Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

3 Mei 2013

Cerpen: Biar Aku Bahagia













~nota kaki~
teringin nak buat cerita sedih tapi tak dapat....jadi layan la....
kurang sana sini harap maafkan.....
*tak pandai buat cerita panjang..suka buat cerita pendek...*_*








Aku memandang kosong peti televisyen. Petang yang nyaman. Faizah disebelah masih leka menonton rancangan Filipina di kaca televisyen.
“Kau okay? Dari tadi aku tengok kau macam tak okay. Kenapa?” soalan dari Faizah aku hanya biarkan. Faizah sahabat aku dari kecil sehingga sekarang. Dia memang sahabat yang memahami. Satu sekolah tadika yang sama, sekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama dan sehingga sekarang kami masih bersama bersama dalam menuntut ilmu.
“Aku rindu mak la” akhirnya terluah jugak perasaan aku tika ini.
“Kau tak nak balik ke?”
“Kalau aku balik pun bukannya boleh buat apa pun. Sama macam tak balik.” adu aku. kehidupan aku sekarang ini memamg sedih. Bergantung dengan orang lain. Hidup seperti parasit.
“Dah la itu. Kau kan tahu masalah mak kau. Kau kena terima”
“Aku tahu. Sampai bila aku kena sisih dengan keluarga sendiri. Aku hanya ada dia dalam hidup aku. Macam tak ada keluarga”
“Sabar la Nur. Kesabaran kau pasti akan terbalas nanti.” Faizah sudah memaut bahu aku. kekuatan dia yang aku tumpang sekarang.
“Aku cuba”. Sekarang kehidupan aku hanya ada Faizah dan Zamir Islam. Pada mereka aku bergantung hidup. Zamir Islam lelaki yang sudi memberi kehidupan kepada aku yang sebe kekurangan. Dia telah menawarkan kehidupan yang mewah kepada ku. Rumah yang aku duduk sekarang ini pun hasil pemberian dia. Perbelanjaan aku seharian dan kos pembelanjaan untuk pengajian aku hampir separuh ditanggung dia.
Lagu Aku Mahu Kau menjerit lantang selantang suara penyanyi itu. Telefon iphone itu aku pandang sepi. Telefon itu pun hasil pemberian lelaki itu.
“Asal tak jawap. Zam ke?” aku mengangguk lemah. Mood tak ada sekarang nak angkat call dari dia.
“Malas la” aku sengih. Kadang- kadang aku ini tak reti nak menghargai dia. Zamir dan aku hampir dua tahum couple. Faizah sendiri tahu. Faizah kata aku bertuah sebab dia sayang aku macam nak gila. Aku? Aku pun sayang dia tapi nak tonjolkan rasa sayang itu aku tak pandai.


“Asal tak angkat call?” soal dia risau. Aku sengih lebar.
“Malas” serentak dengan itu telinga aku ditarik.
“Kita risaukan awak, awak boleh kata malas” bebel dia. Aku membiarkan dia melangkah masuk ke dalam. Rumah ini kan rumah dia. Sebelum masuk sempat dia mengucup pipi aku. Dia memeluk pinggang ku sebelum aku beriringan dengan dia.
“Hai Izah” Faizah membalas. Mereka sudah pun berbual. Aku berlalu ke dapur. Cuba mencari makanan untuk dia. Faizah sendiri pun tak kesah dengan perangai Zamir. Dia memang selamba. Duduk dekat bandar raya ini agak longgar sistem masyarakatnya. Mereka jarang ambil kisah pasal keliling mereka.
“Sayang” aku terkejut dengan sapa Zamir. Dia memeluk aku dari belakang. Serbuk milo yang berada ditangan sedikit tumpah di atas meja. Terkejut dengan kedatangan Zamir secara mengejut.
“Awak, terkejut la. Tengok habis tumpah milo tak dapat saya nak buat milo kegemaran awak” marah aku. Dia hanya ketawa menerima kemarahan aku. Ish dia ini tak pernah nak takut bila aku marah.
“Sayang bila awak marah makin geram saya dengan mulut awak. Comelnya” dia ketawa. Itulah jawapan dia setiap kali aku marah.
“Sayang” aku diam. Serbuk milo aku lap. Tiada respon. Ke hulu ke hilir aku berjalan. Dia masih setiap memeluk aku dari tadi. Mengekori aku dari arah belakang.
“Malam ini jom lepak rumah Mir” dia bermain dengan rambut aku. Rambut yang hampir mencecah pinggang itu agak merimaskan. Aku nak potong dia tak bagi. Kecoh betul.
“Kalau orang tak nak?” duga aku.
“Tak nak ya...mmm... Apa nak buat ya” dia turut bermain kata. Aksi dia itu buat aku terhibur.
“Mir kurung Nur dalam bilik dua hari” dia ketawa. Macam la aku takut dengan ugutan dia.
“Tengok la. Baru nak lepak dengan Izah. Malam ini nak tengok movie dengan dia” teringat aku dah buat plan dengan Faizah. Itu pun spontan datang masa tengah hari tadi.
“Tapi hari minggukan waktu Mir. Sayang dah lupa ke?” aku tepuk dahi bila Zamir cakap begitu. Macam mana boleh lupa. Sepatutnya aku bermalan rumah dia malam ini. Itulah aktiviti aku sejak dua tahun yang lalu. Bermula hari jumaat sehingga ahad aku akan menetap di rumah Zamir.
“Lupa” Zamir dah tarik muncung.
“Nanti cakap dengan Izah taw.” pesan dia. Aku hanya mengangguk.



            Aku baring atas riba Zamir. Malam ini layan movie dengan Zamir. Kepala aku dia urut perlahan. Kami hanya diam melayan movie. Itulah rutin setia lepak sini.
“Jom” Zamir mencembung aku. Aku terpinga- pinga. Jom ke mana? Dia yang hanya memakai baju tidur hanya terdiam.
“Ke mana?” soal aku hairan. Dah tengah malam nak keluar ke?
“Bilik Mir” aku berkerut. Selalunya kami akan menghabiskan masa dengan menonton movie, bermain game dah sebagainya. Tak pernah kami tidur bersama walaupun satu rumah. Hatta, masuk bilik Zamir pun tak pernah begitu juga Zamir. Macam pelik sahaja perangai Zamir malam ini. Walaupun duduk sekali tapi bilik kami masing-masing. Ada sempadan di situ.
“Tapi kenapa?” soal aku.
“Mir nak Nur” lantas pelukan dibadan aku dikemaskan. Aku kematian kata- kata.
“Betul ini. Mir dah sedia ke?” Dia mengangguk. Aku hanya membiarkan malam itu. ia merupakan ‘malam pertama’ kami walaupun kami sudah bersama hampir dua tahun.



“Sayang” bisik Zamir tepat ditelinga aku. Aku yang leka memilih gaun tersentak. Zamir sudah pun berdiri segak dibelakang aku. Terkejut dengan kehadiran dia.
“Bukan ada hal ke?” soal aku.
“Inilah hal, Mir. Teman ibu shopping” dia menuding jari pada arah 3. Kelihatan seorang wanita yang sedang memilih jubah.
“Mana Faizah?” Faizah yang berada didalam butik aku tunjuk. Dia hanya mengangguk puas hati.
“Jom nak kenalkan sayang dengan ibu” dia menarik tangan aku. Aku tanpa bantah hanya menurut.
“Ibu” aku hanya diam menanti reaksi Puan Mona, ibu Zamir. Wanita itu berpaling. Dia melemparkan senyuman.
“Siapa ini?”
“Ini kawan Mir. Nur” aku menghulurkan tangan. Sebaik sahaja telapak tangan itu berada digengaman aku. Belakang tangan Puan Mona aku kucup lembut.
“Ya ke kawan?” Zamir hanya senyum tiada jawapan. Begitu jugak dengan aku.
“Nur datang dengan siapa?”
“Kawan.” Faizah dah menghampiri aku dan Puan Mona. Dia melakukan perkara yang sama seperti aku.
“Alang-alang itu jom la shopping dengan makcik. Shopping dengan Zamir bukan dia tahu pasal perempuan ini” Puan Mona menjeling Zamir.
“Ibu, Zamir lelaki la”
“Lelaki kena tahu jugak pasal perempuan ini” aku senyum penuh makna. Zamir yang perasaan hanya kenyit mata.
“Jom la Nur, Faizah” aku pandang Faizah. Dia hanya menjungkit bahu tanda tidak kisah.
“Nur takut menganggu je” itulah yang aku risau.
“Tak ada. Ada kawan boleh la shopping sakan.” Puan Mona sudah menarik tangan aku dan Faizah. Kami hanya menurut.
“Habis la sayang” sempat lagi Zamir mengusik aku.



“Kau mengandung?” aku mengangguk. Faizah masih setia mengusap belakang tubuh ku. jelas kedengaran dia mengeluh berat.
“Anak Zamir?” sekali lagi aku mengangguk.
“Ya Allah Nur, kenapa? Zina Nur, zina. Subhanallah” aku diam. Wajah aku bersihkan. Terasa perit tekak menahan loya. Aktiviti shopping kami terganggu bila aku rasa tak sedap badan. Berlari aku menuju bilik air. Faizah yang sentiasa berada disisi aku turut mendapatkan aku. Tingkah aku memberi Faizah keraguan. Mungkin dia perasaan dalam beberapa hari ini perubahan tubuh dah sikap aku berbeza.
“Anak Zamir? Zamir Islam Bin Anuar?” aku berpaling tatkala mendengar suara asing dimuka pintu toilet. Puan Mona! Lupa seketika yang aku dan Faizah sedang membeli-belah dengan wanita itu.
“Cakap dengan saya Nur, ini anak Zamir. Zamir Islam anak saya?” Puan Mona sudah meluru mendapatkan aku. Bahu aku dicengkam. Aku memandang Faizah, mencari jawapan yang perlu aku berikan. Angguk tidak geleng pun tidak.
“Ikut saya Nur” Puan Mona menarik tangan aku. aku hanya mengikut. sedikit pun aku tak bersuara. Kami keluar dari complex membeli belah. Dari seberang jalan jelas kelihatan Zamir yang sedang bersandar pada kereta. Melihat aku dan Puan Mona yang berada diseberang jalan membuatkan dia melambai. Wajah Zamir cukup ceria. Dia tidak mengetahui seketika nanti masalah besar yang akan timbul. Faizah masih setia mengekori aku dan Puan Mona.


Dum! Aku kaget sebaik sahaja mendengar dentuman yang kuat. Tubuh aku ditarik oleh seseorang. Pandangan aku sedikit kabur. Namun jelas kelihatan tubuh Puan Mona yang melambung akibat dilanggar kenderaan. Ya Allah. Hanya itu yang sempat aku ucapkan sebelum pandangan aku kelam.


“Apa yang berlaku?” soal aku sebaik sedar. Aku bangkit membetulkan kedudukan dari baring ke bersandar. Faizah membantu aku.
“Puan Mona accident. Selamat kau tak apa-apa. Aku sempat tarik kau. Puan Mona...”
“Dia macam mana sekarang?”
“Masih dalam ICU” Faizah mengeluh.
“Mir?”
“Dia terkejut. Benda ini berlaku depanu mata dia.”
“Aku nak teman dia” aku sudah pun bangkit dari katil. tapi dihalang oleh Faizah.
“Kau kena rehat. Badan kau masih lemah.” serta merta aku meraba perut. Tumpuan aku sudah beralih.
“Anak kau tak apa-apa. Dia selamat” aku menghembuskan nafas lega. Gelagat aku menjadi perhatian Faizah.
“Apa kau nak buat sekarang ini Nur?” aku bangkit. Berlalu meninggalkan Faizah. Sekarang bukan masa aku nak jawab soalan dari dia. Keadaan Puan Mona adalah keutamaan aku.
“Aku nak tengok Mir” ujar aku sebelum berlalu. Sejak aku sedar Mir tak ada disisi. Terasa sedikit sayu. Pasal baby aku dengan dia pun Mir tak tahu lagi. Perlu ke aku kata kan? Keadaan sekarang pun dah huru- hara.

“Syukur Nur selamat. Mir risau sangat tapi...” kata- kata Zamir mati. Aku memeluk Zamir. Terdengar esakkan kecil dari Zamir.
“Mir sayang Nur. Sayang sangat”
“Nur tahu. Nur pun sayang Mir. Nur paham. Kita dah buat keputusan sebelum ini lagi. antara cinta dan keluarga perkara yang utama adalah keluarga. Nur faham” pujuk aku. Ya memang itulah yang kami setujui. Keluarga adalah pilihan kami bukan cinta. Itulah azam kami. Menyatukan kembali keluarga masing-masing sebelum mengejar cinta yang sepatutnya menjadi milik kami.
“Mir pilih cinta. Mir tak pernah pilih keluarga, Nur. Nur yang paksa Mir. Mir terikat dengan prinsip itu” aku mengeratkan pelukan. Cuba memujuk Zamir. Dia memang degil.
“Mir, tanpa cinta keluarga tak wujud.” pujuk aku. Aku pilih keluarga kerana keluarga adalah perkara pertama yang wujud sewaktu aku celik. Walaupun keluarga aku sedikit berubah sejak ketiadaan ayah.
“Nur...”
“Mir dengar sini sayang, kita tengok ibu dulu ya. Utamakan keluarga dulu.” aku merengangkan pelukan. Pipinya ku usap perlahan.
“Tapi Nur...”
“Jom kita jumpa doktor. Kita tanya keadaan ibu” tangan Zamir aku tarik menghabism mengekori langkah aku.



Bantal-bantal yang bertaburan diatas katil aku tepuk perlahan. Hampir seminggu aku menghabiskan masa dekat kampung sejak tamat pengajian. Terasa asing dekat rumah sendiri.
Baby Cik Nur jangan nakal-nakal taw” perut aku raba perlahan. Dah masuk tiga bulan kandungan aku. Tiada siapa tahu kewujudan baby selain Faizah. Hanya dia yang sudi layan ragam aku masa awal kehamilan aku.
Pada Zamir aku hanya diamkan sahaja. Aku biarkan Zamir tanpa kaba. Membiarkan dia dengan keluarga dia. Dia perlu bina hubungan dengan keluarga dia dulu. Itu janji kami dulu. Biarlah aku pergi tanpa pesanan. Mungkin itu yang terbaik untuk dia. Akibat dari kemalangan dulu. Puan Mona hilang penglihatan, semuanya berlaku kerana aku. Kalau la Puan Mona tak dengar perbualan aku dengan Faizah semua ini tak akan terjadi. Semua salah aku.
Sedang leka mengemas bilik tekak aku terasa perit. Dada terasa perit. Tanpa berlengah bilik air dituju. Mak yang sedang berehat diruang tamu hanya memandang aku sepi. Mak...
Biasan wajah dicermin dipandang sepi. Sekarang wajah itu kelihataan sedikit pucat. Muka diraup. Zamir..



“Kau mengandung ke?” aku berpaling. Tika itu aku masih setia dengan keropok lekor yang baru digoreng. Aku diam. Mak sudah pun beralih tempat. Dari berdiri dia duduk dihadapan aku.
“Kau mengandung?” soalan tadi masih diulang. Aku mengangguk lemah.
Pang! Saat itu terasa dunia aku terhenti. Entah kenapa aku rasa bahagia. Bahagia ditampar mak. Pelik ke aku?
“Terima kasih” ucap aku. Tubuh mak aku peluk tapi ditolak kuat oleh mak. Namun aku sempat berpaut pada sofa. Muka mak jelas kelihatan tegang.
“Pertama kali mak ambil berat pasal Nur sejak ayah pergi tinggalkan kita. Sejak itu mak tak pernah nak peduli pasal Nur. Nur ada ke tak masih sama. Kadang- kadang mak pun tak sedar Nur ada ke tak rumah. Nur nak mak Nur balik. Mak yang Nur boleh bermanja. Mak yang boleh luahkan semua masalah Nur dekat sekolah dan tempat belajar.” aku menarik nafas. Hari ini ke semua akan berakhir?
“Mak jangan risau. Baby Nur bukan seperti yang mak sangka. Mak Nur gembira mak dah balik. Dah lama Nur tunggu saat ini” aku merapati mak. Tangan mak aku raih. Lama tangan tua itu aku kucup. Melepaskan rindu bertahun. Mak masih kaku. Susah aku nak tebak perasaan mak. dalam seketika aku terasa tubuh aku diusap. Tanpa segan silu air mata yang selama ini berkumpul terlepas keluar.



Tiga tahun berlalu...
Aku meraba dinding- dinding kayu. Mencari switch kipas. Bunyi tangisan Muhammad menambahkan kekalutan aku. Dengan langkah perlahan aku menapak ke arah katil. Muhammad aku tepuk perlahan. Muka Muhammad aku usap perlahan. Matanya, hidung yang sedikit comel terbentuk, pipi yang gebu dan montel dan akhir sekali mulut yang semakin petah itu diulas perlahan. Setiap kali sentuhan itu menyentuh Muhammad dia dapat rasakan biasaan Zamir Islam. Ya Zamir Islam yang dirindui. Tiga tahun masa yang lama untuk meneruskam kehidupan tanpa Zamir dan cahaya. Alhamdulilah keputusan yang dia buat tak pernah silap.
“Fisa, susu Muhammad” suara mak kedengaran hampir. Deria telinga ku cukup menangkap derap kaki mak yang semakin hampir. Bahu aku terasa disentuh.
“Nak mak jaga Muhammad ke?” katil terasa diduduki.
“Tak pelah mak biar Fisa buat. Fisa tahu mak penat.” tolak aku. Aku memegang birai katil. Mencari sokongan untk bergerak ke arah almari.
“Muhammad kan cucu mak, tak salah mak tolong jaga”
“Fisa tak nak susahkan mak. Mak mesti penat terpaksa jaga Muhammad. Fisa mintak maaf sebab susahkan mak dengan keadaan Fisa macam ini” aku mecari sesuatu didalam laci almari. Sebaik sahaja tangan menangkap sesuatu yang cari terus benda tersebut ditarik. Aku berjalan dengan yakin menuju katil.
“Fisa anak mak dan Fisa tak pernah susahkan mak. Mak yang patut mintak maaf sebab pernah abaikan Fisa. Sehingga Fisa terpaksa melalui kehidupan Fisa tanpa mak” walaupun aku tak nampak wajah mak, aku tau mak mesti tengah sedih. Melalui suaranya aku tahu.
“Mak benda dah lepas. Fisa dah bahagia ada mak sekarang” keadaan antara kami diam seketika.
“Fisa tak nak cari Zamir ke?”
“Cari Zamir? Dengan keadaan, yang buta macam ni? Mana la Fisa nak cari mak” aku ketawa kecil.
“Kenapa Fisa buat keputusan melulu? “ada nada kesal dalam bicara mak.
“Tak mak, Fisa fikir dulu setiap langkah Fisa. Walaupun hasil tidak seberapa”
“Mak nak tengok Fisa bahagia.” aku mengeluh. Mak, Fisa pun nak bahagia. Detik hati aku. Aku tersenyum.
“Bahagia bila orang yang Fisa sayang dalam keadaan sihat” ucap aku ikhlas. Kerana itu aku sanggup dermakan retina mata aku pada Puan Mona. Walaupun mendapat tentangan hebat dari doktor. Kesilapan yang berlaku dulu dari aku, maka tak salah bila aku baiki biar pun natijahnya aku menerima akibat.
Sebaik sahaja selesai pemindahan tersebut aku terus hilang dari pandangan Zamir Islam seperti mana aku hilang cahaya kehidupan. Aku punya alasan sendiri.
“Mak sayang Nur Shafisa” ucap mak. Dah aku terasa hangat tubuh mak yang memeluk tubuh aku.
“Fisa sayang mak dan Muhammad”
“Kalau Fisa sayang mak cepat bawa menantu mak balik” aku hanya tersenyum tawar.
“In sha allah mak”



Aku meraba perlahan balutan dimata. Dengan izin Allah mungkin balutan dimata aku akan dimuka esok. Saat itu aku sudah dapat kembali warna- warna kehidupan dulu. Kata Faizah dia dah jumpa penderma mata untuknya. Tiga tahun kehilangan cahaya. Faizah banyak menabur jasa pada aku. Menjadi buta banyak memberi aku ketabahan dalam menempuh hidup. Banyak pahit manis. Manisnya aku sudah dapat kembali mak yang hilang. Sejak kematian ayah, mak sudah hidup sendirian. Melakukan aktiviti seharian tanpa menghiraukan aku. Kewujudan aku seperti halimunan. Atas dasar itu, aku menyambung pelajaran. Hindar dari kesedihan tatkala melihat wajah mak. Mak tak sudi untuk menatap wajah aku. Kehilangan ayah memberi impak besar kepada mak. Aku yang masih berada di alam remaja terumbang-ambing meneruskan hidup seperti yatim piatu.
Muhammad, anak yang lahir dari rahim aku. Menjaga Muhammad dalam keadaan kurang upaya memberi dugaan. Dia anak yang baik. Tak pernah dalam tiga tahun ini dia menyusahkan aku. Tiga tahun hidup bersama Muhammad menambahkan kecerian aku. Dalam gembira terselit duka. Menanggung rindu pada si dia.
Berkat kesabaran dan kesungguhan Faizah mencari penderma untuk aku berhasil. Faizah, dia sahabat yang baik. Berharap aku mendapat kembali cahaya. Bersusah payah selamat tiga tahun untuk aku. Aku bukan sendiri. Membantu mak meneruskan kehidupan. Kilang membuat biskut kecil-kecilan yang diusahakan oleh arwah ayah dan mak memberi ruang aku untuk berkhidmat. Penglihatan bukan satu penghalang untuk aku berkerja. Aku perlu mencari sesuap nasi untuk Muhammad, si pengarang jantung dan kekuatan aku.


Bergenang kelopak mata aku. Saat aku melihat dunia kembali wajah itu yang menjamah ruang mata aku. Dia memandang aku sayu sebelum berjalan menghampiri aku. Sebaik sahaja dia berdiri disisiku tubuh itu aku raih ke dalam pelukan.
“Nur rindu abang” ucap ku dalam tangisan. Dia turut menangis. Dia mengambil tempat disisi aku. Tangan ku diraih. Bibirnya mendarat lama di dahi ku sebelum beredar di pipi, hidung, kening, dagu dan akhir sekali dikedua belah kelopak mataku.
“Abang rindu Nur. Sampai hati Nur buat abang macam ini” nada itu sedikit menjauh. Aku kaget seketika.
“Nur...” aku kematian kata- kata. Bagaimana harus ku terangkan situasi ini. Bunyi tangisan budak kecil menyapa telinga. Tangisan yang tidak asing. Pelukan aku lepaskan. Faizah yang sedang mengendong Muhammad menghampiri tempat aku.. Muhammad bertukar tangan. Wajah Muhammad aku pandang lama sebelum mendakap Muhammad.
“Anak ibu” Muhammad aku cium. Dia seperti memahami. Muhammad kelihatan selesa didalam pelukkan aku. Walaupun dulu penglihatan aku terbatas tidak menghalang aku dengan Muhammad bersama.
Muhammad aku riba, Zamir disebelah hanya memandang. Muhammad aku suakan kepada Zamir. Zamir mengengong Muhammad kedalam pelukan. Pelik Muhammad seperti mengenali Zamir.
“Anak kita” ujar aku. Zamir hanya tersenyum sebelum mengombol Muhammad.
“Ibu jahatkan sebab pisahkan kita” adu Zamir pada Muhammad.
“Pa...pa” terkejut aku dengan panggilan Muhammad.
“Ibu, papa” muhamamd yang petah tak berhenti menyebut papa. Maafkan mama sayang. Perasaan hiba menerjah. Penghimpunan keluarga kami.
“Ya sayang, papa datang” pipi Muhammad ditarik Zamir. Telatah itu memang aku rindu. Zamir suka menarik pipi aku dulu.
“Nur” aku berpaling sebaik mendengar suara seseorang. Puan Mona! Dia berjalan menghampiri aku. Aku hanya membiarkan. Aku memandang Zamir. Dia hanya tersenyum.
“Ibu mintak maaf, Nur” kata- kata itu tidak lepas dari bibir Puan Mona. Aku sendiri pun kurang mengerti untuk apa kata maaf itu dituju. Sepatutnya ku yang perlu tuturkan kata maaf itu.
“Puan tak ada buat salah dengan Nur pun. Nur yang banyak buat salah. Nur yang patut minta maaf” aku merengangkan pelukan. Puan Mona menarik kembali aku ke dalam pelukan.
“Ibu bersalah. Mungkin sebab sejak keluarga kami yang membuatkan Zamir begitu.” Sejarah keluarga Zamir… Zamir anak sulung dari tiga adik beradik. Keluarga yang pecah belah membuatkan Zamir takut untuk berkeluarga. Dia yang menyukai aku pada pandangan pertama membuatkan dia mengorak langkah dalam kehidupan. Aku menjadi sahabat dia dalam menghakis sejak lampau.
Pada aku Zamir bercerita. Ketakutan dia dalam berkeluarga terlalu kuat. Dia takut keluarga yang dia akan bina akan porak-peranda sepertinya. Hubungan antara dia dan ibu renggang. Tak pernah bertegur sapa selepas Puan Mona bercerai.
Situasi itu membuatkan aku lemas. Impian aku ingin membina sebuah keluarga yang bahagia. Bersama orang tersayang. Hari yang menempatkan sejarah hitam kami adalah hari pernyatuan Zamir dan ibunya. Sayang seribu kali sayang bila halang lain yang muncul. Halangan yang memisahkan aku jauh dari Zamir.
“Ibu Nur, bukan puan” aku diam.
“Nur menantu ibu.” sekali lagi dia buat aku terdiam. Aku pandang Zamir dia hanya mengangguk.
“Nur Shafisa, isteri Zamir Islam” Zamir mengosok lembut kepala aku. Puan Mona sudah pun bergerak ke arah mak yang masih setia berada disebelah aku. Mak sudah pun menangis.
“Zamir tak akan benarkan Nur Shafisa Zamir ini tinggalkan Zamir dah. Abang dah bina keluarga yang sayang nak. Mulai sekarang kita akan bina keluarga kita.”
“Abang?”
“Ya sayang. Mulai sekarang kita, Muhammad, keluarga abang, keluarga kita dan orang-orang kesayangan sayang akan bersatu. Kita bina keluarga yang sayang idamkan.” lembut tutur Zamir. Aku dah menahan esak. Zamir...



Zamir Islam adalah suami aku. Suami yang sah. Kami sudah lama berkahwin. Sewaktu aku terima pelawaan couple dia. Kami berkahwin. Perkahwinan kami adalah rahsia. Sedangkan Faizah sendiri tak tahu. Semuanya Zamir yang urus. Aku tak nak tanggung dosa sewaktu couple atas dasar itu, kami buat keputusan untuk berkahwin. Status couple kami adalah marriage.
Aku couple dengan dia kami tak pernah bersama. Zamir dihantui masa silam, aku dihantui situasi. Atas permintaan Zamir sendiri keadaan itu menjadi begitu. Sehingga malam itu. Malam kami dalam erti kata sebenar sebagai suami isteri. Malam yang membuktikan Zamir bebas dari masa silam dia.
Tragedi yang berlaku membuatkan aku berundur. Berundur dari menghuru-hara kehidupan Zamir Islam. Keluarga Zamir terdiri dari keluarga yang bermasalah. Ibu dan bapanya bercerai sejak dia masih kecil. Perkara itu membuatkan Zamir takut untuk mendirikan keluarga.
Mungkin salah kami kerana merahsiakan hubungan kami. Membelakangan keluarga sedangkan kami masih ada keluarga. Salah kami adalah kerana kami terlalu ikut perasaan sehingga menyebabkan masalah. Mendirikan rumahtangga adalah sesuatu yang murni dan mendapat ganjaran pahala. Tapi ada aturan yang perlu diikut untuk mendirikan rumahtangga. Aku dan Zamir bukan tidak mempunyai keluarga. Khilaf kami!
Kini aku mampu bahagia. Tempoh tiga tahun memberikan aku ganjaran yang lumayan. Aku bahagia dengan orang yang aku sayang. Ada Zamir, Muhammad, mak, ibu dan sahabat yang banyak berjasa pada ku. Jasanya terlalu besar untuk aku balas.
Ayah Nur bahagia.


“Tolong jaga kawan aku. Dia dah banyak berduka” Faizah memandang Nur Shafisa yang bergelak ketawa dengan Muhammad.
“Terima kasih kerana tolong aku, Izah. Terima kasih bagi aku jaga Nur dari jauh” tiada kata-kata yang mampu diucapkan selain terima kasih.
“Aku tak buat apa pun. Ini semua usaha kau. Yang mencari penderma untuk Nur kau. Yang selalu jaga Muhammad masa Nur kerja kau. Aku tak buat apa pun”
“Tapi kau banyak berjasa. Kalau tak ada kau aku dah jadi gila. Walaupun aku depan mata Nur tapi aku tak boleh nak buat apa”
“Aku harap kau orang bahagia. Cukup la kau jaga dia dari jauh. Sekarang kau jaga la dia dari dekat pulak” Faizah dah menghadiahkan Zamir satu senyuman ikhlas. Tanda persahabatan mereka.


~Tamat~




*ada komen semangat tak??hehehehe
selamat hari jumaat......

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CERPEN YANG MENARIK WALAU SIMPLE TAPI ADA TWIST DI SITU. SELAMAT BERKARYA LAGI..

- KAK MINA -

o-ReN berkata...

kak Mina: toce3....^_^
sangat menghargai...:D

Tanpa Nama berkata...

kalo crita ni pnjg sket ok..critakan lbih lnjut tiem dorang couple yg blh menunjukkan kesngsian yg mereka blum kahwin. mesti sonok kalo dorang kna fitnah kaw2. tpi beat sbb dorang x wak zina.hikhikhik.critakan jugak penerimaan kedua2 kluarga trima kisah dorang ada anak sblm nikah sbb dorangkan kawen rhsia. x kan mak dorang snang2 je nak trima

>>k<<

o-ReN berkata...

>>k<<: panjang??? *pitam jap*
hahah..yap mmg best kalau panjang tp tngn ni tak panjang nak tapi..hehehehe.....
tq 4 this lovely comment....^_^

Nurul Hazirah berkata...

sweet..tak sangka rupa-IInya diorg dah kahwin..best.

o-ReN berkata...

nurul Hazirah: heheh...saja bt saspen..:D

Tanpa Nama berkata...

Ahh best lah -hana-(peace)

E-fAfA sF.. berkata...

Bestz..teruskn brkarya..fighting

Nursazlina Azrini berkata...

Layan...ingatkn lom kawin lg.ending baru tau.hihi

Nursazlina Azrini berkata...

Layan...ingatkn lom kawin lg.ending baru tau.hihi

Nursazlina Azrini berkata...

Layan...ingatkn lom kawin lg.ending baru tau.hihi