Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

24 Februari 2013

Mini: Redha Syifa PART 5







Bab5
                     
Kata-kata Nabil bergema. Perjumpaan petang tadi membuatkan fikirannya kusut. Rasa takut mula timbul.
“Macam mana kalau awak mengandung?” Syifa ketawa sinis.
“Tak mungkin la dan tak akan”
“Jom kita pergi klinik”
“Tak perlu. Saya nak balik rehat”
“Walau apa yang terjadi, abang akan bertangungjawab”
“Jangan risau saya tak mengandung” Syifa keluar dari kereta milik Nabil. Berlalu. Ah tak mungkin. Mustahil!
Syifa melemparkan bantal dimuka pintu. Pening! Kenapa la masalah tak pernah selesai. Bunyi bising ditingkat bawah tidak dihiraukan. Mungkin Anis dan Intan sudah pulang. Sejak peristiwa mereka berbincang dulu Intan sedikit dingin dengannya kerana menolak cadangan Nabil.


Syifa mencampak kunci rumah di atas meja. Kepenatan yang amat. Sindrom semakin teruk. Hayat semakin pendek. Syifa mengusap lembut dadanya. Takkan la! Dalam sekelip mata Syifa berlari ke arah bilik air. Isi perut sudah pun keluar. Tekak semakin perit. 
“Ya Allah” ucap Syifa. Terduduk dia dibilik air tersebut.
“Eh Syifa kau okey tak ini?” Terpancul wajah intan dimuka pintu bilik air. Syifa mengongak. Senyuman hampa diberi.
“Kau tak sihat lagi?” Intan mencanggung dihadapan Syifa. Dahi Syifa disentuh.
“Kau deman ini?” Wajah Syifa yang pucat diamati. Walaupun marah dengan Syifa, dia tetap mengambil berat. Syifa adalah keluarganya. Dia tak boleh marah Syifa lama-lama sebab dia selalu kalah dengan wajah polos Syifa. Melihat wajah intan yang kerisauan membuatkan tubir mata Syifa panas. Lepas ini tak boleh nak tengok wajah risau intan lagi.
“Intan aku sayang kau dengan Anis” tanpa menunggu masanya lama, dia mendakap tubuh intan. Air mata masih di tahan. Jangan nangis puji hatinya.


“Syifa okey?” Soal Anis sebaik sahaja intan turun ke bawah.
“Mmm... Anis aku risau dengan dia”
“Aku dah tak boleh nak buat apa”
“Anis kalau Syifa mengandung macam mana? Aku tengok Syifa selalu muntah-muntah. Itu bukan tanda orang mengandung ke?”
“Ish kau ini jangan la fikir bukan-bukan”
“Ish geram aku dengan Syifa. Keras kepala betul” intan menumbuk perlahan sofa. Mereka diam. Keputusan ditangan Syifa. Siapa dia untuk membantah.
Impian terkubur sebelum dilaksanakan. Kertas tersebut direnyuk sebelum dicampak kedalam tolong sampah yang berada berhampiran dengan bangku istirehatnya.
Dia bangun. Malas nak layan feeling petang-petang macam ini.


Syifa menghempas kuat helmet skuter. Tadi bengang. Perlahan dia menutup pintu bilik. Sweeter dicampak diatas katil. Bengang kejadian tadi membuatkan dia sakit hati. Tangan ditilik. Jelas kelihatan kesan luka. Dia tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini perasaan amarah semakin cepat keluar dari dirinya.





Nada dering telefon Syifa yang bertalu-talu menganggu ruang belajar mereka. Intan dan Anis yang sedang leka menyiapkan assigment memandang antara sama lain.
“Angkat la” arah Anis pada Intan.
“Nanti Syifa marah” ujar Intan takut. Syifa paling tak suka kalau ada orang sentuh telefonnya tanpa dia.
“Bertalu-talu calls masuk. Aku takut ada hal penting je” terang Anis. Nama di skrin di lihat ‘Puan Umu’. Perlahan-lahan punat hijau ditekan.
“Assalamuaikum” sapa Intan.
“Waalaikumusalam, boleh saya bercakap dengan Cik Syifa” tegas suara di hujung talian.
“Oh Syifa dia dah keluar. Ada pesanan?” tutur Intan perlahan. Anis yang berada dihadapanya mencuri dengar.
“Boleh saya tahu siapa disana?” soal Puan Umu.
“Saya keluarga dia” sahut Intan.
“Oh kalau macam tu boleh tak Cik, sampaikan pesan dekat Syifa yang dia perlu berjumpa dengan saya segera. Keputusan ujian susulannya yang terbaru sudah keluar”
“Boleh-boleh. Tapi kalau tak keberatan Puan boleh tak Puan beritahu saya, puan ni siapa? dan ujian apa tu?” soal Intan curiga. Ujian susulan?
“Maaf la cik saya tak boleh dedah kan maklumat pesakit” pesakit..? Riak wajah Intan sudah berubah. Anis yang turut mendengar bicara Intan dengan pemanggil gelisah melihat perubahan Intan.
“Saya kakak dia. Saya berhak tahu tentang kesihatan dia yang terbaru” tegas Intan.
“Macam ni la cik, melalui pemeriksaan terbaru kami dapati bahawa tumor yang berada dikepala Syifa semakin membesar dan pembedahan yang segera perlu dilakukan untuk memggelakkan ia semakin teruk. Saya harap cik dapat pujuk adik Cik untuk melakukan pembedahan kerana ia penah bertegas untuk tidak melalukkan pembedahan membuang tumornya....” jelas Puan Umu, atau lebih tepat Doctor kepada Syifa. Intan tersentak seolah berlaku tsunami. Matanya sudah berkaca.
“Baiklah. Nanti saya cakap dengan dia. Assalamuaikum”
“Kenapa Tan? Siapa tadi? Kenapa kau nangis?” Soal Anis sebaik saja menamatkan perbualan ditelefon. Serta merta tangisanya bergema dirumah itu. Anis yang tekejut mendapatkan Intan lalu dipeluknya. Cuba menenangkan Intan.



Intan berlari ke atas. Bilik tidur Syifa dituju. Segala ruang didalam bilik tersebut di geledah. Dah nak jawapan yang tepat. Dia menarik laci yang berada didalam almari baju. Dulu dia pernah jumpa satu surat didalam almari tersebut belum pun sempat dibuka Syifa muncul. muka Syifa tika itu pucat. Puas ditanya. Jawapan nya, surat broadband. Akhirnya Intan hanya diam.
Terketar-ketar tangan Intan sebaik terjumpa sampul surat berwarna coklat. Perlahan-lahan isi tersebut dikeluarkan. Keputusan pemeriksaan. Dia bukan la bodoh untuk tidak mengetahui isi kandungan tersebut. Kerana dalam kelurganya ada seorang doctor yang sering mengajarnya tentang selok-belok bidang perubatan tersebut. Dia menekup mulut. Lantas turun ke bawah mendapatkan Anis.
Intan menagis kuat sebaik sahaja berada dihadapan Anis. Anis masih setia menunggunya. Kelakuan Intan pelik.
“Syh... dah tak mahu nangis aku. Aku ada. Cuba cerita dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong” ujar Anis menutup debar didada. Dia turut tekejut. Kerana Intan panic?
“Anis, Syifa.. Nis” adu Intan.
“Kenapa dengan Syifa?” soal Anis.
“Dia sakit”
“Syhh… Dah la tu nanti dia makan ubat nanti dia okey la. Macam la kau tak kenal dia” pujuk Anis.
“Bukan Nis, Intan ada ketumbuhan dalam otak. Dan tunggu masa je nak mati!” jerit Intan. Anis tergamang. Gurauan atau kenyataan?



Papppp! Bunyi benda jatuh membuatkan mereka menoleh.
“Ish jatuh pulak buah oren ni” rungut Syifa sambil mengutip buah oren yang berterabur jatuh dimuka pintu. Dia cuba menutup debar. Rahsia bukan menjadi rahsia lagi.
“Korang nak jus oren tak aku nak buatkan” soal Syifa ceria. Tangisan Anis dan Intan semakin kuat. Dia tahu Syifa mendengar apa yang dia kata tadi. Kenapa? Kenapa Syifa membuat tak tahu malah masih gembira.
“Korang kenapa ni nangis macam budak kecik. Dah la aku nak buat jus. Kalau korang tak nak sudah” ujar Syifa berlalu ke arah dapur.
Mengigil tangan Syifa menahan sebak dan berlagak tiada apa yang berlaku. Dia perlu kuat. Dia tidak bersedia untuk menempuh hari ini. Masih terlalu awal. Perkara ini tak patut terjadi.
“Syifa” panggil Anis lembut.
“Hah tu la tadi jual mahal. Nak lak tu” sakat Syifa. “Okey okey aku buat kan korang duduk luar kacau la aku nak buat kerja ni” sambil Syifa dihiringi dengan tawa Syifaa.
“Cukup Syifa. Cukup!” marah Intan.
“Kau kenapa ni? Datang bulan erk” gurau Syifa.
“Syifa” panggil mereka serentak...sekali lagi meraka tewas dengan kedegilan Syifa.
“Dah la tak ada benda pun…..kau anggap la tak tahu apa-apa dan tak dengar pun” tangan Syifa leka memotong oren untuk dijadikan jus.
“Tapi kenapa?”soal Intan sendu.
“Tengok la sekarang bagai nak rak korang nangis macam aku ni nak mati pulak” bidas Syifa.
“Fa, kami ada. kau tak payah la nak tanggung sorang. Apa gunanya kami sebagai kawan dan keluarga kau. Kita kan dah janji akan bersama tak kira sama ada susah mahupun senang” Anis megelap air mata yang keluar. Masih tak mahu berhenti.
“Macam ayat tok kadi pulak tak kira sama ada susah mahupun senang. Heheheheheh” tawa Syifa.
“Bukan tok kadi tapi paderi la..” protes Intan.
“Sama je la. Cuma bezanya agama je” bela Syifa.
“Tapi nape Syifa kita kan satu family. Masalah kau masalah kami jugak” lirih Anis. Terasa bila Syifa mengetepikan mereka sedangkan mereka sudah pun berjanji tidak akan ada rahsia.
“Mungkin ni semua dah takdir” hanya ayat ini yang mampu keluar dari mulut Syifa. Mereka sudah pun terduduk diruang dapur itu. Intan merebahkan kepala dibahu Syifa. Anis masih setia berada disisinya.
“Syifa kenapa semua ni terjadi dekat kau. Kenapa?” soal Intan sebak. Air matanya seolah-olah turut serta dalam perbicaraan mereka tanpa henti. kata Intan hanya dia biarkan seperti angin lalu.
“Semua tu ujian aku Tan, Nis. Aku terima”
“Syifa kami ada luah kan la semuanya dekat kami. Kami sentiasa ada dekat kau. Kami akan sokong kau apa jua keputusan kau”
Serentak dengan itu air mata Syifa mengalir. Sudah terlalu lama dia memendam rasa dan jiwa. Semuanya dilepaskan. Mereka berpelukan.
“Aku redha dengan semua ni. aku redha. Apa yang menimpa aku...aku redha” tangis Syifa.
“Tapi Syifa kita boleh berusaha untuk mengubatinya....” pujuk Anis.
“Aku redha” ayat yang sama diulang. Faham la dengan nada suara Syifa keputusan sudah dibuat dengan tekad tanpa berpatah balik.
“Itu sebab kau tak nak dakwa Nabil sebab kau tahu hayat kau tak lama....”duga Anis. Intan meyiku lengan Anis.
What? Betul la..” bela Anis. Syifa ketawa kecil.
“Kau betul-betul kawan aku, Nis. Terbaik....!” Dia menunjukkan thumb up kepada Anis. Air mata masih tidak berhenti mengalir.
“Terbaik aku pun kau masih nak berahsia dengan kami....” perasaan terkilan masih berada dihati Anis dan Intan.
“Aku cintakan Nabil. Sungguh aku cintakan dia. Tapi sesugguhnya aku kecewa dengan perbuatan Nabil. Aku terima sebab itu tak sengaja dan itu dah takdir aku. Aku pasrah. Pasal sakit aku aku tahu pada awal-awal aku masuk sini. Itu pun secara tak sengaja aku buat medical check up untuk sertai lawatan ke Palestin dulu. Aku tak ada jawapan untuk kenapa aku tak nak buat operation. Yang pasti aku terima ni semua dengan hati yang terbukak” sebak Syifa.
Trauma? Siapa tak trauma nak berdepan dengan semua ini satu perkara yang amat perit. Hanya pada Dia aku bermohon mencari kekuatan. Qada dan qadak Allah itu pasti.  Nak tengok muka nabil pun rasa nak simbah acid. Tapi dia percaya hikmah dalam semua perkara. Mereka terperangkap. Nak marah nabil? Dah tentu kemarahan itu tahap infinity. Dia pasrah. Memohon keampunan dari Ya Maha Esa. Satu-satunya cara dia perlu mengapuskan semua kepedihan.
Betul dia tiada jawapan untuk itu. Mungkin kerana hati nya yang betul-betul sudah kosong dengan semua cubaan yang menimpa hidupnya. ‘Cinta? Mmmmmm dia mencintai Nabil walaupun masih ragu-ragu dengan cintanya dulu tapi selepas mendapat khabar yang buruk  tentang Nabil baru la dia sedar memang cinta itu sudah pun tertanam dalam lubuk hatinya. Untuk merasa bahagia tak mungkin. Lebih baik dia berserah dengan ajal yang bakal menjemput bila-bila masa. Tiada siapa tahu hari esok.
Intan dan Anis yang mendengar kenyatan terkejut. Tak diduga sebenarnya Syifa menaruh cinta pada Nabil. Sungguh mereka tak tahu kerana sikap Syifa yang ceria dan susah nak mengambarkan semua itu. Terlalu susah menjadi Syifa Alisya. Agaknya apa yang berada didalam fikiran Syifa Alisya?




~~~bersambung.....ada lagi 2 or 3 bab nak habis....
*aidan taip cepat2...ada banyak cite yang pending...cayouk2 aid...heheheh*
^_^

Tiada ulasan: