Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

6 Mac 2013

Cerpen: Kejutkan Aku...






Vidayu memandang sekeliling. Kawasan hospital malam itu kelihatan agak dingin. Perlahan-lahan dia keluar dari ward. Sweater dicapai. Kepalanya ditutupi oleh hut sweater. Perjalanan dia malam ini sedikit seronok.
Langkah yang laju terpaksa dipelahankan sebaik melihat susuk yang amat dikenali.
Aduh parah kalau lelaki itu nampak aku. Vidayu mengambil langkah selamat dengan mengunakan tangga.
Dia menghirup udara malam sebaik sahaja sampai dihadapan hospital.
“Hah!” Jerit Vidayu. Matanya melilau memandang sekeliling. Anak mata hitam pekat milik Vidayu merenung ke arah Pak Semat, pak pengawal yang bertugas malam itu. Hud ditarik kehadapan. Supaya wajah terlindung dari tatapan pak pengawal. Bahaya jika pak pengawal melihatnya.
Vidayu toleh kanan ada Munir, nurse yang bertugas biliknya. Toleh kiri ada Zaki, orang yang cuba dia elak tadi. Aduh kenapa pulak malam ini ramai sangat yang berada perkarangan luar hospital. Potong line betul. Cepat-cepat Vidayu berlari kebelakang. Tempat yang ditunggu-tunggu tiap malam. Dari arah masjid hospital kelihatan seorang jejaka yang bersandar lemah dikerusi batu.
Bingo malam ini pun dia duduk situ jugak. Yahoo. Jerit hati Vidayu. Dia merenung jauh. Tanpa sedar kakinya berjalan ke arah jejaka itu. Muka jejaka itu terkedu saat melihat Vidayu. Vidayu hanya diam seribu bahasa. Satu senyuman dilemparkan.
“Hai” sapa Vidayu. Dia mengambil tempat disebelah jejaka itu. Entah mana silap dari arah depan kelihatan Zaki yang berjalan kearah masjid tersebut. Kenapa malam aku ingin tonjolkan diri ramai penghalang? Cepat-cepat Vidayu merebahkan kepalanya di riba jejaka itu. Tanggan jejaka itu ditarik menutup mukanya. Saat itu Zaki baru melepasi mereka.
“Hei apa ini?” Marah jejaka itu. Terkejut. Dalam mindanya sudah membuat perbagai andaian. Orang gila? Vidayu bangkit. Baru nak bersuara azan subuh sudah berkumandang. Cepat-cepat dia bangkit dan berlalu meninggalkan jejaka itu dalam keadaan yang terpinga-pinga.


Zaki memadang sayu kearah tubuh yang terbaring. Selepas memberi suntikan pada gadis itu dia duduk sebentar. Tangan gadis itu diraih. Dia berharap yang satu hari nanti gadis itu akan sedar. Terlalu susah nak meramal takdir.
“Doktor akak keluar dulu” pamit Nurse Siti. Zaki hanya menganggu.
“Ayu bila nak sedar. Dah hampir setahun ayu terbaring” sayu Zaki. Dicium tangan lembut itu bertalu-talu. Melahirkan rasa kasih tanpa berbelah bagi. Selepas seketika Zaki bangkit. Ada pesakit yang perlu dirawatnya.


Kismir mundar mandir mencari si cilik Qaziq. Menyesal pulak ajak budak itu main sorok-sorok.
“Ziq...oh Ziq keluar sayang. Papa mengalah” lembut Kismir memanggil sari satu ward ke satu ward Kismir masuk. Tapi hampa. Sebaik sahaja dia dia memulas tombol pintu berwarna biru dia terkejut. Melihat satu susuk yang terbaring. Dia kenal! Tak salah lagi.
Dia menghampiri cuba memastikan pandangan. Matanya terkunci pada tubuh yang terbaring tersebut.
“Papa” lamunan Kismir mati. Ingatnya masih pada gadis itu. Selepas di selidik dia dapat merasakan sedikit kecelaruan.



Menurut nurse gadis itu koma sejak setahun yang lalu. Dia dijaga rapi kerana gadis itu anak kepada penaung hospital tersebut. Memandangkan ada yang menjaganya disitu. Habis siapa yang dia jumpa semalam? Bukan gadis itu ke? Walaupun pertemuan tersebut singkat tapi dia mengenali susuk gadis itu. Parut dipipi gadis itu menjadi tanda.
“Papa!” Kismir memandang ke arah Qaziq yang menarik muncung.
“Ya anak papa” dia usap kepala Qaziq.
“Papa ini dari tadi termenung kenapa?” Soal si kecik. Sedih papa tak layan dirinya.
“Maafkan papa, sayang.”
“Okey demi papa Qaziq maafkan” celoteh si kecilm Kismir melemparkan senyuman. Walaupun mindanya bukan disitu....



Tepat pukul satu Vidayu bangun. Matanya buntang.diregangkan badan.
“Hah seharian tido penat kot” omelnya sendirian. Dia turun dari katil. Almari kecil di situ dibuka. Sweater berwarna kelabu dicapai. Nak ambik angin luar. Kalau mengadap angin dalam hospital memang sakit la dia. Sebelum turun Vidayu melawat dari satu bilik ke bilik lain.kebanyakan penghuni Castle hospital semua sudah dibuai mimpi. Vidayu tersenyum sebaik sahaja melihat si kecil yang menantinya dikatil. Bilik exsekutif khas untuk si kecil.
“Hai handsome” tegur Vidayu.
“Hai beauty” si kecil ketawa. Itu la aktiviti harian mereka bila malam datang. Bertukar cerita dan gurau. Bilik yang luas itu memudahkan mereka bergurau tanpa gangguan.
Handsome, beauty nak jalan-jalan kat luar” pamit Vidayu. Hidung si kecil di cubit. Dia baringkan si kecil. Sebaik sahaja si celik tidur Vidayu berlari laju. Dia bersyukur malam ini tak banyak ganguan dalam menempuh perjalanan. Dia ketawa kecil sebaik sahaja melihat seorang jejaka sedang gelisah seperti menunggu seseorang.

Dia menarik keluar origami kapal terbang sebelum melancarkan ke arah jejaka tersebut. Jarang yang jauh dan dibantu oleh angin malam membuatkan kapal terbang kertas itu jatuh tepat dikaki jejaka itu. Dia berlalu sebaik sahaja melihat jejaka itu membuka helaian kapal terbang.
Got to go. Hari makin siang” ucap Vidayu perlahan.



“Siti kamu pakaikan sweater dekat Vidayu ke?” Soal Zaki sebaik sahaja tiba diunit siti.
“Tak la doc, kenapa?” Tercengang siti.
“Bukan tadi saya lawat ayu. Dia pakai sweater. Saya ingatkan siti yang pakaikan” luah Zaki.
“Tak la doc, saya baru nak buat rondaan”
“Okey-okey tak apa saya nak kepastiaan sahaja” Zaki berlalu. Mindanya sarat dengan persoalan. Sejak beberapa hari ini banyak kejadian pelik yang berlaku. Tak tahu nak buat apa. Mati kutu dia.
Beberapa hari lepas terdapat baju kotor diatas lantai. Malah sebelum ini buah-buahan yang terdapat didalam bilik tersebut akan lesap. Dia kuatir ada yang cuba menceroboh bilik Vidayu. Bukan semua yang boleh masuk dalam bilik itu. Malah hanya beberapa orang sahaja yang ada kunci bilik tersebut. Dah 2 hari sebelum pintu bilik Vidayu tidak berkunci. Apa semua ini? Dia buntu.



Vidayu menyorok di belakang bangunan. Dia hampir tetangkap dengan Zaki.
Dia menarik nafas sebaik sahaja halangan tersebut hilang. Perlahan-lahan dia menghampiri jejaka itu.
“Assalamuaikum” lafaz Vidayu. Jelas kelihatan wajah terpinga lelaki itu.
“Okey cukup. Siapa sebenarnya kau ini. Kenapa setiap malam kau kacau aku. Apa yang kau nak?” Soal Kismir bertalu-talu.
“Saya perlukan pertolongan awak” ada nada rayu dihujubg suara Vidayu.
“Tolong? Kenapa saya? Sudah la awak ganggu saya. awak koma tapi kenapa awak boleh bangkit. Awak hantu ke?” Sekali lagi Kismir menyoal bertubir-tubi
tegak. Dia sudah tak sanggup untuk jadi seperti ini.
“Terima kasih kerana sudi melayan saya. Dah lama saya tak rasa seronok” kata-kata Vidayu membuatkan Kismir berang.
“Saya tiada masa nak bermain dengan awak”. Tegasnya.
“Saya minta maaf. Saya harap awak sudi tolong saya” pinta Vidayu.
“Saya tak ada masa untuk awak” Kismir berlalu.
“Kegembiraan Qaziq terletak ditangan awak” kata-kata Vidayu membuatkab langkah Kismir terhenti.
“Apa maksud awak?” Soalnya hairan.
“Awak tolong saya, saya tolong awak” Kismir sudah pun menghampiri Vidayu. Dia perlukan jawapan dari gadis itu.
“Saya Vidayu. Hampir setahun saya terlantar dihospital. Saya perlulan pertolongan awak. Bagi tahu abang saya Zaki saya kena sihir. Saya tak boleh berjumpa dengannya. Sihir ini kuat. orang yang menghantar sihir ini terlalu mendendami saya” terang Vidayu. Kismir dah tercengang. Drama apa pulak tengah malam ini.
“Sudah jangan buat lawak”
“Bagi tahu la sendiri” putus Kismir.
“Tak boleh setiap kali saya berdepan dengan dia tubuh saya akab terseksa. Setiap kali saya mintak pertolongan orang tersebut akan ditimba musibah. Sehingga saya berjumpa dengan Qaziq.” Wajah kimsir berkerut. Kenapa ankanya masuk dalam isu ini. Kismir masih diam.
“Qaziq membawa saya kepada awak. Saya mohon. Saya tak sanggup duduk dalam keadaan begini. Mati disiang hari dan malam berjaga. Berjaga tapi tak boleh buat apa-apa” luah Vidayu.
“Tapi kenapa awak bagi tahu saya?”
“Selepas saya uji awak hanya awak yang masih bertahan. Awak ada satu benda yang orang lain tiada dan mungkin itu adalah takdir Dia” awak bantu saya, saya bantu Qaziq. Saya akan berikan separuh hati saya pada Qaziq” Kismir terkedu.



Kismir mengaru kepala dengan kasar. Pening-pening. Apa punya permintaan la. Betul ke tak? Ke hanya main-main.
“Papa, papa okay tak ini?” Kismir membuang pandangan pada Qaziq yang enak bergolek diatas katil.
“Papa okay sayang” lemah Kismir. Kesihatan Qaziq pun makin teruk. Susah mencari penderma hati yang semua untuk Qaziq. Bermacam cara dilakukan. Tapi sekarang pelung sudah ada depan mata. apa perlu dia lakukan sekarang?
“Qaziq, papa mintak maaf jika papa tak mampu nak mencari penderma hati untuk Qaziq” sayu Kismir. Di usap perlahan kepala Qaziq. Wajah mulus itu penuh dengan penderitaan. Qaziq masih kecil untuk semua cubaan ini.
“Papa, Qaziq bersyukur papa adalah papa Qaziq. Apa yang papa buat untuk Qaziq memang Qaziq tak boleh balas. Beauty cakap papa adalah papa yang terbaik yang pernah Qaziq ada” beauty?
Beauty? Siapa itu? Kenapa papa tak pernah dengan pun nama kawan Qaziq itu?” berkejut wajah Qaziq.
“Kak beauty selalu main dengan Qaziq tiap-tiap malam. Papa je tak tahu”
“Tiap-tiap malam?”
“Papa tak pernah jumpa kak beauty ke? Kakak cakap tiap-tiap malam dia jumpa papa. Papa tak kenal ke?”  bertambah kerut kening Kismir. Makin lama makin berkedut jugak muka aku ini. tiap-tiap malam? Vidayu ke?
“Vidayu?”



Kismir melangkah perlahan menuju kaunter pertanyaan. Tak tentu arah Kismir kerana gadis yang bernama Vidayu.
Nurse tumpang tanya?”
“Ya”
“Boleh tak saya tahu tentang pesakit bernama Vidayu ward Albert” wajah nurse dihadapan Kismir berubah serata merta. Senyuman yang tadi tidak lekang dari wajah itu hilang sebaik menyebut sebaris nama itu.
“Kenapa ya?”
“Ada perkara yang perlu saya pastikan”
“Maaf Encik. Saya tak boleh nak bagi apa-apa maklumat. Kalau Encik nak tahu jugak Encik boleh tanya doctor Zaki” terang gadis yang memakai baju biru laut tersebut. Dia menarik fail dikaunter dan berlalu meninggalkan Kismir.
“Doctor Zaki? Oh baru ingat.” Kismir menepuk dahi. Baru teringat pesan gadis yang bernama Vidayu tersebut. Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati. Seolah-olah ada rahsia yang tersimpan oleh nurse tersebut tentang pemilik nama Vidayu.



Bergegas Kismir menujuk ward Picaso sebaik sahaja menerima laporan tentang Qaziq. Keadaan Qaziq tiba-tiba menjadi buruk. Hatinya diburu resah. Ya Allah kau selamatkan la anak ku Qaziq.
Kismir gelisah menunggu diluar bilik. Nurse dan doctor bertungkus lumus membantu apa yang patut.
“Encik Kismir” tegur doctor Arjun. Doctor keturunan india itu.
“Macam mana anak saya doctor. Dia tak apa-apa kan?” soal Kismir cuak.
“Tekanan darahnya naik mendadak. Kita perlukan penderma hati dalam kadar yang segera. Hatinya sudah semakin parah” tersandar Kismir di dinding hospital. Qaziq.
“Saya harap Encik Kismir bersabar” bahu Kismir ditepuk. Kismir hanya memandang  dengan ekor mata langkah Dokto Arjun. 



Pintu yang tertera nama Doktor Zaki diketuk perlahan. Bunyi laungan masuk membuatkan Kismir menarik nafas. Dia perlu bersabar untuk menyampaikan cerita yang agak tak logic bagi mindanya.
“Ya, apa yang boleh saya tolong” Kismir menghulurkan tangan  untuk bersalaman. Tangan sasa milik keduanya bersatu.
Ssaya nak bincang sesuatu”
“Sila duduk”
“Kismir. Panggil Kismir” doctor Zaki menyandar. Report pesakit diletakakn ditepi membari ruang lelaki dihadapannya bersuara.
“Saya nak bincang pasal Vidayu” kata-kata dari Kismir membuatkan Zaki terkedu.
“Encik Kismir siapa pada Vidayu?”
“Bukan sesiapa. Tapi saya hanya nak sampaikan amanat Vidayu”
Zaki mengeluh. Ada lagi perkara yang tidak selesai. Hampir setahu tiada sesiapa muncul untuk berceritakan prihal Vidayu.  Sekarang pula ia muncul.
“Semalam saya ada jumpa Vidayu”
“Semalam? Apa maksud Encik Kismir semalam. Encik tahu tak adik saya itu koma sudah setahun” luah Zaki. Ada pulak cakap dia jumpa Vidayu semalam. Sejak bila adiknya sedar. Tak logic langsung. Mana ada orang koma bangun dan koma balik. Ia bukan gurauan yang boleh di buat main. Dia percaya Vidayu pun tak suka berlakon duduk dekat hospital. Katanya dia dan hospital adalah musuh nombor satu.
“Susah saya nak cakap sedangkan saya pun masih dalam keadaan yang mengejut.” Giliran Kismir melahirkan rasa hairanya.
“Apa yang boleh saya bantu Encik Kismir sekarang?” Zaki menghela nafas. Cuba bertenang. Sedangkan hati sudah berlari laju. Dia dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang pasti ia bukan perkara yang baik.


Kismir menunggu Vidayu tempat biasa. Jam di tangan menunjukkan 3 pagi. Tapi bukan batang hidung malah bayang langsung tak nampak Vidayu. Kebiasaannya waktu macam ini Vidayu pasti muncul dihapannya. Hairan. Pertama kali dalam hidupnya dihopital ini menunggu seseorang pada tika ini. Tak pernah. Dah kebiasaan dia akan menepis kehadiran gadis itu. Bila saat kehadiran itu ditunggu tapi hampa yang dapat.
“Papa, kenapa dah lama tak jumpa akak beauty?” soal Qaziq. Dia mengelongsor turun dari katil menghampiri Kismir yang sedang enak terbaring pada sofa yang berada di dalam bilik Qaziq. Lengannya berada di atas dahi.
“Papa pun tak tahu la” Kismir mengangkat Qaziq dan diletakkan diatas perutnya. Qaziq bukan la berat sangat.
“Kak beauty pernah cakap dengan Qaziq, kalau dia tak muncul maknanya dia dah nak pergi”
“Pergi? Maksud Qaziq? Boleh Qaziq certa dekat papa tak” pujuk Kismir perlahan. Ditenung anak teruna itu, mencari sebaris jawapan.


Kismir merempuh pintu bilik Qaziq.
“Aku tak kisah pun pasal hati untuk anak aku. Kalau ditakdirkan begitu aku redha kerana kami dah cuba sedaya upaya tapi aku akan mneyesal kalau aku tak tolong rnag yang perlukan pertolongan tapi dalam masa yang sama aku abaikan walaupun aku masih boleh membantu” tercunggap-cunggap Kismir meluahkan apa yang patut. Dia tak nak jadi seorang yang menyesal di kemudian hari.
Doctor Zaki yang sedang merawat seorang pesakit terkedu. Dia mengarahkan nurse mengambil tugasnya. Kismir ditarik ke luar dari bilik.
“Kenapa ini? Tak habis lagi ke Encik Kismir nak main-main?” soal Zaki lembut. Nak marah-marah tak boleh. Dia bukan orang yang cepat melenting.
“Kita cuba dulu boleh tak?” pujuk Kismir. Siapa cakap dia percaya. Dia sendiri tak percaya. Perkataan mati yang keluar dari mulut Qaziq membuatkan dia sedikit takut. Dia tak nak perkara itu terjadi disebabkan dia yang tidak cuba melakukan apa-apa.
“Ini bukan masa nak main la Encik Kismir.
“Okay-okay macam ini saya tanggung semua akibatnya. Tak kisah la apa pun akan jadi. Saya janji.” Berkerut muka Zaki. Sebelum mengangguk. Kismir tersenyum.


Subhannallah apa yang terjadi ini?” kata-kata dari ustaz saad membuatkan Kismir dan Zaki menelan air liur.
“Sejak bila lagi jadi macam ini?” ustaz saad memandang wajah kedua lelaki dihadapannya. Ini bukan soal main-main. Badannya sudah rasa lain sebaik sahaja memasuki ward Vidayu.
“Dia dah terlantar sejak setahun yang lalu” mengucap panjang ustaz saad mendengar jawapan dari Zaki.
“Dah-dah cepat. Kita kena berubat sebelum pekara ini jadi parah”

           

“Allah!” jerit Vidayu dia sudah pun bangkit dari baring. Berpeluh-peluh tubuhnya. Dia mengucap dada. Sebaik sahaja mata dicelik dia terkejut melihat abangnya berada disisi dan beberapa orang yang tidak dikenali berada dikamarnya. Vidayu berkerut. Aku bermimpi? Terpinga-pinga Vidayu.
“Alhamdulliah semua dah selamat” pandangan Vidayu beralih apabila melihat seorang tua sedang mengucap syukur sambil mengamin doa. Lelaki itu bangkit sebelum berlalu ke tepi ward untuk menunaikan solat. Vidayu hanya memerhati.
“Ab..bang” gagap Vidayu. Dia tak bermimpikan? Zaki yang mendengar terus berlari memeluk Vidayu. Kepala Vidayu dikucup berulang kali. Bersyukur ya amat.
“Alhamdullah akhirnya adik abang dah kembali” mendengar kata-kata Zaki, Vidayu sudah meraung. Dari jauh Kismir hanya tersenyum sebelum beredar dari bilik tersebut.


“Papa, terima kasih” Qaziq memeluk erat lengan Kismir. Qaziq diangkat sebelum menghadiahkan satu ciuman kepada anak itu. Dia terlalu sayangkan anak itu. Terlalu!
“Untuk Qaziq papa sanggup. Qaziq adalah cahaya kebahagian papa”
“Dan papa adalah cahaya kehidupan Qaziq”
“Papa minta maaf sebab masih tak jumpa penderma untuk Qaziq” rambut Qaziq yang sedikit menutup dahi diselak. Qaziq… wajah anak itu saling tak tumpah seperti ibunya. Ah rindu semakin menguasai diri. Arida… Nama itu meniti di lubuk hatinya. Arida adalah satu-satunya gadis yang selalu mendapat tempat dihatinya. Dari kecil adiknya itu sentiasa bersama. Tak kira susah atau senang. Arida adalah adiknya. Beza umur mereka adalah 3 tahun. Mereka terlalu rapat sehingga menimbulkan pelbagai fitnah. Tapi dia tak kesah. Dia sayangkan Arida. Hanya Arida yang dia ada sejak mereka kehilangan ibu dan bapa pada umur meningkat 20 tahun. Takdir itu sesuatu yang kita tak jangka.
Arida si gadis manis itu mempunyai nasib yang sedikit capik. Arida menjadi mangsa nafsu serakah manusia. Peristiwa itu berlaku sewaktu Arida menunggu bus untuk pulang ke rumah mereka. Takdir itu satu perkara yang memang tak disangka.
Hari-hari Arida dipenuhi dengan bayang-bayang hitam. Kemunculan Qaziq menambahkan lagi kesan hitam. Kekuatan Arida semakin hari semakin pudar sehingga la dia membuat keputusan untuk berhijrah dan mulakan hidup baru. Arida dibawa kepada ibu Kasimah. Kepada dia la Arida menjadi semakin kuat menempuh hidup yang mendatang disamping dengan kehadiran Qaziq. Qaziq lahir melihat dunia bersama kain putih. Tanpa dosa. Kelahiran Qaziq membawa kepada pengakhiran kisah Arida. Arida pergi untuk selama-lamanya. Dia di jemput oleh pencipta-Nya.
Sejak pemergiaan Arida, Qaziq menjadi kekuatannya. Qaziq tak bersalah. Amanah Arida akan di jaga seperti nyawanya.



Hari ini genap dua hari dalam keadaan kritikal. Kismir terduduk lemah menanti diluar ICU. Qaziq anak papa bertahan sayang. Bisik hati Kismir. Ya Allah, ya tuhanku kau permudahkan semua urusan anakku. Doa itu tidak putus sejak Qaziq berada didalam ICU.
“Encik Kismir” Kismir tersentak. Dia menangkat wajah. Matanya terpaku pada susuk tubuh yang sedikit familiar.
“Vidayu…” perlahan Kismir bersuara. Sejak gadis itu sedar belum penah lagi dia bertemu gadis itu. Tugasnya sudah selesai.
“Awak lupa sesuatu” Vidayu bersuara. Dibelakang Vidayu setia seorang lelaki berkot putih, Doktor Zaki.
“Saya lupa apa?”
“Hati saya” Kismir diam. Hati Vidayu? Kenapa dengan hati dia?
“Hati saya dah lama jadi milik awak Encik Kismir. Sejak kita bertemu dua tahun yang lalu. Sayang seribu kali sayang bila saya tak sempat nak bertahan dengan hati ini. Peristiwa hitam buat saya dan awak terputus hubungan. Hasad dengki buat saya sakit”
“Kita pernah bertemu ke? Setahu saya kita hanya jumpa baru-baru ini?” Kismir cuba proses apa yang terjadi. Betul. Dia tak pernah jumpa Vidayu. Sehingga Vidayu jumpanya dekat surau dulu.
“Awak lupa Kismir.” Vidayu tersenyum luas. Dia menghulurkan sampul surat berwarna coklat. Sampul bertukar tangan. isi surat dikeluarkan.
“Serius?” Vidayu mengangguk.
“Hati saya milik awak Encik Kismis dan hati awak adalah milik Qaziq. Biarkan hati saya dan Qaziq bersatu kerana itu adalah tanda ikhlas saya pada awak. Terima kasih untuk segalanya”
“Terima kasih. Terima kasih. Walaupun saya masih tak paham dengan apa yang terjadi.” Luah Kismir. Sedikit pun dia tak faham apa yang terjadi. Dia bersyukur akhirnya ada yang sudi untuk membantunya. Terima kasih ya Allah.
“Pembedahan akan dilakukan secepat yang mungkin.” Zaki yang memerhati dari tadi bersuara.



Kismir ketawa melihat aksi Qaziq yang teletah sewaktu bermain. Qaziq dah kembali ceria dan lasak seperti dulu.
“Papa…papa” Qaziq dah berlari mendapatkan Kismir yang duduk dibangku taman permainan. Suara Qaziq yang kuat itu mampu menarik perhatian dia.
“Ya sayang” rambut Qaziq diusap perlahan. Sebaik sahaja Qaziq berdiri dihadapan Kismir. Kismir membongkok.
“Qaziq jumpa akak beauty” jerit Qaziq ceria. Kakak beauty?
“Vidayu?” soal Kismir. Melihat anggukkan Qaziq membuatkan anak mata Kismir berkerja. Melilau mencari gerangan yang berjaya menarik perhatian dia.
“Mana? Papa tak nampak pun” bahu Qaziq dipegang kemas.
“Tu” Qaziq menunding jari ke arah sebenar jalan. Mata Kismir terpaku pada seorang gadis yang tersenyum manis sambil bersandar di kereta milik Kismir. Kismir membalas senyuman tersebut. Dia berjalan menghampiri Vidayu. Tangan Qaziq dipimpin.
“Mama Qaziq” Kismir bersuara perlahan. Kata-kata itu cukup membuatkan Qaziq menjerit girang.
“Mama!”


POV Kismir
Betul kata Vidayu takdir yang menemukan mereka. Qaziq, kismir dan Vidayu mereka bertemu dengan takdir yang telah tertulis. Pada Vidayu la aku nampak erti pergorbanan. Pada Vidayu jugak aku nampak kebahagian yang aku tak boleh miliki, kebahagian kasih sayang yang diiktiraf cinta. Vidayu bagi aku harapan. Vidayu yang cintakan aku.
Qaziq. Qaziq adalah anugerah yang tiada bandingan. Mengisi kekosongan hidup berkeluarga. Pada qaziq dia menumpang keluarga. Qaziq bagi aku kekuatan teruskan hidup selepas semua tinggalkan aku. Qaziq adalah harta paling bernilai padanya.

POV Vidayu.
Dia lelaki yang dicari. Pernantian selama bertahun tak menghampakan. Istiqarah yang diperolehi dulu menemukan aku dan kismir. Istiqarah meminta pertunjuk mendirikan masjid. Kali pertama jumpa kismir dalam lena malam. Kali kedua bertemu kismir di hospital sewaktu menghantar Qaziq melakukan pemeriksaan kesihatan. Kali ketiga bertemu Kismir malam aku meminta tolong. Tiga kali jumpa kismir cukup membuatkan aku mengucap dua kalimah syahadah. Ada rasa yang Allah titipkan dalam diri aku.
Ada halang dalam hubungan yang sudah dititipkan Dia. Halang dari hasad dengki hamba Allah. Seorang Hamba Allah yang tidak senang dengan kehadiran aku di sekeliling. Hamba Allah yang jauh terpesong yang sanggup melakukan perbuatan yang dimungkari Allah. Tapi itu semua dugaan yang cuba menguji kesabaran aku.
Aku dah cukup bersyukur dengan kasih sayang Allah berikan. Walaupun dugaan itu datang dari cara yang aku tak sangka. Aku redha kerana hujungnya aku perolehi sesuatu dengan kesabaran aku.

POV Qaziq
Mama selalu kata papa adalah orang yang tiada bandingan dalam hidup saya. mama kata papa adalah orang yang terbaik untuk menjadi papa saya. kata mama lagi, papa saya mungkin bukan papa kandung saya. Namun semua yang papa bagi melebihi seorang yang mempunyai gelaran papa. Saya mungkin insan malang tapi saya jugak orang yang paling bahagia dalam dunia ini kerana ada papa dalam hidup saya.
Mama mungkin dah tak ada lagi. Allah sayangkan saya dengan memberi saya pengganti dengan seorang mama lagi. mama vidayu. Mama Vidayu adalah orang yang layak untuk papa. mama vidayu jugak orang yang cukup sempurna untuk papa. terima kasih ya allah kerana kejutkan mama Vidayu dalam tidur yang panjang. Terima kasih jugak kerana bagi saya satu keluarga yang lengkap kini.



Taraaaaaaa!!!!!!
Habis sudah cite vidayu ini…maaf untuk semua kelewatan. Cerita ini adlah cerita pertama dalam slot baru Aid. Slot fairy tales. Cerita adaptasi dari sleeping beauty.
Maaf untuk semua kekurangan. Maaf untuk ketidak lancaran aid. ^_^

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fuh! cepat ya amat kak oren siapkan....cerita best! Sleeping Beauty pernah dengar...tak pernah tgk gmbar dia..hehe

Murasaki Hana berkata...

komen atas tu hana..

o-ReN berkata...

hana: hehehe....dah janji meh...hahah...lepas ni kena la google heheheh....