Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

11 Mac 2013

Bukan Cinta Ekpress 11








PART11
“Makan” kek disuakan kepada Harraz. Lambat-lambat lelaki itu menyambut huluran.
Thanks
“Encik bermata biru tak jadi” panggil Dahlia.
Mmmm” Harraz masih leka menyuap kek ke dalam mulut. Dahlia didepannya tidak dihiraukan.
“Esok teman saya”
“Pergi mana?”
“Main bola”
What? Bola? Biar betul” soal Harraz hairan. Dahlia main bola?
“Boleh tak?” Dahlia buat muka simpati.
“Apa yang Encik bermata biru tak jadi dapat” Harraz jongket kening.
“Encik bermata biru dapat Dahlia yang comel” Dahlia jongket kening. Lawan Harraz. Apa dia ingat dia sorang je boleh angkat kening.
“Betul?” Harraz meminta kepastian.
“Main-main je” Dahlia ketawa. Air oren milik Harraz dicapai. Dihirup sebelum meletakkan kembali disisi Harraz.
“Encik bermata biru tak jadi, kenapa?” soal Dahlia. Kelihatan Harraz memandangnya tajam.
“Teman main bola dapat cik Bunga” Harraz bersuara. Oh ingatkan apa la tadi.
Dahlia tersenyum. “Kalau boleh tambah pakej satu lagi, cik bunga dapat Encik bermata biru tak jadi” Dahlia ketawa. Dia bangkit meninggalkan Harraz.
“Esok pukul 8pagi” jerit Dahlia. Demi Dahlia dia sanggup. Kerana cinta itu sudah semakin bercambah.
Satu senyuman mengayut dibibir Harraz. Nakal. Makin hari makin nakal. Komen Harraz.


Terkejut bukan kepalang Harraz melihat Diana. Apa yang dibuat disini. Diana dan Dahlia? Kalau digabungkan jadi Diana Dahlia. Si jantung hati Harraz. Cuma Harraz je yang tak sedar.
“Sayang, you datang sokong I ke?” rengek Diana. Dahlia disebelah hanya tersenyum.
Erk..Tak. I datang kerana isteri I, Dahlia” jujur Harraz.
“Wah honey barney, so sweet” Dahlia memandang Diana tajam. Saja aku nak tayang Harraz depan kau. Jelas kelihatan wajah masam Diana.
“Pandai ke nak main bola. Entah-entah bola pun tak kenal” sinis Diana. Dahlia hanya buat tak tahu. Apa la malang nasibnya bila terserempak dengan Diana dekat Mall. Dia yang sedang leka memilih beberapa kasut sukan tersentak. Maka dengan itu tercetuslah cabaran bermain futsal ini.

Dari jauh Harraz hanya melihat Dahlia bermain futsal menentang Diana. Dah macam main lawan gusti pun ada. Kalah lelaki main. Siap main tackle lagi. Tidak disangka Dahlia boleh bermain dengan baik walaupun diasak beberapa kali oleh Diana.
Dia menyambut lambai dari Dahlia. Diana yang melihat menjeling. Tak guna punya perempuan. Aku akan pastikan Harraz jadi milik aku kembali. Tekad Diana. Dia pantas berlari mendapatkan Dahlia. Di tackle Dahlia. Dahlia yang tidak menyangka terjelopok jatuh.
Harraz yang melihat Dahlia terjatuh berlari masuk gelanggang.
What have you done Ana!” marah Harraz bukan dia tak nampak tadi Diana dengan sengaja tackle Dahlia. Kaki Dahlia dipegang. Menjerit kecil Dahlia. Sakit. Confirm kakinya sudah terseliuh.
“Ana tak buat apa-apa pun” bela Diana. Masih setiap dibelakang Harraz. Riak muka tidak bersalah.
I know what you did. I tak buta lagi, Ana.” Merengus Harraz.
“Lia okey tak ni?” soal Harraz. Wajah berkejut Dahlia cukup membuatkan Harraz faham.
“Okey je. Biasa la tu honey barney, ada orang dengki” adu Dahlia. Dia melirik ke arah Diana yang berada dibelakang Harraz. Diana mencebik.
“Jom sayang kita pergi klinik” Harraz mencempung tubuh Dahlia.
Stay away from my wife” amaran Harraz.
But, I..”tergagap Dahlia. Jelingan tajam dari Harraz mematikan kata-kata Diana. Terbuntang mata Diana melihat Dahlia menjelir kearahnya sebaik Harraz berlalu.
I will pay it” tekad Diana.
“Aku rasa kau jangan masuk campur dalam urusan mereka. Kau yang pilih untuk tinggalkan Harraz” suara Suzy menyapa halwa telinganya.
“Aku silap”
“Sudah la tu Ana” nasihat Suzy. Dia sendiri tak sanggup melihat Diana menghancurkan rumahtangga Harraz.
“Tidak, Su aku tak akan mengalah sama sekali” Suzy mengeluh.


“Macam mana kaki?” soal Harraz. Tubuh dilabuhkan disebelah Dahlia. Remote televisyen dicapai.
“Eh. Jangan la alih. Orang tengah tengok ni” marah Dahlia. Remote ditangan Harraz dicapai. Harraz hanya membiarkan remote bertukar tangan.
“Lia…”
Mmmm
“Boleh ke kita bahagia tanpa cinta?”
“Boleh ke kita hidup tanpa udara?” soalan berbalas soalan. Terdiam Harraz. Dahlia masih setia menonton Barbie dikaca television.
Harraz bersandar disofa.
“Hala tujuan hubungan kita?”
 “No cerai selagi Lia tak jumpa pengganti” confirm tak ada penganti sebab dia nak Harraz je. Hehehe. Dahlia melawan tawa.
“Lia sayang Han?”
“Sayang hanya pada yang sudi” balas Dahlia mendatar. Harraz bangkit dan mendaki tangga menuju bilik.
Sebaik sahaja Harraz hilang. Dahlia tersenyum. Pakcik bermata biru tak jadi ada masalah emosi. Duga Dahlia. Dia menyambung melihat Barbie. Namun dalam beberapa saat kemudian Harraz kembali berdiri dihadapannya.
“Awak! Saya nak tengok Barbie” Dahlia jerit kecil. Dia menarik tubuh Harraz dari berhenti menghadang aktiviti minggunya itu.
“Tak best la layan Barbie ini” Harraz tayang muka serius. Dahlia dah tarik muka. Tiap-tiap minggu aku layan Barbie tak pernah pun dia bising. Hari ini pulak.
Pleases… awakkan tahu rutin hujung minggu saya” Dahlia minta simpati. Berkelip-kelip mata Dahlia.
“Mulai sekarang rutin hujung minggu sayang layan saya” Harraz dah mencembung tubuh Dahlia. Dia sengih. Dahlia blur kejap. Terkejut tiba-tiba Harraz angkat dia. Namun itu hanya seketika, sebaik dia menangkap senyuman nakal dari Harraz. Tahu dah. Aish tak pasal kena buat kerja lebih. Bye bye Barbie. Semoga kita berjumpa untuk masa akan datang.
“Maknanya lepas ini hujung minggu tak boleh rehat la erk?”
“Yap. Tak boleh”
“Tak ada pilihan nampaknya” Dahlia menjungkit bahu. Ikut je la. Lagipun dia tak boleh nak halang jugak. Harraz itu suami dia. Mmm macam la tak biasakan.


“Mak cik tunggu siapa?” soal Dahlia sebaik sahaja melihat Bunga yang berdiri tegak di pintu kedainya.
“Makcik nak jumpa Didi”
“Oh masuk la. Jom kita borak dekat bilik didi” pelawa Dahlia. Sebaik sahaja dia memberi arahan pada pekerjanya Dahlia menyertai Bunga yang setia menunggunya dibilik. Dipandang wajah wanita itu dengan kasih. Cuba menahan perasaan rindu.
Sorry lambat makcik, ada urusan sikit”
“Tak apa”
So apa yang membuatkan makcik datang jumpa didi dekat sini?” ujar Dahlia tenang.
“Mak cik dengar Didi kawan Cinta”
“Oh, cinta.” Dia tersenyum.
“Makcik merayu sangat Didi bagi tahu makcik dekat mana cinta. Makcik dah lama cari cinta” tangan Dahlia genggam air mata Bunga bergenang.
Dahlia tersenyum.
“Makcik, Didi pun masih mencari Cinta.” Terang Dahlia. Air mata Bunga dikesat. Tubuh tua itu dipeluk kasih.
“Tolong makcik Didi. Makcik sanggup bayar berapa je yang Didi nak”
“Makcik ini bukan pasal bayaran” pujuk Dahlia.
“Makcik merayu Didi” Dahlia mengeluh. Kasih seorang ibu memang tinggi darjat nilainya.
“Ini bukan soal duit makcik” pujuk Dahlia. Tak sampai hati.
           
            Loket berbentuk empat segi ditarik keluar dari laci. Cinta. Kalau la dia boleh berlari kedalam dakapan insan yang ditunggu-tunggu selama ini. rasanya nikmat hidup dah lengkap. Sebaik sahaja insane tersebut melangkah keluar dari kedainya Dahlia kembali mengelamun. Dia perlu mencari dalang untuk semua masalah ini dulu baru dia boleh berhadapan dengan keluarga kandung dia. siapa orang yang cuba menghapuskan dia? apa motif? Kenapa dia yang menjadi sasaran? Hampir berpuluh tahun dia menjadi mangsa. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
            Hanya loket itu yang mungkin menjadi tanda dia sebagai Cinta Dahlia. Dia nak balik. Balik ke pangkuaan keluarga. Nak rasa belai keluarga sebenar.


~bersambung~~~~


4 ulasan:

Nadieyya berkata...

wahhhh...sweet ye Harraz n Dahlia ni, hehehe...

pelik sunggu kisah hidup Dahlia ni.. sebenar ye dia tu cinta dahlia ke??

Nadieyya berkata...

Aid, nnt edit kene betul kan mane2 ayat yg tak betul tu ye... 'mencembung' tu sepatut ye 'mencempung..

o-ReN berkata...

nadieyya: hehhe....pelik2...
tq tok komen,,,,heheheh,,,nnt aid cuba edit..time kasih,,,,^_^

Nadieyya berkata...

Same2 Aid... BCE ni mmg menarik...tpi klu disusuli dgn susunan ayat yg lebih baik, BCE ni akan jadi lebih2 menarik tuk dibace... teruskan usaha ye darling..