab nak pikat Fareha kau itu je. Banyak kebaikan. Tak tahu google je” sacara ketawa.
Afi mengigit bibir. Aduh kena batang hidup la. malu malu.

“Yelah la aku tahu. Lepas ini aku berubah” kendur suara afi. Malu kena tegur dengan perempuan. Sacara bermain dengan rambut. Afi hanya memerhati. Tingkah sacara menambahkan debar dihati afi.

“Kalau kau sesat lagi datang la rumah aku” sahaja menarik rambut yang menutup wajahnya ke belakang. Rambut yang menutup mukanya selamat disanggul dengan cucuk sanggul hasil pemberian Mak Kuntan.

“Sara, awak bunian!” Afi terjerit kecil. Dia terkejut melihat Aacara tanpa rambut yang melindungi wajah itu.

“Bunian? Asal pulak?” Sacara blur. Tiba-tiba bunian apa kes. Buang tabiat ke mamat ini?

“Kenapa awak cantik sangat” terluah jugak kata-kata itu dari mulut afi. Sacara hanya diam. Segaris senyuman dihadiahkan pada Afi.

“Okay la afi. Sara balik dulu. Kirim salam dekat semua dengan lafaz assalamuaikum. Satu lagi, jangan lupakan saya” pesan sacara. Dia bangkit menuju ke arah kuda. Tali Doti ditarik meninggalkan kawasan perkampungan orang asli. Dia melambaikan. Afi hanya kaku ditempat duduknya. Tak boleh nak bergerak. Terkejut sangat. Aku duduk dengan bunian ke?









~~~The End~~~~

aci hbis cam gini??
si aid tak sempat nak tulis panjang2 la..huhuh.....


5 ulasan:

aty berkata...

Xleh2 writer kna bsmbung ni..nk afi n sara fall in love

o-ReN berkata...

cik aty: nk sambungan ke ini??
huish....tak berapa pasti lagi...
:D

Tanpa Nama berkata...

cam xde ending

o-ReN berkata...

tanpa nama: tak ada ending sebab masih ada lagi.....:D

Tanpa Nama berkata...

Bilaa nkk smbungg...bestt laa citerr niee...