Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

4 April 2013

Bukan Cinta Ekpress 12






“Ini la rumah kesayangan Lia. Lia besar dekat sini la” Dahlia mendepakan tangannya menunjukkan kawasan jajahannya. Harraz hanya memerhati sambil mengangguk.
“Macam mana cantik tak?” Dahlia merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya sebelum memegang dagu tanda berfikir.
Mmmmnot bad. Kawasan yang cantik walaupun agak sederhana” komen Harraz. Walaupun tidak terlalu mewah tapi keadaan yang nyaman ini amat selesa untuk penghuni rumah tersebut. Vila Lady.
“Kak Lia!” jeritan dari penghuni rumah itu membuatkan Dahlia menoleh. Cepat-cepat dia berlari kearah sekumpulan kanak-kanak yang berada dihadapan pintu Vila Lady. Dahlia memeluk kanak-kanak tersebut secara beramai-ramai. Bertalu-talu kanak-kanak tersebut mengucup pipi Dahlia.
“Kak Lia, umi cakap akak datang dengan suami akak. Mana dia?” si kecil alaina. Becok gadis itu sambil menoleh-noleh ke belakang. Harraz yang berada tidak jauh dari Dahlia hanya memerhati sebelum mengangkat tangan.
“Hai” tegur Harraz dari jauh. Alaina memandang Dahlia dan Harraz silih berganti. Dia mengangguk kepala sebelum menjerit serang. Berpusu-pusu budak-budak itu berlari kearah Harraz. Dahlia hanya ketawa.
“Baru sampai Lia” umi Dhamira menghampiri Dahlia. Tanpa disuruh Dahlia menundukkan menyalam Dhamira. Ibu angkatnya, ibu yang menjaga dirinya tika kecil sehingga dewasa.
“Ya umi. Sampai dengan Harraz” sopan Dahlia. Bila berhadapan Dhamira sikap Dahlia berbeza. Mungkin kerana factor hormat.
“Mana Harraz?” Dahlia menunding jari kearah luar. Kelihatan Harraz sedang melayan adik-adiknya. Alaina sudah pun berada dibelakang Harraz.
“Ini mesti kena buli dengan alaina” Dhamira mengeleng melihat telatah anak-anak kecil itu. Dahlia hanya tersengih.
“Umi, rindu umi” Dahlia memeluk tubuh Dhamira. Belakang Dahlia diusap. Anak itu dah besar.
“Dah-dah jom masuk. Alaina sudah-sudah la itu buli orang” jerit Dhamira sebelum melangkah masuk. Vila lady pasti bising lepas ini.
Penghuni Vila Lady mempunyai 10 orang kanak-kanak. Vila ady bukan la rumah anak-anak yatim. Tapi rumah milik Dhamira. Dhamira yang merupakan seorang ibu tunggal. Kematian suami pada awal usia perkahwinannya tidak mempunyai anak. Atas sebab tersebut dia telah mengambil anak angkat. Hidup dengan sederhana bersama anak-anaknya.
“Lia, lia dah bincang dengan Harraz?” Dhamira yang sedang leka memasak menyoal.
“Umi lia dah buat seperti yang umi suruh. Kami dalam proses suai kenal. Lia takut la umi” adu Dahlia. Dia mengambil tempat dimeja makan. Memerhati dhamira yang masih masak.
“Takut sebab apa?”
“Umi, Dahlia takut Harraz akan ditimpa masalah. Umi tahukan keadaan Lia macam mana” Dahlia memohon simpati. Dia bukan macam orang lain. Ada masalah tersendiri.
“Semua orang ada masalah Lia. Tapi dia suami kamu dia berhak untuk tahu semua tentang kamu” nasihat Dhamira. Dahlia mengeluh. Ya dia suami!


Berlari Dahlia akibat pakatan Harraz dan Alaina sekumpulan.
“Nanti dulu, mana aci macam ini. Kak Lia tak ada geng. Mila, Nisa dan Jo meh la jadi geng akak. Biar Alaina, Murni dan Qasin jadi geng abang Raz” pancing Dahlia.
“Amboi mengumpan nama” Harraz ketawa. Kelakar tengok muka Dahlia yang mintak simpati.
“Itu baru fair and square
“Kak Lia, kami dah janji dengan Abang Raz yang kami akan geng dengan dia” ujar murni polos. Harraz mengangkat kening. Tahu yang Dahlia tidak boleh lari.
“takkan la semua nak geng dengan abang Raz?” wajah kesemua kanak-kanak tersebut dipandang satu persatu. Nak meraih simpati la tu!
“Abang Raz cakap kalau kami geng dengan dia nanti dia nak bawak pergi Legoland” tambah alaina. Legoland? Cis umpan yang berjaya. Budak-budak ini dah la kaki jalan.
“Patut la. Umpan ikan josh rupanya. Memang tak jalan la”
“Okey semua apa lagi serang!” jerit Harraz. Belum sempat Dahlia lari. Dia telah diserang oleh kanak-kanak kedil dan gergasi. Berlari dia. menyelamatkan diri. Ish dia orang ini main lumpur. Push! Push! Peluru yang dibuat dari lumpur dibalik ke arah Dahlia. Menjerit Dahlia.
“Apa ini. Dah la itu orang dah mandi la”
“Kak Lia jangan lari” jerit Alaina. Ish budak ini tak pandan dengan kecik.
“Kak LIA!” jerit mereka serentak. Murni, Alaina, Nisa Jo, Qasin dan Mila. Tak berhenti mereka membalik lumpur. Apa dia ingat lumpur itu salji ke? Harraz dibelakang dah terkekek-kekeh ketawa. Dahlia mencekak pinggang. Ini idea siapa la. Tak pasal comot dia hari ini.
“Dah la. Nanti umi marah” Dahlia berdalih. Dia masih setia mengikut jejak budak-budak tersebut. Masih membaling lumpur ke arah mereka.taman itu dipenuhi dengan gelagat mereka.
“Tak nak. Serang!” Alaina dan yang lain sudah pun membuat serangan secara besar-besaran. Kalau tadi lumpur sekarang ini air.
“Korang! Nanti kak Lia dah tak belanja korang makan KFC” pancing Dahlia. Mana nak menang lawan sekumpulan budak kecil dengan air dan lumpur. Dia hanya mampu mengelak. Tak sempat nak buat rancangan.
“Jangan dengar. Nanti abang Harraz belanja Pizza” jerit Harraz. Serentak dengan itu dia memancutkan air pada tubuh Dahlia. Bagus lagi advance. Guna getah paip.
“Ya Allah apa dah jadi ini” jeritan Umi Dhamira membuatkan mereka terhenti. Mila, Nisa, Jo, Alaina, Murni dan Qasin sudah menyorok belakang Dahlia. Berderet mereka beratur. Sekali tengok seperti tengah bermain permainan ibu ayam dan musang. Harraz yang pegang paip buat tak bersalah dengan siram bunga. Sekarang hanya tinggal Dahlia dengan kotoran yang penuh.
Hehehehe... Peace” Dahlia menaikkan jari telunjuk dan hantu. Symbol dua terbentuk.


Harraz hanya tersengih-sengih melihat wajah Dahlia. Tangannya masih setia berkerja untuk mengeringkan rambut . Kusut-masai keadaan rambut tersebut. Dahlia hanya membiarkan Harraz mengeringkan rambutnya.
“Ini semua idea siapa?” soal Dahlia. Hanya mereka yang berada didalam bilik tersebut. Bilik kecil yang menjadi miliknya sejak tinggal disini.
“Marah ke?”
“Tak pun. Rasa dah lama tak main macam ini dengan budak-budak” Dahlia menyembabkan badannya diatas katil Harraz yang berdiri dihadapannya turun terjatuh tidak bersedia dengan tindakan Dahlia yang tiba-tiba.
“Tepi…tepi… beratnya” Dahlia menolak tubuh Harraz yang jatuh keatasnya. Berat betul anak badak ini. sesak nafas dia kejap. Dahlia dah terbuntang sebaik sahaja melihat senyuman sinis Harraz. Lain macam ini. Dia berusaha menolak tubuh Harraz. Harraz mengeraskan tubuhnya tidak mahu mengalah. Perbuatanya itu menyukarkan Dahlia menolak tubuh sasa itu.
“Nak ajak main sumo ke?” Dahlia terjerit kecil sambil berusaha menolak tubuh Harraz.
“Ada pengalaman ke?”
“Jangan pandang rendah” sebaik sahaja Dahlia bersuara. Dia menarik tubuh Harraz jatuh kearahnya. Dan sepantas kilat Dahlia menolak Harraz ke tepi. Tindakan itu membuatkan Harraz tidak bersedia. Sehingga membuatkan Harraz jatuh dari katil. Dahlia ketawa. Dia menjenguk kepala dari arah katil ke lantai. Kelihatan Harraz yang sedang mengosok belakang kepalanya. Sakit mungkin.
“Sakit?”sinis Dahlia.
“Sampai hati. Tak sayang dekat hubby awak ini ke?” Harraz tarik muncung. Sah merajuk. Terkial-kial dia mengapai kaki katil. Sokongan untuk bangkit.
“Sebab kesian la tolak dia jatuh katil. Kalau tak kesian dah lama tolak jatuh gaung.” Dahlia menghulurkan tangan kepada Harraz. tangan mereka bersatu sebaik Harraz menyambut.
“Ada niat nampak” Harraz mengambil tempat disebelah Dahlia dia baring diatas katil dengan keadaan terlentang. Manakala Dahlia meniarap sambil memandang tepat muka Harraz.
“Maaf la baru sempat bawak awak datang sini”
“Dah cukup bermakna dah kalau sayang saya ini bawa saya dekat sini. Sekurang-kurang saya tahu pasal isteri saya ini” Harraz menarik pipi Dahlia. Menjerit kecil Dahlia sambil menampar tangan tangan Harraz berulang kali.
“Umi la tempat saya mengadu dan menangis. Dia ibu terbaik yang saya pernah ada walaupun hanya sebagai ibu angkat. Umi yang didik saya. jatuh bangun saya semua dengan umi.”
“Umi datang tak waktu majlis kita dulu?”
“Akad tak la. Orangkan jadi pengantin ekpress tak sempat nak jemput umi. Tapi majlis sanding dan yang lain ada.”
“Umi ada jumpa tak mama dan papa?”
“Ada”
“Tak aci betul la. Kenapa hanya saya yang tak jumpa umi lagi?” protes Harraz. Kenapa dia sahaja yang ketinggalan. Malu la menantu tak kenal mak mentua. Tak patut betul.
“Aci aci buka pintu…” lagu zaman P.Ramlee dulu di nyanyikan. Dia buat muka tak bersalah.
“Masa itu awak sibuk sangat dengan emosi tak stabil. Macam mana orang nak kenal umi dengan awak” bela Dahlia. Dia sudah pun baring disebelah Harraz. Keadaan dulu hura-hara. Nak panggil Harraz datang dekat pun rasa tengah bagi bagi buaya makan. Seram semacam. Sekarang mereka dah berbaik. Dia dah tahu pasal Harraz dan tak salah kalau dia turut membenarkan Harraz masuk dalam kehidupannya secara menyeluruh. Masalah akan datang ditolak tepi. Kita tak mungkin nak meramal masa hadapan tapi berpelung untuk merancang.
“Sekurang-kurangnya saya perlu tahu. Rasa macam sombong dengan keluarga awak”
“Tapi awak tak sombong” pintas Dahlia.
“Mulut orang sayang, kita tak tahu” Harraz mengeluh.
“Umi paham la. orang dah bagi tahu umi siap-siap.” Bela Dahlia. Benda betulkan buat apa dia nak menipu.
“Awak ini … saya geram tahu tak” Harraz berpaling ke arah Dahlia. Nak je dia tarik telinga Dahlia. Suka betul buat apa yang dia fikir. Pendapat orang tak nak ambik tahu. Susah betul nak faham Diana Dahlia.
“Awak tahu tak saya sayang awak?” Harraz mengusap perlahan pipi Dahlia. Kebisuan Dahlia membuatkan Harraz tarik senyum satu centimeter. Melihat Dahlia menjungkit bahu menambahkan satu lagi centimeter senyuman Harraz. perlahan-lahan Harraz mendekatkan wajahnya dengan Dahlia. Matanya tepat memandang anak mata Dahlia. Dapat dirasakan kehangatan muka Harraz. Lagak Dahlia masih selamba. Melawan ketajaman anak mata Harraz. tajam! Terasa jantungnya tertusuk dengan ketajaman anak mata itu.
“Kak Lia!” jeritan kanak-kanak membuatkan wajah Harraz jatuh disebelah wajah Dahlia. Dahlia ketawa mengekek. Sasaran Harraz terpesong akibat dari jeritan penghuni Vila Lady.
“Toyol-toyol kecil ini” Harraz merengus geram. Rambut ditarik geram.
“Hahaha. Melepas nampak sayang” sakat Dahlia. Dia sudah pun bangkit dari katil. Malas nak berlama-lama dengan nanti banyak masa yang terpaksa dihabiskan dalam bilik tersebut. Bukan tak kenal Harraz pantang depa mula nak mengedik. Dia menarik bantal sebelum membaling ke arah Harraz.
“Sayang” Harraz kegeraman. Matanya masih ralit memandang Dahlia sehingga kelibat Dahlia hilang disebalik pintu. Harraz menghempaskan badan. Dia mengeluh. Terasa perbezaan antara dia dan Diana. Dia berharap cuti selama seminggu yang diambil boleh merapatkan hubungan antara keluarga Dahlia.


Dahlia berdiri tegak diatas tangga. Melihat Mila, Nisa, Jo, Alaina, Murni dan Qasin yang sedang berebut tempat tidur. Menjadi kebiasaan dirinya tiap kali pulang ke Vila Lady. Dia akan mengajak adik-adiknya itu tidur ramai-ramai diruang tamu.
“Nak tidur dengan Kak Lia” murni dah berdiri dihadapan Dahlia. Bantal sudah bersiap sedia didalam pelukkan.
“Sentiasa boleh”
“Tak boleh tak boleh. Orang nak tidur dengan kak Lia jugak.” Alaina dah mencekak pinggang. Merebut kuasa dari Murni.
“Jo pun nak join jugak” dari jauh Jo berlari menyertai Alaina dan Murni.
“Tak boleh!” jerit Nisa, Mila dan Qasin bergabung mengejar Jo.
“Murni yang ajak dulu la”
“Tak boleh”
“Asyik-asyik Aliana kali ini biar la Qasin pulak”
“Nisa pun nak jugak” Dahlia terteling-teling melihat pergaduhan antara adik-adiknya. Susah dia nak berpihak pada semua. Kuatir ada yang terasa hati. Dia memandang Harraz disebelah. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Ada orang nak rampas sayang dari abang” bisik Harraz tepat ditelinga Dahlia. Dahlia membuntangkan mata.  Sempat lagi orang itu ini. Dahlia mengaru kepala. Apa nak buat ini. budak-budak ini dah bergaduh. Harraz pulak dari tadi hanya melihat sahaja. Pening-pening.
“Ya Allah budak-budak ini. dah malam la yang bergaduh ini kenapa?” keadaan yang bising tadi senyap dengan serta-merta. Umi Dhamira sudah pun mencekak pingang. Satu persatu anak-anaknya dipandang tajam. Tidak terlepas Dahlia dah Harraz.  mereka dia menikus. Dah macam menanti hukuman dari guru disiplin.
“Sekarang dah pukul berapa ini? jangan sampai umi suruh tidur dekat luar sudah” masih-masing dah telan air liur? Luar? Ish tak nak banyak nyamuk!
“Dah cepat tidur. Umi nak tutup lampu” sebaik sahaja arahan berupa hukuman mati. Mereka sudah menggambil tempa diatas tilam yang dibentang lebar diruang tamu. Terentuk dua barisan. Lelaki dan perempuan. Dahlia dah menarik tangan Harraz mengekori langkahnya. Selang berapa jauh dia dan Harraz mengambil tempat. Selimut ditarik menutup separuh badan.
“Buat-buat tidur” bisik Dahlia hampir dengan Harraz. Harraz yang masih blur hanya menurut.
“Kan bagus macam ini. Assalamuikum” ucap umi Dhamira sebelum ruang tamu tersebut menjadi gelap. Derap kaki umi Dhamira yang meninggalkan ruang tamu jelas kedengaran.


Dahlia menjenguk sorang-sorang adiknya. Semua sudah lena dibuang mimpi. Dia menghela nafas lega. Kalau tak mesti nak berebut lagi. Nanti tak pasal Harraz la jadi mangsa kena tidur hunjug sekali.hahaha.
“Dia orang dah tidur” Dahlia mengawal suara. Takut menganggu tidur mereka. dia baring sebelah Harraz yang masih setia berjaga.
“Kita bila nak tidur?” soal Harraz nakal. Dia berpaling ke arah Harraz. Harraz turut melakukan perkara yang sama.
“Memang selalu macam ini ke?” soal Harraz. Dia membetulkan rambut Dahlia yang berjuntai di dahi Dahlia.
“Yap. Ini la aktiviti kami bila saya balik. Kita orang tidur ramai-ramai.” Tangan Harraz berlegar-legar dikawasan muka Dahlia.
“Seronok tengok budak-budak ramai” dia menarik pipi Dahlia. Menepis-nepis Dahlia. Pelik betul Harraz ini. suka sangat tarik pipi dia.
“Betul-betul tak sunyi rumah” sokong Dahlia. Sewaktu kecil dulu dunia dia hanya umi. Tiada adik yang nak diajak bergurau. Tiada abang dan kakak yang dijadikan tempat mengadu. Terasa kosong dan sunyi. Semenjak dia meningkat dewasa. Umi sudah menambah bilangan ahli keluarganya. Sejak itu dia tak sunyi. Rumah ini pelu dengan gelak tawa dan air mata keseronokan.
Dahlia mencubit tangan Harraz dengan kuat. Mana taknya dengan selamba dia tarik bibir Dahlia. Dah jadi muncung itik. Lama-lama muncung itik pun tak panjang macam dia kalau dah selalu kena tarik. Harraz hanya ketawa kecil.
“Nanti kita buat anak ramai-ramai ya. Biar meriah rumah”
“Buat anak ramai-ramai? Ada kilang ke?”
“Dahlia la kilang saya”
“Kejamnya statement” dia tarik muncung lebar. Berpaling dari Harraz.
“Memang ini ke tanggapan lelaki. Tahu la kita boleh beranak tapi tak payah la nak suruh jadi macam arnab beranak ramai-ramai. Penat itu. ini anak manusia la.” bebel Dahlia perlahan.
Harraz menarik Dahlia kedalam pelukan. Dia memusingkan Dahlia supaya mengadapnya.

“Sejak bila sayang saya ini pandai membebel ini”
“Awak la. Ingat kerja beranak ini senang ke?”
“Sayakan ada. Dah jadi tanggungjawab saya” Dahlia mencebik. Memang wajib pun. Kalau dia tak bertanggungjawab aku seret dia masuk longkang. Ini Dahlia. Bunga bukan sebarang bunga, ini bunga Dahlia.
“Kalau anak kita sepasang nak letak nama apa ya?” harras dah bermain dengan hujung rambut Dahlia. Dahlia masih berada di dalam pelukan Harraz. selesa macam itu
“Sepasang?”
“Yap sepasang. Lelaki dan perempuan. Itu untuk permulaan la.” Cit pemulaan dah sekali dua. Tak patut betul. Omel hati Dahlia.
“Tak rasa macam jauh sangat ke?” dia diam. Takut nak merancang masa depan sekarang kerana dia tak tahu apa yang akan berlaku masa akan datang.
“Tak pun. Bila ada Diana Dahlia rasa hidup ini macam dah lengkap. Lepas tu rasa nak hidup dengan awak selama-lamanya” Dahlia mencebik. ayat dia ini memang.
“Yelah itu”
“Eh betul la. Cepat la sayang cadang nama yang best-best” gesa Harraz. dia dah teruja. Membayangkan bakal-bakal anak mereka.
“Ala tak pandai la”
“Apa kata kalau perempuan kita letak nama matahari. Sebab mak dia dah Dahlia biar dia matahari pulak” Harraz ketawa kecil. Gila ada ke orang letak nama anak matahari. Tak pasal jadi panas baran. Memanjang hot je.
“Lelaki kita letak dahan” protes Dahlia. Ada pulak macam itu. matahari? Tak best langsung!
“Hahaha. Jangan la marah. Gurau je la”
“Yelah letak nama macam itu kenapa? Biar la best-best sikit.”
“Kalau macam itu apa kata letak nama Naim. Naïf sikit” cadang Harraz. dia memandang Dahlia. Mencari reaksi Dahlia. Dia suka nama yang simple. Sesimple nama Dahlia.
“Naim? Sound good
“Letak nama Johari”
“Munir pun best
“Aliana”
“Qasin la”
“Nisa la”
“Shamila pun best” serentak dengan itu Harraz dan Dahlia meleraikan pelukan. Mereka sudah terduduk bangkit dari baring. Terkejut dengan sampukan dari adik-adik mereka. Keadaan diam seketika. Terkebil-kebil Dahlia dan Harraz. Akhirnya ketawa mereka tercetus apabila melihat Murni, Alaina, Nisa Jo, Qasin dan Mila sudah berkumpul di sekelilingnya.




~bersambung~~~~


lepas ini makin buzy dan tak tahu bila leh updates cite ni....huuhuuh
dan terima kasih yang sudi bace cite ni..serius aidan cakap aid mmg jarang dapat up cite ni lagi...kes dia sbb aid dah kehilangan plot2 dia...okay sangat2 sedih....huhhuhuuh
nanti jumpa lagi dengan dahlia dan harraz...
Pst: dont woli nnt aidan cuti sem aidan taip lelaju* ada lagi beberapa bulan* ...hahahha..*bajet dapat buat je...
akhir kata...*ceh macam bagi test pulak* maaf dari aidan dan semoga berhibur ke teratak aidan yg sebe kekurangan......




4 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

hehe,lawak lh plak tetiba ade tukang sampuk kasik nama gak...

o-ReN berkata...

sis Norihan: itulah padanya bila masing2 berjangkit perangai kaki penyibuk dahlia...^_^

Nadieyya berkata...

hahahaha.....lawak giler part ni, ketawa tak sudah....itu la Harraz n Dahlia lain kali nak beromantik bgai p masuk bilik na..kikikiki....

Aid, terbaik la...

o-ReN berkata...

nadieyya: hahahah...harraz tu suka sangat menyakat kan dah kena..hehhehe