Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

29 April 2013

Bukan Cinta Ekpress BAB 13




ada satu persoalan dah keluar.....

Aid ada pencetus semangat nak sambung cerita ini...terima kasih pada yang sudi bace dan komen cerita ini...hilang plot si Aid sanggup redah lautan buku-buku lama untuk mencari. sanggup redah lautan sel-sel dalam brain ini...hehhehhe...*okay prop lebih* hahaha



                          Bab13


Mengucap panjang Tan Sri Abbas. Sungguh dia terkejut dengan berita yang dia baru terima. Helaian kertas bersaiz A4 itu dibaca sekali lagi. Sebaris nama dan alamat cukup membuatkan dia terpena. Seseorang yang sudah lama dicari akhirnya muncul.
“Amalina masuk sekejap” setiausahaya itu dipanggil.
“awak tahu siapa yang letak kertas ini atas meja saya?” soal Tan Sri Abbas. Kertas itu diangkat. Menunjukkan kepada Amalina. Setiusahakan, mesti dia tahu asal usul kertas ini.
“Oh kertas ini saya yang letak. Masa sampai tadi Kak Yatt bagi. Kata ada seorang lelaki bagi. Mustahak katanya” terang Amalina. Hal sebenar dikhabarkan.
“Kenapa Tan Sri?” melihat Tan Sri yang masih ralit melihat kertas itu membuatkan Amalina curiga. Aku ada buat salah ke?
“Oh tak ada apa. Awak boleh keluar?” arahan Tan Sri Abbas dibalas dengan anggukan. Nafas lega ditarik.
“Nanti kejap” Amalina berpaling. Wajah Tan Sri Abbas yang berkerut diamati dengan penuh minat.
“Pesan dekat Yatt kalau orang yang sama jumpa dia, cakap saya nak jumpa” Amalina mengangguk.
“Lagi?”
“Okay awak boleh keluar. Terima kasih” sebaik sahaja Amalina keluar dari biliknya telefon dicapai. Dia mengetuk meja menanti panggilan disahut dari seberang sana.
“Assalamuikum. Guess what, Hadi dah balik” pantas Tan Sri Abbas bersuara. Khabar gembira itu perlu dikongsi bersama isterinya.
“Waaikummusalam. Serius ke abang? Alhamdulilah balik jugak adik abang” Puan Sri Zulaika mengucap syukur. Hadi lelaki itu hilang tanpa dapat dikesan 20 tahun lalu akhirnya balik. Hadi hilang secara mengejut.
Suatu hari, Hadi balik ke rumah dengan dalam keadaan kusut masai. Seperti ada sesuatu yang menimpanya. Bila disoal dia hanya hilang. Kelakuan Hadi yang aneh itu membuatkan mereka dilanda kebimbangan. Hadi akan bangkit pagi-pagi dan keluar tanpa sempat bersua muka. Dia hanya akan pulang bila malam menjelma. Pernah dia cuba bercakap dengan Hadi tapi hampa. Dia seakan-akan mengelak. Teringat kisah 20 tahun yang lalu sebelum Hadi hilang tanpa kesan.
“Hadi” tegur Puan Sri Zulaika. Hadi dengan tenang sedang menegur air masak. Air mukanya keruh.
“Kak, tak tidur lagi?” soal Hadi. Pandangan mata Hadi tiada cahaya.
“Belum. Ini hah tengah buat susu untuk Raihan. Air panas dekat atas dah habis” Puan Sri Zulaika menghampiri jag elektrik. Waktu itu tiada lagi gelaran Puan Sri. Mereka baru mencipta kerjaya yang semakin membesar. Air dimasukkan sebelum suis ditekan. Dia bersandar pada cabinet dapur.
“Hadi sihat?” soal Puan Sri Zulaika. Dia merenung Hadi yang masih ralit memerhati cawan. Dia tersentak bila disoal.
“Sihat”
“Akak dan abang risau” luah Puan Sri Zulaika.
“Terima kasih kak sebab ambil berat pasal Hadi” segaris senyuman lemah terlakar dibibir Hadi. Puan Sri Zulaika menghampiri Hadi. Dia mengambil tempat dihadapan Hadi. Wajah Hadi dtenung dengan kasih.
“Cerita dekat akak. Mungkin akak boleh tolong” Hadi hanya dia. Bunyi keluhan jelas kedengaran.
“Susah nak jaga Raihan?” soal Hadi membuatkan Puan Sri Zulaika berkerut.
“Biasa la budak nak membesar. Nakalnya memang jelas kelihatan” Puan Sri Zulaika tersenyum bila teringat Raihan yang semakin membesar. Sudah tiga tahun, lagaknya seperti kanak-kanak berusia lima tahun.
“Bertuah Raihan dapat mama dan papa macam akak dan abang”
“Anak ini anugerah Allah Hadi. Didikan kita membentuk mereka. Kenapa Hadi tak sabar nak ada anak ke? Kalau macam itu cepat-cepat la kahwin mesti abang Abbas gembira dengan berita ini”
“Kahwin? Ada ke orang nak dekat Hadi ini kak? Muka macam mamat pecah” tawa Hadi kedengaran sumbing.
“Jodoh itu kerja Tuhan Hadi. Siapa cakap adik akak ni tak hensem? Mari akak cuci mata dia sikit” hadi ketawa kecil sebelum kembali muram.
“Kak, satu hari nanti bila Raihan dah besar dan kahwin boleh tak akak terima pasangan Raihan seadaanya?” Hadi memandang wajah Puan Sri Zulaikan dengan pandangan mengharap. Dia terkejut. Sebelum ketawa kecil.
“Raihan masih kecil lagi Hadi. Akak tak fikir pasal menantu lagi” Hadi turut ketawa kecil.
“Raihan bertuah sangat. Hadi sayang Raihan sama macam anak sendiri.”
“Raihan pun bertuah sebab dapat pakcik macam Hadi”
“Kak, Hadi nak mintak tolong boleh?”
“Boleh cakap la. Kalau akak boleh tolong akak tolong”


“Zu awak dengar tak ini?” Puan Sri Zulaika tersentak. Kenangan kali terakhir dia dengan Hadi terbang.
“Ya saya dengar ini” Tan Sri Abbas mengeluh.
“Sampai sekarang Hadi hilang macam itu. Kenapa dia tak beritahu saya. Saya ini abang dia. Satu-satunya abang dia” Tan Sri Abbas melahirkan rasa kecewa. Kecewa dengan sikap Hadi. Dia dah diamanahkan untuk menjaga Hadi dari arwah orang tuanya. Amanah itu dipegang.
“Mungkin dia ada sebab sendiri. Kita sokong la dia. Sekarang kan dia dah balik. Nanti abang tanya la dia” pujuk Puan Sri Zulaika.
“Yalah. Nanti dia balik saya nak buat edisi siasat versi Tan Sri Abbas”
“Abang yakin ke itu memang Hadi?”
“Yap betul. Memang dia. Dia siap bagi alamat lagi. Tulisan dia abang kenal sampai sekarang. Adik abang itu”
“Alhamdulilah kalau itu dia. Balik jugak dia.”
“Okay la zu. Nanti kita borak dekat rumah. Abang ada kerja ini. Nak tunggu Harraz datang. Sejak dah pindah Melaka ini kemain liat lagi nak jumpa dia” omel Tan Sri Abbas.
“Orang dah beristeri la katakan” Puan Sri Zulaika ketawa.


Tan Sri Abbas memandang kosong Bandar metropolitan dari kaca biliknya. Kereta semakin lama semakin membanjiri jalan raya. Setiap hari semakin tenat dengan kesesakkan jalan raya. Bandar maju, mengelak kesesakkan sesuatu yang mustahil. Dia mengeluh perlahan.
“Hadi mana pergi? Kenapa lesap macam itu?”
“Hadi? Siapa Hadi pa?” terkejut Tan Sri Abbas mendengar suara yang menegur. Harraz menutup pintu pejabat papanya.
“Salam mana Harraz raihan. Terkejut papa” Tan Sri Abbas beralih tempat. Meja pejabat menjadi tempat perbincangan dua beranak.
Sorry pa. khusyuk sangat tengok papa mengelamun. Siap cakap sorang-sorang. Curious sikit.”
“Papa teringatkan adik papa, pakcik kamu”
“Pakcik Hadi ke?” Tan Sri Abbas mengangguk. Dia ada mendengar cerita pasal pakcik yang menghilangkan diri 20 tahun yang lalu. Cerita lebih lanjut dia tak tahu. Apa yang dia tahu pakciknya itu hilang sewaktu dia masih kecil. Mama pun tak ada ulas lebih lanjut. Hanya cerita yang asas sahaja.
“Dia dah balik” Harraz tersentak sejak kebelakangan ini orang yang hilang dah kembali. Orang yang sekeliling dia la. Kalau nak cakap orang yang dalam Malaysia ini memang tak la. Satu keajaiban itu.
“apa cerita pasal pakcik hadi?” soal Harraz penuh minat. Ada jejak kasih dalam keluarga dia. Teringin nak jumpa pakcik Hadi. Walaupun pakcik Hadi hilang tanpa dikesan setiap tahun hadiah dari Pakcik Hadi tetap ada untuknya. Hadiah hari jadi. Baru-baru ini dia dapat hadiah semperna perkahwinan dia.
“dia ada bagi alamat rumah dia” kertas A4 dihulurkan kepada harraz. Berkerut dahi harraz.
“pa” panggil harraz perlahan. Dia memandang kertas dan wajah tan sri abbas silih berganti.
“kenapa?”
“Han tahu dekat mana alamat ini. Ini alamat rumah lama Dahlia sebelum kami pindah rumah Han” terang Harraz. Kacang la nak cari alamat ini. Dekat masjid tanah rumah lama Dahlia. Dah mahir pun dengan selok-belok rumah itu sebab dulu dia ulang-alik dari rumah Dahlia hampir sebulan la. Sekarang ini dia dah duduk rumah sendiri berhampiran bandar. Senang dia dan Dahlia berulang-alik dari tempat kerja mereka Ayer Keroh.
“Kalau macam itu senang la kita. Tak payah susah-susah nak pakai GPS” tan Sri Abbas ketawa.
“Kebetulan yang tak disangka”
“Okay drop the topic. Cawangan dekat Melaka macam mana? Ada masalah tak?” perbualan mereka diteruskan dengan isu kerja. Bagi mereka akan ada masa untuk pertemuan semula antara keluarga mereka. Tak sabar nak jumpa Pakcik Hadi. Mesti dah beranak-pinak.



bersambung......



Tiada ulasan: