Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

17 Februari 2013

M-Novel: Redha Syifa 4







Bab4

“Bunga...”
“Abang ros”
“Itik...”
“Encik Fuad” Anis dah tergelak. Terbayang mulut encik fuad, pensyarah mereka yang selalu sangat muncung.
“Ungu...”
“Cinta lavendar”
“Kari?”
“Ikan hangus intan” Syifa dah terkekek ketawa dengan jawapan dia.
“Weh benda macam itu jangan la kau ingat” Protes intan. Ada ke patut ikan kari hangus intan yang diingatnya. Tahu la waktu itu dia baru belajar masak. Entah mana silapnya kari yang dimasaknya hangus. Gara-gara tengok cerita Hindustan di televisyen membuatkan dia leka seketika. Natijahnya, kari ikan tersebut hangus.
“Hahaha...dah kita main game ini memang la.” Bela Syifa.
“Tak nak la main lagi” rajuk intan. Dia dah menarik muncung. Anis dan Syifa dah ketawa terbahak-bahak.
“Okey-okey turn aku pulak” Anis dah bersedia dengan patah perkataannya.
“Aku nak buat tema kehidupan” Anis dah tersengih.
“Makan epal warna merah, nanti kalah jangan marah” Syifa dah berpantun. Menyahut cabaran Anis.
“Langit...?”
“Burung”
“Cinta...?”
“Rumit”
“Hati...?”
“Mati” berkerut wajah intan. Ada pulak mati.           
“Zahir?”
“Lebah meroyan”
“Cinta...?”
“Mustahil”
“Apa pulak mustahil” bangkang intan. Bukan berlambak ke orang nak bercinta dengan makcik ini.
“Diam la intan tak habis lagi ini” marah Anis.
“Pelik…?”
“Syifa” Syifa tergelak. Nama miliknya menjadi jawapan.
“Nabil…?” Syfia terdiam seketika.
“Emmm kosong”
“Kau lambat tiga saat” jerit Anis.
“Aku menang. Aku ingatkau kau nak cakap love tadi” sakat Anis.
“Tak ada masa aku nak cinta. Sepatutnya masa yang ada ini aku manfaatkan dengan pahala” seloroh Syifa.
“Kau takkan la sikit pun tak ada feel dengan abang Nabil. Punya la hot kau tak minat?” Selongkar Anis. Bukan selalu nak dengan Syifa berbicara pasal hal ini.
“Tak” jawab Syifa yakin.
“Tapi kan aku hairan la mana abang Nabil hilang erk? Dah dekat berminggu abang Roslan cari dia. Macam dah hilang bini pulak” intan dah mendongkat dagu. Pelik jugak. Abang Nabil itu dah la belangkas dengan Abang Roslan. Boleh pulak hilang. Memang meroyan la Abang Roslan aku itu. Gerutu intan.
“Mana la aku tahu makcik. Aku bukan mak dia”
“Tah-tah kau gaduh dengan dia erk Syifa. Kau kan suka perang mulut dengan dia” tembak intan. Kalau dia hilang terus lagi bagus. Tak payah menyusahkan aku.
“Banyak lagi benda yang boleh aku buat dari layan dia” balas Syifa malas. 
“Syifa, kalau jodoh kau dengan Nabil macam mana?” Soalan Anis.
“Mungkin masa itu aku dah mati kot”
“Syifa” jerit mereka berdua.
What?” soal Syifa dengan riak tak bersalah. Betul la apa yang aku cakap.
“Mati-mati jangan sebut. Tak suka.” Marah Anis.
“Matikan wajib. Mana tahu esok lusa aku mati. Ajal ini bukan tunggu kita”. Jawapan dari Syifa membuatkan mereka terdiam.



Roslan terduduk. Nabil di hadapannya sudah pun terbaring lemah. Tangan digenggam. Berang dengan Nabil sehingga tubuh sasa milik Nabil menjadi tempatnya melepaskan geram.
“Kau bodoh tahu tak!” jerit Roslan. Amarah sudah mengusai diri Roslan. Kalau tak kerana iman yang ciput dalam dirinya sempat dia berhenti dari membelasah Nabil. Kalau tak memang penjara la nasibnya. Kes bunuh, belasah sampai mati.
“Aku tahu” perlahan Nabil bersuara. Antara dengan atau pun tidak. Menahan sakit. Memang patut pun dia mendapat semua itu dari Roslan.
“Syifa itu dah macam adik aku” luah Roslan. Tergamak Nabil melakukan perkara tersebut. Kenapa Syifa yang menjadi mangsa? Apa salah gadis itu?
“Mana kau pergi dekat sebulan hilang?” soal Roslan. Sedar tak sedar Nabil menghilangkan diri selama sebulan. Puas dia mencari tapi hampa. Mama dan papa Nabil pun buntu. Kemana lelaki itu pergi? Meninggalkan Syifa dengan keadaan begitu. Syifa? Berkerut kening Roslan. Kenapa Syifa tiada effect? Masih selamba. Betul ke tidak Nabil ini?
“Aku pergi Jitra. Rumah tok ayah. Tak tak tahu nak buat apa. Aku buntu”
“Kau tinggalkan Syifa terkontang-kanting macam itu je? Apa jenis lelaki kau ini!” marah Roslan.
“Tapi betul ke kau dengan Syifa? Kenapa aku tengok dia cool je tiada masalah pun. Atau ini semua rancangan kau nak kahwin dengan niat tuduh dia buat bukan-bukan dengan kau?” sambung Roslan. Hairan juga dia dengan Syifa. Betul ke Nabil ini? kali kedua dia menanyakan soalan tersebut pada dirinya.
“Aku sayang dia macam nak gila. Tak sanggup aku nak sentuh dia selagi dia bukan milik aku. Kau tahukan aku. Sejahat-jahat aku tak pernah aku rosakkan anak orang. Dan orang yang aku rosakkan ini adalah yang paling aku cintai. Aku bagai nak meroyan fikir perbuatan aku boleh pulak kau cakap macam itu.” Bebel Nabil. Dia bukan macam itu. Bukan prinsip dia sentuh perkara yang bukan milik dia. Bukan!
“Tapi serius weh. Syifa aku tengok dia cool je. Itu yang aku pelik gila itu. Biasanya orang macam ini trauma” luah Roslan.
“Lepas kau pukul aku separuh nyawa baru tanya soalan itu?” sinis Nabil. Roslan ini memang nak makan kaki ke?
“Jadi perancangan kau apa?” Roslan serius. Dah buat onak tak kan la nak biarkan macam itu. Dibuatnya budak itu pregnant macam mana?
“Aku akan bertanggungjawab untuk semua itu” tegas Nabil.


Tergopoh-gopoh Syifa melangkah. Walaupun dia di peringat rabun tapi dia tak silap menangkap kelibat seseorang sebentar tadi. Dia kenal teramat la kenal. Belum pun sempat dia memboloskan diri dalam bilik air tangannya direntak sebelum tubuhnya itu disambar. Dalam sekelip mata dirinya berada dalam dukungan seseorang.
“Lepas la. Gila apa!” marah Syifa. Dia mengetuk kuat badan lelaki itu. Apa masalah mamat ini. Meronta-ronta Syifa. Pegangan lelaki itu kemas. Akhirnya Syifa hanya membiarkan. Susah kalau cakap dengan orang pekak.
“Apa ini? Ingat orang ini guni beras ke main angkat macam itu” bebel Syifa sebaik sahaja tubuhnya berada dalam kereta viva milik lelaki itu.
We need to talk”       
Talk apa ke bendanya. Dah-dah orang nak balik” belum pun sempat Syifa hendak keluar pintu di log dan kereta meluncur laju.
“Ingatkan dah lenyap dari muka bumi ini” sinis Syifa.
“Jom kahwin” lelaki itu membuat brek emergency. Syifa kehadapan.
“Sah baru keluar dari pusat orang gila. Tahu bawak kereta ke tak ini?”
“Kita kahwin” ujar suara itu.
“Tak nak”
“Saya nak tebus semua silap saya. Biar saya bertanggungjawab” Syifa dah mengeluh. Kepalanya sudah pening memikirkan perkara ini. Kenapa la lelaki ini datang balik?
“Benda dah lepas boleh tak jangan ungkit lagi. Saya dah lupakan. Lagi pun bukan salah kita pun. Walaupun ia memang salah awak 100% tapi saya tetap dah maafkan. Jadi boleh lepaskan saya. Kita buat macam biasa. Anggap semua ini tak wujud” pujuk Syifa perlahan. Berharap lelaki itu mengerti.
“Saya didik dengan tanggugjawab. Bila tanggungjawab tersebut menjadi milik saya. Akan saya laksanakan sehingga ke penghujung. Saya dah memberikan sejarah hitam dalam hidup awak. Saya bertanggungjawab atas sejarah hitam tersebut.” Pujuk Nabil. Dia tahu Syifa susah dipujuk. Minah ini kepala cap batu. Degil megalahkan batu be.ah batu bertakup.
Syifa mencapai botol air yang berada di dalam kereta Nabil. Dibuka penutup sebelum air tersebut disimbahkan ke arah Nabil.
“Tak nak!” jerit Syifa. Pantas dia keluar dari kereta dan menahan teksi sebelum dia boleh buat perkara lebih gila.


“Kenapa awak babitkan orang yang saya sayang” jerit Syifa. Mukanya merah menahan marah. Intan dan Anis menenangkan Syifa. Entah kenapa dia takut melihat redup mata yang penuh dengan api kemarahan.
“Aku cakap tak nak makna tak la. Kau tak reti bahasa ke?” Jerkah Syifa. Nabil hanya mendiamkan diri. Membiarkan amukkan Syifa.
“Syifa tak salah kau terima Nabil. Lagi pun ia untuk kebaikan kau jugak, Fa. Tak salah” pujuk Anis.
“Masalahnya aku tak nak, Nis. Biarlah orang nak cakap apa pun” dia cuba meraih simpati berlembut dengan cara anis.
“Yang kau tak nak ni kenapa? Kau suka la jadi macam ni. Hei Syifa asal kau murah sangat hah!” hendik intan. Geram dengan kelakuan Syifa. Orang lain bila berada ditempat Syifa pasti perlu mencari si pelaku untuk bertanggungjawab. Nabil siap datang sedia untuk semua. Segalanya lengkap. Tiada kurang.
Syifa mengenggam erat kedua belah tangannya. Intan sampai hati. Ini untuk kebaikan semua. Jangan la paksa aku. Rintih hati Syifa.
“Sayang jangan macam ni. Abang rasa Syifa pasti ada sebab sendiri” pujuk Roslan.
“Kau saja nak bagi aku malu dengan orang yang aku kenal kan?” tangannya laju nak memberi sedas dua pada wajah lelaki itu. memang dasar tak reti bahasa. Terlebih pandai ke sehingga tak reti nak faham perkara yang teramat mudah itu.
“Bukan macam itu. Kita bincang perkara ini” lembut Nabil bersuara. Wajah intan dan Anis dipandang. Wajah intan penuh dengan perasaan marah. Manakala Anis masih tenang. Tadi bukan main mengamuk intan dengan Nabil. Puas ditampar Nabil berulang kali. Tergamak Nabil melakukan perkara tersebut dengan sahabat baiknya. Sekarang amarahnya berbalik pada syifa. Kenapa perempuan yang bernama syifa itu terlalu degil.
Syifa menarik nafas panjang. Dia tak boleh mengamuk. Itu bukan dia. Dia bukan seorang yang cepat melenting. Mengumpul semua kekuatan yang selama ini menjadi miliknya.
“Okay-okay, kita selesaikan perkara ini. Macam ini la Abang Nabil. Saya dah fikir dalam-dalam. Kita lupakan peristiwa tersebut. Anggap tiada apa yang terjadi. Lepas ini awak dengan hidup awak. Saya dengan hidup saya. Kita buat macam biasa. Awak tetap Abang Bill saya dan saya tetap Syifa. Kesimpulan kes tutup” Syifa tersenyum puas. Yang lain sudah tergamang. Semudah itu?



cak! cak!
saja nak habiskan cite ini....cite bosan sikit maklum la cite mula2 tulis blog uh..dan sebenarnya malas nak edit gila2..edit cikit2 je...maka terhasil la cite yg banyak kurang ini.... 
peace no war!! ^_^



Tiada ulasan: