Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

Followers

21 April 2013

Mini: Redha Syifa PART 7







Bab8

Dia tersandar lemah di sofa rumah yang terdapat diruang tamu. Badannya betul-betul letih. Ditambahkan dengan pada hari pertama ramadhan yang mungkin akan menjadi ramadhan terakhirnya. Kepala yang berdenyut dipicit lembut. Intan dan Anis pulang ke rumah untuk meraihkan ramadhan pertama bersama keluarga. Keluarga?? Perkataan tersebut sudah hilang dari kamus hidupnya sejak 3 tahun yang lalu.
Sejak kehilangan ayah kesayangan akibat fitnah dah hasad dengki. Ada mak tiri pun tahu nak berebut harta sahaja. Tak cukup ke harta yang ditinggalkan oleh arwah ayah untuk nya. Pemergian arwah ayah pun akibat mak tirinya. Mujur ada Tuan Jehan sahabat baik ayahnya yang menjadi pemegang amanah Syifa sejak ayahnya meninggal. kalau tiada Tuan Jehan pasti dia sudah merempat dan tidak mampu nak menerusan hidupnya lagi.
Peristiwa lampau seperti memanggilnya terutamanya bila tiba pada bulan yang mulia ini.
“Syifaaaaaaa!” jeritan Haji Farouk. Syifa yang sedang leka membaca novel Telajur Mencintaimu tersentak.
“Ye ayah, Lis ada dekat bilik..” sahut Syifa novel yang dibaca diletakkan di atas meja. Dengan pelahan dia mengatur langkah ke arah suara ayahnya yang berada diruang tamu. Sebaik kakinya sampai ditangga terakhir Teratak Ihsan langkahnya terhenti. Wajah ibu tiri yang berada disebelah ayah dipandang. Satu senyuman sinis mengayut diwajah wanita yang berumor 48 tahun itu. Wajah ayahnya kelihatan amat tegang. Dia dah boleh menghidu bau masalah yang tiba. Cuma bentuk masalah itu yang masih dia tidak tahu.
Lambat-lambat dia menghampiri ayahnya.
“Ye ayah. kenapa panggil Lis...?”soal Syifa lembut.

Pappp! Perit. Hanya pekataan itu yang boleh dikatakan tika itu. Tangannya menyentuh pipi.
“Ayah...” Rintih Syifa. Sepanjang hidupnya disamping ayah ini la kali pertama dia dikasari ayahnya. Air mata yang ditahan selama ini jatuh membasahi pipinya.
“Kenapa ayah....?”Dalam sendu Syifa menyoal. Selama mana dia boleh bertahan dia pasti akan bertahan. Seperti mana amanat ibu. Sentiasa berada disamping ayah bila ayah memelukannya.
“Boleh tanya aku kenapa? Anak siapa yang kau kandung ni?” tempik Haji Farouk. Jarinya di tuding ke arah perut Syifa.
“Mengandung? Lis tak mengandung ayah......” bela Syifa. Fitnah apa kali ni yang ditaburkan keatasnya. Tidak pernah surut lepas satu-satu. Puan Junaidah yang berada disisi Haji Farouk tersenyum sinis sambil menenangkan Haji Farouk.
“Kau jangan ingat aku bodoh Lis. Aku tak tahu la kenapa dengan kau ni Lis, tak cukup ke ilmu agama yang aku bagi sampai kau boleh buat pekara terkutuk ni” bidas Haji Farouk dia dah pun terduduk disofa.
“Dah la tu ayahnya, awak tu ada darah tinggi. Nanti susah pulak....”pujuk Puan Junaidah belakang Haji Farouk digosok perlahan.
“Mana ayah tahu Lis mengandung?” duga Syifa. Jelik betul dengan sifat ibu tirinya itu. Tak habis-habis cuba menabur fitnah keatasnya. Apa tak cukup ke selama ini semua barang yang sepatutnya menjadi miliknya dirampas. Sampaikan rantai pusaka pemberian arwah mama pun di kebasnya. Berapa sen sangat la ni rantai tersebut sampai begitu sekali ibu tirinya itu ingin mengambilnya.
Dia sendiri hairan tidak ada sedikit ke kasih untuk dirinya selain dari sebagai anak ataupun ahli keluarga. Siapa duga sebenarnya Puan Junaidah merupakan saudara ibu iait. Dia sendiri binggung dengan apa yang berlaku sebenarnya dalam keluarganya.
“Ada orang nampak kau pergi klinik sakit puan...lepas tu ibu kau cakap kau asyik muntah-muntah macam orang mengandung. Tak cukup lagi ke buktinya” tempik Haji Farouk.
“Tapi ayah, Lis pergi klinik sebab Lis sakit segugut teruk. Hal yang muntah-muntah tu sebab Lis salah makan ayah. Itu semua belum kuat lagi untuk mengesahkan yang Lis mengandung” terasa sakit hati bila ayah sendiri tidak mahu percaya pada kita. Sedangkan hubungan dia dan ayah baik.
“Dah. Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau dekat rumah ni. Aku tak nak ada cucu luar nikah....” sebaik saja Haji Farouk menghamburkan kata-kata dia melangkah meninggalkan ruang tamu tersebut.
Maafkan ayah Syifa Alisya,ayah tak mampu nak menjaga kamu dengan baik. Maafkan ayah.
“Jehan aku amanatkan anak aku kepada kau” Air mata yang ditahan sudah mulai gugur. Dia tahu anaknya itu tak akan buat semua kerja terkutuk itu. Namun mulut dan pandangan orang tak mampu ditutup. Terlalu banyak fitnah yang ditaburkan ke atas anaknya. Mungkin ini jalan yang terbaik untukmu Alisya.
“Ayah” jerit Syifa. Dia sudah pun jatuh terduduk diruang tamu itu.
“Tu la kau belagak sangat dengan aku kan dah kena.” ejek Puan Junaidah.
“Apa salah Lis, ibu...” raungannya semakin kuat.
Eh aku bukan ibu kau la. Dah aku benci nak jadi ibu kau...” rambut panjang Syifa ditarik kasar oleh Puan Junaidah.
“Lepas ni hidup aku aman tanpa kau...”
“Tak akan tak ada sikit pun rasa kasih ibu pada Lis walaupun bukan sebagai anak. Lis kan anak saudara ibu jugak” dengan lembut Syifa menyoal meminta pengertian.
“Aku benci nak menjadi ibu kau ni kan pulak nak mengaku kau tu anak saudara aku” Puan Junaidah menolak keras tubuh Syifa ke arah pintu rumah.

Dan itu la hari terakhir dia berjumpa dengan ayahnya. Ayah dijemput oleh Yang Maha Agung. Seminggu selepas dia keluar dari rumah. Sehingga saat akhir dia tidak dapat menatap wajah ayahnya kerana tentangan hebat dari ibunya dengan tidak membenarkan ia berada disitu. Mujur Tuan Jehan sudi membantunya. Itu pun selepas tubuh ayahnya sudah dikebumikan. Terlalu perit untuk mengingati peristiwa lalu yang betul-betul membawa duka.

“Ya ALLAH ya Tuhan ku begitu hebat dugaan yang kau turun kan kepada aku. Aku mohon dengan mu kau pinjam kan la aku sedikit kekuatan untuk menempuh dugaan mu. Andai aku tersungkur kau pinjam kan la aku tangan-Mu...” detik hati Syifa.
Saat itu kepala yang terasa seperti mahu pecah. Sakit bertambah sakit. Denyutan semakin kuat dirasakan. Kerusi sofa dipegang kuat menahan sakit yang teramat. Sebelah tangan nya memegang kuat kepalanya. Dengan sekelip mata ruang yang tadinya terang benderang menjadi gelap-gelita. Masih terdengar lagi bicara Puan Umu silih berganti.
“Syifa saya saran kan awak lakukan operation untuk membuang tumor awak sebelum dia merabak ke tahap yang lebih teruk....” pandangannya kelam.

~bersambung.........


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The information were very helpful for me, I've bookmarked this post, Please share more information about this
Thanks