Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

19 Mac 2013

Cerpen: Penghibur Jalanan








Penghibur jalanan

Dari jauh mata aku dah menapak pada pada pemain gitar yang berada di seberang jalan. Dah dekat sebulan la jugak aku usha dia. Ha ha ha. Aku bukan gatal tapi ada sesuatu yang aku tertanya pada dia. Dari arah jejantas aku perhatikan. Aku menongkat dagu dipalang besi. Hari ini dia nyanyi lagu English. Setiap hari isnin, selasa dan jumaat dia akan nyanyi lagu dalam bahasa melayu. Hari rabu lagu English. Hari lain dia kan nyanyi bebas tak kira bahasa. Tengok hebat tak aku skodeng dia. Lollipop dalam poket aku ambik. Selagi tak habis lollipop selagi itu aku akan usha dia.
Beg tenis aku capai. Nak balik. Hampir setengah jam aku lepak tengok dia. Balik nak tenangkan diri. Banyak lagi benda yang perlu aku buat. Abang PJ adik Adn balik dulu.

“Adn dah balik” jerit aku. Beg tenis diletakkan belakang pintu. Kasut sukan diletakkan didalam almari yang khas untuk meletak kasut. Biar kemas. Tahu dekat mak kasut tak simpan dalam almari memang semua kasut aku kena rendam. Memang berkaki ayam la aku sehari suntuk nanti. Sebelum pekara tersebut berlaku baik aku ambil langkah berjaga-gaya.
“Assalamuaikum” tubuh mak keluar dari dapur. Siap memakai apron. Cik Siti Wan Minah, itu la nama mak aku. Aku sengih. Dah biasa duduk dekat Jepun dulu cakap macam ini. Dah terbiasa gitu. Orang jepun memang beradab. Sama macam orang Malaysia jugak, cuma tutur kata yang berbeza. Maklum la dulu duduk dengan keluarga Jepun itu yang terikut budaya sana. Sebab itu sebaik sahaja mendarat di tanah Malaysia mak aku dah bukak kelas adab orang Malaysia. Hohoho. Tapi masih tak khatam lagi. Hahahaha.
“Dari mana?”
“Dari main tenis dekat kelab” mak dah ambik tempat sebelah aku. Bahu mak jadi tempat aku beristirehat. Selembut bantal kekabu. Lama tak manja-manja dengan mak. Adalah dekat 10jam yang lalu. Anak tunggalkan. Aku la ratu aku la puteri. Kat mana lagi mak nak bermanja kalau bukan dengan aku. Erk betul ke? Betul la.
“Dah jumpa dia?” soal mak dengan senyuman. Dia mak terbaik yang aku pernah ada. Tahu semua aktiviti aku, tak kira la aktiviti gelap ataupun terang. Makanya memang tak boleh nak rahsia apa-apa dari mak. Mak dah bela ‘saka’ untuk perhatikan aku. Huhuhu. Seram. Mana taknya bila setiap aktiviti aku, aku update dekat mak. Nak masuk jamban pun sama la. Hahaha.
“Dah.”
“Macam mana? Terhibur tak? Lulus ujian tak?”
“Lulus kot”
“Kenapa kot?”
“Sebab kot yang dia pakai hari ini cantik” aku ketawa. Telinga aku mak tarik. Ha ha ha. Tak payah Tanya lulus ke tak, jawapannya sentiasa lulus. Dulu, sekarang dan selamanya. Aku mengekori langkah mak menuju ke arah dapur. Nak tolong mak masak tengahari. Sementara aku tak berapa nak ada kerja boleh la aku menyemak dekat rumah masa ini. Nanti bila dah kerja susah pulak. Jom kita practice jadi isteri yang mithali di dapur!

Kertas nota berwarna biru aku titipkan pada Abang PJ. Kertas yang aku pass pada budak lalu lalang dekat tempat dia. Aku ketawa kecil Abang PJ menoleh kiri kanan. Aku nak usha dia. Tekad! Langkah pertama perlu dilancarkan.
Tiada istilah perigi cari timba dalam Islam. Yes! Kata-kata uh aku kutip dalam twitter UAI. Hahaha. Dengan tak malunya aku akan jadi timba. Jodoh tak datang bergolek tapi perlu usaha. Jadi aku tengah usaha. Ini usaha pertama aku. Abang PJ bukan la sombong sangat. Bukti, setiap benda yang aku bagi dia mesti dia simpan. Dekat situ dah tertulis nilai menghargai yang begitu tinggi. Untung siapa dapat dia. harap-harap jangan ada pesaing sudah. Puas aku nak bertinju nanti.


“Hai abang” aku mengangkat tangan gaya rockers. Dia hanya menganguk sebelum sambung bermain gitar. Laju Januari mula kedengaran. Lagu peberet aku itu. aik dia tengah usha aku ke? hahah. Perasan betul aku.
Tengok tiada reaksi dari dia aku teruskan niat aku. Dah sampaikan, jadi jangan la nak patah balik. Aku keluarkan kerusi mudah alih dari beg sandang. Kerusi kecil yang boleh dilipat. Ala macam kerusi kat pantai tapi ini kecil sikit la. Bahan-bahan melukis aku tarik keluar. Penat aku merengkeh kemas semua barang-barang ini semua. Selamat dah biasa. Kalau tak memang aku dah naik give up la. Lelaki itu hanya khusyuk menghiburkan orang yang lalu lalang dengan bunyi kitar miliknya. Sikit pun tak hiraukan aku. ini tak boleh jadi ini.
“Bang, saya suka abang” ujar aku selamba. Aku masih setiap menconteng kanvas. Aku nampak muka dia terkejut. Tapi bunyi gitar masih kedengaran. Ada sikit twist dekat bunyi gitar itu. aku kira mungkin kesan terkejut dengna luahan perasaan aku. Maklum la jelitawan cakap suka dekat mamat tepi jalanan. Sekali lagi aku perasaan. Sikit pun dia tak heran. Dalam beberapa saat dia dah boleh focus pada gitarnya. Aku? aku masih setia melukis gambar pujaan malay aku ini.
“Dik, lukis gambar abang boleh tak?” ada suara meyapa. Aku menoleh. Kelihatan seorang pemuda yang segak dihadapannya. Wajah lelaki tu ceria semacam. Macam menang loteri mungkin.
“Tak boleh la, bang. Saya ini hanya lukis gambar mamat ini je” jari aku menunding ke arah Abang PJ. Aku hanya berkhidmat untuk abang PJ. Orang lain get out from mine view. Hahaha. Okay English aku dah start broken.
“La korang date ke? Abang ingatkan kau ini pelukis. Baru nak suruh lukis gambar abang yang macho ini” bebel lelaki itu. Dia membetulkan kemaja t-shirtnya. Memang tak boleh nak nafikan. Macam langit dan tanah dah aku tengok abang PJ aku dan mamat ini. Abang PJ tapikal pemuzik jalanan dengan imej dia. Mamat lagi sorang ini rasa-rasa dia punya kerja best. Tengok dari pemakaian agak top-top jugak. Yang paling penting riak muka lelaki itu lebih ke arah seni. Lebih kurang je mereka bertiga. Terlibat dalam seni. Aip kenapa aku campurkan abang ini dalam kesah aku. Dah-dah. Suhh pi main jauh-jauh.
“Bertuah la saya kalau dapat date dengan dia” aku senyum mengejek. Dia sudah menjeling. Aduh Abang PJ hampir 6 tahun nanar akibat jelingan abang. Ada jugak kan yang kena miang kau ini Abang PJ.
“La kenapa pulak?” lelaki itu menyoal. Dah ada gaya kaki kepoh. Sibuk nak tahu. Tapi aku pun nak cerita. Saja nak suruh Abang PJ dengan suara aku.
“Dia tak kenal saya” aku mengeluh.
“La korang tak kenal lagi? Meh abang kenal kan. Abang Haidar. Ini?” jarinya dituding ke arah aku.
“Ad” ringkas jawapan aku.
“Ini pulak?” dia memandang Abang PJ. Melihat muka berharap Abang Haidar membuatkan Abang PJ mengeluh sebelum menjawap.
“Basir” yes Abang PJ dah bersuara. Tapi aku hampa bila tengok dia sudah memasukkan guitar ke dalam beg. Nak blah la itu.
“Dah nak balik ke?” Abang Haidar dah buat edisi siasat. Aku hanya tengok je. Selamat la ada abang kepoh ini. Walaupun dari dalam hati aku sibuk menghalau. Mujur dia tak pulang dulu. Kalau dia blah melepas aku korek rahsia sikit.
“Ada kerja” jawap dia ringkas. Aku sengih bila tengok Abang PJ dah berlalu. Mengelat-mengelat-mengelat. Memang kerja dia sekarang.
“Dia dah balik la” ujar abang Haidar. Eh dia pulak yang sedih. Patutnya aku yang sedih terbalik pulak.
“Ada hal la itu” ujar aku ringkas.
“Dah lama ke buat kerja macam ini?”
“Baru je. Tapi abang kacau. Tak pasal dah lari pakwe saya itu” aku pura-pura marah.
“Eh mana la abang tahu” dia meninjau lukisan aku.
“Dik lukis la gambar abang” rengek Haidar.
“Tak boleh la bang. Saya hanya lukis gambar pakwe saya sahaja” saja aku tekan sahaja. Memang aku tak minat nak lukis gambar orang lain selain Abang PJ aku.
“Kecoh la. Dah la baik abang cari pelukis lain. Kamu ini kedekut. Nanti time abang terkenal jangan harap abang nak bagi autograph dekat kamu” bebel dia. Aku hanya juihkan bibir. Tak tahu dan tak dengar.


Hari ini aku tak melukis depan dia. Aku ada surprise untuk dia. Aku panggil budak yang biasa jadi ‘postboy’ aku.
“Bagi dekat abang itu taw” pesan aku. Berlari budak itu ke arah Basir. Aku bukan mintak tolong free. Siap upah lagi. Dari jauh aku perhatikan Basir. Riak terkejut terpapar dimukanya. Seperti biasa dia mencari siapa tukang pos benda ini kat dia. Mata dia terpaku pada aku. Aku senyum dan kenyit mata dekat dia. Dia tergamang. Aku buat symbol love atas kepala sebelum beredar. Aku suka dia!


Basir termenung. Sejak beberapa hari ini dia naik gerun nak membuat persembahan. Ada orang gila meroyan kacau. Kadang-kadang dia dapat kad, nota dan buku dari makhluk tuhan ini. Dia menjadi gerun bila makhluk itu terang-terang luahkan cinta dan melamarnya. Gila tak pernah dia buat orang. Aku tak kenal dia. Tak pernah dia kena kacau dengan seorang perempuan sejak dia menjadi penghibur jalanan. Dengan rupa selekeh ada jugak orang pandang.
Basir meneliti figura dicermin. Satu-satu bahagian tubuhnya disentuh. Rambut kusut masai macam orang tak mandi. Panjang sampai leher. Berjambang penuh. Dah lama tak cukur. Agaknya apa yang budak itu pandang?



Adn mengumpul semua lakarannya ke dalam sampul surat. Disusun rapi. Lakaran tersebut perlu di hantar kepada penerbit petang ini. Susah betul la sebab terlepas pandang tarikh dateline. Semuanya gara-gara meyusun idea nak ngurat Abang PJ aku. Wah rindunya dekat Abang PJ dah 3 hari tak jumpa. Agak-agak dia sihat tak? Gambar Abang PJ diatas meja ditarik. Sah aku dah gila. Gambar Abang PJ yang bermain gitar membuatkan hati aku tersenyum. Ini belum jumpa lagi ini.
Cepat-cepat aku aku melangkah keluar. Serius aku dah lambat. Semuanya Abang PJ punya pasal. Menarik aku berangan dengan dia.
“Adn!” jeritan dari mak membuatkan aku berhenti.
“Hari ni balik awal. Jangan nak sibuk mengurat anak teruna orang” jeritan dari mak buat aku sedikit malu. Aku tarik sengih melihat mak sudah memberi amaran.
“In shaa allah. Rindu la lama tak jumpa dia” balas aku. Aku menghampiri mak. Tangan ditarik. Lupa nak salam mak. Sibuk sangat nak keluar jumpa Abang PJ.
“Ingatkan dah lupa nak salam mak. Banyak pahala kamu dapat bila salam mak. Ingat mak pun boleh dapat pahala.” Sinis mak. Aduh mak ini. Okay! aku salah.
“He he he.. mak” itu je yang boleh aku cakap.
“Dah-dah jangan nak buat muka kerang busuk. Malam ini balik awal. Ayah kamu datang” kata-kata mak buat mood aku mati.
“Biar apa pun yang terjadi dia tetap ayah kamu. Darah kamu mengalir dalam tubuh kamu. Hormat dia sebagai seorang ayah” pesanan mak. Buat aku tawar hati. Aduh habis lintang-pukang mood aku hari ini. Yang happy bak bunga yang baru bernafas dah layu ibarat terlebih racun.
“Mak tak balik malam ini boleh tak?” aku mencuba nasib. Mana la tahu mak boleh bertolok-ansur dengan anak kesayangan dia ini.
“Tak balik malam ini, mak tak akan benarkan kamu jumpa Abang PJ lagi.”
“Ish mak ini sampai hati” cepat-cepat aku protes. Mana boleh tak jumpa Abang PJ. Azab tak jumpa dulu tak terubat ini nak tambah azab lagi. ish ish tak rela aku.
“Yelah-yelah mak menang” jelas kelihatan muka mak yang tersenyum bangga. Ya aku tahu aku meamng kalah dengan mak.
“Ingat jangan lupa” pesan mak sebelum tolak aku pagar. Amboi siap halau aku lagi. Abang PJ tunggu aku. Jerit hati aku sebaik sahaja keluar dari rumah.


“Hidup ini macam bayang-bayang” terkaku aku dengan Chitah bermadah di tengah hari. Mood apa pulak minah ini.
“Apa pendapat kau pasal hidup ini Ad?” Chitah dah pun menongkat dagu. Mata dia tajam memandang kau.
“Kau ini buat tabiat apa tengah hari ini?”
“Bukan la aku cuma nak dengan perspective kehidupan dalam teori kau”
“Dah la aku banyak kerja nak buat ini.” cepat-cepat aku mengadap kertas-kertas yang berada diatas meja. Chitah ini silap pilih kerjaya. Dia patut jadi seorang penulis. Sibuk nak bermain kata-kata.
“Hidup ini buat aku terfikir sesuatu. Kebahagiaan seseorang itu terletak kepada hati yang ditiup dengan restu Allah” okay aku dah mengalah. Memang budak ini dalam situasi perlukan perhatian.
“Apa yang aku ada sekarang membuatkan aku lupa untuk bersyukur. Terasa aku ini tak guna” aku rasa kena batang hidup aku kejap.
“Pernah tak sekali dalam hidup kau rasa macam kosong-kosong?” muka Chitah aku tengok dah serabut. Apa la yang tak kena dengan budak sorang ini. Merapu-rapu.
“Hidup ini adalah tengok wayang. Pentas lakonan kita. Macam-macam emosi yang kita lalui sewaktu menonton wayang. Tanpa sedar kita melihat image kita dalam layar tersebut. Kita sahaja yang tak sedar. Bergantung pada kita la untuk mentafsir kehidupan. Kadang-kadang apa yang kita kejar itu lari dari lantasan yang kita patut laluan. Itu sebabnya kita kena update semua amalan kita dari sehari ke sehari. Bukan update status FB je. Kita ini mudah lupa itu. Norma kehidupan penuh dengan nafsu. Make it simple sudah. Buat apa kau nak huraikan kehidupan sekarang ia memang tak terurai. Kalau kau pertikaikan bermakna kau mempertikaian kekuasaan-Nya” aku mencapai pen. Mengaris-garis buku harian. Mencatatkan segala aktiviti kehidupan.
“Tak sangka kau boleh cakap macam itu” luah chitah. Berkerut aku. Asal pulak?
Make it simple erk? Terlalu ringkas rupanya pemikiran kau” aku rasa macam terhina kenapa ya?
“Aku tak suka merumitkan pemikiran” tegas aku. Ish budak chitah ini banyak pulak cekadak.
“Ad! Mana projek bawah berita harian?” jeritan Encik Daod buat membuatkan kau menarik nafas. Terkejuz den. Apa punya olang ma. Main jerit-jerit. Cepat –cepat aku bangun. Selamat Encik Daod panggil kalau tak terpaksa melayan si Chitah ini meroyan. Aku pun tak tahu apa yang nak dia bahaskan. Aku ini bukan apa nak bagi taskirah agama memang aku tak pandai la. Aku bukan bukan la alim sangat.
Dalam bilik Encik Daod aku hanya diam sewaktu dia membelek hasil kerja aku.
“Cik Siti Wan Minah ada cakap apa-apa tak?” Encik Daod masih melihat kertas-kertas. Sedikit pun dia tak mendongak.
“Ada”
“Malam ini jumpa kat rumah”
Mmm” Encik Doad menghulurkan fail yang mengandungi hasil kerja aku. Aku masih baru lagi. Tak boleh nak siapkan kerja menggunakan technology yang canggih lagi. Berbeza dengan Chitah dan senior lain. Mereka telah upgrade. Aku je masih terkial-kial guna kertas lagi. Huhuhuhu. Lagi pun selesa melakar guna kertas dari computer. Hehehe. Teringat aku dekat Osaka. Osaka ini Bandar anime dekat Jepun. Kira pusat Anime la. Aku bila bosan-bosan memang lepas sana la. Mana tahu untung nasib ada orang buat konsert. Memang masyuk. Kegilaan orang Jepun pasal manga memang terbaik. Tahap obsess tak ingat. Sama macam aku obses dekat abang PJ. Hahaha. Itu belum lagi show kereta bertemakan anime. Pergh memang meletup gua cakap sama lu. Pernah jugak la aku join sekali. Waktu itu cuti sem. Aku buat part time dekat salah satu syarikat dekat sana. Saja nak kutip pengalaman. Aku bawak image Bleach dan tak sangka menang dapat tempat no dua. Bangga aku. Pasal kos untuk semua itu pasti la aku dapat dari Encik Doad. Walaupun tak seteru tapi bab duit tak boleh tak seteru. Hahaha.
Pass ini kat editor.” Aku hanya mengangguk. Ah rindunya masa dekat Jepun. Kalau kat Jepun sekarang pasti aku tengah berseronok dengan team aku bincang pasal manga terbaru. Banyak beza menjadi pelukis komik di Malaysia dan Jepun. Kalau dekat Jepun obsess dia memang melampau. Dekat Malaysia ia dipisahkan dengan hobi.


Berdesup aku berlari. Gara-gara lewat balik dari tempat kerja. Tertinggal bas. Waaaa... sedih gila. Kalau la aku ada pintu ke mana saja kan syok. Doremon pinjam pintu! Tak perlu aku nak bukan banyak pintu. Pintu pejabat, pintu lif, pintu bangunan, pintu teksi, pintu hati… erk pintu hati? Hah pintu hati Abang PJ la. Tapi pintu hati dia mana boleh buka macam kupas buah rambutan. Dia macam nak bukak buah durian. Susah wo. Banyak halangan. Dikelilingi duri. Ish apa yang aku merepek ini sampai masuk rambutan durian bagai ini. Confirm pengaruh musim buah-buahan ini.
“Kak hari ini pakwe akak tak ada” belum pun sempat aku skodeng Abang PJ postboy aku dah mai.
“Tak datang? Kenapa? Dia demam ke?” bertubi soalan aku kelaur. Budak lelaki dihadapan aku dipandang dengan tanda soal yang besar atas kepala aku.
“Mana la saya tahu. Saya tukang info je” aku buang pandangan. Tempat biasa yang Abang PJ selalu lepak kosong. Aku mengeluh.
Frustnya akak” luah aku. Mengeluh panjang la jugak. Penat aku berlari dia boleh tak datang ini hari. Ish ish ish selamat boleh kurangkan berat badan aku masa lari tadi. Kalau tak memang aku bergolek tak puas hati. Tapi mana Abang PJ pergi ya? Sejak aku skodeng dia tak pernah pulak dia tak datang. Ini mesti ada sesuatu ini.
“Dik, nah. Terima kasih” aku bagi jugak postboy aku tu tips. Kan susah jugak aku kalau post boy aku ini tak tolong aku. Mana nak cari budak yang setia macam postboy dia. Susah susah susah maka-nya aku kena hargai.
“Cari dia dekat rumah okey ke?” rasa-rasa ini idea yang baik ke untuk seorang rupawan seperti aku?


Aku melompat-lompat anak. Ala lompat gitu-gitu la. Motif nak tinjau kot-kot Abang PJ ada dalam. Baru nak panjat pagar pintu pagar rumah Abang PJ dah terbukak. Macam tahu-tahu sahaja niat aku nak menceroboh rumah orang. Terpacul wajah wanita berusia lewat 50-an dipintu pagar. Dia memegang plastic berwarna hitam. Sampah mungkin.
“Cari siapa?” soal makcik itu. Aku panggil dia makcik la. Sopan sikit. Panggil nenek kan ada jugak yang kena humban.
“Abang Basir ada tak makcik?”
“Basir? Dia tak ada dia pergi kerja” jawapan dari makcik itu buat aku rasa nak tumbang kejap. Kerja?
“Biar betul makcik. Tak percaya saya dia pergi kerja”
“Kamu tak percaya makcik seribu kali tak percaya”
“Tak jangka ini”
“Tapi kamu ini siapa” aku dah tersengih bila makcik itu menyoal. Macam mana nak mula ya…


Semua fail kewangan sudah dikumpulkan. Akhirnya setelah bertahun dia bersedia melangkah ke alam baru. Menyuarat yang tergempak berlaku. Sekarang dia bukan la pemusik jalanan. Dia dah up empat anak tangga. Hebat tak? Dia dah bergelar pengarah untuk syarikat arwah papa. Ala syarikat kecil ke. Syarikat majalah yang sedikit gah dekat Malaysia ini. Majalah Mate. Majalah yang memaparkan info-info semasa. Khas untuk golongan remaja. Dari info agama, kesihatan, fesyen, gossip, bakat dan lain-lan lagi. semua di adun menjadi satu iaitu Mate.
“Encik Basir. Ini laporan yang encik nak” Elena muncul dengan fail berwarna biru. Basir hanya mengangguk.
“Ada apa-apa lagi?”
“Tak ada awak boleh keluar” sebaik sahaja kelibat Elena hilang, Basir tersandar lemah.  Bukan niat dia nak mengabaikan semua hasil usaha papa. Cuma…

“Mak!!” jerit aku. Tak sabar ini nak bagi tahu mak berita yang gembira. Hebat. Gebabom sekali bila aku cerita.
“Ya Allah Adn. Salam mana?” mak dah terjah aku dekat muka pintu. Aduh lupa meh nak bagi salam. Excited nak bagi tahu berita gempak.
“Mak, Ad nak kahwin!” jerit aku. bahu mak aku gengam kuat. mak dah tercengang.
“Kamu ini buang tabiat ke?”
“Mak, Ad nak kahwin jugak”
“Subhanallah. Kenapa ini? Ad ada buat benda bukan-bukan ke?”
“Tak, nak kahwin dengan Basir” rengek aku. Serius aku tengah gedik nak kahwin sekarang.
“Dengan siapa?”
“Abang Basir” sebaik sahaja nama itu meniti dibibir aku mak dah tersenyum. Macam green light je.
“Apa cerita?” soal mak. Aku cepat-cepat tarik tangan mak. Sofa menjadi medan mak dan aku bercerita.
“Ad dah jumpa makcik zaiton”
“Dia sihat?”
“Sihat sesangat. Anak mak semakin lawa kot”
“Asal kamu cakap macam itu?”
“Sebab Makcik Zaiton tak kenal pun anak mak ini. Dia ingat perempuan cantik mana la tadi” hahah. Tawa aku. Mak dah mengeleng. Sempat dia tarik telinga aku. Aish makin panjang la telinga aku ini.
“Mak nak jumpa dia” sayu suara mak. Aku mengangguk. Faham. Peristiwa beberapa tahun dulu agak rumit. Sampai sekarang ia memberi kesan.
“Dia rindukan mak” bahu mak aku peluk. Cuba bagi kekuatan yang sedikit pudar disebabkan peristawa tersebut.


3minggu selepas…
“Basir” Basir yang sedang leka membaca majalah Mate untuk bulan ini tersentak.
“Apa mak?”
“Ada bungkusan. Tadi posman hantar” Basir bangun menuju ke arah pintu. Mak masih setia memegang getah paip. Sebelah tangan terdapat satu kotak sederhana kecil. Tertera perkataan pos laju dikotak tersebut.
“Dari siapa?”
“Mana lah mak tahu. Barang kamu bukan mak” Puan Zaiton masih setia dengan bunga-bunganya. Basir sudah pun duduk dimuka pintu. kotak tersebut dibuka. Komik? Berkerut dahi Basir.
“Komik mak” laung Basir. Macam la mak dia nak tahu. Hahaha… Basir bangkit masuk ke dalam. Nama pengirim hanya tertulis Manga Binti Mangga. Alamat adalah alamat rumahnya. Pelik betul la.
“Abang PJ” tajuk tersebut dibaca perlahan. Komik yang tersebut mempunyai empat jilid. Jilid pertama dicapai. Dia sudah pun duduk dalam posisi membaca. Mmm dia suka baca komik. Hobi zaman kecik-kecik dulu.
10minit selepas…
Basir berkerut. Kenapa cerita ini agak familiar. Macam pelik. Muka surat pertama dah membuatkan dia pelik.
Abang PJ yang dicintai.
Nama dia Basir…
Hobi dia dulu baca komik…
Selepas satu peristiwa dia bertukar…
Hobi seterusnya jadi penghibur jalanan.
PJ untuk dia…
Si penghibur jalanan as Basir…
Sekarang dia dah jadi pengarah Mate…

“Pernah dengan gelaran itu. Tapi tak mungkin la” Basir mengeleng. Jilid nombor dua dicapai. bertambah kerut dahi Basir. Peristiwa sewaktu bermain gitar dijalanan telah dibentuk dalam lukisan komik. Saat seorang gadis membuat bentuk love turut ada. Saat ada seorang perempuan yang melukis dibelahnya turut ada. Kenapa dia rasakan yang komik ini seperti perjalanan hidupnya. Jilid kedua sudah habis dibaca dan jilid empat menjadi bacaannya kini. Dia tercengang bila separuh dari komik jilid empat kosong. Kotak pos laju dicapai kembali. Menyelongkar semua isi kandungan. Risau jika ada jilid yang dia lepas pandang. Dia bangkit. berlari ke pagar. Peti surat diselongkar.
“Mak memang ini je ke yang ada?” laung Basir dari luar pagar.
“Itu je. Kamu kenapa?” Puan Zaiton hanya membiarkan Basir. Tak ambik port apa yang dilakukan oleh anak bujangnya itu. Sejak kebelakang ini anaknya itu dah mula bergaul dengan orang ramai. Dulu keadaan Basir yang pasif agak menakutkan dia. Baik sangat. Risau pun ada jugak.
“Tak ada. Macam pelik je. Mak” Basir kembali duduk dimuka pintu rumah. Mak kesayangannya dipandang. Rasa-rasa pokok dekat rumah dia akan mati kekenyang air. Naik banjir halaman rumah dikerjakan oleh maknya.
“Apa?” pili air ditutup. Nak mengadap anak kesayangan yang ada masalah jiwa kejap. Dengan langkah lambat Puan Zaiton mengambil tempat ditepi pintu. Dimana terdapat buai besi. Basir dimuka pintu dipandang. Jarak antara mereka hanya tiga langkah.
“Mak”
“Apanya. Dari tadi mak. Cercite cepat” gesa puan zaiton.
“Basir harap mak tak marah”
Mmm
“Mak tahukan sebab apa Basir jadi macam ini” dengan penuh mukadimah Basir bersuara.
“Tahu kau tunggu Adn Isma binti Daod kan” perlahan-lahan Basir mengangguk.
“Tahukan masalah family antara kita dan mereka” sekali lagi Basir mengangguk.
“Enam tahun Basir. Masa yang terlalu lama. Kenapa susah sangat kamu nak lupakan And Isma”
“Kita mangsa keadaan la mak. Lagipun orang yang bertanggungjawab dan dapat hukuman dia. mak, Basir betul-betul cintakan Adn Isma. Walaupun Basir baru umur 17 tahun waktu itu tapi Basir sayang dia mak. Dah puas Basir usir dia dalam hidup Basir mak. Tapi tak boleh”
“Basir nak mak buat apa?”
“Basir nak move on mak. Basir nak dah penat tunggu Adn Isma. Dia janji nak cari Basir. Sampai sekarang batang hidung dia pun tak nampak. Dia tipu Basir mak” sayu suara Basir.
“Kalau satu hari nanti Adn Isma datang macam mana?”
“Basir nak lupakan dia mak” tekad Basir. Dia bangun dan berlalu. Keputusan dah sampai ke titik hujung. Tak leh nak padam dah.


“Abang Ichigo” aku menjerit kuat. lelaki itu masih setia mengadap komik Bleach. Macam mana la aku tak panggil dia dengan nama itu. Tak habis-habis dengan komik dia. Aku yang cun melecun ini diabaikan.
“Abang” rengek aku. Baju putih Ichigo aku tarik. Nak mengedik.
“Apa?” macam biasa la. Abang kesayangan aku ini mana la nak reti cakap elok-elok. Main tengking orang je.
“Orang nak belajar pandai-pandai. Lepas itu nak masuk kelas MRSM sama macam abang. Abang tunggu orang tahu. Tahun depan orang dah naik tingkatan tiga” aku sengih. Saat itu aku lupa sesuatu. Sebaik sahaja aku naik tingkatan tiga abang Basir dah habis sekolah.
“Boleh ke?” aku nampak Basir senyuman sindir kat aku. Tahu la aku ini lemah bab-bab belajar ini. Jangan pandang rendah. Walaupun aku lembab, sekali aku aku focus semua dapat A taw.
“Boleh la. Nanti orang focus gila-gila”
“Kau ini tak ada kerja lain ke selain mengekori abang”
“Inilah kerja orang. Mengekori abang” aku gelak gatal. Kecik-kecik aku dah main cinta dengan abang Basir. Hahaha. Kami berjiran selang 2 rumah. Mak ayah dah kenal. Kira dah dapat restu la kan. Parent aku dan Basir ini bukak bisness perkongsian. Syarikat penerbitan.
“Ini memang cita-cita kau ke?”
“Lebih kurang la. Bila besar nanti orang nak jadi pelukis komik” bersungguh aku pasang impian. Saat itu apalah yang aku fikir. Hanya nak buat kerja yang boleh menarik perhatian abang Basir je.
“Komik? Asal tak life je cita-cita kau” ada nada tak puas hati dekat situ.
“Orang nak jadi pelukis komik. Nak tulis kisah cinta kita”
“Bila masa kita bercinta ini?” cantas abang Basir. Yah! dia buat hati aku koyak separuh. Cepat-cepat aku cari gam dan sambung balik. Fuh! Selamat sempat gam.
“Abang ini makan dalam tahu tak hati orang”
“Ada abang kesah”
“Orang nak lukis komik lepas itu nanti abang mesti cari orang. Sebab orang nak jadi pelukis komik yang terkenal. Time abang cari orang, orang nak belagak sikit. Biar abang duk puja-puja orang sama macam abang puja Tite Kubo” aku ketawa jahat.
“Gila” abang Basir dah tepuk bahu aku dengan komik dia. Kegilaan aku hanya untuk dia.
“Orang tahu orang budak lagi. Tapi orang tahu kedudukan hati orang. Tanpa segan dan malu orang nak bagi tahu abang sesuatu” aku dah serius. Dah lama aku nak buat pengakuan. Sejak aku kenal abang Basir aku dah kaji pasal perasaan aku ini.
“Apa?”
“Orang cintakan abang dan nak jadi isteri abang. Abangkan dah besar tahun depan dah boleh kerja. Jadi orang nak ajak abang kahwin boleh?” aku buat muka comel. Harap-harap dia berkenan dengan idea aku. susah taw nak suruh aku buat kerja gila ini. Keadaan diam seketika sebelum aku mengaduh kuat. Tepukan dibahu kali ini agak kuat dari tadi. Abang Basir dah bangun.
“Gila bayang”
“Orang memang gila dekat abang.” Jerit aku sebaik abang Basir mula berlalu dari aku. Aku dengar tadi apa yang abang Basir cakap. Sebab itu sekarang aku berusaha kuat untuk mencapai impian aku.


Kenangan lalu buat aku jauh mengelamuan. Bunyi hiruk pikuk dekat luar sedikit pun tak menganggu aku berkhayal.
“Majlis muka pukul 10 malam. Imam Soleh yang jadi tok kadi nanti” opss lupa pulak. Hari ini aku akan kahwin. Akhirnya tamat jugak pencarian aku. Abang PJ dah jadi sejarah. Aku penat la kejar Abang PJ. Dari jauh aku dah lihat bakal suami aku yang segak memakai baju melayu warna kelabu. Dia mengambil tempat diatas bantal kecil. Dia segak dengan baju melayu. Tapikal jejaka melayu memang kacak pakai baju melayu. Serius aku tak tipu. Yang tak hensem pun jadi hensem bila pakai baju melayu. Wa salute meh!
“Lepas ini jangan nak mengatal kejar anak teruna orang dekat tepi jalanan” aku tarik sengih yang paling hodoh itu mak. Ala cakap je hodoh tapi sebenarnya paling sweet. Yalah mak tahu kisah kegilaan aku yang mengejar Abang PJ itu. Sebab tak tahan tengok aku jadi macam orang tak betul mak dengan senang hati mengatur perkahwinan aku. Aku? Sikit pun tak kesah. Mak aku adalah mak yang terbaik didunia. Dia tahu apa anak dia suka dan tak. Maka itu aku tak perlu nak ragu-ragu dengan keputusan mak. Ini bukan cerita kahwin paksa ke apa. Ini cerita kegilaan aku mengejar seorang lelaki. Ia menemukan aku dengan penamat cerita.
“Sayang mak” aku peluk mak. Waduh lepas ini dah tak boleh nak manja-manja gedik dengan mak dah. Huhuhu… sedih la pulak.
“Ad puteri mak yang paling baik. Ingat kata-kata mak. Syurga kamu dah bertukar. Bukan mak yang pegang tapi suami kamu. Jadi isteri yang baik. kepala angin kamu itu jangan nak ikut sangat” nasihat mak aku dengan. Biar la hari ini mak cakap puas-puas pasal topic ini. Lepas ini dia tak leh bebel pasal hal kahwin-kahwin dah. Mungkin lepas ini hal cara-cara nak dapat anak pulak. Hahaha. Aku dah mengatal kembali.
“Baik mak. Ad paham” pandangan mata aku jatuh pada para lelaki yang berkumpul diruang tamu. Melihat mereka mengangkat tangan cukup membawa makna aku dah sah jadi milik dia. Dia yang bergelar suami. Perasaan aku sekarang? Semestinya rasa sedih tambah gembira campur sayu sama dengan bahagia. Hahaha.
Wali aku hari ini ayah aku, Encik Daod. Betul kata mak, aku tak boleh nak putuskan hubungan darah dengan dia. Ayah dan anak. Bond antara kami kuat. Bukan James Bond taw. Tapi bond yang bermaskud pertalian darah. Rajuk aku dengan ayah pun kuat tapi tak la sekuat bond itu. Aku merajuk sebab mak dan ayah bercerai. Sedih la tiba-tiba dah kena pisah. Aku salahkan ayah sebab buat keputusan bercerai. TAPI…Aku dah maafkan ayah. Kata mak dia selesa hidup macam ini. Selesa single. Ada jugak ayah nak rujuk dengan mak. Mak tolak. Aku tak kesah. Janji mereka bahagia dengan cara mereka sendiri.


“Kita cerai!” kata-kata ayah bergema di ruang tamu. Aku hanya masih setia menyorok belakang tangga. Mak dan ayah bergaduh lagi. Hari ini pergaduhan mak dan ayah dah makin teruk. Aku menangis. Tak tahan dengan pertengkaran tersebut aku berlari keluar. Telinga ditutup rapat. Aku menyorok dekat belakang rumah. Di situ terdapat pondok kecil yang selalu aku bermain.
“Abang Ichigo!” jerit aku sebaik melihat Abang Ichigo yang masih berada disitu. Setahunya waktu begini Abang Ichigo sibuk dengan kelas tambahan. Berlari aku ke arah Abang Ichigo. Bahagian kakinya aku pegang. Ia menjadikan dudukan kami sama. Dia yang duduk bersandar pada tiang pondok membolehkan aku melihat dia dengan aras yang sama.
“Pergi!” jerit Abang Ichigo. Terkejut aku dengan pekikan abang ichigo. Air mata yang memang meleleh semakin lebat. Abang Ichigo sendiri dah benci dia.
“Abang…” suara aku dah tenggelam timbul. Tersendu-sendu aku. Keadaan kami diam seketika. Hanya bunyi serangga yang kedengaran.
“Adn Isma, jangan nangis” pujuk Abang Ichigo tiba-tiba. Dia ucap kepala aku. Aku yang terkejut mendongak. Bunyi ketawa yang kuat buat dia terpinga-pinga.
“Teruknya menangis. Selemor penuh dekat hidung” Abang Ichigo menyapu selemor yang meleleh dekat hidup. Teruk rupanya aku menangis sampai meleleh macam air sungai.
“Abang…”
“Dah la itu. Abang tak tahu apa masalah antara mereka. Kita doakan semuanya baik-baik” untuk pertama kali aku rasa kata-kata Abang Ichigo sedikit sebanyak membuang rasa sedih yang bertandang dihati aku.
“As balik!” terkejut aku dengan pekikan sesorang. Pakcik Fiz! dia menarik tangan Abang Ichigo. Aku hanya memandang.
“kau dengan ayah kau itu memang pembelot.” Sebaik sahaja pakcik fiz menengking dia menarik abang ichigo mengikut langkah Pakcik Fiz. Aku dah terduduk. Menunggu dan menunggu. Tak tahu apa yang aku tunggu sekarang.
“Adn Isma!”
“Adn tunggu abang. Abang sayang Adn. Ingat kata-kata abang ini. Walau macam mana pun Adn dah ambik tempat dalam hati abang” Abang Ichigo meletakkan tangan didadanya.
“Adn sayang abang” sayu aku. Abang Ichigo sayang aku! jerit hati ku. Kali ini aku dah boleh tersenyum.


“Adn Isma” lamunan aku terhenti. Macam mana aku boleh mengelamun. Aku tengah photoshoot kot. Aku sengih.
“Ingat apa?” soal dia.
“Ingat kenangan lama” bisik aku. dia berada dibelakang, aku duduk dikerusi pelamin. Itulah posisi untuk gambar perkahwinan kami.
Dia bergerak kehadapan. Dia duduk melutut dihadapan aku. Aku hanya membiarkan. Kami kena buat macam-macam pose untuk memuaskan hati jurugambar. Ini untuk gambar kenangan kami.
“Adn Isma, awak adalah saya dan saya adalah awak.” Dia tersenyum. Pipi aku dipegang lembut.
“Terima kasih kerana cari saya”
“Terima kasih kerana untuk berada didalam hati saya. saya abang ichigo awak. Saya Abang PJ awak. Saya adalah suami awak. Dan yang paling penting saya berterima kasih kerana awak masih tak lupakan saya. Adn Isma saya cintakan awak” bibirnya mendarat tepat diatas ubun-ubun aku. Senyuman aku tak pernah hilang dari wajah aku sejak dia menerima lamaran dari aku.
Gilakan aku. Sanggup pergi minang dia dekat rumah sebaik sahaja makcik zainab bagi green light. Dia? Hanya tercengang.
Nice shoot!” jerit Abang Haidar. Dia yang bertangungjawab untuk merakam detik-detik yang terindah dalam kehidupan aku hari ini. Aku memeluk leher Abang PJ ataupun nama sebenarnya Basir.
“Kan saya cakap saya akan buat awak cari saya.” pipi dia aku cium.
“Saya dah jadi pelukis komik kegemaran awak” pipi kiri dia aku cium.
“Saya sayang awak dulu, sekarang dan selamanya” kali ini dia hanya tersenyum.
“Amboi kemain lagi dia beromatik. Tapi abang suka. Nampak gambar ini bercerita.”
“Abang saya cintakan dia!” jerit aku. Nak bagi tahu dia aku sayang dia.
“Saya pun sayang dia” dia menjerit jugak. Tak nak kalah nampak.
“Abang tahu la. Kalau tak kamu tak kahwin! Itu semua jasa abang sebab kenalkan korang” jerit Abang Haidar. Aku mencebik. Poyo! Aku kenal Abang PJ lebih lama dari itu okay.
Kalau korang nak tahu Abang Haidar inilah yang sibuk kacau aku lukis gambar dia suatu masa dulu. Tak sangka dia ini photographer untuk majlis perkahwinan.


Dua bulan sebelum.
“Kakak tulis nama akak besar-besar tahu” aku senyum. Hari ini ada Pesta Buku 1 Malaysia. Aku sebagai pelukis komik pun ada sesi autograph jugak. Bangga hasil cebisan aku semakin popular. Walaupun hanya komik. bangga-bangga-bangga.
“Betul ini? Akak tulis besar-besar tahu” selesai aku autograf komik keluar terbaru aku bertukar tangan.
“Terima kasih sebab sudi baca komik akak”ucap aku. Tak sangka sebenarnya ada jugak peminat aku ini. Aku hanya pelukis komik biasa.
“Nama?” soal aku. Tangan dah bersiap sedia untuk tinggalkan kata-kata pada komik tersebut.
“Ichigo” aku mendongkak sebaik sahaja mendengar baris nama itu.
“Abang…”
“Impian Adn tercapai. Abang tergila-gilakan komik Adn. Jadi sila bagi abang jilid kelima.” Dia menghulurkan tangan. Meminta sesuatu dari aku. Aku? Aku hanya mampu tersenyum. Aku dah cari dia seperti yang aku janji dulu. Dulu sewaktu kami berpisah aku dah janji dengan dia aku nak cari dia. Kami berpisah kerana masalah kelaurga yang tercetus. 
Kami adalah salah satu mangsa akibat hasad dengki dan ketamakkan manusia. Syarikat milik keluarga kami mengalami masalah kewangan. Berlaku kecurian duit berjuta-juta dan membuatkan kami bangkrap. Ayah kami bergaduh hebat saat itu. Semua berlaku apabila ada yang provoke mereka. Perkara itu jugak yang membuatkan hubungan sahabat yang dibina oleh mereka sejak kecil terputus. 
Gara-gara pergaduhan itu kami berpisah. Abang Basir mengikut keluarganya. Aku ikut mak. Paling kejam saat itu, mak dan ayah bercerai. Hebat orang yang memecah-belahkan keluarga kami. Keluarga kami memang hancur berkecai. Dan perkara yang membuat kami serik apabila orang kepercayaan kami dalam syarikat sebenarnya yang bertanggungjawab. Ada pembelot! Dia belot kerana syarikat persaing.

Akhirnya ayah buka syarikat penerbitan komik kerana minat aku dalam kartun dan ayah abang Basir buka syarikat pernerbitan majalah. Kami tak bersatu. Lepas beberapa tahun kejadian itu perkara sebenar terbongkar. Saat itu aku dah berada di Jepun. Menuntut ilmu di sana. Kami meneruskan kehidupan masing-masing. Namun masing-masing takut untuk mengorak langkah baru. Sehingga la aku berjumpa dengan Makcik Zainab saat aku mencari Abang Basir dirumah. Saat itu semua dibina seperti sedia-kala…


The END~~~~


okay tutup mata pasal salah eja n tatabahasa ini..hohho
semoga terhibur dengan cerita yang tiong tiong ini...
mencuba untuk menulis untuk mendapatkan senyuman orang yang tukang baca ini..peace no war....senyum semua...^_^
*hah kan cantik dan comel kalau korang senyum!!!
tata titi tutu......^_^

3 ulasan:

Kk Zen berkata...

Oren..wah,ada citer baru lg..so sweet..suka dgn citer ni..teruskan..:-)

o-ReN berkata...

kkzen: terima ksih kerana sudi suka....cayouk2...oren usaha kkzen pun sama...cayouk sama....hehhehe

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.