Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

3 Mac 2013

Bukan Cinta Ekpress 10






Part10

“Aku Diana” Dahlia hanya mampu mengukir sebaris senyuman. “Nama kita sama la” dia sedikit teruja sebaik sahaja mendengar orang yang memiliki nama yang sama. Iaitu Diana. Walaupun pada hujung nama sedikit berbeza.
“Sebab nama yang sama la kita ada lelaki sama” ujar Diana sinis. Dahlia berkerut. Pelik-pelik. Kenapa dia rasakan perempuan dihadapannya itu cuba melancarkan perang. Gaya yang menjengkalkan. Malah dari padangan mata Dahlia jelas kelihatan wajah sombong Diana.
“Tak paham”
“Biar aku terus terang. Aku Diana Abdullah. Bakal isteri Harraz Raihan” Dahlia menganguk. Dia paham sesuatu dekat situ.
“Oh jadi awak la yang lari tinggalkan Harraz dulu erk. Kira ini balik nak ambik Harraz balik la erk?” Dahlia ketawa kecil. Kelakar gila kot.
“Pembetulan bukan lari tapi tak bersedia lagi” Diana menrengus. Geram dengan bicara Dahlia. Seperti mengejeknya.
“Asal kau ketawa”
“Saja rasa lawak pulak. Kira ini kau balik nak kahwin dengan dia ke?” Dahlia cuba mengawal tawa. Muka Diana dihadapannya kelihatan merah. Marah mungkin. Okay 10 untuk wajah cantik, 10 untuk gaya moden, 10 untuk body macam model dan -10 untuk perangai. Wekkk! Perangai tak semegah.
“A’ah aku dah sedia untuk jadi isteri dia seperti yang kami rancang dulu” angkuh sekali kata-kata Diana. Dahlia diam. Dia memandang Diana dengan pandangan yang lembut tanpa kebencian.
“Diana. Sebaris nama yang sama mungkin nama itu dah menjadi rebutan lelaki yang bernama Harraz. Kerana Diana jugak Diana Dahlia menjadi isteri. Thank a lot. Dahlia dah cukup bahagia hidup macam ini walaupun agak kelam-kabut. Jadi jauhkan diri dari Harraz kerana Diana Dahlia tak akan beranjak dari tempatnya” tegas Dahlia. Hari-hari dia hanya ada Harraz. Kalau tak ada Harraz siapa yang nak dia kacau. Tanpa Harraz nanti dia bosan. Siapa yang nak belanja dia makan lagi? Siapa nak buat sepah rumah? Siapa nak gaduh dengan dia? Nak lepaskan Harraz satu soalan yang dia tak boleh nak jawab.
Kerana semua keputusan terletak ditangan Harraz. dia dah bagi jawapan untuk arah kehubungan mereka ditangan Harraz. Hanya Harraz yang boleh bagi kata putus. Jika kata putus itu menjarakkan dia dan Harraz dia redha. Sesungguhnya Diana Dahlia tak layak untuk bahagia.
“Harraz hak aku” Diana jerit kecil. Beberapa pekerja dikedai menoleh ke arah nya. Dahlia mengeluh. Minah ini buat kecoh dekat kedai aku kenapa? Tak pasal aku kena bergosip dengan budak-budak ini kejap lagi.
“Cik Diana kalau tak ada apa-apa boleh tak keluar dari kedai saya. Saya masih nak berniaga bukan nak layan meroyan cik Diana. Tahu jalan keluar tak? Kalau tak tahu saya boleh tunjukkan.” Sinis Dahlia. Apa dia ingat aku yang sengal ini tak boleh nak jadi jahat ke? Nanti kalau aku jadi jahat baru kau tahu langit itu warna apa. Desis hati Dahlia. Bengang. Datang kedai orang nak berebut laki orang. Eh ini Dahlia la. Siapa cakap dia tak suka Harraz. Pakwe hensem itu, mana boleh bagi dekat orang. Hahaha.


Dahlia mengeluh lemah sebaik sahaja Diana pergi dari kedainya. Dia melangkah lemah ke peti ais yang menempatkan ais-ais kecil. Satu kubis ais dicapai. Skru dan pena besi turun ditarik. Alat yang ditempah khas olehnya untuk mengukir ketulan ais yang kecil. Dia duduk di salah satu kerusi yang terdapat didalam bilik khas. Bilik yang mempunyai suhu yang sesuai untuk mengukir ais kerana takut ais akan cair.
“Kak Lia siapa itu? Pesaing ke? Tadi Dya dengar dia sebut pasal laki akak” Dya sudah mengambil tempat di hadapan Dahlia. Rata-rata pekerja yang paling setia dengan dia adalah Dya. Dulu di kedai lama Dya turun ada. Sehingga la dia pindah Dya turut dia puggah. Selamat Dya ini tak banyak songeh. Kira Dya ini kawan baik Lia la. Umur 21 tahun. Adik la kan. Dia dah umur 21++.
“Itu la parasit yang akan merosakkan rumah tangan akak nanti. Dialah watak artogonis dalam cerita akak nanti.” Luah Dahlia. Tak ada rahsia kot antara dia dan Dya.
“Akak nak biarkan je. Teringin ke nak jadi watak novel yang mengalah memanjang?” pintas Dya. Dia memerhati gerak-geri tangan Dahlia. Arca berbentuk hati terbelah luah dilihat. Dahlia memang berbakat bila melibatkan seni.
“Tak nak la. Of course la akak tak akan bagi dia kacau akak”
“Akak dengan abang Harraz macam mana?”
“Walaupun akak macam ini tapi lama-lama boleh melting macam air tahu tak dengan perangai HR itu. Nampak macam nak tak nak je dengan dia tapi dalam hati dah berkilo dah cair” Dahlia sengih. Dia mendongak. Ketulan ais dibiarkan. Dia memandang Dya. Dya dah angkat kening.
“Tahu sangat. Buat-buat tak kisah tapi sebenarnya kisahkan” Dya mencapai ais berbentuk hati. Dia membelek-belek. Ais yang mereka hasilkan bukan ais biasa. Ada beberapa bahan kimia yang dicampurkan untuk memastikan ia tahan lama dan mudah tahan dengan suhu lembab.
“Akak dah mula sayang sikit la dekat dia” terang Dahlia.
“Sejak bila?”
“Sejak akak kahwin dengan dia la, sejak bila lagi. Sejak tengok wajah dia yang serabut waktu akad nikah dulu. Mula-mula akak pun pelik kenapa boleh jadi macam itu. Tup tup kahwinkan. Tapi tengok muka dia yang serabut itu buat akak rasa nak ada dengan dia je. Itu sebab akak bengang bila dia sebut pasal cerai. Baru nak mimpi fairy tales dia dah nak hancur.” Dahlia sengih. Gila la buat kacau dekat majlis orangkan. Last-last terperangkap dalam kisah ini. Mula-mula hanya suka gitu je. Macam dia suka tengok wajah pakwe hensem. Hehehe.
“Apa perancangan akak?”
“Akak nak halau Diana itu jauh-jauh. Aish geram pulak nama kami ini sama” Dya ketawa melihat Dahlia yang menghentak-hentak meja. Marah bebenor gamatnya.
Cayouk kak, Dya sokong akak” laung Dya. Ketawa Dahlia melihat Dya yang menjerit memberi sokongan.


“Aku dah buat keputusan aku nak teruskan hidup” semangat Harraz. dia menghirup kopi yang disediakan. Nak kerja tak tenang asyik kena ganggu dengan Diana. Kalau Diana Dahlia okay la jugak. Boleh ajak dating. Ini Diana binti Abdullah buat semak mata sahaja.
“Kau ini sejak kebelakangan ini perangai lebih kurang Dahlia aku tengok macam budak-budak” bidas Kamal. Kalau dulu tak ada makna Harraz itu nak cakap penuh ritma mood. Sekarang? Hai hebat betul Diana Dahlia itu. Kalau dengan Diana itu belagak cool dan macho. Pandangan orang diambil kira. Tapi kalau dengan Dahlia dia tak kesah sekeliling. Teragak nak ketawa dia ketawa teragak nak menjerit, dia jerit dan perkara yang paling ketara dia dan Dahlia boleh buat perangai budak-budak depan orang ramai. Teringat kisah sewaktu di ICT dulu. Malu tujuh hari tujuh malam dengan kejadian tersebut.

“Sayang….” Rengek Harraz. Kamal yang berada tidak jauh dari Harraz berpaling. Terkejut la tengok Harraz merengek macam budak kecil. Tak pernah dia tengok Harraz gedik macam itu. Dari jarak dua kaki dia melihat Dahlia yang sedang khuyuk tengok pokok yang berada dihadapannya. Macam tak pernah tengok pokok pun ada jugak. Rengekkan dari Harraz membuatkan Dahlia terpaling dan serentak dengan itu dia berlari ke arah Harraz. Dalam sekelip mata Dahlia dah memanjat belakang Harraz. Itu kita okay lagi. tapi yang tak tahan sewaktu Dahlia berlari dia boleh menjerit.
“Suamiku jangan tinggalkan daku” pengungjung yang berada disekitarnya dah berpaling. Jeritan Dahlia cukup membuatkan haiwan dekat zoo terjaga. Kemain kuat lagi. macam la Harraz itu ada 30 batu jauh dari dia. Harraz pun sekali join Dahlia jerit “Isteriku jangan tinggalkan daku” gila la masa itu. Rasa nak menyorok dalam tanah. Macam budak-budak baru bercinta. Menyesal dia ikut Harraz. Dya yang tengok kelakuan Dahlia dan Harraz hanya ketawa mengekek. Minah itu pun ikut jugak. Kata Dahlia takut Kamal bosan. Dia bukan tak tahu Dahlia nak buat plan untuk kenalkan dia dengan Dya. Dia dah taubat dah tak nak keluar dengan Harraz dan Dahlia. Malu tak hilang lagi.
“Weh kau dengar tak ini?” Kamal tersentak bila Harraz menghentak meja. Aduh perangai pelik dia dah mai.
“Apa?” soal Kamal malas.
“Macam mana aku nak suruh Diana itu jangan ganggu kau?” soal Harraz. dia memandang tepat ke anak mata Kamal. Menanti jawapan dari Kamal. Kamal yang melihat menelan air liur kemain serius semacam.
“Kau ada hati dengan dia lagi tak?” Harraz mengeluh.
“Bohong la kalau aku cakap tak ada. Diakan first love aku.”
“Belajar la pandang ke hadapan. Kau tak rugi”
“Aku belajar. Aku cukup gembira dengan kehidupan sekarang. Cuma nak buat Diana paham susah sikit. Dia seboleh-boleh nak paksa aku terima dia. Lepas apa yang dia buat dekat aku ingat senang ke nak lupa.”
“Kau cakap la elok-elok dengan dia”
Diam seketika.
“Semalam…” Harraz diam. Cuba mencari ketenangan.
“Kenapa dengan semalam?” soal Kamal tak sabar. Harraz ini buat suspen la pulak.
“Dia ceroboh apartmen aku” Kamal mengeluh.
“Kau tolong aku jual apartmen itu. Aku dah malas nak ambik tahu. Takut Dahlia fikir lain. Aku tak nak dia termakan dengan hasutan Diana itu. Lagipun, aku dah ambik semua barang aku dah.” Harraz dah buat keputusan. Kalau dah senang Diana masuk rumah masa dia ada ini kan masa dia tak ada. entah-entah lagi dasyat. Silap-silap waktu dia tak sedar dia dah duduk rumah dia. nanti tak pasal pak aji dari JAIS datang minum kopi rumah dia. Mati kejap. Tak pasal Dahlia mengamuk. Huhuhu. Dia dah nak pilih Diana Dahlia bukan Diana. Dia tekad. Tak nak lagi macam cerita dalam TV. Kena tangkap dengan Pak JAIS kahwin. Kalau yang dah beristeri, isteri mintak cerai. Waaa… tak sanggup hilang Dahlia.
“Kalau itu kata kau aku terima sahaja. Demi kebahagian kau, aku sanggup” 



~bersambung~~~~
aid tak pandai wo nak tulis pasal orang lain selain harraz+dahlia..hehe...jangan bosan bace pasal Dahlia+harraz sudah...huhuhuhu...

4 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

eee... mmg penyibuk betui lh diana abdullah tuh,cuba lh jadik org jgn suker kacau bahgia org tk bleh ker!!!gud harraz please jgn lepas kn dahlia sat pasti nyesal tk sudah....heeheee....

Tanpa Nama berkata...

Haha lawak la time dekat ICT 2,teruskan update yea,cpt2 la skt

o-ReN berkata...

sis norihan: hahha..kita boikot diana abdullah!...hehe...tapi jangan boikot diana dahlia sudah...^_^

Tanpa nama: itulah jadinya bila terikut perangai Dahlia. orait t aid cuba update lelaju...hehhee

Nadieyya berkata...

menyebuk betul Diana Abdullah ni..g la main jauh2 sane...huhuhu...

part dkt ICT tu mmc lawak..hahaha..

Bagus Harraz, pertahankan kasih syg yg dah terbina bersama Dahlia ye..