Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

27 April 2013

E-cerpen: Jungle Girl 1

 


Disebabkan tak dapat pi pesta buku,  meh melayan cerita dalam draf dengan aid...*ubat hati tak pat pi PBAKL again, again n again...T_T




Promo:
*Dia berani. Penuh misteri. Susah nak mentafsir apa yang bermain difikiran. Kadang-kadang kelakuan dia dipenuhi rahsia. Hutan tempat dia. nyawanya berbumbungkan langit. Keseorangan dalam hutan. Siapa dia?~Afi Zaidan
*Penakut! Nama je lelaki. Badan tough tapi hati kecut. Sikap dia mengundang tawa. Ada jugak lelaki seperti dia. macho konon. Sekali kena uji berlari menyorok dalam selimut~ Sacara.
*Sikap dia macam bayang-bayang mengekori. dia kuat! Lelaki idaman ke? macam tak je~durrah qaisara




BAB1


Hello!” jerit Afi. Hampir setengah jam dia menjerit meminta pertolongan. Dengan keadaan yang terbalik membuatkan dia semakin penat. Dia mengeluh.
Good! Dah la sesat lepas tu tergantung pada pokok! Good! memang terbaik!” jerit Afi. Dia meronta-ronta. Kedua-dua belah kakinya sudah pun terikat diatas pokok. Semasa merayau-rayau mencari jalan keluar dia terpijak perangkap.
“Ku sangka kan kijang rupanya manusia. Melepas rezeki malam ini” bunyi suara yang hampir Afi membuatkan Afi tersentak.
“Siapa itu! Tolong…tolong…” jerit Afi. Dia menarik nafas. Ada jugak yang boleh membantu dirinya sebentar nanti.
“Aku hantu” suara itu mengilai. Afi yang mendengar sudah pucat. Dia memandang keliling. Masih awal. Langit masih cerah. Cahaya yang semakin panas menandakan baru tengah hari.
“Ti..pu…tipu! mana ada hantu tengah hari macam ini” jerit Afi. Dia cuba menahan takut. Ish aku ini dah la lemah semangat. Hantu?
“Apa pulak tak ada. Time ni la hantu aktif” sahut suara itu. sudah! Memang hantu ini bijak.
“Kau nak apa hah! Lepaskan aku. tolong! Tolong!” jerit Afi. Tak rela terserempak dengan hantu.
“Hahaha” bunyi orang ketawa membuatkan Afi seram. Ponti ke? ya allah! Terkumat-kamit Afi cuba membaca ayat kursi. Mata dipejam.
“Weh gila penakut kau kan. Kau itu lelaki” ejek suara itu. serata merta Afi membuka mata.
Zapp! Dia terkejut sebaik sahaja ada ‘benda’ melompat dihadapannya. Terbeliak mata Afi sebaik sahaja melihat seorang perempuan dihadapannya. Ulang sekali lagi PEREMPUAN.
“Ka..u…kau siapa? Pontianak ke?” terkeluar jugak andaian Afi. Dia hanya memandang tali jerat yang dipotong oleh perempuan itu. kedebuk! Afi jatuh.
“Aduh sakit la. Lain kali bagi la isyarat dulu” marah Afi. Dia mengosok punggung. Tak pasal sakit. Perempuan itu hanya ketawa. Melihat dari pakaian itu Afi berkerut. Pakain seolah-olah bini tarzan. Cuma yang beza baju lengan panjang dan berseluar. Ini rekaan baru ke?
“Kau siapa?” soal Afi. Wajah gadis itu terlindung dengan rambut yang panjang. Hanya sipi muka sahaja yang kelihatan.


“Aku Pontianak versi siang” perempuan itu mengilai. Afi ke belakang. Cepat-cepat bangkit. dia menonggeng. Dia menarik nafas lega apabila melihat kaki perempuan itu ada dibumi. Bunyi ketawa semakin kuat. Dia hanya tersengih. Takut kot.
“Aku Sacara. Nak moden sikit panggil aku sara” Sacara sudah pun berjalan meninggalkan Afi.
“Aku Afi”
“Ada aku tanya” Afi membontot Sacara. Lebih baik ikut Sacara dari kena tinggal sorang-sorang. Sekurang-kurangnya ada jugak kawan nanti.
“Kita nak pergi mana?”
“Kita? We? Dah-dah pergi jauh-jauh. Aku tak kenal kau. Cukup baik aku lepas kan kau dari kena makan dengan babi hutan. Huhuhu…seram” Sacara menakutkan Afi. Sikit pun dia tak pandang Afi yang mengekorinya.
Langkah Afi terhenti. Babi hutan? Waa takut. Cepat-cepat dia berlari ke arah Sacara yang sudah berada dihadapan. Tak rela nak samak bila kena langgar dengan babi hutan. Mintak dijauhkan. Tak suka. Kena baham dengan manusia okey lagi dari haiwan.
“Kau buat apa dalam hutan ini sorang-sorong?” Afi cuba memancing perbualan dari Sacara. Sacara masih leka memerhati sekeliling. Ranting kayu ditangan dijadikan sabit. Dilibas semua semak yang menghalang laluannya. Kadang-kadang dia berhenti mengutip sesuatu. Afi hanya memandang.
“Kau tak takut ke?” Afi mengelak pokok-pokok yang berada dihadapannya. Belakang Sacara dipandang. Dia gadis kenapa berada dihutan ini. dia berani. Rumus Afi. Langkah Afi terhenti sebaik sahaja melihat Sacara memandang atas.

“Rumah aku” ujar Sacara pendek. Dia memanjat tangga yang dibuat dari akar-akar pokok. Afi tercengang. Kagum. Rumah atas pokok. Binaan rumah itu seperti rumah kayu yang lain. Cuma secara semula jadi ini bukan dihasilkan sambil lewa. Bukan mudah nak bina rumah atas pokok sesempurna ini. siapa dia?
“Tak nak naik ke? tak takut kena kejar dengan harimau?” jerit Sacara dari atas. Dia menjenguk Afi dari tingkap. Sabaik nama harimau keluar dari mulut Sacara cepat-cepat Afi panjat tangga. Sacara yang melihat hanya tersenyum. Ada jugak lelaki yang penakut macam mamat ini.


Afi dia tak berkutik diatas kerusi buluh milik Sacara. Dia hanya memerhati Sacara yang ke hulu hilir dengan mangkuk. Sacara menghampiri Afi. Kaki Afi ditarik. Seluar Afi diselak.
“Mesti kau tak perasan kaki kau lukakan?” Sacara menampak daun kapal terbang. Menurut orang itu daun itu mampu memulihkan luka. Hutan menyimpan pelbagai jenis rahsia tersendiri. Ada yang boleh menyembuh ada yang boleh menyakitkan. Perlahan-lahan Sacara membalut kaki Afi. Kaki itu luka akibat bergelut dengan tali jerat. Lelaki itu tak sedar kerana dalam dirinya sibuk memikirkan lari. Lari dari hutan ini. Sesekali bunyi lelaki itu mengaduh membuatkan Sacara tersengih. Masuk hutan tapi penakut.
Afi berkerut-kerut menahan sakit. Serius dia tak perasaan kaki dia luka. Yang dia tahu dia perlu keluar dari hutan ini. Dia memerhati Sacara yang membalut luka kakinya. Separuh wajah Sacara masih dilindungi rambut. Banyak persoalan yang muncul dari benak tentang gadis itu. Siapa? Mengapa? Bagaimana? Kenapa?
“Aku rasa kejap lagi dah okay. Esok aku hantar kau balik tempat kau” Sacara bangun. dia mengibas-gibas tangan.
What!? Esok? Sekarang tak boleh ke?” jerit Afi. Sacara dah menutup telinga. Habis burung bertebangan akibat jeritan Afi. Lelaki ini memang la. menganggu penghuni hutan.
Hello cik abang, nak hantar balik sekarang? Dengan kaki yang yang luka itu boleh melambatkan perjalanan. Lagi pun dah asar. Tempat kau itu bukannya dekat jauh okay. Nanti bila antar kau aku terlepas mangrib pulak. Aku dah la tak ngam dengan penghuni malam hutan ini” bebel Sacara. Dia mencekak pinggang. Banyak songeh betul lelaki ini. Aku dah tolong kira baik. Ada jugak aku campak dekat tengah hutan kang.
Terkedu Afi. Perempuan ini something betul la. Aku nak balik hari ini. Oh Fareha abang mintak maaf kerana biarkan Fareha menunggu abang. Abang janji sebaik kaki abang boleh melompat macam kijang berdesup abang lari ke arah Fareha. Dia terbayangkan kekasih hati yang menunggu ketibanya diresort mereka. wajah jelita Fareha terbayang dimindanya.
Buk! Afi terjaga dari mimpinya sebaik ada benda mendarat dimukanya. Kain?
“Lepas ini bersihkan diri dan solat. Jangan nak mengada tak solat bila duduk rumah aku” marah Sacara. Dia belalu keluar.


Saat itu Afi mengambil peluang memerhati keliling rumah Sacara. Rumah pokok apa yang kau bayangkan. TV plasma 100 inci? Wifi? Set karaoke? Dari sudut sisi terdapat katil kayu yang dialas dengan sehelai kain. Serta set perabot yang dibuat dari rotan. Di sisi dinding terdapat satu rak yang cantik hasil rekaan dari kayu. Walaupun agak pelik tapi cantik bila dihias dengan teratur. Kayu-kayu yang disambungkan dengan dinding menghasilkan rak yang boleh meletak koleksi novel perempuan itu. Novel? Afi tercengang.


“Cuba kau cerita dekat aku kau ini siapa” pujuk Afi perlahan. Dia menyuakan ikan bakar yang ditangkap oleh Sacara. Dia terkejut melihat keindahan ciptaan Allah sebaik jenguk dibahagian belakang pondok Sacara. Air terjun yang cukup cantik mengalir. Terpegun dia. Dia tak sedar yang pondok itu bersebelahan dengan air terjun. Resort yang dia duduki sekarang tak boleh nak tanding pondok Sacara. Walaupun serba kekurangan tapi cukup sempurna baginya. Mereka makan beralaskan daun pisang dan minum menggunakan buluh yang telah dibentuk menjadi cawan.
“Aku Sacara” jawap Sacara sarkastik. Masih berselera meratah ikan yang ditangkapnya petang tadi.
“Aku tak rasa kau ini orang kuno. Dengan novel dan buku-buku kau buat aku hairan. Patut la kau boleh speaking dengan aku. Aku pun pelik jugak. Ada moden tak moden jugak rumah kau ini” luah Afi. Dia sudah focus memandang Sacara. Gadis itu masih setia dengan ikannya.
“Novel-novel itu aku jumpa dekat tapak-tapak perkhemahan yang ditanggalkan orang. Tak salah aku baca. Lagi pun aku boleh membaca apa. Ada orang ajar aku membaca. Aku tak kuno. Aku up to date jugak” Sacara meneguk air. “Lagipun dekat kampong seberang ada perkampungan orang asli yang berkerja dekat resort kau tinggal itu”
“Mana kau tahu aku dari resort?”
“Dekat hutan ini ada satu resort je. Kalau aku bosan aku buat part time dekat situ” Afi dah tergangga.
“Aku rasa nak demam. Ke aku berada di dalam dunia lain” Afi memegang kepalanya. Pening-pening. Betul ke tak aku ini. ke masih bermimpi maklum la jatuh dalam gaung lepas itu bergayut atas pokok dekat sejam.


Sacara hanya memerhati Afi. Lelaki itu sudah pun merebahkan tubuh diatas tilam. Hasil buatannya sendiri dari kekabu hutan. Walaupun tidak sempurna hati cukup la untuk membuat alas tidurnya.
Sacara mengemas sisa makanan yang dimakan. Dia meniup pelita yang berada diruangan tersebut sebaik sahaja lelaki itu tidur. Rambut yang mengurai disimpulkan. Dia termenung memerhati bulan. Cahaya bulan cukup terang untuk menyuluh pondoknya bila malam tiba.
“Papa…mama…sara rindu” rintih Sacara. Air mata mengalir keluar dari tubir mata. Air mata seperti memahami perit kesakitan. Dia melangkah masuk ke dalam pondok. Tersenyum melihat Afi yang sudah nyenyak tidur. Dia mengelurkan sehelai selimut yang berada didalam kotak besar disebelah katil. Tubuh lelaki itu yang menahan sejuk diselimut. Dia melangkah dikatil beradu. Seperti malam sebelum tidurnya ditemani bunyi air terjun dan unggas-unggas hutan.




bersambung....



9 ulasan:

Murasaki Hana berkata...

adoyaii..tgh syok2...bersambung pula..cpt2..next3...xsbr ni

o-ReN berkata...

Murasaki Hana: yok hana mintak akk bagi..hahah..tunggu....
eheheheh

baby mio berkata...

BEST......

Tanpa Nama berkata...

Nk lg...best sngt2

o-ReN berkata...

baby mio: terima kasih meluangkan masa...^_^
tanpa nama: akan ada lagi...^_^
tunggu,,,,:)

Tanpa Nama berkata...

cepat2 sambung.. best!

o-ReN berkata...

Tanpa nama: akan diusahakan..^_^

yurie shafiqah berkata...

best sangat... sambunglah cepat ya.. :)

Tanpa Nama berkata...

Misteri misteri..siapakah gerangannya Sara ni?
-nuyrah-