Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

1 Mac 2013

Mini: Redha Syifa PART 6









Bab6

Papppp..!!!

Tak payah nak menoleh dia dah tahu mana datangnya hadiah tersebut...siapa tak kenal ratu penampar kolej Erin Marsyha...tapi yang peliknya hanya dia je yang merasa hadiah tersebut. Tak tahu la apa istimewanya dia di mata Erin. Syifa sudah pun berpeluk tubuh.
Yes my lovely Erin, awalnya you jumpa I pagi ni. Ada apa-apa yang I tak tahu ke?” Syifa seolah-olah dah tahu tentang kemunculan Erin pagi ni. Tak lain tak bukan pasal Nabil Eryan. Maklumla Erin ni ahli kipas susah mati si Nabil. Puas kena sembur racun perosak tapi ini lipas banyak kuat woo
You jangan ingat I akan duduk diam je bila tengok you rampas Nabil dari I “ jerit Erin. Suara Erin mengejutkan para pelajar yang lalu-lalang di koridor tersebut. Ada yang menonton drama Al-kuliyah pagi-pagi ni. Aiyaa… Apa la malang sangat nasib aku pagi-pagi ni.
“Cik Erin Marsyha Bin Dato Jamek, dengan ini saya ingin mengisytiharkan bahawa saya dan Nabil Eryan Bin Azhan tak ada apa-apa hubungan tak kira dalam atau pun luar. Hah korang yang menonton drama Al-kuliyah ni boleh jadi saksi aku ye” lantang suara Syifa buat annoucement. Ada jugak yang pergi dari radio kolej kejap lagi tak pun pergi dekat TV3 terus lagi senang.
“Dia tu makwe aku tak ada kena mengena dengan Nabil” sampuk satu suara. Dia menepuk dahi. Zahir. Desis Syifa. Aduh lepas satu-satu orang cari aku pagi ni. Tak sangka famous jugak aku ni. Heheheehe.
“Hah kau, Zahir kalu betul la dia ni makwe kau, kau jaga la dia elok-elok sampai pakwe aku pun dia nk kebas apa dia ni dah ke bulur nak berlaki apa” lancang mulut Erin bersuara. Anak Pak Jamek ini memang tak sayang mulut ada jugak aku hantar kat Masjid Jamek ini orang.
“Weh mulut kau tu jaga sikit jangan sesuka hati kau je nak cakap pasal Syifa macam tu. Sebelum cakap tu kau pergi cari cermin tilik diri kau dulu. Ada hati nak kutuk orang” marah Zahir. Pantang baginya bila melihat atau mendengar orang memburukkan Syifa.
Baginya Syifa tu dah cukup sempurna dimatanya. Sifat yang cepat ramah dengan orang membuatkan dia senang didekati malah sikap gila-gilanya menjadikan dia agak terkenal di kolej tersebut. Dia turut menitik beratkan soal perhubungan dan batas-batas pergaulan walaupun dia bukan la gadis yang bertudung. Tak salah la kalau dia menjadi rebutan di kolej.
“Mulut kau”geram Erin entah kenapa setiap kali dia cuba untuk menyakiti Syifa pasti ada yang menolong nya. Entah kenapa semua orang begitu membela Syifa.
“Asal kau tak puas hati ke?” Provok Zahir.
“Ye memang aku tak puas, sebab dia Nabil tinggalkan aku” berapi Erin menghamburkan amarahnya.
“Itu salah kau la siapa suruh kau tak reti jaga pakwe kau.”
Syifa hanya memandang pergaduhan antara Erin dan Zahir. Pelik betul siapa yang yang patut marah ni. Aku ke Zahir ni? Monolog Syifa. Dia sudah pun duduk dikerusi berhampiran dengan  pentas lakonan yang dicipta mereka. Aduh letih betul la aku. Rungut Syifa.
“Nabil cakap dia dengan perempuan ni nak kawin hujung bulan ni...” Syifa tersentak. Dia yang mendengar bicara Erin terkejut. Dia kahwin? Dengan Nabil? Aku? Dia?
“Syifa tu makwe aku dia akan kawin dengan aku je” balas Zahir. Tak suka mendengar Syifa dikaitkan dengan Nabil. Kenapa dia mesti kalah dengan Nabil...? Nabil bukan sesiapa jika hendak dibandingkan dengan dirinya.
“Dah la tu. Dah dekat sejam korang duk bergaduh pasal aku. Naik penat aku jadi penonton tahu. Aku yang nak pergi library pun terbantut” bebel Syifa bosan.
“Sayang, I tengah bela you ni” sayu suara Zahir. Kecewa dengan Syifa. Dia bermati-matian membela Syifa alih-alih. Dia yang digelar membebel.
“Ada aku suruh kau bela aku” selamba Syifa membalas.
“Tapi sayang....” nampak riak kecewa di wajah Zahir.
“Weh tak payah kau nak buat gaya romantik de amour kau ni. Meluat....” pintas Erin
“Ala cakap la you cemburu Erin tak ada sapa yang nak ber-amour dengan you”
“Eee tolong cikit...” Erin buat gaya meluat.
“Dah-dah tak payah nak sambung balik. Aku doakan kau kahwin dua pulak nanti” Syifa memilih jalan selamat. Malas nak tengok mereka kembali bertengkar.
“Meh sini aku nak terangkan kat you all. Aku dengan Nabil tak ada kaitan dan pasal kahwin tu hanya tipu muslihat angin je. Maklum la angin tak ada kerja nak buat. So, duduk bertiup je la....” seloroh Syifa dia sudah pun memeluk erat buku di tangan kelihatan tanda untuk beredar bila-bila masa.
Jelas kelihatan wajah lega Erin. Entah apa la Nabil pakai agaknya sampai si Erin ni kejar bagai tidak cukup tanah. Tak cukup tanah..? Huhuhu. Entah Erin ni hantu kot...hehehehe
“Dengar tu Syifa pilih aku.” Pintas Zahir. Dia tersenyum sumbing.
“Tak payah la kau nak bergaduh pasal tunang aku ni. Kalau kau nak tahu aku dengan Syifa akan melangsungkan perkahwinan kami. Tunggu je la jemputan dari kami.” Tiba-tiba satu suara menyampuk dari arah belakang. Bagaikan terkena simbah dengan air longkang badan Syifa sejuk tiba-tiba.
“Masak-masak…”gumannya


~bersambung.....

Tiada ulasan: