Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

5 Mei 2013

Bukan Cinta Ekpress 14 dan 15






okay mula-mula aid nak ucap terima kasih....
ehem...andai ada keraguab just PM aid.......
harap tak ada la masalah la......apa2 just info dekat Aid untuk perhatiann...maaf menganggu...
okay jom LAYAN.......~~~~~~
*erk tapi ada ke orang layan?....heheheh*

Bab14



“Tak salah kalau kau kerja dengan aku dekat Melaka.”
“Kerja dekat sini pun tak habis lagi kau nak tambah kerja aku”
“Ala tak syok la kau tak ada”
“Blah la aku. On the spot pindah Melaka bukan nak ingat aku” Harraz Raihan gelak.
“Kira kau cemburu la ini”
“Weh kau ingat aku gay je nak cemburu bagai dengan kau”
“Kau dah jatuh cinta ke?” Kamal tersentak. Soalan Harraz Raihan dirasakan seperti hukuman mati.
“Sah la ini. Weh tahniah” tangan Kamal digoncang-goncang.
“Gila”
“Siapa la gadis itu?” sakat Harraz Raihan.
“Baik kau diam Harraz Raihan” marah Kamal. Sakit pulak hati ini tengok Harraz Raihan yang sakan gelakkan dia.
“Orang lelaki bila sensitive mengalahkan orang perempuan tengah PMS dan perangai macam budak-budak 10 tahun ada satu sebab sahaja. Ini bukan satu pembohongan hatta penipuan tapi ia adalah sahih. Itu tandanya dia dah jatuh cinta dalam bahasa mudahnya ada hati ada taman.”
“Sama macam kau la kan” Harraz Raihan jungkit bahu.
“Aku akui aku dah jatuh cinta” dia tersenyum meleret.
“Kau kalau datang semata-mata nak sakitkan hati aku baik tak payah”
“Okay story dekat aku apa masalah kau. Gaduh?” Harraz Raihan dah merapatkan tubuh dekat meja Kamal. Kamal diam.
“Dya merajuk dengan aku” sebaik sahaja dengan sebaris nama itu Harraz Raihan ketawa besar. Bergegar bahu Harraz Raihan. Kamal yang melihat Harraz Raihan  berang. Fail dibalingkan dekat Harraz Raihan tapi sasaran tersasar bila Harraz Raihan mengelak. Pulp bertaburan isi fail saat terkena pintu pejabat.
So funny. Dulu cakap dengan aku tak ingin nak orang macam Dya itu berlagak pandai. Sekarang dah pandai main merajuk-pujuk ini asal?” serius tak dia duga. Setiap pertemu dia dan dya pasti mereka akan bergaduh mulut. Menegakkan fakta masing-masing. Seorang kata A dan seorang kata B. Kebiasaan yang jadi pendamai dia. Nak harap kan Dahlia kirim salam la. Dia pun tumpang sekaki keluarkan fakta C dia. Orang yang akan setia sokong fakta Dahlia tak lain tak bukan kalau bukan dia. Harraz Raihan.
“Sejak bila ini?”
“Sejak korang pindah Melaka. Aku bosan. Selalu ajak Dya teman aku.” Luah Kamal. sejak Harraz Raihan pindah Melaka dia dah kurang lepak dekat mana-mana. Tak ada geng. Ada jugak la Didie dan member-member lain ajak. Tapi malas nak join. Dah biasa keluar dengan Harraz Raihan laki bini. Sambil itu boleh cuci anak tekak bergaduh dengan Dya.
“Pandai simpan rahsia dengan aku. Tak pasal dah merana jiwa”
“Kau bukan nak tolong aku. Kalau setakat gelakkan aku baik tak payah. Tak hargai langsung” muka Kamal dah ketat. Siapa tahan asyik kena bahan tanpa henti. Tahu la sindrom Harraz Raihan dah lepas.





Bab15



“Sayang” Harraz Raihan menjerit kuat. Dahlia yang sedang membongkok menanam bunga tersentak. Baja yang berada ditangan terpelanting. Dahlia berpaling. Muka bengang dipamerkan. Dari jauh Harraz Raihan berjalan dengan senyuman yang tidak lengkang dari mulut. Ini apa hal pulak ini?
“Asal terpekik terlolong ni?” soal Dahlia. Belum pun sempat dia menghamburkan marah Harraz Raihan dah mengangkat dia. Meronta-ronta Dahlia. Belakang Harraz Raihan diketuk.
“Lepas la…ini dah kenapa ini?”
“Sayang” Dahlia diturunkan diatas buaian halaman rumah mereka. Muka Dahlia dipegang lembut. Berkerut dahi Dahlia.
“I love you, saya cinta awak” Dahlia tersentak. Terasa darah jantungnya tersumbat. Ayat itu…kata-kata itu…perasaan itu… itu yang ditunggu selama ini. Terasa mata semakin panas.
“Saya Harraz Raihan cintakan Diana Dahlia binti Abdullah. Bukan Diana binti Abdullah. Titik” tegas Harraz Raihan sebaik melihat Dahlia yang pegun.
“Saya cintakan awak Dahlia. Sungguh!” Dahlia hanya mendengar kata-kata itu dengan pelbagai perasaan. Bersama Harraz Raihan dengan tittle isteri tanpa apa-apa perasaan keramat itu membuatkan dia kadang-kadang alpa dengan perasaan sendiri. Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tanpa perasaan yang utuh buat dia terkesan. Bersama-sama Harraz Raihan menjalani kehidupan berdua buat dia terharu.
Hari ini, saat ini dan detik ini. apa yang ditunggu telah muncul. ‘Cinta’ dari dia yang bernama Harraz Raihan. Banjir kelopak mata Dahlia dengan air masin itu.
“Saya cintakan awak” Harraz Raihan mengangguk. Menyakinkan Dahlia. Air mata Dahlia dilap perlahan.
“Saya benci awak bila awak muncul dari hidup saya” Dahlia tersentak. Melihat rupa Dahlia yang pegun membuatkan Harraz Raihan menarik senyum.
“Awak datang dalam hidup saya seperti meteor. Terhempas dihadapan saya dengan ikatan yang kuat. Kehadiran awak buat saya huru-hara. Bersama awak menghadapi masalah yang awak jatuhkan buat saya diambang kejatuhan emosi. Terbuai dalam setiap tindak-tanduk awak yang pelik.” Nafas ditarik.
“Kata-kata awak tentang takdir dan jodoh buat saya bangkit. Bersama awak buat saya dilanda ombak asmara. Dahlia, awak dah bagi saya satu cinta yang belum pernah saya rasa dan miliki. Cintakan seorang sahabat, kekasih, isteri dan sebahagian tulang rusuk yang hilang. Saya dah gilakan awak Dahlia” meraung Dahlia sebaik sahaja Harraz Raihan menghabiskan kata-katanya. Bersama lelehan hingus dan air mata. Tergelak Harraz Raihan melihat wajah Dahlia yang dibanjiri pelbagai air.
Sweet tahu tak. Terharu ini” ucap Dahlia. Mata ditonyok. Kelabu. Tak Nampak Harraz Raihan yang dirasakan terlalu hensem hari ini. Mata pun dah kelabu kena panahan kata-kata Harraz Raihan. Dah agak Harraz Raihan memang cupid cinta!
“Sweetkan?” Harraz Raihan angkat kening. Dia menarik Dahlia ke dalam pelukkan.
“Boleh la”
“Eleh. Cover, tak sedar dah menangis macam budak kecik” cemuh Harraz Raihan.
“Ala setakat ayat macam ini dalam novel banyak.”
“Itu novel curi ayat suami awak ini”
“Perasan.”
“Perasaan ini hanya untuk awak” tangan Dahlia ditarik sebelum meletakkan didada Harraz Raihan.
“Dengar tak jantung ini berdegup laju”
“Tak dengar pun. Kejap nak dengar” Dahlia mendekatkan telinga didada Harraz Raihan. Bunyi ritma jantung yang kuat membuatkan Dahlia tersenyum.
“Sekarang baru dengar”
“Percaya tak sekarang?” Dahlia mengangguk laju. Gila kau kalau tak percaya. Memang aku la antara orang yang gila kalau tak dengar degupan jantung Harraz Raihan dan tak rasa perasaan dia sekarang.
“Lepas ini tak payah jadi stalker hubby awak ini. Saya tak curang la. Saya sayang awak je. Ana itu saya dah anggap orang luar dari hidup saya”
“Erk…hubby tahu erk?” Dahlia gugup. Kerja sampingan dia dah kena hidu.
“Dari jauh saya dah bau awak Dahlia. Hidung saya ini selalu dapat kesan pencuri hati dia ni” hidung Dahlia dicuit.
“Bila lagi hubby tahu?” Dahlia garu kepala. Kantoi la pulak selalu stalker laki sendiri. Aduh malunya.
“Hari pertama isteri saya ini nak hapuskan Diana dalam hidup Harraz Raihan” dahi Dahlia dikucup kasih.
Teringat hari Diana datang serang dia dekat kedai dia. Dah sejak hari itu dia tekad akan usir Diana dalam hidup Harraz Raihan. Dia nak monapoli Harraz Raihan sorang tanpa ada orang lain yan ganggu milik dia.
“Ohhh. Tak marahkan?”
“Nope. Suka adalah”
“Tapi kenapa tiba-tiba pulak ini?”
“Saja. Rasa seksa hati, jantung, limpa, buah pinggang dan tulang rusuk ini bila tak beritahu hal sebenar. Jantung ini nak melompat keluar sebab pendamkan perasaan cinta ini.” Harraz Raihan dah buat gaya jantung berdegup.
“Hahah. Drama lebih”
“Diana Dahlia sudi tak awak terima cinta saya ini?” Harraz Raihan dah melutut dihadapan Dahlia. Tangan Dahlia ditarik.
“Ops jangan pegang” terkejut Harraz Raihan. Bila Dahlia merentap tangannya. Wajah dia bertukar pucat.
“Hehehe. Tangan ini bekas guna baja tadi. Racun la” Dahlia tarik sengih.
“Saya dah kena racun cinta awak Dahlia. Setakat racun ini dah tak lut dah dalam badan saya” tangan itu diambil sebelum merapatkan ke bibir.
So romantic. Hari yang penuh dengan emosi. Dia takkan lupakan hari ini. Hari dimana hidup dia dah ada semua rasa. Siapa kata Diana Dahlia ini pelik? Siapa kata Diana Dahlia ini tak ada emosi? Tak ada perasaan? Dan siapa kata Diana Dahlia ini tak matured? Diana Dahlia dah besar dan wajib ada perasaan itu semua. Tapi semua itu kena tutup sebab sekali Diana Dahlia dah cinta dan ada semua rasa itu dia tak akan lepaskan orang yang bertanggungjawab. Akan dia kurung sekiranya dia lari. Ini Diana Dahlia, si jahat cinta. Hahaha.



Teropong yang dia beli dekat kedai RM2 dikeluarkan dari beg sandang. Disebalik deretan kereta Dahlia terbongkok-bongkok sambil memerhati sasaran. Cepat-cepat dia menunduk bula suspek berpaling ke arahnya. Dada diusap perlahan.
“Lemah jantung den” selepas beberapa ketika Dahlia bangkit kembali. Teropong diaplikasikan. Melihat susuk tubuh itu memasuki bangunan dia menarik nafas lega.
“Alhamdulilah tiada yang mencurigakan.” Dahlia kelaur dari tempat persembunyian. Dia berjalan menuju bangunan sebelah. Tersengih-sengih teringat aktiviti dia sekarang. Namun langkah Dahlia mata sebaik sahaja orang yang cuba dia hapuskan muncul dengan lagak diva. Berlari Dahlia menghampiri wanita itu.
Tangan didepakan sebaik sahaja berada dihadapan wanita itu.
No entry. Bangunan ini bukan untuk kau jejaki. Haram” ucap Dahlia laju.
“Kau? Kau buat apa dekat sini? Tepi la” tubuh Dahlia ditolak. Dahlia keraskan badan.
Melihat sikap degil Dahlia, Diana bergerak ke tepi. Langkahnya mata bila Dahlia mengikut jejaknya. Wajahnya menahan marah.
“Eh perempuan gila. Apa masalah kau hah!” hendik Diana. Dahlia buat muka bodoh. Cakap aku gila dia lagi gila.
“Aku tak suka kau datang pejabat laki aku sebab nak goda dia” tempik Dahlia. Ruang legar hadapan bangunan itu dah dibanjiri orang lalu-lalang yang melihat pertengkaran kedua wanita itu. Bagi Diana dan Dahlia dia tak sedar. Sebab dalam minda dah ada misi lain.
Muka Diana dah merah seperti terbakar. “Kau siapa nak halang aku?”
“Aku isteri dia. Kau siapa nak halang aku?” soalan berbalik. Dia mengangkat kening. 1-0 bila Diana tergagap.
“Aku kekasih dia.” Lambat-lambat Diana bersuara. Bunyi ketawa Dahlia yang kuat buat dia semakin geram. Nada seperti mengejek.
“Aku dah cakapkan dekat kau dulu. Aku tak akan berganjak dari tempat aku. Walaupun seinci dan kau tak ada hak langsung nak menghampiri.”
“Tepi la” Diana berang. Ditolak tubuh Dahlia. Namun seinci pun Dahlia tak beralih. Masih static ditempatnya.
“Jangan sampai aku panggil polis sebab kau buat kacau dekat sini” Dahlia dah keluar mengugut. Terkumat-kamit mulut Diana sebelum meninggalkan bangunan itu. Jelas kelihatan wajah tak puas hati Diana. Bunyi rengusan Diana dah macam gajah dalam hutan.
Dahlia tersenyum puas. Dia berjalan menghampiri pakcik guard.
“Pakcik, kalau perempuan itu datang lagi jangan teragak-agak nak usir dia” pakcik guard yang melihat hanya kaku. Mengangguk tidak mengeleng tidak. Tak kenal siapa orang dihadapannya itu.
“Anak ini siapa?”
“Saya Dahlia, pakcik. Bodyguard bos syarikat ini. perempuan yang pakcik tengok bergaduh dekat depan dengan saya itu musuh dalam selimut” bersungguh Dahlia menerangkan. Dia berpaling kea rah luar. Orang ramai yang berkumpul tadi beransur menghilang.
“Oh begitu. Tak sangka pakcik bos syarikat ini ada ubah bodyguard” mengangguk pakcik guard.
“Shyy pakcik jangan cakap kuat-kuat nanti bos dengar. Saya ini bodyguard sulit” dia mendekatkan muka dekat pakcik guard. Jari telunjuk diletakkan diaatas bibir. Isyarat senyap.
“Oh okay-okay” bisik pakcik guard perlahan.



Lelaki yang sedang memerhati gelagat Dahlia dari jauh tergelak. Entah apa la yang dia rasuah pakcik itu. Ada-ada yang dia lakukan.
“Bos” teguran Mina membuatkan Harraz Raihan menghentikan ketawa. Tapi sisa ketawa masih kedengaran.
“Tak apa ke?”
“Biarkan je. Pesan dekat orang dalam syarikat ini buat-buat tak nampak sudah. Lepas itu kamu pergi selidik dekat Pakcik Muhsin apa yang isteri saya katakan. Saya nak full report” arah Harraz Raihan sebelum memasuki bangkit dari ruang menunggu dan memboloskan diri dalam lif.
“Diana Dahlia, dah pandai jadi spy ya. I like” ketawa yang hilang tadi kembali tercetus.












#
tak tahu la dah cukup gula lom...huhuhu...







TAMAT...

tak tahu la dah cukup gula lom...huhuhu...
eh belum lagi la....ada lagi..rehat untuk sementara sebab si aid nak berperang dengan buku...doa2 la aid dapat jawap exm dengan jayanya...*cayouk2*
aid nak bagi special part..itu kalau yg berminat la..tp kena tunggu lepas exm...heheheheh...


BERSAMBUNG.....~~~~

8 ulasan:

nurul wanie berkata...

err..cukup gula jugaklah..
tp citer ni dah habis ke acane ni cik aid?? konpius sekejap..

Farahiyah Ishak berkata...

Ingatkan tamat bebetul. Sesak jiwa sebab misteri belum terungkai lagi. Gud luck aid perang ngan buku =D

o-ReN berkata...

nurul wanie: wah...cukup jugak gula..ingatkan tak cukup tadi..heheh...belum habis lagi...tapi rehat kejap...nak fokus pada peperangan..hehe...:D

o-ReN berkata...

farahiyah ishak: hehe...saja bikin suspen tak jadi kejap...time kasih tok luck...sangat2 hargai...:D

baby mio berkata...

best.....

o-ReN berkata...

baby mio: tq3...^_^

Nadieyya berkata...

wahhh...Dahlia dah ade profession baru nampak ye..

Aid.. kak sue dah ketinggalan, huhuhu..awat ye Aid tak bg tau akak..

o-ReN berkata...

kak nad:erk...aid tak bagi tahu?..hehehe...
sorry2..mungkin lupa note ni...
maaf3...
okay2 lepas ni aid take note..:D